Aku berlari sekuat hati mengikut lorong-lorong taman itu.
tanpa mempedulikan sesiapapun yang tengah melihat. Aku rasa puas. Aku rasa nak
menjerit je saat ini. Tapi itu akan lebih memalukan. So biarlah aku lari sampai
aku rasa penat. Hampir 5 pusingan juga aku buat. Selalu orang berjoging. Tapi
aku? huh! Berlari dengan sekuat hati pula tu. tak penat ke? Tak sebab hati aku
yang lebih penat sekarang ni.
Selesai 5 pusingan aku buat. Aku berhenti seketika menarik
nafas. Aku menoleh sekeliling. Semua orang nampak bahagia. Macam tiada masalah
yang menimpa mereka. Anak-anak kecil juga kelihatan sangat seronok. Alangkah
bahagianya menjadi kanak-kanak. Tak perlulah berhadapan dengan semua masalah
ini.
Ya Allah. Lepas satu masalah, satu masalah lagi yang datang.
Kalau masalah sebelum ni dah selesai ok. Tapi masalahnya belum. Adakah Engkau
benar-benar nak menguji aku? Aku tak kuat Ya Allah.
Lepas membuang lelah, aku kembali berjoging. Tiada rasa nak
pulang ke rumah lagi. Menyesakkan dada je balik ke rumah. Aku rasa macam nak
lari duduk dekat satu tempat yang tiada orang tahu.
“ Akak!”
Aku tersentak apabila secara tiba-tiba ada sebuah bola
menghala ke arahku. Mujur aku sempat mengelak. Fuh!
“ Maafkan saya kak. Saya tak sengaja.”
Aku tersenyum nipis. Aku mengusap kepalanya.
“ Tak apa. kamu tak sengaja. Nah. Lain kali hati-hati ye.”
Aku hanya tersenyum melihat dia pergi. Adakah aku
berkesempatan mempunyai anak? Arh! Berangan je lebih kau ni Aisyah.
Arh! Rasa malas pula nak sambung lari. Akhirnya aku ambil
keputusan duduk di kerusi kosong dengan seribu perasaan yang bertandang dalam
hati ni. Aku tunduk pandang kaki. Aku berfikir sejenak.
Bila fikir balik apa yang berlaku dua hari lepas. Aku kesal.
Maybe benar salah aku juga. Aku juga bodoh. Sudah tentulah dia malu. Cuba aku
jadi dia? Dan tiba-tiba nama dia termasuk dalam cerita tu. Mestilah dia malu.
Tapi niat aku baik. Aku just nak luahkan apa yang aku rasa. Aku tak sengaja nak
guna nama dia dalam kisah tu. Just.. Arh! Benci!
Tapi takkan perkara macam tu pun nak sensitif. Lagipun aku
dah delete. Delete segala-galanya. Arh! Orang memang takkan faham perasaan aku
walaupun aku dah cuba faham perasaan mereka. Ya. Maybe benar, tiada orang yang
mampu faham perasaan aku selain Allah. Allah lebih tahu dan faham apa yang aku
rasa.
“ Aisyah.”
Aku tersentak saat mendengar suara garau itu. Tapi tak pula
aku nak menoleh ke arahnya. Aku just berdiam diri memandang keletah
kanak-kanak.
“ Jom balik. Dah nak dekat maghrib ni.”
Aku tersenyum sinis.
“ Bukan awak dah bencikan saya ke? Ye lah. Siapalah saya
kan? sampai benda kecik tu pun awak marah dan salahkan saya sepenuhnya. Dahlah.
Pergilah sana. Saya penat. Nak berehat kejap. Rasanya saya dah tak berguna lagi
untuk awak. Awak pun mesti dah fed up dengan saya kan? Yela. Lepas satu, satu
masalah yang timbul. Salah saya juga. Kan?”
Terdengar deruan nafas lembut di sisiku. Tapi aku tak mahu
menoleh ke arahnya. Aku rasa bersalah dan benci. Rasa berkecamuk. Rasa nak
pergi jauh dari sini. Rasa malas nak cakap dengan siapa-siapa.
“ Saya sayangkan awak. saya minta maaf.”
