Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Tuesday 16 August 2016

Cerpen : Mr Doctor! I Love You!

Assalamualaikum.

Ya Allah. Lama gila tak jejak ke sini. Sory guys. Sorry pada yang ternanti-nanti cerpen baru dari aku. Serius. Aku sibuk sikit lately ni. Ditambahkan dengan novel. Haha. Ha! Aku tengah siapkan novel dekat wattpad. That's why tak terfikir dah pasal cerpen. Mohon tabah la nak ye? haha.

By the way.. sebelum korang baca. Aku nak gtau sikit. Cerpen ni cerpen yang paling simple yang pernah aku buat. Aku ambil kisah cerpen ni dari seorang adik. Tapi ada la tokok tambah. Haha. Dan cerpen ni tak ada konflik sangat. Just simple. Serius aku cakap! Kalau tak suka blah la. (Sory kasar) Haha. Okay bye. Nanti kena kecam plak cakap banyak sangat. Hehe.




 Terkocoh-kocoh aku cuba mengejar langkah Trisya yang sudah jauh di hadapan. Ish! Minah ni jalan punya laju. Bukan reti-reti nak tunggu aku. Aku penat la!

“ Beb!” Jeritku gara-gara geram.

“ Cepat! Dah lewat!” Sahutnya juga dengan jeritan.

Mahu tak mahu aku lari untuk kejar langkah dia. Bila dah sampai dekat tapak perhimpunan barulah aku 
berhenti berlari. Termengah-mengah jadinya.

“ Penat!” Keluhku lantas duduk tanpa hiraukan orang lain. Biar lah! Aku penat! Nak duduk kejap. Lagipun perhimpunan pun belum mula lagi.

“ Siapa suruh kau lambat. Kan dah penat macam ni.” Jawab Trisya turut penat.

Aku yang tengok dia pun jadi penat.

“ Duduklah kejap. Letih aku tengok kau. Air ada air?”

Bila nampak ada air mineral dalam beg Trisya. Aku cepat-cepat ambil dan buka penutup botol air itu. Dengan rakusnya aku minum. Sampai setengah barulah aku serahkan pada Trisya. Trisya tengok aku dengan renungan kosong. Aku tersengih. Tahu aku dah habiskan air dia banyak.

“ Nanti time rehat aku ganti. Janganlah marah.” Ujarku dengan sengihan bersalah.

“ Tak ganti siap kau!”

Akhirnya aku hanya tersengih. Trisya ni senang dipujuk so tak ada masalah.

“ Nina!”

Baru nak duduk rileks kejap, nama aku pula dipanggil. Aku dengan malasnya toleh ke belakang. nampak je muka Fahrin terus hilang mood aku. Nak apa lagi la playboy ni.

“ Ha! Apa?” Soalku dingin.

“ Sihat?”

Aku dengan Trisya saling berpandangan sebelum memandang semula ke arah Fahrin. Pandangan kosong kami beri dekat dia. Tetibe!

“ Sihat waalafiat sangat. Terima kasih sebab tanya.” Jawabku acuh tak acuh.

“ Erm. Petang ni free tak? Jom aku belanja tengok wayang.”

Ternganga aku tengok dia. Dia ni gila ke apa? Tengok wayang time sekolah macam ni. Dia tak sedar ke lagi beberapa bulan nak exam penggal 3 dah. Well form 6 la katakan.

“ Motif?” Soalku dengan malas.

“ Saja.”

Aku tersenyum sinis.

“ Maaf. Aku tak kuasa. Dah pergi masuk barisan. Kang dengan kau aku tulis nama. Nama je ketua kelas.”

Terus aku pusing badan ke hadapan tanpa menghiraukan dia. Kenapa aku nak tulis nama? Sebab aku penolong ketua kelas. Haha. Nama je penolong tapi kerja tak pernah buat pun. Orang lantik pun sebab aku garang. Keh! Perasan!

“ Beb. kejap lagi kita pergi bilik kaunseling erk?” Soalku pada Trisya. Sambil buat muka kesian.

Trisya terus menumbuk bahuku perlahan.

“ kau ni kan. lepas kelas cikgu Shukri.”

“ Laa. Kenapa?”

“ Cikgu Sofiah kan cuti. Kita pergi time tu. cukuplah nak ponteng kelas. Exam dah nak dekat makcik.”

Aku tersengih malas. Yela intan payung. Apa-apa jela.

**
Aku mengekori langkah Trisya untuk ke bilik kaunseling. Kelas kami di tingkat 3. Bilik kaunseling tingkat 2. Tapi sebelum nak ke situ kena lalu bilik kesihatan dulu. Sambil lalu sambil jamu mata la katakan. Haha. Sebab doktor yang check gigi setiap minggu berbeza. Ada yang tua yang muda dan bertukar jantina. Means lelaki dan perempuan lah! Haha.

Bila kami lalu je depan bilik kesihatan. Langkah kami terhenti. Sebab cikgu kesayangan kami ada dalam bilik kesihatan. Nampak gaya cikgu tengah berbual dengan doktor gigi tu. Maybe ada hal kot.

“ Jom masuk.” Ajak aku lantas membuka kasut.

Bilik kesihatan dan bilik kaunseling kalau nak masuk kena buka kasut. Jaga kebersihan sikit. Haha.

“ Assalamualaikum cikgu.” Ucap aku dan Trisya serentak.

“ Waalaikumussalam. Ha kamu berdua. Panjang umur. Nak pergi bilik cikgu ke?”

Kami berdua tersenyum kecil. macam tahu-tahu je cikgu kesayangan kami ni.

“ Ya. Cikgu busy erk?”

Aku ambil tempat sebelah Trisya manakala Trisya duduk di sebelah cikgu.

“ Tak juga. Ada sikit hal. Kamu duduk lah kejap. Nanti kita pergi bilik cikgu.”

Aku perhati sekeliling. Kejap pandang peralatan untuk pemeriksaan gigi. Kejap pandang kak-kak nurse dekat situ. Kejap pandang doktor. Doktor hari ni doktor tua. Haha. Bila dah penat pandang dalam bilik kesihatan tu. Aku toleh pula ke luar pintu.

Dan serentak itu ada seorang lelaki berbaju batik oren dengan beg sandang di belakang badannya lalu depan mata aku. Diikuti seorang nurse perempuan di belakang lelaki itu. Aku yang tengok terpaku seketika.

Terdetik di hati aku lelaki tu handsome. Perwatakan dia menarik. Aku terkaku. Serius. Bila kelibat mereka berdua tu hilang. Aku tersedar. Itu pun selepas disenggol lengan Trisya. Aku pandang ke belakang. Cikgu dan Trisya tengok aku dengan senyuman jahat.

“ Ha! Usya orang!” Sergah Trisya dengan sengihan jahat.

Cikgu pula dah menarik senyuman kecil. Aku? Dah tersengih kerang busuk gara-gara malu.

“ Erk. Cikgu. Siapa tu?” Soalku tanpa segan silu. Gara-gara nak tahu sangat. Kita beranikan diri ye! Haha.

“ Tu doktor baru. Diposting ke sini selepas tamat belajar. Kira lepas ni takkan ada doktor bertukar ganti dah sebab doktor tu yang akan checkup gigi pelajar setiap minggu.”

Penerangan cikgu Liana itu membuatkan hati aku berbunga-bunga. Berseri-seri terus. Tahap keterujaan aku terus meningkat. Dalam hati dah ada rancangkan sesuatu. Cara untuk usha doktor handsome tu.

“ Ehem!” Trisya berdehem. Aku menjelingnya dengan sengihan.

“ Cikgu. Ada orang tu dah angau cikgu.” Ujar Trisya selamba.

Belum sempat aku nak jawab cikgu dah tergelak. Hampeh punya Trisya.

“ Macam kamu tak tahu si Nina ni Trisya?”

Aku mencebik. Perli aku la tu. Bukan selalu aku nak usya orang ni. Dan bukan senang nak jumpa someone yang berjaya menarik hati aku ni semenjak 3 tahun yang lalu. Arh! Tak perlu ingat benda yang lalu.

“ Biar lah. Asalkan hati saya puas.”

Doktor. Akan aku dapatkan hati kau satu hari nanti. Kahkah. Perasan!

**
Keesokan harinya, setiap kali nak masuk ke kelas aku mesti lalu depan bilik kesihatan dulu. Barulah aku naik ke tingkat 3. Semata-mata nak tengok doktor tu dulu. Nampak tak betapa bersungguhnya aku? Haha. Tapi aku tak buat semua ni keseorangan. Mestilah dengan Trisya. Dia je faham aku ni macam mana.

“ Mana doktor tu?” Keluhku bila aku lalu dia tak ada. Jadi aku berhenti lah depan sikit dan jenguk dari jauh. Tak mahu orang perasan.

Aku dan Trisya berdiri belakang tiang. Jadi terlindunglah sikit. Aku mula rasa tak best bila tak nampak doktor tu. Takkan tak masuk kerja lagi?

“ Beb. tu!”

Aku kerling ke arah kanan. Dan nah! Itu dia! dia sedang melangkah ke arah bilik kesihatan dengan bergayanya. Aku yang tengok dah tersenyum. Nampak smart lah! Alahai. Alangkah indahnya hidup kalau doktor tu tahu kehadiran aku. Cewah!

“ Sampai bila kau nak usha dia?” Soal Trisya dengan nada bosan.

Aku tengok doktor tu buat sekalian kalinya. Bila doktor tu dah buat kerja dia. barulah aku toleh semula ke arah Trisya.

“ Okay jom. Cukup setakat itu.” ujarku dengan senang hati.

Tanpa menghiraukan Trisya. Aku terus melangkah ke arah tangga. Nak ke kelas. Tak apa. Nanti aku akan usha lagi. Kehkeh.

**
“ Nina! Tolong cikgu hantarkan dokumen ni dekat cikgu Liana.”

Mataku terus bersinar-sinar saat disuruh hantar ke bilik kaunseling. Ini bermakna aku dapat usha doktor tu lagi. Yes! Dengan senang hati aku menyambut huluran cikgu lalu melangkah ke luar kelas. Kali ni aku keseorangan. Trisya sedang buat assignment. So tak nak kacau.

Dengan rasa berbunga-bunga aku turun ke tingkat 2. Bila nak sampai depan bilik kesihatan, aku perlahankan langkah. Aku juga kerling ke arah bilik itu. Dan aku dapat nampak kelibat doktor sedang duduk sambil tengok telefon bimbitnya.

Aku tersengih. Argh! Kenapa handsome sangat?! Doktor! Jangan uji keimanan saya please.

“ Nina?”

Aku tersentak saat ditegur. Pantas aku pandang ke hadapan. Ternyata cikgu Liana. Terus terhambur keluhan lega daripada mulut aku.

“ Cikgu ni. terkejut saya.” Ujarku dengan nada lega.

“ Kamu ni kenapa? Tercegat depan bilik kesihatan ni? Ke kamu….” Meleret suara cikgu Liana sambil kerling ke dalam bilik kesihatan.

Aku tersentak. Cepat-cepat aku toleh semula ke arah bilik kesihatan. Dan aku terkaku terus bila doktor tu sedang tengok ke arah aku dan cikgu. Dengan rasa kekoknya aku tersenyum pada doktor tu lantas menarik cikgu daripada berdiri dekat situ. Bilik kaunseling jadi destinasi seterusnya.

“ Cikgu!”

Sampai saja dalam bilik kaunseling, aku terus terjerit. Cikgu tengok aku dengan jongketan di kening.

“ Cikgu. Kenapa doktor tu tengok kita?” Aku cuba kawal perasaan teruja aku tu.

Cikgu Liana tergelak. Dia capai dokumen yang aku pegang tu. Aku tersedar yang aku belum bagi dokumen tu pada cikgu. Mujur cikgu ambil. Hehe. Teruja punya fasal.

“ Kenapa kamu tanya? Mestilah dia terkejut. Dah kenapa tiba-tiba berdiri depan bilik dia.” Jawab Cikgu Liana tanpa memandang ke arah aku.

Aku tersengih kecil. ye tak ye. Tapi satu keceriaan buat aku bila doktor tu tengok. Argh! Sukanya! Okay! Jangan over sangat please?

“ Dah. Pergi naik kelas semula. Kamu datang nak hantar ni je kan?”

Aku tersengih lagi. Tahu diri tengah diperli.

“ Baik cikgu.”

Cepat-cepat aku keluar daripada bilik kaunseling. Aku tunduk dan memakai kasut. Bila aku mendongak aku hampir saja terjatuh bila doktor tu ada dekat luar bilik kesihatan. Dan dia sedang berdiri ke arah aku. Cuma matanya asyik dengan telefon bimbit.

“ Assalamuaikum doktor.”

Aku menegur. Beranikan diri. Dan bila dia mendongak dia tersenyum kecil ke arahku. Okay! Aku dah mula rasa nak jerit! Dia senyum weh!!!

“ Waalaikumussalam.”

Jawabnya lantas berlalu meninggalkan aku dengan perasaan teruja. Aku menekup mulut bagi tahan diri daripada menjerit.

Yes! Yes! Doktor tu jawab! Argh! Trisya! I’m crazy!!!

**
Kring!

Bunyi loceng je, cepat-cepat aku keluar daripada kelas. Nak ke mana? Of course ke bilik kesihatan. Nak usha doktor tu. Itu lah rutin harian aku semenjak seminggu yang lalu. Tak kira time bila-bila je mesti nak lalu dulu depan bilik kesihatan tu bagi perhati doktor tu. Gila tak gila? Haha. Sampai Trisya naik bosan dengan sikap aku ni.

Sampai ke hari ni, baru dia terasa nak buka mulut. Bertanyakan sesuatu yang membuatkan aku berfikir panjang.

“ Kau ni. Aku tengok dah seminggu asyik usya doktor tu. Kau tak takut ke?”

Dengan kerutan di dahi aku melihat Trisya.

“ Takut apanya? Bukannya dia boleh makan aku pun.” Jawabku malas. Yala dah mata tengah tengok doktor tu dari jauh.

“ Yala. Kot dia tu suami orang ke. Buat naya je lah.”

Aku terdiam. Dan pada masa yang sama aku sentap.

“ Lagipun doktor tu nampak  matang lain macam sikit. Maybe jauh lebih tua dari kita. So tak mustahil kalau doktor tu dah kahwin. Kan?”

Sambung Trisya lagi dan sekali gus buatkan aku down. Tapi apa yang Trisya tu cakap betul. Maybe aku patut berundur.

“ Tapi…”

Kata-kataku terbantut bila aku nampak doktor tu keluar daripada bilik kesihatan. Cepat-cepat aku tarik lengan Trisya dan masuk ke dalam bilik kaunseling. Bila dah agak doktor tu dah lama berlalu. Barulah aku beranikan diri menjenguk ke luar. Doktor tu dah balik.

“ Nina.”

Aku menoleh bila Trisya memanggil. Cikgu Liana dan Trisya sedang memandang aku. Aku tersenyum tawar. Aku ambil tempat sebelah cikgu. Aku perhati sekeliling. Dalam minda aku macam-macam aku sedang fikirkan.

“ Kenapa ni?” Soal cikgu bila tengok aku asyik diam.

Yala. Aku ni jenis bukan suka diam bila depan cikgu Liana. Trisya dah mendekat dan bahu aku jadi mangsa pautannya.

“ Dia tengah kecewa tu doktor.”

Aku mengetap bibir. Ish! Dia ni!

“ Bukan lah.”

Aku tengok cikgu. Tiba-tiba aku dapat satu idea. Mujur cikgu Liana je ada dalam bilik ni.

“ Cikgu.” Panggil ku dengan sengihan.

“ Kenapa?”

“ Ermm. Nak tanya sikit ni.”

“ Yes my dear. Why?”

“ Ermm. Doktor tu dah kahwin ke?”

Aku tengok cikgu dengan Trisya bersilih ganti. Tiba-tiba rasa gemuruh pula. Takut nak dengar jawapan yang akan keluar daripada mulut cikgu. Hati dah berdebar semacam. Cikgu boleh pula tersenyum.

“ Belum.”

Arh! Lega terus hati aku bila dengar. Tersenyum terus aku. Aku kerling Trisya. Aku senyum sinis pada dia.

“ Aku dah kata kan? Kau memandai je.” Ujarku perlahan. Trisya mencebik. Tak puas hati la tu.

“ Ermm. Doktor tu umur berapa cikgu?”

Gila! Tak tahan nak tahu sangat ini la jadinya. Tanpa segan silu terus tanya. Sempoi tak sempoi?

“ Haha. Kamu ni.”

Aku tersengih. Tahu dah cikgu akan gelak.

“ 26 tahun.”

Aku terdiam. Rasa teruja tadi kembali jatuh merundum. Tuanya. Tak ada harapan nampaknya.

“ Tapi sesuai untuk kamu. Orang perempuan ni memang kena cari lelaki yang lebih tua daripada kita. Sebab lelaki lambat matang. Kalau pilih sama umur macam susah sikit lah.”

Dengar je cikgu Liana cakap macam tu. Lebar terus senyuman aku. Yehaa! Ada sokongan tegar dekat sini. Yes!!!

“ Tapi.. mahu ke dia dekat saya ni cikgu?”

Pap!

“ Aduh!”

Tiba-tiba je si Trisya ni tampar bahu aku. Cikgu Liana dah tergelak.

“ Kau ni. tahu lah angau tapi tunggulah sampai habis dulu sekolah. Ish! Kau ni!” Bebel Trisya.

Aku mencebik.

“ Aku tahu lah!” bentakku geram.

“ Itu cikgu tak tahu. Pandai-pandai lah kamu pikat hati dia.”

Aku tersengih. Cikgu ni macam tahu-tahu je apa aku rasa.

“ I will!” Dengan semangat aku jawab. Hiks!

**
“ Trisya! Cikgu panggil!”

Aku menapak ke arah kerusi dan duduk di situ bagi melepaskan lelah. Trisya sudah ke hadapan menemui cikgu. Aku pula dah terlentok atas meja. Penat ya amat!

“ Woi!”

Aku tersentak apabila disergah. Bila aku mendongak aku menjeling tajam.

“ Kau nak apa ha? Kalau tak kacau aku tak sah!”

Dia tersengih kerang busuk. Ingat lawa?

“ Hujung minggu ni free tak?”

Aku buat muka kering. Nak ajak keluar la tu. Macam aku tak kenal playboy ni.

“ Tak ada. Dah blah!”

Dia mencebik geram. Maybe tak puas hati bila aku halau dia.

“ Berlagak!”

Aku tersenyum sinis. Ada aku kisah? Huh! Elok aku terlentok atas meja sambil pandang ke luar tingkap. Tiba-tiba kelibat doktor lalu. Aku apa lagi terus duduk tegak dan perhati ke mana doktor tu berlalu. Dan aku lagi tersentak bila doktor tu berhenti depan pintu kelas aku.

“ Assalamualaikum.”

Aku pandang Trisya. Dia pun kelihatan terkejut di hadapan.

“ Waalaikumussalam. Ya doktor? Ada apa?”

Dia masuk dan melangkah ke arah cikgu yang ada di hadapan. Aku perhati doktor tu sampai mata aku tak berkelip. Punya usha orang. Yelah. Dah seminggu aku tak sempat usha dia. Busy dengan kerja. nak ponteng pun jadi tak ada masa. Haha.

“ Terima kasih cikgu.”

Aku tersedar. Ala. Doktor tu dah keluar. Aku memuncung. Bila lagi aku nak usha dia? Putus harapan.

“ Hujung minggu ni kita keluar jom.”

Trisya muncul dengan ajakan. Aku tengok Trisya malas. Arh! Malasnya nak keluar.

“ Please!” Rayunya lagi bila aku macam tidak berminat.

“ Yela intan payung.”

Asalkan kau puas kawan. Hati aku ni pula makin rindu dekat doktor tu. Erm. Sabar je la Nina.

**
“ Weh! Sini sini!”

Arh! Kalau berjalan dengan si Trisya ni. Boleh patah kaki aku. Dah sejam pusing dalam mall ni. Tapi hapak! Tak beli apa-apa pun. Aku yang jadi penat. Dia? Segar bugar lagi.

“ Weh!!”

Sekali lagi dia terjerit. Aku memang dah letih. Apa lagi dia ni? Terjumpa barang yang dia suka kot. Dengan malasnya aku pandang ke hadapan. Tadi asyik tunduk sebab letih ya amat.

“ Doktor!”

Terus aku pandang ke hadapan dengan rasa terkejut. Ya lah! Doktor ada depan mata aku.

“ Be..betul ke dia?” Soalku pada Trisya. Inginkan kepastian.

“ Betul lah. Aku tak tipu. Jom kejar dia.”

Belum sempat aku nak jawab, lengan aku terlebih dahulu ditarik Trisya. Nak kejar langkah doktor tu sangat. Tapi hampeh! Sekejap je doktor menghilang. Dah dekat dua round dah kami buat tapi tak nampak pun doktor tu. Akhirnya aku melepaskan keluhan penat.

“ Sudahlah.”

Aku tersenyum hambar. Maybe kami tak ada jodoh kot.

“ pergilah bayar cepat. Aku tunggu dekat luar.”

Dengan langkah yang berat, aku keluar dan menunggu Trisya di luar. Hampir 10 minit barulah Trisya keluar. Tapi sempat lagi si Trisya ni pergi masuk kedai hiasan. Aku apa lagi ikut je la kemahuan dia. Asalkan dia puas hati.

“ Weh! Aku penat. Jom balik.” Panggil aku bila Trisya macam tak ada hati nak balik.

“ Kau tunggu kejap. Nanti aku pergi dekat kau. Nak bayar.”

Haih. Nasib lah siapa jadi suami kau Trisya. Aku pun ikut je la kata-kata dia. Aku pusing badan ke belakang. nak keluar daripada kedai ni. tapi langkah aku terus terkaku bila nampak sesuatu.

“ doktor.” Perlahan aku memanggil. Dengar tak dengar.

Aku rasa macam dunia terhenti seketika. Doktor tu tengah pandang aku. Aku pula terkelip-kelip memandang dia. Rasa terkejut masih tak hilang. Ya Allah!

“ Awak?”

Aku tersedar. Terus aku tersengih. Malu! Mesti dia sangka aku gila kan?

“ Erk. Doktor. Hai.”

Doktor tu tersenyum. manis gila senyuman dia. Haih. Boleh kencing manis aku. Haha.

“ Hai. Sorang?” Tegurnya. Aku menahan diri dari tersenyum lebar.  Doktor tu tegur aku!

“ Tak. Dengan kawan. Doktor?”

Belum sempat doktor nak membuka mulut, ada seorang perempuan menghampiri doktor. Aku yang tengok perempuan tu terpegun. Cantik. Tapi siapa dia bagi doktor? Entah kenapa aku rasa down tiba-tiba.

“ Ni dengan Diana. Diana perkenalkan ini pelajar tempat saya kerja tu.”

Aku hanya memberikan senyuman tawar. Tiada hati nak beramah mesra dengan perempuan tu.

“ Oh! Salam perkenalan. Jom lah kita balik.”

“ Ermm. Saya balik dulu ye.”

Aku hanya pandang mereka berdua berlalu dengan hati yang lara. Ya Allah. Siapa perempuan tu. Bertuahnya perempuan tu sebab dapat doktor. Huh! Move on la Nina! Kau tak layak pun nak digandingkan dengan doktor. Lagipun umur kau dengan doktor jauh beza.

“ Jom balik.”

Trisya muncul. Tapi aku langsung tak menyahut sahutan dia. Hanya berjalan tanpa pedulikan Trisya. Yang pasti hati aku rasa nak menangis. Sabar Nina sabar.

**
Orang kata jatuh cinta ini sesuatu yang indah. Ia akan menjadi lagi indah bila cinta kita tu bersambut. Tapi, sedihnya bila cinta kita tidak bersambut malah tuan satu lagi tidak tahu langsung tentang rasa hati kita.

Aku tersenyum hambar. Aku boleh cakap dekat doktor tu aku suka dia. Tapi mustahil. Aku masih tiada keberanian tu dan aku rasa dia dah ada someone special. Arh! Perlu ke fikirkan dia lagi? cukuplah Nina. Dah seminggu kau tak usha dia. Dan dengar khabar doktor tu akan diposting ke sekolah lain pula.

Aku meraup wajahku perlahan. Kenapa mesti aku tersuka doktor tu? Kan dah parah macam ni. Doktor tu pun kenapa mesti tarik hati aku ni? Haish! Persoalan yang tiada jawapan.

“ Nina! Pegang ni jap!”

Aku tersedar daripada lamunan. Tak sedar yang aku masih ada depan pejabat. File yang dihulurkan Trisya aku pegang. Belum sempat aku nak tanya apa-apa dia masuk lagi ke dalam. Ada lagi benda yang dia perlu buat la tu.

Dengan rasa bosannya aku menoleh ke arah kolam ikan di belakang aku. tapi terbantut bila aku terdengar bunyi kereta. Aku toleh pula ke arah kereta yang berderet tepi sekolah ni. depan pejabat la kiranya. Dan aku sekali lagi tersentak bila nampak doktor ada dalam sebuah kereta.

Tapi! Aku mengecilkan mata melihat perilaku doktor tu. Bila dah kenal pasti apa yang dia buat, aku terus tertawa kecil. Apa doktor tu buat? Buat pertama kalinya aku nampak dia macam menari-nari ikut rentak lagu maybe sambil terkumat-kamit mulut dia.

“ Hahaha. Cute.” Pujiku tanpa sedar ada orang di belakang aku.

Pap!

Bahu aku jadi mangsa lagi. Trisya punya kerja la ni.

“ Kau gelak apa? apa yang cute?” Soal Trisya ingin tahu.

“ Tu. doktor tu.” Aku tunjukkan Trisya apa yang aku nampak.

Sesaat kemudian aku nampak Trisya pula menghamburkan tawanya.

“ Tak tahu pula aku doktor tu lawak. Dah jom. Nanti cikgu bising.”

Aku tersengih. Sengaja biarkan Trisya berlalu dulu. aku masih usha doktor tu. dah lama tak usha. Jadi rindu. Tapi semuanya rasa sekejap bila sedar ada orang perhati aku balik. Apa lagi? Doktor tu dah perasan lah! Oh My! Malunya!

“ Lari!”

Terus aku terjerit dan tarik lengan Trisya agar lari dari situ. Haha. Yang pasti muka doktor tu terkejut gila bila perasan diri dia diperhati. Haih! Macam mana saya nak lupakan awak wahai Mr Doktor.

**
Mana cermin mata aku ni? Tadi aku rasa aku letak bawah meja. Habis meja aku dan Trisya aku selongkar. Tapi tak ada! Ya Allah! Jangan cakap hilang!

“ Kau tengah cari apa?” Muncul Trisya dengan kerutan di dahi.

Aku mengeluh kecil.

“ Cermin mata aku la. Hilang. Tadi ada je bawah meja.”

Aku masih teruskan pencarian. Beg aku pula jadi mangsa selongkar aku.

“ Tertinggal dalam bilik kaunseling kot. Pergilah tengok. Tadi kan kita singgah situ kejap.”

Aku terdiam. Bilik kaunseling? Ini bermakna aku kena lalu depan bilik kesihatan la? Ala. Baru nak mengelak. Tadi pun mujur doktor tu tak ada dalam bilik dia.

“ Yela. Aku pergi tengok.”

Mahu tak mahu aku kena turun juga. Penting kot. Aku ni dah la rabun. Tapi tak la teruk.

“ Hati-hati. Jatuh bangun sendiri.” Sempat lagi si Trisya ni usik.

“ Yala!”

Perlahan-lahan aku ambil langkah keluar daripada kelas. Bila dah sampai dekat tangga, aku turun dengan hati-hati. Kemudian aku perlahan langkah bila dah nak sampai dekat bilik kesihatan. Aku ketap bibir. Macam mana kalau terserempak? Aku tergaru kening aku. ah! Lantaklah! Hentam je la.

Perlahan-lahan aku berjalan sampai dah berada di hadapan bilik kesihatan. Tapi hati aku ni degil. Nak juga usya doktor tu. so, aku tolehlah. But, kenapa doktor tu nampak lain. Doktor baru ke? Aku perhati betul-betul sampai terpaksa kecilkan mata aku.

Aku tersedar. Ops! Doktor yang sama. Dan Oh My! Dia tengok aku! dengan sengihan yang tak berapa menjadi aku cepat-cepat jalan. Gila! Macam mana boleh tak perasan. Oh My! Malu lagi! Berapa banyak nak buat malu depan doktor tu? Itulah! Gatal lagi tinggal cermin mata. Baru padan dengan muka tu.

“ Maaf!”

Huh! Langkah aku terhenti. Itu bukan suara doktor ke? Kenapa dia panggil? Dengan rasa gugupnya aku toleh juga ke belakang. Walaupun nampak kabur tapi aku tahu itu doktor. Malangnya sampai sekarang aku tak tahu nama dia. Ngek!

“ Erk. Ya saya?” Sahutku dengan soalan.

“ Erm. Awak nak pergi bilik kaunseling kan?”

Aku toleh ke bilik kaunseling. Baru perasan bilik tu berkunci. Cikgu pergi mana pula. Aku kembali pandang ke arah doktor.

“ Erk. Ya.”

Aku perasan doktor tu tersenyum. apa? ingat rabun aku teruk sangat ke? Ceh!

“ Cikgu Liana suruh saya sampaikan pada awak ini.”

Cikgu! Kenapa cikgu buat saya macam ni?! Kenapa mesti cikgu kirimkan cermin mata saya pada doktor? Malu lah!

“ Erk. Terima kasih.”

Cepat-cepat aku sambut hulurannya. Dan cepat-cepat juga aku nak berlalu. Tapi sempat dia panggil aku lagi sekali.

“ Maaf.”

“ Kenapa doktor?”

Dahlah aku tak nampak. Dia boleh melengahkan masa pula.

Kidareyo.”

Aku mengerutkan dahi. Apa bahasa yang dia gunakan tu?

“ Erk. Maaf? Apa yang doktor cakap?”

Dia tersenyum pula. Lantas menggelengkan kepalanya.

“ Maksud saya jumpa lagi.”

Aku termangu. Aku yakin ada maksud lain kata-kata tu. Bukan tu bahasa Korea ke? Aiseh! Balik kena study ni. kena cari apa yang doktor ni maksudkan.

“ Okay.”

Okay doktor. Awak telah buat saya bersemangat semula. Bersemangat nak cari apa maksud bahasa Korea tadi tu. Haha.

**
“ Sekian saja dari saya.”

Aku menghembus nafas lega. Alhamdulillah. Setelah berhempas pulas menyiapkan assignment . Akhirnya siap dengan presentation sekali. Bagus!

“ Beb.”

Aku duduk je Trisya panggil. Aku tengok dia inginkan jawapan.

“ Kau tahu tak hari ni hari last doktor tu kat sini?”

Aku tersentak. Aku tengok Trisya dengan rasa tak percaya.

“ Betul! Aku tak tipu. berapa lama dah kita tak usha dia?”

Aku terkedu. Dah dekat dua minggu. Sibuk dengan assignment. Last aku jumpa doktor tu pun masa bagi cermin mata tu je la. Aduh! Kenapa aku busy sangat?

“ Kau tak nak pergi tengok dia buat kali terakhir ke?”

Nak tu memang nak. Tapi aku malu.

“ Jom lah. Aku teman. Kejap lagi masa rehat kita pergi.”

Erk. Dah kenapa Trisya pula yang beria-ria ni?

“ Kau dah kenapa? Excited lain macam je.” Aku jeling dia dengan rasa musykil.

Dia tersengih. Ingat lawa?

“ Aku nak jumpa crush aku sekali.”

Huh! Patutlah! Kelas crush dia tingkat 2. Ngek!

“ Yelah. Kita pergi.”

**
Elok je kami berdua ke selekoh untuk ke bilik kesihatan. Dari jauh kami dah dapat nampak ramai pelajar perempuan berkerumun depan bilik tu. Serta-merta aku rasa tak puas hati. Rasa cemburu pun ada. Apa hal mereka berkerumun depan bilik tu? Haish!

“ Kenapa ramai sangat?” Soal Trisya dengan kerutan di dahi.

“ Manalah aku tahu. Ish!”

Dengan rasa geramnya aku dekati mereka. Siap minta ruang lagi nak lalu. Siap dapat berdiri betul-betul depan bilik kesihatan lagi. Dan aku nampak doktor tu tengah bercakap dengan seseorang di telefon. Ada seorang pelajar perempuan sedang duduk. Maybe tunggu giliran untuk check gigi.

“ Ya. Terima kasih.”

Elok saja doktor tu letakkan panggilan. Dia menoleh ke arah aku. Aku tersentak dengan pandangannya. Tak mahu rasa diri ni dapat malu lagi. cepat-cepat aku mencelah semula dan keluar daripada situ.

“ Jom balik.” Ajakku.

Trisya mengerutkan dahinya saat melihat aku. Aku pula hanya buat muka kering. Tapi dalam hati ni dah berdebar habis. Rasa macam something wrong anywhere.

“ Kejap nyer!”

“ Ramai peminat. Malas arh. Dah jom blah!”

“ Tapi dia macam tengah tengok kau je.”

Aku tersentak. Apa ke peliknya dia nak tengok aku? Trisya ni. Dia dah sah-sah ada dalam bilik kesihatan tu.

“ Kau ni nak buat aku berharap ke apa?” Soalku lantas memusingkan badan ke belakang.

Sekali lagi aku terkedu. Betul la Trisya cakap. Doktor tu tengah tengok aku dari pintu bilik kesihatan. Pelajar-pelajar perempuan tadi dah tak ada. Dah balik ke? Maybe ada dekat dalam. Aku jadi tak tahu nak buat apa or nak bagi reaksi apa melainkan senyum kekok.

“ Trisya. Tarik aku cepat. Cepat. Aku nak lari.” Bisik aku pada Trisya tapi mata tengok doktor yang sudah melangkah.

“ Tak nak. Buat apa? baik kau berdepan dengan dia. dia dah nak pergi kan?”

Jatuh merundum terus rasa malu dan sakit hati aku dengan keadaan tadi bila dengar Trisya cakap macam tu. Yala. Hari ni last dia dekat sekolah ni. Sedihnya! Tak dapat nak tengok dia lagi.

“ Amanina.”

Erk! Dia panggil nama aku la! Aku tengok Trisya yang sudah tersengih tu.

“ Kenapa lari tadi?” Soalnya lagi dengan senyuman.

Aku senyum senget. Asal tanya macam tu? Aku malu la! Sebab tu aku lari!

“ Erk. Nak cakap selamat tinggal. Kan doktor dah nak pergi.” Dah kenapa aku buat suara sayu ni? Erk!

Doktor tu tersenyum lagi. Entah kenapa doktor murah dengan senyuman hari ni. Aneh!

Kiyowoo…”

Aku tergaru kening aku dengan perlahan. Trisya dah terdiam. Aku tak tahu dia faham ke tak apa yang doktor ni katakan.

“ Doktor. Boleh tak cakap dalam bahasa Melayu? Tak fahamlah. Bahasa apa yang doktor guna tu?”

Dahlah aku ni jenis tak ambil tahu bahasa yang pelik-pelik ni. Bahasa Inggeris aku tahu lah. Sebelum ni dia ada cakap kidareyo. Sekarang kiyowoo pula. Serius aku langsung tak faham.

“ Tak ada apa. Tadi tu bahasa Korea. Erm. Terima kasih.”

Aku menjongketkan kening. Terima kasih? Apa yang aku buat sampai dia berterima kasih dekat aku.

“ Maksud doktor?”

“ Sebab selalu nak ambil tahu fasal saya.”

Aku terlopong. Alamak! Mana dia tahu ni? Dia tergelak. Maybe selepas tengok reaksi aku yang terkejut ni.

“ Saya masuk dulu. assalamualaikum.”

“ Waalaikumussalam.”

Trisya terus memandang aku dengan senyuman yang lebar. Aku pula dah blushing tahan malu. Alamak! Kantoi! Wuargh!

“ Doktor Rizal ni memang sempoi la!”

Aku terdiam. Doktor Rizal? Tu ke nama dia? Apa ke sedihnya hidup aku sampai nama dia pun aku tak tahu.

“ Rizal? Nama dia ke? Macam mana kau tahu?”

Trisya aku lihat sudah menepuk dahinya. Then, dia pandang aku dengan riak tak puas hati. Apa? aku salah cakap ke?

“ Berkurun kau usha dia sampai nama pun tak tahu? Apa ke lembabnya kau ni? Sah-sah ada dekat tag nama dia tu. Oh lupa! Kau kan rabun. Tak nampak.”

Main sindir-sindir pula. Aku mana perasan dah asyik tengok muka dia je. Huh!

“ Yang pasti dia puji kau tadi.”

“ Ha?”

Trisya mula berjalan meninggalkan aku dengan rasa terujanya.

“ Apa maksud doktor tu tadi weh?!”

“ Cari sendiri! Nanti kau akan tahu juga.”

Aku merengus geram. Benci arh macam ni! tapi yang pasti aku boleh tidur lena malam ni. Haha.

**
3 tahun kemudian

Kidareyo – Tunggu saya.
Kiyowoo- Comel.

Aku tersenyum sendirian. Sebulan selepas doktor Rizal tu pergi. Barulah aku tahu maksud disebalik kata-kata dia tu. Aku terpaksa pujuk Trisya untuk beritahu aku. Tapi dia tak nak beritahu. Terpaksa la aku belajar daripada dia. Yala. Dia pernah duduk Korea selama setahun sebelum ni. Jadi, dia memang mahir la juga.

Bila aku dapat tahu maksud doktor tu. Aku jadi seronok tak terkata. Rasa berbunga-bunga je hati ni. Macam ada harapan aku untuk mendapatkan hati dia. But, 3 tahun dah berlalu. Aku masih berpeluang ke? Aku masih ada dalam ingatan dia ke? Hurmm.

Sedang seronok aku mengelamun ke luar tingkap, tiba-tiba aku terdengar satu lagu daripada luar. Aku mengerutkan dahi. Siapa pula pasang lagu kuat-kuat ni? Diari kecil aku tutup. Selepas sarungkan tudung aku bergerak ke luar bilik untuk mendengar lebih jelas lagu tu.

“ Beb! kau dengar apa yang aku dengar tak?”

Trisya menyoal bila nampak aku keluar daripada bilik. Aku hanya mengangguk. Kami berdua terus turun dari tingkat 1 dan menuju ke kaki lima. Aku tengok sekeliling. Ada beberapa orang kawan aku juga keluar daripada bilik. Aku dan Trisya menuju ke luar kolej asrama kami.

“ Beb! tu!”

Trisya menunjukkan aku ke satu arah. Ada seorang lelaki yang sedang bermain gitar di situ. Tapi dia membelakangi kami. Cuma kedengaran dia mula menyanyikan satu lagu. Aku dan Trisya saling berpandangan sebelum mendengar setiap bait lagunya.

Saat terlihatmu ada sesuatu 
Yang pernah ku merasakan waktu dulu 
Ingin ku berlari sendiri dan sepi 
Cuba tuk sembunyi rasa ini 
Namun hati menguasai diri 

Haruskah ku luahkan padamu 
Sanggupkah ku biar rahsia 
Selamanya 

Mampukah ku halang rasa cinta 
Yang terpendam sekian lama 
Bersyukur pada-Nya yang telah beri kepadaku 
Anugerah yang terindah 

Kerap ku berdoa agar cinta kita 
Takkan pernah pudar hingga hujung nyawa 
Dengarlah kasihku janjiku padamu 
Takkan ada cela cinta lain 
Hanya kamu yang ku mahu selalu 

Haruskah ku luahkan padamu 
Sanggupkah ku biar rahsia 
Selamanya 

Mampukah ku halang rasa cinta 
Yang terpendam sekian lama 
Bersyukur pada-Nya yang telah beri kepadaku 
Anugerah yang terindah 

Dan tak akan ada daya 
Untukku mengabaikan cintamu 
Kerana ku tahu kasihku 
Telah tercipta dari pandangan pertama 

Haruskah ku luahkan padamu 
Sanggupkah ku biar rahsia 
Selamanya 

Yang terpendam sekian lama 
Bersyukur pada-Nya yang telah beri kepadaku 
Anugerah yang terindah 
Yang terindah

Selesai saja lelaki itu nyanyikan lagu Anugerah Terindah daripada Black itu. Dia pun memusingkan badannya ke arah kami. Tapi saat aku dapat kenal pasti empunya diri yang tengah tersenyum itu. Aku terus tergamam. Hati dah berdetak hebat. Air mata pula rasa nak mengalir ke pipi. Aku pandang Trisya inginkan kepastian. Saat dia tersenyum dan menganggukkan kepalanya. Yakinlah yang aku tidak bermimpi sekarang.

“ Amanina Humaira!”

Aku mengetap bibir. Entah semenjak bila tapi kaki aku dah mula melangkah mendekati dia. Bila dah hampir dekat dengan dia. Aku berhentikan langkah aku. Aku pandang dia dengan seribu perasaan. Yang pasti perasaan rindu.

“ Doktor Rizal.” Aku sebut namanya perlahan.

Dia menarik senyuman kecil. Gitar yang dipegangnya tadi diletakkan di bawah. Sekarang kami saling berpandangan. Aku menekup mulut. Tak tahu kenapa tapi air mataku mengalir laju ke pipi.

“ Kidareyo…”

Aku tertawa dalam tangisan. Aku rasa macam nak penyepak je dia ni. Still nak berbahasa Korea. Ingat aku tak faham la tu?

“ Masih nak guna bahasa tu?” Soalku dengan senyuman sinis.

“ Faham ke?”

Aku membuat anggukan kecil. Dia tersentak tapi tidak lama bila dia turut mengukirkan senyuman.

“ Kalau faham apa? Cuba cakap.”

“ Tunggu saya. Satu lagi kiyowoo iaitu comel.”

Dia tertawa bila aku cakap makna kata-kata dia. Tapi tidak lama bila dia kembali memandang aku dengan pandangan yang sukar untuk aku tafsirkan.

“ Nina dah dengar lagu tadi?”

“ Ya.”

“ I really mean it.”

Aku terdiam.

“ Semenjak bila?”

“ Semenjak pertama kali saya nampak awak. Masa tu cikgu Liana tegur awak.”

Aku tunduk. Arh! Malu gila! Kenapa mesti aku buat semua tu sebelum ni?

“ Amanina Humaira.”

Aku kembali tengok dia. Dia masih tersenyum. Tiba-tiba dia pergi meninggalkan aku dalam keadaan yang terpinga-pinga.

“ Nina! Pandang belakang awak!”

Dengan rasa ingin tahu, aku pun toleh ke belakang. Dan alangkah terkejutnya aku melihat kejutan yang dia sedang buat kini. Aku menekup mulut. Ada air mata nak mengalir lagi.

Kenapa aku terkejut sangat? Yala. Semua kawan-kawan kolej aku yang keluar tadi termasuk Trisya sedang memegang satu kertas yang tertulis satu huruf. Bila ramai-ramai yang pegang terbentuklah satu ayat ni. Yang pasti turut dalam bahasa Korea.

Saranghae

Terus aku duduk mencangkung dengan rasa tak percaya. Aku menutup wajahku dengan seribu perasaan. Umi. Benar kan ini bukan mimpi? Kenapa semuanya berlaku diluar jangkaan Nina?

“ Amanina.”

Aku turunkan tangan aku dan mendongak melihat dia yang sudah berdiri depan mata aku.

“ Saya tahu awak dah usha saya lama. Saya sedar Cuma saya buat bodoh sebab saya tak nak hampakan hati awak if kita tidak ditakdirkan bersama. Tapi sekarang saya dah yakin. Lagipun saya tak sanggup nak hidup membujang lagi.”

Aku bangun dan berdepan dengan dia. Aku tersenyum kecil.

“ Mr Doctor.”

“ Yes?”

“ I love you!”

Selepas saja aku meluahkan perasaan aku. suasana yang sunyi sepi tadi terus jadi riuh bila kawan-kawan aku bertepuk tangan. Aku yang tengok dah jadi malu. Gila! Apa benda aku buat ni? haha.

“ Thanks Nina. So, will you be my wife?”

Aku tersengih. Terasa nak mengusik dia.

“ Tak nak. Tapi..”

“ Huh? Tapi apa?”

“ Tapi saya nak jadi bidadari hati awak buat selamanya.”

Terus aku berlari mendapatkan Trisya sebelum aku dapat malu lagi. dan dari jauh aku dapat dengar dia ketawa.

“ Yes you can!”

Cinta itu indah. Indah jika cinta saling bersambut. Lagi indah jika cinta itu kerana Allah. Dan untuk itu aku berterima kasih pada Allah kerana satukan kami. Alhamdulillah. Jika ini mimpi biarkan ia terus menjadi mimpi. Jika ini realiti biarkan ia terus menjadi realiti. Tapi hanya DIA saja yang tahu. Terima kasih Ya Allah.

~Tamat~

Rushing sikit. Sorry. 

7 comments :

  1. suke suke suke suwittt gituuu

    ReplyDelete
  2. suke suke suke suwittt gituuu

    ReplyDelete
  3. sweeeeeetttnyee...dh trasa mcm mkan gula lak!tringat zman crush2 nih!

    ReplyDelete
  4. Omg omg....!sweett sgt3.huhuu .mmg btuii sgt tuhh .zman skokah dluu skee usha2 org tu ini,,bdk2 skolahh .huhu

    ReplyDelete
  5. Yes..me too rsa mcm brkhayal gitu..aduhh...
    Syokk laa..
    Sweet habis

    ReplyDelete
  6. Aduhh..
    Terigt kt org yg suka kt aq..pastu aq tolak..sbb nk study..
    ^-^

    ReplyDelete
  7. Emm seronoknya baca mcm tulisan Aisya Sides...

    ReplyDelete

Popular Posts

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers