Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Tuesday 18 December 2012

Cerpen : Putera Mimpi


" Tunggu! Tunggu!"

Termengah-mengah Zara mengejar lelaki yang berada jauh dihadapannya. Bukannya apa, dia cuma nak tahu sesuatu saja.

" Awak! Awak ni siapa? Itu je yang saya nak tahu.."

Zara berhenti daripada terus berlari. Dia rasa penat sangat. Dia jadi pelik, kenapa mesti lelaki itu muncul lagi. Muncul dalam mimpi dia.

" Awak cari saya?"

" Terkejut saya!" Zara mengusap dadanya perlahan.

Zara mendongak melihat orang yang menegurnya. Ternyata lelaki yang dia kejar sebentar tadi.

" Awak ni siapa? Kejap muncul kejap menghilang. Awak siapa?" soal Zara bertalu-talu.

Lelaki dihadapannnya itu hanya tersenyum manis. Kemudian dia menghulurkan tangan ke arah Zara.

" Saya putera mimpi awak. Saya Aryash." Jawab Aryash dengan senyuman manis.

Zara tersentak. Putera mimpi dia? Pelik. Zara melihat huluran Aryash dengan pandangan kosong.

" Sudikah awak menjadi kekasih saya?"

" What?!"

***

Kedebukk!

" Ouch! Sakitnya!" Zara menyeringai kesakitan akibat terjatuh daripada katil.

" Zara! Mimpi lagi ke?"

Zara bangun dengan perlahan. Kepalanya yang tidak gatal digaru perlahan. Dia rasa aneh. Pelik sangat. Dah tiga kali dalam seminggu ni, dia dapat mimpi itu. Mimpi di mana seorang lelaki asyik muncul dalam mimpinya.

Dan mimpi kali ketiganya, lelaki itu memperkenalkan dirinya sebagai putera mimpi? Aryash?

" Urgh! Apa jenis mimpi lah tu. Dan.. Aik! Asal aku boleh teringat nama putera mimpi tu. Aryash?"

Zara tergaru-garu keningnya. Lagilah dia pelik. YA Allah.. boleh sakit kepala kalau macam ni.

" Zara! Kau dah bangun belum?"

Muncul Fira di muka pintu bilik Zara. Fira menjongket kening melihat Zara yang sedikit pelik itu.

" Asal kau ni? Mimpi lagi ke tentang lelaki tu?" soal Fira.

Zara mengangguk kecil.

" Kali ini lelaki tu muncul di hadapan mataku sendiri sebagai putera mimpi. Dan yang pelik aku ingat nama lelaki tu. Aryash.." jelas Zara.

Fira tersenyum. Tak pernah pula dia dengar kisah mimpi macam Zara ni. PUtera mimpi?

" Entah-entah itu jodoh kau tak?" teka Fira.

Zara hanya menjongket bahu. Makin lama dia fikir, makin berserabut fikirannya. Tapi yang pasti wajah lelaki dalam mimpi tu sangatlah hensem. Auww...

" Hoih! Stop berangan. Siap cepat." arah Fira lalu keluar daripada bilik Zara.

" Ke mana?!" laung Zara.

" Teman aku pergi rumah sepupu kejap. Ada barang aku nak ambil!" balas Fira sedikit kuat.

Zara mencebik geram. Baru dia nak berehat dihujung minggu ni. Tapi kena keluar pula. Haiyaa.. Malas ma..

***

Matanya ditenyeh beberapa kali. Tanda yang dia sukar nak percaya apa yang dia lihat sekarang. Sangat mirip lah..

" Fira.. sini jap.." panggil Zara.

Fira yang baru ingin melangkah ke dapur rumah makciknya terhenti. Dia kembali melangkah ke ruang tamu. Dia melihat Zara pelik.

" asal? Yang kau tengok frame gambar sampai terbeliak tu kenapa?" soal Fira.

" Lelaki yang berada dalam frame tu siapa? Yang berpakaian baju melayu tu?" soal Zara dengan debaran.

Fira menjongket kening. Tahulah abang sepupunya tu hensem dan bergaya. Tapi janganlah sampai pandang macam tu. Takut tengok.

" Abang sepupu aku.."

" What?!" terkejut beruk Zara bila mendengar itu. Abang sepupu?

Fira menenyeh telinganya. Zara dijeling geram.

" YAng kau jerit tak tentu pasal ni asal?" soal Fira tidak puas hati.

Zara terteguk air liur. Dia melihat sekali lagi dengan teliti. TApi memang betul. mirip sekali dengan lelaki dalam mimpinya itu. Adakah ini kebetulan atau tidak disengajakan?

" Fira... aku nak balik." Zara memerhati sekeliilng. Takut terserempak dengan abang sepupu Fira. Kalau boleh dia tak nak bertembung dengan abang spupu Fira.

" Lah..asal pula? Aku kan dah kata kita kena stay sini sampai petang."

Zara mencengkam kuat bahu Fira. Dia menarik nafas dalam-dalam. Buang rasa gelisahya.

" Abang sepupu kau tu ada di sini tak?" soal Zara perlahan. Takut orang dengar.

" Tak ada. Kerja. Kenapa ni? Cuba beritahu aku sikit.."

Zara menghembus nafas lega. TApi kalau boleh dia nak pergi dari sini secepat mungkin.

" Aku akan cerita dekat rumah. Sekarang ni kau nak balik atau tidak?"

" Tak.." tegas Fira.

" OKey..kalau macam tu aku balik dulu. Petang nanti aku datang ambil. Ya.."

Pantas Zara menonong keluar macam tu saja tanpa mendapat balasan daripada Fira. Nasib kunci kereta sentiasa berada dalam genggamannya.

" Zara! Hei!" Fira melihat Zara keluar dengan hampa.

' Apa yang terjadi dengan budak ni. Cemas je aku tengok. Lantaklah!'

***

" Awak ni hanya dalam mimpi atau ada di dunia realiti?" Soal Zara apabila bertemu lagi dengan putera mimpinya itu.

Aryash tersenyum menjawab soalan Zara.

" Awak akan tahu tak lama lagi. Tapi satu je saya nak tahu.."

Aryash menatap Zara dengan dalam.

" Sudi tak awak menerima saya dalam hati awak. Di dalam dunia realiti?"

" Ha?!"

***

" What?!"

Zara terjaga daripada tidur. Dia perhati sekeliing. Fuh! Mujur dia berada di dunia realiti. TApi kenapa mesti dekat soalan Aryash pasti dia akan terjaga. Kerana terkejut sangat ke?

Lagu Babak Cinta daripada hensetnya berbunyi. Pantas dia mengagau mencari hensetnya.

" Helo.." ZAra menguap. Mengantuknya masih terasa.

" Hoih! Amboi sedapnya kau tidur. Sekarang dah pukul berapa. Bila nak datang ambil aku ni?" sergahan daripada corong telefonnya itu buat Zara terbangun duduk.

Jam dikerling. Kemdian dia tersengih.

" weh..sorry. Aku tertidur.." ujar Zara dengan sengihan walaupun Fira tidak nampak.

Mana taknya minah tu marah. Dah pukul 6 petang pun..

" Kau datang sekarang. Tahu tidur je kerja kau. Cepat!"

" Ye.."

Zara meraup mukanya berkali-kali. Terfikir tentang mimpi tadi. Seakan-akan benar je. Dan tak sangka juga wajah Aryash mirip abang sepupu Fira.

' Aku perlu rungkaikan persoalan ini. Aku perlu berhadapan dengan abang sepupu Fira. Ya..itu saja cara yang aku ada.'

***

Zara memerhati sekeliling rumah sepupu Fira. Kejap-kejap dia intai di luar. Kejap-kejap dia intai di bahagian dapur. Tapi kelibat yang dia nak jumpa masih belum ada.

" Zara.. what the matter?" soal Fira apabila melihat Zara yang macam tercari-cari seseorang.

Zara tersengih. Tak sangka Fira perasan akan perilakunya itu. Kalau dia tanya takut kata gatal pula.

