Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Sunday 2 December 2012

Hati Ku Yang Kau Miliki (35)


Esok adalah hari yang ditunggu-tunggu oleh seluruh keluargaku termasuk aku sendiri. Esok adalah hari kebahagiaan aku dan Aidil. Hari perkahwinnan kami. Sungguh cepat masa berlalu.

Tak sangka betul. Sekarang, aku tengah menghias bilik pengantin. Masih belum siap sepenuhnya tapi aku sangat berpuas hati kerana ianya sangat cantik. Biasalah.. tengoklah siapa yang buat.. hehe.. perasan pulak.

“ senyum sorang-sorang Nampak?” teguran Dila buat aku tersenyum.

“ mana ada..” sangkalku lalu menyibukkan diri dengan menyapu. Nak larikan diri.

“ hek eleh…ingat aku tak Nampak la tu. Jangan nak berdalih dengan aku lah. Teringatkan bakal suami dia la tu. Haha..” aku membeliakkan mata.

“ weh..slowlah sikit suara tu. Malu tahu tak.” Ujarku separuh berbisik.

“ nak malu apanyer.. dah betul kan?” aku mencebik lalu keluar daripada bilik. Lagi lama aku layan budak ni lagi melampau dia usik aku.

“ awak…” langkahku terhenti. Dila di belakangku terus masuk ke dapur. Sedangkan aku berada di hadapan bilik pengantin.

“ yap. Kenapa? Bukan awak sudah balik ke?” aku mengambil tempat di sofa yang di sediakan.

“ saya datang balik. Saya ada perkara nak cakap dengan awak. Boleh kan?” aku tersenyum.

“ mestilah. Kenapa tak boleh pula?”

“ tapi kita cakap kat luar. Dalam ni ramai sangat orang. Jom..” aku melihat Aidil keluar daripada rumah. Kenapa sikap dia makin hari makin buat aku risau.

Aku mengekori Aidil sampai ke keretanya. Entah apa yang ingin dia katakan kepadaku.

“ jadi? Apa yang awak nak cakap dengan saya?” soalku sambil menatapnya.

“ Misya… esok kita akan jadi pasangan suami isteri yang sah kan?” aku mengangguk. Apasal dia tiba-tiba Tanya macam tu.

“ kalau awak nak tahu saya tak sabar untuk tunggu hari esok. Tapi sebelum hari esok tiba saya ingin katakan sesuatu.”

Aku tiba-tiba berasa tidak sedap hati. Ya Allah apakah yang akan terjadi ni.

“ saya sangat sayang dan cintakan awak. Awak pun kan?”

“mestilah. Kan awak dah tahu. Kenapa ni?” aku bertambah hairan.

“ saya Cuma nak luahkan je. Dan entah mengapa saya rindukan awak walaupun kita sedang berjumpa. Awak… saya nak awak bersabar dan tabahkan hati jika ada perkara yang tidak di ingini berlaku. Jangan menangis jika awak terlalu sedih kerana Allah bersama kita.”

Aku tersentak dengan kata-katanya. Kata-katanya itu bagaikan ada maksud yang tersirat yang aku sendiri tidak tahu. Ya Allah adakah perkara yang tidak aku ingini akan berlaku?

“ ingat ya pesan saya. Saya harap awak juga dapat jaga ibu saya dengan baik semasa ketiadaan saya. Yang penting awak harus jaga kesihatan diri. Ingatlah yang saya akan tetap sayangkan awak. Janganlah tolak lamaran orang lain jika itu kerana saya. Saya masih tak mampu buat awak bahagia pada saat ini. Insya-Allah kemudian hari nanti akan ada hamba Allah yang boleh buat awak bahagia.”

Air mataku turun tanpa di pinta. Kata-katanya tadi sungguh dalam dan buat hatiku berasa sebak. Aku tak tahu puncanya. Aku rasakan yang Aidil akan pergi dari hidup aku. Pergi dari dunia ini. Ya Allah. Adakah itu benar?

“ syhhh… jangan menangis sayang. Saya tak sanggup lihat awak asyik menangis. Selepas ini mungkin awak akan lebih sukar untuk tempuhi dan terimanya. Tapi percayalah saya akan tetap berada didalam hati awak.” Ujarnya sambil tersenyum manis.

“ a..awak. apa maksud kata-kata awak tu. Apa maksud awak yang sebenarnya? Awak nak pergi mana?” soalku dengan suara yang serak.

Dia tersenyum lalu menggeleng.

“ saya takkan pergi mana-mana. Tapi takdir Tuhan tiada siapa yang tahu. Ingatlah yang saya akan tetap berada di hati awak.” Ujarnya sambil memegang dadanya.

Aku tersenyum lalu mengangguk.

“awak jangan tinggalkan saya.” Pintaku.

“ Misya.. saya takkan tinggalkan awak tapi takdir Tuhan tiada siapa yang tahu. Jadi saya nak awak terima dan sabar hadapi semua itu. Awak janji?”

Aku tunduk memandang tanah. Aku tak mampu memegang janji itu. Itu terlalu sukar. Bagaimana jika dia betul-betul pergi dari hidupku. Pergi dari dunia ini selama-lamanya. Bagaimana ingin aku hadapi semua itu seorang diri?

“ Misya…” aku mendongak.

“ saya tak boleh janji tapi saya akan cuba buat yang terbaik. Sudahlah awak pergi balik. Esok kita akan berjumpa juga. Janganlah asyik nak mengarut je.” Ujarku tanpa melihatnya. Aku tak sanggup.

Air mataku akan menitis lagi jika lihat wajahnya yang penuh mengharap itu.

“ tak kisahlah. Yang penting awak mesti jadi  kuat. Ingat Allah dan saya di hati awak. Sebelum saya pergi saya ingin dengar dari mulut awak sendiri yang awak juga cintakan saya. Bolehkan?”

Aku ketap bibir sekuat hati. Aku tak nak menangis. Tapi mataku ini degil. Nak juga menitiskan air mata.

“ Aidil Arman… saya cintakan awak. Sangat-sangat.” Ujarku dengan mendalam.

Dia tersenyum manis dan itu buatkan aku rasa nak peluk je. Tapi aku masih bukan mahram dia.

“ terima kasih Misya. Baiklah saya balik dulu. Ingat ya apa yang saya pesan tu. Saya pergi dulu.”

Aku hanya melihat kereta dia pergi dari perkarangan rumahku. Ya Allah apa maksud di sebalik kata-katanya itu. Aku sangat memerlukan jawapan. Aku tak kuat hadapi jika dia benar-benar maksudkan kata-kata itu. Apa harus aku buat?

Bahuku di cuit dari belakang. Aku menoleh dan ternyata Dila. Pantasku memeluknya bagi menghilang sedikit rasa gusar dan sedihku.

“ hei.. kenapa ni? Asal nangis ni? Cuba beritahu aku.” Aku menangis di atas bahunya tanpa berkata-kata.

Terasa usapan di belakangku. Itu buat aku lebih tenang.

“ menangislah jika itu boleh buat hati kau tenang. Lepas semua reda barulah kau beritahu aku ya..” aku hanya mengangguk dalam pelukan.

Sesungguhnya aku tidak mampu luahkan buat masa ini. Suaraku seperti tersekat di kerongkong. Ya Allah… bantulah aku agar lebih kuat untuk tempuhi dugaan-Mu itu.

~Bersambung~

No comments :

Post a Comment

Popular Posts

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers