Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Thursday 13 December 2012

Hati Ku Yang Kau Miliki (53)



Sebulan Berlalu...

" Selamat Pengantin Baru buat Misya dan Zaim aku ucapkan.Moga korang akan berkekalan hingga ke akhir hayat."

Ucapan Dila dan Azfar buat aku dan Zaim tersenyum.

Akhinya, selepas pelbagai halangan yang kami hadapi.Kami sudah diijapkabulkan pada pagi tadi. Macam tak percaya pula yang aku sudah sah menjadi isteri kepada Muhamad Shahrul Zaim. Bagaikan mimpi je.Tapi sebenarnya tak.

"Sayang!" Aku tersedar.

"Sini.."

Aku melangkah ke arah Zaim yang sedang melayan tetamu. Aku turut melihat Azfar dan Dila yang tak lama akan menerima kehadiran orang baru iaitu cahaya mata. Aku tumpang gembira bagi pihak mereka.

"Misya..abang kenalkan kawan abang." Aku tersenyum ke arah dua orang lelaki yang diperkenalkan Zaim. Mungkin kawan kolej.

"Selamat pengantin baru kami ucapkan.Tak sangka akhirnya kawan aku ni kahwin juga."

"Mestilah. Takkan nak jadi bujang terlajak."

Aku tertawa kecil akan kata-kata Zaim. Aku rasa kalau aku tak berjumpa dan mencintai dia siapa agaknya insan yang akan berkahwin dengannya.Tapi sudah tertakluk yang aku ni adalah jodoh dia.

"Abang..Misya nak pergi jumpa Dila jap." pintaku.

"ye..pergilah."

Dengan senyuman aku melangkah ke arah Dila dan Azfar.

"Hai korang.." sapaku lalu mengambil tempat di sebelah Azfar.

"Haih..yang kau datang sini nape?Kenapa tak duduk sekali dengan Zaim?" soal Azfar.

"malas lah.Lagipun aku penatlah berdiri daripada tadi.Jadi aku datanglah sini dan lagi bagus kalau kau boleh tolong aku ambilkan minuman. Please..." pintaku dengan manja.

Aku tersengih melihat muka seposen dia. Dila dihadapanku turut tersengih.

"yelah.. tak apa hari ini aku tolong sebab hari ini kan hari kau.."

Terus dia berlalu. Aku hanya tersenyum. Walaupun dah nak jadi bapak orang tapi perangai masih tak ubah-ubah. Mungkin itulah sikap yang digemari Dila kerana tanpa gurauan senda. Rumah tangga tidak akan bahagia dan hilang serinya.

"weh...aku gembiralah tengok kau sekarang. Aku harap kau akan berbahagia." ujar Dila.

"terima kasih. Aku nak tanya sikit. Apa yang buat kau jatuh cinta dekat Azfar?" soalku. Soalan cepumas tu.

Dila tersenyum.

" sikap dia yang macam keanak-anakan dan suka buat kelakar. Itu yang utamanya.Dan sikap dia yang lain tu seperti penyayang, baik hati, bertanggungjawab dan macam-macam lah. YAng penting keimanan dia tu."

Aku tersenyum. Begitu banyak yang dia perhati tentang Azfar.

"okey..aku sudah faham."

"nah.." aku menoleh dan menyambut cawan yang berada di tangan Azfar.

"untung kau Azfar.." ucapku lalu menyisip minuman sampai habis. Dahaga sangat.

"asal?"

"yalah..susah tahu tak nak dapat isteri macam Dila ni." ujarku.

"Well..tengok oranglah." aku mencebik manakala Dila hanya tersengih.

"perasan.dahlah..aku nak pergi dulu."

Aku kembali melangkah ke arah Zaim. Kelihatan dia sangat seronok berbual dengan dua orang kawannya itu. Aku jadi teragak-agak sama ada pergi atau tidak. Hurmm..

Tak payah lah.Jadi aku melangkah masuk ke dalam rumah. Lagipun sudah pukul 5 petang. Aku pun sudah penat sangat ni.

"Misya.." aku menoleh ke belakang.

