Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Friday 7 December 2012

Hati Ku YAng Kau Miliki (43)



“ Misya… kamu kenapa ni? Dah dua hari kamu tidak pergi kerja. Apa masalah kamu ni? Cuba cerita kat mak. Mana tahu mak boleh bantu kamu selesaikan masalah.” Tegur mak ketika aku sedang ralit termenung di balkoni bilik.

“ entahlah. Mak tak boleh tolonglah masalah Misya ni. Tapi Misya tak tahu apa yang patut Misya buat mak.” Balasku perlahan.

Bahuku di usap.

“ luahkan kat mak.” Aku pandang mak dengan sayu.

“ sebenarnya dua hari yang lalu ada seorang kawan Misya ni luahkan sesuatu dekat Misya. Kawan Misya ni sebenarnya anak saudara ayah. Sepupu tiri Misya. Misya pun baru tahu dua hari yang lalu di pejabat.Zaim namanya.” Jelasku serba sedikit.

“ apa yang dia luahkan dekat kamu?” aku senyum hambar.

“ dia kata dia cintakan Misya. Tapi masa tu Misya terus marah dan tuduh dia bukan-bukan. Sebab dia ucap selepas Misya ceritakan segalanya tentang peristiwa 5 tahun yang lalu. Jadi Misya ingat dia nak ambil alih tempat arwah. Itu yang buat Misya tak boleh terima."

"Tapi Misya pun tak tahu kenapa Misya mesti tinggikan suara begitu. Kadang-kadang bila Misya fikir balik, perbuatan Misya tu salah. Misya buntu mak. Sebab itulah Misya tak hadir ke pejabat. Misya malu nak berhadapan dengan dia.”
Sambungku panjang lebar.

“ kamu masih belum dapat lupakan arwah Aidil ke?” soalan mak buat aku terkedu. Aku pun tak tahu.

“ Misya… tak salah kalau kamu masih belum dapat lupakan arwah. Tapi bukan untuk selamanya. Bukakanlah pintu hati tu untuk menerima cinta orang lain. Ada lagi jodoh Allah untuk kamu di luar sana. Contohnya Zaim tu. Mana tahu dia jodoh kamu.” Ujar mak berbaur nasihat.

Aku merenung jauh ke hadapan. Mungkin betul apa yang mak cakap tu. Aku tak nafikan yang Zaim baik orangnya. Kadang-kadang apabila aku berada di sisinya. Aku rasa seperti dilindungi. Entah kenapa. Adakah itu maknanya aku sudah menerima dia dalam hidupku.

“ fikir-fikirkanlah Misya. Mak teringin sangat nak tengok kamu bahagia seperti orang lain. Kalau benar Zaim tu ada perasaan dekat kamu dan ikhlas terhadap kamu. Belajarlah menerimanya dan mencintainya.” Pesan mak lalu berlalu keluar dari bilikku.

Aku tersenyum memandang langit. Jika benar dia untukku, satukanlah kami.

Deringan telefon mengejutkan aku lantas buat aku masuk ke dalam bilik.

Ternyata panggilan daripada Zaim. Patutkah aku jawab. Tapi apa yang mak kata itu ada benarnya.

“ helo..” akhirnya aku mengambil keputusan untuk menjawab.

“ helo…Misya..” aku hanya berdiam diri.

“ saya tahu awak marahkan saya. tapi saya tak mahu tengok awak macam ni. Kembalilah ke pejabat. Saya perlukan awak. saya tak kisah jika awak tak jawab soalan saya tempoh hari. Saya tak kisah dan tak paksa pun.”

“ awak.. pleaselah… yang pasti saya memang cintakan awak.”

Pantas talian ku matikan. Argh! Kenapa dengan aku ni. Apa nak jadi dengan aku ni… Ya Allah…

~Bersambung~

No comments :

Post a Comment

Popular Posts

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers