Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Sunday 9 December 2012

Hati Ku Yang Kau Miliki (49)



Haih… penat nyer mengejar budak Syafiq ni. Nakal sungguh lah budak ni. Ini baru boleh merangkak. Belum boleh berjalan lagi. Kalau sudah boleh berjalan aku tak tahu lah.

“ Penat ke Misya?” soal akak Farihah sambil bawa sebotol susu. Mungkin nak beri kepada Syafiq.

“ nakallah Syafiq ni kak. Penat juga mak cik dia nak jaga.” Ujarku sambil tersengih.

“ nakal tu memang nakal. Tapi bila dia tak ada tak seronok juga hidup ni Misya. Nanti bila kamu kahwin dan dapat anak. Kamu tahulah bagaimana perasaan akak ni.”

Aku memandang Syafiq yang ralit bermain itu.

“ bagaimana hal kamu dengan Zaim? Kamu dah berikan jawapan?” aku tersentak.

“ erk… belum kak.” Balasku teragak-agak.

Bukan tak mahu beri jawapan. Tapi masa yang tidak menginzinkan. Lagipun kebelakangan ni dia sering sibuk. Kadang-kadang aku rasakan yang dia sudah lupa akan hal ini. Terasa juga aku ni.

“ kenapa tidak? Dah seminggu berlalu Misya. Kamu tak boleh teragak-agak dalam buat keputusan. Dah minta petunjuk Allah?” aku mengangguk perlahan sambil mengulas rambut Syafiq yang sedang minum susu itu.

“ habis? Apa yang kamu tunggu-tunggu lagi. Dan jawapan kamu apa?” aku jeling akak Farihah lalu tersenyum.

“ terima?” soal akak Farihah minta kepastian. Yang pasti mukanya sekarang sangat teruja.

“ hurmm… tapi sekarang Misya rasa yang Zaim tu tak terima jawapan Misya. Yelah.. Misya rasa dia macam dah lupakan apa perkara yang dia nanti-nantikan tu. Terasa juga kak bila dia macam buat endah tak endah je. Setiap kali Misya cuba nak ajak dia keluar, masa tu jugalah ada pelbagai alasan kerja yang di beri. Memang kebelakangan ini mereka bertiga sibuk sungguh.” Jelasku.

“ yeke… tak apa. Nanti biar akak cakap dengan abang Shah.” Aku menggeleng.

“ jangan kak. Kalau boleh Misya tak nak sesiapa pun tahu akan hal ini. Ini hal Misya jadi biar Misya je yang selesaikan sendiri.” Tolakku secara baik.

“ baiklah kalau begitu. Terlupa pula akak nak beritahu. Azfar kirim salam. Semalam dia telefon.”

Khabar akak Farihah. Sudah lama aku tidak dengar berita daripada dia.

“ waalakumussalam. tak silap Misya minggu depan hari perkahwinan mereka kan?” soalku pinta kepastian.

Sekarang setahu aku Azfar berada di Sarawak. Ada kerja yang perlu dia buat. Dila pula balik kampung.

“ yap… esok Azfar akan balik sini.” Aku jadi teruja.

“ betul ke. Hurmm.. tak sangka pula  kan yang Azfar kahwin dulu daripada Misya. Walaupun umur kami sama 23 tahun tapi dia kahwin dulu. Cepat sungguh.” Ujarku dalam nada gurau.

“ yelah… kamu tu bila lagi. Cepat-cepatlah ajak Zaim tu kahwin.” Lengan akak Farihah perlahan ku tampar.

“ syhh… biar dulu. Lambat lagi.” Balasku perlahan. Akak Farihah ketawa kecil.

“ lambat lagi la pula ya… “ aku Cuma tersengih.

*****

“ Ouch! Sakitnya!” atas hidungku di tenyeh beberapa kali. Sakit tu memang sakit. Mana tak nya kena cucuk dengan mata pensel.

“ weh.. maaflah. Aku tak sengaja. Tak perasan pula yang kau dekat dengan mata pensel ni.” Pohonya.

Aku tersenyum.

“ tidak mengapalah. Tak sengaja kan? Tak apa.” Balasku tenang.

*****

Ya Allah! Apa yang aku mimpi tadi tu. Tak silap aku itu masa aku darjah satu. Dan budak tu namanya Shahrul. Budak yang tinggalkan kesan mata pensel di atas hidungku. Sampai sekarang masih ada. Tetap kekal ada.

Mujur tak terang. Mana tak nya, seronok aku dan Ifah berbual. Dia naik atas meja aku dengan keadaan meniarap. Yang dia bawa sekali pensel tu siapa suruh. Dia meniarap menuju ke belakang aku. Kiranya sebelah je lah tempat tu.

Tapi yang tak di sangka adalah saat aku menoleh ke arahnya, mata pensel tu tepat berada di atas hidungku. Mujur tak kena mata. Kalau tidak memang cari nahas dengan mak aku masa tu.

Yang buat aku ketawa adalah begitu senang aku maafkan dia. Itu juga yang buat mak aku bebel tu. Nak tahu kenapa? Hehe… sebab masa tu aku sukakan dia. Ifah pun tahu perkara ini.

Apalah… baru umur 7 tahun dah pandai nak suka-suka ni. Teruk betullah sikap aku masa tu. Dah tu apa yang boleh aku buat. Dah perasaan tu muncul. Ala cinta monyet je pun. Huhu…

Tapi kenapa tiba-tiba peristiwa yang telah berlalu selama 16 tahun itu boleh masuk dalam mimpiku. Apakah maknanya itu Ya Allah? Adakah itu petunjuk yang Shahrul itu adalah jodohku.

Takkanlah.. sebab sepanjang aku lakukan solat istikharah. Wajah Zaim je yang selalu muncul. Kadang-kadang terbawa dalam mimpi. Itu lah petunjuk Allah. Tapi apa kaitannya dengan mimpi ini pula. Hadoii…

~Bersambung~

No comments :

Post a Comment

Popular Posts

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers