Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Saturday 17 November 2012

Hati Ku Yang Kau Miliki (26)



Aku semakin pelik. Sepelik-peliknya. Kenapa dengan Zaim. Dia macam nak berjauhan dengan aku. Macam tak nak begitu rapat dengan aku. Kadang-kadang tu sikap dia dingin je dengan aku. Bila aku Tanya, dia hanya senyum dan jawab tak ada apa-apa.

Boleh pakai ke jawapan tu. Sekurang-kurangnya kalau ada masalah. Beritahu jela aku. Kan kita kawan. Adoi… macam-macamlah. Lepas satu masalah, satu masalah lagi yang datang. Pening aku.

Sekarang aku berada di dalam perpustakaan. Banyak assignment yang perlu aku siapkan. Lagipun lagi seminggu je masa yang di beri. Tapi aku tak dapat buat kerjalah. Gara-gara Zaim tu lah.

Sabar Misya..sabar.. mungkin dia tak nak menyusahkan aku. Jadi dia tidak beritahu. May be.

“ psst..” aku seperti terdengar orang berbisik. Tapi aku tidak hiraukan.
Selepas itu aku terpaksa ambil tahu sebab suara yang perlahan itu berada dekat dengan aku. Jadi aku menoleh ke belakang.

“ hai..” ucapnya sambil tersenyum. Aku kembali menoleh ke hadapan. Macam mana dia boleh berada di sini. Baru saja aku fikirkan tentang dia. Dia muncul.
Atau sudah lama dia berada di situ. Aku bangun perlahan-lahan dan menuju ke Zaim. Tempat di sisinya aku ambil dan duduk.

“ masa bila awak berada di sini?” soalku separuh berbisik. Yalah dalam perpustakaan tu.

“ hampir 30 minit.” Aku tersentak.

“ kenapa saya tak perasan.”

“ manalah nak perasan sebab terlalu leka dengan hal dia. Hal apa pun tak tahulah. Kadang-kadang tu berkerut muka saya tengok. Ada masalah ke?” aku tersengih.
Yeke.. manalah aku tahu.

“ pasal awaklah saya jadi macam tu tahu tak. Sepatutnya saya yang Tanya awak. Kenapa dengan awak kebelakangan ni?” soalku kembali. Muka aku sekarang ni serius gila. Tak pernah aku macam ni.

“ maaflah jika buat awak runsing gara-gara saya. Saya tak ada apa-apalah. Lagipun hal itu sudah berlalu. Tak perlu saya ungkitkan lagi.” Ujarnya sambil tersenyum.

“ nop.. saya tak percaya. Saya perlu tahu juga. Cuba awak beritahu saya betul-betul. Mana tahu saya boleh tolong.”

“ awak nak tolong? Pleaselah…macam mana awak nak tolong sedangkan hal ini pun berkaitan dengan awak.” Ujarnya tenang dan tersenyum sinis pada pandangan mataku.

“ berkaitan dengan saya? Apa dia?” dia menatapku serius. Tak pernah aku Nampak dia seperti itu sebelum ini.

“ saya tak dapat beritahu awak sebab saya tak layak dan terlambat. Biarlah ia menjadi rahsia. Sampai masa jika saya tak mampu menyimpannya lagi. Saya akan beritahu awak.” Ujarnya serius dan pergi meninggalkan aku dalam keadaan terpinga-pinga.

Apa maksudnya. Aku langsung tak faham. Boleh tak sesiapa tolong beritahu aku jawapannya. Argghh!

*****
“ weh.. kau ok ke?” aku tidak menyahut persoalan Dila sebaliknya terus memandang ke luar tingkap.

“ kenapa dengan kau ni Misya. Kau ada masalah ke?” aku mengeluh dan memandang Dila dan Syifa yang berada di hadapanku kini.

“ entahlah. Aku tak tahulah. Sebenarnya aku peninglah dengan sikap Zaim tu. Puas aku fikir tapi aku tak tahu apa jawapannya.” Luahku lalu menghirup air yang terhidang di hadapanku.

Mujur juga keadaan di dalam kafe ini agak legang dan tenang. Pemandangan dari tempat duduk aku ni pun sudah buat aku lega dan berasa tenang.

“ kenapa dengan dia?” soal Dila.

“ kau perasan tak yang kebelakangan ni dia asyik nak mengelak je jika bertembung dengan aku. Tadi di perpustakaan aku Tanya dia kenapa. Tapi dia kata dia tidak boleh beritahu sampai suatu masa dia bersedia. Apa maksud dia sebenarnya?”

Dila dan Syifa saling berpandangan.

“ serius ni beb.” Ujar Dila sambil buat muka serius. Aku menjelingnya tajam. Suka bergurau pada saat yang tidak sesuai.

“ lebih baik kau selesaikan secepat yang mungkin. Aku tak nak kalau korang jadi musuh.” Ujar Syifa pula. Aku hanya mendiamkan diri. Takkan sampai nak jadi musuh. Kecualilah kalau ada suatu perkara yang buat salah seorang daripada kami saling membenci. Itu ada kemungkinan jugalah.

“ weh… tadi abang Shah cari kau.” Maklum Dila. Aku tersentak.

“ kenapa? Dia beritahu apa-apa tak?” soalku cemas.

“ aku pun tak tahu. Katanya kalau aku jumpa dengan kau. Dia suruh kau call dia balik. Dia ada kata juga yang ada hal penting perlu dia sampaikan kat kau. Bila dia beritahu tu pun memang serius. Aku rasa abang Shah memang serius.” Aku terdiam.

Apa yang penting sangat tu. Takkan muncul masalah baru. Haih.. dahlah masalah sebelum ni belum selesai. Muncul pula masalah baru. Aiseyman…

“ aku pun ada perkara yang harus di beritahu kepada korang.” Syifa berkata perlahan tetapi masih dapat didengar kami berdua.

“ apa?” soalku. Kelihatan dia ragu-ragu untuk memberitahu. Aku dan Dila saling memandang.

“ Syifa.. beritahu je. Kami takkan marah lah.” Suruhku lembut. Dila mengangguk bagi menyokongku.

“ aku harap korang tak terkejut.” Kami hanya mengangguk.

“ aku kena keluar dari UITM ni.”

“ What?” kata kami serentak.

“ but why?” soalku sambil memandangnya.

“ aku terpaksa. Lagipun ibu bapa aku suruh. Aku kena ikut mereka ke luar Negara. Negara Jepun. Aku tak boleh menolak sebab ibu aku dah uruskan segalanya di sana. Termasuk tempat pengajianku.” Luahnya.

“ bila kau nak pergi?” soal Dila pula.

“ lagi dua minggu. Kiranya minggu depan aku last di sini. Maafkan aku ye kawan-kawan.” Aku tersenyum.

“ kau tak salah Syifa. Memang betul tindakan kau tu. Lagipun tak baik tolak permintaan ibu bapa kan?” dia hanya tersenyum.

“ baru 3 bulan kita berkawan. Tu pun macam dah bertahun-tahun berkawan. Kan?” ujar Dila.
Aku dan Syifa mengiyakannya. Betul cakap Dila tu. Cara kami bercakap dan bergaul tu seperti dah bertahun-tahun berkawan. Sedangkan baru je.

“ apa-apa pun. Aku bangga dapat jadi kawan korang. Terima kasih kerana menjadi kawan aku selama tiga bulan ni. Aku sungguh gembira dan aku janji takkan lupakan korang. Kita akan selalu contant. Ya?”

Aku dan Dila pantas mengangguk.

“ ya… kita tetap kawan. Kita juga akan selalu contant. Kita akan saling-mengingati.” Ujarku bersemangat.

“ ya.. betul kata Misya tu. We are BFF. Best friends forever.” Aku dan Syifa tertawa kecil akan perlakuan Dila.

Aku janji yang aku tetap akan ingat persahabatan ini. Koranglah kawanku dunia akhirat. Aku takkan melupakan kau Syifa. Berlajarlah bersungguh-sungguh 
di sana. Semoga kau akan Berjaya mencapai cita-cita. Amin…

~ Bersambung ~

2 comments :

  1. salam..mie ade nk tnye ttg enovel awak ni..leh email mie x? qaira85@yahoo.com.my

    ReplyDelete

Popular Posts

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers