Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Thursday 10 January 2013

Cerpen : Mengintai Langit



Alisa mengerling manusia yang berada di sebelahnya. Serta merta dia terteguk air liur. Mana taknya, manusia di sebelahnya itu sedang menjilat aiskrim. Dahlah aiskrim makanan favourite Alisa.

Manusia yang berada di sebelahnya itu pula jadi pelik. Tiba-tiba je dia kena perhati macam tu.

" Erk..awak kenapa?" Alisa tersentak lalu tersengih.

" Maaf.." Terus Alisa menjauhi manusia itu.

Keluhan kecil terlepas. Langit mendung di lihatnya. Seperti faham dengan isi hatinya sekarang. Kecewa dan sedih setelah melihat satu perkara yang tidak dia duga. Hujan yang tiba-tiba turun itu seperti faham apa yang sedang dia rasakan sekarang. Iaitu dia ingin menangis. Tapi sayang..air matanya tidak mahu mengalir. Pelik sungguh!

" Haih.." sekali lagi keluhan di lepaskan.

Alisa kembali meneruskan langkah dengan perlahan walaupun hujan renyai-renyai. Dia langsung tidak peduli akan hujan dan orang sekeliling. Yang dia tahu, dia ingin melupakan apa yang patut dilupakan.

Alisa menjadi hairan apabila dia sudah tidak merasai renyai-renyai hujan. Pantas dia mendongak. Ternyata dia sudah dipayungkan oleh seorang lelaki.

" Kenapa awak berjalan dalam cuaca begini? Nanti demam siapa yang susah. Diri sendiri juga kan?" Teguran lelaki itu ternyata membuatkan hati Alisa tersentuh.

Serta merta air matanya mengalir. Hatinya menjadi sebak. Lelaki tadi menjadi pelik.

" Kenapa dengan awak?" soal lelaki itu prihatin.

Alisa tersenyum hambar. Pantas air matanya diseka. Tak patut dia menangis di hadapan lelaki yang tidak dikenali.

" Maafkan saya." ucap Alisa lalu kembali berjalan. INgin pergi sejauh yang mungkin. Tapi bolehkah?

" Ikut saya!"

Alisa tersentak apabila tangannya ditarik oleh lelaki tadi. Dan dia dibawa ke tempat teduh.

" Sekarang cuba awak cerita apa masalah awak?" Alisa mendongak melihat lelaki tersebut.

" Kenapa awak ambil berat pasal saya sedangkan kita tak kenal pun." ujar Alisa.

Lelaki tersebut tersenyum. Wajahnya di dongak untuk melihat langit yang mendung itu.

" Saya pun tak tahu kenapa. Saya ikut gerak hati. Hati saya terdetik ingin tahu masalah awak. Tak kenal lagi senang kan?" balas lelaki itu lalu menoleh melihat Alisaa.

Alisa mengorak langkah ke hadapan sedikit. INgin merasa air hujan dengan menadah tangan. Lelaki disebelahnya dikerling.

" Saya sedih sebab saya ternampak ayah saya sendiri menampar ibu saya. Saya tak tahu kenapa. Tapi yang pasti saya tak suka bila ayah menampar ibu. Dan selama ini saya sering terasa hati dengan sikap ayah. Dia kurang ambil berat pasal saya. Apabila awak tegur saya tadi, saya teringat masa saya kecil dulu. Selalu sangat ayah saya berpesan begitu. Tapi sekarang? saya tidak dengar lagi."

Alisa tunduk memandang lantai. Memang dia amat merindui ayahnya yang dulu. Dia sendiri tidak tahu kenapa ayahnya boleh berubah sedemikian.

" Mungkin ayah awak ada masalah?"

" Kalau ye pun, takkan sampai anak dia pun dia abaikan. Sedangkan saya ni anak kandung dia. Entahlah.." keluh Alisa lagi.

" Tak baik mengeluh." Teguran itu Alisa terima dengan senyuman.

" Anyway.. saya Syahmi. Awak?"

" Alisa. Terima kasih kerana sudi dengar masalah saya." ucap Alisa.

" sama-sama. Maaf..saya kena gerak dulu. InsyaAllah nanti kita akan berjumpa lagi. Jika Allah izinkan. Assalamulaikum.."

Terus Syahmi melangkah meninggalkan Alisa.

" Waalaikumussalam.."

Alisa tersenyum sendirian. Tak sangka masih ada lelaki sebegitu di dunia ini. Moga lelaki itu lebih bahagia daripada dia.

***

" Tolonglah bang. Fikirkan demi anak kita. Abang!"

Alisa pantas berlari apabila ayahnya ingin keluar daripada bilik.

" Saya dah tak tahan dengan awak yang selalu curiga. Jadi mulai hari ini biarlah saya pergi. Saya takkan ceraikan awak. Awak tak perlu risau."

" Abang!"

Alisa melihat dengan sayu kepergian ayahnya itu. Air matanya menitis lagi. Ibunya di pandang lirih.

'Ya Allah..kenapa harus jadi begini.'

" Ibu.." Alisa melangkah mendekati ibunya dengan senyuman hambar.

" Lisa.." Tubuh Alisa dipeluk.

Alisa mengetap bibir. Dia tahu ibunya sedih apatah lagi dia. Kenapa ayah sanggup buat begitu. Kesian ibu.

" Sabar ibu. Lisa pasti apa yang terjadi di sebalik ini ada hikmahnya." pesan Alisa.

Dia perlu tabah jika tak mahu ibunya lemah. Dia harus cekalkan hati menerima ini semua.

' Ya Allah..kuatkan hatiku ini. Lembutkan lah hati ayahku itu untuk menerima kami semula.' Doa Alisa dalam hati. Bersama doa itu air matanya turut mengalir. Berharap doanya dimakbulkan.

***

Alisa mendongak melihat langit yang cerah itu. Terukir senyuman di bibirnya saat melihat burung-burung bertebangan tanpa di landa masalah. Alangkah bahagia jika dapat bercakap dengan binatang.

Alisa mengerling jam tangannya. Dia masih ada setengah jam untuk ke kolej. Kerja pensyarah ini bukan mudah. Tapi dia sanggup hadapi kerana ia cita-cita yang sudah di tetapkan dari dulu lagi.

' Ibu..Alisa pasti tidak akan hampakan ibu.'

Alisa kembali melihat langit. Langit boleh menjadi saksinya ketika itu. Walauapapun yang terjadi, dia tetap akan menghadapinya dengan senyuman.

" Cantik kan cuaca hari ini?" Alisa tersentak apabila ditegur.

Alisa menoleh ke kiri. Ternyata lelaki tempoh hari. Syahmi!

" Hai.. jumpa lagi kita." Alisa tersenyum. Kebetulan ke?

" Awak buat apa di perhentian bas ni sorang-sorang. Takkan tunggu bas? Saya rasa bas dah lepas." ujar Syahmi dengan kerutan di dahi.

Alisa tersenyum lalu mengangguk. Memang dah lepas sebab dia dah sampai. Kolej ada di belakang.

" Belakang awak tempat kerja saya." tunjuk Alisa sambil tersenyum manis.

Syahmi tersengih menunjukkan giginya itu. Kemudian dia kembali menatap Alisa.

" Jom saya hantar awak masuk."

" Eh? Tak usah. Saya boleh masuk sendiri. Awal lagi ni." tolak Alisa secara baik.

" Okey!" Syahmi hanya menjongket bahu.

Keadaan kembali sunyi sepi. Alisa dengan lamunanya manakala Syahmi dengan fikirannya sendiri.

" Macam mana dengan family awak?" suara Syahmi tiba-tiba.

Alisa tersenyum hambar. " Susah saya nak cakap. Tapi ayah saya telah pergi tinggalkan kami berdua." lirih Alisa.

" Maafkan saya. Saya tak sangka pula yang.."

" Tak apa." pintas Alisa. Kalau boleh dia tak mahu lagi bincang soal itu. Biarlah hanya dia dan ibu saja tahu.

" Erm..kita kawan?"

" Hah?" Alisa terpinga-pinga. Kawan?

Syahmi tersenyum. Gelagat Alisa sangat comel pada pandangan matanya.

" Saya akan jadi kawan awak mulai sekarang. Jadi awak boleh luahkan masalah awak kepada saya. Saya sudi mendengarnya. Awak jangan risau kerana masalah awak hanya saya yang tahu. Dan awak jangan terkejut apabila saya tiba-tiba muncul di hadapan awak. Macam sekarang." Syahmi menjongket kening dengan senyuman.

Alisa terpegun. Lelaki di hadapannya ini berjaya membuat dadanya berdebar-debar. Sangat pantas. Lantas Alisa hanya mengangguk. Lelaki ini terlalu baik.

***

Dumn!

Alisa tersedar daripada tidur. Bunyi yang kuat itu menyedarkannya. Lantas kaki dilangkah turun ke bawah.

" Abang... abang kata tak mahu ceraikan saya."

Langkah Alisa terhenti di anak tangga pertama. Serta merta langkahnya menjadi kaku.

" Maafkan saya. Saya sudah ambil keputusan untuk berkahwin lain. Tapi awak jangan risau saya tidak akan lupakan Alisa. Dia anak saya. Maafkan saya."

Kata-kata yang baru terkeluar dari mulut ayahnya itu buat Alisa terduduk. Air matanya pantas mengalir keluar. Sakit hatinya kerana melihat pergaduhan orang tuanya. Sampai bercerai. Tak kasihankah ayah terhadap kami berdua. Ayah!

" A..ayah.." pelahan suara Alisa ketika memanggil ayahnya. Bersama linangan air mata, dia turun daripada tangga.

" Sayang..." Ayahnya tersentak apabila melihat Alisa mendekatinya.

" Maafkan ayah Alisa. Ayah terpaksa pergi."

" Ayah!"

Alisa cuba mengejar ayahnya. Tapi malangnya, dia tersilap langkah apabila kakinya tersadung di anak tangga. Kepalanya terhantuk pada kaki tangga.

" Ya Allah. Alisa!" Jeritan ibu Alisa mengejutkan suaminya.

" Ya Allah..."

Alisa melihat ibunya dengan pandangan kabur. Kemudian dia mengukirakan senyuman apabila ayahnya masih belum pergi.

" Jangan pergi ayah. Jangan.."

***

" Ayah!"

Alisa tersedar. Matanya terkebil-kebil melihat keadaan sekeliling. Berlainan daripada sebelum ini.

" Dia dah sedar.."

Alisa menoleh ke kiri. Ternyata ibu dan ayahnya. Bibirnya terukir senyuman. Tapi saat melihat seorang lelaki yang dia kenal, senyumannya terus mati. Apa yang dia buat di sini?

" Lisa.."

" Syahmi? Ma..macam mana?" Dengan kerutan Alisa menyoal Syahmi.

Syahmi tersenyum tipis. Wajah kedua orang tua Alisa di kerling sekilas..

" Saya kebetulan lalu. TApi masa saya nak keluar saya ternampak awak. Jadi saya datang. Tak apa kan?"

Alisa hanya tersenyum tipis. Dia masih tak percaya yang ianya hanya kebetulan. Pasti ada maksud di sebalik semua ini. Wajah ayah dan ibunya di pandang. Macam-macam yang berada di dalam fikirannya sekarang.

" Maafkan ayah Lisa. Ayah tahu ayah salah. Ayah silap. Maafkan ayah."

Tangan Alisa digenggamnya. Wajah mulus anaknya ditatap sepenuh hati. Dia rasa sangat bersalah. Dia turut berdosa pada isterinya. Semua ini silap dia.

" Alisa sudah lama maafkan ayah. Cuma Lisa nak minta satu perkara. Jangan ceraikan ibu ya? Jangan tinggalkan kami? Ya?" Penuh sinar harapan ketika Alisa meminta.

Ayahnya dan ibu saling memandang. Kemudian masing-masing berbalas senyuman.

" Tak.. kami janji yang kami takkan tinggalkan kamu keseorangan. Ayah janji."

Bibir Alisa mengorak senyuman. Dia mengucap syukur dalam hati. Baguslah kalau begitu. Alhamdulilah!

" Maafkan saya. Saya kena pergi dulu. Lisa..saya doakan awak cepat sembuh."

Syahmi menyalami kedua tangan orang tua Alisa. Kemudian senyuman dihadiahkan kepada Alisa. Satu-satunya gadis yang berada di hatinya.

***

Seminggu berlalu

Bibirnya terukir senyuman bahagia saat melihat telatah kedua orang tuanya. RAsa bahagia menyapa di hati. Tapi entah mengapa ada satu rasa yang dia tidak dapat gapai. Rasa sesuatu yang dia tidak tahu. Bagaikan ada kekosongan dalam hatinya.

Bagai sedang menanti jawapan yang tidak pasti. Dia sendiri pun tak tahu apa. Tapi dia sangat bersyukur kerana semuanya berlalu dengan baik sekali.

" Hai.. anak ayah ni termenung."

Alisa tersenyum. Ayah berjaya menghentikan lamunannya.

" Ayah..LIsa nak tanya sikit.Boleh?"

" Sure sayang."

" Macam mana ayah dan ibu boleh berbaik? Kenapa ayah tiba-tiba berubah fikiran untuk tidak menceraikan ibu?"

Soalan itu mengundang senyum ayahnya. Semua ini atas jasa seseorang.

" Sebenarnya..."

****

" Ya Allah bang. Anak kita. Kalaulah saya tak halang dia. Kalaulah abang tak pergi masa tu. Semua ini takkan terjadi." tangis Pn.Asnul.

Encik Rahman hanya berdiam diri. Tak tahu apa yang patut dia lakukan. Dia sudah rasa bersalah atas kecederaan anaknya.

" Macam mana keadaan Alisa pakcik?"

Teguran anak muda itu membuat Pn. Asnul dan En.Rahman tertanya-tanya. Siapakah anak muda ini? Macam mana boleh kenal dan tahu anaknya berada di sini?

Syahmi yang tahu kehadirannya membawa tanda tanya tersenyum. Semua ini bukan mudah untuk mereka.

" Sebenarnya saya ni kawan Alisa. Maaflah kalau percakapan saya ni kurang ajar. Tapi pak cik tak patut abaikan anak pakcik tu. Dia sudah cukup terseksa menangung kesedihan atas kehilangan adik tersayang. Inikan pula pakcik nak pergi dari hidup dia."

En.Rahman dan Pn.Asnul terkejut akan penjelasan Syahmi. Dan macam mana Syahmi tahu anaknya yang lagi satu telah pun meninggal dunia?

" Saya tahu pakcik dan makcik terkejut dan tertanya-tanya. Tapi saya masih belum boleh beritahu pakcik dan makcik siapa saya sebenarnya. Yang saya boleh beritahu pakcik adalah saya Syahmi dan merupakan kawan Alisa."

Syahmi tersenyum memandang mereka berdua. Mereka berdua persis ibu bapanya yang berada di syurga. Moga roh mereka dicucuri rahmat.

" Erk.." En.Rahman tak tahu apa yang patut dia perkatakan. Lidahnya seakan kelu untuk berkata-kata.

" Pakcik tak perlu kata apa-apa. Saya cuma nak minta keprihatinan pakcik. Kalau pakcik tiada alasan munasabah, tak usahlah bercerai. Saya takut ia akan memakan diri pakcik balik. Lagipun pak cik tak kasihankan anak pakcik ke yang sedang terlantar tu? Tak kesiakan isteri pakcik? Cuba pakcik berada di tempat Alisa. Pasti pakcik akan merasakan sebagaimana Alisa rasakan sekarang kalau pakcik berniat nak pergi daripada dia. Cubalah pakcik fikir."

Syahmi masih  berusaha untuk memujuk ayah Alisa agar hentikan niat untuk bercerai. Harap-harap pujukannya berjaya.

En.Rahman tertunduk. Kemudian wajah isterinya di tatap. Matanya berkaca-kaca. Terus tubuh isterinya di dapak erat.

" Maafkan abang. Abang salah. Abang terpaksa lakukan semua ini. Maafkan abang." Tangisan En.Rahman mengundang senyuman di bibir Syahmi. Alhamdulilah!

" Abang..abang tak salah. Tapi kenapa abang terpaksa? Abang ada masalah ke?"

Pelukan dileraikan. Wajah suaminya ditatap penuh kasih.

" Abang ada penyakit jantung. Abang tak nak menyusahkan kalian semua. Lagipun abang takut kalau awak terpaksa menanggung apa yang saya alami. Abang tak mampu." luah En.Rahman.

Pn.Asnul menggeleng. " Tidak. Sama sekali tidak. Abang langsung tidak menyusahkan saya. Kan saya isteri abang."

Syahmi menepuk perlahan bahu En.Rahman. Sudah tiba masanya untuk pergi. Lagipun tugasnya sudah selesai. Moga Alisa bahagia di samping keluarga.

" Saya minta diri dulu."

" Tunggu!" Syahmi menoleh.

" Kalau boleh pak cik nak tahu. Siapa nama?" soal En.Rahman.

" Syahmi pak cik. Maaf saya harus pergi dulu. InsyaAllah esok saya datang lagi."

***

Alisa memandang sekeliling. Namun kelibat insan yang ingin dia jumpai masih belum muncul. Lagipun adakah dia akan muncul pada tempat yang sama. Tempat pertama kali dia dan lelaki iitu muncul? Mungkinkah?

Alisa mendongak melihat langit. Cuaca hari ini sangat cerah. Bukan seperti sebelum ini. Langit pada hari ini macam faham isi hatinya. Tapi dia masih belum berpuas hati selagi tidak bertemu dengan lelaki itu.

' Muncullah Syahmi. Saya nak jumpa awak.'

Alisa melangkah ke arah penjual aiskrim. Dah lama dia tidak makan aiskrim. Memandangkan dia sudah sembuh. Jadi boleh makan aiskrim.

" Vanilla satu." ujar Alisa kepada penjual ais krim itu.

" Baik."

" Dari mana ni?" Tersentak Alisa. Tapi dia masih tersenyum.

" Dari rumah. Saya datang nak cari seseorang. Tapi saya belum jumpa." ujar Alisa. Dia tidak dapat tengok rupa penjual ais krim itu dengan jelas kerana mukanya dilindungi topi.

" Nah.."

Alisa menyambut aiskrim itu lalu mendongak melihat penjual ais krim. Alangkah terkejutnya dia apabila penjual ais krim itu adalah Syahmi.

" Terkejut?" Syahmi menanggalkan topinya. Sengaja hari ini dia menyamar sebagai penjual asikrim.

" A..awak ni sebenarnya siapa?" soal Alisa gagap.

SYahmi melangkah dengan senyuman. Alisa membuntuti langkah Syahmi. Perasaan ingin tahu sudah membuak-buak.

" Kalau awak dengar cerita saya pasti awak tak percaya. Tapi itulah kenyataannya. Awak nak tahu perkara sebenar?" Alisa hanya mengangguk. Sesekali aiskrimnya dijilat.

Syahmi tertawa kecil saat melihat Alisa menjilat aiskrim. Macam budak-budak. Tapi itulah daya tarikan Alisa yang comel. Lantas Syahmi hanya biarkan.

" Sebenarnya pertama kali saya ternampak awak di tanah perkuburan." Alisa tersentak.

" Masa tu awak menangis atas kepergian adik kesayangan awak. Tapi awak jenis yang cekal hati. Keesokan harinya awak mampu tersenyum semula."

Alisa memandang Syahmi tanpa berkelip. Persoalannya macam mana dia tahu?

" Awak jangan terkejut. Masa pertama kali saya nampak tu, saya baru habis melawat orang tua saya. Mereka telah pergi dalam kemalangan. Dan pertama kali saya nampak awak, saya ingin tahu kisah hidup awak. Saya ingin tahu kenapa awak menangis sampai macam tu sekali. Sebab saya tahu awak seorang yang tabah dan berani orangnya. JAdi mulai hari itu, saya selalu ekori awak.Saya mulai siasat segalanya tentang awak. KAdang-kadang saya upah orang untuk tengok awak dari jauh.Saya pun tak tahu kenapa saya jadi sampai macam tu sekali."

Syahmi berjeda seketika. Melihat Alisa yang seakan terkedu itu, dia kembali menyambung.

" Saya sudah mulai jatuh hati dekat awak Alisa. Makin hari, saya ikuti perkembangan awak. Saya makin tertarik akan awak. Tak pernah dalam hidup saya jumpa seorang gadis macam awak. Jujur sekali saya katakan yang awak telah berjaya membuat saya bersemangat. Awak juga berjaya membuatkan hati saya berdebar-debar. Sukar nak percaya kan? Sebab tulah saya boleh tahu semuanya mengenai awak. Maafkan saya."

Alisa tertunduk memandang lantai. Aiskrim yang sedikit cair dibiarkan. Hatinya kini memang telah tersentuh mendengar cerita daripada Syahmi. Tak pernah dan tidak ada seorang lelaki pun sampai sanggup buat macam tu. Hanya kerana dia?

" Awak tak kerja ke sampai ekori saya hari-hari. Patutlah saya rasa saya macam dilindungi seseorang. KAdang-kadang saya rasakan yang ada orang tengah ekori saya. Tapi lama-lama rasa itu hilang sehinggalah saya jumpa awak. Tapi kenapa awak muncul lambat sangat?"

Syahmi menatap Alisa dengan penuh perasaan. Hanya satu sebab kenapa dia takut nak muncul depan Alisa.

" Se..sebab saya tak mahu awak menangis jika saya tiba-tiba hilang daripada pandangan awak. Saya lakukan semua itu sebab saya nak awak jadi seorang yang ceria. Saya tak mahu awak jadi lemah." jelas Syahmi.

" Kenapa pula saya perlu menangis dan ke mana awak nak pergi?" soal Alisa bertalu-talu.

Syahmi tersenyum hambar. Susah untuk dia jelaskan keadaan dia sekarang. Kalau boleh biar dia seorang saja yang tahu dan tanggung segalanya.

" Awak tak perlu tahu. Yang saya nak awak tahu adalah awak sentiasa berada di hati saya. Mungkin selepas ini kita tidak akan bertemu lagi."

" Ta..tapi kenapa? Salahkah kalau saya nak tahu?"

" Belum tiba masanya Alisa."

' Maafkan aku Lisa. KAlau aku britahu perkara sebenar aku mungkin susah untuk pergi dari hidup kau. Aku ada penyakit Lisa. Penyakit barah. Walaupun baru ditahap 1. Tapi ia tidak dapat jamin apa-apa.'

" Saya pergi dulu."

Terus Syahmi melangkah meninggalkan Alisa yang terpinga-pinga. Air matanya mengalir keluar. Dia tak mahu kalau Alisa nampak keadaannya sekarang.

***

" Ibu..Lisa rindukan dia."

Alisa memandang ibunya dengan pandangan sayu. Sungguh dia jadi rindu akan lelaki yang bernama Syahmi. Sudah seminggu berlalu. Tapi dia sudah tidak berpeluang lagi berjumpa dengan Syahmi.

Lagipun semua tempat dia sudah cari. Tapi Syahmi masih belum dia jumpai. Benarkah ini namanya cinta?

" Sabar sayang. Ibu yakin dia dalam keadaan sihat saja. Boleh ibu tahu sesuatu?"

Alisa hanya mengangguk.

" Adakah Lisa sudah jatuh cinta akan Syahmi?"

Alisa tunduk memandang lantai. Tangannya di ramas. Kemudian dia membuat anggukan kecil.

" Lisa sendiri tak tahu bila Lisa mulai sukakan dia. Tapi jujur Lisa katakan yang Syahmi ni lain daripada yang lain. Dan dia lelaki pertama yang berjaya buat Lisa terharu dan jatuh suka akan sikap dia. Lisa tak tahu kenapa. Mungkin itu jodoh Lisa."

" Ibu akan sentiasa sokong kamu. Jadi kalau benar kamu memang cintakan dia. Ibu akan bawa kamu jumpa dia." Alisa tersentak.

" Maafkan ibu. Sebenarnya ibu dan ayah dah tahu di mana Syahmi berada sekarang. Syahmi sendiri yang tidak benarkan ibu beritahu kamu. Tapi memandangkan sekarang kamu mencintai dia, jadi ibu ingin bawa kamu jumpa dia. Jujur dengan dia tentang perasaan kamu. Boleh?"

Tangan Alisa digenggam. Kemudian air matanya menitis.

" InsyaAllah ibu. Lisa akan cuba."

***

" Syahmi..."

Syahmi yang sedang mengemaskan barang di luar rumah tersentak mendengar suara itu. Suara yang sangat dia rindui. Pantas dia menoleh ke belakang.

Wajah yang manis dan comel itu dipandangnya seketika. Kemudian dia kembali meneruskan kerja. Dia tak mahu terus-terusan mencintai Alisa. Dia takut dia tak dapat kawal diri untuk berpisah dengan Alisa.

" Syahmi.." Alisa mendekati Syahmi yang langsung tidak hiraukan dia. Alisa jadi pelik.

" Awak buat apa datang sini?" getar suara Syahmi ketika itu.

" Dah lama saya cari awak. Saya nak jumpa awak. Saya nak beritahu sesuatu kepada awak." ujar Alisa dengan lembut.

Syahmi menghentikan kerjanya. Dia melihat Alisa yang meminta masanya itu. Kemudian dia mengangguk dan melangkah ke kerusi.

" Apa yang awak nak beritahu saya?" soal Syahmi acuh tak acuh. Sedangkan di dalam hati rasa bersalah sangat.

Alisa tersenyum. " Betul ke awak nak pergi jauh dari saya? Tak nak jumpa saya lagi? Betul ke??" soal Alisa bertalu-talu. Wajahnya yang penuh mengharap dipandang Syahmi.

Syahmi hanya mendiamkan diri. Dia pun tak tahu apa jawapan yang patut dia berikan.

" Saya tahu awak tak boleh buat begitu. Sebab itu saya nak beritahu yang saya pun ada perasaan dekat awak Syahmi." Syahmi tergamam.

" Benar Syahmi. Saya sudah belajar dan entah bila saya jatuh cinta akan awak. Saya selalu rindukan awak. Saya ada juga buat solat istkhikarah dan minta pertunjuk Allah. Dan petunjuk Allah yang saya dapat adalah awak. Wajah awak selalu muncul dalam mimpi saya. Tiga kali saya lakukan solat istkhikarah, setiap kali itulah wajah awak muncul."

Alisa berjeda seketika sebelum kembali menyambung. Dia rasa sebak saat itu.

" Awak.. "

" Cukup Lisa. Saya dah tak mahu dengar apa-apa lagi. Lagipun ia sudah tidak bermakna buat saya. Maafkan saya."

Terus Syahmi melangkah masuk ke dalam rumah dan mengunci pintu. Tubuhnya disandarkan di belakang pintu. Serentak air matanya mengalir keluar. Dia rasa bersalah sangat mengatakan sebegitu kepada Alisa yang tidak tahu apa-apa.

' Maafkan aku Alisa. Aku tak nak kau bersama dengan aku. Aku masih tak mampu membahagiakan kau.'

Alisa di luar rasa sedih akan sikap Syahmi. Kenapa mesti Syahmi tiba-tiba berubah. Sebelum ni biasa saja.

***

Keesokan harinya, Alisa pergi lagi ke rumah Syahmi. Tapi kini bersama ibunya.

" Assalamulaikum.."

Syahmi yang tengah makan menoleh ke muka pintu. Ternyata ada tetamu.

" Waalaikumussalam.."

Saat Syahmi bertembung mata dengan Alisa, dia jadi kaku. Kenapa Alisa berada di sini? Bersama makcik.

" Erk..masuklah makcik."

" Tak usah. Saya duduk di luar. Boleh awak keluar sebentar?" Alisa memandang Syahmi dengan penuh mengharap. Ibunya dikerling sekilas.

" Ibu tunggu di kereta. Bincanglah elok-elok."

Alisa hanya mengangguk.

" Tiada apa yang perlu kita bincangkan. Kenapa?" Syahmi bagai orang yang tiada perasaan saja. Tapi dalam hati rasa sakit kerana terpaksa menipu orng yang dicintai.

Kalaulah dia tidak beritahu Alisa perkara sebenar. Pasti dia tidak diselebungi rasa bersalah.

" Saya nak tahu kenapa awak selalu ingin saja mengelak daripada saya. Apa salah saya. Bukankah sebelum ini awak yang mucnul dan mengambil berat akan saya. Mana semua sikap tu. Sikap yang berjaya buat saya jatuh cinta. Mana?" sedikit tinggi nada Alisa ketika meluahkannya.

Syahmi mengeluh kecil. Rasanya dia perlu beritahu perkara sebenar. Ini saja caranya supaya Alisa berhenti menyalahkan dirinya.

" Lisa.. sebenarnya saya ada penyakit. Saya menghidap penyakit barah. Walaupun baru di tahap 1. Tapi ia mengambil masa untuk sembuh."

Tergamam Alisa ketika mendengar penjelasan Syahmi. Sungguh dia tidak menyangka orang sebaik Syahmi menghidap penyakit barah. Ya Allah..

Syahmi tersenyum pahit. Dia tahu Alisa pasti sukar untuk terima.

" Awak baliklah. Dan saya tak mahu awak simpati akan keadaan saya. Memang betul saya mencintai awak. Tapi saya tidak dapat jamin yang kita akan bersama. Maafkan saya jika sebelum ni saya buat awak tidak selesa." getar suara Syahmi.

Pantas dia memusingkan badan. Tak sanggup untuk berhadapan dengan Alisa. Dia tidak kuat. Sama perasaannya ketika mendapat tahu penyakit sebenar. Itu pun selepas hal orang tua Alisa selesai. Maafkan aku Alisa.

Alisa memandang belakang Syahmi dengan pandangan sayu. Serta merta air matanya turut menitis.

" Baliklah Lisa. Selepas ini saya akan pergi jauh dari sini. Saya akan berpindah. JAdi awak boleh lupakan saya."

Syahmi terus masuk ke dalam rumah. Wajah Alisa langsung tidak dipandanganya. Takut dirinya tidak kuat.

***

Seminggu berlalu...

Syahmi merenung beg-begnya sebelum di bawa masuk ke dalam balai pelepasan. Sungguh dia rasa sedih kerana ingin meninggalkan Malaysia dan orang tersayang. Tapi dia terpaksa demi menyembuhkan penyakitnya.

Selepas berfikir masak-masak. Dia sudah bertekad ingin berusaha menyembuhkan penyakitnya. Mungkin benar kata Alisa kerana dia sudah membuat solat istkhikarah dan meminta pertolongan Allah. HAtinya kuat mengatakan yang Alisa jodohnya.

Jadi untuk tidak mengecewakan Alisa, dia harus tabah dan cekal hadapi semua ini. Moga-moga apabila dia pulang ke Malaysia, Dia dapat jumpa lagi dengan Alisa. Sekalipun Alisa sudah berkahwin.

Selesai semua proses, Syahmi bergerak menuju ke ruang menunggu. Ada lagi sejam sebelum dia masuk ke dalam balai pelepasan.

Memang tidak dapat dinafikan, dia berasa hampa dan kecewa. Alisa tidak datang lagi ke rumahnya selepas mengetahui penyakitnya. Tapi dia tak salahkan Alisa kerana Alisa patut mengetahui perkara yang sebenar.

' Maafkan aku Alisa. Maafkan aku..'

Syahmi tersenyum hambar melihat seorang pasangan suami isteri. Melihatkan mereka Syahmi teringat orang tuanya. Sungguh dia amat merindui orang tuanya.

" Syahmi!" Syahmi tersentak. Dia terdengar ada orang memanggil namanya. Tapi siapa?

" Syahmi!"

Syahmi bangun dan melihat sekeliling. Dan matanya jatuh pada kelibat orang yang sangat dia rindui. Alisa!

" Awak..." Alisa kini berhadapan dengan Syahmi. Syahmi terpinga-pinga melihat Alisa. Terkejut kerana Alisa berada dihadapannya.

" Macam mana awak tahu saya ada di sini?" soal Syahmi pelik.

Alisa tersenyum. " Mana boleh saya biarkan orang yang saya cintai pergi begitu saja. Awak dah melampau kerana tidak beritahu saya soal ini. Mujur jiran sebelah beritahu." ujar Alisa dalam nada geram.

Syahmi tersnyum. Alisa ini memang bukan perempuan yang mudah mengalah. Dia jadi bangga akan diri Alisa.

" Awak..saya cakap dengan awak tapi awak boleh termenung pulak."

Syahmi tertawa kecil. Pertama kali dia melihat Alisa dalam keadaan geram macam ni.

" Maafkan saya. Saya tak sangka awak akan datang sini. Saya ingat awak dah lupakan saya sebab masalah saya." ujar Syahmi serius.

Alisa menggeleng. Tak mungkin dia akan buat begitu. Lagipun kalau benar mencintai seseorang. Kita patut terima keadannya seadanya. Tak kira Syahmi sihat atau sakit. Ini dinamakan cinta sejati yang dikurniakan Allah.

" Tak..kalau saya cintakan awak. Saya tetap akan cintakan awak sampai bila-bila." tegas Alisa.

" Tapi...betul ke awak nak pergi? Buat apa?"

" Maafkan saya. Saya kena pergi. Kalau benar awak cintakan saya, awak perlu tunggu saya sampai balik. Saya pergi kerana ingin menyembuhkan penyakit saya. Saya tak mahu awak kecewa akan diri saya." jelas Syahmi.

" Dekat Malaysia pun ada perubatan yang baik. Tak usahlah pergi.." rayu Alisa.

" Tak boleh. Saya dah tetapkan tarikh untuk bertemu mereka. Awak cuma perlu doakan saya. Semoga semuanya berjalan lancar. Dan awak janji dengan saya yang awak tunggu saya ya? Saya pasti akan balik demi orang yang saya cintai." Syahmi tersenyum manis ke arah Alisa.

" InsyaAllah dengan izin Allah."

Syahmi hanya mengangguk. Dengan langkah perlahan dia melangkah masuk ke dalam balai pelepasan. Dengan seribu harapan yang menanti.

***

Setahun berlalu...

" Wuargghh!"

Bunyi tangisan bayi mengejutkan Alisa yang sedang termenung itu. Pantas dia cuba menenangkan bayi yang berada dalam dukungannya. Dia jadi tersenyum sendiri kerana boleh termenung.

' Ya Allah..aku merindui dia.'

" Alisa..."

Alisa tersentak. Terasa air matanya mengalir keluar. Pantas disekanya.

" Ya saya.."

Alisa meletakkan bayi itu ke dalam buaian bayi. Senyumannya terukir melihatnya yang sedang lena itu.

" Ada orang nak jumpa kamu di luar."

" Siapa kak?"

" Entah..pergi je.." Alisa hanya menurut. Dengan debaran dia melangkah keluar daripada bilik jagaan bayi.

Kini dia berkerja sebagai penjaga atau pengasuh bayi di tadika. Ini sebagai kerja sambilannya pada waktu cuti. Alhamdulilah dia boleh lakukan.

Alisa menoleh ke kiri dan ke kanan. Tapi dia tidak tahu siapa yang ingin menjumpainya. Baru saja dia ingin melangkah masuk, terdengar namanya dipanggil.

" Alisa.." Alisa tersentak. Suara itu!

Perlahan-lahan Alisa menoleh ke kiri. Terkaku dia di situ melihat insan itu dihadapan mata.

" Awak masih tak berubah Lisa.." Syahmi tertawa kecil melihat Alisa. Sudah lama dia tidak berjumpa dengan Alisa.

" A..awak dah balik? Macam mana awak tahu saya ada di sini?" soal Alisa bertalu-talu.

" Saya pergi rumah awak tapi awak tak ada. Saya tanya ibu awak. Ibu awak yang beritahu. Jadi.. terkejut?"

" Yalah.. kenapa awak tak beritahu yang awak balik hari ini?" Syahmi tersenyum.

Kepalanya didongak untuk melhat langit yang cerah itu. Sudah berapa lama dia tidak dapat melihat langit dengan begitu tenang. Alisa dikerling sekilas.

" Saya nak beri kejutan. Tapi tak sangka saya yang terkejut apabila dapat tahu awak berada di sini. Atau awak ni dah berkahwin?" Syahmi dengan riak mukanya terkejut. Takkanlah?

Alisa pula tertawa kecil.

" Tak mungkin saya dah berkahwin sedangkan saya mencintai orang lain. Itu pun takkan tak boleh fikir." sindir Alisa.

Syahmi tersengih sambil tergaru-garu keningnya. Jadi tekaannya silap. Alhamdulilah.

" JAdi..saya masih ada ruang untuk masuk ke dalam hati awak?"

Alisa tersenyum melihat wajah Syahmi. Syahmi memang sudah banyak berubah.

" Awak..ruang yang kosong itu memang saya khaskan untuk awak." jawab Alisa tulus.

Syahmi mengucap syukur dalam hati.

" Awak dah sembuh?" soal Alisa.

" Alhamdulilah. Makin sembuh. Erm..kalau begitu mulai hari ini saya takkan lepaskan awak lagi."

Alisa mencebik kemudian berlari masuk ke dalam. Sesaat kemudian dia keluar semula tapi syahmi tiada. Alisa pelik.

" Cari saya ke?" Alisa terkedu melihat sebentuk cincin berada dihadapan matanya.

Syahmi bergerak dan berhadapan dengan Alisa. Cincin yang dia pegang dihulurkan kepada Alisa.

" untuk awak. Ia sebagai janji saya untuk menjaga awak seumur hidup saya. Sudikah awak menerima saya sebagai suami awak?"

Alisa terpegun dan secara tak sengaja mengalirkan air mata. Kemudian dia pantas mengangguk. Dah lama dia menantikan saat ini.

" Terima kasih kerana sudi menunggu saya. Alisa..."

" Sama-sama..."

Kemudian mereka saling berbalas senyuman. Senyuman di mana mereka berdua saja yang tahu maksudnya. Penantian Alisa akhirnya berbaloi apabila Syahmi pulang dan melamarnya. semua ini berkat doanya. Alhamdulilah tidak terkata.

~TAMAT~

No comments :

Post a Comment

Popular Posts

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers