Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Saturday 8 December 2012

Hati Ku Yang Kau Miliki (45)



Senyum! Ya aku harus senyum. Lupakan apa yang telah berlaku sebelum ini. Biarlah ia berlalu di bawa angin. Aku perlu tabah dan mulakan hidup baru dengan senyuman. Lagipun ramai orang yang menyokong aku. Ya .. Go Misya Go!

Aku turun ke dapur selepas bersiap-siap untuk ke kerja.

“ Assalamualaikum..” ucapku saat sampai di dapur. Kelihatan mak dan ibu sedang memasak.

“ Waalaikumussalam… awalnya bangun?” aku hanya tersenyum. Kerusi meja ku tarik dan duduk.

“ mak… ayah dan abang Shah mana?” soalku.

“ mereka dalam bilik. Mungkin sedang bersiap-siap untuk ke kerja. Lagipun masih awal lagi kan?”

Mak membawa semangkuk nasi goreng ke arahku.

“ sedapnya bau. Siapa masak ni?” aku mencedok nasi ke dalam pinggan.

“ siapa lagi… mak dan ibu lah.” Aku menyuap nasi ke dalam mulut.

“ Nyum! Sedapnya! Pandai mak dan ibu masak. Nanti bolehlah Misya belajar erk..”

“ pasti..” aku tersengih. Aku melihat jam yang terpampang di dinding dapur itu. Sudah pukul 7 pagi. Aku rasa aku perlu bergerak sekarang.

“ okeylah mak, ibu. Misya kena pergi dulu.” Pantas tangan ibu dan mak aku salami.

“ eh? Awalnya. Kamu tak pergi sekali dengan ayah dan abang Shah ke?” aku menggeleng.

“ tak.. sebelum itu Misya kena gerak ke suatu tempat dulu. Okeylah mak. Nanti beritahu ayah yang Misya mungkin sampai lambat sikit. Pergi dulu.”

*****

“ sodokhallah hullazim…”

Surah Yasin ku tutup. Aku melihat dengan sayu pusara arwah Aidil.

Awak… sudah lima tahun awak pergi dari dunia ini. Sudah lima tahun awak pergi tinggalkan saya. Saya rindu sangat dekat awak Aidil. Tapi saya ingat pesan awak yang saya perlu redha dan awak akan tetap bersemadi di hati saya. Jadi saya pegang kata-kata awak tu.

Air di siram di atas pusara Aidil. Aku tersenyum. Moga roh awak di cucuri rahmat. Amin..


Misya di mana sekarang?

Aku tersenyum saat membaca pesanan abang Shah. Aku kini berada di hadapan kedai cenderahati. Aku ingin cari sedikit cenderahati untuk keluargaku. Sudah lama aku tidak membeli hadiah untuk mereka. Jadi masa inilah yang sesuai.

Misya sampai lambat sikit. Maaf…

Tanpa berlengah aku pun masuk ke dalam kedai cenderahati. Kiranya kedai ini buka awallah. Yelah sekarang baru pukul 8.30 pagi. Kiranya aku bertuah hari ini.

“ selamat datang. Apa yang boleh saya bantu?” tegur pelayan kedai itu. Aku tersenyum.

“ ermm… tak apa. Biar saya cari dulu.” Ujarku sopan dan bergerak ke bahagian frame gambar.

Semuanya cantik belaka. Apa yang harus aku beri kepada ayah,abah,ibu,mak,abang Shah, akak Farihah, Syafiq Farhan dan ibu Aidil ye? Hurmm…

Aku melangkah ke arah barang perhiasan perempuan. Mataku tertarik ke satu arah. Arah di mana letaknya rantai tangan. Semuanya cantik dan menarik perhatianku. Mungkin aku patut beri ini kepada mereka.

Kalau lagi tiga orang lelaki tu, aku patut hadiahkan sesuatu yang simple buat nice. Hurmm… boleh juga tu.

Selesai memilih barang yang aku minati dan membayar, aku terus keluar untuk bergerak ke pejabat. Aku sudah lewat. Aku perlu cepat agar mereka tidak risau.

“ Misya!” laungan itu buat langkahku terhenti.

Aku tidak jadi menoleh ke belakang apabila ada sebuah kereta yang laju menuju ke arahku. Ya Allah. Selamatkanlah aku.

“ Misya!” dadaku berdegup kencang saat tanganku di tarik seseorang. Ya Allah.. mujur aku selamat. Alhamdulilah..

“ terima kasih kerana selamatkan saya..” ucapku sambil mengutip beg tanganku yang terjatuh tadi.

“ sama-sama. Nasib saya sempat.” Aku terkedu. Aku mendongak melihat empunya diri. Zaim!

“ erk… maaf saya harus pergi dulu. Dan terima kasih kerana selamatkan saya.”

Terus aku bergerak dari situ. Mengapa aku harus mengelak daripadanya. Adakah kerana peristiwa semalam? Kan aku dah kata biarkan ia berlalu.

Tapi aku tak tahu kenapa aku mengelak macam tu sekali. Tidak mengapa, lagipun masa aku kerja nanti aku hanya perlu buat macam tidak kenal. Ya that right!

Tiba-tiba tanganku di rentap kasar.

“ Ouch! Sakitlah! Lepaslah!” bentakku kasar. Pegangan di lepaskan. Ternyata Zaim. Kau lagi.

“ awak kenapa?” aku menjongket kening melihatnya.

“ kenapa awak mengelak daripada berjumpa dengan saya? apa salah saya? janganlah awak mengelak daripada saya gara-gara saya luahkan perasaan itu. Saya tak minta pun awak terima saya. tapi saya nak awak terima saya sebagai sahabat. Tak jadi masalah kan??”

Aku senyum sinis. Aku mengalih pandangan.

“ awak nak tahu salah awak apa? Awak fikirkan lah sendiri. Ya saya tahu saya tak patut mengelak macam ni. Dan kalau awak nak tahu awak yang buat saya mengelak macam ni. Bukan kerana awak luahkan perasaan kepada saya. tapi soal lain. Soal kepercayaan. Awak buat saya susah untuk percayakan awak sekarang tahu tak! Dan malam semalam itu adalah gara-gara awak. gara-gara awaklah saya jadi macam tu. Tahu tak!” bentakku.

Tidak semena-mena air mataku mengalir. Mengapa mesti di hadapan lelaki ini juga aku harus menitiskan air mata. Tak faham betullah aku. Segera air mataku seka.

“ apa maksud awak? saya langsung tak faham.” Pantas aku memusingkan badan untuk beredar.

“ awak fikirkanlah sendiri. Saya tiada hati untuk beritahu awak. Biar Allah yang beri awak petunjuk. Dan jika benar kita ni ada jodoh, awak harus kembalikan kepercayaan awak tu.”

Usai berkata demikian, aku terus jalan meninggalkannya. Tidak! Aku tak berperasaan begini. Be positif Misya! Be positif!

~Bersambung~

No comments :

Post a Comment

Popular Posts

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers