Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Google+ Followers

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Thursday, 13 December 2012

Hati Ku YAng Kau Miliki (Epilog - End)




Muhamad Syamir Haziq! Ya Allah budak ni.”

Termengah-mengah aku dibuat budak ni. Ya Allah.. penatnya. Betul kata akak Farihah dulu. Walaupun kita penat menjaga anak tapi sebenarnya kehadiran mereka lah yang mewarnai suasana keluarga itu.

Siti Hafsah! Ni sorang lagi.”

Aku dua kali ganda penat lah ye.. dapat anak kembar. Sebenarnya kami langsung tak menyangka yang kami akan dapat anak kembar. Sebelum ni tiada petunjuk pun yang aku akan lahirkan anak kembar. Tapi walau apapun, aku bersyukur sangat dan kini aku bahagia bersama keluarga.

sayang! Kenapa yang terjerit-jerit tu?” laung Zaim dari dalam rumah.

Sesaat kemudian dia muncul bersama surat khabar. Mujur hari ini dia cuti. Tapi masih tak membantu.

abang tengoklah sendiri. Anak-anak abang ni memang nakal lah.”

Zaim tersengih lalu memeluk bahuku.

anak siapa juga? Anak kita kan? Sabar je. Tak apa. Biar abang ajar mereka. Sayang duduk dan baca surat khabar ni.”

Zaim menarikku ke kerusi dan si suruh duduk.

sayang tengok je ye macam mana ayahnya buat.” Aku tersenyum.

anak-anak ayah! Nak main sesuatu tak?” soal Zaim kepada budak kembar itu.

nak… apa yah?” soal abangnya Haziq.

Kalau betul anak ayah nak main, anak-anak ayah mesti ikut cakap ibu. Jangan lawan. Tadi ibu suruh buat apa?”

Mereka berdua terdiam kemudian tersenyum.

Ibu uruh pergi andi lepastu minum cucu.”

jadi sekarang anak-anak ayah pandai kan? Dah besar panjang kan? Jadi pergi mandi sekarang. sebelum tu minta maaf dekat ibu.”

Kemudian Haziq dan Hafsah menuju ke arahku dengan sengihan. Aku memeluk mereka berdua dengan penuh kasih sayang.

maafkan kami ye bu... ibu cayangkan kami kan?” mereka berdua ni memang petah bercakap. Walaupun baru berumur 3 tahun. Semua ini berkat ayahnya juga.

Aku mengangguk perlahan.

ibu maafkan anak-anak ibu ini. Tapi lain kali jangan buat lagi. Tahu?”

baik ibu.. jom bang kita mandi.” Terus mereka masuk ke dalam rumah.

Aku kembali melihat Zaim yang sedang melangkah ke arahku.

terima kasih abang. Kalau abang tiada mungkin mereka takkan ikut cakap Misya tadi.”

Dia tersenyum lalu bergerak ke sisi. Bahuku di peluk erat.

mereka anak abang juga. Lagipun sayang terlalu bermanja dengan mereka. Sebab itu mereka jadi degil. Sama macam ibunya juga.”

Lengannya di cubit. Ha.. nak perli orang lagi.

okey… abang minta maaf. Tapi sayang cutelah bila buat muka marah manja ni.” Belum sempat aku ingin mencubit lengannya lagi. Hidungku pula yang jadi habuannya.

Pantas dia berlari masuk ke dalam rumah.

abang! Jaga nanti!”

Aku tergeleng-geleng. Walaupun dah jadi ayah , tapi perangai masih tak berubah-ubah. Aku sangat bahagia dengan apa yang aku dapat sekarang. semua ini atas bantuanMu jua Ya Allah. Terima kasih atas kurniaanMu. Tidak mampu ku balas dengan rezekiMu yang melimpah ruah itu.

Moga keluarga kita diberkati Allah.. Amin..”

~ Tamat~

Finally habis juga cerita ni. Enjoy tak ketika baca? Saya masih baru lagi tapi saya tetap akn usaha lagi sebab bidang ini adalah minat saya. ^^


3 comments :

  1. Best sgt cerita nie ! Suke sgt-2 . Karya awak memang terbaik . Semua cerpen awak saya da baca . Nk baca novel cinta bersatu plak . Thanks sbb menghiburkan saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih :) Teruskan menyokong saya.. InsyaAllah lebih baik daripda ini.

      Delete

Popular Posts