“ Awak! Saya benci awak!”
Aku pandang skrin
telefon tanpa perasaan. Selepas dengar dia cakap macam tu. Aku terus letak
panggilan. Kalau benci kenapa call? Kalau benci kenapa message aku? Kenapa?
Kalau dah benci kenapa still cari aku?
Aku tumbuk dadaku sekuat hati. Jangan menangis. Jangan! Kau
kuat Aisyah. Kau kuat!
“ Aisyah! Ada orang telefon ni.”
Aku melihat skrin telefon aku. Tiada panggilan masuk. Ni
mesti laki tu. Arh!
“ Cakap kat dia Aisyah tidur.”
Tiba-tiba telefon aku berdering kembali. Sudah tentu dia.
Dengan geramnya aku jawab panggilannya.
“ Nak apa? kalau dah benci kenapa call saya? Stop cari saya
kalau macam tu!”
Baru saja aku nak letakkan semula panggilan. Dia memanggil
namaku lembut.
“ Tak. Saya tak pernah benci awak. Malah saya sayangkan
awak. Maksud saya tadi saya cintakan awak sangat-sangat. That why saya saya
cakap macam tu. I am so sorry.”
Aku tersenyum sinis.
“ Saya pun benci awak! Awak annoying!”
“ Yes. Saya tahu. Tapi ini juga orang yang awak sayang dalam
diam kan?”
“ Saya benci awak! Awak jahat!”
“ Yes. Saya jahat
sebab curi hati awak.”
“ Saya benci awak! Awak.”
“ Because you love me.”
Dan aku terus terdiam. Tanpa dipinta, bibirku mengukirkan
senyuman. Air mataku yang hampir menitis aku seka. Ya Allah. Kenapa dia buat
aku macam ni?
“ Aisyah. Please. Talk to me. Tell me that you love me. I
know Aisyah. I know.”
Aku mengetap bibir.
“ Nop. Saya benci awak. fullstop!”
Dan aku terus letakkan panggilan. Tapi aku masih mengukirkan
senyuman. Okay. Ni gila namanya.
**
Entah kenapa, hari ni sehari aku asyik nak senyum ja. Jumpa
lecture aku senyum. Jumpa kawan aku senyum. Jumpa pakcik guard pun aku senyum.
Okay. Tu bukan namanya gila ka? Haha. Sampai Ika yang duk jeling aku ni pun
naik hairan. Cuma aku tak dengar dia tanya je lagi ‘Kau gila?’. Haha.
Habis je kelas, aku terus ke kafeteria. Aku sangat lapar
sebenarnya. Aku pandang Ika. Dia masih tengok aku dengan jelingan yang tak puas
hati. Aku tertawa kecil lalu mengambil tempat di dalam kafe tersebut.
“ Kau gila?”
See. Haha. Aku terus ketawa. Akhirnya, dia tanya juga aku
dengan ayat tu.
“ Sah kau gila. Dari tadi asyik sengih je kiranya. Selalunya
kawan aku tak macam ni. asyik bermasam muka dan serius memanjang. Bila orang
buat lawak baru rasa nak tergelak. Dah tu kadang-kadang tu asyik nak marah je
kiranya. Apa masalah kau ni?”
Aku menarik nafas dalam-dalam dan hembuskannya. Aku tengok
sekeliling.
“ Okay. Aku okay lah. Entah aku pun tak tahu kenapa. Maybe
sebab semalam dia call aku kot.”
Aku bersikap selamba je bila tengok dia mula tersengih.
“ Patutlah hari ni seronok semacam. Rupanya buah hati dah
pujuk. Acecece. Tahniah!”
Aku menjelir lidah. Tahniah konon. Ceh!
“ Dia ikhlas la beb. Kau nak teragak-agak apa lagi? Dah
dekat setahun korang berkawan. Dan aku rasa jodoh korang ni kuat lah. Tengoklah
sebelum ni. berpisah sementara tengok-tengok dia tegur kau balik. lepas tu
berkawan balik. dua kali dah korang macam ni. ni kali ketiga tau. Untungnya!
Jodoh kau dah sampai.”
Aku terus tampar kuat tangan dia. Dia ni kalau mengarut
nombor satu.
“ Belajar pun tak habis lagi ada hati nak kahwin. Dia pun
masih belajar okay.”
Dalam diam aku rasa bahagia dan bersyukur. Aku pandang Ika
dengan senyuman. Ika. Kaulah sahabat aku yang paling baik sekali. Terima kasih
sangat-sangat.
“ Jom makan. Aku lapar.”
“ Telefonlah dia suruh datang sini dan belanja kau.”
Aku menjeling geram. Dia sengih lagi.
“ Aku gurau je la. Haha.”
“ Ika!”
**
Dadaku berdebar kencang selepas tengok kelibat di depan mata
aku. Laju sangat debaran yang aku rasa saat ini. Demi tak mahu terserempak
dengan dia. aku bergegas masuk ke sebuah kedai runcit. Mujurlah Ika awal-awal
lagi dah balik ke rumah.
Aku pandang skrin telefon. Aku rasa nak telefon dia. Tapi
niatku terbantut saat melihat dia bersama dengan seorang perempuan. Hatiku
berdebar lagi. Tambahan pula mereka baru
keluar daripada butik pengantin.
Siapa tu? kakak dia? adik dia? or kawan dia? Arh! Apa aku
mengarut ni. Apa kata aku pergi tanya dia? Tapi aku tak berani. Haish! Or dia
nak berkahwin? Arh!
Belum sempat aku nak beredar, telefon bimbitku berbunyi. Tak
mahu dia perasan aku pantas menjawab panggilan tersebut. Tetapi mata aku tetap
terpaku pada pasangan itu.
“ Helo.”
“ Kau kat mana? Aku ingat kau dah balik. aku ada dekat rumah
kau ni.”
Aku tersenyum tawar. Ya Allah. Jangan benarkan aku bersangka
buruk. Maybe tu adik-beradik dia or kawan dia. Tak baik aku menuduh melulu
tanpa tanya dahulu. Baik aku tanya dia nanti. Sabar ok hati. Jangan gara-gara
ini hubungan yang mula baik ni terputus balik.
“ Aku on the way. Bye.”
Terus aku meletakkan panggilan. Dan gara-gara rasa ingin
tahu membuak-buak, aku bergegas ke arah mereka. Arh! Nak buat macam dalam drama
lah. Lari-lari dan buat-buat terlanggar. Haha. Poyo!
“ Ouch!”
“ Oh! Sorry. Saya tak sengaja.”
Aku buat-buat rasa bersalah dan tunduk memandang lantai. aku
tak ingin nak langgar dia tapi aku teringin nak langgar perempuan tu. arh!
Biarlah orang nak kata apa.
“ Lain kali jalan tengok depan.” Okay. Suara tu kedengaran
lembut pada pendengaran aku.
Malas asyik tunduk, aku akhirnya mendongakkan kepala melihat
dua insan tersebut. Yes! Seperti yang aku jangka, dia terkejut tengok aku tapi
aku tidak. Aku siap berikan senyuman manis lagi.
“ Maaf sekali lagi. Saya Aisyah.”
“ Tak apa. Saya Syafinaz. Lain kali hati-hati tau.”
Aku hanya mengangguk dan tanpa berlengah aku terus berlalu.
Arh! Aku terasa hati pula dengan tindakan dia. dia langsung tak berbuat apa-apa
malah memanggil namaku pun tidak. Arh! Maybe benar perempuan tu buah hati dia
or bakal isteri? Arh! Sabarlah hati. Kau bukannya girlfriend dia kan? kawan je.
lainlah kau bakal isteri dia. so sakit ke tak ke sabar je kay.
“ Aisyah!”
Langkahku terhenti serta-merta. Suara itu suara dia. Tapi
langkahku terhenti sebab kelibat di depan aku ni.
“ Lokman?”
“ Aisyah?”
Dan dadaku semakin berdebar-debar melihat dia yang mula
melangkah ke arah kami berdua. Ya Allah. Apa ni? Apa yang sedang berlaku ni?
“ Apa khabar? Sihat?”
“ Alhamdulillah sihat. Maaflah. Saya terburu-buru ni. Harap
lepas ni kita dapat jumpa lagi. Saya pergi dulu.”
“ InsyaAllah.”
Tanpa berlengah, aku terus berlalu pergi. Aku toleh seketika
ke belakang. Dan dua-dua insan itu sedang melihat aku. Arh Amie! Kalau benar
kau sayang aku kau akan kejar aku. Tapi ternyata tak. Aku tak nak salah sangka.
Tapi dengan sikap kau dan perempuan tu. Arh! Kau tipu!
**
Ika dan Lokman. Okay. Macam mana dua-dua insan ini boleh
berdiri depan rumah aku? Aku keliru seketika. Tapi dua-dua mereka boleh lagi
tersengih-sengih.
“ Okay. What happen Ika?”
“ kalau ye pun jemputlah kawan lama kau ni masuk dulu.”
Aku pula tersengih-sengih lantas mempersilakan mereka masuk.
“ Macam mana?” soalku pada Ika.
“ Sebenarnya aku girlfriend dia. Hehe.”
“ What?”
“ Jangan terkejut Aisyah. Kami baru lagi. Dia pun nak
berahsia dulu.”
Aku pandang Ika dengan geram.
“ Kenapa semua orang nak berahsia dengan aku sekarang ni?
Dia, kau dan kau. Arh!”
Aku duduk menghadap mereka. Dah dua hari berlalu semenjak
aku terserempak dengan Amie kat pasar raya masa tu. Tapi sampai ke hari ni dia
langsung tak hubungi aku. Bukan kata call massage pun tak langsung. Jangan-jangan betul perempuan tu kekasih dia.
arh! Lelaki semua saja je.
“ Kau kenapa ni? Ada masalah?”
“ Yes. Memang ada. Tapi aku malas nak ungkit. Buat sakit
hati.”
Tiba-tiba ada sebuah kereta masuk ke dalam perkarangan
rumah. Aku, Ika dan Lokman pantas bangun dan menuju ke pintu. Aku terkedu
seketika melihat insan itu. Ika mula tersengih dan memeluk bahuku erat.
“ Dia rindu kau la tu.”
Aku tersenyum sinis lantas menggelengkan kepala.
“ Tak. Mesti dia datang sebab nak maklumkan yang dia akan
berkahwin tak lama lagi. Aku bukan nak buruk sangka tapi apa yang aku nampak
hari tu dan sepanjang dua hari dia langsung tak hubungi aku. Aku rasa apa yang
aku duga betul. Cakap dekat dia aku tak nak jumpa dia buat selama-lamanya.”
Terus aku menonong lari ke dalam bilik. Aku jadi benci
tengok muka dia. benci segala-galanya tentang dia. arh! Kenapa lelaki semua
asyik menyakitkan hati aku je? kenapa?
Tok! Tok! Tok!
Aku langsung tidak hiraukan ketukan pintu tu. Aku toleh ke
arah tingkap. Tanpa dipinta air mataku menitis. Ya Allah. Benarlah selama ni
aku masih sayangkan dia dan sekarang ternyata aku dah cintakan dia dengan
kerelaan hati aku sendiri. Kalau betul dia tak sayangkan aku kenapa mesti dia
luahkan perasaan dia macam tu? Argh!
“ Awak. keluarlah. Saya nak bincang sikit dengan awak ni.”
“ Pergi! Semua lelaki sama je! pergi!”
“ Awak! keluarlah. Kita berbincang.”
“ Bincang apa lagi? Belum cukup ke apa yang saya nampak masa
tu? okay! Saya memang nak tanya awak dulu dan tak nak salah sangka. Saya ingat
masa tu awak akan kejar dan perkenalkan saya dekat perempuan tu. tapi apa yang
awak buat? Awak abaikan saya. Buat macam tak kenal. Awak! kalau dah tak suka
saya kenapa mesti tipu perasaan saya? Saya benci awak!”
Aku baling apa saja benda ke arah pintu. Cuma nasib aku baik
je sebab tiada benda kaca dekat dalam bilik ni. kalau tak sekali dengan
kaca-kaca aku baling.
“ Saya minta maaf. Tapi awak salah sangka. Berilah saya
peluang untuk jelaskan perkara sebenar.”
Aku hanya mendiamkan diri. Okay. Rasanya biar dia jelaskan
perkara yang sebenar. Aku tak nak jadi macam budak-budak lagi. Kalau benar pun
perempuan tu kekasih dia. aku berhak buat apa? tak ada apa-apa.
“ Okay. Cakaplah. Saya dengar.” Suaraku kembali kendur.
“ maafkan saya. Saya tahu saya sepatutnya kejar awak masa
tu. Tapi..”
Tiba-tiba perut aku yang mula memulas tadi semakin sakit.
Sangat sakit. Ya Allah. Jangan cakap gastrik aku datang balik. aduh! Ya Allah.
“ Awak.. saya..”
Argh!!! Air mataku mengalir dengan lebat sekali. Sakit
sangat. Nak bersuara pun tak mampu. Apa aku nak buat ni? Amie!
“ awak! awak dengar tak apa yang saya cakap ni?”
Aku meraba-raba meja tulisku. Apabila phone sudah berada
dekat tangan aku. aku pantas mendail nombor Ika.
“ Helo.”
“ Beb.. tolong aku.”
Dengan susah payah aku mengeluarkan suara.
“ Ya Allah. Kau kenapa ni?”
Belum sempat aku nak menjawab. Dia terlebih dahulu
meletakkan panggilan. Mak! Tolong Aisyah.
“ Amie! Tolong tendang pintu bilik dia. cepat! Aisyah sedang
sakit kat dalam tu.”
Aku tersenyum dalam kepayahan. Ya Allah. Terima kasih
hadirkan mereka disaat aku sangat memerlukan pertolongan.
Dush!
Kabur-kabur aku dapat tengok wajah mereka.
“ Ya Allah. Kau kenapa ni? cepat Amie. Kita bawa dia ke
hospital.”
“ Awak! Jangan tinggalkan saya!”
Akhirnya aku melelapkan mata tanpa menghiraukan panggilan
mereka.
**
Mak dan ayah sedang melihatku dengan senyuman. Aku toleh
pula ke kiri. Amie ada dekat situ bersama seorang perempuan. Perempuan yang aku
nampak tempoh hari. Ika dan Lokman pun ada depan mata aku.
Arh! Kenapa ni?
Kenapa aku tak boleh jalan ke arah mereka?
“ Mak! Ayah!” Aku memanggil mereka tetapi mereka semakin
menjauh. Aku mula rasa tak sedap hati.
“ Ika! Lokman! Jangan pergi!”
Aku ingin gapai tangan Ika tapi mereka pun semakin menjauh.
Yang lebih menyedihkan kaki aku langsung tak boleh bergerak. Ya Allah. Apa ni?
“ Aisyah..”
Air mata yang aku cuba tahan tadi mengalir jua. Aku mengetap
bibir kuat melihat mereka berdua menuju ke arah aku.
“ Pergi! Korang pergi! Aku benci kau Amie! Benci!”
“ Aisyah..”
Perempuan itu pula memanggil. Dia menghulurkan tangannya
dengan senyuman. Aku terkebil-kebil melihat dia. tanpa sedar, aku ingin
menyambut hulurannya. Tetapi belum sempat aku nak gapai tangan dia, tiba-tiba
pandangan aku gelap.
“ Ya Allah!”
“ Aisyah.”
Tiba-tiba pula keadaan kembali cerah. Dan hanya tinggal
seorang yang berdiri tepat di depan aku saat ini. Amie!
“ Saya sayangkan awak. saya cintakan awak. tak mungkin saya
nak tinggalkan awak.”
“ Tipu! Tipu!”
“ Aisyah!”
Aku terus membuka mata saat perasaan takut muncul. Aku
tengok sekeliling. Ya Allah. Aku bermimpi rupa-rupanya. Tapi apa maksud mimpi
tu? ya Allah.
“ Alhamdulillah. Akhirnya kau sedar juga.” Suara Ika
kedengaran. Aku tersenyum pahit melihat Ika dan Lokman yang berada dekat situ.
“ mak dan ayah aku mana?”
“ Mereka keluar kejap. Kau dah okay?”
Aku hanya menganggukkan kepalaku. Rasa tak berdaya nak
keluarkan suara. Badan aku masih lemah.
“ Kau buat kami semua risau terutama Amie tu. dah lah sehari
kau pengsan.”
Aku tersentak. Betul ke?
“ Dia rasa bersalah sangat sebab buat kau sedih. Kau sempat
dengar tak penjelasan dia waktu tu?”
Aku terkebil-kebil melihat syiling. Aku cuba ingat balik apa
yang berlaku saat itu. sebelum aku sakit. Tak! Aku tak sempat dengar pun. Tak
dapat hadam apa yang dia cakap.
“ Tak. Gastrik aku tiba-tiba datang menyerang.”
“ Baguslah. Kali ni korang berbincanglah baik-baik. Aku
harap korang cepat-cepat dikahwinkan. Aminn!”
Aku terdiam. Apa yang terjadi sebenarnya?
“ Dia nak kahwin kan?” Dugaku spontan.
Ika dan Lokman saling berpandangan sebelum tersenyum kecil.
Dah kenapa?
“ Kau tanyalah dia sendiri. Dia ada dekat luar. Jap aku
tolong panggilkan dia.”
Dadaku serta-merta berdebar semula. Arh! Hati ni memang tak
pernah duduk diam bila Amie tu ada depan mata aku.
“ Awak..”
Aku menoleh melihatnya. Tiada secalit senyuman pun pada
wajahnya. Aku? Lagi tak ada.
“ Awak nak cakap yang awak nak kahwin kan?”
Aku tak tahu kenapa tiba-tiba ja secara spontan terkeluar
soalan tu. macam orang tak berperasaan betullah aku ni.
“ Yes. Saya nak kahwin.”
**
To be continue...
No comments :
Post a Comment