" Cuba beritahu aku apa masalah kau ni sebenarnya. Pening aku tengok kau ni tahu tak?"

Fira melangkah mendekati Zara di sofa. Tempat kosong dihadapannya itu diambil.

" Erk.. abang sepupu kau tu belum balik ke?" soal Zara perlahan. sambil-sambil tu dia perhati sekeliling. Mana tahu ada..

Fira menjongket kening. Kenapa tiba-tiba tanya pasal abang sepupunya pula. Pasti ada yang tidak kena ni.

" Belum.. dalam perjalanan kot. Yang kau ni kenapa tiba-tiba cari abang sepupu aku pula? Tell me please?" rayu Fira.

Zara mengeluh kecil. Fira patut tahu masalahnya.

" Muka abang sepupu kau mirip sangat dengan muka lelaki dalam mimpi aku. Mirip sangat." jelas zara dengan bersungguh-sungguh.

Fira terdiam. Zara direnungnya. Kemudian dia ketawa geli hati.

" Hoih! Ya Allah.. kenapa kau boleh fikir sampai macam tu sekali. Bukan ke itu hanya mimpi. Ini realiti zara." ujar Fira dengan sisa baki ketawanya.

" AKu tahu. Sebab tu aku nak jumpa abang sepupu kau. Nak rungkaikan segala persoalan yang bermain difikiranku ketika ini. Kalau tidak sampai bila-bila takkan selesai."

Fira terdiam melihat keresahan Zara. Ternyata Zara ada masalah besar dengan mimpinya itu.

" Kau sabar ye.. Kejap lagi dia sampai and then kau tanya dia sendiri." ujar Fira serius.

Zara tersenyum.

" Thank kerana mempercayai aku. Aku tahu semua ini tak masuk akal. Tapi selagi aku tak selesaikan perkara ini selagi tu perkara itu bagai menghantui hidup aku ni. Aku takkan tenang." luah Zara.

Bahu Zara dipaut lembut oleh Fira. Fira tahu dan dia akan cuba selesaikan bersama masalah kawannya itu.

" Assalamualaikum.." Fira tersenyum. Abang sepupunya dah balik.

" Waalaikumussalam.." jawab Fira dan Zara serentak.

Kemudian seorang lelaki melangkah masuk ke dalam rumah dengan senyuman. Fira hanya tersenyum manakala Zara tergamam.

" Abang Faris. Sini jap.." panggil Fira.

Abang sepupu Fira pun melangkah mendekati Fira. Tapi saat dia bertembung mata dengan Zara, dia turut jadi tergamam. TApi kemudian dia tersenyum manis. Senyuman itu khas ditujukan kepada Zara.

" Kenapa Fira?" soal Faris dengan senyuman.

Zara dah tak tahu nak cakap apa. Yang pasti dia sangat terkejut. Wajah dan senyuman Faris persis lelaki yang berada didalam mimpinya. Ini dunia realiti kan? Bukan mimpi kan?

" Abang Faris .. kawan Fira nak cakap sikit dengan abang. Boleh?" soal Fira.

Faris tersenyum. Anggukan kecil diberikan kepada Fira. Kemudian matanya teralih melihat insan itu berada di hadpan mata.

" Okey. Zara aku tunggu kau dekat dapur. Nanti cari aku kat dapur.." ujar Fira sebelum berlalu. INgin memberi ruang kepada dua orang itu. Harap-harap boleh selesai masalah Zara.

" So... awak Zara?" soal Faris.

Zara tersentak. Macam mana Faris boleh tahu namanya. Sedangkan Fira atau dia tak beritahu pun.

" Awak ada apa nak cakap dengan saya?" soal Faris lagi apabila soalan pertamanya tidak bersambut. Gadis dihadapannya itu seakan terkejut. sangat-sangat.

Zara mengetap bibir. Dia tak tahu apa yang patut dia tanya. Lagipun lidahnya seakan kelu untuk berbicara. suaranya bagaikan tersekat di kerongkong.

" Zara... kalau awak tak nak cakap.."

" Maaf.." pintas Zara sambil tertunduk memandang lantai.

" Maaf kerana terpaksa tanya awak soalan yang tak munasabah ini. Tapi adakah awak lelaki yang muncul dalam mimpi saya?" soal Zara terus lalu mendongak melihat Faris.

Faris tersentak. Tapi pada masa yang sama dia tersenyum. Tak sangka gadis dihadapannya ini seorang yang berterus terang.

" Ermm.. awak rasa?"

Zara tersentak. Benarkah?

" Betul ke..a.awak ni putera mimpi tu?" gugup Zara saat itu.

Faris bangun dan memusingkan badan. Dia tersenyum akan reaksi Zara.

" Awak akan tahu lambat laun sama ada saya ni putera mimpi awak atau bukan. Yang pasti awak ni memang comel."

Terus Faris melangkah selepas berkata demikian. Zara pula terkesima. Tapi dia masih tak faham apa yang dikatakan oleh Faris. Faris macam nak main tarik tali dengan dia.

'Ya Allah..bantulah aku dalam menyelesaikan masalah ini.. Aku langsung tak fahamlah.'

****

" Zara..."

Zara yang sedang menangis itu menoleh ke belakang. Ternyata putera mimpinya.

" Kenapa awak nangis?" soal Aryash.

Zara menggeleng perlahan. Bagaimana lagi dia ingin mengelak dan tak mahu lagi masuk dalam mimpi yang langsung tak masuk akal ini. Bagaimana caranya? Dia jadi buntu. Sebab itu jugalah dia menangis.

" Awak.." Aryash menyeka perlahan air mata Zara. Zara hanya membatukan diri.

" Kenapa dengan awak? Kenapa awak muncul dalam mimpi saya? Kenapa wajah awak mirip Faris. Kenapa? Tolong berikan saya jawapan yang tepat." soal Zara bertalu-talu.

Zara melihat Aryash dengan harapan agar Aryash dapat jawab soalannya itu. Zara tak mampu menahan lagi. Tapi apa yang pasti dia dah jatuh cinta akan Aryash. Ya dia tahu ini tak masuk akal. TApi apa yang boleh dia buat untuk elakkan semua ini berlaku? Apa?

Aryash tersenyum manis. Kasihan pula melihat Zara begitu. Dalam keadaan tertekan.

" Zara.." Tangan Zara dicapai Aryash.

" Saya nak awak dengar apa yang ingin saya katakan."

Tiba-tiba Aryash melutut dihadapan Zara. Dan perbuatan spontan itu buat Zara tergamam. Zara melihat Aryash dengan seribu tanda tanya.

" Sudikah awak menjadi isteri saya?" Zara terundur satu langkah ke belakang.

" Awak..saya ikhlas." Zara menggeleng laju. Pantas dia berlari jauh daripada Aryash.

Dia tak nak ada kena mengena lagi dengan Aryash tu.

" Tolong jangan muncul lagi dalam mimpi saya. Tolonglah pergi dari hidup saya." ujar Zara kuat. Air matanya menitis lagi.

Aryash tersenyum dari jauh. Tapi dia tidak akan berputus asa.

" Awak..."

" Tolong Aryash. Saya minta sangat." pohon Zara.

Aryash tersenyum hambar. Kemudian dia mengangguk perlahan.

" Baiklah kalau itu yang awak nak. saya akan pergi. Tapi kalau di dunia realiti, dia tengah tunggu awak." kata Aryash dengan senyuman.

Kemudian dia melangkah dan melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi.

Zara melihat Aryash pergi dengan linangan air mata.

" Aryash!"

***

"Huh!"

Zara terbangun. Dia meraba seluruh wajahnya. dan tak menyangka dia menangis dalam tidur.

'Adakah aku menangis kerana Aryash?'

" Zara!" laungan Fira buat Zara pantas mengelap air matanya.

" Tak bangun lagi ke? Kerja lah!"

" Ya..aku dah bangun."

Zara bangun dan melihat cermin. Wajahnya ketika ini kelihatan sembap. Dan matanya memang merah. Bukan kerana bangun lambat tapi kerana menangis.

' Ya Allah... Apa maksud kata-kata Aryash dalam mimpi tu?'

***

" Weh..aku nak pergi tandas jap. Nak terkuncil. Hehe.." Fira tersengih.

Zara tergeleng-geleng melihat Fira yang sudah meninggalkan dia untuk ke tandas. Kini mereka berada di shoping mall. Bersiar-siar pada hujung minggu.

Zara tiba-tiba teringatkan putera mimpinya. Dah hampir seminggu lelaki itu tidak muncul. Zara jadi lega. Tapi pada masa yang sama, dia jadi rindukan lelaki itu. Memang tak masuk akal kerana ia hanya mimpi. Tapi ia seakan-akan benar. Dan perasaan yang dia alami kini. Apakah itu?

Terasa bahunya dicuit seseorang. Jadi dia pun menoleh ke belakang. Alangkah terkejutnya dia melihat insan yang sedang berhadapan dengannya sekarang.

" A..awak.." Zara tidak percaya yang dia akan berhadapan semula dengan Faris.

" Hai..ya saya. Lama tak jumpa dengan. Itu juga buat saya rindukan awak." ujar Faris dengan senyuman.

Zara mencari-cari kelibat Fira. Dia nak pergi dari sini. Kalau boleh dia nak lupakan semuanya.

" Awak cari Fira kan? Dia dah pergi dulu. Dia nak saya jaga awak."

Zara tersentak. Tak punya kawan. Tengok kau balik nanti.

" Can we talk?" soal Faris. Zara mengetap bibir. Patutkah dia menerima perlawaan Faris.

" JUst 10 minute. Please.." rayu Faris. Dia tak mahu lagi kehilangan Zara. Pertama kali dia bertemu Zara di dunia realiti. Dia jadi yakin sangat-sangat.

Akhirnya Zara mengangguk kecil. Faris hanya tersenyum.

***

" Jadi..apa yang awak mahu bincang dengan saya?" soal Zara serius.

" Saya nak awak tahu sesuatu. Tapi sebelum tu saya nak tanya awak satu soalan. Boleh?"

Zara hanya mengangguk kecil.

" Awak sudah ada someone or awak dah jatuh cinta dengan someone?"

Faris memerhati wajah Zara dengan senyuman manis. Manakala Zara tergamam akan soalan Faris.

' Aku memang ada rindukan seseorang. Tapi ia benda tak masuk akal kerana ianya hanya dalam mimpi. Patutkah aku beritahu dia sebegitu.'

" Erk.. belum." jawab Zara.

" JAdi saya ada harapanlah ni." ujar Faris dengan senyuman ceria.

Zara yang tak faham hanya menjongket bahu. Dia memerhati sekeliling, pelbagai karenah manusia yang dapat dia lihat.

" Zara..." Zara menoleh dan jadi terpaku melihat apa yang berada dihadapannya saat ini.

Faris tersenyum melihat reaksi Zara, dia menghulurkan sebentuk cincin kepada Zara. Dia ingin Zara menjadi miliknya.

" A..apa ni?" Zara melihat cincin dan Faris silih berganti.

Faris tiba-tiba melutut dihadapan Zara. Dengan senyuman manisnya.

" Awak..sudikah awak kahwini saya?"

Zara menekup mulut. Orang sekeliling yang melihat babak itu tersenyum. Zara dah jadi malu akan tindakan Faris.

" Awak..apa ni. Jangan macam ni. Saya malulah." ujar Zara perlahan.

" Saya takkan bangun selagi awak tak jawab soalan saya. Sudikah awak jadi puteri saya?"

Faris melihat Zara dengan sinar harapan. Zara mengetap bibir. Apa perlu dia buat.

" Terima Zara!"

Faris dan Zara menoleh ke kiri. Ternyata Fira dan seorang lelaki sedang tersenyum ke arah mereka.

" Terima Zara. Abang sepupu aku amat mencintai kau." ujar Fira bersama senyuman.

Fira sebenarnya terkejut apabila mendapat tahu abang sepupunya itu adalah Aryash yang disebut Zara. Putera mimpi yang selalu muncul dalam mimpi Zara. Dia sendiri tidak menyangka sehinggalah dia terbaca diari milik abang sepupunya.

Di situ sudah terjelas segalanya. Malah abang sepupunya yang keluar berhadapan dengan dia dan beritahu perkara sebenar. Perasaan abang sepupunya benar.

" Ta..tapi... saya tak kenal awak dan awak pun tak kenal saya. Dan macam mana awak boleh tiba-tiba nak kahwin dengan saya sedangkan awak tak cintakan saya?" Zara merenung Faris inginkan jawapan.

Faris tersenyum. Dia tahu pasti Zara akan tertanya-tanya.

" Sebenarnya sayalah lelaki yang sentiasa muncul dalam mimpi awak tu." jelas Faris.

Zara terkedu. Putera Mimpi? Faris ni putera mimpi dia? Ya Allah..apa semua ni.

" Saya Faris Aryash Bin Zulkifli. Zara.. saya tahu awak cintakan lelaki itu. Dan sekarang lelaki itu sudah berada dihadapan mata awak Zara. Saya tahu awak takkan faham. saya sebenarnya pun tak faham kenapa tiba-tiba saya boleh berada dalam mimpi awak buat pertama kalinya. Sampailah awak bertanya kepada saya dalam mimpi itu."

" Saya yakin ini petunjuk Allah kepada saya. Awak ni jodoh saya. Puas saya lakukan solat istkhirah. Dan wajah awak yang muncul.Saya semakin yakin yang awak jodoh saya saat kita berjumpa buat pertama kali di rumah saya itu. Cuma dalam seminggu yang lepas saya sudah tak muncul dalam mimpi awak. Mungkin ini kuasa Allah. Petunjuk Allah untuk pertemukan kita. Yang bezanya ini dalam mimpi. Trust me Zara." jelas dan terang sekali apa yang Faris perkatakan. Tiada satu pun yang tertinggal.

Zara memandang Faris tidak berkelip. Aryash dan Faris ternyata orang yang sama. Dan...dan ini seperti tak masuk akal.

' Ya Allah..betul ke semua ini. Sukar aku nak percaya.'

"Zara.."

" Awak..kalau betul awak ni orang yang sama. Saya nak awak jawab soalan saya dulu." Faris hanya mengangguk.

" Kali terakhir Aryash muncul dalam mimpi saya. Apa yang terjadi masa itu?" soal Zara. Tidak mungkin dia akan lupakan mimpi itu. Mimpi yang buat dia menangis.

Faris tersenyum. Dengan senang hati dia menjawab.

" Awak menangis. Awak tanya kenapa saya selalu muncul dalam mimpi awak. Awak tanya kenapa rupa Aryash tu sama dengan rupa Faris. Saya juga melamar awak dalam mimpi tu." Zara terpaku mednegar kata-kata Faris.

Apa yang Faris kata itu benar sama sekali.

'Ya Allah..jadi benar ini Aryash itu. Faris Aryash.. Ya Allah..'

"Dan sekarang saya ingin bertanya sekali lagi. Adakah awak sudi menjadi isteri saya?"

Zara melihat Faris. Kemudian dia melihat Fira. Fira hanya mengangguk tanda setuju. Kemudian Zara kembali melihat Faris. Dia mengukirkan senyuman.

" YA..saya setuju. Mungkin benar yang awak adalah jodoh saya." jawab Zara dengan senyuman manis.

Faris mengucap syukur. Fira turut tersenyum melihat mereka berdua. Orang disekeliling sudah bertepuk tangan tanda mengucapkan tahniaah atas penerimaan Zara.

Zara tertawa kecil atas apa yang telah terjadi dalam hidupnya. BAgaikan dalam mimpi tapi ia benar. Tapi macam tak masuk akal pun ada. Apa-apa pun boleh berlaku dengan kuasa Allah.

" Terima kasih Zara.."

" Terima kasih juga saya ucapkan. Putera mimpi..."

~Tamat~

p/s: hnya rekaan semata-mata. :) Enjoy?

2 comments :

Popular Posts

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers