Apa pendapat korang atau apa perasaan korang apabila korang tiba-tiba termimpikan seseorang yang dah lama anda lupakan. Yang tak terfikir langsung. Tiba-tiba kembali. Apa korang fikir? Haha. Okay. Tiba-tiba ja aku tanya. Krik..krik.. Hehe. Tak apalah. Baca.. Silakan baca. Hiks.
Terkocoh-kocoh dia mengejar langkah kelibat lelaki itu yang
semakin jauh daripadanya. Tetapi dia gagal mengejar langkah lelaki itu kerana
terlalu penat. Akhirnya dia terduduk dengan linangan air mata. Sakit sangat
yang dia rasakan sekarang. Amat sakit!
“ Sudahlah tu Ayu. Tak guna kau buat semua ni. kau sedar tak
yang dia dah lama pergi dari hidup kau?”
Ayu tersenyum hambar mendengar kata-kata rakannya itu.
“ Aku yakin tu dia. yakin sangat. Aku nak sangat jumpa dia.
aku nak tahu kenapa dulu dia tiba-tiba menghilang tanpa khabar berita. Dah dua
tahun Lia. Dua tahun.”
“ Sebab dua tahun lah aku rasa kau patut hentikan semua ni.
Hentikan pencarian. Dia pun rasanya dah bahagia. Sudahlah Ayu. Hati kau
menderita kan? Jadi stop! Kesian aku tengok kau tau tak?”
Ayumi merenung jauh ke hadapan. Air matanya diseka dengan
kasar.
“ Aku masih sayangkan dia Lia.” Jujur Ayumi dengan senyuman
hambar.
“ Aku tahu. Tapi kalau dia bukan jodoh kau, tak guna kau
merintih macam ni. Sedarlah Ayu.”
Terdengar keluhan daripada mulut Ayumi. Dengan
perlahan-lahan dia bangun dan cuba berdiri dengan semangat yang masih berbisa.
“ Kau rasa kenapa dia tiba-tiba pergi? Kali terakhir kami
berhubung dan berjumpa biasa je. Cuma aku lambat sedar yang aku sangat
sayangkan dia.”
Lia mengusap perlahan bahu rakannya itu.
“ Allah je yang tahu. Kita bersangka baik sahajalah. Takdir
Allah Ayu.”
“ Hurmm..”
Melihat Ayu yang tiba-tiba mendiamkan diri itu, Lia pantas
mengukirkan senyuman.
“ Jom balik. kau mesti penat kan? Jom.” Ajak Lia dengan
senyuman.
“ Kau pergi dulu. Nanti aku menyusul.”
Lia akur. Biarlah Ayumi tenang seketika.
“ Aku pergi dulu. Jangan lambat sangat tau.”
“ InsyaAllah.”
Akhirnya, Lia pergi meninggalkan Ayumi keseorangan dekat
situ. Ayumi pula mendekati sebuah kedai cenderamata. Terukir senyuman hambar
pada mulutnya saat masuk ke dalam kedai itu. sebab apa? sebab dulu dia pernah
masuk ke sini bersama orang yang dia sayang dalam diam.
Arh! Buang masa kau fikir semua tu Ayu. Dia dah pergi.
Tinggalkan kau macam tu saja. Ayumi menahan sebak dan berlalu meninggalkan
shopping kompleks itu. Dengan berat hati, dia melangkah ke seberang jalan.
Matanya langsung tak berganjak daripada memandang ke bawah.
“ Woi! Kereta! Awas!”
Belum sempat Ayumi nak bereaksi apa-apa. tubuhnya terlebih
dahulu dilanggar sebuah kereta. Dan terdamparlah tubuhnya dengan berlumuran
darah di atas jalan raya. Tapi dia langsung tak sedar semua itu. yang ada dalam
fikirannya saat itu hanyalah lelaki yang bernama Izuan.
“ ya Allah Ayu!”
“ Ma..maafkan aku.”
“ Ayu!”
**
Lia menahan sebak melihat keadaan Ayumi yang sedang
terlantar itu. Dia bersimpati dengan Ayumi. Dia rasa macam nak pergi cari Izuan
dan bawa ke sini. Biar Ayumi sedar. Tapi harapannya tu mungkin hanya sia-sia.
Akhirnya, dia melepaskan keluhan.
“ Ayu. Aku balik dulu. Nanti aku datang lagi. Berehat lah.”
Dah dua hari Ayumi tidak sedarkan diri. Lia lah orang yang
setia menemani Ayumi setiap hari. Orang tua Ayumi dah lama pergi. Ayumi pula
anak tunggal. Jadi Lia lah satu-satunya kenalan rapat yang dia ada. Sebab
itulah Lia takkan biarkan Ayumi sesekali dilukai. Tapi takdir Allah. Siapa yang
tahu bukan?
“ Aku doakan kau cepat sembuh.”
Lia yang baru keluar daripada bilik wad Ayumi terhenti
langkahnya. Dia terdengar suara garau yang pernah dia dengar. Tanpa berlengah,
dia pantas menoleh ke belakang. Serentak itu, air mata kesyukuran mengalir jua
ke pipinya. Alhamdulillah Ya Allah.
“ Aku gerak dulu.”
Melihatkan Izuan yang semakin dekat itu membuatkan Lia
pantas menyeka air mata dan berdepan dengan Izuan.
“ Izuan?” Soal Lia dengan perasaan berdebar-debar.
Izuan mengerutkan dahi sebaik sahaja melihat Lia. Puas dia
cuba berfikir dan cuba ingat kembali siapa insan yang berdiri di depannya saat
itu.
“ Aku lah. Lia. Kawan Ayumi. Takkan tak ingat?”
Dengar saja nama Ayumi. Izuan tersentak. Serentak itu,
wajahnya terus berubah riak.
“ Oh kau. Nak apa?” Izuan berubah dingin. Entah kenapa,
dengar saja nama Ayu mesti akan membangkitkan kemarahannya.
Lia yang melihat perubahan Izuan itu mengerutkan dahi. Tanpa
sedar, dia tersenyum sinis melihat Izuan.
“ Kau tanya aku nak apa? kau sedar tak dua tahun kau
menghilang tanpa khabar berita. Tup-tup aku terjumpa kau dekat sini.
Alhamdulillah. Tapi ini cara layanan kau terhadap kawan kau?” Lia jadi berang
dengan sikap Izuan.
Izuan terdiam. Wajah Lia direnungnya dengan seribu
persoalan.
“ Aku ingat bila kau ada dekat sini, kau akan cari Ayu. Kau
tahu tak? Setiap hari Ayu menunggu kehadiran kau tu. tapi kau? Kau kenapa ha?
Kau pergi mana selama ni?”
Izuan terdiam lagi. Lia yang melihat Izuan tu semakin
bengang. Dia dah lama bersabar dengan Izuan.
“ Kenapa diam? Sedar kesalahan sendiri?”
“ Aku pergi ada sebab. Dan semua sebab tu ada pada Ayu.
Kenapa kau tak tanya dia je?” Izuan pula jadi tegang.
“ Sebab apa? cuba kau cakap.”
Izuan tersenyum sinis. Dia berpeluk tubuh. Perlu ke aku
cakap? Nanti kata aku ni lelaki yang tak guna pula.
“ Sebab dia dah bertunang kan? aku pergi sebab tu! ada orang
cakap dekat aku. cukup dengan bukti sekali yang Ayu tu dah bertunang! Kau tahu
tak masa tu hati aku sakit sangat! Aku tahu masa tu aku Cuma berpeluk sebelah
tangan. Tapi perlu ke sampai menipu aku? perlu ke?”
Lia terdiam. Tapi tidak lama apabila dia kembali tersenyum.
senyuman yang cukup sinis.
“ Kau tahu dari mana? Maliana kan?”
“ Ya! Kenapa? Dia betul kan?”
“ Ya. Betul. Betul yang Ayu pernah bertunang. Tapi bakal
bertunang. Bukan sudah bertunang?! Kau tahu tak bakal tunang dia tu dah
meninggal dunia. Kau tahu tak?! Kau takkan pernah tahu sebab kau tak peduli
langsung fasal Ayu. Dah lama aku suruh Ayu cakap dekat kau fasal ni. tapi dia
kata nak jaga hati kau so dia jaga rahsia tu sampai saat ini. tak sangka
perempuan tu cakap dulu dekat kau.”
Izuan terkedu. Hatinya terkesan. Serentak itu, dia terduduk
pada kerusi kosong. Ya Allah.
“ terkejut? Kenapa kau tak pernah fikir ha? Kau tahu tak?
Ayu sayangkan kau. Dia diam selama ni sebab dia takut kau hanya sayang dia
sebagai kawan. Dia sanggup buat apa saja demi kau. Sampai tunggu kau. Kau sedar
tak kau tu terlalu penting buat dia. sedar tak?”
Izuan mengetap bibir menahan sebak. Tangannya memicit dahi.
Ternyata dia silap selama ni. dia ingat Ayu tak pernah cintakan dia.
“ Mungkin penantian dia selama ini sia-sia je sebab kau buat
dia macam ni.” Lia mengeluh lemah. Dia dah penat tengok Izuan yang berdiam diri
itu. penat!
“ Tak apalah. Aku pergi dulu.”
“ Wait!”
Saat Lia merenung mata Izuan. Dia tersentak besar. Mata
Izuan merah.
“ Dia ada dekat mana ?”
Lia tersenyum hambar. Ayu! Mungkin kesakitan kau saat ini
berbaloi. Biar dia pula rasa perasaan menanti tu.
“ Kat dalam tu.” Tunjuk Lia.
Izuan tersentak. Dia melihat Lia inginkan penjelasan.
“ Dia kemalangan Iz. Dua hari lepas. Dan sampai sekarang dia
tak sedarkan diri.”
Akhirnya, air mata kedua-dua mereka mengalir ke pipi.
“ Maafkan saya awak! maafkan saya. Saya bodoh sebab tak
percayakan awak. saya bodoh sebab tinggalkan awak macam tu saja tanpa minta
penjelasan. Saya bodoh!”
Teresak-esak Izuan menangis dekat situ. Lia yang melihat
hanya mampu menggigit bibir. Dia sendiri pun rasa bersalah sebab biarkan Ayu keseorangan
masa tu.
“ Kau pergilah tengok dia. maybe lepas kehadiran kau akan
buatkan dia sedar.” Suruh Lia dengan senyuman tawar.
“ Aku cuba. Thanks. Aku minta maaf Lia. Aku salah.”
“ sudahlah. Yang penting kau dah tahu hal yang sebenar. Dan
aku minta sangat. Lepas ni tolong jangan buat keputusan yang terburu-buru lagi.
Kesian dekat Ayu.”
“ Aku takkan buat lagi. Itu tekad aku. dulu aku pernah
tinggalkan dia. tapi untuk tidak kali kedua.”
“ Baguslah.”
**
“ Awak siapa?”
Betapa luluhnya hati Lia dan Izuan sebaik sahaja mendengar
pertanyaan itu daripada mulut Ayumi sendiri. Baru lima minit yang lalu Ayumi
sedar setelah seminggu tidak sedarkan diri.
“ Ayu? Takkan kau tak kenal aku? Lia. Dia ni Izuan. Lelaki
yang kau tunggu selama ni. takkan kau lupa?” Soal Lia dengan perasaan tanda
tanya.
Gelengan Ayumi membuatkan Izuan rasa bersalah sangat. Semua
ni salah aku!
“ Doktor kata apa Lia?”
Lia terdiam. Baru dia teringat, doktor kata kemungkinan
Ayumi akan mengalami amnesia sementara. Tetapi tak sangka akan terjadi
betul-betul. Ya Allah.
“ Iz. Sembuhkan Ayu. Sembuhkan dia.”
Izuan memandang wajah Ayu yang polos itu. wajah yang dia
sering rindu. Wajah yang sering bermain dalam fikirannya selama dua tahun ini.
tidak begitu mudah untuk dia melupakan Ayu. Tidak!
“ Ayu. Saya datang ni. Kenapa awak lupa?”
“ Saya tak kenal pun awak berdua ni siapa. Tolong keluar.”
Lia dan Izuan. Masing-masing terhenyak mendengar arahan itu.
“ Iz. Aku rasa kau kena balik dulu. Biar aku je yang uruskan
semua ni.”
“ Tapi..”
“ Dengar cakap aku. kalau kau masih berdegil. Aku takut
nanti dia akan benci kau.”
Izuan tersenyum hambar. Yalah. Asalkan dia tak benci aku.
“ Kalau itu kata kau, aku balik dulu. Ayu. Tolong ingat
balik siapa saya. Ya?”
Tapi Ayumi hanya mendiamkan diri.
“ Aku balik dulu.”
Ayumi yang melihat Izuan sudah keluar itu terus menangis
teresak-esak. Lia yang memandang terus jadi terpinga-pinga.
“ Eh! Ayu? Kau kenapa ni? kau okay ke?”
Lia jadi kelam kabut kerana cuba menenangkan perasaan Ayumi.
“ Aku rindu dia!”
Lia tersentak. Dia?
“ Aku sayang dia!”
Lia terdiam pula. Tangannya yang setia mengusap bahu Ayumi
itu terhenti.
“ Aku cintakan dia Lia.”
Akhirnya, Lia mengukirkan senyuman kecil. Ayu!
“ Maafkan aku Lia. Aku tak tahu kenapa aku terasa nak buat
macam tu. Mungkin aku terasa sangat akan sikap dia yang menghilang selama ni.
tapi bila aku tengok dia depan mata aku tadi, aku rasa nak peluk dia. aku rasa
nak senyum kat dia. tapi?”
Lia terus tarik Ayu ke dalam pelukannya.
“ It’s okay. Aku faham perasaan kau Ayu. Aku faham.”
“ Lia. Jangan cakap dekat dia yang aku hanya berpura-pura
lupa ingatan. Please.”
“ I will. Dah jangan nangis.”
Ayu. Walau apa pun yang kau buat. Aku tetap akan sokong.
**
Keesokan harinya, Izuan datang untuk menjenguk Ayumi dekat
hospital. Walaupun dia tahu bagaimana penerimaan Ayumi. Tetapi dia sanggup
datang dan terima apa saja yang akan dibuat Ayumi. Dia anggap ini sebagai
balasan dia sebab membuatkan Ayumi sampai macam ni. Selagi Ayumi tidak sembuh,
selagi itulah dia takkan pernah tenang.
“ Lia.. macam mana keadaan dia hari ni?” Soal Izuan sebaik
sahaja masuk ke dalam bilik wad tersebut.
Lia tersenyum kecil. Iz. Kalau kau tahu sebenarnya Ayumi
hanya berpura-pura. Apakah reaksi kau?
“ Alhamdulillah. Dia pun dah mula nak cakap dengan aku.
dengan orang sekeliling dia. dia kata dia akan cuba ingat siapa diri dia yang
sebenar.” Ujar Lia dengan perasaan bersalah. Maafkan aku Iz. Tapi semua ni demi
Ayu.
“ Alhamdulillah. Dia dah lama tidur ke?”
“ Baru je. letih katanya. Kau duduklah dulu. Aku nak keluar
kejap.”
Izuan merenung wajah Ayumi dengan penuh rasa kesal. Dia
bersalah sangat saat ini.
“ Ayu. Maafkan saya. Saya terlalu bodoh sebab percaya kata
orang masa tu. maafkan saya. Sepatutnya saya pergi minta penjelasan awak.
tetapi disebabkan ego, saya terus pergi tinggalkan awak. maafkan saya. Saya
rasa bersalah sangat.” Luah Izuan dengan nada yang lirih. Walaupun Ayumi sedang
tidur, tetapi dia tetap meluahkan perasaannya.
“ Saya nak awak tahu. Walaupun dah dua tahun berlalu, saya
tetap tak boleh melupakan awak. maafkan saya juga sebab buat awak sampai jadi
macam ni. semua ni salah saya. Saya jahat kan?”
Dia tersenyum hambar. Ikutkan hati, dia nak usap kepala
Ayumi. Tapi batas menghalang.
“ Awak. janji dengan saya yang awak akan kembali pulih.”
Tiba-tiba tubuh Ayumi bergerak sedikit. Izuan yang melihat
terdiam. Dia berharap Ayumi tidur dengan nyenyak dan tidak dengar apa kata-kata
dia tadi.
“ Saya rasa baik saya pergi sebelum awak sedar. I will miss
you Ayumi.”
Elok sahaja Izuan beredar, Ayumi pun membuka matanya.
Serentak itu air matanya mengalir.
“ Awak. maafkan saya. Saya terpaksa. Saya tak sanggup nak
tunggu lagi. Kalau betul awak sayangkan saya. Buktikan pada saya.”
Akhirnya Ayumi menangis teresak-esak tanpa pengetahuan
sesiapa.
**
“ Aku rasa macam dah bernafas semula. Arh!”
“ Kau ni. tahulah seronok sebab dah boleh keluar hospital.
Tapi kita masih ada dekat hospital tau.”
Ayumi tersengih. Pantas dia berlagak ayu. Malu.
“ Anyway. Kau masih nak berpura-pura ke? Aku tengok Izuan tu
pun aku kesian. Dah seminggu dia ulang-alik lawat kau masa kau tidur. Dia kata
selagi kau tak sembuh, selagi itulah dia takkan maafkan diri dia. Ayu. Dia dah
menyesal. Lagipun bukan sepenuhnya salah dia. salah Maliana yang fitnah kau.”
Ayumi terdiam selepas mendengar kata-kata Lia. Sebenarnya,
dia tak ada niat pun nak bohong Izuan. Cuma dia rasa nak uji Izuan. Dia nak
tahu sama ada Izuan benar-benar sayangkan dia atau tak. Tu je. tapi tak sangka
Izuan benar-benar ikhlas.
“ Sudahlah Ayu. Dulu ya aku suruh kau berhenti cari dia.
tapi sekarang aku nak kau berhenti menipu dia. aku dah kenal dia lama. Ini kali
pertama dia terlalu sayang akan seorang wanita dalam diri dia.”
Ayumi tersenyum hambar.
“ Percayalah cakap aku.”
“ Aku takut kalau dia tahu aku tipu dia. Dia akan pergi
lagi.”
“ tak. Aku yakin.”
“ tapi..”
“ Ayumi!”
Serentak mereka berdua menoleh ke belakang. Kelihatan wajah
Izuan yang ceria itu menapak ke arah mereka.
“ Ayu! Dah sihat? Lia.. sorry sebab aku lambat. Kerja baru
habis.”
Ayumi melihat Lia dan Izuan silih berganti. Ternyata mereka
berdua setia berada di samping aku walaupun aku susah.
“ Tak apa. Ayu.. kau okay kan kalau Izuan hantar kau balik.
aku ada kerja sikit lepas ni.”
Ayumi tersentak. Lia!
“ Erk.. Ayu?”
“ Okay.”
Izuan. Aku akan pastikan kau dan Ayumi berbaik semula. Itu
tekad aku.
**
Dah sepuluh minit berlalu. Tapi tiada seorang pun di antara
mereka membuka mulut. Izuan macam ni. Ayumi macam tu. masing-masing ego.
Tiba-tiba lagu Sampai Mati nyanyian Hazama berkumandang di
radio. Ayumi yang mendengar lagu itu pantas memejamkan matanya. Dulu lagu
inilah yang buatkan dia selalu ingat pada Izuan. Sebab ini lagu kegemaran
Izuan.
“ Awak. kalau awak nak tahu. Ini lagu favourite saya.” Suara
Izuan setelah lama berdiam diri.
Ayumi masih mendiamkan diri. Saya tahu awak. saya tahu.
“ Dan kalau awak nak tahu juga. Lagu ni dulu saya tujukan
khas buat orang yang saya sayang. Saya ingat masa tu saya ni bertepuk sebelah
tangan je. Lawak kan?”
Ayumi tersenyum hambar. Dia mengerling sekilas ke arah
Izuan. Awak masih sama seperti dahulu. Langsung tidak pernah berubah. Saya
rindu awak Izuan.
“ Cuma satu je saat ini yang saya harapkan. Saya harap
wanita itu cepat sembuh. Saya rindu gelak tawa dia. Saya rindu suara dia yang
manja tu. Saya rindu segala-galanya tentang dia.”
Izuan yang terasa akan mengalirkan air mata itu pantas
tertawa kecil.
“ Saya ni bodoh awak. Saya biarkan wanita tu
terkontang-kanting dekat sini. Sedangkan saya? Berhijrah ke Amerika Syarikat.
Saya bodoh awak!”
Ayumi tersentak melihat air mata Izuan mengalir. Izuan!
“ Saya terlalu cintakan perempuan tu awak.” Izuan tersenyum
dalam kesakitan.
“ Siapa perempuan tu?”
Akhirnya, Ayumi memberanikan diri untuk menyoal walaupun dia
tahu siapa wanita itu.
“ Nama dia Ayumi Maisarah.” Balas Izuan tenang.
Terus Ayumi kelu untuk berkata-kata.
“ Saya nak kahwin dengan dia.”
Ayumi menggigit bibir.
“ Saya akan pergi lamar dia nanti.”
Ayumi memejamkan matanya.
“ Dan saya akan cakap saya cintakan dia.”
Ayumi terus mengalirkan air mata tanpa Izuan kesan.
“ Saya harap dia sudi tunggu.”
Ayumi menekup mulut menahan tangis. Izuan. Saya sudi. Saya
menunggu.
**
“ Ayumi! Kau gila ke? Kau nak cari nahas?”
Lia sangat bengang saat ini. Ayumi boleh buat main-main
lagi. Langsung tak cakap dekat Izuan yang dia dah pulih pula tu.
“ Aku?”
“ ya. Dia ikhlas Ayu. Dia ikhlas nak kahwin dengan kau. Dia
cakap dekat aku dia akan datang meminang kau hujung minggu ni. dan sampai saat
ini kau belum cakap perkara sebenar dekat dia? Apa kau ni?”
“ Aku belum bersedia.”
“ Sampai bila? Tolonglah Ayu.”
“ Kenapa? Salah ke? Salah ke apa yang aku buat? Dulu dia
boleh kenapa sekarang aku tak boleh? Kenapa?”
Lia pantas menarik Ayumi ke dalam pelukannya.
“ Sebab dulu korang berdua ni suka memendam. Sebab dulu dia
salah faham. And sebab dulu korang masih belum matang dalam hal cinta.”
Ayumi teresak-esak dalam pelukan Lia.
“ Sekarang korang dah berbeza. Terutama dia.”
“ Aku akan cakap. Tapi bukan sekarang.”
“ Jangan terus tipu dia sebelum dia tahu daripada mulut
orang lain.”
**
Cincin. Barang hantaran. Baju pengantin. Semua itu dah
tersedia depan matanya saat ini. Tetapi sampai saat ini dia belum beritahu
Izuan perkara yang sebenar. Rasa bersalah menyelubungi dirinya.
“ Beb. Dia nak bawa kau pergi tasik. Cepat siap.”
Arahan Lia itu dia terima dengan hati yang berdebar-debar.
Tetapi dia turutkan jua.
“ Dah siap belum?”
Hampir 10 minit, barulah Ayumi siap tapi dengan muka yang
masam. Dia keliru saat ini. dia juga takut. Rasanya sekarang adalah masa yang
sesuai untuk dia beritahu perkara yang sebenar.
“ Dia tunggu kau dekat luar.”
Ayumi keluar dengan perasaan gemuruh. Melihat kelibat itu,
dia terus tersenyum. tapi nampak hambar.
“ Jom ikut saya.”
Ayumi mengangguk tanpa banyak tanya. Nak bersuara pun rasa
tak bermaya.
“ Saya rasa dulu Ayumi yang saya kenal banyak cakap. Kenapa
sekarang ni tak?”
Ayumi menahan debaran. Sememangnya, dia penat untuk rasa
perasaan ni. menyesal pula dia tipu Izuan.
“ Okay dah sampai. Jom turun.”
Belum sempat Izuan nak buka pintu kereta. Tangannya terlebih
dahulu diraih Ayumi. Ayumi tersenyum tawar.
“ Why?”
Izuan tidak jadi keluar selepas melihat perubahan pada sikap
Ayumi. Kenapa ni?
“ Saya nak cakap sesuatu. Saya harap awak tak marah. Dan
maafkan saya.”
Ayumi terteguk air selepas melihat wajah Izuan yang tenang
itu.
“ Apa? cakaplah.”
“ Saya..saya..”
“ Ya?”
“ Saya sebenarnya tak lupa..”
Tok! Tok!
Terkejut mereka berdua dibuatnya. Ayumi yang ingin
menghabiskan kata-katanya jadi terbantut. Dia menjerit dalam hati. Tolonglah!
Aku dah tak sanggup untuk menyimpan rahsia ni.
“ Kawan saya tu. jom keluar. Nanti kita cakap lain.”
Ayumi hanya melihat Izuan melayan kawan-kawannya itu. dia
lebih rela jalan bersendirian daripada berdiri di sisi Izuan.
“ Ayumi! Cepatlah!”
Ya Allah. Apa perlu aku buat? Ayumi menggumam sendiri.
“ Perkenalkan. Ini kawan baik saya. Zairul.”
“ Hai.”
Ayumi langsung tiada hati nak berkenalan dengan sesiapa. Dia
nak Izuan! Dia nak terangkan perkara yang sebenar!
“ Izuan! Ikut saya jap.” Ayumi meminta izin sebaik sahaja
melihat Izuan ralit dengan kawan-kawan dia.
“ Ke mana?”
Ayumi terus berlalu agar Izuan ikut jejak langkah mereka.
“ I want to say something.”
“ What?”
Nafasnya ditarik perlahan-lahan sebelum menghembuskannya.
Dia melihat wajah Izuan dengan senyuman kecil.
“ Sebenarnya saya tak lupa ingatan.”
Izuan yang mendengar tersentak.
“ Saya tipu awak. saya berpura-pura. Maafkan saya. Saya buat
semua ni sebab dulu saya rasa benci nak tengok muka awak. sebab awak buat saya
menderita. Maafkan saya.” Luah Ayumi dengan linangan air mata.
Izuan masih mendiamkan diri. Maybe terkejut.
“ Awak. janganlah macam ni. maafkan saya.”
Izuan still tiada reaksi. Tetapi dia terus memusingkan badan
ke arah lain. Ayumi yang melihat mengangguk faham.
“ Tak apalah. Tenangkan fikiran awak dulu. Saya balik dulu.”
Terus Ayumi berlari daripada situ. Nampak saja Lia dari
jauh. Dia terus menuju ke arah Lia tanpa menoleh ke kiri dan kanan. Yang dia
tau dia nak LIa sekarang ni.
“ Ayu! Stop!”
Ayumi langsung tidak hiraukan suara itu. Dia benci! Benci!
Benci!
“ Ayu! Awas!”
Sreetttt!!!!
**
Matanya terkebil-kebil melihat jalan. Dadanya terus berdebar
hebat. Lututnya dah menggeletar hebat. Habis menggigil satu badan. Tak mampu
untuk berdiri dia terus jatuh terduduk dengan linangan air mata.
“ Awak! awak okay kan?”
Ayumi melihat Izuan tanpa reaksi. Dia selamatkan aku ke
tadi?
“ Mujurlah saya sempat tarik awak. awak! dulu saya menyesal
sebab buat awak kemalangan. Saya bersalah dan menyesal. Tapi tidak untuk kali
kedua. Saya tak mahu kehilangan awak lagi. Awak bohonglah saya apa-apa pun saya
sanggup terima. Tak apa. maafkan saya. Mujur awak selamat.”
Terus Ayumi menghamburkan tangis pada telapak tangannya.
“ Menangislah. Kalau itu yang buatkan awak lega. Menangislah
Ayu.”
“ Saya minta maaf. Saya..”
“ Saya yang salah. Saya tak sanggup tengok awak macam ni
lagi. Kita kahwin?”
Terus Ayumi terdiam dan hanya air mata jadi peneman.
**
“ Ayumi Maisarah!”
“ Ya saya.”
“ Awak ni…”
Ayumi tergelak kecil. pantas dia memeluk lengan suara itu.
“ Kenapa dengan saya ye?”
Izuan tersenyum kecil. kepala Ayumi diketuk perlahan.
“ Degil lah. Dah kata suruh berehat. Tapi gatal juga nak
kemas rumah.”
“ Saya bosan lah. Lagipun awak balik lambat. Jadi saya
buatlah kerja. jangan risau, anak papa sihat.”
Ayumi dan Izuan. Masing-masing berbalas senyuman.
Alhamdulillah. Dah tiga bulan mereka mendirikan rumah tangga. Mereka kini
bahagia.
“ Awak.. terima kasih untuk segala-galanya.”
“ Awak kan isteri saya.”
“ Awak pula suami saya.”
“ Saya cintakan awak.”
“ Saya pun wahai suamiku.”
Izuan mencebik lalu ketawa bersama isterinya.
“ Lia apa khabar?”
“ Dah nak kahwin pun. Awak yang tak tahu.”
“ Dengan siapa?”
“ Dengan raja.”
“ Ha?”
Izuan terlopong. Manakala Ayumi dah terkekeh ketawa.
“ Awak percaya! Haha.”
“ Oh! Nak perkena saya erk! Meh sini. Papa geletek mama.”
“ Tidak!”
Ayumi ketawa lagi. Izuan pula dah penat menggeletek lalu
duduk di sisi Ayumi.
“ Jom bercuti nak?”
“ Ke mana?”
“ Mana-mana. Kesian tengok isteri saya ni.”
Ayumi tersenyum.
“ Tak ada apa yang nak dibandingkan selain usaha keras suami
saya ni. thanks.”
“ dah-dah. jom ikut saya pergi dapur. Masak.”
“ Jom!”
“ terujanya dia.”
“ Of course!”
Tapi belum sempat Ayumi nak melangkah, dahinya terlebih
dahulu dikucup sebelum Izuan pula yang melangkah dahulu ke dapur.
“ Awak!”
“ haha!”
~TaMat~
Salam. Manis. Tahniah. Salam
ReplyDelete