Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Tuesday 21 February 2012

Cerpen : Maafkan Abang Intan




Nurul Intan bt Arshad. Itulah nama aku sebelum kahwin. Sekarang Cuma tambah puan saja di depan. Muhamad Kamil bin  Dato’  Kamal. Itu adalah nama suamiku. Dia adalah anak datuk.

Aku sebenarnya dijodohkan dengan Kamil ni atas dasar kemahuan ibu bapaku. Ia adalah juga pesanan terakhir daripada arwah  ibu dan ayahku kepada dato’ Kamal. Ayah mertuaku dengan ayah aku adalah kawan baik dari kecil lagi. Jadi mereka sepakat untuk menjodohkan aku dengan anaknya itu.

Alhamdulillah. Hampir empat bulan aku menjadi isteri kepada Kamil dan aku bahagia di samping nya. Siapa tahu pada hari akad nikah itu kami sama-sama telah jatuh cinta. Semua orang berpendapat yang kahwin atas dasar kemahuan ibu bapa tidak bahagia. Tetapi aku tidak. Kami bahagia saja.

Aku sebenarnya cemburu dengan suami isteri yang mempunyai anak. Aku ni walaupun hampir genap empat bulan berkahwin tetapi belum ada tanda-tanda yang aku akan mengandung. Apakan daya rezeki belum sampai. Apa pun aku bersyukur kerana aku mempunyai seorang suami yang sangat aku cintai.

********
Tergopoh-gopoh aku ke depan untuk membuka pintu untuk suamiku yang baru pulang dari pejabat. Kini aku menjadi suri rumah sepenuh masa.

“assalamualaikum abang.” Aku bersalam dengan Kamil dan mengambil beg bimbitnya.

“waalaikummusalam. Intan sudah makan?” tanya Kamil. Dia lebih senang memanggil aku dengan nama Intan. 

Aku pun lebih suka di panggil  dengan namaku sendiri.

“belum. Intan tunggu abang.” Aku ikut suamiku hingga ke bilik.

“kenapa tidak makan lagi. Hampir pukul 8 malam ni. Nanti kalau perut tu masuk angin macam mana?” ujarnya lembut. Aku hanya tersenyum lalu mengambil tuala dan menyerahkan kepada Kamil.

“tak apa. Intan turun dulu. Nanti selepas abang sembahyang kita makan sama-sama.” Balasku lalu berlalu ke luar bilik. Kamil sempat menghalang dengan pelukan dari belakang.

“ tunggu la abang dalam bilik.” Katanya. Aku tersenyum lalu meleraikan pelukan.

“ ala abang mandi la dulu. Intan nak siapkan makanan. Nanti tak sempat la. Ya?” aku membuat muka penuh mengharap.

“yela. Nakal ye isteri abang ni.” Kamil mencubit hidungku tanpa sempat ku mengelak.

“sakitlah. Okla Intan turun dulu” aku membalas perbuatannya kembali dan pantas berlari ke bawah.

“Intan…” laung Kamil dengan tertawa kecil. Aku hanya tersenyum dalam perjalanan ke dapur.

Setelah Kamil turun aku memanggilnya untuk makan.

“abang. Mari makan.” Ajakku dari dapur.

“hurmm… sedapnya.” Dia mengambil tempat dan tersenyum ke arahku.

“makanlah kenyang-kenyang. Nanti tidur tak lena pula.” Kataku sambil menyenduk nasi ke pinggan Kamil.

“walaupun tak kenyang, Intan kan ada boleh teman abang.”

“mengada-ngada. Makanlah.” 

Aku tersenyum bahagia di dalam hati. Aku bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang baik dan aku cintai.

“Intan abang nak cakap sesuatu sikit. Boleh” ujarnya selepas makan dan berlalu ke ruang tamu. Aku membuntuti dia dari belakang.

“apa? Beritahu jela.” Balasku.

“minggu depan abang akan pergi kursus ke Sydney selama dua minggu.” Aku tersentak. Begitu lama sekali.

“lamanya. Minta ganti daripada orang lain tidak boleh ke.”

“tak. Jadi hujung minggu ni abang akan hantar Intan ke rumah mama dan papa.” Aku tertunduk lemah.

“Intan. Kenapa ni. Dua minggu saja abang pergi. Lagipun mama dan papa ada. Janganlah macam ni.” Kamil memegang tangaku dan membawa aku ke dalam pelukannya.

Aku tak tersengaja mengalirkan air mata. Belum sempat aku menyeka Kamil telah menyekanya.

“sayang… janganlah macam ni. Abang janji yang abang akan sentiasa call Intan.” Sayang? Adakah aku salah dengar. Ini kali pertama dia panggil aku dengan panggilan sayang.

“abang panggil Intan apa tadi?” tanya aku untuk kepastian. Kamil tersenyum.

“sayang. Kenapa salah ke?” aku pantas menggeleng. 

“terima kasih. Ini kali pertama Intan dengar abang memanggil Intan dengan panggilan sayang. Intan benarkan abang pergi dan akan sentiasa merindui abang dari jauh.” Ujarku bersama senyuman.

“terima kasih sayang. Mulai hari ini abang akan panggil Intan dengan panggilan sayang.” Aku mengganguk dan terus memeluknya. Adakah aku dapat tahan daripada merinduinya dari jauh?

**********
Baru beberapa hari Kamil berada di Sydney, aku sangat merinduinya. Aku ada cuba telefon tapi tak dapat-dapat. Mungkin line di sana tidak sama.

Aku bersiap dengan memakai blouse berwarna putih , seluar hitam serta tudung berwarna hitam di sarungkan. aku turun ke bawah untuk bersarapan. Selepas ini aku kena pergi pasar bagi membeli barang.

“mak Kiah. Mama dan papa mana?” tanya aku kepada mak Kiah yang merupakan orang gaji di rumah itu. 

“dua-dua sudah keluar. Intan nak pergi mana?”                                                                                                                                             
“Intan nak pergi pasar. Beli barang sikit. Mak Kiah jaga rumah ya.”

“yela. Hati-hati di jalan tu.” Aku hanya tersenyum dengan pesanan mak kiah.

Aku pergi ke pasar hanya dengan menaiki teksi. Aku bukanlah ada lesen memandu kereta pun. Kalau ada sekalipun belum tentu aku ingin memandu.

Sampai saja di pasar aku beli barang apa yang patut.

“kalau abang ada boleh dia makan ayam masak merah.” Monolog aku semasa berjalan melihat sekeliling.

Tiba-tiba kepalaku terasa pening. Hampir saja aku jatuh ke tanah tapi sempat ditahan seseorang. Aku tidak tahu siapa.tapi yang pasti lelaki. Bagi mengelakkan sebarang fitnah pantas aku mengimbangkan balik badanku.

“terima kasih ya.” Ucapku kepada orang itu.

“sama-sama. Betul ke cik tak apa-apa. Mahu saya teman bawa jumpa doktor.” Ujarnya.

“tidak. Saya ok. Terima kasih.” “sama-sama. Saya Fitri. Ini kad saya. Kalau rasa pening-pening lagi datanglah ke sini.” Katanya lalu menyerahkan kad itu kepadaku.

Aku mengambil kad itu lalu menyimpannya. “baiklah kalau begitu. Saya minta diri dulu.” Aku pun berjalan pergi meninggalkannya.

Aku berasa letih sekali. Entah mengapa tiba-tiba aku hampir jatuh pengsan di pasar tadi.
Aku bergegas masuk ke dalam rumah setelah telefon rumah berbunyi. Agaknya mak Kiah tidak dengar.

“helo.”

“helo. Sayang… abang ni.” Aku tersenyum.

“abang. Lama Intan tak dengar suara abang. Kenapa Intan call nombor abang tapi tak dapat-dapat.”

“ abang belum daftar masa tu. Ni pun abang pinjam telefon kawan.”

“oh… Intan rindulah. Bila balik.”

“lagi 10 hari lagi. Abang pun rindu juga. Oklah abang terpaksa letak dulu. Ada hal sikit. Kirim salam dekat papa dan mama ya.”

“ok assalamualaikum.”

“waalaikumusalam.” Telefon di letak. Alhamdulillah rinduku sedikit terubat.

“eh Intan. Bila balik. Mama tak perasan pun.” Muncul mama tiba-tiba.

“baru saja. Tadi abang Kamil telefon. Dia kirim salam dekat mama dan papa.” Beritahuku.

“waalaikumussalam. Intan. Kamu tak apa-apa ke? Pucat je muka kamu ni.” Mama menapak ke arahku lalu memegang dahiku.

“tak la. Intan ok. Mungkin letih sikit. Yela sudah lama tidak ke pasar. Tadi hampir saja Intan jatuh pengsan. Mujur ada seorang lelaki ni tolong. Kalau tidak Intan tidak tahulah apa yang terjadi.” Terangku.

“itula. Suruh mak Kiah pergi tak nak. Sudah Intan pergi masuk. berehat dulu.” Arah mama.

“yela. Mama ini ada kad. Tadi orang yang tolong intan yang beri.” hulurku  kepada mama kad kecil itu. Mama teliti kad itu. Aku biarkan mama melihat apa yang tentera di kad itu. 

Aku berlalu ke dapur dan meletakkan barang di meja. Sekembali saja di depan aku melihat mama menelefon seseorang. Mungkin rakan – rakan nya.

Aku naik ke atas untuk berehat.
Apa la yang abang tengah buat ye. Lama nya kena tunggu. Tanpa sedar aku mengeluh.

******
Seminggu telah pun berlalu. Bermakna tinggal tujuh hari lagi untuk Kamil pulang ke tanah air.

Hari ini entah mengapa tiba-tiba hatiku tergerak untuk ziarah kubur ibu dan ayah. Selepas bersiap aku pun turun.

“mama, papa. Intan nak keluar sebentar.” Aku minta izin.

“keluar ke mana. Hari pun macam mahu hujan.” Kata mama.

“Intan nak pergi ziarah kubur ibu dan ayah. Sebentar saja.” Pintaku lagi.

“ma… biarlah dia pergi. Kesian Intan sudah lama tidak ziarah kubur ibu dan ayahnya.” Ujar papa.

Mama akhirnya mengangguk. Aku tersenyum. Selepas bersalam dengan mama dan papa aku pun keluar dengan menaiki teksi.

“pergi mana dik?” tanya pemandu teksi itu.

“masjid kota.” Balasku. Pemandu teksi hanya mengangguk.

Sampai saja di depan masjid kota, selepas membayar kepada pemandu teksi tadi aku pun keluar.

Sudah lama aku tidak datang ke sini. Pantas aku menghala ke kubur ibu dan ayah.

Semenjak kemalangan yang ngeri itu aku menjadi pendiam orangnya. Punca itu juga yang menyebabkan ayah dan ibu terkorban. Aku menjadi trauma ketika itu. Lagipun masa itu aku baru berusia 12 tahun. Aku masih tidak faham apa yang telah berlaku.

Tetapi atas dorongan jiran ku itu aku kembali pulih dan sedikit demi sedikit trauma aku hilang. Sebab itu juga aku tidak berani untuk mengambil lesen kereta.

Sampai saja di depan kubur ibu aku membaca yasin dan menghadiahkan doa. Aku turut melakukan perkara yang sama kepada ayah.

“ayah, ibu. Intan datang ni. Intan rindu sangat dengan ayah dan ibu. Tetapi sekarang mujurlah abang Kamil ada. Dia suami Intan. Intan patut ucapkan terima kasih kepada ayah dan ibu kerana jodohkan Intan dengan abang Kamil. Intan sekarang berasa lebih selamat dan bahagia di sampingnya. Terima kasih.” Air mataku perlahan-lahan mengalir keluar.

Aku tidak sedar bila hujan mulai turun kerana aku menangis di situ terlalu lama. Apabila aku bangun  untuk berdiri, hampir saja aku tidak dapat mengimbangkan badan. Mujur aku sempat duduk semula. Kenapa ni? Kenapa tiba-tiba pening.

Aku sekali lagi cuba bangun perlahan-lahan. Dengan perlahan-lahan juga aku keluar dari masjid kota.

Sedang aku menunggu teksi di perhentian bas. Datang sebuah kereta wira di depanku. Keluar seorang lelaki.

“awak yang di pasar hari itu kan?” tanya lelaki itu. Aku cuba imbas kembali apa yang berlaku di pasar hari itu.

“awak Fitri?” tanyaku.

“ya. Ingat pun. Awak tunggu bas ke?”

“tak. Tunggu teksi.”

“teksi masa ini tidak akan lalu di sini. Lagipun sekarang masa rehat. Apa kata saya hantar awak balik?” ajaknya. Aku menggeleng pun tak, mengangguk pun tak. Susah untukku membuat keputusan.

Aku ni isteri orang. Nanti takut ada perkara yang tidak diingini berlaku.

