“ Misya… bangun nak…” suara itu buat aku tersedar dari
tidur. Perlahan aku mengangkat kepala.
“ argh.. lenguhnya.” Rungutku sambil mengurut tengkuk
aku.
“ mana tak lenguh. Dah tidur pun macam tu. Lain kali
kalau nak tidur, tidur atas sofa yang tersedia tu. Taklah lenguh.” Aku
tersengih. Rupanya mak.
“ pukul berapa ni?” soalku.
“ sudah pukul 9 malam dah. Mak nak balik dah ni. Mak
gerakkan sebab tadi henset Misya berbunyi.” Aku mengerling jam di tanganku.
Betullah apa kata mak. Sudah pukul 9 malam. Mesti Dila yang telefon.
“ kejap lagi Misya tengok. Semua dah balik ke?” mak
hanya mengangguk.
“ mak balik dulu. Ingat jangan tidur macam tadi. Kalau
nak tidur, sofa ada.” Aku tersenyum.
“ baik mak.” Aku terus salami mak.
Apabila mak beredar, aku mengambil henset dan
menelefon kembali Dila.
“ helo..” ucapku.
“ helo. Misya. Kau pergi mana? Risau aku taw.” Aku
tersenyum.
“ maaflah. Aku ada hal. Dan esok baru balik sana.”
Ujarku.
“ kenapa? Penting sangat ke?” aku tersenyum lalu
melihat ayah yang terbaring lemah.
“ ayah aku masuk hospital.” Luahku sayu.
“ owh.. maafkan aku. Aku tak tahu.” Aku tersenyum
hambar.
“ tak apa.
Bukan salah kau. Oklah aku nak letak ni. Assalamualaikum.” Ucapku.
“ waalaikumussalam.”
Aku memandang ayahku dengan tatapan penuh kasih
sayang.
Ayah.. sedarlah. Esok Misya kena balik Perlis dah.
Jangan buat Misya bertambah risau.
Aku kembali duduk dan memegang tangan ayah.
“ ayah…kalau ayah nak tahu. Tak lama lagi anak ayah ni
akan jadi tunang orang. Mesti ayah tak percayakan. Misya pun susah nak percaya.
Tapi dah dia nak macam tu. Jadi Misya ikut jalah. Lagipun kami takkan kahwin
secepat yang mungkin. Selepas belajar kowt baru kami akan kahwin.” Luahku agar
ayah dapat mendengarnya.
“ ayah.. cepat sembuh ya. Misya nak minta maaf atas
perbuatan Misya. Misya tahu ayah akan terasa. Misya ni bukan anak yang baik
kan? Jadi ayah cepatlah sedar. Insya-Allah juga Misya akan cuba terima keluarga
ayah tu.”
Aku tersenyum lalu memandang ke luar tingkap. Bulan
dan bintang menjadi saksiku ketika ini.
*****
“ awak… bangun..” aku menggeliat.
“ saya di mana ni?” soalku dalam keadaan mamai. Bukan
semalam aku berada di hospital ke. Tadi tu suara siapa.
“ awak dah lupa ke. Kan kita dah kahwin semalam.” Eh?
Itukan suara Aidil.
“ apa awak cakap?” aku tak berapa nak dengar.
“ kita dah kahwin.” Aku membulatkan mata.
“ What!”
“ Misya…Misya..bangun nak. Bangun..” aku tersedar saat
merasa badanku bergoyang. Aku melihat sekeliling.
Fuh! Aku masih berada di hospital. Mujur tadi tu mimpi.
Ambik kau Misya. Semalam gatal sangat cakap pasal kahwin. Tengok sampai dah
termimpi dah pun.
“ kamu ok ke?” soal ibu abang Shah. Aku ingatkan mak.
“ ok.” Balasku sambil tersenyum.
“ mak saya mana?” soalku lalu bangun menuju ke
tingkap. Jam ditilik. Baru pukul 8 pagi.
Erk… What! 8 pagi. Mak aii.. terlepas Subuh. Huhuhu..
tapi aku kan tengah cuti. Hehe..
“ Misya…” aku tersentak.
“ ya saya..” tulah perkara macam tu pun boleh lupa.
“ mak kamu dalam perjalanan. Nanti abang Shah kamu
akan hantarkan.” Aku berkerut dahi.
“ bukan dia balik semalam ke?”
“ tak. Dia risaukan kamu.” Aku terkesima. Risau kan
aku? Untuk apa. Lagipun aku ni kan hanya adik tiri dia. Atau aku ni terlalu
melampau kerana bersikap demikian dengan dia.
“ Misya. Ibu tahu kamu masih marahkan kami dan sukar
untuk terima kami dalam keluarga kamu. Tapi ibu nak kamu tahu yang ibu sangat
sayangkan Misya seperti anak ibu sendiri. Kalau Misya nak tahu. Ayah kamu dan
abang Shah kamu sangat gembira dengan adanya kamu. Abang Shah kamu tu seronok
sangat saat tahu kamu ni sebenarnya adik tiri dia. Walaupun bukan dari darah
daging yang sama. Tapi dia sangat bersyukur kerana dikurniakan seorang adik
yang baik dan kelakar.” Aku terkedu.
Macam tu sekali ke.
“ ibu harap kamu dapat terima kami. Ambillah selama
mana pun kamu suka. Ibu keluar dulu” ucap ibu abang Shah sambil tersenyum lalu
beredar keluar.
Aku terkedu
lalu menilik hensetku. Abang Shah. Adakah Misya bersalah. Misya terlalu banyak
buat kesalahan terhadap abang. Misya tak tahu dan Misya keliru. Maafkan Misya.
Tiba-tiba hensetku berbunyi lantas aku angkat.
“ helo..” ucapku.
“ helo Misya. Abang ni. Abang dalam perjalanan hendak
ke hospital. Nanti Misya siap dan kita balik.” Aku mengetap bibir. Apa perlu
aku balas. Dia memang terlalu baik untuk
aku. Sikap aku memang melampaulah selama ini.
“ Misya..are you there?”
“ erk. Ya. I’m here.” Balasku kalut.
“ oklah. Nanti kita jumpa. Assalamualaikum.”
“waalaikumussalam.”
Aku terduduk di birai katil. Wajah ayahku tatap.
“ ayah.. Misya nak balik dah sekejap lagi. Tapi
sebelum Misya balik. Misya nak jumpa dengan ayah. Misya nak luahkan segalanya.
Sedarlah ayah.” Rayuku perlahan.
Terasa usapan di bahuku. Aku menoleh ke belakang dan
tersenyum.
“ sabar ya Misya. Nanti ayah kamu sedarlah.” Pujuk
abahku.
“ terima kasih abah. Abah tak marah ke?” soalku.
“ marah? Kenapa pula nak marah kamu. Kamu berhak dan
abah tak berhak untuk marahi kamu kerana dia adalah ayah kandung kamu. Jangan
risaulah. Abah faham perasaan kamu.”
Aku tersenyum lalu memeluk abah.
“ terima kasih abah.” Ucapku.
“ sama-sama. Kamu pun anak abah juga.” Aku mengangguk
lalu leraikan pelukan.
“ eh?” aku memandang abah pelik.
“ kenapa abah?” soalku pelik.
“ tadi abah Nampak tangan ayah kamu bergerak. Abah
pergi panggil doctor.” Aku tersentak lalu mengangguk.“ ayah… sedarlah. Misya gembira kerana ayah sudah sedar.”
~Bersambung~
Laa,ingat kan ada lagi,...nanti lepas exam,sambung lagi tau.okay,goodluck yha,...bye3,... :)
ReplyDelete