“ Mudahnya. Dah salah terus minta maaf. Okay. Betul. Dalam
hal ni saya salah. Tapi tak perlulah sensitif sangat. Niat saya baik. Nak awak
faham. Tu je. tapi tak sangka awak dapat tahu. Dan.. awak pun salah dalam hal
ni. arh! Malas saya nak ungkit. Nanti ada orang tu lagi merajuk dan marah saya
balik. Saya balik dulu.”
Terus aku bangun dan ingin beredar daripada situ.
“ Saya minta maaf. Saya yang terlalu sensitif sangat. Awak
macam tak tahu saya ni macam mana.”
Langkahku terhenti. Aku tersenyum sepi. Aku tahu sangat
siapa dia. Aku tahu sangat dia macam mana. Rasa nak hempuk je kepala dia tadi.
Tapi tak sampai hati. Arh! Hati kau ni Aisyah. Masih sayangkan dia?
“ Saya minta maaf. Saya salah juga dalam hal ni.”
“ Tak apalah. Memang saya yang salah. Semua orang salahkan
saya. Nak kata apa lagi?”
“ Tapi saya jujur ni. Saya benar-benar rasa bersalah. Saya
masih sayangkan awak. awak tu je yang tak nak percaya.”
Aku rasa geli hati pula tengok reaksi muka dia macam tu.
“ Bukan tak nak percaya tapi ragu-ragu. Awak tahu kan saya
macam mana? Tambah-tambah selepas hal ni terjadi. Saya rasa awak asyik cari
kesalahan saya je. sedangkan awak? Awak langsung tak sedar salah awak. awak!
saya terasa tau kadang-kadang tu. Cuma saya tak tunjuk je. “
Aku mengetap bibir kuat. Dia merenung aku dengan renungan
yang redup. Arh! Dia mula buat hati aku cair balik.
“ Aisyah..”
“ Enough Amie. Enough!”
Tanpa berlengah, aku terus beredar daripada situ sebelum aku
betul-betul kalah di depan dia.
**
Sebulan yang lepas, sebenarnya aku teringin sangat nak
meluahkan isi hati aku melalui cerpen. So aku buatlah satu cerpen mengenai aku
dengan si dia. seriously, aku langsung tak sedar dan maybe terlalu seronok
tanpa sempat nak tukar nama dia. aku cerita macam mana aku confess kat dia dan
macam mana kami boleh terputus kawan and sambung balik. Cuma ending dia aku
mengarut sikit. Biasalah dah nama pun cerpen.
Niat aku Cuma nak luahkan perasaan dan tak ada niat yang
lain. Dan aku juga memang tak nak dia tahu. Tapi Allah lebih tahu
segala-galanya. Ternyata dua hari yang lepas dia dah tahu segala-galanya
melalui seorang kawan dia. entah. Aku tak tahu siapa dan malas nak ambil tahu.
Melalui itulah, dia minta penjelasan aku. Aku mula-mula
memang blur, Tapi bila dah dapat hadam, aku terkejut sangat. Sampai menggigil
tangan aku. Mujurlah masa tu dia tanya melalui message. Serius, aku tak tahu nak
bagi jawapan apa yang sesuai.
Tiba-tiba dia datang menyerang dan cakap kenapa mesti guna
nama dia. aku buntu nak jawab so aku pun berterus terang. Aku dah say sorry dan
delete cerpen tu. lepas tu semua macam nak salahkan aku. okay fine! Aku salah
dan yes aku dah delete. Puaslah hati dorang kan?
Aku sedih sangat malam tu. dia marah-marah aku sampai tak
balas dah chat aku. aku pun dah malas nak ambil tahu jadi aku biarkan.
Itulah yang berlaku dua hari yang lalu. Punca aku rasa nak
jauh daripada semua orang. Dah tiga hari berlalu, dan sepanjang tiga hari ni
jugalah aku tutup telefon dan diamkan diri daripada mereka semua. Nasib baik
tiada sesiapa datang berkunjung ke rumah. Kalau tak memang tak menjadilah.
Tok tok tok!
Aku tersentak daripada lamunan. Balik daripada joging tadi
terus aku berkurung dalam bilik. Nak makan pun memang tak ada selera. Dah tiga
hari aku macam ni. balik joging terus masuk bilik.
“ Aisyah.. Jom makan nak. Mak dah hidangkan nasi tu.”
Aku mengetap bibir. Aku toleh ke arah tingkap. Ya Allah.
Kuatkan aku. Aku lemah.
“ Tak nak mak. Aisyah dah kenyang. Makan kat luar tadi.” Aku
berikan alasan. Maafkan Aisyah mak. Aisyah benar-benar tak lapar.
“ Nanti kalau Aisyah lapar turunlah.”
“ Okay mak.”
Hari ni. Hari ni aku akan on balik phone setelah tiga hari
aku biarkan off. Kesian kau phone. Kau tak bersalah. Maafkan aku ye phone. Ceh.
Dan.. seperti yang aku jangka. Begitu banyak message yang
aku dapat. Aku biarkan je bunyi message tu berhenti baru aku nak buka. Kalau
tak hang la phone aku.
Hampir 10 minit juga aku duduk termenung sampai aku
tersentak mendengar phone aku berbunyi nyaring. Alamak! Siapa call? Aku pandang
skrin telefon. Fuh! Ika rupanya.
“ Assalamualaikum.”
“ ya Allah. Kau pergi mana? Alhamdulillah. Jawab juga kau.
Kau tau tak aku punya risau. Bila telefon rumah mak kau cakap kau ada kat luar.
Bila aku nak datang mak kau kata tak payah sebab kau selalu tak ada dekat
rumah. Apa kau ni?”
Okay. Aku terlongo seketika. Berdas-das dia serang aku.
“ Woi! Kalau ye pun nak serang, jawablah dulu salam aku tu.”
Perliku dengan perasaan yang geram.
“ Hehe. Waalaikumussalam.”
“ Ha. Tau pun. And untuk pengetahuan kau, aku off phone. Aku
sengaja. So, maaflah sebab buat kau risau.” Jelasku bersahaja.
“ Kau ni memang. Takkan masih marah kat dia? dia separuh mati cari kau dan selalu
message tau. Sampai tanya aku mana kau pergi. Jenuh aku nak menjawab kau tau?”
Aku tersenyum pahit. Tengok. Bila aku tak ada depan mata,
bila menghilang baru orang terhegeh-hegeh nak cari. Itulah manusia.
“ Cakap kat dia aku okay. Aku Cuma perlukan masa untuk
bersendirian. Sekarang aku dah lega. Thanks.”
“ Ha. Jangan lupa balas message dia tu. kesian aku tengok
dia.”
“ Yelah makcik. Aku letak dulu. Bye.”
“ Okay. Bye.”
Aku buka pula whatsupp. Beribu message yang aku dapat
daripada orang yang berlainan. Paling banyak tentulah group. Aku cari nama dia.
fuh! Sampai 50 dia chat aku. hebat!
Dalam banyak-banyak ayat dia. aku terasa lucu baca satu ayat
ni.
Awak. dahlah merajuk. Saya tak pandai pujuk lah. Saya minta
maaf sangat-sangat. Saya tahu saya salah. Saya ni macam perempuan kan? sekali
kena baru tau rasa. Sudahlah tu. balaslah message saya ni.
Aku tersengih. Tau pun takut. Eleh! Ni baru sikit.
Aku baca lagi dan lagi sampai ayat terakhir dia. okay. Ni
buat aku terasa sebak
Awak. saya tahu awak tak mampu maafkan saya lagi. Tapi saya
janji saya akan tebus apa salah saya. Saya tahu saya tak seperti lelaki lain.
Tapi beri saya peluang awak. saya sayangkan awak tau tak? I love you Aisyah.
Saya tak pernah tipu.
Dan air mataku mula menitis. Perasaan apakah ini?
Kring! Okay. Dia sudah menelefon aku. maybe sedar aku
online. Dengan teragak-agak aku menjawab panggilannya.
“ Helo.”
“ Awak! saya benci awak!”
Dan aku terus terduduk.
**
To be continue...
next please.....
ReplyDeletesambung.please
ReplyDeletesambung.please
ReplyDelete