Aku semakin pelik. Sepelik-peliknya. Kenapa dengan Zaim. Dia macam nak berjauhan dengan aku. Macam tak nak begitu rapat dengan aku. Kadang-kadang tu sikap dia dingin je dengan aku. Bila aku Tanya, dia hanya senyum dan jawab tak ada apa-apa.
Boleh pakai ke jawapan tu.
Sekurang-kurangnya kalau ada masalah. Beritahu jela aku. Kan kita kawan. Adoi…
macam-macamlah. Lepas satu masalah, satu masalah lagi yang datang. Pening aku.
Sekarang aku berada di dalam perpustakaan. Banyak assignment yang perlu aku siapkan. Lagipun lagi seminggu je masa yang di beri. Tapi aku tak dapat buat kerjalah. Gara-gara Zaim tu lah.
Sabar Misya..sabar.. mungkin dia tak nak menyusahkan aku. Jadi dia tidak beritahu. May be.
“ psst..” aku seperti
terdengar orang berbisik. Tapi aku tidak hiraukan.
Selepas itu aku terpaksa
ambil tahu sebab suara yang perlahan itu berada dekat dengan aku. Jadi aku menoleh ke
belakang.
“ hai..” ucapnya sambil
tersenyum. Aku kembali menoleh ke hadapan. Macam mana dia boleh berada di sini.
Baru saja aku fikirkan tentang dia. Dia muncul.
Atau sudah lama dia berada
di situ. Aku bangun perlahan-lahan dan menuju ke Zaim. Tempat di sisinya aku
ambil dan duduk.
“ masa bila awak berada di
sini?” soalku separuh berbisik. Yalah dalam perpustakaan tu.
“ hampir 30 minit.” Aku
tersentak.
“ kenapa saya tak perasan.”
“ manalah nak perasan sebab
terlalu leka dengan hal dia. Hal apa pun tak tahulah. Kadang-kadang tu berkerut
muka saya tengok. Ada masalah ke?” aku tersengih.
Yeke.. manalah aku tahu.
“ pasal awaklah saya jadi
macam tu tahu tak. Sepatutnya saya yang Tanya awak. Kenapa dengan awak
kebelakangan ni?” soalku kembali. Muka aku sekarang ni serius gila. Tak pernah
aku macam ni.
“ maaflah jika buat awak
runsing gara-gara saya. Saya tak ada apa-apalah. Lagipun hal itu sudah berlalu.
Tak perlu saya ungkitkan lagi.” Ujarnya sambil tersenyum.
“ nop.. saya tak percaya.
Saya perlu tahu juga. Cuba awak beritahu saya betul-betul. Mana tahu saya boleh
tolong.”
“ awak nak tolong?
Pleaselah…macam mana awak nak tolong sedangkan hal ini pun berkaitan dengan
awak.” Ujarnya tenang dan tersenyum sinis pada pandangan mataku.
“ berkaitan dengan saya? Apa
dia?” dia menatapku serius. Tak pernah aku Nampak dia seperti itu sebelum ini.
“ saya tak dapat beritahu
awak sebab saya tak layak dan terlambat. Biarlah ia menjadi rahsia. Sampai masa
jika saya tak mampu menyimpannya lagi. Saya akan beritahu awak.” Ujarnya serius
dan pergi meninggalkan aku dalam keadaan terpinga-pinga.
Apa maksudnya. Aku langsung
tak faham. Boleh tak sesiapa tolong beritahu aku jawapannya. Argghh!
*****
“ weh.. kau ok ke?” aku
tidak menyahut persoalan Dila sebaliknya terus memandang ke luar tingkap.
“ kenapa dengan kau ni
Misya. Kau ada masalah ke?” aku mengeluh dan memandang Dila dan Syifa yang
berada di hadapanku kini.
“ entahlah. Aku tak tahulah.
Sebenarnya aku peninglah dengan sikap Zaim tu. Puas aku fikir tapi aku tak tahu
apa jawapannya.” Luahku lalu menghirup air yang terhidang di hadapanku.
Mujur juga keadaan di dalam
kafe ini agak legang dan tenang. Pemandangan dari tempat duduk aku ni pun sudah
buat aku lega dan berasa tenang.
“ kenapa dengan dia?” soal
Dila.
“ kau perasan tak yang
kebelakangan ni dia asyik nak mengelak je jika bertembung dengan aku. Tadi di
perpustakaan aku Tanya dia kenapa. Tapi dia kata dia tidak boleh beritahu
sampai suatu masa dia bersedia. Apa maksud dia sebenarnya?”
Dila dan Syifa saling berpandangan.
“ serius ni beb.” Ujar Dila
sambil buat muka serius. Aku menjelingnya tajam. Suka bergurau pada saat yang
tidak sesuai.
“ lebih baik kau selesaikan
secepat yang mungkin. Aku tak nak kalau korang jadi musuh.” Ujar Syifa pula.
Aku hanya mendiamkan diri. Takkan sampai nak jadi musuh. Kecualilah kalau ada
suatu perkara yang buat salah seorang daripada kami saling membenci. Itu ada
kemungkinan jugalah.
“ weh… tadi abang Shah cari
kau.” Maklum Dila. Aku tersentak.
“ kenapa? Dia beritahu
apa-apa tak?” soalku cemas.
“ aku pun tak tahu. Katanya
kalau aku jumpa dengan kau. Dia suruh kau call dia balik. Dia ada kata juga
yang ada hal penting perlu dia sampaikan kat kau. Bila dia beritahu tu pun
memang serius. Aku rasa abang Shah memang serius.” Aku terdiam.
Apa yang penting sangat tu.
Takkan muncul masalah baru. Haih.. dahlah masalah sebelum ni belum selesai.
Muncul pula masalah baru. Aiseyman…
“ aku pun ada perkara yang
harus di beritahu kepada korang.” Syifa berkata perlahan tetapi masih dapat
didengar kami berdua.
“ apa?” soalku. Kelihatan
dia ragu-ragu untuk memberitahu. Aku dan Dila saling memandang.
“ Syifa.. beritahu je. Kami
takkan marah lah.” Suruhku lembut. Dila mengangguk bagi menyokongku.
“ aku harap korang tak
terkejut.” Kami hanya mengangguk.
“ aku kena keluar dari UITM
ni.”
“ What?” kata kami serentak.
“ but why?” soalku sambil
memandangnya.
“ aku terpaksa. Lagipun ibu
bapa aku suruh. Aku kena ikut mereka ke luar Negara. Negara Jepun. Aku tak
boleh menolak sebab ibu aku dah uruskan segalanya di sana. Termasuk tempat
pengajianku.” Luahnya.
“ bila kau nak pergi?” soal
Dila pula.
“ lagi dua minggu. Kiranya
minggu depan aku last di sini. Maafkan aku ye kawan-kawan.” Aku tersenyum.
“ kau tak salah Syifa.
Memang betul tindakan kau tu. Lagipun tak baik tolak permintaan ibu bapa kan?”
dia hanya tersenyum.
“ baru 3 bulan kita
berkawan. Tu pun macam dah bertahun-tahun berkawan. Kan?” ujar Dila.
Aku dan Syifa mengiyakannya.
Betul cakap Dila tu. Cara kami bercakap dan bergaul tu seperti dah
bertahun-tahun berkawan. Sedangkan baru je.
“ apa-apa pun. Aku bangga
dapat jadi kawan korang. Terima kasih kerana menjadi kawan aku selama tiga
bulan ni. Aku sungguh gembira dan aku janji takkan lupakan korang. Kita akan
selalu contant. Ya?”
Aku dan Dila pantas
mengangguk.
“ ya… kita tetap kawan. Kita
juga akan selalu contant. Kita akan saling-mengingati.” Ujarku bersemangat.
“ ya.. betul kata Misya tu.
We are BFF. Best friends forever.” Aku dan Syifa tertawa kecil akan perlakuan
Dila.
Aku janji yang aku tetap
akan ingat persahabatan ini. Koranglah kawanku dunia akhirat. Aku takkan
melupakan kau Syifa. Berlajarlah bersungguh-sungguh
di sana. Semoga kau akan
Berjaya mencapai cita-cita. Amin…
~ Bersambung ~
salam..mie ade nk tnye ttg enovel awak ni..leh email mie x? qaira85@yahoo.com.my
ReplyDeleteTnya apa ye?
Delete