Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Google+ Followers

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Tuesday, 4 June 2013

Cerpen : Salahkah Aku?




“ Jangan paksa Fiq boleh tak?”

Puan Malia melihat sepi ke arah anaknya itu. Satu sikap yang dia kurang gemari pada anaknya itu iaitu sangat degil dan keras kepala. Mengalahkan arwah suaminya. Arwah suaminya tidaklah sedegil ini. Apa yang dia mahu buat pun tak tahulah.

“ Cuba kamu jangan ikut kepala otak kamu je. Cuba ikut cakap mama. Mama aturkan semua ini demi kebaikan kamu. Kamu kena faham.” Puan Malia cuba bertegas dengan anaknya. Berharap sangat Fiq akan faham.

Fiq menggelengkan kepalanya. Dia menumbuk kuat pada sofa kerana terlalu geram.

“ Apa yang bagus sangat perempuan yang mama pilih tu? Mama tahu tak kalau Fiq dapat buat pilihan, Fiq tak kahwin seumur hidup pun tak apa. Daripada kahwin dengan dia.”

Fiq sehabis mungkin cuba menolak idea bodoh mamanya itu. Adakah patut dia disuruh kahwin dengan perempuan mana entahlah. Lagipun dia masih muda. Still 26 years old. Mudalah tu.

“ Stop Fiq! Mama tak peduli. Esok kamu akan berjumpa dengan bakal isteri kamu. Tiada bantahan!”

Putus Puan Malia dengan tegasnya. Dengan Fiq ni kalau tak bertegas, sampai bila-bila pun tidak akan selesai.

Fiq terlopong. Tidak percaya mamanya dah buat satu keputusan yang bakal menghancurkan hidupnya. Apa salah dia? Salahkah kalau dia tak kahwin dengan perempuan pilihan mama? Tak sukalah!

**
Bergema gelak tawa dua orang rakan Fiq setelah mendengar cerita Fiq. Sampai terkeluar air mata jadinya. Teruk betul. Bukannya nak tolong kawan tapi gelakkan adalah.

“Hello bro! Aku tabiklah mama kau tu. Terbaik!”

Fiq meraup kasar rambutnya. Berserabut kepala otaknya sekarang. Kenapalah dia selalu didesak melakukan perkara yang dia tidak suka.

“ Tapi aku rasa kau patut terima keputusan mama kau tu. Aku sangat setujulah bro. Best apa kahwin awal ni.” Satu lagi suara yang cuba memanaskan hati Fiq.

“ Korang cakap senanglah! Bukannya nak tolong. Dahlah! Aku balik dulu. Buang masa layan korang ni.”

Fiq terus beredar daripada restoran Zubaidah itu dan menuju ke arah kereta Honda Citynya.

“ Afiq?”

Langkah Fiq terhenti tiba-tiba apabila mendengar namanya dilaung. Siapakah insan yang memanggil dirinya itu?

Fiq menoleh dan memandang tajam ke arah seorang perempuan yang manis bertudung. Siap tersenyum lagi dekat dia.

“ Aku kenal kau ke?” Soal Fiq dengan kerutan di dahi.

“ Awak tak kenal saya. Tapi saya kenal awak. Saya Misha.” Misha memperkenalkan dirinya sambil tersenyum manis. Fiq pula buat dono je lalu melangkah ke arah keretanya. Tak ada masa aku nak layan perempuan tu. Perempuan manalah pun aku tak tahu.

Misha tergeleng kepala apabila melihat sikap Fiq yang selamba itu. Betul cakap mak cik yang Fiq itu seorang yang keras kepala dan... Misha terdiam sendiri dalam hati. Sombong nak mampus! Jerit batin Misha sekuat hati.

Siapa Misha?Fiq berfikir sejenak. Ya! Baru dia ingat! Misha adalah bakal isteri aku. Dia buat apa kat sini? Nak cari nahas dengan aku ke?

 Misha merenung wajah Fiq. Dia mengenali Fiq melalui gambar yang diberikan oleh Puan. Malia tempoh hari. Lagi pun dia menerima perkahwinan ini dengan hati yang terbuka kerana dia sendiri masih belum berpunya.

**

“ Mama! Ada tetamu ke?” Fiq duduk di sofa berhampiran dengan beg bimbit yang dihempasnya sebentar tadi sambil Tali lehernya dileraikan. Dirinya rasa sangat letih saat ini. Dengan kerja berlambak di pejabat. Itu tak termasuk dengan permintaan mamanya semalam yang dikira tak masuk akal.

“ Fiq! Marilah dapur. Ada tetamu untuk kamu!”

Fiq menegakkan badan. Ditoleh kepala ke kanan di mana terletaknya dapur. Ada tetamu? Who? I know? Dengan malasnya, dia melangkah ke dapur. Terdengar suara perempuan.

“ Ada apa ma..” Tak sempat Fiq nak menyoal mamanya apabila dia terpandang seorang perempuan bertudung di dapur itu.

“ Ha! Kenalkan… Ini Misha. Bakal isteri kamu.” Puan Malia tersenyum manis ke arah mereka berdua.

Fiq tersentak. What? Bakal isteri?

“ Hai Afiq.” Misha menegur dengan lembut. Dah tahu hati Fiq macam mana ketika mendengar Puan Malia memperkenalkan dia sebagai bakal isteri. Benganglah tu.

“ Ma? Kenapa dia ada dekat sini?” Soal Fiq sedikit kasar. Dijeling tajam ke arah Misha. Tapi Misha tak pula membalas jelingan itu dengan tajam. Malah memberikan senyuman. Misha sebenarnya sedang menjalankan misi mengurat bakal suaminya itu. Lagipun semua itu atas rancangan umi dan bakal mak mertuanya.

“ Fiq! Cakap tu biarlah sopan sikit. Dia bakal isteri kamu. Dia datang melawat mama. Kebetulan kamu pun baru balik jadi mama temukan koranglah.” Ujar Puan Malia dengan ceria. Seronok apabila anaknya dapat bertemu dengan Misha.

Tanpa sebarang amaran, tangan  Misha ditarik sehingga ke luar rumah. Misha yang tidak tahu apa-apa terpinga-pinga mengikuti langkah Fiq. Puan Malia juga terkedu melihat sikap Fiq. Tapi tak pula Puan Malia menghalang.  

“ Lepaslah!” Arah Misha apabila Fiq masih belum melepaskan tangannya sedangkan dah berada di luar rumah.

“ Kenapa kau setuju?” Pegangan dilepaskan dengan kasar. Misha mengusap perlahan tangannya yang dicengkam Fiq sebentar tadi. Kuat juga.

“ Kenapa pula saya tak boleh setuju?” Soalan berbalas soalan pula.

Fiq merengus kasar.

“ Aku nak kau dengar baik-baik. Aku tak suka dekat kau! Aku takkan pernah suka dekat kau! Aku juga tak mahu kahwin dengan kau! Puas?”

Hati Misha tersentap mendengar kata-kata Fiq sebentar tadi. Tapi tidak pula dia memasamkan muka. Malah dia menghadiahkan senyuman yang paling manis kepada Fiq. Hatinya seakan suruh bersabar akan sikap keras kepala Fiq.

“ Ikut sukalah apa yang awak nak kata. Saya tetap dengan keputusan saya. Saya akan berkahwin dengan awak. Lagi satu.. saya rasa awak patut tarik balik kata-kata awak sebentar tadi. Saya takut ia akan memakan diri awak. Tambahan pula saya ada cara untuk buat awak suka dekat saya.” Nada sedikit nakal dilontarkan oleh Misha kepada Fiq. Fiq yang mendengar pun jadi terdiam.

Misha tersenyum. ‘ Awak tak tahu siapa saya lagi. Kalau saya kata setuju saya tetap akan setuju. Saya tidak akan menolak lagi. Lagipun saya yakin awak adalah jodoh saya. Bukan orang lain.’ Desisnya dalam hati.

“ A..aku takkan tarik balik kata-kata aku tadi. Aku jaminlah. Aku juga akan cuba untuk tolak permintaan mama aku yang tak masuk akal tu. Aku takkan kahwin dengan kau.”

Usai berkata demikian, Fiq terus masuk ke dalam rumah. Sebelum tu sempat lagi dia menghadiahkan jelingan maut buat Misha. Tapi Misha buat selamba dengan senyuman. Ingat Misha ni senang dibuli ke?

Misha juga pantas masuk ke dalam rumah apabila Fiq bertindak menjauhkan diri daripadanya. Misha perasan Fiq tak tahu hendak ke mana saat dia masuk ke dalam rumah. Kalau nak ke dapur pasti mamanya itu akan bercakap soal Misha. Kalau dia naik bilik sekalipun, pasti dia akan dibebel juga.

Misha tergelak melihat telatah Fiq yang tak tentu hala itu.

“ Hurmm… Kenapa awak?” Soal Misha lalu melangkah mendahului Fiq. Kini dia sedang berhadapan dengan Fiq.

“ Kenapa apa?”

Misha tersenyum sinis. Sesekali nak  juga perli lelaki ni. Biar dia tahu rasa.

“ Dah tak tahu nak ke mana ke? Atau takut nak berbual berdua dengan saya di hadapan mama awak? Yang mana?” Misha menyoal dengan menjongketkan kening. Nakal sekali bila melihat gayanya waktu itu.

Fiq tersentap. Macam manalah dia tahu isi hati aku sekarang ni?

“ Ada aku kisah? Tepilah!” Ditolak Misha ke tepi dan dia berlalu ke dapur. Tekak rasa kering selepas bertekak dengan Misha. Nak minum air terlebih dahulu.

Misha tertawa kecil. Mengalah lah tu. Eleh! Senang je nak kalahkan lelaki ni. Nama je garang tapi hati tu lembut.

**
“ opocot!”

Terkejut beruk Fiq apabila dia membuka pintu bilik. Tengok-tengok Misha ada tepat di hadapannya. Apa yang dia buat dekat sini? Pagi-pagi macam ni. Mama tak marah ke?

“ Kau buat apa dekat sini?” Fiq merenung tajam ke arah Misha. Tapi dalam hati mula memuji penampilan Misha pada pagi tersebut. Comel!

Misha tidak pula menjawab persoalan Fiq. Malah dia mencubit lengan Fiq.

“ Ouch! Kau ni dah kenapa? Gila ke?” bentak Fiq lalu mengulas lembut lengannya yang dicubit tadi. Entah apa kena dengan perempuan ni pun aku tak tahulah.

Misha memuncungkan mulut. Dijeling sekilas ke kanan. Kemudian dia kembali menoleh ke arah Fiq yang terpinga-pinga itu. Dalam hati rasa nak tergelak. Tapi terpaksa ditahan sebab ini salah satu rancangan dia dan mama Fiq. Rasakan!

“ Awak lah yang salah. Awak ni memang seorang yang tidak berhati perut. Awak jahat!” Jeritan Misha mengejutkan Fiq. Pantas ditekup mulut Misha. Takut mamanya dengar.

“ Kau ni kenapa? Aku buat apa?” Misha pantas menolak tangan Fiq. Dia mengeluarkan hensetnya lalu menyerahkan kepada Fiq.

“ Apa?”

“ telefon perempuan tu.”

Fiq tergaru kepalanya yang tidak gatal. Perempuan? Perempuan mana pula ni?

“ Maaf. Tapi aku tak tahu apa yang kau sedang cakapkan ni. Sekarang aku nak pergi kerja. Buang masa aku layan kau. Dahlah masuk rumah orang tanpa kebenaran. Entah siapalah yang benarkan dia masuk.” 

Bebel Fiq sambil melangkah turun ke ruang tamu. Tidak sedikit pun dia menoleh ke arah Misha.

“ Awak! Saya cakap tak habis lagi ni. Tunggulah!”

Pantas ditarik bahu Fiq agar berhadapan dengan dia. Tapi tak berjaya apabila Fiq berjaya menghalang dengan melarikan diri bersungguh-sungguh.

Misha sudah bercekak pinggang. Rancangannya tidak menjadi. Macam mana ni? Nak bagi dia rasa serba salah. Tapi macam mana?

“ Ma! Fiq pergi kerja dulu. Dan tolong halau perempuan tu. Kacau hidup Fiq je.”

Misha tersentap. Oh! Kacau hidup awak ye. Hurmp! Tengoklah nanti.

“ Fiq! Tunggu kejap!” Laungan Puan Malia membuatkan mereka berdua menoleh ke arah dapur.

“ Ada apa ma?” Soal Fiq yang sudah bersedia untuk ke tempat kerja. Misha pula berganjak turun dari tangga dan menuju ke arah Puan Malia.

“ Kamu balik awal ya hari ni? Nak bincang fasal perkahwinan kamu.”

Fiq menoleh ke arah Misha 180 darjah dengan tajamnya. Dijeling tanda tidak puas hati.

“ Tengoklah dulu.” Fiq terus keluar daripada rumah.

Misha dan Puan Malia tersenyum.

“ Maaflah sebab tadi rancangan Misha tak berjaya. Setahu Misha, dia tak ada perempuan lain. Kan?”

“ Ya. Saja nak uji dia. Kamu kerja sebagai cikgu kan? Nanti terlambat pula. Dah pergilah..Petang nanti datang rumah mak cik.”

Misha tersenyum senang. Kemudian dia mengangguk.

“ InsyaAllah mak cik.”

**
“ Apa patut aku buat? Tolonglah aku Jimi!”

Pertama kali dalam hidup Fiq merayu dengan rakannya Jimi. Ini semua pun demi masa depannya.

“ Aku nak buat apa? Aku musykil lah dengan kau ni. Punya baik mama kau berikan perempuan sebaik dia. Bertudung lagi. Kenapa pula kau tak nak kahwin dengan dia? Kalau aku dah lama aku setuju. Dahlah comel.” Sempat lagi Jimi memuji Misha.

Fiq merengus geram. Orang minta tolong tapi pergi puji perempuan tu.

“ Kau tak faham.” Perlahan suara Fiq. Bagaikan orang pasrah je gayanya.

“ Aku ke kau tak faham? Macam ni lah. Aku ada satu idea. Tapi aku tak jamin ia  akan berjaya. Nak tak?” Jimi tawarkan pertolongan.

Fiq yang tadi memasamkan muka terus berubah riak. Ceria jadinya.

“ Apa-apa je lah asalkan aku tak perlu kahwin dengan perempuan tu. Apa?”

Jimi merapatkan mulutnya ke telinga Fiq. Dibisikkan sesuatu kepada Fiq.

Fiq yang mendengar mula tersenyum lebar. Cantik rancangan ni.

**
Misha mengibas-ngibas tangannya. Dah setengah jam dia tunggu dekat restoran Zubaidah ni. Tapi kelibat yang suruh datang tu tak muncul-muncul juga. Kena tipu ke?

“ Sorry late.”

Misha mengukirkan senyuman apabila Fiq sudah berada di hadapan matanya. Sebenarnya terkejut juga dia. Tadi tiba-tiba dapat panggilan telefon daripada Fiq ni. Katanya nak jumpa sebab ada perkara yang Fiq nak beritahu. Hal apa itu yang menjadi persoalan.

“ Ada apa awak nak jumpa saya?” Soal Misha terus terang. Dadanya dah berdebar-debar menanti butir bicara yang akan keluar daripada mulut Fiq.

Fiq dengan muka seriusnya menoleh ke belakang.

“ Sini!”

Senyuman Misha terus mati apabila ada seorang perempuan yang tidak bertudung mendekati meja mereka. Siap duduk bersebelahan dengan Fiq lagi. Hatinya tertanya-tanya siapa perempuan itu?

“ Aku nak kenalkan kau dengan seseorang. Dia ni teman wanita aku.”

Tergamam Misha setelah mendengar penjelasan Fiq. betul ke?

“ hai. Saya Qira.”

Misha tidak membalas malah merenung Fiq tajam. Fiq sengaja buat serius tapi dalam hati rasa gelabah. Tapi kenapa pula dia mesti rasa gelabah? Takut rancangan tak menjadi.

“ Aku ke toilet jap.”

Fiq bertindak melarikan diri apabila asyik mendapat jelingan maut daripada Misha. Dia dapat rasakan kemarahan Misha yang kian memuncak itu.

Misha mengeluh kecil. Lelaki ni kan? ish! Aku perlu selidik betul-betul. Apa benar perempuan di hadapan aku ni teman wanita dia. Tengok-tengok perempuan ni hanya menyamar. Bukannya aku tak tahu yang Fiq ni langsung tak ada teman wanita.

“ Ehem..ehem..” Misha buat-buat batuk. Sekilas dia memandang ke belakang. Takut Fiq muncul secara tiba-tiba.

“ Awak teman wanita Fiq?” Soal Misha mesra. Sedangkan dia ada perancangan tersendiri.

“ Yap. Saya teman wanita dia.” Yakin sungguh jawapan Qira.

Misha tersenyum. Kemudian dia mengacau straw dengan lajunya. Ditarik nafas dalam-dalam.

“ Awak tahu sesuatu tentang dia? Misalnya apa yang dia suka buat atau apa yang dia suka makan. Awak tahu?” Mulalah Misha menyoal soalan mautnya. Belum maut lagi tu.

Qira tersentap. Erk! Macam mana aku nak jawab ni.

“ Erk… tahu. Dia suka buat kerja dia. Dia suka makan…erk..ha laksa.” Bantai je lah. Qira tersengih melihat Misha.

Misha tersenyum. Tak mahu mengaku kalah ye. Okey! Next step!

“ Awak nak tahu sesuatu tak?” Misha memandang Qira dengan pandangan yang menakutkan.

“ Apa?”

“ kalaulah awak ditakdirkan untuk berkahwin dengan dia bukan saya. Awak bersedia ke nak jadi suri rumah sepenuh masa? Awak dapat tahan ke dengan karenah mama dia tu. Awak tak tahu lagi. Sebenarnya mama dia tu panas baran. Buat sikit mesti kena marah. Tidak kira siapa pun orang itu. Termasuk saya yang dah bagaikan anak dia. Awak tak takut? Saya bukan apa. Saya Cuma takut kalau awak tak tahan. Kesian nanti dekat awak. Belum sempat nak bahagia kena dera oleh mak mertua. Mahu ke?”

Dengan senyuman yang menggerunkan Misha menyoal. Qira yang mendengar terteguk air liur. Diramas jarinya yang mula berpeluh itu.

“ Erk… Ma..maafkan saya. Sebenarnya saya bukan teman wanita dia. Saya hanya disuruh untuk menyamar. Maafkan saya. Saya pergi dulu.”

Sepantas kilat Qira melarikan diri dari situ. Rasa gerun pula bila berada dekat dengan Misha.

Misha yang melihat Qira pergi pantas bersorak kemenangan. ‘ Haha.. Kan aku dah agak! Dia nak perkenakan aku je. Ceh! Ini Mishalah.’ Misha tersengih sendirian apabila rancangannya berjaya.

“ Mana dia?” Muncul Fiq dengan kerutan di dahi.

Misha terus merenung Fiq tajam. Tanpa senyuman, hanya pandangan yang menggerunkan.

“ Awak ni memang lelaki tak guna kan? kalau ye pun awak nak bohong saya. Rancanglah sehabis baik. Ni tak.. ditarik je perempuan mana entah dan dah terkantoi yang awak ni belum ada teman wanita. So?” dijongketkan keningnya melihat ke arah Fiq yang mula gelabah itu. Rahsia dah terbongkar beb! Jadi gelabahlah.

“ Erk..” Ish! Macam mana perempuan ni boleh tahu? Apa yang dia cakap dengan Qira?

“ Saya takkan mengalah selagi awak belum jadi suami saya yang sah.”

Misha tersenyum dengan manisnya. Fiq pula rasa gerun. Meremang bulu romanya. Rancangan kau tak menjadilah Jimi!

**
“ Hahaha..”

Sakan Puan Malia gelak selepas mendengar cerita Fiq terkantoi oleh Misha.

“ Hebat betul Misha ni. Biar dia tahu rasa. Mak cik rasa esok juga makcik nak kahwinkan kamu berdua. Tapi cepat sangat pula.” Cadang Puan Malia.

“ Hujung minggu ni?” Misha pula memberi cadangan. Kalau kahwin senang sikit nak lembutkan hati Fiq tu.

“ Hurmp! Boleh juga. Okeylah kalau macam tu. Nanti makcik beritahu umi kamu lain.”

Misha tersenyum. Fiq! tunggu je lah!

**
“ Apa?”

Jeritan Fiq bergema apabila mendengar perancangan yang sudah dibuat Puan Malia pada malam itu.

“ ya. Mama sudah putuskan yang hujung minggu ni kamu berdua akan berkahwin. Suka atau tidak, itu keputusan muktamad mama.” Tegas Puan Malia.

Fiq terduduk di sofa. Mukanya berubah masam.

“ Ma… Kenapa?” Sengaja dia membuat suara pasrah.

Puan Malia menggelengkan kepala.

“ Mama buat demi kebaikan kamu. Misha tu perempuan yang baik Fiq. Kalau tidak mama tidak akan kahwinkan dia dengan kamu. Percayalah yang kamu akan bahagia dengan dia.” Puan Malia mengusap lembut bahu Fiq. senyuman diberi.

Fiq tersenyum hambar. Mama aku terlalu berharap nampak gayanya. Apa lagi yang boleh aku buat melainkan setuju.

“ Fiq setuju kan?” Soal Puan Malia. Setuju ke tak. Fiq kena juga kahwin dengan Misha.

“ Setuju.” Lemah je suara Fiq ketika meluahkannya. Misha! Kau tengoklah nanti. Jangan harap kau akan bahagia hidup dengan aku.

**
Dua hari selepas perkahwinan mereka..

Terjengket-jengket langkah yang diambilnya selepas masuk ke dalam bilik tersebut. Dalam hati rasa sebal. Nama je suami tapi tak reti nak tunggu isteri. Lebih rela masuk bilik awal daripada teman isteri menonton tv. Spoil betul.

“ Kau nak ke mana?”

“ Opocot!”

Rasa nak luruh jantung Misha selepas mendengar suara garau itu. Nasib tak ada komplikasi jantung. Kalau tidak… Eii! Minta simpanglah!

“ Apa awak ni?” Soal Misha tidak puas hati.

Fiq bangun daripada berbaring. Direnung wajah Misha yang memerah itu. Menahan marah mungkin?

“ Apa aku pula?”

Misha merengus geram.

“ Awak tu yang terkejutkan saya. Mujur saya tak ada sakit jantung taw! Kalau tidak tak tahulah.” Rungut Misha lalu mendekati birai katil. Nak tidur. Letih!

“ Eh? Apa yang kau buat atas katil aku ni?”

Misha tidak pedulikan soalan Fiq malah dia terus baringkan tubuhnya di atas katil empuk itu. Arh! Selesanya.

“ Weh! Apa kau buat atas katil aku ni. Kalau nak tidur, tidurlah dekat bawah.” Fiq mengarah dengan geram.

Misha tersenyum dalam keadaan mata terpejam. Ada aku kisah? Mujur semalam aku baik hati tidur dekat bawah. Malam ni jangan harap! Haha!

“ Kau jangan buat aku sampai..”

“ sampai apa?” Sahut Misha lalu bangun. Matanya tajam merenung Fiq yang terkebil-kebil melihatnya itu.

“ Sudahlah. Malas aku nak layan kau. Kau tahu tak yang kau sudah menghancurkan hidup aku. Hidup aku bagaikan dah tak aman selepas kehadiran kau. Pasti kau ada provok mama aku kan sampai kau boleh kahwin dengan aku. Aku bencilah perempuan hiprokit macam kau ni. Aku tahu kau berpura-pura baik je depan kami. Tapi belakang? Siapa pun tak tahu kan? Perempuan macam kau ni sememangnya tak layak bergandingan dengan aku. Blahlah!”

Terus Fiq merebahkan diri membelakangi Misha yang sudah berubah riak itu. Misha sangatlah tersentap akan kata-kata Fiq. Dalam hati dia rasa macam nak menangis je. Sungguh pilu hatinya selepas mendengar kata-kata hinaan Fiq.

“ Teruk sangatkah saya ni? Saya ni jahat sangat ke bagi awak?” Air mata Misha dah bertakung ditubir mata. Tunggu saat nak mengalir je. Sungguh sakit hatinya saat itu. Selama ini dia masih boleh bersabar lagi. Tapi malam ini, dia tewas.

Fiq terdiam. Terkelu lidah untuk dia menjawab persoalan Misha itu.

“ Saya tahu saya bukan perempuan idaman awak. Saya ni bukanlah perempuan yang seperti awak mahukan. Saya tahu. Tapi saya cuba! Saya cuba untuk jadi perempuan idaman awak. Saya telah cuba! Tapi.. nampaknya saya tak berjaya. Awak bolehlah kata macam-macam dekat saya. Tapi awak tak tahu, hati saya sakit. Sakit sangat setiap kali awak lontarkan kata-kata hinaan itu. Semenjak saya kenal dengan awak, saya pun tak tahu kenapa saya mesti rasa gembira. Awak macam penghibur hati saya.

Tapi saya pelik sebab awak langsung tak suka dekat saya. Baiklah. Saya faham akan permintaan awak. Mulai hari ini, saya takkan ganggu hidup awak lagi. Mungkin dengan cara ini awak suka. Ikut sukalah apa yang awak nak buat sekalipun. Saya tidak akan ambil peduli lagi. Sekalipun saya nak berbual dengan awak? Jangan mimpi!”

Misha terus keluar dari bilik tersebut. Air matanya yang ditahan itu akhirnya mengalir jua. Ya Allah. Tabahkan hatiku.

Manakala Fiq terkedu. Sangat terkedu. Tiba-tiba hatinya rasa sakit mendengar kata-kata Misha sebentar tadi. Dia seakan tidak rela Misha lakukan sedemikian. Apa yang dah jadi?

**
Keesokan harinya, Misha melakukan apa yang dia katakan semalam. Dia langsung tidak menegur Fiq ketika Fiq mahu ke tempat kerja. Tapi dia lakukan apa yang sepatutnya seorang isteri lakukan. Iaitu menyediakan makanan buat suami sebelum dia berangkat ke tempat kerja. Mujur juga Puan Malia tidak menyoal banyak.

“ Fiq! makanlah dulu!” Panggil Puan Malia apabila Fiq sudah melangkah turun dari atas.

Misha yang menyedari jelingan Fiq dari jauh itu bergerak ke sink. Dia langsung tidak mempedulikan Fiq. Biar dia tahu rasa. Ingat hati aku ni mudah disakiti? Kau sudah buat aku marah Fiq! jadi jangan harap aku akan pedulikan kau buat masa sekarang.

“ Fiq makan dekat luar lah.”

Fiq terus keluar dari rumah. Hatinya rasa tak selesa akan perbuatan Misha sebentar tadi. Dia buat apa yang dia katakan semalam. Hurmp! Buatlah apa yang kau nak buat pun. Aku tidak akan peduli.

Luluh hati Misha mendengar kata-kata Fiq. Memamg betullah Fiq takkan pedulikan diri dia lagi. Jadi kalau macam ni lah gayanya. Tak ada gunanya teruskan perkahwinan ini.

“ Misha… Ada apa-apa yang berlaku ke?” Soal Puan Malia pelik. Selalunya Misha happy je. Tetiba pagi ini sedih semacam je. Fiq ada buat sesuatu ke dekat dia?

“ Taklah. Misha okey.” Dalih Misha dengan senyuman. Sehabis baik dia akan sembunyikan daripada pengetahuan Puan Malia.

“Tengah hari nanti kamu balik rumah tak?”

Misha menggeleng perlahan. Buat apa balik jika suami tak balik juga. Dia lebih rela makan di sekolah daripada makan di rumah.

“ Misha ada kerja sikit.” Bohong Misha lalu menyalami tangan Puan. Malia. Dia sudah lewat untuk ke tempat kerja.

**
“ Kau tak patutlah buat dia macam tu. Kau ni memang lelaki yang tak ada hati perut langsung.”

Puas Jimi berpesan tapi Fiq ni jenis tak makan nasihat orang. Apa nak jadilah dengan Fiq ni.

“ Biarlah dia nak buat apa-apa pun. Lagipun itu keputusan dia. Aku tak suruh pun. Lagi senang hidup aku adalah.” Ujar Fiq dengan selamba.

Jimi merengus geram.

“ Hei Fiq! Aku bengang lah dengan kau ni. Dia isteri kau tahu tak? Kau tak patut layan dia macam tu. Cuba kau ada di tempat dia. Pasti kau juga turut kecewa.”

Fiq terdiam. Direnung kertas-kertas kosong di atas mejanya itu.

“ Aku dah tak tahu nak cakap apa dah dekat kau sekarang ni. Lantak kau lah Fiq. Kalau kau nak bahagia, kau pujuklah dia. Kalau kau tak nak. Aku pun dah tak boleh buat apa-apa.”

Jimi pasrah. Pasrah akan sikap Fiq yang keras kepala itu. Dengan kecewa, dia keluar dari pejabat Fiq.

“ Argh!”

Dengan perasaan berkecamuk, Fiq menolak kertas-kertas kosong tadi ke bawah.

“ Apa salah aku? Argh!”

**
Seminggu telah pun berlalu. Sikap Misha terhadap Fiq masih sama seperti sebelum ini. Bukan kata berbual, menegur Fiq pun tak. Hanya melihat lepas tu belah.

Fiq dah tak tahan. Dia rasa dia perlu lakukan sesuatu. Lagipun Puan Malia seakan tahu hubungan mereka kebelakangan ini. Puas Fiq fikirkan cara tapi sampai bila rahsianya itu akan selamat?

“ Fiq! Kamu cuti kan hari ni? Hantarlah isteri kamu ke tempat kerja. Kereta dia rosak.” Suruh Puan Malia apabila Fiq turun melangkah ke ruang tamu.

Misha yang berada di dapur pantas menggeleng.

“ tak usah ma. Misha naik teksi je. Lagipun Misha dah biasa. Tak usah susahkan Fiq.” Tolak Misha. Sedangkan dia nak mengelak daripada bertemu dengan Fiq. Sekarang hati dia benar-benar kecewa akan sikap Fiq.

Ingatkan nak pujuklah. Tapi dah seminggu berlalu. Nak kata pujuk, cakap pun tak. Hati dia memang keras macam batu!

“ Misha pergi dulu ma.” Selepas menyalami tangan Puan Malia. Dia terus beredar. Dia langsung tak menyapa Fiq terlebih dahulu. Hati dia cukup sakit akan perbuatan Fiq. Tapi jauh di sudut hati, dia rindu nak bergurau dengan Fiq.

Puan Malia melihat anaknya itu dengan keluhan.

“ Apa nak jadi dengan kamu ni Fiq. kamu jangan nak bohong mama lagilah. Mama dah tahu apa masalah korang berdua ni. Misha dah beritahu mama segala-galanya. Kamu ni memang seorang suami yang tak bergunalah Fiq. Kamu tahu tak dia dah cukup terseksa sekarang dengan sikap sambil lewa kamu tu.” Marah Puan Malia.

Fiq terkedu. Badannya kaku berdiri di hadapan televisyen.

“ mama tak sangka kamu sanggup buat Misha sampai macam tu sekali. Mama tahu walaupun dia tak beritahu. Dia sayangkan kamu Fiq. kamu sedarlah yang sekarang kamu dah berkahwin. Dah mempunyai tanggungjawab. Sedarlah!”

Fiq tunduk memandang lantai. Hatinya tiba-tiba rasa tak sedap hati.

“ Sudahlah. Cakap dengan kamu macam cakap dengan tunggul kayu.”

Puan Malia berlalu. Dalam hati kecewa akan sikap Fiq.

Fiq menoleh melihat mamanya yang berlalu ke dapur itu. Dia jadi serba salah. Aku salah? Aku salah memperlakukan dia sedemikian? Ye ke?

**
“ Misha! Sabar sayang! Kamu pasti selamat!”

Misha cuba ukirkan senyuman buat Puan Malia. Walaupun sakit, dia gagahkan diri untuk mengukirkan senyuman. Mana tahu dia dah tak ada peluang untuk bertemu dengan ibu mertuanya itu.

“ Mi…Misha okey ma. A..awak…”

Dengan susah payahnya Misha cuba memanggil Fiq yang daripada tadi asyik berdiam diri.

“ Sa..saya tak pernah sa..salahkan awak. Ta..tapi  jujur yang sa..saya sayangkan awak..”

Fiq terkedu. Melihatkan Misha yang bersusah payah tersenyum ke arahnya itu, hatinya jadi pilu.

“ Maaf puan. Kami kena rawat dia secepat mungkin. Sila tunggu di luar.” Arahan jururawat terpaksa diterima oleh Puan Malia dan Fiq.

“ Ya Allah. Selamatkanlah menantuku.” Doa Puan Malia.

Puan Malia mahupun Fiq terkejut apabila mendapat panggilan dari pihak hospital mengatakan Misha mengalami kecederaan yang teruk dalam kemalangan. Masing-masing tak sangka yang Misha akan mengalami kemalangan.

“ Semua ini salah kamu Fiq! kalaulah kamu hantar dia ke tempat kerja masa tu. Semua ini takkan terjadi!”

Pn. Malia sungguh kesal akan sikap anaknya yang hanya berdiam diri daripada tadi. Tiada langsung butir bicara yang keluar daripada mulutnya. Dah serupa patung pun ada.

Fiq terduduk di kerusi yang disediakan. Tangannya setia digenggam. Sebenarnya dia mula rasa takut. Takut akan kehilangan Misha.

“ Fiq! dengar tak apa yang mama katakan tadi?” Soal Puan Malia dengan geram. Seperti tiada perasaan je Fiq ni.

Fiq mendongak melihat Puan Malia.

“ Fiq dengar mama. Fiq tahu. Fiq salahkan?” Fiq merenung wajah Puan Malia.

“ Kamu memang salah. Salah kerana membiarkan Misha begitu. Kamu salah kerana membuatkan hati Misha kecewa. Dia sayangkan kamu Fiq. dia terima kamu seadanya. Tapi kenapa? Kenapa kamu buat dia macam tu?” Air mata Puan Malia mula mengalir.

Fiq tergamam. Aku salah? Ya aku benar-benar salah! Aku bersalah dalam hal ni. Ya Allah! Aku benar-benar bersalah terhadap dia.

“ Ma.. Fiq salah..”

Puan Malia terkedu melihat Fiq. Buat pertama kalinya, air mata jantannya mengalir turun. Dia mula rasa menyesal dan rasa amat bersalah terhadap Misha.

“ Ya Allah. Kita doakan je yang terbaik buat dia.”

Terus dipeluk anaknya yang mula tersedu-sedu itu. Sabar wahai anakku.

“ Tapi mama.. kenapa baru sekarang Fiq sedar?” Puan Malia meleraikan pelukan. Direnung wajah anaknya itu.

“ Kamu kena tanya hati kamu sendiri. Kenapa kamu baru sedar? Mama pun sebenarnya sakit hati dengan sikap kamu selama ini. Mama lakukan semua ini untuk kebaikan kamu. Kamu perlu ingat hati perempuan ni bukan untuk disakiti tapi disayangi.”

Fiq mengangguk perlahan. Malah air matanya kian laju mengalir.

“ Fiq salah ma. Fiq salah…” Rambutnya diraup perlahan.

Ditoleh ke arah kiri di mana wad Misha dirawat. Ya Allah. Selamatkanlah Misha. Aku bersalah sangat-sangat terhadap dia. Aku menyesal. Aku ingin menebus dosaku kembali. Ya Allah!

**
Sebulan berlalu…

Kepalanya setia bersandar pada bahu suami tercinta. Terukir juga senyumannya saat mendengar bebelan suaminya itu.

“ Abang cakap apa tadi? Kalau nak berehat, masuklah bilik. Janganlah sandar pada bahu abang ni.”

Misha menegakkan kembali badannya. Dicuit bahu suaminya itu.

“ Tengok sini kejap.” Arah Misha lembut.

Fiq menurut. Dipandang wajah Misha yang mulus itu. Senyumannya pula yang terukir.

“ Kenapalah abang tak sedar dari dulu lagi yang Misha ni sebenarnya sangat istimewa. Abang sedar terlalu lambat. Abang salah kerana buatkan Misha lumpuh macam ni.”

Tangan Misha digapainya.

“ Abang..yang berlalu tu biarlah. Sekarang kita perlu teruskan hidup. Abang kan dah janji tak nak ungkit lagi hal itu. Lagipun Misha dah dapat terima keadaan ni. Misha sepatutnya bersyukur taw.”

Dipicit hidung Fiq dengan sengihan nakal. Fiq tersenyum.

“ yelah sayang. Jom abang bawa Misha ke bilik. Misha mesti berehat.”

Fiq pantas mencempung Misha. Misha melihat wajah Fiq dengan senyuman.

“ terima kasih abang.” Ucap Misha. Fiq tersenyum. Dikucup dahi Misha lama.

“ Abang yang sepatutnya ucapkan terima kasih. Abang salah. Tapi abang bersyukur kerana abang diberikan peluang kedua.” Fiq berkata dengan tenang.

Misha mengangguk perlahan. Misha pun bersyukur kerana Misha masih diberi peluang untuk bersama dengan abang.

“ Misha janji takkan tinggalkan abang lagi erk?” Pinta Fiq. Misha tersenyum.

“ InsyaAllah bang.”

Fiq sekali lagi mengucup dahi Misha. Terima kasih sayang. Kalau Misha tak hadir dalam hidup abang. Abang rasa selama-lamanya abang tidak tahu apa maknanya kasih sayang yang sebenar. Kini abang tahu, abang benar-benar bersalah sebelum ni. Abang tahu abang perlu perbaiki lagi sikap abang.

Misha.. Abang janji abang akan cuba demi Misha. Itu tekad abang.

“ Terima kasih sekali lagi sayang..” Bisik Fiq dengan senyuman.

~Tamat~

1 comment :

Popular Posts