“tak apalah. Saya sanggup tunggu.” Kataku.

“lambat lagi ni. Jangan risau saya tidak akan berbuat apa-apa kat awak. Cuma hantar balik je. Lagipun awak sorang saja yang berada di sini.”

Betul juga katanya itu.

“baiklah.” Putusku akhirnya. Aku pun masuk ke dalam keretanya.

“tinggal di mana?” tanya Fitri dalam perjalanan.

“taman perdana. Nanti sampai saja di depan tanda nama taman perdana, awak turunkan saya di situ saja. Rumah saya tidak jauh dari situ.”

Fitri hanya mengangguk.

Selepas beberapa minit, aku pun sampai tetapi bukan di depan rumah. Mujur juga hujan berhenti.

“terima kasih ya. Kalau tiada awak tadi mungkin sekarang saya belum sampai lagi.” Luahku ketika berada di luar keretanya.

“tak mengapa. Saya pun kebetulan lalu di situ.”

“saya minta diri dulu. Assalamualaikum.”

“waalakummusalam.” Selepas kereta wira itu hilang di depan mata barulah aku berlalu ke rumah.

 Sampai saja aku di depan rumah, aku melihat mama dan papa sedang berbual di taman. Baru saja aku ingin melangkah ke dalam rumah, aku pening tiba-tiba. Selepas itu aku tidak tahu dah apa yang berlaku. Suara mama dan papa sayup-sayup kedengaran.

Tatkala aku membuka mata aku melihat mama dan papa berada di samping aku. Muka mama dan papa ceria semacam saja.

 “mama, Intan di mana?” tanya ku.

“di hospital. Tadi intan pengsan. Intan, ada berita gembira ni.” Ujar mama sambil tersenyum.

“berita gembira? Apa?”

“tahniah Intan. Kamu sudah mengandung hampir 3 minggu.” Aku tersenyum bahagia.

“betul ke… mama dan papa tak tipu kan?” tanya ku untuk kepastian.

“betul. Mama dan papa tak bohong. Lagipun buat apa kami nak bohong.” Kata mama bersungguh-sungguh.

“Ya Allah terima kasih. Mama dan papa jangan beritahu abang Kamil ya. Biar Intan yang beritahu.” Kataku.

“baiklah. Tapi kamu harus jaga diri baik-baik.” Pesan mama. Aku hanya mengangguk.  

*****
Seminggu telah pun berlalu. Semalam Kamil telah pulang ke tanah air. Aku merasa gembira sekali. Apatah lagi dengan kehadiran bayi kecil dalam perutku ini.

Tergopoh-gapah aku ke pintu bagi menyambut kehadiran abang Kamil.

“assalamualaikum abang.”  Ucapku lalu mengambil beg bimbitnya.

“waalaikumusalam. Abang letih. Tolong jangan kacau.” Ujarnya sedikit keras lalu berlalu ke bilik.

Aku menjadi tertanya-tanya kenapa sikapnya berubah sama sekali. Tidak ada lagi panggilan sayang. Cuma Intan saja di dengar. Semalam bila sampai di rumah kami, sikap Kamil berubah sekali. Aku sedikit terkesan. 

Aku masih belum ingin memberitahunya tentang kandungan aku itu. Biarlah dia berehat dulu.

“abang nanti turun makan ya.”laungku.

“tak usah. Aku dah kenyang.” Aku tersentap. Kali ini tiada lagi perkataan abang. Ia ditukar kepada aku dan kau. Sedih sekali aku rasakan. 

Kenapa dengan abang ni. Apa salah Intan. Tersedu-sedu aku menangis di dapur. Sayang… kenapa dengan abah. Aku mengusap perutku.

“maafkan aku Intan. Kerana gambar itu aku bersikap demikian.” Ucap Kamil di dalam bilik.

“abang… apa salah Intan bang. Tolong beritahu Intan.” Tanyaku ketika berada di bilik. Aku tahu Kamil pura-pura tidur.

“abang. Intan rindukan abang yang dulu. Kenapa abang berubah sama sekali.” Tangisku  perlahan.

“intan… abang pun rindu. Tapi segala-galanya telah terbukti yang Intan bohong abang.” Kata Kamil dalam hati.

Pagi itu aku bangun awal untuk siapkan sarapan. Aku mengambil keputusan untuk ke rumah papa dan mama. Aku tiba-tiba rindu akan mereka. Walaupun baru dua hari aku tidak berjumpa dengan mereka, rasa rindu pula.  

“abang. Kejap lagi Intan nak pergi rumah mama dan papa. Abang benarkan ya?” pohonku.

“pergilah. Asalkan tidak buat perkara yang tidak senonoh.” Balas Kamil tanpa reaksi.
Aku terkedu.

“abang.  Abang ni kenapa ? apa salah Intan kepada abang. Tolong beritahu Intan bang.” Pintaku lagi.

“kau nak tahu apa masalah kau? Jom ikut aku ke rumah papa dan mama. Biar mereka tahu siapa kau yang sebenarnya.” Pantas dia menarik tanganku dengan kasar tanpa mempedulikan perasaanku ketika itu.

Sampai saja di depan rumah papa dan mama, sekali lagi aku ditarik kasar oleh Kamil. Aku hampir tersungkur di kaki mama ketika itu. Mujurlah mama sempat menyambutku.

“Ya Allah. Kamil. Kamu ni kenapa. Tak kesiankan Intan ke tolak  dia macam tu. dahla…”

 “ma jangan…” pintaku apabila mama ingin memberitahu tentang kandungan aku itu.

“kesian? Selama ini Mil salah mencintai dia ma. Dia sebenarnya perempuan yang tidak boleh dipercayai.” Aku terkedu dengan kata-kata  Kamil sebentar tadi. Terkejut.

“apa yang kamu kata ni. Cuba beritahu dengan jelas.” Kata papa.

Kamil mengeluarkan telefon bimbit dan menyerahkan kepada papa dan mama lalu ke aku.
Terkejut!!

“kenapa? Terkejut? Itu la diri kau yang sebenarnya kan? Mula-mula aku tak nak percaya semua itu. Tapi gambar yang seterusnya itu amat aku tidak sangka. Tak sangka kau berpelukan dengan lelaki tu. Di tempat awam pula tu . ” suara Kamil bagai menyindirku.

“astaghfirullah… abang. Abang jangan salah faham. Dia ni Cuma menolong intan saja masa itu dari jatuh pengsan dan yang tentang kereta ini dia tolong Intan kerana masa tu takde teksi yang lalu.” Jelasku. Air mataku ditahan daripada mengalir keluar.

“sudahlah. Pasti kau mereka-reka cerita. Gambar itu sudah membuktikan segala-galanya.” Kamil masih dengan pendiriannya.

“Mil. Benar apa yang Intan kata tu. Dia telah menceritakan segala-galanya kepada mama. Dan lelaki itu adalah doktor Fitri.” Terang mama pula.

“mama jangan cuba bela perempuan ni. Mil tahulah dia macam mana. Menyesal aku mencintai kau. Kenapa la ma dan papa kahwinkan Mil dengan perempuan macam ni?”

Pang!!!

“ya Allah. Mama.” Aku terkejut dengan tindakan mama yang menampar abang Kamil.

“ini adalah balasan kerana kata yang bukan-bukan kepada Intan. Cuma gambar sebegini saja kau percayakan dia. Apa la yang ada di kepala otak kau tu Kamil.” Kata mama.
Aku hanya mampu melihat tanpa berkata apa-apa.

“sampai hati mama pukul Mil. Mil tak salah ma. Perempuan ni yang salah.” Ujar kamil sedikit meninggi suaranya.

“cukup!!!” jeritku.

 “cukup bang. Mama. Papa. Cukup. Intan dah penat dengan semua ini. Abang sudah-sudah la menghina dan mencaci maruah Intan. Intan tahu Intan tidaklah sempurna macam perempuan di luar sana. Intan juga tidaklah secantik bidadari. Intan tahu semua itu. Cuma satu saja yang intan nak abang tahu.

“Intan tak pernah mencintai orang lain dan tak pernah curang dengan orang yang sangat Intan cintai. Iaitu abang. Intan juga nak abang tahu yang abang sajalah satu-satunya insan yang Intan ada dan cintai. Selepas ini ikut suka abang la sama ada mahu ceraikan Intan atau tidak pedulikan Intan . Intan  tidak kisah. Asalkan Intan  bersyukur kepada Tuhan kerana dikurniakan suami yang sangat Intan cintai.” Puas hatiku. Segala perasaan aku yang terbuku diluahkan kepada dia.

“mama, papa. Intan pergi dulu. Intan tidak akan pulang ke rumah ini lagi tanpa izin abang Kamil. Intan akan pergi dari sini. Assalamualaikum.” Selepas bersalam aku pantas berlari keluar dengan linangan air mata. 

Laungan mama dan papa tidak aku hiraukan.

*****
Dua hari berlalu. Ini juga bermakna dua hari aku tidak berjumpa dengan Kamil mahupun mama dan papa. Selama dua hari itu aku bermalam di masjid kota. Hanya itu saja tempat yang mampu aku berlindung.

Aku rindu sangat dengan Kamil. Aku sebenarnya tidak bermaksud berkata begitu kepadanya. Tetapi perasaan aku tidak tahan lagi jika asyik dihina. Maafkan Intan abang.  

“sayang… mama akan jaga sayang sepenuh hati mama.” Aku kasihankan anak yang aku kandungkan ini.

“Intan!!! Di mana kamu?” Kamil tercari-cari di mana isterinya berada. Sekarang dia betul-betul menyesal dengan perbuatannya yang tidak mempercayai isteri sendiri.

 “maafkan abang Intan. Abang salah. Tolonglah muncul. Ya Allah tolonglah hamba.” Mohon Kamil.

Semasa Kamil tercari-cari Intan, Intan ternampak Kamil di sebalik langsir masjid kota itu. Masjid yang sangat berhampiran dengan kubur ayah dan ibunya.
Ingin sekali aku keluar untuk berjumpa denganmu abang.

“abang terlalu ego tapi  Intan sangat rindukan abang Kamil.” Aku mengambil keputusan untuk pergi ke arah abang Kamil yang menjerit-jerit memanggil namaku.

“Intan… di mana kamu berada. Baliklah.” Tangis kamil. Pandangan orang di sekeliling tidak di hiraukannya.

Aku dengan perlahan-lahan bersama linangan air mata menuju ke abang Kamil.

“abang…”seruku. Kamil yang terdengar orang memanggilnya mendongak.

“Intan.” Pantas Kamil menuju ke arahku dan memelukku.

“abang minta maaf sayang. Abang salah. Abang terlalu percayakan orang lain daripada isteri sendiri. Abang sangat menyesal. Maafkan abang ya sayang.” Pohonnya sambil menatap mukaku.

Air matanya aku seka. Tidak pernah sekali aku melihat mukanya yang sugul ini.

“Intan yang patut minta maaf. Intan pun salah juga kerana berkata macam-macam. Maafkan Intan?” pintaku bersama tangisan. Kamil menggeleng.

“tidak abang yang salah. Intan, maafkan abang? Jom kita balik rumah.” Ajaknya.
Aku dengan perasaan yang terbuka dengan syukur mengangguk.

“Intan maafkan.” ujarku bersama tangisan.

Orang yang menyaksikan tadi terharu dan turut menitiskan air mata. Terima kasih Ya Allah kerana tunjukkan kebenaran Mu. Aku sangat terhutang budi dengan Mu. Abang. Intan janji selepas ini intan akan menjadi isteri dan ibu yang solehah.

“Intan. Janji dengan abang yang Intan tidak akan lagi tinggalkan abang dan anak di dalam kandungan itu.” Pohonnya. Aku terkejut. 

“abang tahu?”

“ya. Semalam mama beritahu segala-galanya.”

“abang juga jangan tinggalkan Intan sebegitu lagi. Intan janji selepas ini Intan akan menjadi isteri dan ibu yang solehah.”

“abang janji. Abang tidak akan tinggalkan Intan dan mempercayai Intan. Intan la cinta pertama abang dan terakhir.” Ujarnya sambil mengusap tanganku.

Aku berasa lebih gembira sekarang.

Aku dapat lihat di riak muka Kamil sangat bahagia dan bersyukur dengan kurniaan Tuhan.

“kita kena berterima kasih kepada Allah kerana kurniakan anak ini kepada kita bang. Alhamdulillah…”

“ya alhamdulillah… terima kasih sayang.”

Kini aku baru sedari yang tidak selama-lamanya kita akan berbahagia tanpa dugaan yang melanda. Setiap kali dugaan yang melanda ini akan memperkukuhkan lagi sesebuah rumah tangga itu.

~TAMAT~

No comments :

Post a Comment

Popular Posts

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers