Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Saturday 16 March 2013

Cinta Bersatu (11)



Stereng kereta di genggamku. Walaupun dah sampai rumah. Tapi masing-masing masih bersikap dingin. Gara-gara hal tadi. Takkan dia tak boleh faham perasaan aku kot. Payahlah kalau macam ni.
Rimas lah kalau macam ni. Keluarlah.
 

" Dee.."
 

Pergerakan ku terhenti daripada membuka pintu kereta. Aku mendiamkan diri tanpa menoleh ke arahnya.
 

" Salahkah kalau saya nak tahu tentang mak cik awak. Saya suami awak Dee.."
 

Terhambur keluhan kecil daripada mulutku. Suara dia macam kecewa sangat dengan keputusan aku untuk merahsiakan segalanya. Nuar..pleaselah..
 

" Maaf.. tapi saya belum bersedia."
 

Pantas aku keluar daripada kereta. Takkan gara-gara hal ini boleh jadi pergaduhan. Agak-agak arh. Aku ni pun degil sangat. Yang Nuar pun mengalahlah sikit. Betul tak?
 

" Dee!" Laungannya buat langkahku terhenti di hadapan pintu rumah. Nak masuk dah pun tadi.
 

" Baiklah..ikut awak lah nak cerita atau tidak. Maafkan saya. Mungkin saya terlalu emosi. Tapi saya harap saya akan dapat dengar sendiri daripada mulut awak bukan orang lain."
 

Suaranya kedengaran hampa dan kecewa. Kemudian dia hanya berlalu masuk tanpa menoleh ke arahku. Haiyaa! Takkan dia merajuk kot. Ish..payah betullah. Egois pun ada. Ergh!
 

**
Aku menarik nafas dalam-dalam. Aku perlu memujuk dia. Kelihatan dia sedang menonton television. Fuh! Giliran aku pula nak memujuk orang.
 

" Awak.."
 

Panggilku perlahan. Tapi dia tak menyahut. Tak dengar ke atau buat tak dengar.
 

" Anuar!" Panggilku sedikit kuat.
 

" Ya..." Hurmm.. sahut juga kau ni.
 

Amboi! Kau nak merajuk sangat dengan aku. Baiklah. Aku akan guna peras ugut. Haha..Ish..terlebih pula.
 

" Awak..maafkan saya.." suaraku perlahan.
 

Aku merengus geram apabila dia menguatkan suara tv. Argh! Tension aku bila memujuk lelaki ni. Tambah-tambah dengan orang tua ni. Aku bagi penumbuk kang!
 

Hishh..Sabar Dee..Sabar...
 

" Awak! Dengarlah apa yang saya nak cakap ni!"
 

Ambik. Maksimum volume aku keluarkan. Dan dia menoleh ke arahku. Wajahnya berlagak selamba. Okey juga sebab ada reaksi.
 

" Saya tahu saya salah. Baiklah..saya akan cerita tapi dengan syarat. Awak jangan tanya apa-apa lagi selepas saya ceritakan ni. Kalau awak tanya saya takkan teragak-agak untuk tinggalkan rumah."
 

Amboi Dee.. Peras ugut nampak. Biarkan! Malas aku nak layan kalau emosi lebih-lebih ni. Memang betullah apa yang aku dengar daripada orang ramai. Lelaki ni memang egois!
 

" Dee..Jangan." Aik? Cemas pula nada suara dia.
 

Haha.. Tahu pun takut. Berani nak biarkan aku tinggalkan rumah. Hehe..Jahat tak aku.
 

" Kalau macam tu awak jangan marah-marah lagi." Arahku keras.
 

Dia hanya mengangguk lantas mencapai kedua-dua tanganku. Tapi aku pantas mengelak. Tiada masa aku nak beri. Merajuk ni! Balas dendam...
 

" Makcik saya tu dah putuskan hubungan kekeluargaan dengan keluarga kami. Dia selalu hina mama dan kami. Dee sedih dan selama ini pun Dee cuba berbaik dengan dia. Tapi dia langsung tak ambil peduli. Dia kata kami ni tak berhak hidup bersama dengan keluarga mereka."
 

Hatiku berasa sebak. Sebab itulah aku tak mahu cerita soal ini. Aku berjeda seketika.
 

" sedangkan orang lain semua terima. Datok dan nenek terima je kami. Kecuali kakak tiri papa Dee je. Apa yang buatkan makcik bencikan kami pun tak tahulah."
 

Aku meraup mukaku perlahan. Bagi mengelakkan diri daripada mengalirkan air mata. Malulah!
 

" Awak okey ke?" soalnya.
 

Tak! Kau lah ni. Ergh!
 

Aku tersenyum kecil. Argh! Air mataku nak mengalir lagi. Jadi tanpa berlengah aku bergerak naik ke bilik. Pintu ku tutup dan kunci. Dan mengalirlah air mataku. Ringan sungguh air mata ni mengalir.
 

Tok!Tok!
 

" Dee..awak okey ke? Keluarlah!" Nada suaranya kelihatan cemas.
 

Aku tak mahu dia tahu yang aku menangis.
 

" Dee...jangan buat saya risau."
 

Aku tak tahan. Aku sangat perlukan seseorang untuk menenangkan diriku. Orang itu adalah mama. Tapi mama tiada. Yang ada hanya dia.
 

" Dee..buka pintu ni."
 

Aku terus membuka pintu bilik. Aku melihatnya dengan mataku yang berkaca-kaca.
 

" Hei..kenapa ni?"
 

Aku terus memeluknya. Aku terus menangis didalam pelukannya.
 

" Tolong benarkan saya peluk awak sebentar. sebentar saja." pohonku.
 

" Ya... lama pun tak apa."
 

Aku terasa usapan di belakangku. Kemudian aku pantas meleraikan pelukan. Tak perlulah nak melebih-lebih.
 

" Dee..saya janji yang saya takkan tanya macam-macam lagi. Saya janji saya akan jaga hati awak. Saya terlalu egois tadi. Maafkan saya."
 

Kedengaran suaranya sangat ikhlas. Aku jadi terharu.
 

" Saya juga takkan melukai hati awak lagi. Saya akan sentiasa lindungi awak. Saya tak kisah dan ambillah berapa lama masa awak. Yang saya nak awak tahu.. saya cintakan awak Dee.."
 

Aku mengetap bibir. Kenapa perlu dia luahkan soal itu. Malulah..
 

" Maafkan saya.. Saya nak turun.."
 

Belum sempat aku nak melangkah. Aku di peluk daripada belakang.
 

" Awak janji ye yang awak akan cuba kikis rasa benci tu." Kedengaran suaranya yang manja itu. Itu buat aku tersenyum.
 

" InsyaAllah. Doakan saya.."

~Bersambung~

No comments :

Post a Comment

Popular Posts

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers