Akhirnya… exam yang sangat aku takut berakhir dengan jayanya. Cepatkan masa berlalu. Tak sedar pula yang esok aku akan pulang ke Pulau Pinang. Selepas dua hari aku di sana, aku akan jadi tunangan orang.
Sukar untuk aku percaya. Dan
hari ni adalah hari Syifa keluar dari UITM. Alah.. tak bestlah lepas ni. Huhu…Aku yang sedang berbaring
bangun dan menuju ke katil Syifa.
“ barang semua dah siap?”
soalku. Dia hanya mengangguk.
“ maafkan aku kerana
terpaksa tinggalkan korang. Aku terdesak.” Aku tersenyum.
“kau tak salah Syifa.
Lagipun setiap yang bertemu pasti akan berpisah jua akhirnya. Macam kita ni. Walaupun mengambil masa yang singkat kita bertemu. Tapi kau terpaksa tinggalkan
kami juga demi keluarga.”jelasku.
“ terima kasih kerana
memahami. Aku takkan lost contant dengan korang.” Aku mengangguk.
“ macam tu lah. Ingat kalau jumpa orang yang hensem atau dah terjatuh hati. jangan tunggu lama-lama. Nanti dirampas orang.” Ujarku separuh bergurau.
“ macam tu lah. Ingat kalau jumpa orang yang hensem atau dah terjatuh hati. jangan tunggu lama-lama. Nanti dirampas orang.” Ujarku separuh bergurau.
“ hurmm… kena tengok sama
macam mana taste dia dan taste aku. Nanti takut tak sweet gitu.. hehe..”
Kami sama-sama ketawa.
“ Dila mana?” soal Syifa.
“ keluar. Nak cari sesuatu
katanya. Mujur juga semalam sudah habis exam kan. Jadi kau lega jugalah. Dekat
sana nanti kau tak perlu ambil ujian sampai dua kali.” Dia hanya mengangguk.
Rambutku yang terjuntai di
dahi pantas di raup ke belakang.
“ aku hampir terlupa. Tapi
aku sedihlah kau tak dapat datang.” Ujarku sedih.
“ kenapa?”
“ tiga hari lagi aku akan
jadi tunang orang.” Luahku dan buat Syifa separuh ternganga.
“ serius?” aku mengangguk
lalu tersengih.
“ tak sangka aku. Ala..
nanti masa kau kahwin ada lagi. Masa tu aku akan hadir.”
“ baguslah kalau begitu. Aku
harap kau pun cepat-cepat jumpa calonnya. Hehe..” usikku.
“ kau ni. Oklah. Jom tolong
aku angkat barang turun ke bawah.” Ajak Syifa.
“ tak nak tunggu Dila?”
“ nanti dia akan terserempak
dengan kita juga.” Aku hanya mengangguk lantas menyarungkan tudung.
Belum sempat kami ingin
membuka pintu, pintu dikuak dari luar. Ternyata Dila.
“ eh? Nak turun dah?” soal
Dila. Kami hanya mengangguk.
“ jom turun sama.” Arahku.
Dila hanya menurut.
Sampai saja di bawah, aku
dapat lihat keluarga Syifa turut ada untuk mengambil Syifa. Bertuahnya dia.
“ Misya dan Dila. Aku harap
kita takkan lost contant. Emel tu kalau boleh seminggu sekali. Mesti balas
secepat yang mungkin. Erk…?” aku menjongket kening.
“ takkan seminggu sekali je.
Setiap harilah. Baru best.” Ujarku.
“ betul tu betul.” Sokong
Dila. Macam gaya upin dan Ipin dah dia ni.
“ yelah. Tapi kalau lambat
jangan marah. Mungkin aku akan ada banyak kerja.”
“ baiklah cik Syifa.”
Selepas bersalaman dengan
Syifa dan keluarga dia. Dia pun pergi. Sedih pula rasa hati ni. Hurm…
“ sudahlah tu Misya. Lagipun
kita takkan lost contant dengan dia.” Ujar Dila memberiku semangat. Aku
tersenyum.
“ aku tahulah. Jomlah naik
atas. Aku pun kena berkemas ni. Esok aku nak balik dah.”
Aku kembali melangkah untuk
menuju ke bilik.
“ eh? Jap..” suruh Dila dan
buat langkahku terhenti. Aku memusingkan badan ke arahnya.
“ kenapa?” soalku.
“ aku rasa ada orang nak
jumpa kau.” Ujar Dila lalu menoleh ke arah pintu pagar hostel. Aku turut
melakukan perkara yang sama.
“ aku rasa dia nak jumpa
kau. Pergilah.” Aku terteguk air liur.
“ aku ingatkan dia tak mahu
jumpa aku dah. Tapi mana kau tahu dia nak jumpa dengan aku. Tengok-tengok orang
lain.” Ujarku separuh risau.
“ kau tak percaya. Kau
tengok tu. Dia asyik tengok kau je. Dari pandangan aku , dia memang nak jumpa
kau. Kau pergi je lah. Lagipun esok kau akan balik kampung.” Aku terdiam.
Apa yang Dila cakap tu
betul. Tapi erk.. hurmm.. yelah.
“ oklah. Tunggu aku di
bilik.” Suruhku lalu melangkah ke pintu pagar hostel.
“ hai..” ucapnya sambil
tersenyum.
Aku berbalas senyumannya
lalu tertunduk.
“ awak nak jumpa saya?”
soalku tanpa melihatnya.
“ haah… erk.. saya nak tahu
juga. Bila awak akan bertunang?” aku tersentak. Tak sangka dia akan bertanya.
“ hurmm.. lebih kurang tiga
hari lagi. Maaf kerana tidak sempat beritahu. Lagipun ia hanya majlis
pertunangan.” Jelasku agar dia faham.
“ tak apa. Saya faham.
Lagipun kalau awak ajak pun. Saya tak dapat pergi.”Aku menatapnya.
“ awak nak pergi mana?”
“ itu yang saya jumpa awak
ni. Sebenarnya esok saya akan pulang ke London. Tempat di mana saya pernah
tinggal dulu. Hari ini juga merupakan hari terakhir saya berada di sini.” Aku
tersentak.
“ jauhnya. Kenapa awak nak
balik sana?”
“ di sini saya tiada sesiapa
pun. Semua family saya berada di sana. Jadi takkan saya nak keseorangan di
sini.” Aku tersenyum hambar.
“ ya tak ya juga. Apasallah
saya tak terfikir sampai ke situ.”
“ tak mengapalah.” Aku
tertunduk malu.
Keadaan diam seketika.
“ erk.. saya harap awak
selamat sampai dan moga-moga awak akan balik semula ke sini.” Ucapku lalu
tersenyum.
“ terima kasih dan
Insya-Allah. Mungkin selepas 5 tahun.Doa-doakanlah.”Aku mengangguk.
“ hurmm.. kita tetap akan
menjadi kawan. Betul kan?” aku tersenyum.
“ mesti. Saya juga akan
ingat awak selalu. Awak merupakan kawan baik saya Zaim.” Ujarku ikhlas dari
lubuk hati.
“ thanks. Apabila saya
pulang nanti, saya akan beritahu awak rahsia saya.” Aku berkerut dahi.
“ rahsia? Apa itu?”
“ maaf. Saya tidak boleh
beritahu sekarang. Sebab itulah saya suruh awak ingat dan tunggu saya.”
“ yelah tu. Bila tahun pun
tak tahulah. Tapi saya akan ingat dan pegang janji awak tu. Ingat tu.” Dia
hanya mengangguk.
“ baiklah. Saya kena pergi
dulu. See you again. Maybe after a few years.” Aku tersenyum lalu mengangguk.
Insya-Allah aku akan tunggu
kawan aku balik ke sini. Moga kau akan bahagia di samping keluarga di sana.
Amin…
*****
Pejam celik pejam celik. Aku sudah berada di hadapan rumahku kini. Cepatnya masa berlalu.
“ Misya!” aku tersentak dari lamunan.
“ kau buat apa lagi di situ. Tak mahu masuk rumah ke. Sempat lagi kau berangan ye..” tegur Azfar dan buat aku tersengih.
Perlahan-lahan aku berjalan sambil mengangkut beg ke dalam rumah.
“ assalamualaikum.” Ucapku lalu bersalaman dengannya.
“ waalaikumussalam.” Aku tersenyum lalu melihat sekitar rumah.
“ mak aku mana?” soalku kepada Azfar.
“ ada di hospital. Cuma aku dan abah kau je yang ada. Ni pun kami baru balik dari hospital. Nasib baik kau baru sampai.”
“ macam mana dengan keadaan ayah aku. Semakin baik?” aku mengambil tempat di sofa.
“ alhamdulilah. Semakin stabil. Tapi ayah kau masih belum sedar.” Aku tersenyum hambar.
“ Insya-Allah. Nanti sedarlah tu. Abah mana?”
“ dalam bilik.”
“ aku ingatkan kau tiada di sini. Kau buat apa sekarang ni?”
“ aku nak pergi mana lagi selain di sini. Hanya di sinilah tempat aku berteduh. Lagipun ibu dan abah kau yang beri kebenaran dan mereka mahu aku terus menetap di sini.” Aku tersentak.
“ cis.. seronoklah kau nanti. Seronok kenakan aku.” Ujarku lalu menjelingnya dengan pandangan geram.
“ hehe… mestilah.” Dia tersenyum jahat.
“ kau sambung belajar di mana?”
“ aku masih menunggu jawapan daripada UITM kau tu. Kalau tak dapat, mungkin aku akan pergi menetap di Kuala Lumpur. Di situ ada seorang kawan aku yang menawarkan kerja.”
“ Insya-Allah kau akan dapat. Erk.. nak Tanya sikit. Kebelakangan ni kan atau hari-hari sebelum ni. Ada tak orang yang datang berkunjung di sini. Maksud aku mereka datang membincangkan sesuatu yang penting.” Soalku dengan perasaan membuak-buak.
“ hurmm.. setahu aku tiada. Sebab aku jarang berada di rumah. Tapi tak silap aku seminggu yang lepas. Ada sebuah keluarga ni datang. Aku tak tahu apa yang mereka buat. Jadi aku Tanya mak kau. Ternyata hal kau dan Aidil.” Aku tersentak.
“ rupanya sepupu aku ni tak lama lagi akan bertunang. Cepatnya masa berlalu.” Aku tersengih.
“ nanti hari kau akan tiba juga. Cepat-cepatlah cari ye..” ujarku separuh mengusik. Dia hanya mencebik.
“ eh Misya. Dah lama sampai.” Tegur abah. Aku bangun dan menyalaminya.
“ tak lah lama sangat. Abah apa khabar?”
“ alhamdulilah sihat. Jadi bila pula kamu akan balik ke sana?”
“ bulan depan.” Maklumku lalu tersenyum.
“ seronoklah kau ya. Dapat bercuti.” Aku tersengih.
“ abah… Misya nak minta kebenaran pinjam kereta abah boleh. Nak pergi dengan Azfar.” Pohonku kepada abah.
“ pergi mana?” soal Azfar pantas. Aku mengetap bibir dan menjelingnya.
Sabarlah. Aku memberi isyarat mata supaya bersabar. Dia tersenyum.
“ pergilah. Tapi Misya tak penat?” aku menggeleng.
“ taklah. Lagipun tak lama. Sekejap je. Boleh erk?” abah hanya mengangguk.
“ terima kasih abah. Azfar jom.” Ajakku lalu bangun berdiri.
“ saya pergi dulu pakcik. Assalamualaikum.”
“ waalaikumussalam.”
*****
Aku memandang sekeliling dengan perasaan yang tenang. Sudah lama aku tidak berkunjung ke sini. Rindu lah pula akan kenangan dulu-dulu. Lain kali ajak kawan-kawan pulalah.
Aku mendepakan tangan sambil menutup mata. Bagi merasai ketenangan yang datang kepadaku saat ini. Angin yang datang bersepoi-sepoi amat mendamaikan hatiku ketika ini. Segala masalah rasanya hilang sebentar.
“ aku ingat kau nak pergi hospital.” Tegur satu suara dan semestinya Azfar.
Aku membuka mata dan menoleh ke arahnya. Aku tersenyum.
“ entahlah. Aku sebenarnya nak cari ketenangan. Tiba-tiba tadi terasa ingin datang ke sini. Lagipun aku sangat merindui tempat ni. Sudah lama aku tidak datang ke sini. Merindui kenangan yang pernah di cipta di sini.” Luahku sambil memandang ciptaan Tuhan yang terdampar di mataku kini.
“ kau masih ingat pertama kali kita berdua datang ke sini waktu kecil dulu?” soalannya itu buat aku tertawa kecil.
“ kenapa kau ketawa?” aku tersenyum dan berjalan menyusuri pantai.
“ mestilah ingat. Sebab itu kenangan pertama yang dicipta kita berdua. Di Pantai Merdeka inilah memori itu tercipta. Seronok kan masa tu. Sampai tak sedar yang kita ni hilang daripada pandangan keluarga.”
Dia turut mengekoriku.
“ itulah. Tapi itu sudah lama. Kita perlu cipta kenangan baru.”
“ hurmm… kita buat sesuatu nak?” soalku sambil melihatnya. Dia berkerut dahi.
“ apa?”
“ kau rasa apa?”
“ entah.. ala.. tak usahlah. Jom aku belanja kau makan. Lagipun aku tengok muka kau pucat je ni. Kau tak makan ke pagi tadi?” aku tersentak lalu cuba ukir senyuman.
“ tak. Tak sempat.” Jelasku perlahan. Aku sempat melihat dia tergeleng-geleng akan sikapku yang kurang mengambil berat.
“ tengok. Kalau kau terus macam ni, aku risau kau akan jatuh sakit. Jom aku belanja kau makan.” Ajaknya dengan serius.
Aku hanya menurut. Azfar.. kau ni memang baiklah. Aku doakan semoga suatu hari nanti kau akan mendapat seorang isteri yang baik dan solehah. Amin..
“ yang kau tercegat dekat situ lagi kenapa?” laung Azfar. Aku tersengih lalu mengekorinya.
Kadang-kadang aku rasa dia ni macam abang aku. Sikap dia terlalu matang. Hurmm..
~ Bersambung ~
No comments :
Post a Comment