Hai hai. Sorrylah. Baru datang menjenguk ke sini. Hehe. Dan maaf buat sesiapa yang ternanti-nanti sambungan enovel yg tak seberapa ni. Aku tak tahu apa pandangan korang terhadap cerita ni tapi aku dah cuba sehabis baik. Harap korang enjoy. :)
Sebuah kereta berwarna merah telah masuk ke dalam
perkarangan hospital dan berhenti tepat-tepat di depan pintu utama hospital.
Apabila dia berjaya mengemaskan dirinya dengan penuh keyakinan, dia keluar dan
serahkan kunci kereta pada pengawal di
situ agar keretanya diletakkan di parking
yang betul.
“ Selamat datang doktor.”
Senyumannya ditarik sebaik sahaja ditegur oleh nurse di
situ.
“ Ya. Selamat pagi.”
Kakinya laju melangkah ke dalam hospital sambil memerhati keadaan
sekeliling. Dalam diam dia berdoa agar pesakit-pesakit itu cepat sembuh.
“ Doktor. Kita ada pesakit.”
Dengar saja suara pembantunya itu membuatkan langkahnya
serta-merta terhenti.
“ Siapa? Dan kenapa?”
Nurse yang bernama Izati itu tersenyum lantas menerangkan
info yang dia dapat sebentar tadi.
“ Aimi Aisya. Dengar kata dia dimasukkan ke hospital sebab
tiba-tiba pengsan dekat sekolah. Dan ada nurse yang mengesahkan tadi bahawa dia
mungkin terkena serangan jantung. Tapi itu Cuma kesimpulan.”
Bilik yang ada nama itu dipandang sekilas oleh doktor
tersebut sebelum menganggukkan kepalanya.
“ Tunggu saya dekat sana. Nanti saya menyusul.”
Pantas bilik yang bernama ‘Doktor Imran Ismail’ itu
dimasukinya. Beg bimbitnya di letakkan di atas meja. Kerusi kosong itu
didudukinya dengan perasaan tenang. Matanya merenung ke depan sambil terfikir
apa kata-kata nurse tadi.
“ Aimi Aisya. Hurmm. Takkan semuda itu terkena serangan
jantung?”
Tiba-tiba dia teringat lagi kata-kata ibunya semalam. Itu
membuatkan dia jadi tak berdaya untuk menolak. Terlepas keluhan kecil daripada
mulutnya.
“ Come on Doktor Imran! Takkanlah hal peribadi nak bawa
masuk sekali ke dalam hospital ni? Nonsense! Sedar! Pesakit perlukan kau!”
Dengan penuh keyakinan, dia bangun dan cuba memberikan senyuman
yang paling terbaik kepada dirinya. Selepas mendapat keyakinan itu, barulah dia
menyarungkan coat doktornya itu ke tubuhnya lantas mengambil peralatan yang
penting.
“ Ready untuk memulakan tugas kau sebagai doktor Imran!”
**
“ Izati. Mana pesakit yang awak cakap tadi tu?”
Muka Imran kelihatan serius saat itu. Dia sememangnya
seorang yang profesional ketika berada di hospital. Tetapi bila diluar, orang
tidak akan tahu sebenarnya dia doktor.
“ Ada dekat sana.”
Imran mengambil fail yang diserahkan Izati lalu membelek
maklumat pesakit itu. Aimi Aisya. 17 tahun. Ermm. SPM tahun ni.
“ Macam mana keadaan dia?”
Saat Imran mendekati Aimi dan menelek muka Aimi. Dia
tersentak sesaat. Eh! Ini pelajar sekolah yang aku hampir-hampir terlanggar
pagi tadi. Ya Allah. Dia tak apa-apa kan time tu?
“ Dia masih tidak sedarkan diri. Selepas buat pemeriksaan
tadi, dia dah okay.”
“ Dapat kesan apa-apa?”
Imran membuat pemeriksaan dengan teliti sebelum terfikir
sesuatu.
“ Dah buat pemeriksaan pada bahagian jantung dia?”
Imran mula rasa tidak sedap hati. Sebab seingat dia, masa
dia tengok keadaan Aimi time tu. Aimi menyentuh dadanya dengan kuat. Rasanya
bahagian tu yang sakit.
“ Dah.”
“ Apa keputusannya?”
Berdebar Imran menantikan keputusan daripada nurse itu.
“ Kami dapati jantungnya ada masalah. Dan..”
Imran masih diam kerana menantikan kata-kata yang seterusnya
daripada nurse tersebut.
“ Kemungkinan dia menhidap penyakit jantung. Sebab tu dia jadi sesak
nafas dan terus pengsan tidak sedarkan diri.”
Selepas mendengar penerangan itu, Imran rasa macam nak
terduduk. Ini kali pertama dia dapat pesakit muda yang menghidap penyakit
jantung. Ya Allah. Kenapa aku jadi susah nak percaya ni?
“ Teruk atau tidak?” Imran masih menyoal.
“ Kami tak tahu sebab kami belum buat pemeriksaan dengan
lebih terperinci. Doktor yang lebih berhak.”
Imran mengeluh kecil.
“ Dah call orang tua dia?”
“ Dah. kejap lagi mereka sampai.”
“ Okay. Good. Bawa dia ke bilik pemeriksaan.”
Pantas Imran melangkah pergi dengan seribu persoalan. Penghidap
jantung ? Ya Allah. Macam mana dia nak cakap dekat orang tua pelajar
perempuan tu. Mesti susah nak percaya. Ya Allah. Berilah aku kekuatan.
**
“ Faiz Mokhtar Idris!”
Terdengar namanya seperti disebut, dia terus memusingkan
badannya ke belakang. Terpamer senyuman sinis pada wajahnya saat melihat insan
yang memanggilnya sebentar tadi.
“ Oh kau. Nak apa?”
Razif mendekati Faiz dengan riak yang tidak puas hati.
“ Apa kau cakap dekat Aimi sampai dia pengsan?”
“ Aku cakap apa? Mana ada aku cakap apa-apa.”
Faiz dah bersedia nak melangkah pergi tetapi terhalang
apabila Razif menyentuh bahunya. Faiz merengus geram. Pantas di tepi tangan itu
dan berdepan sekali lagi dengan Razif.
“ Aku tahu. Mesti kau ada cakap something dekat dia. Baik
kau cakap or kau akan menyesal seumur hidup kau.” Ugut Razif dengan perasaan
marah.
“ Aku tak ada cakap apa-apa selain perasaan aku dekat dia.
So what?”
Razif tersentak. Faiz pula sudah menarik senyuman sinis.
“ Kau suka dia?” Dengan terketar-ketar dia menyoal.
“ yes! Any problem? Tak ada kan? Hey! Kau nak tahu tak? Kau
penghalang besar aku untuk dapatkan hati dia. Disebabkan rupa dan pangkat kau
terus orang label kau jejaka hot dekat sekolah ni. Eh! Semua tu hanya sementara
je la. Tak payah nak berlagak hero sangat. Aku benci lah orang macam ni. Dan..
aku akan pastikan selepas ni kau takkan halang hubungan aku dengan Aimi lagi.
Aku sanggup mati daripada lupakan Aimi. Huh!”
Terus Faiz berlalu dengan rasa sakit di hati. Dia rasa puas
dapat luahkan sepenuhnya pada Razif. Biar dia tahu rasa!
“ Aku tak pernah halang hubungan korang. Dan.. aku tak
pernah minta pun semua gelaran tu.” Bisik Razif sendiri saat melihat Faiz
berlalu. Dalam hati dia kecewa sebab dia lambat bertindak.
Razif memandang sepi ke arah langit. Serius. Hati dia rasa
tak tenang melihat keadaan Aimi sebentar tadi. Kenapa mesti Faiz ada masa tu?
Ya Allah. Dua tahun aku simpan perasaan ni. Sebab aku tahu Aimi tu seorang yang
baik dan tak layak untuk bergandingan dengan aku. Even orang gelar aku jejaka
hot dekat sini. Tapi, aku tak ambil port langsung tentang hal tu sebab aku
lebih memilih untuk menyukai Aimi Aisya. Bahkan, sebab Aimi lah dia berjaya
sampai ke tahap ini. Tapi..
Razif mengetap bibir. Tangannya digenggam kuat. Tajam dia
merenung ke langit. Aku kena pastikan aku sempat untuk luahkan perasaan ni
sebelum aku pergi daripada sini. Yes. Itu saja jalannya.
“ Razif?”
Lamunan Razif serta-merta terhenti selepas ditegur. Nampak
saja Emelda, senyuman tawar diukir.
“ Oh. Kau.”
“ Kenapa dengan kau ni? ada masalah?” Emelda pelik tengok
Razif macam sedih.
“ Aku teringatkan Aimi. Macam manalah keadaan dia.”
Emelda tersenyum kecil.
“ Jangan risau. InsyaAllah dia okay. Aku nak tanya sikit
boleh?”
“ Tanyalah.”
Emelda menoleh ke belakang dan menoleh semula ke depan. Dia
ingin memastikan tiada sesiapa yang berada dekat dengan mereka. kalau tidak
susah dia nanti.
“ Kau suka Aimi kan?”
Dan seperti yang Razif sangkakan, dia Cuma mampu
tersenyum.
“ Kau tahu?”
Emelda tersengih. Dah agak.
“ Sebab layanan kau berbeza. Dengan orang lain cara kau
lain. Dengan dia lain. Sebab tu aku dapat teka. Jangan risau sebab dia minat
kau. Semenjak dua menjak ni dia asyik perhatikan kau je dari jauh. Tapi dia tak
berani dekat sebab kau kan Hot kat sekolah ni.”
Penerangan Emelda jelas sekali buatkan dia terkejut.
“ Serius aku tak tahu.”
“ Tak apa. So, lepas ni kalau dah suka cakaplah. Kalau tidak
melepas kau. Sebab aku tahu bukan kau seorang je suka dia. Ramai lagi. Tapi
Aimi tu je jenis malas nak layan.”
Usai berkata demikian, Emelda terus berlalu untuk ke kelas.
Cukuplah apa yang dia terangkan. Kalau lebih-lebih nanti lain pula jadinya.
Aimi. Aku dah tolong kau. Nanti kau pandai-pandai lah.
Razif terkedu tetapi sesaat kemudian dia sudah mampu
mengukirkan senyuman bahagia. Kalau macam ni, lagi mudah untuk aku luahkan
perasaan ni. Abaikan Faiz dan percaya pada diri kau Razif.
Pada masa yang sama, ada seseorang yang sedang memerhatikan
Razif dari satu sudut. Renungannya itu hanya dia dan Allah je yang tahu.
“ I will make sure you will be my mine.”
You will be mine tidak perlu ada 'my' . Mine sudah bermaksud kepunyaan saya .
ReplyDelete