Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Sunday 30 December 2012

Cerpen : Encik Teddy Bear


Ehem..ehemm..
Ini adalah cerpen terakhir saya sempena tahun 2012..
2013 datang dan 2012 pergi..
Tapi kenangan tetap bersemadi di hati ini..
Chewah..terlebih perasan pulak.
enjoy ketika membaca

" Aina! Ya Allah.. tak bangun lagi budak bertuah ni!"



Laungan itu membuatnya bangun duduk dengan mata terpejam. Tangannya meraba-raba mencari di mana letaknya telefon bimbit. Apabila dapat saja, matanya yang terpejam itu di celikkan sedikit agar dapat lihat jam di telefon.

Bila tengok je jam, matanya serta merta matanya membulat. Segar terus dia masa itu saat melihat jam.

' Mampus! Aku sudah lewat nak ke kerja. Habis!'

Pantas dia membersihkan diri dan menyalin pakaian. Selepas itu, pantas dia turun dan
menuju ke dapur.

" Assalamulaikum mama. Aina pergi dululah ya.."

Tangan Puan Isma di capai dan dikucup. Kemudian dahi Puan Isma pula dikucup Aina.


" Ya Allah. Tak sarapan dulu ke? Tu lah bangun lambat lagi..." Puan Isma tergeleng-geleng melihat gelagat anak bongsungnya itu. Nama je dah besar panjang tapi sikap masih tak berubah juga.

Aina tersengih lalu menggeleng perlahan. Dia sudah lewat jadi tak sempat nak sarapannya. Mahu kena marah dengan bos tu. Uhuhu.. tak mahulah.


" Aina pergi dulu mama. Assalamulaikum.."


" Waalaikumussalam.."

Hilanglah Aina bersama keretanya. Puan Isma hanya melihat dengan senyuman.

" Apa yang kecoh sangat tadi tu ma?"

Muncul Azim anak sulung Puan Isma. Puan Isma dikurniakan 3 orang anak. Dua lelaki dan seorang perempuan.

Azim berumur 29 tahun. Anak keduanya Arif berumur 27 tahun. Manakala Aina berumur 25 tahun. Masing-masing dah besar panjang. TApi tiada seorang pun yang belum berkahwin.

" Lah..termenuung pula mama ni." Azim tersengih melihat mamanya.

" Kamu lah yang buat mama termenung ni. Bilalah mama nak dapat menantu ni.Kempunan dah mama ni."

Azim bergerak ke meja makan. Kerusi di tarik perlahan.

" InsyaAllah ma. Suatu hari nanti." ujar Azim selamba. Bukan dia tak tahu mamanya dah geram sangat dah dengan dia. Setiap kali bila bincang pasal topik kahwin ni. Ada je alasan untuk mengelak. Azim..Azim..teruk betul aku ni kan?

" Berilah dia waktu mama. Belum sampai serunya lagi lah tu."

Muncul En. Muzaffar bersama senyuman. Matanya dikenyet ke arah Azim tanda menyokong apa saja keputusan Azim. Azim pun apa lagi seronoklah kerana ada juga orang menyokongnya.

Puan Isma hanya tergeleng-geleneg. Eloklah tu! Bapak borek anak rintik. Hurmm
***
Terkocoh-kocoh Aina masuk ke dalam bilik pejabatnya. Mujur dia sempat. Tu pun cukup-ckup makan. Okeylah tu daripada terlewat sangat.

" Haih cik Aina. Baru sampai?" tegur Fatin rakan sekerja Aina.

Aina yang mendengar hanya tersengih. Apa lagi yang boleh dia kata selain tersengih. Tu lah. Gatai sangat pergi tengok cite korea sampai larut malam. Inilah jadinya bila dah terlalu taksub dengan cerita korea.

" Bos sampai dah ke?" soal Aina sambil mengintai bilik bosnya.

Bilik bos dan dia hanya berhadapan. Jadi apa-apapun dia akan tahu sama ada bos nya ada atau pun tidak. Tapi susah jugak arh.


" Hari ini bos tak ada. Outstation. Eh? Kau tak tahu ke lupa?"

" Lupa apa? Aku tak tahu apa-apa pun."

Suis komputer ditekannya. Kemudian kertas kerja dibeleknya. Mujur bos tak ada.

" Kau ni memang lah. Sepanjang bos outstation ni kan? Ada orang yang akan ganti tempat dia. Dengar kata anak saudara bos. Tapi entah betul entah tidak kan?"

Aina hanya menjongket bahu. Malas nak ambil tahu hal yang langsung tiada kena mengena dengannya. Buang masa je.

" Nanti kita lunch sama-sama ye?" Fatin pinta kepastian Aina dengan mengerdipkan mata.

Aina tersenyum. Mula dah pujukan dia tu.

" Okey Madam!"
***


Eh? Aina mengerdipkan matanya beberapa kali sebelum menoleh ke arah Fatin yang sedang makan itu. Pelik bin ajaib.


" We..weh.." Aina menyenggol siku Fatin sambil matanya terarah ke seorang lelaki.
Fatin merengus geram. Orang nak makan pun tak senanglah.

" Apa?" soal Fatin geram.

" Kau tengok sana. Lelaki yang berada di kaunter tu. Cuba tengok." arah Aina.
Fatin menurut. Lantas dia tersenyum.

" Asal? Kau minat ke?" usik Fatin lalu menyisip sedikit minuman.

Aina menjeling Fatin tajam. Orang serius dia main-main pulak.

" Aku nak tahu siapa lelaki tu. Asal aku pernah nampak je."

" Lah..kau ni memang ada penyakit lupa ke. Dia kan client tetap bos kita. Kau tak ingat ke masa pertama kali bos ajak kau dan dia berjumpa untuk bincang hal projek apa ntah. Tak ingat ke?"

Aina yang tadi blurr kemudian tersengih. Dia memang betul-betul terlupa akan hal itu. Hehe..

Fatin hanya tergeleng-geleng. Teruk betul kawan aku sorang ni. Hurmm..

Aina kembali melihat lelaki tadi. Entah apa yang menarik pun dia tak taw. Yang dia tahu bila tengok lelaki tu, rasa tenang je. Kan best kalau dapat suami macam lelaki tu. Hensem dan baik pulak tu. Aina tersenyum sendirian.

Tiba-tiba mata mereka bertembung. Pantas Aina melarikan pandangan. Alahai! KAntoi pulak. Ish..

" OIt! Lelaki tu datang." maklum Fatin.


Aina jadi gelabah. Ini pasti tentang tadi. Aiseyhmen. Malu ngok! Larilah.

" Weh..aku blah dulu." bisik Aina lalu bangun berdiri.
Tapi belum sempat dia melangkah, bahunya dicuit perlahan. Serta merta dia terkaku. Adoi! Kantoi kau Aina!

" Awak nak pergi Aina?"


Aina tersentak. Dia tahu nama aku? Tapi kenapa aku tak tahu?


Perlahan-lahan Aina memusingkan badan. Dia tersengih kerang busuk ke arah lelaki itu.



" Haih..tak sangka awak ni kelakar juga Aina. Fatin.. petang nanti saya akan ke pejabat kamu."


Aina tersengih lagi. Kelakar sangat ke aku ni. Hehe..malu lah ngok!


" Oh..okey tapi untuk apa cik Irfan nak datang?" soal Fatin pula.


Irfan tersenyum lalu mengerling Aina. Bahu Aina dicuit sekali lagi. Aina terlalu malu dan dia suka!


" Erk..kenapa?" Aina jadi gelabah. Nak hukum aku ke kerana pandang dia tadi.


" Saya cuma nak beritahu awak yang saya suka kalau awak asyik pandang-pandang saya." bisik Irfan dengan senyuman. Sengaja ingin menduga hati Aina.


Aina tersentak. Serta merta wajahnya memerah akibat malu. Aina! Tengok.kan dah kena balik. Ish.. Tak sukalah.


Selepas saja Irfan beredar, Fatin terus ketawa terbahak-bahak. TAk tahan dengan gelagat Aina sebentar tadi. Haha..tahu pun gelabah. Yang intai tadi tak pula gelabah. Haha..


" Ha..gelaklah puas-puas. Kawan yang tak boleh harap langsung." rajuk Aina lalu kembali duduk. Dia memeluk tubuh. Geramnya.



Fatin mengesat air matanya akibat terlebih gelak. Wajah Aina di jeling manja.



" Ala..janganlah macam ni. Aku tahu cik Irfan tu sebenarnya dah lama simpan hati kat kau. Dah lama katanya." Aina mencebik.


Macam dia nak percaya kata Fatin tu. Pleaselah...

***
Erk? Aina memerhati sekeliing. Kemudian padangannya kembali terarah kepada sekuntum bunga yang berada di atas mejanya. Pelik betullah. Siapa yang bagi ni.

" Weh..buah hati kau bagi."


Muncul Fatin bersama senyuman. Aina menjongket kening. Buah hati? Kawan lelaki pun takde tetiba dapat buah hati. Apa kes?


" Siapa yang bagi ni? Nama pengirim pun tak ada."


Dibelek-belek kuntuman bunga itu. Mana tahu ada kad ke apa ke. Tapi tak ada pun. Hampeh!


" Entah..aku datang je tengok-tengok bunga tu dah ada atas meja kau. secret admirer kaulah tu. Terima je lah."


" Secret admirer lah sangat."


Malas nak ambil tahu lebih-lebih. Kuntuman bunga itu ditolaknya ke tepi. Buat sakit kepala je. Tiba-tiba matanya tertancap pada satu kad di bawah telefon pejabat.


Aina mendongak untuk melihat Fatin. Tapi Fatin dah keluar. Aina menghembus nafas lega. Jadi aku boleh baca tanpa gangguan.


Perlahan-lahan Aina membuka kad itu dan membacanya.


Cinta itu HADIR setiap saat,
Cinta itu TERASA dalam tindakan,
Cinta itu TERUCAP dalam senyuman,
Cinta itu BERSINAR dalam tatapan,
Cinta itu HANGAT dalam dakapan,
Cinta itu MENYENGAT lewat belaian.


I will never let you go Aina! From Badboy!

Aina tergamam selepas membacanya. Badboy? Siapa ni? Aina memerhati tulisan yang berada di kad tersebut. Tapi tak kenal tulisan siapa.


Beep! Bunyi interkorm buat Aina terkejut beruk. Dadanya diusap perlahan. Kacau mood aku betullah. Baru nak berangan. Haishh..

***
Tedy bear kecil yang berada di atas mejanya di belai. Walaupun kecil tapi comel. Cute sangat! Tapi yang menjadi persoalannya, siapa yang beri ni?

Semalam aku terima bunga. HAri ini tedy bear. Macam tahu-tahu je aku suka tedy bear ni. Kad kecil yang diselit sekali dengan tedy bear di ambil Aina.


Tedy Bear ni seperti awak, Comel dan manis sepanjang masa.


Kad itu kembali di tutup dan di simpannya. Aina tersenyum saat membacanya. Agaknya siapalah badboy ni erk. Aku rasa macam dah jatuh hati dengan penulis ni.


" Ada lagi ke hadiah kau?"


Aina mendongak ke arah pintu. Dia tersenyum.


" Haah..aku tak tahu siapa yang bagi sebab nama samaran dia badboy. Pelik!" suara Aina.


" Pelik tak pelik pun, kau suka kan? Tambahan pula yang tedy bear tu." usik Fatin. Aina hanya tersengih.


Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Aina menatap skrin dengan hairan. Nombor yang tidak dikenali? Angkat je lah.


" Helo.." Aina menjongket kening ke arah Fatin. Fatin berlalu dengan senyuman.


" Ya saya." Aina kembali menatap tedy bear dihadapannya itu.


" Maaf kalau menganggu. Tapi ada hantaran untuk cik Aina. Bolehkah cik Aina turun dan mengambilnya?" Aina tersentak. Hantaran barang apa pula ni.


" Okey. NAnti saya turun." Pantas talian di matikan.


Aina mencapai beg tangannya sebelum keluar. Fatin dikerlingnya sekilas.


" Aku turun jap. Ada hal." maklum Aina.


Sampai saja di bawah, Aina mencari-cari siapa yang ingin menghantar barang kepadanya. Apabila nampak saja seorang lelaki yang lengkap berpakaian posmen itu, AIna tersenyum. Aina melangkah ke arahnya dengan debaran.


Apasallah tetibe nak berdebar pulak ni. Chillah Aina!


" Maaf.." tegur Aina.


" Oh..awak ke cik Aina?" Aina tersenyum saja apabila tukang posmen itu bertanya. Dan kelihatan kotak besar berada di hadapan matanya saat ini. Takkan untuk aku?


" Cik tandatangan di sini." arahan itu Aina terima.


" Baiklah. Ini untuk cik Aina. Saya minta diri."


Aina memandang sepi ke arah kota besar yang berada di hadapan matanya itu. Entah apa yang ada di dalamnya pun tak tahulah. Aduh! Macam mana aku nak bawa naik ni. Malulah kalau orang dapat tahu. TAmbah-tambah kalau Irfan tu nampak. Macam mana ni?


Tiba-tiba dia mendapat idea yang bernas. Telefon bimbitnya di keluarkan. Pantas nombor Fatin di dail.


" Helo Fatin. Aku terpaksa balik dulu. Kau beritahu cik Irfan yang aku ada masalah sikit. Tolong erk..OKey Bye!"


Fuh! Aina hanya tersengih bila memikirkan idea gilanya itu. Aku mesti balik dan siasat apa yang berada dalam kotak besar ni. Tak boleh jadi.

***
Puan Isma memandang hairan ke arah anak puterinya itu. Dengan kotak besar segala. Apa benda tu?

" Aina..awal balik hari ini. Dan kotak apa tu?" soal Puan Isma bertalu-talu.


Aina tersengih melihat mamanya.


" Hadiah dari kawan. Aina balik awal sangat erk? Tak perasan pulak. Aina naik atas dululah ye..Daa.."



Pantas Aina melangkah masuk ke dalam bilik dengan kotak besar itu. Sebaik saja masuk ke dalam bilik dan menutup pintu. Dia menghembus nafas lega. Mujurlah mama tak tanya banyak-banyak.


Kotak besar di letakkan di atas katil. Tudungnya di lucutkan. Kemudian dia mencari gunting untuk membuka balutan pada kotak besar itu. Apabila sudah dapat pantas di koyak-koyakkan.


Aina menghembus nafas sebelum membuka kotak tersebut. Entah apalah yang pengirim ni bagi kat aku. Huhu..


Dengan lafaz bismilllah, Aina pun membuka kotak tersebut.


" Ya Allah!" Terpana Aina saat melihat barang yang berada dalam kotak tersebut.


" Tedy Bear! Besar pulak tu!" Teruja terus Aina ketika memeluk tedy bear yang besar itu.


Aina membelek-belek kotak tersebut. Ingin mencari kad. Jumpa jugak.


You never know who i am because i'm badboy.
You never know how much i love you.
And you never know when i always see you from one place.



Aina!
Now i want you to know something.
Can you meet me?
If can, i want to see you.
I will wait you at one place.
At 8 pm.



(The place where you work) From Badboy!


Serta merta hati Aina berdebar-debar. Sungguh perasaannya saat ini jangan cakaplah. Macam baru lepas lari marathon.


" Ya Allah..Aku memang sudah jatuh suka kepada pemberi tedy bear ni. Tapi bersediakah aku untuk berjumpa dengan dia? Bersediakan aku? "


TokTokTok


" Aina! Mama masuk ya.."


Kelam kabut Aina menyembunyikan tedy bear di bawah katil. Kad itu pantas di sorokkan di bawah bantal. Fuh! Selamat!


Puan Isma tersenyum. Wajah anaknya ditatap. Macam ada masalah je Aina ni.


" Ada apa ma?" soal Aina sambil tersenyum. Tapi dalam hati ni hanya Allah saja tahu apa perasaan aku.


" Kamu ada masalah ke? Keluh kesah je mama tengok?" Aina tersengih. Segan beb kalau mama tahu!


" Nothing! Erk..ma. Aina nak tanya sikit boleh?" soal Aina. Puan Isma hanya mengangguk.


" Kalaulah mama dapat hadiah daripada seseorang dan pengirim tu nak jumpa mama. Apa yang mama akan lakukan?" Aina menanti dengan debaran.


" Mama akan pergi je lah jumpa dia. Apa yang susah. Nak ucapkan terima kasih kerana sudi berikan hadiah untuk mama. Kenapa?"


" Tapi kalau pengirim tu cakap sesuatu yang buat mama tersentak. Macam mana?" jawapan kepada soalan Puan Isma tidak di jawab malah Aina teruskan bertanya.


" Apa? Seperti sayang awak. Macam tu?" Aina pantas mengangguk.


" Kalau itu jodoh mama. Mama terimalah. Tapi sekarang mama dah tak boleh terima lah sebab mama sudah ada papa. Kenapa ni sayang?"


Aina tersenyum. Aku rasa aku patut berdepan dengan dia.

**
Aina tertegur air liur. Sekeliling diperhatinya. Rasa gerun pulak nak naik atas pejabat tu. Nanti takut kena tangkap khalwat ke? Cam ne ni?

Aina tergaru-garu kepalanya itu. Tapi Aina terus melangkah apabila menyedari ada seseorang di belakangnya. Takut punya pasal, pantas dia berlari naik atas. Mujur dia pakai seluar digandingkan dengan blaus.


Sampai saja di hadapan pintu masuk pejabat, ada sekeping kad yang terselit di bawah pintu. Aina membongkok dan mengambilnya.


Masuk ke dalam. Jangan takut! ^^

Aina mengeluh kecil. Jangan takut konon. Ini dah menakutkan aku ni tahu tak. Dengan perasaan berbelah bahgi, Aina pun masuk ke dalam.


Gelapnya. Mak ai! Nak buka lampu ke tidak. Buka je lah.


Klik! Aina menarik nafas lega. Tiba-tiba matanya tertancap pada satu kad yang berada di atas meja Fatin. Besar pulak tu. Besar macam buku latihan panjang.


Aina membuka kad tersebut.


Awak makin hampir dengan destinasi. Awak masuk ke dalam bilik bos. I wait you!


Aina terterguk air liur. Buat apa tunggu di bilik bos. Kat sini tak boleh ke? Bilik bos bukan boleh di harap sangat. Adoi! Masuk je lah.


Dengan lafaz bismillah, pintu bilik bosnya itu di tolak. Tapi hampa sebab gelap. Ada orang ke tak ni?


" Helo...awak ada di sini tak?" soal Aina takut-takut. Dahlah bilik bos dia besar. Kalau kecik okey lagi.


" I will never let you go Aina!"


Serta merta lampu menyala. Aina pun pantas menoleh ke belakang. Erk?


" Abang?" Apa pulak abang aku yang ni?


" Eh bukan? Belakang tu." Aina mengerutkan dahi. Pantas dia kembali menoleh ke belakang.


Dan dia jadi tempempan. Sungguh tergamam dia saat itu. Mana tak tergamam sebab orang yang selalu berikan ayat-ayat cinta itu orang yang aku kenali. Ya Allah.


" Aina.."


" Irfan?" Irfan tersenyum memandang wajah terkejut Aina.


" Ya.. Aina. Saya nak awak tahu yang saya cintakan awak bukan kerana rupa paras awak. Tapi secara azali. Rasa itu muncul. Mula-mula saya tak percaya sampailah saya lakukan solat isthikarah. Dan saya dapat jawapan dengan itu. Awaklah jodoh saya Aina."


Aina hanya mendiamkan diri. Wajahnya tunduk memandang lantai.


" Aina..sudikah awak menjadi isteri saya?" Aina terdongak memandang Irfan.


Wajah yang sentiasa membuat dia tenang setiap kali memandang. Serta merta senyumannya terukir. Kemudian dia kembali tunduk.


" Sebelum tu saya nak tahu sesuatu." ujar Aina.


" Jika benar awak mencintai saya. Adakah awak sanggup terima kelemahan saya? Setiap apa saja yang saya buat, adakah awak boleh membimbing saya?" dengan sinar Aina menyoal Irfan. Mtanya sudah berkaca-kaca memandang Irfan. Sungguh dia sangat terharu.


Irfan mengukirkan senyuman.


" Sudah pasti Aina. Saya sanggup terima kelemahan awak. Saya akan membimbing awak. Kita sama-sama berusaha. Jadi sudikah awak terima lamaran saya?"


Aina tertawa kecil dengan linangan air mata. Tangannya menekup mulut lalu mengangguk. Dia yakin Irfan adalah jodohnya.


" Alhamdulilah!" suara itu buat Aina menoleh.


" Mama? Papa dan abang pun?" soal Aina pelik. Adakah ini rancangan mereka?


" Maafkan kami kerana tak beritahu kamu lebih awal. Ini semua rancangan Irfan. Kami ingin membantu dia mendapatkan Aina. Mama tahu niat Irfan baik jadi mama nak tolong dia. Aina tak marah kan?" jelas Puan Isma.


Aina tersenyum lalu memeluk mamanya. Dia tidak marah malah berterima kasih kerana sanggup membantu. Terima kasih Ya Allah.


" Irfan.. saya harap kamu dapat jaga dan bahagiakan anak saya." ucap Encik Muzaffar sambil menepuk bahu Irfan.


" InsyaAllah pakcik."


Aina tersenyum memandang Irfan. Air mata kesyukuran mengalir keluar. Irfan.. terima kasih.

Irfan membalas senyuman Aina. Sama-sama Aina. Moga kebahagiaan milik kita kelak.


" Dan selepas ni giliran Azim dan Arif pula ya.." kata-kata Puan Isma mengundang tawa Aina dan Irfan.


Manakala Azim dan Arif sudah memuncung sedepa. Tak boleh jadi ni.


"INsyaAllah mama kami sayang. Tapi lepas ni tak boleh buli AIna dah. Sedih lah."


" Okey lah tu. Aina pun tak kena buli lagi." Aina menumbuk perlahan bahu dua orang abangnya itu.


Kemudian tawa mereka bergema. Moga mereka masing-masing dapat mencapai kebahagiaan.
 

~Tamat~





4 comments :

Popular Posts

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers