Dalam keadaan letih dan seluar yang sedikit basah selepas balik dari pantai tadi. Aku naik masuk ke dalam rumah untuk berehat.
“ Misya… kau pergilah
berehat.” Tegur Azfar. Aku tersenyum.
“ yelah. Nanti bila mak aku
balik beritahu aku. Aku masuk bilik dulu.”
Aku terus melangkah masuk ke
dalam bilik. Walaupun baru lepas makan. Tapi badanku rasa lemah sangat ketika
ini. Sangat penat. Ya Allah kuatkan semangatku.
“ kau ok ke ni?” soal Azfar.
Aku melihatnya lalu tersenyum.
“ aku ok. Aku masuk bilik
dulu.” Ingatkan dah sampai dah tadi.
Arg! Kepalaku sakit sangat.
Pandanganku tiba-tiba jadi kabur. Aku geleng kepala beberapa kali. Kenapa
dengan aku ni. Penat sangat ke.
“ Misya…” aku menoleh ke arah Azfar. Muka dia pun aku tak dapat lihat dengan jelas.
“ muka kau pucat. Kau ok ke
ni?” aku tersentak.
Tak semena-mena aku jatuh
terduduk dan aku rasa ingin pitam.
“ hei… kau ni kenapa? Ya Allah.
Pak cik!” aku menggeleng dan cuba mengukir senyuman.
“ aku oklah.” Maklumku
sedangkan kepalaku sakit sangat ketika ini.
“ ok apanyer sampai dah
terduduk ni. Jom aku bawa ke hospital.” Aku pantas menggeleng.
“ tak usahlah. Lepas makan
ubat oklah ni.”
Aku bangun perlahan-lahan
dengan bantuan Azfar. Aku mengukir senyuman payah dan memusingkan badan untuk
masuk ke dalam bilik.
Argh! Aku terjatuh dan
pandanganku jadi kelam. Suara Azfar kedengaran agak sayup-sayup. Ya Allah…
*****
Terkelip-kelip aku memandang
keadaan sekeliling. Rasa berlainan daripada tadi. Aku berada di mana ni? Aku
cuba bangun tapi tak boleh. Kepalaku rasa berat sangat.
Betullah tadi aku jatuh
pengsan. Macam mana boleh pitam lah.
“ mak cik… Misya dah sedar.”
Suara Azfar buat aku menoleh ke kiri.
“ Misya. Ya Allah. Mak risau
sangat. Kamu kenapa sampai boleh pengsan ni?” soal mak cemas. Aku mengukir
senyuman.
“ ala..sikit je ni.” Ujarku
agar mak tidak risau. Macam mana keadaan ayah agaknya.
“ sikit la kau. Sampai pitam
macam tu. Risau aku tahu tak. Nasib pak cik cepat. Kalau tidak aku tak
tahulah.” Aku tersengih memandang Azfar. Rasa bersalah datang bertandang.
“ maaf… tak sengaja.”
Ucapku. Dia hanya tergeleng-geleng.
Aku melihat mak dan aku
perasaan wajah mak ketika ini macam letih.
“ mak… mak tak tidur ke
beberapa hari ni?” soalku sambil menatapnya.
Kelihatan mak terkejut dan
senyuman terukir.
“ tak lah. Mak ok je.” Aku
mengalih pandangan ke arah Azfar. Meminta penjelasannya. Dia angguk tanda
faham.
“ mak kau tak tidur semalam.
Jaga kau lepas tu jaga ayah. Lagipun korang duduk hospital yang sama.” Aku
terkesiap.
“ aku tak sedar semalam dan
hari ni baru aku sedar?” soalku lebih kepada diri sendiri.
“ ya… kami semua risau
sangat. Sebab itulah mak kau berulang-alik jaga kau dengan ayah kau. Lagipun
ibu kau tiada di sini. Terpaksa balik kampung di Kedah.” Aku tergamam.
Kasihan mak. Terpaksa
menjaga kami berdua.
“Mak… Misya minta maaf
kerana menyusahkan mak. Misya pun tak terduga perkara ini akan terjadi.” Ucapku
sambil menggenggam erat tangannya.
“ kamu tak salah pun. Mak
yang rela jaga kamu. Lagipun kamu satu-satunya anak mak.” Aku berasa sebak dan
tersenyum. Aku tak mahu menangis lagi. Cukuplah sebelum ini. Aku tak mahu jadi
seorang yang lemah di hadapan mereka semua. Demi mak aku harus kuat. Ya…
“ doktor kata kau penat
sangat dan terlalu banyak berfikir. Sebab itulah kau boleh sakit kepala dan
tetiba pengsan. Doktor ada kata juga yang kau kurang tidur. Betul?” aku
tersentap.
“ ya… maaf.” Ujarku perlahan.
“ Misya fikirkan apa tu. Sampai nak tidur pun tak boleh.” Soal mak prihatin. Aku cuba mengukir senyuman.
“ tak ada apalah. Lagipun
sudah berlalu.”
“ aku harap kau jaga
kesihatan. Kami tak mahu nanti masa hari penting kau, kau jatuh pengsan pula.”
Aku tersengih memandang Azfar.
“ baik bos. Saya menurut
perintah.” Ujarku seperti berhadapan dengan mejar.
Ketawa kami semua akhirnya
meletus. Sudah lama aku tidak ketawa macam ni. Rasa puas pula.
“ terlupa nak beritahu. Ada
orang kirim salam.” Aku berkerut dahi.
“ siapa?”
*****
Tolonglah bertahan. Sebelum ni aku boleh je. Kenapa sekarang tidak boleh. Tolonglah bertahan. Lagipun depan Aidil ni. Aku takkan menangis di hadapan dia. Cukuplah sekali.
Jantungku tak semena-mena
berdegup kencang tanpa sebab. Nak bernafas tadi pun rasa sukar. Apa yang
terjadi kepadaku. Ya Allah bantulah hambamu ini.
Semalam aku telah di
benarkan pulang ke rumah. Segala pesan doktor akan aku ingat. Betul kata doktor
yang aku ni terlalu banyak berfikir. Macam-macam perkara yang aku berfikir
sebelum ni.
Tapi sekarang aku berasa
lebih baik. Lebih bersemangat. Lagipun esok adalah hari pentingku. Hari
pertunangan aku. Huhu… cemas aku saat ini.
“ Misya… ada orang nak jumpa
kamu ni. Keluarlah.” Laung mak dari luar bilik.
Siapa pula. Dahlah aku
tetiba je berdebar tanpa bersebab ni. Nak cari nahas ke. Aduh… sekarang jugala
nak jumpa. Tak boleh esok ke.
“ Misya..”
“ ya mak. Kejap lagi Misya
keluar.”
Aku menyarungkan tudung lalu
melihat cermin.
Ya Allah jadikan aku
sebagaimana aku lahir dulu. Amin…
Apabila puas hati dengan
penampilanku. Aku bergerak ke luar bilik.
“ siapa mak?” soalku apabila
mak bergerak ke hadapan.
“ pergi tengok baru tahu.
Mak nak masak lagi ni. Lagipun esok tak berebut sangat.”
Aku bergerak ke beranda
rumah. Kelihatan sebuah kereta yang sangat aku kenali.Takkan dia? Esok kan ada.
Buat apa dia nak jumpa sekarang.
“ Misya…” suara itu. Aku
menoleh ke belakang.
“ hai…” ucapku sambil
tersenyum. Walaupun kami dah lama kenal. Tapi aku masih kekok dengan dia. Huhu…
“ kenapa datang tak
beritahu?” soalku sambil melihat ke arah lain. Seganlah.
“ saja. Lagipun saya risau.”
Aku menatapnya.
“ risau? Kenapa pula?”
“ yelah.. dengar kata awak
masuk hospital semalam. Jadi saya datang melawat.” Aku tersentak.
“ siapa beritahu awak? Saya
tak beritahu pun.”
“ sepupu awak. Semalam dia
call saya.” Aku terkesima. Azfar… Azfar. Kenapa lah kau pergi beritahu. Aku tak
mahu dia bertambah risau. Aisehh..
“ maaf. Saya tak mahu
menyusahkan awak.” Ujarku dengan rasa serba salah.
“ taklah. Lagipun esok kan
awak nak jadi tunang saya. Kita perlu kongsi masalah kan.” Ujarnya tenang.
Aku jadi terharu akan
kata-katanya. Dalam banyak-banyak orang, dialah paling memahami isi hatiku.
Walaupun dia bukan ahli keluarga yang rapat denganku. Hanya sekadar teman yang
akan menjadi pendamping hidupku. Tapi dia macam dah terlalu rapat sangat dengan
aku. Macam sudah lama kenal.
Memanglah dia dah lama kenal
aku. Maksud aku lebih mengenali. Lagipun kami berjumpa semula pun selepas
beberapa tahun.
“ saya nak kalau esok awak
penat. Awak mesti maklumkan kepada keluarga awak ataupun saya. Saya tak nak
awak jatuh sakit lagi. Faham?” aku tersenyum.
“ faham. Saya takkan menghampakan
awak. Jangan risau. Saya sudah sihat.” Ujarku bagi menyakinkan dia.
“ baguslah kalau begitu.”
Aku tersenyum lega. Baguslah dia faham. Dia ni pun terlalu mengambil berat akan
diriku. Bertuah siapa yang dapat dia. Aku lah tu, hehe..
“ ayah awak macam mana?”
senyumanku mati serta merta.
Aku tunduk memandang lantai.
Aku tak tahu bagaimana keadaan dia. Tapi aku doakan agar ayah cepat sedar.
Setiap kali sebut pasal ayah pasti aku akan berasa sebak.
“ awak ok?” soalnya risau.
Aku mendongak.
“ saya ok. Soal ayah saya
tu…” kata-kataku terhenti saat terasa ada air mata yang ingin turun.
Tolonglah bertahan. Sebelum ni aku boleh je. Kenapa sekarang tidak boleh. Tolonglah bertahan. Lagipun depan Aidil ni. Aku takkan menangis di hadapan dia. Cukuplah sekali.
“ kalau awak tak boleh
teruskan. Tidak mengapa. Saya faham perasaan awak sekarang ni.” Aku tersenyum
hambar.
“ terima kasih kerana
memahami. Eh? Masuklah. Kita sembang dah lama di sini. Mesti awak penat
memandu. Masuklah. Nanti saya hidangkan minuman.” Ujarku dan bertukar ceria.
Seperti tiada apa yang berlaku.
“ tapi…”
“ masuklah. Tak mengapa.
Sekejap pun jadilah. Awak tunggu erk..” aku melangkah masuk ke dalam.
“ awak…” langkahku terhenti
di pertengahan jalan.
“ terima kasih.” Aku
tersenyum tanpa dia sedar. Aku teruskan berjalan hingga ke dapur. Tiada apa
yang perlu di ucapkan. Awak yang perlu saya ucapkan terima kasih. Awak telah
buat saya sedar siapa diri saya dan terus menjadi seorang yang tabah.
“ Misya… air dah melimpah
keluar tu..” suara teguran mak buat aku tersedar dan terus menutup paip sinki.
Aku tergelak akan
kesilapanku. Tu lah berangan lagi. Hehe…
~ Bersambung ~
No comments :
Post a Comment