Wah.. Dah lama aku tak menjenguk ke sini. Biasalah budak STPM kan? Mujurlah dah mula cuti seminggu. Dan pada malam ni... Wah! Bagi yg menanti-nantikan cerpen baru. Ini dia. Sebenarnya ini permintaan daripada cikgu aku. Aku buat atas permintaan dan penglaman dia sikit. So.. Harap korang enjoylah membacanya. Aku minta maaf terlebih dahulu sbb mula-mula korang baca memang agak bosan sikit. Huhu.. Okay.. Bacalah! ^^
“ Cikgu Fitriah. Sila masuk sini. Semua orang sedang tunggu
kedatangan cikgu.”
Aku tersenyum melihat seorang pelajar pra-U yang sedang
memimpin aku agar dapat masuk ke dalam bilik mesyuarat berkenaan.
Berdebar-debar pula aku rasa saat ini. Hari ini hari pertama aku bergelar guru.
Walaupun hanya cikgu ganti. But, aku tak kisah sebab ini pengalaman pertama
aku. Aja-aja fighting!
Apabila kaki aku melangkah masuk saja ke dalam bilik
mesyuarat seperti yang dinyatakan pelajar perempuan sebentar tadi. Semua
mata-mata yang berada dalam bilik tersebut memandang ke arahku. Aku jadi gerun
seketika. Be cool Fitriah! Cool!
Akhirnya aku hanya memberikan senyuman buat mereka dan
mengambil tempat di sebelah seorang cikgu yang kelihatan manis senyumannya. Aku
dapat lihat tag namanya. Halina. Mesti ini cikgu Halina.
“ Okay. Saya persilakan cikgu baru yang akan menggantikan
cikgu Saleha buat sementara waktu untuk berikan ucapan. Dipersilakan.”
Aku tersentak. Aku baru nak duduk. Tak apa. lantas aku pun
bangun dan berdiri di hadapan semua pelajar tersebut. Ramai juga.
“ Assalamualaikum semua. Saya merupakan cikgu ganti dalam
mata pelajaran pengajian am. Saya cikgu Nur Fitriah Abdullah. Korang boleh
panggil saya cikgu Fitriah. Saya baru
habis belajar dalam bidang pendidikan. Saya tak sangka akan dapat jadi cikgu
ganti dalam pengajian am. Tak apa. saya akan cuba yang terbaik. Saya juga ingin
minta tunjuk ajar jikalau saya tak tahu apa-apa. saya harap korang semua akan
dapat berikan kerjasama yang baik buat saya. Terima kasih.”
Tepukan gemuruh kedengaran. Aku tersenyum sahaja selepas
mendengar tepukan itu. ada muka pelajar yang suka. Ada yang blur dan ada juga
yang muram. Muram tu aku tak tahu lah kenapa. Biarkan. Yang penting kau datang
sini hanya ingin mengajar mereka sampai mereka boleh. InsyaAllah.
“ baiklah. Rasanya semua boleh bersurai tapi pelajar lelaki
sila tunggu di sini sebentar. Pelajar perempuan boleh beredar.”
Aku sememangnya tidak tahu nak buat apa melainkan hanya
melihat apa yang akan berlaku. Aku masih blur ye. Apabila aku tengok muka
pelajar-pelajar lelaki tersebut. Aku terdiam. Habis nak aku senyum? Nanti kata
aku tak betul pula.
Tapi aku sedar sesuatu. Ada seorang pelajar ni asyik tengok
aku je. dah kenapa? Muka aku ni ada sesuatu ke? Ish.. gerun pula aku. macam tak
pernah tengok orang pun ada dia ni. ish! Fitriah! Bersangka baik please!
“ Semua pelajar lelaki sila berdiri dan beratur. Dimulai
dengan pelajar 6 atas dulu.”
Aku dapat tengok penolong kanan tingkatan 6 tu sedang
mengarah mereka berbuat sesuatu. Bila aku tengok diorang. Teringat masa aku
dekat U dulu. Rindu pula.
“ Cikgu.. Jom kita naik atas. Kejap lagi cikgu boleh masuk
mengajar kelas 6A1 dulu.”
Aku ditegur oleh cikgu Sofea. Cikgu ni lah yang mula-mula
aku jumpa waktu aku datang ke sini tadi.
“ Ha ok.”
Bermulalah kisah aku dekat sekolah ni sebagai seorang cikgu.
**
“ Assalamualaikum cikgu!”
“ Waalaikumussalam..”
Apabila selesai membaca doa. Mereka pun duduk. Aku berdiri
di tengah-tengah dengan senyuman kecil. lelaki hanya 4 orang. Perempuan ramai.
Nampak sangat lelaki kian pupus dalam dunia ni.
“ Dah kenal kan siapa cikgu?” Aku menyoal.
“ Dah. Tapi cikgu perkenalkan lagi diri cikgu tu.”
“ Baik. Nama cikgu Nur Fitriah. Korang boleh panggil cikgu
Fitriah. Berasal daripada sini juga. Bukan orang Kuala Lumpur walaupun dulu tinggal dekat situ. Ada apa-apa lagi nak
tahu?”
Aku pandang wajah mereka satu persatu. Dan aku tak tahu
kenapa aku tertarik untuk tengok seorang muka pelajar lelaki ni. nampak baik
je.
“ Cikgu tak kenal korang lagi. Jadi apa kata korang kenalkan
nama korang dulu. Mulakan daripada belakang.” Arahku.
Dan… seorang demi seorang pun bangun memperkenalkan diri
mereka sendiri. Sampailah pada pelajar lelaki yang aku tertarik tadi.
“ Nama saya Syamil. Tinggal dekat belakang sekolah ni je.
berumur 19 tahun.”
Ya Allah. Tertarik kejap aku dekat budak ni. Haha. Awas kau
Fitriah! Melampau betul.
“ Okay duduk. Terima kasih sebab sudi perkenalkan nama
korang. Cikgu perlukan masa nak ingat semua nama. Hehe..”
Mereka tertawa kecil. dan aku sedar yang Syamil hanya tersenyum.
Dan auw! Senyuman dia manis sekali. Haih! Teruk kau Fitriah. Muka dia macam
pelakon Korea pun ada. Kikiki..
“ Hmm.. sekarang buka buku kamu. Kita buat apa yang patut
kita buat. Korang dah belajar sampai mana? Ada dalam tiga bulan lagi kan nak
final exam untuk penggal 3?” Soalku sambil menyelak buku.
“ Haah.” Jawab salah seorang daripada mereka.
“ Dah baca semua ke? Dah faham?”
“ Belum. Baru belajar sampai bab 2. Ada lagi lima bab
cikgu.”
Aku tersenyum. Rasanya hari ni aku tak tahu nak ajar apa dekat
diorang. Aku pun kena buka buku balik ni. dah lama tinggal pengajian am.
“ Rasanya saya pun kena buka buku balik. seperti yang korang
tau saya ni bukan ambil jurusan pendidikan untuk subjek pengajian am pun.
Jadi.. kalau saya salah harap korang betulkan. Kita sama-sama belajar.” Ujarku.
“ Cikgu! Cikgu bagi kami latihan untuk bab 1 dulu boleh?”
“ Haah cikgu. Dah lama kami tak buat latihan.”
Aku terdiam. Latihan? Hum.. tidak ke terlalu awal untuk aku
berikan latihan.
“ Cikgu..”
Tiba-tiba aku terdengar suara seorang pelajar lelaki
memanggil ku. Apabila aku mendongak, Syamil sudah berdiri. Haih! Nama dia je
aku mampu ingat sekarang. Nama orang lain tak ingat pun. Hampeh!
“ Ada apa Syamil?”
“ Saya nak ke tandas kejap.” Dengan muka yang penuh simpati
dia meminta.
“ Ha. Pergi cepat. Dari tadi tak nak pergi.” Ceh! Marah
konon.
“ hehe.. sorry cikgu.”
Yang lain sudah mula ketawakan dia.
“ Cikgu.. dia memang macam tu.”
Hurmm… menarik. Ish! Syamil ni boleh buat aku gila lah.
Pelajar yang awesome kot. Haha.
**
Keesokan harinya, aku datang dengan penuh bersemangat.
Biasalah dah bekerja kan? mengajar pula tu. tak sabar lah nak mengajar diorang
yang awesome tu.
Dengan langkah yang penuh cermat, aku melangkah masuk ke
dalam kelas 6A1. Semua pelajar dah ada kecuali seorang. Syamil. Amboi kau
Fitriah. Bila dia tak ada kau sedar pula. Yala dah dia seorang yang duduk depan
aku setiap kali aku berdiri di tengah kelas. Tempat dia betul-betul depan aku
kot. Jadi aku ingat dan nampak lah.
“ Semua dah ada ke?” Soalku sambil perhati muka blur diorang
tu.
“ Syamil masih belum datang. Dia kata dia lambat sikit.
Motosikal rosak katanya.” Maklum seorang pelajar
lelaki yang duduk di sebelah
Syamil. Siapa nama dia ha? Lupa pula aku.
“ Kamu…”
“ Firdaus cikgu.” Aku tersengih.
“ Sory. Ambil masa nak ingat nama kamu semua.”
“ Assalamualaikum!”
Datang Syamil dengan muka penatnya. Dah berpeluh-peluh aku
tengok.
“ Ha Syamil! Kenapa datang lambat ni? dah tau kan pukul
berapa?” Soalku sedikit marah.
“ Maaf cikgu. Motosikal rosak dekat tengah jalan tadi. Sorry
cikgu.”
“ Sorry..sorry..”
Dia datang dan duduk dekat tempat dia. bila tengok muka aku,
mata dia berkaca. Eh? Kenapa ni?
“ Sorry cikgu. Saya betul-betul minta maaf.”
Haiya! Dia bikin gua cair ma.
“ Yela..yela.. lain kali tak payah buat lagi. Ingat tu?”
Lembut pula suara kau bercakap Fitriah. Haha. Mengada!
“ Tapi kamu okay kan?” Aigo! Aku ni risau terlebih dah
kenapa?
“ Okay. Thanks cikgu.”
“ Welcome..”
**
Mana kakak aku ni. Lambatnya. Aku dah message daripada pukul
2 tadi kot. Tak datang-datang juga. Sabar je lah.
Penat berdiri, aku kembali duduk pada tempat kosong yang
berada dekat perhentian bas tersebut. Aku melihat skrin telefonku. Masih tiada
panggilan daripada kakak kesayangan aku tu. nampak sangat dia tak baca message
aku.
“ Lapar pula.”
Aku pun bangun semula dan memerhati sekeliling. Kereta kakak
aku tu masih belum nampak lagi. Tapi orang lain yang aku nampak dulu.
“ Syamil…”
Aku terpegun melihat dia yang sedang menunggang motosikal
tu. dia nampak lain. Rambut dia yang pacak tu jatuh pada dahinya. Rambutnya
yang basah-basah sipi tu buatkan wajah dia lebih menyerlah. Dengan senyuman
dia. Ya Allah. Aku terus terkaku pada tempat sebaik sahaja melihat dia. Rasa
nak tunggang pun ada.
“ Cikgu.” Dia tersenyum melihat ke arah ku. Dan.. aigo!
Lesung pipit. Dia ada lesung pipit! Argh!
Fitriah! Control yourself! Control! Dia anak murid kau je.
anak murid! Tapi.. Dia nampak sangat hensem tadi. Nampak lain sangat. Aduhai! Ni
baru nak dekat sebulan aku tengok dia hari-hari. Kalau dah sampai tiga bulan?
Boleh angau aku. haish!
Tiba-tiba dia menghentikan motosikal dia di hadapan aku. aku
terteguk air liur. Jangan tunjuk keterujaan kau Fitriah. He just your student.
“ Cikgu tunggu siapa?”
“ Tunggu akak cikgu. Kamu baru balik ke?”
Aku tersenyum. Kawal gemuruh kau Fitriah. Anggap dia seperti
orang lain. Tapi dia nampak hensem sangat tadi. Argh!
“ Haah. Cikgu duduk mana?”
Aku toleh kiri dan kanan. Kak! Cepatlah datang.
“ Ha.. tu pun kereta akak cikgu. Cikgu balik dulu ye.”
Dengan langkah terkocoh-kocoh aku terus berjalan ke arah
kereta kakak aku yang masih belum berhenti tu. kau jangan lari Fitriah. Nampak
buruk sangat haih kalau kau lari depan anak murid kau.
Gara-gara aku tergopoh sangat, aku jalan tak tengok bawah.
Aku tersepak batu yang besar.
“ Ouch!”
Aku terduduk. Sakit! Ish batu ni pun satu. Masa ni jugalah
kau nak aku tersepak pun. Esok tak boleh ke? Depan Syamil pula tu. ya Allah
malu!
“ Eh! Cikgu. Cikgu okay tak?”
Syamil meluru ke arahku apabila melihat aku jatuh dengan
muka menahan sakit. Tu la. Gopoh sangat kan? sekarang baru padan muka kau
Fitriah. Malu yang kau dapat.
“ Meh kaki cikgu. Saya nak tengok.”
“ tak apa. sikit je ni.”
Aku cuba membuka kasut kiri ku. Aku rasa sakit pada ibu jari
kaki kiri. Jadi aku tanggalkan kasut tersebut. Dan aku tersentak apabila ada
darah yang mengalir daripada situ.
“ ya Allah cikgu. Darah. Kejap.”
Belum sempat aku nak menarik semula kakiku. Dia terlebih
dahulu cepat bertindak dengan mengelap darah pada kakiku dengan sehelai tisu. Terpancar riak
kerisauan dan kemachoan dia dekat situ. Arh! Fitriah! Kau memang dah gila la!
“ Dah okay cikgu. Darah pun dah tak keluar. Cikgu okay ke
ni?”
“ okay. Jangan risau.”
Dan tepat pada masanya kereta kakak aku sampai. Baru nak
sampai! Lambat sungguh.
“ Eh! Fitriah! Kenapa dengan kau ni?”
Dia meluru ke arahku dengan bimbang. Syamil pula sudah
bangun kerana ingin memberi ruang pada kakak aku untuk melihat keadaanku yang
tak teruk pun. Saja buat teruk.
“ Syamil.. ni kakak cikgu. Terima kasih sebab sudi bantu
cikgu tadi. Cikgu balik dululah.”
“ Sama-sama.”
Tanpa berlengah, aku terus bangun dan dengan
terhincut-hincutnya aku berjalan masuk ke dalam kereta. Ya Allah. Harap lepas ni
tiada lagi kejadian sebegini berulang lagi! Malu!
“ Tu ke lelaki yang kau minat dan suka tu?”
Baru saja aku nak menghembus nafas lega sebab dah terlepas
daripada Syamil. Kakak aku pula menyoal balik.
“ Entah.” Aku buat-buat tak tahu. Tapi bila diingatkan balik
tadi. Sikap dia romantik. Argh! Ish! Sudahlah
Fitriah!
“ Jangan nak tipu akak lah. Akak dapat tengok renungan kau
dekat dia tadi. Dan akak sedar dia bukan main risau dengan kau tadi. So
sweet..”
Aku buat muka poyo. Akak aku ni dah kenapa?
“ Dahlah. Jom balik.”
Kan bagus aku lebih muda daripada Syamil. Heh!
**
“ Assalamualaikum cikgu. Cikgu dah okay?”
“ Waalaikumussalam. Kenapa?”
Aku ambil tempat pada kerusi cikgu. Aku melepaskan lelah
sesaat. Apabila aku pandang muka Syamil. Dia memandangku dengan renungan yang
redup bersama senyuman kecil dia. Ya Allah. Kenapa dia tengok aku macam tu?
“ Syamil kata cikgu kaki tercedera. Cikgu dah okay ke?”
“ Oh. Dah. Okay dah. Sikit je pun.”
Aku kembali berdiri berhadapan dengan Firdaus. Tak nak arh
berdiri depan Syamil. Tergugat juga iman aku nanti. Dahlah tiba-tiba dia
pandang aku macam tu tadi. Dengan senyuman dia yang menggoda tu. haha. Mengarut
kau Fitriah.
“ Cikgu… jangan asyik berdiri. Nanti orang tu risau.”
Jelas kerutan di dahiku. Risau? Siapa nak risau. Aku pandang
Firdaus inginkan penjelasan. Syamil pula tunduk memandang bukunya.
“ Sebelah saya ni lah cikgu. Dia risau kot kalau cikgu sakit
teruk.”
Aku menyembunyikan senyumanku. Yeke? Terharu pula aku rasa.
“ Tak teruklah. Cikgu okay. Dah kita sambung pelajaran kita
semalam. Kita berhenti dekat mana?”
Aku menyelak buku dengan senyuman kecil. Rasa nak lompat pun
ada. Kakaka..
“ ha. Latihan yang cikgu bagi semalam tu mana?” Aku baru
teringat. Diorang ni kalau aku tak ingatkan jangan harap nak hantar. Mesti ada
je alasan kalau aku suruh hantar hari ni.
“ Cikgu.. saya hantar esok boleh? Saya tak siap lagi.”
Firdaus membuka mulut.
“ Ha? Kenapa yang tak siap lagi? Kan saya dah kata hantar
hari ni. memang nak kena kamu ni. selalu buat saya marah.”
Tanpa berlengah, aku menendang kakinya dengan geram. Geram
yang amat.
“ Cikgu sakit!”
“ tau pun sakit. Yang kamu tak buat tu kenapa? Dah tau saya
nak hari ni kan?”
Kaki aku rasa ngilu pula. Tapi abaikan. Bukannya sakit teruk
pun. Aku pandang Syamil pula. Tersengih-sengih.
“ ha kamu Syamil? Belum siap juga ke?”
Aku tengok buku latihan dia. ada lagi dua tempat kosong yang
belum dia isi jawapan. Nak kena ni.
“ Apa alasan kamu?”
Tajam aku merenung dia. Marah ni marah. Tak buat aku marah
tak sah.
“ maaf cikgu. Saya tak tau nak jawab macam mana. Saya cari
jawapan tak jumpa. Sa..saya minta maaf.”
Jelasnya dengan pandangannya yang berkaca-kaca tu. muka
memang minta kesian sungguh. Dan pandangan mata dia yang berkaca-kaca tu la
berjaya buat aku lembut hati. Haih! Tengok je mata dia buat aku cair. Teruk!
“ Ha.. tak apalah. Tak tau nanti tanya saya. Saya boleh
tolong.” Lembut terus aku bercakap. Hilang terus rasa marah tadi. Hampeh betul.
Nampak sangat kau pilih kasih. Haha.
**
‘ Assalamualaikum cikgu. Kaki cikgu macam mana? Okay ke?’
Aku yang baru sahaja ingin melelapkan mata terbantut. Syamil
whatsupp aku kot. Terharu gila. Haha.
‘ waalaikumussalam. Alhamdulillah. Cikgu okay je ni.’
‘ betul ke?’
‘ betul lah Syamil. Buktinya? Siang tadi saya tendang kaki Firdaus
tu. ha? Okay la tu.’
Aku tertawa kecil. kesian pula dekat Firdaus tu. beria aku
tendang kaki dia. marah sangat la tu. tapi bila tengok Syamil terus cool.
Janganlah kau asyik buat mata macam tu Syamil. Kau tau tak boleh tergugat iman
aku nanti. Haih..
‘ Cikgu ni. kesian Firdaus.’
‘ Bukan selalu. Siapa suruh tak siapkan latihan. Kamu pun.’
‘ Sorry cikgu.’
‘ it’s okay’
Aku rasa kelakar pula. Boleh tak kalau aku anggap dia tua
lima tahun daripada aku. haha. Teruk betul kau ni Fitriah.
Mata aku sudah lali. Tapi dia dah tak balas whatsupp aku.
maybe dia dah tidur. So.. tidurlah wahai Fitriah. Esok kau kena kerja lagi.
Kontrak kau tinggal sebulan je lagi.
‘ Cikgu… saya bukannya nak langgar adab saya sebagai
pelajar. Tapi saya betul-betul risaukan cikgu dan sebab sayanglah saya sanggup
bantu cikgu.’
Dan… aku terus terkedu. Gulp!
**
Gulp!
“ Kau dah kenapa ni?” Teguran Diba langsung aku tidak
hiraukan. Apa yang lebih menarik perhatianku saat ini adalah apa yang ada depan
mata aku.
“ Diba.. tu anak murid aku.” Maklumku.
“ So?”
“ Dialah yang aku cerita dekat kau semalam. Yang dia
whatsupp aku tu. yang menyebabkan aku tak pergi sekolah dua hari. Esok aku kena
bertembung dengan dia jugak. What I want to do?”
Diba tersengih kerang busuk. Bahuku diusapnya lembut. Hish.
Orang duk gelabah dia boleh senyum pula.
“ Kau suka dia kan?”
“ Maksud kau?” memang aku suka dia. tapi takkanlah dia nak
suka dekat cikgu kot. Jauh beza umurnya.
“ Kalau kau tak suka kau takkan gelabah macam ni lah beb.
Rileks arh. Kau abaikan je. atau memang betul kau sukakan dia.” Tebak Diba
lagi.
“ hurmm.. betullah tu aku suka dia. tapi aku tengah kawal
perasaan aku tau tak. Tak nak melebih. Cukup kot kasih sayang seorang guru pada
anak murid.”
Aku yang sudah penat berdiri kembali duduk pada kerusi batu
itu. kelibat Syamil dah menghilang entah ke mana. Syamil.. Awak berjaya buat
saya jadi tak tentu arah macam ni. teruk betullah. Kenapa juga awak pergi kata
kat saya macam tu? maksud awak? sayang bagaimana? Arh!
“ Tak mustahillah beb. Contoh macam kawan aku dengan
pensyarah dia. umur diorang beza sepuluh tahun beb.”
Aku terdiam. Itu tak apa lah sebab pensyarah tu lelaki. Aku
ni perempuan kot.
“ Dah. Jangan nak peningkan kepala kau. Jom ikut aku.”
“ Ke mana?”
“ Ke anak murid kau. Jom!”
Belum sempat aku nak menghalang, Diba terlebih dahulu pantas
membawa aku berhadapan dengan Syamil yang berada bersama dengan Firdaus.
“ hai cikgu! Tak sangka boleh jumpa dekat sini.” Tegur
Firdaus dengan senyuman lebar. Aku hanya membalas senyuman itu.
“ Apa yang korang buat dekat sini? Shopping apa?” Soalku ingin tahu.
“ Adalah barang sikit ni cikgu. Ha cikgu kenapa tak pergi
sekolah? Cikgu sakit ke?” Syamil pula menyoal. Dan muka dia jelas tunjuk yang
dia bimbang akan keadaan aku. diba dah mengerling aku supaya menjawab.
“ Demam sikit. Sekarang dah okay. Esok boleh pergi mengajar
korang dah.”
Demam? Demam terkejut kot. Haha.
“ Betul ke cikgu dah sihat?”
Ya Allah Syamil. Tolong jangan pandang aku dengan pandangan
yang berkaca-kaca tu. tergugat juga iman aku nanti ha.
“ Alhamdulilah dah sihat. Apa kerja yang cikgu suruh buat tu
jangan lupa hantar esok pula. Kamu Firdaus. Awas ha kalau tak siap lagi.”
Amaran aku berikan kepada mereka berdua.
“ beres cikgu! Esok datang ye. Kami dah rindu dekat cikgu
ni.”
Aku tersengih. Rindu? Saya rindu korang juga terutama
Syamil. Amboi kau! Gatal! Haha.
“ Diba.. jomlah pergi. Cikgu pergi dulu ye.”
Pantas aku menarik tangan Diba agar menjauhi mereka. Diba
masih dengan sengihan dia walaupun dah jauh daripada mereka. Dah kenapa minah
ni sengih-sengih?
“ Kau gila ke?” Soalku selamba.
“ Akhirnya aku dah dapat jawapannya. Yes! Benar sekali
tekaan aku. dia ada perasaan dekat kau lah beb. Kau pun sama. Dua-dua sama je.
pendam!”
Aku mencebik. Habis? Takkan nak bagitau kot. Itu namanya
cari nahas. Kalau tak tau malu tak apala. Tapi betul ke Syamil ada perasaan
dekat aku? Huh!
“ Dah jom balik. mengarut je semua tu.”
insya-Allah kalau benar kami ada jodoh. Pasti akan bersama
juga. Kan? Hiks.
**
“ Mana mereka ni? dah pukul 11 lebih kot. Haih.. lambat
sungguh rehatnya.”
Aku tergaru-garu kepalaku yang tidak gatal itu apabila
melihat skrin telefon. Rasa nak luku kepala pun ada. Aku terbaca pula whatsupp
daripada Syamil ni ha. Yang aku biarkan tidak berbalas.
‘ Cikgu. Esok jangan lupa datang tau bersama semangat yang
baru. Kami rindukan cikgu. Saya pun.’
Angau? Oh tak! Aku tak nak bersangka bukan-bukan. Nanti aku
sendiri dapat malu. Tapi dia berjaya buat aku tersenyum. Hiks!
“ Assalamualaikum cikgu.”
“ Waalaikumussalam.”
Akhirnya. Syamil dan Firdaus
masuk ke dalam kelas. Penat aku tunggu.
“ Kenapa lambat? Dah pukul berapa sekarang?” Soalku geram.
“ Sorry cikgu. Saya nak tercicir tadi. Sebab tu lah lambat
sikit. Yang lain cikgu Azah panggil.” Maklum Firdaus. Manakala Syamil setia
berdiam diri dekat tempatnya. Dia selalu macam tu. suka tunduk ke bawah.
“ Kamu borong apa semalam?” Alang-alang yang lain belum
masuk. Tak salah kot aku nak bersembang.
“ Baju, kasut dan adalah sikit buku.”
“ Amboi. Banyaknya.”
Aku tersenyum sahaja melihat
Syamil yang mengadap buku tu. Alahai…
“ Syamil.. Kerja dah siap?”
“ Ha?” Nampak sangat dia terkejut akan sergahan aku.
“ kerja dah siap ke?” Aku mula mendekati meja mereka.
Firdaus pulun menyiapkan saki baki yang dia belum habiskan. Syamil pula aku
tengok rileks je. dah siap la kot kerja yang aku beri tu.
“ Erk.. dah. Nah..”
Aku mencapai buku latihan yang dia beri. Aku tengok satu
persatu jawapan yang dia berikan. Aku mula geram.
“ Berapa kali saya nak cakap. Jangan cuai. Tengok ni! saya
dah kata jangan lupa tulis nombor 1. Belakang tu jangan tinggal. Haish degil
betullah!” Nampak sangat aku memang marah.
Aku tengok jawapan Firdaus pula.
“ Ni sorang lagi. Kamu berdua memang nak kena.”
Tanpa berlengah aku terus tumbuk bahu mereka. Sakit pun
sakitlah. Tapi tangan aku sakit lagi.
“ Ouch!”
Sama-sama menjerit kesakitan. Tapi bila tengok muka Syamil.
Aku jadi cair tetiba. Rasanya kalau tak mahu aku marah kena tengok muka kesian
Syamil. Haha.
“ Maaf cikgu.”
Suara Syamil yang cuba dilembutkan itu berjaya buat aku
reda. Reda daripada terus marah. Hampeh betul!
“ Dah. Buat sekali lagi.”
Fitriah! Kenapalah kau susah sangat nak kontrol diri kau.
Kontrol perasaan kau? Argh! Teruk!
**
Tujuh bulan telah pun berlalu. Dan peperiksaan STPM bagi penggal
tiga juga dah berakhir selama tujuh bulan. Kini, aku telah pun keluar daripada
berada dekat sekolah tu. aku dah jadi cikgu dekat sekolah lain pula.
Ya Allah. Rasa rindu pula dekat diorang semua. Terutama
Syamil. Alahai.. Syamil. Awak berjaya buat saya tak tentu arahlah.
“ Fitriah. Kau ada reunion kan petang ni?”
Aku tepuk dahi. Allah! Terlupa pula aku. kelas 6A1 ada buat
reunion petang ni dekat Aidy’s café. Jadi aku akan berjumpa balik dengan buah
hati tak rasmi aku tu. ahak!
“ Akak tolong hantarkan ye?”
“ Yelah.”
Aku tersengih. Yes! Aku dapat jumpa kau lagi Syamil. Tunggu
aku ye. Hiks! Haha.
**
“ Cikgu! Rindunya!”
Aku peluk bekas pelajar perempuan aku seorang demi seorang.
Ya Allah. Rindunya.
“ Apa khabar sekarang? Sihat?”
“ Alhamdulillah kami sihat.” Jawab Husna.
Aku tersenyum saja. Pelajar lelaki masih belum sampai.
Lambat!
“ jom kita pesan makanan dulu.”
Aku hanya memerhati mereka dengan senyuman. Agaknya bila
lagi aku dapat berkumpul dengan diorang? Agaknya bila lagi aku boleh jumpa
dengan Syamil.
“ Assalamualaikum. Sorry lambat cikgu.”
Akhirnya, muncul juga empat jejaka kelas 6A1 ni. Mataku
tepat memandang ke arah Syamil yang tengah tersenyum tu. tapi dia tak pandang
aku pun. Sabar-sabar.
“ Semua dah berkumpul. Jom kita makan.” Suaraku dengan girang.
Aku duduk di hadapan Firdaus dan sebelah Husna. Syamil pula
berada di sebelah Firdaus. Aku ni daripada tadi asyik sangat perhati dia. tapi
dia? tak pandang aku walau sekelumit pun. Ya Allah. Adakah dia dah lupakan aku?
sedih arh! Nampaknya maksud dia sayang tu hanyalah sayang sebagai seorang
pelajar. Hurmm..
Suapanku jadi makin perlahan. Dah hilang selera. Eh Fitriah!
Come on lah! Kau bukan orang macam ni kan? move on lah! Kumbang bukan seekor
okay. Ramai lagi nakkan kau. Erk? Tipu lah ramai. Tapi ada lagi nakkan kau
Fitriah. Lupakan apa yang mustahil menjadi hak milik kau. Okay!
“ Cikgu.. kami balik dululah. Dah lewat sangat ni.”
Ya Allah. Tak sedar dah pukul 7 petang. Lama juga kami
berada dekat sini. Dah lama tak jumpa. Memang banyak topik dibualkan.
“ Yala. Terima kasih tau sebab ajak cikgu sekali. Cikgu
pasti merindui korang semua.”
Aku mula memeluk mereka seorang demi seorang kecuali lelaki
ye. Dan tiga jejaka tadi mula ucapkan terima kasih sebelum beredar. Syamil?
Entah. Dia berlalu macam tu je. hurmm.. Sabarlah Firtriah. Dia dah lupakan kau
tu. sabar kay.
“ Helo kak. Datang ambil orang.”
Aku menelefon akak aku supaya datang ambil. Mesti dia hairan
sebab lama sangat aku makan dengan diorang semua. Ala.. bukan selalu.
Sambil-sambil aku tunggu kedatangan kakak kesayangan aku tu.
aku perhati sekeliling. Macam-macam kerenah manusia yang dapat aku lihat.
“ Maafkan saya sebab buat awak macam tu tadi.”
Aku tersentak besar. Serentak aku menoleh ke arah kiriku.
Syamil!
“ Saya tahu awak sedih atas sikap dan layanan saya dekat
awak tadi. Saya terpaksa sebab tak nak kawan-kawan saya tahu perasaan saya
dekat awak. dan maafkan saya sebab dah tak panggil awak dengan panggilan cikgu.
Awak bukan cikgu saya lagi kan?”
Dia memberikan senyuman manis. Aku mula terkedu. Sangat
terkejut! Ya Allah. Benarkah aku sedang berhadapan dengan lelaki yang bernama
Syamil? Aku rasa aku sedang berhadapan dengan seorang jejaka asing.
“ Syamil? Awak ke ni?”
Aku terkelu seribu bahasa apabila dia menganggukkan
kepalanya.
“ Saya tahu umur kita jauh beza. Saya juga tahu tak elok
kalau pelajar suka dekat cikgu dia. Tapi saya bukan anak murid awak lagi. Awak
pun bukan cikgu saya lagi.”
Tanganku mula menggigil. Semua ni bagaikan mimpi. Tapi kau
tak bermimpi kan Fitriah?
“ A..awak..awak… macam mana awak tahu saya ada perasaan
dekat awak?”
“ Tengok belakang awak.”
Aku terus pusing belakang. Dan aku terdiam. Kakak?
“ Akak yang bagitau dia.”
Aku terlopong. Akak! Aku terus memandang ke arahnya yang
asyik tersenyum ke arahku. Tak lenguh ke mulut dia asyik senyum je.
“ Kenapa awak…”
“ Sebab nak dia jadi saksi. Kawan awak pun ada.”
Mataku membulat. Diba! Dia berdiri tepat di belakang Syamil.
Siap tersengih lagi. Apa yang sedang berlaku ni?!
Tiba-tiba dia menghulurkan tiga kuntum bunga ros kepadaku.
Aku teragak-agak nak menyambut hulurannya.
“ Bersaksikan akak dan kawan awak. Saya Syamil yang bukan
lagi anak murid awak ingin mengatakan kebenaran. Saya sayang awak Fitriah. Saya
cintakan awak. bukan sebagai seorang pelajar lagi tapi sebagai seorang lelaki
sejati.”
Terharu! Ya itu yang aku rasakan sekarang. Ya Allah. Adakah
aku tidak bermimpi?
“ Terima je lah Fitriah. Dia dah berusaha banyak demi kamu.”
Aku pandang dia yang masih tersenyum tu. hati aku jangan
cakaplah. Dah macam nak terkeluar pun.
“ Awak sanggup terima saya ke? Kita jauh beza Syamil. Saya
lebih tua daripada awak.”
“ Umur bukan penghalang awak. kalau dah jodoh tetap takkan
ke mana.”
Akhirnya aku tersenyum mendengar jawapan dia.
“ Awak ikhlas?”
“ kalau saya tak ikhlas saya takkan berdiri depan awak. saya
takkan ajak akak dan kawak awak ke sini.”
Ya Allah. Adakah ini petunjuk daripada Kau? Dia benar
untukku?
“ Si bermata kaca. Terima kasih. Bak saya bunga tu.”
Aku mengambil tiga kuntum bunga ros tadi dan menciumnya.
Wangi!
“ Si bermata kaca? Siapa? saya ke?”
“ Yelah. Awak selalu buat mata berkaca-kaca bila rasa diri
bersalah. Tergugat iman saya tau tak?”
“ haha. Yeke? Sorry.”
“ By the way.. thanks. Saya terima kata-kata awak tadi.”
Aku tunduk memandang kaki. Rasa malu menerpa.
“ Saya cintakan awak kerana Allah.”
Tiba-tiba bahuku dipaut mesra oleh seseorang. Apabila aku
mendongak. Rupanya kakak aku.
“ Akak tumpang bahagia dik. Syamil.. Jaga adik akak ni
baik-baik.. jangan abaikan dia.”
“ insya-Allah kak.”
Aku mencebik.
“ Amboi haih. Korang ni dah macam kenal lama. Akak.. Jom
balik.”
“ Tak nak tenung muka buah hati kau lama-lama ke?” Teguran
Diba buat aku malu. Terus aku menapak ke arahnya dengan geram.
“ Asam boi betul kau ni kan?”
“ Argh! Syamil. Tengok buah hati kau ni!”
Syamil. Dia tersenyum gembira. Begitu juga aku. mungkin apa
yang terjadi ni ada hikmahnya. Aku juga bersyukur kerana Allah berikan aku
jalan macam ni. dan terima kasih juga kepadaMu Ya Allah kerana satukan kami.
InsyaAllah.. moga hubungan kami berkekalan hingga ke jannahMu.
“ Saranghaeyo.”
~Tamat~
No comments :
Post a Comment