" kenapa masuk dalam?" soal ibu. Aku tersenyum.

"TAk apalah.Lagipun Misya nak berehatlah. Abang Shah mana ibu?"

"ada..diluar agaknya. Tak apalah kamu berehat dulu." Aku hanya mengangguk.

Aku mengambil tempat di sofa. Mujur orang tak ada dalam rumah ni. Jadi mungkin aku boleh terlelap kejap.

****

" Misya.. saya ucapkan tahniah."

"terima kasih awak. Tapi awak akan sentiasa berada di dalam hati saya."

Aku tersenyum meihatnya tersenyum.

" saya pun...saya doakan korang berdua bahagia. Ingat Misya.. jadilah wanita solehah disamping suami. InsyaAllah awak akan mendapat keberkatan dan keredhaan Allah." pesannya.

Aku mengangguk.

" Terima kasih Aidil. Saya pasti akan ingat pesan awak."

" Saya pergi dulu.."

Aku tersenyum. Walauapapun yang terjadi awak tetap berada didalam hati saya walaupun saya sudah ada Zaim.

****

"Misya..Misya.."

Terasa badanku digoncang perlahan. Aku membuka mata dengan perlahan-lahan.

"Misya.."

Wajah Zaim terpampang di hadapan mataku. Dekat pula tu. Pantas aku bangun dari berbaring. Aku memerhati sekeliling. Aik! NI bukan dalam bilik aku ke.

"kenapa saya boleh berada disini?" soalku perlahan. Ngantuk masih terasa.

" Abang yang angkat. Maaf kalau abang kacau Misya tidur. Tapi dah nak maghrib ni." Aku tersentak.

" lamanya Misya tidur. Maaf.." pintaku. Patutlah aku rasa lama je aku tidur tadi. Sampai baju Zaim pun dah tertukar. Baju aku.. aku menilik pakaianku. Aik! Asal dah tertukar? Takkan?

Aku mendongak melihat ZAim yang sedang menyisir rambutnya itu.

"abang.." panggilku meleret.

" yap..pergilah mandi dulu. Kejap lagi kita solat berjemaah." ujarnya tanpa menoleh melihatku.

Aku melihatnya tajam melalui cermin. Apabila dia perasan, dia pun menoleh dan melangkah ke arahku.

"kenapa?" soalnya pelik. Aku ketap bibir. Nak tanya ke tak. Memang tak salah kalau dia tukar baju aku sebab dia sudah menjadi suami aku tapi aku  malu lah.

"a..abang tukar baju Misya ke?" soalku perlahan. Malu siot!

Aku melihatnya dan terdapat senyuman nakal dibibirya. Ya Allah..malunya aku.

" haah..lagipun kesian tengok sayang tidur dalam keadaan berpeluh. Jadi abang tukar lah." ujarnya selamba.

Aku apa lagi yang boleh nak kata. Untuk menutup malu, aku turun dari katil dan ingin melangkah ke bilik air.

"sayang.." langkahku terhenti.

"terima kasih." Aku mengerutkan dahi. Terima kasih untuk apa?

Belum sempat aku ingin memusingkan badan, dia memelukku daripada belakang.

" terima kasih sebab sudi terima abang dalam hidup Misya. Terima kasih juga kerana sudi mencintai abang." Aku tersenyum.

"abang..Misya pun patut ucapkan terima kasih. Selepas kepergian Aidil, Misya rasa kosong dan sunyi je. Sampai abang muncul dan entah bila tanpa Misya sedar yang Misya sudah jatuh cinta dekat abang. Jadi Misya yang patut ucapkan terima kasih." ucapku kembali lalu memusingkan badan.

Dia tersenyum melihatku. Pelukan dileraikan. Aku hanya tersenyum.

"kalau abang tak muncul dan luahkan segalanya, mungkin Misya tak akan berkahwin sampai sekarang." sambungku lagi lalu kembali melangkah ke bilik air.

Terima kasih Zaim.

"sama-sama sayang.." laungnya dari luar. Aku hanya tersenyum.

~Bersambung~

No comments :

Post a Comment

Popular Posts

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers