Hai. Hai. Hai. Wah! Dalam minggu ni pun dah banyak cerpen aku post. Dalam masa dua hari aku berjaya siapkan 2 cerpen. Daebak! Haha. Semua ni permintaan kawan-kawan aku la ni. Nasib ada idea. Okay. Tak guna aku leter panjang-panjang. Bukan nak dengar pun. Haha. So, happy reading. ><
Perlahan-lahan aku menapak masuk ke dalam pasar raya Tesco
itu. Pertama sekali mestilah kena pergi ke arah kasut. Kasut aku semua dah
koyak dan tak boleh pakai. Tapi, ada ke kasut kat sini menepati cita rasa aku.
Maksud aku saiz kaki aku yang kecil molek ni. Ni yang aku benci bila nak cari
kasut ni.
“ Excuse me?”
Aku tersentak apabila tiba-tiba ditegur oleh seorang lelaki.
Aku tengok dia dengan kerutan di dahi.
“ Yes? Any problem?” Aku cuba memaniskan muka saat melihat
lelaki itu.
Serius. Lelaki yang sedang berdiri depan aku ni buatkan aku
terus rasa nak tengok dia. Entah sebab apa. Haish! Jaga mata tu.
“ Yes. I have a bigger problem.”
Aku terdiam. Kenapa muka dia nampak resah semacam?
“ You!”
Suara itu menyentakkan kami berdua lantas kami terus menoleh
ke belakang. Ada seorang perempuan yang kelihatan anggun dengan rambut panjang
melebihi paras bahu itu sedang melangkah ke arah kami. Okay. Apa dia nak? Siapa
dia?
“ Erk. Hai. Buat apa dekat sini?”
Aku dapat tengok riak muka perempuan tu macam kurang senang.
Maybe sebab ada aku dekat sini kot?
“ Saya pergi dulu.” Aku meminta izin bagi menghormati orang.
Kalau tak cakap macam tu tak sopan pula. Okay. Semenjak bila kau tahu nak bersopan
ni Atiqah?
“ Wait. I almost forget to introduce you. Come.”
Tiba-tiba saja dia menarik lenganku yang berlapik itu
kembali menghampiri perempuan tadi. Yang pasti aku dah dapat jelingan semacam
daripada perempuan tu. Apa? Ingat aku takut? Please!
“ Erm. You. I kenalkan ini girlfriend I and this is my
friend Hana.”
Okay. Kini aku dan perempuan yang bernama Hana tu sama-sama
terlopong. What? What he said? What?!!! Okay. Berapa banyak nak whatnya? Haha.
“ Lokman?”
Aku pandang mereka berdua silih berganti. Oh. Nama dia
Lokman.
“ Yes? Any problem with that? I’m seriously with her. I
really love her. And I will marry her. Trust me.”
Dan kini dia renung tepat ke dalam mata aku sampai buatkan
aku naik segan. Okay! Mana sikap kau yang suka membantah tu Atiqah? Kau bukan
macam ni!
“ But I love you Lokman! Really really love you. Please…”
Dia cuba nak raih lengan Lokman tapi gagal bila Lokman
berjaya mengelak dan berundur dua langkah daripada Hana. Aku yang tengok ni
hanya mampu meneguk air liur. Drama apa yang aku akan lihat sebentar lagi ni?
Ada babak nangis tak? Kalau ada best.
“ No. I think you should find someone else. Please. I don’t
love you. I love this girl. Please stay away from me.”
Okay. Aku yang mendengar tu pun dah rasa macam nak nangis.
Nampak sangat Hana ni yang beria-ria nak kan lelaki ni Tapi lelaki ni langsung
tak cintakan dia. Kesian pula aku tengok perempuan tu.
“ Erk. Sorry…”
Aku terkejut bila mereka terus toleh ke arah aku. Okay.
Kenapa aku nak menyampuk pula ni? Tapi, kalau aku tak menyampuk sampai
bila-bila pun aku tetap tak dapat keluar daripada situasi ni. Niat aku nak
shopping pun jadi gagal. Lebih baik aku cuba buat sesuatu untuk pulihkan
keadaan. Mengaku jadi gf dia pun mengaku je la. Cuma seketika je. Tak apa.
Tolong kan amalan mulia. Ceh!
“ Sorry kalau saya menyampuk. Saya Cuma nak cakap sikit.
Hana. Saya tahu awak cintakan Lokman. Tapi hati dan perasaan ni tak boleh
dipaksa-paksa. Cuba kalau Hana berada dekat tempat Lokman. Dan Hana langsung
tak cintakan Lokman. Apa perasaan Hana? Hana bahagia ke kalau paksa hati tu untuk terima Lokman
sedangkan Hana tak bahagia. Or for example la kalau Lokman tetap terima Hana.
Saya berani jamin yang Hana hanya akan dapat jasad dia bukan hati dia. Trust me.
Kalau kita cintakan seseorang dengan hati yang ikhlas, kita perlu korbankan
perasaan kita tu kalau nak dia happy. Itu baru namanya cinta.” Panjang lebar
aku terangkan pada mereka berdua dengan hati yang cukup tenang.
Ya tenang lah sangat.
Sedangkan hati aku ni dah macam nak terkeluar bila dapat tangkap renungan
lelaki tu.
“ So, saya harap Hana tak terus paksa Lokman terima cinta
Hana. Hana berhak bahagia dan cari lah lelaki lain yang boleh cintakan Hana.
Saya pasti akan ada seorang lelaki yang akan mencintai Hana dengan hati yang
tulus ikhlas. Trust me.” Sambungku lagi apabila mereka berdua seperti berada
dalam dunia sendiri. Tapi for sure aku dah sampaikan apa yang aku rasa.
“ What’s your name?” Soal Hana tiba-tiba dengan senyuman
nipis.
Aku membalas senyumannya dengan hati yang ikhlas.
“ Atiqah.”
Tiba-tiba dia meraih tanganku. Aku yang melihat hanya mampu
mendiamkan diri tanpa membantah.
“ Seriously. I really proud of you Tiqah. I betul-betul tak
sangka akan dengar kata-kata you tadi. Dan yes you menyedarkan I. Hati dan
perasaan ni bukan boleh dipaksa dan bukan batu untuk dibuat main-main. Thank
you Tiqah. Now I realize. Cinta tak semestinya memiliki.”
Terus tubuhku yang kecil ni didakapnya. Aku yang mendengar
rasa terharu tiba-tiba. Pertama kali aku rasa dihargai macam ni. Eceh!
“ And you Lokman.”
Kini, Lokman dan Hana saling berbalas pandangan. Aku rasa
aku tak patut masuk campur lagi. So, baik aku pergi daripada sini.
“ Tiqah. Wait!”
Aku menoleh ke belakang semula. Tinggal Lokman je dekat
situ. Hana dah tiada. Maybe dah pulang. Dia berlari ke arahku dengan senyuman
kecil.
“ Erm.. Thanks.”
“ For what?”
“ For that words. And sebab sudi tolong saya tadi. Saya pun
terkesan dengan kata-kata saya tadi.”
Aku hanya tersenyum.
“ No problem. Nasib saya tak tolak tadi. Tapi kesian juga
tengok dia tadi. Dia betul-betul cintakan awak. Cuma yelah kan? Hati dan
perasaan ni mana boleh paksa-paksa.”
“ Yes. Erm.. By the way, I Lokman Hakim. Just call me
Lokman. You Tiqah right?”
“ Yup. Nice to meet you.”
“ Nice to meet you to.”
Aku tersenyum melihat dia. Alahai. Mulalah rasa nak
berbunga-bunga hati ni. Haha.
“ Erm.. kalau tak ada apa-apa lagi. saya gerak dululah.”
Dia seperti tersentak dan hanya menganggukkan kepala.
“ Erk. Sure.”
Aku terus berlalu meninggalkan dia. Sekali lagi aku
tersenyum. Alahai. Kenapa aku rasa happy semacam je tengok dia tadi? Okay!
Enough! Sekarang jom balik. Nak shopping pun tak ada mood.
**
“ Mama. Macam mana kalau satu hari nanti akak jatuh cinta?
Tapi dia tak tau pun akak cintakan dia.”
Okay. Mama dah pandang aku pelik. Aku pula tarik sengihan
panjang.
“ Kenapa tanya macam tu? Kamu dah jatuh cinta ke?”
“ Tak. Kalau akak kata. Mana la nak tau kan?”
“ Just terus terang je la.”
Aku terdiam. Mama cakap senang. Cuba kalau aku bertepuk
sebelah tangan. Buat malu je beb.
“ Kamu nak beli apa-apa lagi tak?”
Aku terus menggelengkan kepala. Teman mama shopping dah
dekat 2 jam tapi hanya satu barang je mama aku beli. Adoi. Sabar je la.
“ Mama pergi bayar yang ni. Kamu tunggu mama dekat kereta.”
Selepas mama aku beredar ke kaunter, aku pun terus berlalu
ke kereta. Lepas ni pergi makan dulu lah baru balk. Lapar.
“ Cik boleh tolong saya tak?”
Aku yang baru nak buka pintu kereta tersentak selepas
ditegur. Pantas aku menoleh ke belakang.
“ Lokman?”
“ Tiqah?”
Kami sama-sama tergelak. Tak sangka boleh terserempak dekat
sini.
“ Awak nak saya tolong apa?” Soalku ingin tahu.
“ Erk…”
Dia macam serba salah nak cakap tapi bila dia nampak seorang
perempuan menuju ke arah kami berdua, dia terus paut bahuku. Aku yang terkejut
itu terus terkaku. What?
“ Lokman! Kenapa awak lari tadi?”
Aku tengok perempuan tu. Okay. Siapa pula kali ni? Ya Allah.
“ Kenapa? Saya kejar girlfriend saya tadi.”
Kali ni aku dan perempuan tu sama-sama terlopong. Again?!
“ Erk.. this girl is..”
“ Yes. My future wife. Why?”
Tolong! Mama! Rasa nak pengsan!
“ Saya tak percaya.”
Belum sempat Lokman nak berkata, perempuan tu terus berlalu
meninggalkan kami. Aku yang tengok pun dah pening kepala. What happen?
“ Ehem!” Aku berdehem lepas tu barulah pautan pada bahuku
terlepas.
Aku jeling dia yang kelihatan serba salah tu. Lepas tu aku
mencekak pinggang menunggu jawapan dia. Takkan kali ni jawapan yang sama macam
minggu lepas?
“ Sorry. Sorry sebab libatkan awak sekali lagi dalam masalah
saya.”
Aku menoleh ke belakang. Takut mama datang. Kalau dia nampak
lelaki ni, masak aku nanti.
“ Apa pula kali ni?”
“ Okay. Fine. Sebenarnya perempuan tadi tu adik sepupu saya.
Dan Hana tu kawan saya. Mereka berdua dulu suka sangat berkepit dengan saya.
Tak mahu lepaskan saya. Sampai mama saya salah anggap. Sampai saya nak
ditunangkan dengan perempuan tadi. Tapi saya tolak. Saya tak suka pun. Saya
anggap tak lebih daripada seorang kawan. Mujur Hana tu dah menyerah selepas
awak berlakon hari tu. Tapi perempuan tadi tu susah sikit. Dia keras kepala.
that’s why saya erk..terpaksa mengaku awak girlfriend saya. Okay. Mesti awak
ingat saya playboy kan? Terserah. Yang pasti saya single dan tak ada kaitan
dengan mereka berdua tu. fullstop!”
Okay. Aku dah separuh ternganga selepas mendengar pengakuan
dia tadi. Dan yes, muka dia nampak berserabut saat ini. Macam baru bangun tidur
pun ada. Aku tergaru-garu kening aku selepas melihat dia yang serba salah itu.
“ Sorry. Okay saya percayakan awak. Tak apa. Awak Cuma
perlukan bantuan kan? It’s okay.”
Tiba-tiba dia menghulurkan telefon bimbitnya kepada aku. Aku
tengok dia dengan kerutan di dahi. Apa ni?
“ Erk. Boleh tolong tulis nombor phone awak? Erk. Mana tahu
saya perlukan bantuan awak lagi ke?” Sampai tergaru-garu kepala dia ketika
bercakap tadi. Aku tersenyum kecil.
“ Sure.”
Terus aku tulis nombor aku dan buat missed call. Lepas tu aku
serahkan balik telefon kepada dia.
“ Erk..Thanks.”
“ Welcome.”
“ Akak!”
Terus kami berdua menoleh ke belakang. Alamak! Mama! Erk.
“ Ma. Dah habis bayar? Jom balik.”
Tanpa menghiraukan dia, aku terus membuka bonet kereta untuk
meletak barang. Lepas tu aku terus buka pintu kereta. Tapi terhenti bila mama
pergi jumpa dengan dia. Alamak!
“ Nak ni siapa ye?”
“ Erk.. saya Lokman. Kawan anak makcik.”
Aku menghembus nafas lega. Nasib dia tak mengaku aku ni
girlfriend dia. Kalau tidak haru!
“ Oh. Kawan.”
“ Mama. Jom balik. cepat.” Suaraku sebelum mama soal
macam-macam.
“ Yelah. Nanti senang-senang datanglah rumah.”
Okay. Mama! Aku tengok dia lantas berikan senyuman kecil.
“ Jumpa lagi. bye.”
“ Okay.”
Dan kini aku terus rasa malu. Mama!
**
Assalamualaikum.
Aku yang baru balik kerja tersentak bila mendapat whatsupp
daripada Lokman. Okay. Dia nak apa?
Waalaikumussalam.
Ermm. Boleh kita
jumpa?
Aku tersenyum.
Kenapa? Nak suruh saya
menyamar jadi girlfriend awak lagi ke?
Boleh juga. Itu pun
kalau awak sudi.
Aku terdiam. Okay. Aku terlanjur tulis.
Erk..
Tapi saya serius. Saya
memang perlukan bantuan awak. Harap kita boleh jumpa. Sekali lagi terpaksa
menyusahkan awak.
Aku terfikir seketika. Macam mana kalau dia betul-betul
suruh aku menyamar jadi girlfriend dia lagi? Hari tu Cuma 5 minit bolehlah. Ni?
kali ni? aku tak tahu.
Okay.
Betul ke apa aku nak buat ni? Hentam je lah!
**
Aku kerling jam. Dah 10 minit berlalu. Dah nak dekat 3 kali
aku kerling jam. Tapi insan yang nak jumpa tu still tak muncul-muncul. Aku
balik nanti baru tahu. Air minuman yang berada depan aku dihirup. Dahaga!
Panas! Geram!
“ Atiqah?”
Tersentak aku selepas ditegur. Pantas aku bangun dan menoleh
ke kiri.
“ Erk. Ya.”
Seorang perempuan yang ayu bertudung sedang tersenyum ke
arahku saat ini. Cantik. Aku yang bertudung ni pun tak secantik dia.
“ Sorry lambat. Duduklah.”
Aku mengerutkan dahi. Ha? Bukan Lokman ke yang datang
sepatutnya?
“ Lokman ada hal. So dia suruh saya datang. Saya kakak dia.”
Aku hanya menganggukkan kepala. patutlah.
“ Ada apa ye dia suruh datang?” Soalku ingin tahu.
“ Sebenarnya dia sangat perlukan pertolongan awak kali ni.
Dia tak tahu nak minta tolong siapa melainkan awak. Sebab dia kata awak dah
banyak kali tolong dia. Muncul saat dia amat-amat perlukan bantuan.”
Aku terdiam. Okay. Jadi terharu pula.
“ So, kalau boleh Sabtu ni dia nak awak menyamar jadi
girlfriend dia. Sehari tu je. Sebab Sabtu ni family kami buat majlis
makan-makan. Dan sepupu dia akan datang. Untuk membuktikan dia tak cakap
bohong. Dia kena bawa girlfriend dia datang. Jadi dia harap awak sudi tolong
dia untuk kali ini.”
Kali ni aku betul-betul terdiam. Terkedu. Menyamar? Oh My
God!
“ Erk.. tapi kenapa saya?”
Dia tersenyum lantas meraih tangan aku.
“ Betul lah apa Lokman kata. Kamu memang lain daripada yang
lain.”
Aku terkedu lagi. Lokman cakap macam tu?
“ Tolong ye Tiqah. Kami sangat perlukan bantuan kamu.”
Belum sempat aku nak berkata-kata, telefon bimbitku
tiba-tiba berbunyi menandakan ada pesanan ringkas masuk.
Atiqah. Saya tahu awak
susah nak terima. Tapi kali ni je. Tolong saya. Saya harapkan awak
sangat-sangat sekarang ni. Please.
Selepas membaca pesanan ringkas itu aku terus memandang ke
arah kakak dia. Terbit senyuman kecil dari mulutku.
“ InsyaAllah. Saya tolong setakat mana yang mampu.”
Kau yakin ke ni Tiqah? Belum cuba belum tahu.
**
“ Cuba yang ni pulak.”
Aku pandang dia dengan renungan tak puas hati. Mana taknya
bila dah 3 kali aku try baju untuk dipakai Sabtu ni. Tapi ketiga-tiga itu
langsung tidak memuaskan hati Lokman. Fed up arh macam ni!
“ Saya dah penat!”
Terus aku duduk jauh sikit daripada dia. Baju kurung moden
yang kali ketiga aku cuba ni pun aku belum tukar. Penat sangat. Macam serupa
nak pergi majlis korporat je beb. Arh!
“ Atiqah.”
Aku kerling dia dengan pandangan maut. Dia hanya tersengih.
“ I’m sorry. Tapi memang tak sesuai. Saya Cuma nak terbaik
untuk girlfriend saya ni je.”
Aku merengus geram.
“ Saya tahu. Saya memang tak sesuai untuk pakai apa-apa je.
Saya ni tak cantik. Kecik pula tu. Semua tak sesuai.”
Okay. Tetiba nak emosional ni dah kenapa.
“ Tak. Saya tak cakap macam tu. Awak silap. Awak cantik.
Awak comel. Even kecik tapi awak dah berjaya menambat hati saya.”
Aku terus pandang dia selepas dia berkata demikian. Dia
tersedar lantas menggelengkan kepala.
“ Erk. Maksud saya awak wanita yang lain daripada yang lain.
Erk.. tu maksud saya.”
Aku tersenyum dalam diam. Dia cuba nak mengelak. Alahai.
Comel je reaksi dia kali ni.
“ Okay. Ini last. Tapi biar kali ni saya yang pilih.”
“ Okay-okay. Saya ikut je.”
Aku terus ke arah baju-baju kurung dan jubah perempuan. Aku
tengok tapi tak ada yang berminat. Last-last tangan aku tarik pada satu jubah
hitam yang mempunyai labuci di tangan dan dada itu. okay. Perfect. Selendang
pula kita ambil warna merah hati. Okay cun!
“ Saya cuba yang ini.” Ujarku pada dia lantas masuk ke bilik
persalinan.
Selepas 5 minit bersiap, aku keluar dan menunjukkan pada
dia.
“ Okay tak?” Soalku lantas melihat diriku sekali lagi.
“ Awak?”
Aku terus mendongak selepas tiada sahutan. Dan aku terkejut
tengok dia macam terpana melihat aku. okay. Teruk sangat ke?
“ Lokman!” Panggilku geram.
“ Ya. Awak nampak… perfect! Saya suka!”
Nampak senyuman dia, aku pun terus tersenyum. Bagus. Tak
perlulah aku bersiap lagi. selesai!
**
Saat kakiku melangkah ke halaman rumahnya, aku dah rasa
kecut perut. Takut! Besarnya rumah dia. Bila tengok sekeliling. Lagi buat aku
kecut perut. Rasa nak berpatah balik je. Tak nak terlibat dengan rancangan dia.
Tapi dah terlajak kata. So terima je la.
“ Awak okay?”
Aku pamerkan senyuman kecil.
“ Jangan risau. Saya sentiasa di sisi awak.”
Aku tengok latar dia. Sepanjang dua hari ni. Dia langsung tak abaikan aku. Dia sentiasa
pastikan keperluan aku untuk ke majlis makan family dia ni perfect. Tak ada
yang kurang. Dia nak aku nampak sempurna pada mata family dia. Tapi Lokman. Aku
tak sempurna. Aku manusia biasa yang banyak kekurangan. Kau tak boleh nampak
ke?
“ Jom masuk.”
Aku mengekori langkahnya sampai lah ke hadapan seorang
lelaki dan perempuan berusia dalam linkungan 40-an. Serta-merta dadaku
berdebar. Ya Allah. Tolong!
“ Mama. Papa.”
Selepas dia salam orang tua dia, aku salam pula mama dia.
Dan tak disangka aku terus dipeluk mama dia. Okay. Aku terkedu.
“ terima kasih sebab sudi datang. Terima kasih juga sebab hadir
dalam hidup Lokman.”
Entah kenapa. Kata-kata itu begitu menyenangkan hati aku.
“ Makcik. Saya minta maaf tapi…”
Belum sempat aku nak berkata-kata Lokman datang menyampuk.
“ Mom. I’m sorry but I must take her with me.”
“ Sure. Atiqah. See you after this.”
Lokman terus paut bahuku agar ikut langkah dia. Aku perasan
ada mata yang memandang ke arah kami. Dan aku dapati ada jelingan yang tidak
puas hati daripada sesetengah pihak. Okay. Aku dah gerun dah ni.
“ Awak. saya takut. Semua macam tak suka saya je.” Bisikku.
Entah ke mana dia nak bawa aku pergi.
“ Jangan risau. Abaikan diorang. Mereka memang tak puas hati
dengan saya dari dulu lagi. don’t worry okay.” Ujarnya tenang tanpa melihat ke
arah aku. Tapi aku? langsung tak boleh tenang.
“ Hai sister.”
Kakak dia datang menghampiri. Tiba-tiba tubuhku dipautnya.
Aku terkedu lagi. Mama! Nak balik!
“ Welcome to our family dear. Lokman. Bawa dia jumpa dengan
Hana dan Dila. Mereka sedang tunggu kamu.” Kedengaran tegas suara kakak dia
tapi still dengan senyuman.
“ Okay. Jom Tiqah.”
Aku hanya ikut ke mana dia pergi. Sempat juga aku perhati
orang sekeliling. Semuanya nampak mewah. Tiba-tiba aku rasa kerdil dekat sini.
Siapalah aku dalam family ni? aku hanya orang luar yang hanya menyamar sebagai
girlfriend dia. aku memang tak layak untuk berdiri sama tinggi dengan Lokman.
Aku sedar!
“ Hai guys.”
Aku tersentak saat ternampak Hana dan perempuan masa dekat
park kereta hari tu. Hana menyambut kehadiran aku dengan senang hati. Tapi
perempuan yang bernama Dila tu? Sangat dingin dengan aku. Sampai nak salam pun
tak nak. Berlagak!
“ Kenalkan ini girlfriend I. Hana you must know right?”
“ Of course. Tiqah. Welcome to his family. I hope you will
be happy.”
Aku tersenyum nipis. Aku tak dapat rasa happy. Aku rasa nak
terjun je dalam kolam sebelah aku ni. Nak balik!
“ And Dila. I just said the truth. This is my future wife.
So, I hope you understand.”
Okay. Aku dapat rasakan suasana hening dekat sini. Panas!
Bila dapat jelingan tak puas hati Dila tu. Lokman! Gara-gara rasa takut aku
terus peluk lengan dia yang berlapik tu. Aku nak balik!
“ It’s okay dear. Calm down okay.” Bisiknya bagi
menghilangkan kegelisahan aku.
“ Lokman. Come we take some food. Dila you nak ikut?” Ajak
Hana.
“ No. Maybe I can talk with her. I hope you okay Lokman.”
“ Sure.”
Aku pegang kuat lengan dia sambil pandang dia. Aku bagi
amaran jangan lari. Takut.
“ Don’t worry. She’s fine with you. Just a few minute okay.”
Terlerai pegangan aku. Dan kini aku dan Dila. Sedang
berbalas pandangan. Daripada tadi muka itu tak ada senyuman. Aku jadi gerun.
Maybe aku kena keluarkan suara.
“ Erk.. Hai. Saya Atiqah. Awak mesti Dila kan?” Ujarku
sekadar berbasa basi. Sengihan panjang ditarik. Tapi nampak sangat sengihan tak
ikhlas. Wuargh!
“ Aku tak peduli siapa kau. Tapi kenapa mesti Abang Lokman
juga kau rampas?”
Walaupun perlahan tapi nada tu memang menunjukkan dia sedang
marah. Aku yang mendengar pun dah meremang bulu roma.
“ Apa awak cakap ni?”
Aku toleh ke belakang. Lokman! Cepatlah! Saya takut!
“ Jangan nak berpura-pura. Kau ingat aku tak tahu kau hanya
jadi girlfriend dia sebab harta kan? Mengaku je la!”
Tiba-tiba bahuku ditolak kasar oleh dia. Haih! Ni dah
melebih ni. Mulalah nak cabar kesabaran aku.
“ Awak silap. Saya langsung tak pandang semua tu dan saya
langsung tak tahu yang Lokman anak orang berada. Kalau saya tahu saya tak
sanggup untuk berada di sisi dia sampai saat ini.” Penuh amarah aku meluahkan
pada dia. sedap-sedap hati je tuduh aku.’
“ Oh ya? Ingat aku nak percayalah. Kau sedar diri kau tu
sikit. Kau Cuma orang miskin yang menumpang dekat rumah ni. Kau tak layak
berdiri sama tinggi dengan Abang Lokman. Jauh beza sangat. Ke kau nak aku
cerminkan kau?”
Seperti ada pisau tusuk dada aku selepas dengar kata-kata
dia. Air mataku mula bergenang.
“ Saya sedar saya siapa. Awak tak perlu nak kutuk-kutuk
saya. Saya sedar!”
Terus aku memusingkan badan untuk beredar. Aku dah tak tahan
untuk berada dekat sini. Sakit hati! Aku sedarlah siapa aku. Tapi perlu ke
sampai nak mengutuk? Perlu ke?
“ Aku belum habis cakap lagi lah!”
Terus dia tarik bahu aku dengan kasar tanpa sempat aku nak
mengelak. Tapi aku tak tahu mana silapnya bila aku hampir tak dapat nak
imbangkan badan aku lantas terjatuh dalam kolam renang.
“ Arghh!”
Aku cuba untuk berenang tapi gagal. Aku tak pandai berenang
la! Aku terkapai-kapai mencari jejak Lokman.
“ Awak! tolong! Tolong!”
Banyak air masuk ke dalam hidung dan mulut aku. sampai aku
rasa susah dah nak bernafas. Ya Allah. Adakah ini pengakhiran hidup aku?
“ Ya Allah Tiqah!”
Tolong! Lokman! Makin lama aku makin lemah sampai aku tak
ada tenaga untuk naik ke atas air. Akhirnya aku terus memejamkan mataku saat
tiada nafas untuk aku bernafas. Dan pada masa yang sama aku dapat rasakan
rangkulan pada pinggang ku yang sangat erat.
“ Tiqah! Wake up! Jangan tinggalkan saya!”
Sayup-sayup aku dapat dengar suara dia. Yang pasti aku dah
berada atas lantai. Tapi, kenapa aku rasa susah nak bernafas ni.
“ Atiqah! Tolong sedar! Ya Allah. Jangan tinggalkan saya!”
“ Ya Allah Lokman. Kenapa dengan Atiqah?”
Aku cuba untuk mencapai tangan Lokman. Tapi, tak sempat bila
dadaku tiba-tiba rasa susah sangat nak bernafas.
“ Atiqah!”
**
“ Atiqah. Bangunlah. Jangan tinggalkan saya. Saya tak
sanggup untuk kehilangan awak. Please.”
Suara itu. Kenapa suara itu berada dekat sangat dengan aku.
Aku cuba untuk membuka mata. Tapi gagal. Kenapa ni?
“ Atiqah. Tolong bangun. Maafkan saya sebab saya awak susah.
Semuanya salah saya. Maafkan saya.”
Kedengaran esak halus daripada suara itu. Adakah itu Lokman?
Lokman!
“ Saya mengaku yang saya tak boleh kehilangan awak.
Bangunlah!”
Tiba-tiba aku rasakan ada orang menyentuh lembut lenganku.
Mesti Lokman. Ya Allah. Tolonglah. Aku nak sedar!
“ Lokman. Dah la tu. pergilah balik rehat. Kamu dah sehari
suntuk ada dekat sini. Biar mama pula yang jaga.”
Itu suara mama dia. ya Allah. Aku dekat mana ni? Hospital
ke?
“ Tak nak mama. Semua ni salah Lokman. Kalau Lokman tak
tinggalkan dia masa tu. Lokman cuai. Lokman sayang dia mama. Lokman tak nak
tinggalkan dia.”
Seraya itu ada air mata mengalir daripada mata kiriku.
Kenapa aku tak boleh nak bangun ni.
“ She’s hear me Mom. She’s cry. Atiqah. Saya tahu awak
sedang dengar saya. Tolong bangun.”
Aku cuba menggerakkan jari jemariku. But, still gagal. Arh!
Kenapa dengan aku ni!
“ Atiqah.”
Akhirnya aku mengalah. Lokman.
**
“ Hai.”
Aku tersentak. Aku sebenarnya baru sedar daripada koma
semalam. Tu pun selepas Lokman balik rumah. Dia tak tahu sepanjang seminggu aku
koma aku dengar semua kata-kata dia. Tapi time tu aku tak tahu dia jujur atau
lakonan depan mama dia. Tapi, jujur aku mula sayangkan dia dalam diam.
“ Atiqah.”
Aku dah sedar dan nak buka mata aku tapi suara itu bukan
suara Lokman. Suara Dila. Ya Allah. Dia nak buat apa?
“ Kenapa kau tak mati je?”
Dadaku dah berdebar kencang.
“ Aku rasa kau patut mati. Menyusahkan aku je untuk dapatkan
Abang Lokman.”
Ya Allah. Lokman! Tolong saya! Dia nak buat apa ni?
“ Aku akan buat apa saja asalkan aku dapat Abang lokman!”
Tiba-tiba aku terasa ada tangan memegang leher aku. Lepas tu
dia mencekik leher aku. Ya Allah! Aku terus buka mata kerana terkejut dan
sakit.
“ Kau..kau nak buat apa?” Soalku dalam suara tersekat-sekat.
“ Aku nak bunuh kau! Kau patut mati!!!”
Arh!! Aku dah tak dapat nak keluarkan suara. Mama! Tolong!
Lokman!
“ Dila!”
Terlepas pegangan dia selepas mendengar suara Lokman. Aku
dah terbatuk-batuk gara-gara tiada nafas. Nak sesak nafas. Kalau Lokman lambat
aku rasa aku dah nak mati. Ya Allah.
“ Abang Lokman.. sa..saya…”
Pang!
Aku terpana. Pipi Dila ditampar Lokman. Muncul pula papa dan
mama Lokman. Mama Lokman menghampiriku dan memaut bahuku. Aku membalas pautan
itu kerana aku terlalu takut.
“ Ini balasannya sebab kau buat Atiqah hampir mati! Belum
puas ke kau menyebabkan dia terjatuh dalam kolam. Sekarang kau nak bunuh dia pula?
Manusia jenis apa kau ni ha?” Bentak Lokman dengan muka merah menahan marah.
Aku yang melihat dah kecut perut. Mama. Mana mama. Akak
takut.
“ Sampai hati Abang Lokman buat macam ni.”
Air mata dia dah menitis. Tapi tidak mudah untuk meraih
semula kepercayaan Lokman ketika ini.
“ Baik kau pergi sebelum aku lapor polis. Aku tak kira.”
Tegas tapi pada masa yang sama aku tahu dia sedang menahan marah daripada buat
lebih teruk dekat Dila.
“ Fine!”
Aku terkejut melihat Dila menghempas kuat pintu bilik selepas
keluar. Aku yang terkejut terus memeluk mama Lokman. Aku trauma. Sangat trauma.
Ya Allah.
“ Awak. Awak dah sedar? Awak tak apa-apa kan? Awak okay
kan?”
Bertalu-talu soalan yang diaju Lokman pada aku. Aku hanya
menggelengkan kepala tanda tiada apa-apa kecederaan pada diriku. Mama Lokman
setia mengusap bahuku seraya memberikan aku kekuatan.
“ Ma..mana mama dan papa saya?” Soalku inginkan kepastian.
“ Mereka otw sayang. Jangan takut. Mama ada dekat sini.”
Terkedu lagi. Mama Lokman bahasakan diri dia kepada aku
sebagai mama. Layak ke aku? Bukankah aku hanya menyamar jadi girlfriend Lokman
dan aku confirm mama dan papa Lokman belum tahu hal ini.
“ Lokman. Mama dan papa awak masih tak tahu ke?” Soalku lagi
sambil memandang ke arah dia.
Lokman terdiam dan sesaat kemudian dia mengukirkan senyuman.
Paling manis aku rasa senyuman tu.
“ Mereka semua tahu kecuali Dila dan Hana. Dan mereka berdua
tidak perlu tahu sebab saya betul-betul sayangkan awak.”
Kali ni aku terdiam terus sampai mama dan papa aku muncul.
“ Atiqah!”
**
“ Maafkan saya makcik. Semua ni salah saya. Saya yang
menyebabkan Atiqah masuk hospital. Maafkan saya. Sebab baru beritahu makcik
sebab saya tak sampai hati nak tengok makcik sedih.”
Tak sangka, Lokman berani berdepan dengan mama dan papa aku
dan cakap benda sebenar. Aku masih mendiamkan diri sebab aku tak tahu nak kata
apa. Memang diikutkan aku marah sebab Dila. Tapi aku terima ini sebagai takdir
aku.
“ Kenapa buat anak makcik macam ni? Nasib baik anak makcik tak
apa-apa. Kalau anak makcik terus koma? Macam mana? Siapa nak tanggung?”
Mama sudah menarik aku ke dalam pelukannya. Aku membalas
pelukan mama dengan linangan air mata.
“ Maafkan akak ma. Akak pun salah sebab buat mama risau.
Tapi semuanya bukan salah Lokman. Akak yang cuai.” Ujarku pula bagi bela
Lokman. Sebab aku pun salah.
“ Sudahlah tu. Semua dah jadi. Tak guna asyik salahkan orang
lain.” Tiba-tiba papa bersuara.
Pelukan terlerai dan aku tersenyum memandang mama. Air
mataku diseka.
“ Okay. Makcik maafkan. Tapi lepas ni tolong jangan ganggu
Tiqah lagi. semuanya dah selesai kan? penyamaran dia pun dah berakhir.”
Kata-kata mama bagaikan benda tajam menusuk ke dalam dada
aku. Aku pandang Lokman. Dia pun terdiam sama seperti aku. Tapi ikutkan
perjanjian memang sehari je aku menyamar jadi girlfriend dia. So, dia memang
tak boleh nak membantah.
“ Tapi kalau saya cakap saya nak jadikan dia girlfriend saya
yang sah?”
Terus semua mata terpaku pada Lokman yang sedang tersenyum
itu.
“ Maksud kamu?” Papa inginkan kepastian.
“ Saya nak jadikan dia isteri saya.”
Aku pula terdiam dan terus menoleh ke arah lain saat mata
kami bertembung. Ya Allah.
“ Saya ikhlas. Kali ni bukan penyamaran. Saya tahu Atiqah
susah nak percaya tapi ini benar. Saya tak tipu Tiqah.”
Aku tunduk memandang jari. Macam mana ni? Memang aku dah
mula menyayangi dia. Tapi mama dan papa?
“ Kami terima kalau Tiqah terima.”
Aku terus memandang Lokman. What?
**
Sedar atau tidak. Dari pertama kali aku berjumpa dengan
Lokman. Aku memang jadi diri aku yang sebenar. Aku langsung tak berpura-pura
even menyamar jadi girlfriend dia pada masa dulu. Serius. Aku memang tak pandai
untuk berpura-pura kalau hati ni dah mula mencintai dia. Pada ketika hati ini
dah jumpa tuan dia. Mana mungkin dia nak berpura-pura. Kan?
Dan siapa sangka juga, akhirnya cinta kami bersatu. Aku juga
tak sangka sebab dia kata dia juga terpikat pada pertama kali kami bertembung.
Sebab tu dia beria-ria nak jadikan aku girlfriend dia time tu. Bagi dia bukan
penyamaran tapi bagi aku ya. Haha.
“ Atiqah!”
“ Ya saya.”
Terkocoh-kocoh aku berlari ke arah dia yang tengah menunggu
itu.
“ Buat apa lagi tercegat dekat situ? Jom.”
Tanganku digenggamnya dan senyuman manis terukir pada bibir
kami berdua. Ya. Minggu lepas kami dah mendirikan rumah tangga. Dia yang
berusaha pikat hati aku sebelum kahwin sebab aku tolak dia time tu. Haha.
Sebenarnya sengaja nak uji dia. Tapi dia tak give up. Sebab tu aku terima. Dah
hati suka mana boleh tolak. Kahkah.
“ Sayang nak beli apa?”
Sabtu ni majlis resepsi keluarga dia. Lambat sikit sebab dia
asyik busy dengan kerja. Benci tau tak!
“ Tak payah beli apa-apa. Jom pi makan. Lapar.”
Terus laju kaki kami melangkah ke arah satu restaurant. Bila
perut dah lapar, tak kisah nak makan dekat mana pun. Asalkan kenyang.
“ Nak tu nak ni dan itu.”
Aku tunjuk je apa aku suka. Dia tolong ambilkan. Haha.
Kejam! Dia yang nak tawarkan pertolongan. So, aku tinggalkan dia dan mengambil
tempat kosong.
Aku tak percaya sebenarnya sebab dah jadi isteri dia. Macam
dalam mimpi you know. But, I’m happy for that dream.
“ Excuse me?”
Aku yang ralit termenung itu pantas mendongakkan kepala. Ada
seorang lelaki sedang berdiri sebelah aku sambil tersenyum. Okay. Siapa pula
ni?
“ can you help me?”
“ Erk.. why?”
Aku terus bangun bila lelaki itu menunjukkan sesuatu jauh di
depan kedai makan ini. Yang aku sure sekarang ni, ada seorang perempuan laju
menghala ke arah kami. Okay! Apa akan terjadi ni?
“ Please help me.”
Aku pandang ke kiri. Mana Lokman menghilang ni?!
Jangan-jangan lelaki ni nak aku mengaku aku ni girlfriend dia? Oh My! Lebih
baik jangan. Tolonglah! Cukuplah sekali!
“ You! What are you doing here?”
Perempuan yang aku tengok dari jauh tadi dah menegur lelaki
sebelah aku ni. Aku dah kecut perut.
“ I’m sorry but…”
Tiba-tiba bahuku dipaut seseorang. Dan yang pasti bukan lelaki
tadi. Sebab dia kelihatan terkejut melihat wajah aku. Aku toleh ke kiri. Aku
tersenyum lega.
“ But what? Sorry. This is my wife not you’re girlfriend. I
know you want run from her. But, not this girl. This is my wife okay.”
Aku tahan gelak selepas melihat reaksi lelaki itu. Aku
pandang pula muka perempuan tadi. Dia tengah blur okay. Aku kerling si suami
pula. Dia nampak tenang dan santai lagi. Haha.
“ Erk.. I’m sorry sir.”
Terus dia berlalu bersama perempuan tadi. Bila kelibat
mereka hilang, aku terus hamburkan ketawaku. Tak tahan! Haha.
“ Amboi dia.”
Aku tutup mulut melihat Lokman sedang merenung tidak puas
hati.
“ Kenapa bang?”
“ Sesedap hati dia je nak isteri abang ni jadi girlfriend
dia. Dia tak tahu ke yang awak tu wife abang.”
Aku tersengih. Muka masam dah.
“ Eleh. Dulu pun abang macam tu juga. Nasib baik saya single
lagi. cuba kalau saya dah kahwin time tu. mesti Hana dan Dila akan still kejar
abang. Kan?” Perliku.
“ Amboi. Pandai dia kan?”
Tubuhku ditarik dekat dengan tubuhnya. Aku tersengih lagi.
“ Sebab abang tahu time tu sayang belum berpunya la abang
berani dekat. Tak macam sekarang. Dia tak sedar ke tangan sayang tu berinai.
Ada cincin lagi. Buta ke apa?”
Aku ketawa lagi.
“ Sebab dia panik time tu. Sudah. Kalau abang buat lawak
lagi saya keluar daripada kedai ni. Kenyang dengan gelak.”
“ Yela. Tapi ingat ye. Abang takkan lepaskan sayang sampai
bila-bila tau sebab cinta abang hanya untuk sayang seorang.”
Terharu. Itu aku rasakan. Aku tersenyum lebar.
“ Oh. So sweet! Tiqah pun.”
Terus hidungku dicuitnya.
“ Dah makan.”
“ Abang suapkan?”
“ Mengada.”
“ Haha.”
Kalau mencintai dirinya mampu membuatkan aku bahagia, aku
terima.
~Tamat~
No comments :
Post a Comment