Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Sunday 9 December 2012

Mimpi Yang Sempurna (3)



“ apasal lambat?”

Sebaik saja Sarah masuk ke dalam kereta, dia terus di hujah soalan daripada abangnya Qayyum.

“ ikut sukalah.” Balas Sarah bersahaja.

Qayyum mengeluh. Nampaknya marah adiknya belum reda daripada semalam lagi. Menyesal pula rasanya berjanji dengan dia.

“ siapa lelaki yang sembang dengan kamu tadi tu?” soal Qayyum lagi.

Sarah menjeling abangnya lalu tersenyum sinis. Sengaja buat abangnya sakit hati.

“ oh.. itu boyfriend Sarah. Kacak kan?” sengaja Sarah bercakap dengan nada gedik.

Hampir tersedak Qayyum di buat dek Sarah. Apa? Boyfriend?

“ Sarah… boleh tolong ulang sekali lagi tak apa yang Sarah cakap tu?” suruh Qayyum dalam nada terkawal.

Sarah tersenyum lalu mengangguk. Marahlah tu.

“ lelaki tu boyfriend Sarah. Kenapa salah ke?” Sarah tersenyum sendiri.

Boyfriend? Bolehkah begitu. Bukan ke dia tu muda dua tahun daripada aku ke? Haha..

“ Sarah!” terkejut Sarah mendengar suara abangnya yang tiba-tiba tinggi itu.

Sarah mengangkat tangan tanda menghalanng abangnya berkata-kata.

“ rilekslah abang. Bukannya betul pun. Sarah tipu je tadi tu. Tu pun percaya.” Jelas Sarah lalu tertawa akan kebodohannya sendiri mengaku Afiq tu boyfriendnya. Kalau budak tu tahu tak ke gelakkan aku.

Qayyum hembus nafas lega.

“ Sarah ni sengaja buat abang sakit hati kan? Sukalah tengok abang jadi tak tentu arah memikirkan hal dia? Suka ke?”Sarah mencebik.

Nak gurau sikit pun tak boleh.

“ jomlah balik.”

*****
“ Assalamualaikum mama…” tangan Puan Marlia di capai Sarah untuk bersalam.

“ waalaikumussalam… Rindunya mama dekat kamu.” Sarah tersengih lalu masuk ke dalam rumah bersama Puan Marlia.

Qayyum mencebik. Asyik-asyik aku je kena di tinggalkan. Sedihnya hati.

“ Qayyum. Tunggu apa lagi di luar tu? Nak tunggu orang datang jemput ke?” laung Puan Marlia.

“ kejap.. Qayyum masuk lah ni.” Sahut Qayyum lalu masuk ke dalam rumah.

“ mama masak apa hari ni?” soal Sarah lalu mengambil tempat di meja makan.

“ mama masak makanan kegemaran kamu. Amacam? Suka tak?” Sarah senyum ceria.

“ mestilah suka. Sayang mama…” bahu Puan Marlia di peluk Sarah.

“ ohh.. yang abang ni tak sayang lah ye..” sampuk Qayyum lalu duduk berhadapan dengan Sarah.

“ apasal pula dengan anak mama yang sulung ni? Sarah?” Sarah tersengih.

“ dia merajuk dengan Sarah. Sepatutnya Sarah yang merajuk sebab buat janji tapi tak di tepati.” Bisik Sarah lalu menyuap makanan ke dalam mulut. Nyum! Sedapnya.

“ Ya Allah Sarah. Dengan tangan tak basuh.” Sarah tersengih lalu bergerak ke sinki dapur sebelum kena serang dengan mulut laser mamanya tu. Kalah papa.

“ yang kamu pun satu Qayyum. Lain kali kalau tak boleh buat tak usah janji. Ni tak… mana taknya Sarah geram dengan kamu.” Bebel Puan Marlia.

Qayyum hanya berdiam diri. Dia tahu dirinya salah kerana berjanji dengan adiknya.

“ maafkan Qayyum.. Qayyum tak sengajalah. Tiba-tiba ada meeting secara mengejut semalam. Itu yang Qayyum terpaksa memungkiri janji dengan Sarah.” Jelas Qayyum dengan nada bersalah.

“ kamu patut minta maaf dekat Sarah. Mama tak tahu apa-apa ya..”

Sarah bergerak ke meja makan apabila perbualan antara mamanya dengan abangnya itu selesai. Sebenarnya Sarah dah lama maafkan abangnya itu. Cuma sengaja nak biar abangnya tu tahu rasa apabila memungkiri janji.

“ Sarah…” panggil Qayyum lembut.

Sarah sengaja tidak menghiraukan panggilan abangnya itu. Malah nasi di suapkan ke dalam mulutnya terlebih dahulu.

“ Sarah… abang tahu abang salah. Abang minta maaf erk? Abang janji lain kali abang tidak akan senang-senang berjanji tanpa fikir masak-masak. Maafkan abang erk?” rayu Qayyum sambil memandang Sarah tanpa berkelip.

Sarah menghentikan suapan lalu membalas pandangan abangnya. Dia tersenyum geli hati apabila melihat pandangan abangnya itu. Kelakar pula.

“ jadi Sarah boleh maafkan abang?” soal Qayyum lagi tanpa mengalah.

Sarah menjeling mamanya. Puan Marlia hanya mengangguk. Sarah kembali memandang Qayyum. Dia tersenyum lalu mengangguk. Kesian pula biarkan abangnya dengan rasa bersalah. Tak sampai hati.

“ ye…Sarah maafkan.” Ujar Sarah lalu kembali menyuapkan nasi ke dalam mulut.

“ terima kasih Sarah… Ini yang buat abang makin sayangkan Sarah ni.” Sarah mencebik.

“ yela tu. Bukan kakak Alia ke yang abang lebih sayangkan..” usik Sarah lalu tersengih.

Kakak Alia merupakan bakal isteri abang Qayyum.

“ amboi.. pandai usik abang erk?” Sarah menjelirkan lidah.

Puan Marlia tergeleng-geleng melihat keletah anaknya itu. Hartanya paling yang berharga itu akan di jaganya sepenuh hati kerana itu adalah anugerah Allah yang tidak akan di sia-siakannya.

*****
“ Abang!”

Qayyum memandang malas ke arah Sarah. Dia hanya menjongket bahu. Itu tanda jangan di kacau.

Sarah tergaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu. Pe ke hal dengan abang aku malam ni. Pagi tadi okey je. Tiba-tiba moody semacam je ni. Kenapa erk? Takkan bergaduh dengan kakak Alia kowt.. takkanlah…

“ abang ni ada masalah ke?” soal Sarah ragu-ragu. Takut kena marah. Gangguan emosianal ke.

“ hurm..”

Sarah terkelu lidah untuk berkata-kata lagi. Mesti rujuk mama dulu.
Sarah bergerak ke dapur bagi menemui abah dan mamanya.

“ mama… Sarah nak Tanya sikit boleh?”

Tempat di sebelah Puan Marlia di ambil Sarah.

“ apa?”

“ kenapa dengan abang tu. Macam ada masalah je?” wajah mama dan papanya di lihat silih berganti.

Puan Marlia tersenyum nipis.

“ biasalah hal orang dewasa. Tak usahlah Sarah nak masuk campur. Sepatutnya kamu ambil berat akan STPM tu. Tak lama dah. Enam bulan lagi je kan?”

Sarah mengangguk perlahan.

“ Papa nak kalau boleh Sarah tumpu betul-betul terhadap pelajaran tu. Jangan lalai dan cuai. Ingat tu..” pesan En. Mutalib pula.

“ baik papa..mama.. Sarah masuk bilik dulu.”

Sarah bergerak ke ruang tamu bagi menemui abangnya dahulu sebelum masuk ke dalam bilik.

“ Abang!” panggil Sarah. Qayyum hanya buat tak tahu saja.

“ memang parah betullah. Aku mesti dah agak yang tak lain tak bukan hal dia dan tunang dia.” Bisik Sarah. Lebih kepada dirinya sendiri.

“ Abang.. sebenarnya kan muka abang buruklah duk merajuk macam tu. Kalah pompuan.” Usik Sarah lalu berlalu ke bilik. Sengaja nak usik. Mana tahu abangnya itu menyahut.

“ Sarah!” jerit Qayyum dari bawah.

“ Yess!” Sarah senyum ceria. Rancangannya Berjaya. Ingatkan dah tak suara dah nak cakap atau menyahut. Hehe…

*****
Seharian Sarah di sekolah tanpa pulang terlebih dahulu buat dia berasa penat. Memandangkan petang itu, dia ada aktiviti kokurikulum. Jadi dia terpaksa menunggu di sekolah. Mujur juga cuaca sejuk.

Jam di tilik Sarah.

“ dah pukul 5 petang. Aku dah boleh balik dah ni. Lagipun sudah tiada aktiviti yang menarik. Abang pun dalam perjalanan.”

Pantas Sarah mengemaskan barang.

“ Assalamualaikum…” Sarah mendongak melihat empunya memberi salam.

“ waalaikumussalam..” Sarah tersenyum lebar.

“ Hai.. buat apa kat sini? Belum balik lagi ke?” Zip beg ditutup Sarah.

“ Nak balik dah ni. Tapi tiba-tiba Nampak awak pula. Sebab itu saya tegur.” Ujar Afiq lembut.

Sarah tersenyum nipis. Dia berasa pelik pula. Afiq ni kan muda dua tahun dari aku. Tapi cara dia cakap tu macam aku ni sama umur dengan dia. Tu yang aku kata pelik. Tapi itu lebih baik kan? Taklah rasa lain sangat.

“ Awak nak balik dah ke?” anggukan Sarah buat Afiq mengeluh perlahan. Masih belum ada harapan ingin berbual lama dengan dia nampaknya.

Keluhan Afiq buat Sarah mengerutkan dahi.

“ asal? Ada sesuatu yang awak nak beritahu saya ke?” soal Sarah lalu bangun berdiri menghadap Afiq.

Mereka berdua berada di hadapan dewan sekolah. Masih ramai pelajar yang belum pulang dari sekolah.

“ eh tak delah. Jom saya teman awak sampai kat luar. Abang awak datang ambil?” Sarah mengangguk lalu tersenyum.

Tiba-tiba hati Sarah rasa senang berada di sisi Afiq. Entah mengapa rasa ini muncul. Sarah sempat menjeling ke arah Afiq di sisi ketika berjalan berdua. Sarah tersenyum kecil melihat Afiq. Memang hensem Afiq ni. Apatah lagi pandang dari dekat. Boleh buat hati ini berdegup kencang.

“ hensem sangat ke saya ni sampai awak tenung saya macam tu?” Sarah tersentak. Pantas pandangan terarah ke tempat lain. Kantoi arr cam ni. Baru nak sembunyi-sembunyi.

“ Sarah.. boleh saya tahu sesuatu?” langkah mereka berdua terhenti saat sampai di perhentian bas.

Sarah mengambil tempat.

“ boleh. Apa?” sarah memandang di sekitar jalan raya. Kereta abangnya masih belum kelihatan.

“awak ni betul ke pelajar yang ingin ambil STPM?” Sarah memandang Afiq pelik. Gayanya yang santai itu buat Sarah tersenyum dalam hati. ada saja gaya dia yang boleh menarik perhatian orang ramai terutama perempuan.

“ kenapa? Tak percaya ke?” duga Sarah.

“ tak.. percaya . Cuma sukar nak terima kenyataanlah.” Afiq terus memandang ke tempat lain apabila menyedari keterlanjurannya berkata-kata.

Sukar terima kenyataan? Kenyataan apa? Soal Sarah dalam hati.

“ eh? Maaflah awak. saya kena gerak dululah. Lagipun dah lewatlah ni. Pergi dulu. Kalau tiada aral melintang, kita akan berjumpa lagi di dalam sekolah. Assalamualaikum..”

Pantas Afiq beredar dari situ. Sebenarnya nak lari daripada ingin menjawab soalan Sarah itu.

“ waalakumussalam.. apa kena dengan dia tu? Sukar terima kenyataan? Tapi kenyataan apa? Suka sangat buat aku tertanya-tanya. haissh..” bebel Sarah geram melihat kelibat Afiq semakin hilang dari penglihatan.

“ ehem…ehem…” Sarah tersentak lalu mengusap dada.

Sarah menoleh ke belakang. Ternyata abangnya sedang berdiri tegak sambil tersengih.

“ apa yang Sarah cakap sorang-sorang tu?” soal Qayyum dengan sengihannya.

Sarah tersenyum malu. Nasib abangnya yang dengar. Kalau tidak mesti orang kata aku ni gila.

“ tak de lah. Mana ada! Perasaan abang je tu. Jomlah balik.”

Sarah bangun dan menuju ke kereta milik abangnya.

Qayyum tergeleng-geleng akan sikap adiknya itu. Mesti ada rahsiakan sesuatu ni. Kalau tidak dia takkan lari tanpa jawab soalan aku dengan tepat tadi.

“ Abang! Cepatlah!” laung Sarah dari jauh. Boleh abang aku duk mengelamun lagi. Haih..

Qayyum melambai tangan dari jauh. Balik mesti serang dia dengan soalan cepumas sikit ni. Hehe..

~Bersambung~

No comments :

Post a Comment

Popular Posts

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers