Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Saturday 1 December 2012

Hati Ku Yang Kau Miliki (33)



“ yakinlah yang kita ditakdirkan bersama. Dengan izin-Nya. Saya akan membahagiakan awak.”

Kata-kata dari Aidil semalam masih terngiang-ngiang di telingaku. Kata ikhlasnya semalam amat buat aku terharu dan sampai sekarang aku tersenyum bahagia.

“ Misya. Amboi.. sedapnya mengelamun. Sampai aku berada di depan kau pun tak sedar. Teruk betul.” Lamunanku terhenti.

“ erk…” aku jadi terpinga-pinga.

“ kau kata apa tadi?” soalku selamba. Dila sudah memandangku dengan pandangan yang tajam. Marahlah tu.

“ ala…tak sengajalah. Apa?” aku mencapai roti yang di hidang Dila.

“ aku nak balik kejap lagi. Jadi kau boleh tolong hantar sampai stesen bas tak?” aku memandangnya.

“ awalnya. Temanlah aku. Lagipun sunyilah. Iffah pun ada kerja.” Suruhku manja. Dia menggeleng.

“ aku tak bolehlah. Aku pun ada kerja. Insya-Allah kalau ada masa yang lapang, aku call kau. Jangan risau. Bolehlah?” aku mencebik.

“ kau ni pun. Dah dia nak balik. Bagi jelah.” Muncul Azfar lalu mengambil tempat di hadapanku. Aku menjelir lidah kepada dia. Geram.

“ jelir-jelir. Potong lidah tu kang…” aku menjelingnya tajam.

“ yelah…” putusku mengalah. Dila tersenyum bahagia.

“ aku hairanlah dengan korang berdua ni. Asyik-asyik nak gaduh. Cubalah berbaik.”

Aku memandang Azfar lalu teralih pula ke Dila.

“ aku dan dia berbaik.. eh? Selalu sangat dia yang mula dulu. Dia yang cari pasal dengan aku dulu. Aku tak cari gaduh tapi dia.” Jelasku selamba.

“ yelahtu. Sama-sama keras kepala.” Ujar Dila. Azfar ku lihat tersenyum sinis.
Ceh… macam perli je. Arh.. malas nak layan. Masuk bilik lagi bagus.

“ aku belah dulu. Lagi lama aku duduk sini. Lagi panjang aku dengar ceramah dari korang ni.” Pantas aku melangkah masuk ke dalam bilik.

“ demi kebaikan kau.” Sempat lagi Dila melaung.
Aku hanya tersenyum.

***** 
“ hei… janganlah nangis. Kenapa ni… cuba beritahu saya.” Pujuk Aidil lembut.
Air mataku seka dan cuba mengukir senyuman.

“ sa…saya… saya tak sanggup melihat ayah dalam keadaan begini.” Luahku perlahan.

“ awak… awak mesti bersabar. Insya-Allah ayah awak akan sedar. Banyakkan berdoa ya.” Aku tersenyum hambar.

Sedang leka aku memandang ayah, aku ternampak tangan ayah tergerak. Aku tersenyum.

“ awak… saya Nampak tangan ayah bergerak.” Maklumku kepada Aidil.

“ kalau begitu awak tunggu sini. Saya panggil doktor.” Aku hanya mengangguk.

“ ayah..sedarlah. Misya ni.” Aku genggam erat tangan ayah bagai tidak mahu melepaskan. Moga ayah cepat sembuh.

“ Misya..kita keluar dulu. Doktor nak buat pemeriksaan.” Aku hanya mengangguk dan dengan perlahan aku melepaskan genggaman tangan ayah.

Ke kiri dan ke kanan. Aku asyik mundar-mandir je dari tadi. Aku bagaikan cacing kepanasan. Selagi aku belum tahu keadaan ayah. Selagi tu aku tidak boleh duduk diam.

“ awak. Cuba duduk dulu. Pening saya tengok awak macam ni.” Suruh Aidil.

Aku tidak hiraukan dia malah terus-terusan berfikir mengenai ayah. Harap-harap ayah akan sedar. Ya Allah bantulah ayah aku menempuhi beban itu.

“ awak!” aku tersentak apabila mendengar suara Aidil yang sedikit tegas.

“ duduk!” arahnya. Aku menurut. Takut apabila tengok muka dia tiba-tiba berubah tegang. Kecut perut aku. Tak pernah dia dalam keadaan begitu pun sebelum ni.

Sepi! Tiada bual bicara antara kami. Bagaikan tiada sesiapa di sekelilingku.

“ maafkan saya.” Suara itu buat kami berdua menoleh ke kanan. Rupanya doktor tadi.

“ kamu berdua ahli keluarga Alias ke?” aku mengangguk manakala Aidil memandangku.

“ macam mana dengan keadaan ayah saya?” soalku pantas.

“ alhamdulilah. Ini satu keajaiban. Mungkin berkat doa anak-anaknya. Dia sudah sedar. Keadaan dia pun sudah semakin stabil. Cuma tangan dia yang patah tu belum sembuh sepenuhnya. Insya-Allah jika keadaan dia semakin membaik, minggu depan dia boleh keluar dari hospital.”
Aku menekup mulut tanda sukar untuk percaya.

“ betul ke doktor?” soal Aidil bagi pihakku. Doctor itu mengangguk lalu tersenyum.

“ betul. Kalau begitu saya pergi dulu. Boleh masuk kalau nak melawat.”

“ baiklah terima kasih doktor.”

“ sama-sama.”

Aku tersenyum lalu memandang Aidil. Aidil mengangguk.

“ ya.. pergilah masuk.” Tanpa berlengah, aku terus menapak masuk ke dalam bilik di mana ayah dirawat.

“ ayah..” panggilku dari jauh. Ayah menoleh dan tersenyum ke arahku.

“ anak ayah.” Ayah mendepakan tangannya. Air mataku mengalir lagi tapi air mata kegembiraan.
Terus aku lari dan memeluk ayah.

“ Misya rindukan ayah.” Luahku dalam esakan. Pelukan aku semakin erat.

“ ayah pun rindukan Misya. Maafkan ayah kerana buat Misya risau.” Pelukan di leraikan.
Aku menatap ayah dengan senyuman.

“ ayah tak salah. Itu semua takdir Tuhan. Kita mesti terima seadanya.” Ucapku tenang.
Air mataku pantas di seka oleh ayah. Aku hanya tersenyum.

“ hurmm… macam mana keadaan pakcik?” soal Aidil yang menyepi dari tadi. Mungkin nak beri aku peluang melepaskan rindu kepada ayah.

“ alhamdulilah baik. Nak ni siapa?” aku tersenyum. Ayah mestilah tak tahu sebab ayah tiada masa hari pertunanganku.

“ saya Aidil. Saya tunang Misya.” Ayah aku lihat terkejut dan memandangku.

“ ya ayah. Maaf kerana ayah lambat tahu. Ayah belum sedar semalam. Lagipun majlis tu berlangsung semalam. Maaf?” ayah tersenyum lalu membelai kepalaku.

“ tak apa. Ayah tak marah pun.”

“ mak dan ibu sudah tahu ke ayah sudah sedar?” aku menggeleng.

“ tak apa pak cik. Biar saya je beritahu. Saya keluar dulu.” Aku tersenyum. Mujur ada Aidil.

“ kamu bahagia?” soal ayah tiba-tiba. Aku tersenyum penuh makna.

“ alhamdulilah. Misya bahagia dan bersyukur kerana dikurniakan seorang yang baik seperti Aidil tu.”

“ baguslah kalau begitu. Ayah gembira jika kamu gembira.”
Aku tersenyum.

*****
Aku mampu senyum dengan penuh perasaan gembira. Segala masalah yang aku risaukan. Segalanya telah pun selesai. Ayah pun dah sedar. Tentang keluarga tiri aku tu. Itu pun aku dah terima dengan hati yang terbuka.

Ternyata keputusan aku itu telah buat banyak hati yang gembira. Alhamdulilah. Syukur sangat. Kini dadaku terasa amat lapang. Boleh juga focus terhadap perlajaran.

Seperti apa yang dikatakan Aidil tempoh hari. Hujung tahun ini aku akan bernikah dengan dia. Aku macam tak percaya je. Mujur masa tu semester satu dah selesai. Tapi makin hari makin mendebarkan pula. Hehe….

“ haih… senyum sorang-sorang Nampak.” Tegur Azfar. Aku sedang berada di beranda rumah. Ambil angin.

“ hurmmm…”

“ kenapa? Ada masalah yang belum selesai ke? Kalau boleh aku tolong, aku tolong.”

“ tak delah. Segala masalah sudah selesai. Sepatutnya aku yang patut Tanya kau. Aku tengok sekarang kau asyik duduk di rumah je.”

“ belum dapat tawaran dan jawapan. Macam mana aku nak sambung belajar. Lagipun kalau kau nak tahu, aku dah macam penggangur sejati je. Tapi yang bezanya aku penggangur pelajar.” Aku tersenyum.

“ala.. sabar je lah. Lama-lama nanti kau akan dapat.”

“ aku nak beritahu sesuatu ni. Tapi aku harap kau akan bertenang dan tak terkejut besar.” Aku hanya mengangguk.

“ se..be…sebenarnya… a..a..aku….” aku memandangnya pelik.

“ sebenarnya apa. Jangan tergagap-gagap boleh tak?”

“ok fine. Aku sebenarnya su..sukakan kau. Puas?” aku tercengang. Rasa nak pitam je.

“ sorry jika buat kau terkejut. Aku tahu kau dah bertunang dan aku tahu aku tak patut luahkan perasaan aku ni dekat kau. Tapi aku terpaksa sebab kalau lagi lama aku simpan. Ia akan buat hati aku sakit. Jadi dengan meluahkan dekat kau, rasa itu akan kurang. Seperti yang kau sedia maklum, sedikit demi sedikit aku sudah boleh mula lupakan kau. Tapi bukan semua sebab ia amat sukar. Aku harap aku dapat cari pengganti kau suatu hari nanti.”

Aku terkelu lidah untuk membalas kata-katanya. Sungguh apa yang dia katakan tadi amat ikhlas. Aku dapat rasakan. Patutlah sebelum ni muka dia macam kecewa bila aku kata nak bertunang. Maafkan aku Azfar kerana aku tak tahu langsung. Bagi aku kau seorang kawan yang baik.

“ a..a..aku..”

“ Misya… kau tak perlu kata apa-apa. Anggap je aku tak pernah katakan itu semua. Lupakan dan kita
tetap seperti dulu. Ya..” dia senyum ceria sambil memandangku.

Dengan perlahan aku mengangguk dan tersenyum.

“ baguslah kalau begitu. Macam tu lah…” suara abah buat kami berdua menoleh.

“ akhirnya kamu berani juga Azfar.” Aku memandang mereka berdua silih berganti. Abah pun tahu?

“ abah kau dah tahu. Dia yang syorkan aku beritahu kau.”

“ oh.. jadi kamu sepakat?” abah dan Azfar tersengih. Aku hanya tergeleng-geleng.

Memang tidak dapat aku nafikan yang aku sangat terkejut besar saat Azfar luahkan perasaannya. Tapi aku kagum kerana dia berani dan tabah.

“ sudah.. kita lupakan soal itu. Petang nanti keluarga tiri kamu akan datang. Jadi kamu pergilah tolong mak kamu.” Suruh abah lembut.

“ mereka datang?” abah mengangguk.

“ sudah.. kamu pun Azfar. Pergi tolong makcik kamu.” Kami berdua hanya menurut.

~Bersambung~

No comments :

Post a Comment

Popular Posts

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers