Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Thursday 13 December 2012

Hati Ku Yang Kau Miliki (52)



Aku tersenyum saat melihat pasangan bahagia di depan mataku kini. Kini tiba pula giliran kawan dan sepupu aku.

“ tahniah ku ucapkan kat korang berdua. Tak sangka korang dulu daripada aku.” Ucapku lalu memeluk Dila. Rasa sayu di hati menjelma.

“ terima kasih. Jangan risau hari kau akan tiba juga nanti.” Balas Dila sambil tersenyum. Aku membalas senyuman..

Sungguh cantik Dila hari ini. Dila dan Azfar bagaikan pinang di belah dua. Memang mereka berjodoh.

“ Misya… ada seseorang nak jumpa dengan kau.” Khabar Azfar.

“ siapa?” soalku.

Aku sekarang tengah free sebab masih belum ramai tetamu yang datang. Jadi aku boleh duduk bersantai dulu di khemah pengantin ni. Lagipun ramai pembantu dalam rumah yang boleh tolong. Hehe..

“ kau toleh belakang dan kau akan tahu siapa.” Jawab Azfar dan Dila hanya mengangguk.

Tanpa teragak-agak, aku menoleh ke belakang. Aku terkaku di tempat aku berdiri. Azfar dan Dila telah pun beredar.

“ Hai Misya…” ucapnya bersama senyuman. Penampilannya yang berpakaian melayu itu buat dia bertambah segak.

“ erk.. hai..” balasku lalu tersenyum.

Hampir 5 hari juga aku berdiam diri dari berjumpa dengan Zaim. Abang Shah pun tak mampu berbuat apa-apa lagi. Yalah mereka mengaku yang ini salah mereka. Jadi aku buat mogok. Ermm.. tapi aku tak dapat bohong lagi yang aku sebenarnya sudah lama maafkan mereka.

Malah aku sangat berterima kasih kepada mereka terumata Zaim. Aku rasa kalau dia tak buat begitu, mungkin sampai sekarang aku tak tahu perasaan yang sebenar. Maksud aku, aku baru tahu yang aku sangat mencintainya. Dan aku juga tidak mungkin akan buka suara soal lamaran itu.

“ awak sibuk tak?” soalnya. Aku melihat sekeliling.

“ ermm.. buat masa sekarang tak. Tapi mungkin selepas ini. Kenapa?” soalku kembali. Aku baru perasan yang pakaian kami sedondon.

Aku berpakaian baju kurung yang berwarna biru laut. Dia pun sama. Ini kebetulan ke..

“ saya nak bincang sikit dengan awak.” ujarnya.

“ Misya! Sini jap!” laungan akak Farihah buat aku menoleh.

“ erk.. awak tunggu jap. Kejap lagi saya datang balik. Kejap taw?” pantas aku bergegas masuk ke dalam rumah.

“ ada apa kak?” soalku apabila berhadapan dengan akak Farihah.
“ tolong beritahu Azfar dan Dila yang kawan mereka dari jauh nak datang. Mungkin dalam perjalanan. Tolong akak ya…” aku tersenyum lalu mengangguk.

“ baiklah..”

Aku kembali ke khemah pengantin. Mujur pasangan pengantin berada di situ. Dan mereka sedang berbual dengan Zaim.

“ assalamualaikum…”

“ waalaikumussalam..” balas mereka serentak.

“ Azfar.. kejap lagi kawan korang dari jauh nak datang. Mungkin dalam perjalanan.” Khabarku.

“ oh yeke.. ok terima kasih kerana maklumkan.” Aku Cuma tersenyum.

Keadaan kembali sunyi dan kekok.

“ kami pergi dulu. Korang berbuallah dulu. Ambil masa ya.. jom Dila.”

Aku tahu Azfar nak beri ruang untuk kami selesaikan apa yang patut. Terima kasih Azfar.

“ boleh kita duduk?” soalnya lantas menyedarkan aku. Aku Cuma mengangguk.

“ tak sangka kita sedondon hari ini kan?” aku memandang bajuku lalu teralih kepadanya. Aku tersengih. Dia baru perasan ke apa?

“ Misya… erm… awak masih marahkan saya?” dia menatapku dalam. Aku berasa sekarang yang dia cuba nak tangkap perasaan aku yang sebenar. Aku pantas pandang ke arah lain.

“ ZAIM… saya mana boleh marah awak lama-lama. Nanti kempunan pula saya..” gurauku lalu memandangnya.

Dia masih seserius tadi. Pipiku di garu perlahan. Aku nak gurau pun tak boleh ke?

“ kenapa? Salahke apa yang saya cakap tadi?”

“ betul ke?” aku tersenyum apabila mukanya kembali kendur. Saja buat orang suspen.

“ betullah. Tak de maknanya saya nak tipu awak. nanti saya yang kempunan. Saya dah lama maafkan awak. maaf buat awak tertanya-tanya. saya Cuma nak awak rasa betapa seksanya tanggung perasaan ingin tahu.” Jelasku lalu tunduk memandang tanah. Debaran yang aku rasa sekarang ni jangan cakap lah macam ne. macam nak terkelur jantung ni ha…

“ jadi boleh kan kalau saya melamar awak sekali lagi?” aku tersentak. Pantas aku mendongak melihatnya. Ternyata dia sudah berdiri.

“ buat apa? Awak kan dah tahu jawapan saya.” aku juga turut berdiri.

“ kalau betul awak dah terima saya mengapa awak tak pakai cincin yang saya beri tu?” aku memandang jari manis ku lalu kembali mendongak melihat Zaim.

Dia menjongket kening ingin jawapan. Aku tersengih.

“ maaf… tapi saya tak mahu kalau saya yang pakaikan sendiri. Saya nak tuan empunya diri yang menyarungkan cincin ini. Jadi?” aku kembali menjongket kening ke arahnya.

Dia tersengih dan menggaru kening. Walaupun aku mampu bergurau lagi dengan dia tapi aku masih berasa lain. Apatah lagi berhadapan macam ni. Sampai deruan nafas dia pun boleh aku rasa.

“ betul juga erk.. kalau begitu beri saya cincin tu. Biar saya sarungkan cincin tu kat jari awak.” aku membulatkan mata melihatnya. Mahu cari nahas ka?

“ asal?” aku menepuk dahi. Boleh Tanya lagi tu.. haih..

“ cik abang… kita masih bukan muhrim okey. Kalau awak nak sarungkan cincin dekat jari manis saya ni pun tunggu sampai kita kahwin ye..” ujarku geram. Dia tersengih apabila menyedari kesilapannya.

“ oh.. maaflah cik adik sayang. Cik abang ni terlupa pula. Yalah terlalu excited lah.” Usikknya pula. Aku tergeleng-geleng akan telatahnya.

Kadang-kadang aku tertawa saat dia membuat lawak.

“ So?” aku melihatnya pelik.

“ so what?” soalku kembali. Aku melihat sekeliling. Tetamu makin ramai. Nampaknya aku perlu tolong mak.

“ awak dah terima lamaran saya. jadi kita kahwin?”

Aku senyum nipis. Aku mengangkat tangan lalu membawa ke dada.

“ maksud awak?” aku tersengih.

“ Tanya hati awak dan rasakan kehadiran saya. kalau awak dapat rasa maknanya awak boleh kahwin dengan saya.”

Pantas aku berlari masuk ke dalam rumah saat selesai berkata demikian.

“ Misya! Saya serius!” aku tertawa dalam rumah. Tapi dalam masa yang sama aku turut serius.

“ amboi… kenapa ni?” tegur akak Farihah sambil mendukung Syafiq. Aku tersengih.

“ tak de apa-apa lah . meh makcik nak dukung Syafiq. Akak pergilah buat apa yang patut.” Ujarku lalu Syafiq ku ambil.

Syafiq.. mak cik harap jodoh mak cik dengan pak cik kamu Zaim tu berkekalan. Amin…

~Bersambung~

No comments :

Post a Comment

Popular Posts

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers