Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Thursday 16 February 2012

Cerpen : Percaya




“ Ifah !!!” laung ibu.

“ya!!”  sahut ku. “lama-lama boleh pekak la telinga aku ni” rungut ku lalu turun ke bawah.

“ kenapa?” tanya ku kepada ibu.

“ ibu nak suruh kamu hantar nasi lemak ni kat mak cik ana  jap. Tolong ye…” kata ibuku lalu menyerahkan bekas itu kepadaku.

Aku hanya menurut. Kalau tolak nanti tak fasal-fasal kena marah. Aku mengambil bekas itu lalu keluar ke rumah sebelah.

Lebih kurang beberapa saat berjalan aku pun sampai. Selang dua buah rumah dari rumah aku je pun.

“assalamualaikum …” laungku sedikit kuat. Mana nak taw nanti tak dengar pula.
mana la tuan rumah ni. Aku dah penat berdiri ni. Haih…

“ehem…ehem…”

“kus semangat…” aku mengurut dadaku. “hoih… tak reti-reti nak bagi salam ke?” aku menoleh belakang. Ambik kau nak ehem-ehem sangat.

“maaf…tak sengaja. Terlupa lak waalaikumussalam .” Jawab lelaki itu.

“ye cari siapa?” Aku pula yang  tanya. Sepatutnya dia yang tanya. Ifah…Ifah...

“ awak? Saya yang perlu tanya awak kan? Adik bertudung hitam ni siapa ye?” tanya lelaki itu lagi sambil tersengih-sengih.

Amboi adik-adik segala. “saya jiran tu…” aku memuncungkan mulut ke rumah aku.

“ibu suruh hantar ni…” aku menunjukkan bekas nasi itu.

“tapi tuan rumah ni macam tiada saja.” kataku lagi.

“saya tuan rumah ni. Ibu saya tak da. Keluar pergi pasar. Jadi bekas makanan tu awak beri saja la kepada saya ye.” Dia memuncungkan mulutnya ke bekas itu.

Aik mcam perli je. Siap muncung-muncung  mulut lagi.

“oh yeke. Tak tahu pula. Setahu saya cuma mak cik Ana  dan suaminya saja yang tinggal di rumah. Anaknya tak pula saya pernah nampak.” Kataku bersahaja.

“saya baru pulang dari luar negara. Sebelum ini saya kerja di sana. Jadi jarang sangat saya balik sini.” Terangnya.

“oh. Kalau begitu nah…” lalu aku menyerahkan bekas itu kepadanya.

“terima kasih. Saya Zafri. Awak?”

“ saya tak tanya pun.”  tempelakku.  

“ okeylah. Saya balik dulu.” Aku terus memusingkan badanku dan berjalan pergi.

“saya akan tahu juga nama awak nanti.” Ujarnya sedikit terjerit.

Aku hanya mengangkat tangan sambil bergoyang-goyang. Malas nak ambil tahu hal orang lelaki ni. Tak ada kena  mengena dengan aku pun. Tapi aku akui dia memang kacak. Kalau orang perempuan  lain yang melihatnya pasti suka punya.

“ cepat balik…” tegur ibu apabila melihat aku masuk ke dalam rumah.

“ makcik Ana dan suami tak ada. Yang ada anaknya saja. Hantar-hantar balik je lah.” Kataku malas. 

“oh. Si zafri tu ke?”

“ ibu kenal ke? Ni mesti ada apa2 yang ifah tak tahu ni. Mesti ibu sorok sesuatu ni.” Teka ku. Geram lah  kalau ada orang yang buat sesuatu tanpa di beritahu terlebih dahulu. Walaupun keluarga aku sendiri.

“mana ada. Ibu kenal dia sudah lama dah. Cuma kamu yang tidak mengambil berat. Lagipun zafri tu tua dua tahun dari kamu. Jadi ibu sudah kenal dia lama.” Kata ibu semangat.

“ye la. Ifah percaya. Tapi jangan beritahu nama ifah kat dia taw. Ifah tak suka.”

“kenapa pula.” Tanya ibu hairan.

“apa – apa pun jangan beritahu. Ifah naik dulu.” Aku terus naik ke atas tanpa menunggu balasan dari ibu.
……………………………………………………………………………………………………………

Sehari dua ni. Aku rasa macam tak sihat badan je. Entah kenapa. Bila tanya ibu, dia kata perubahan musim barangkali. Aku pun tak tahulah. Hari ini aku buat keputusan untuk berjumpa doktor.

Selepas bersiap aku pun turun ke bawah. Ayah awal-awal lagi sudah keluar untuk bekerja. Biasalah dah naik pangkat ni sibuk la sikit. Memandangkan hari ini hari Jumaat. Jadi aku ambil cuti.

“ibu, ifah pergi dulu.” Aku berjalan ke arah ibu lalu bersalam dengannya.

“kamu tak nak ibu ikut. Risau ibu tengok.” Ibu berasa risau sekali dengan keadaanku.

“tak pa. ifah boleh pergi sendiri. Bukan jauh sangat. Nanti zafar tu sapa nak jaga.” Zafar ialah adik bosungku yang berumur 4 tahun . Kami Cuma ada tiga beradik je. Aku anak kedua dari tiga beradik. Abangku zabidi sekarang berada di London menyambung pelajarannya.

“baiklah kalau begitu. Hati-hati bawa kereta tu. Biar lambat asal selamat.” Pesan ibu. Aku hanya mengangguk lalu masuk ke dalam kereta. Perlahan-lahan keretaku meninggalkan rumah dua tingkat teres itu.

Tiba-tiba telefonku berbunyi. Mesti dari pejabat ni.

“helo assalamualaikum.”

“waalaikumussalam. Ifah ke tu?” aik ni suara lelaki. Aku tengok semula nombor di skrin telefon. Patutlah nombor yang tidak dikenali.

“ini siapa?”

“abang kandung mu…” aku tersentak. Tak mungkin abang tukar nombor.

“bohong. Tolong cakap dengan jujur sebelum saya lapor polis.” Ugutku. Kini aku berhenti memandu sebentar. Nanti tak fasal2 kena saman.

“betul. Zabidi ni. Takkan abang nak bohong.” Katanya lagi

“tapi nombor yang lama tu.”

“tu yang abang call ifah ni. Nombor tu abang tak pakai dah sebab rosak.”

“oh…” hanya itu yang aku balas.

“abang nak beritahu yang abang akan pulang dalam hujung bulan ni.”

“biar betul. Kiranya lagi seminggu saja la. Tapi bukan lagi satu tahun ke pengajian abang di sana?”

“betul. Tapi abang ambil cuti selama satu semester. Abang penat lah. Hujung bulan 4 ni baru abang sambung semester abang.”

“ jadi … hah ibu dan ayah tahu ke belum.”

“belum. Nanti ifah tolong beritahu ya.” belum sempat aku nak membalas...

“ Beritahu  je la. Kredit tak ada la. Ni pun free je. Ok la abang terpaksa pergi dulu. Assalamualaikum.” Aku jawab salam di dalam hati.

Macam2 la abang aku ni.
…..

Ramainya orang. Baru pukul 10 pagi tapi orang ramai macam pukul 12. Buat penat je aku bangun awal.

Selepas buat pendaftaran aku duduk untuk menunggu giliran. Boleh tahan klinik ni. Cantik juga. Patutlah ramai pelanggan. Hish… apalah  yang aku melalut ni.

“ Zafifah  Bt  Abdul Aziz…” panggil nurse itu. Aku pun berlalu masuk ke dalam.
Aku mengambil tempat tanpa melihat muka doktor itu. Lelaki rupanya patutlah ramai pelanggan. He3…

“ya. Cik sakit apa?” tanya doktor itu lalu mendongak ke arahku. Aku terkejut.

“awak?” doktor itu pun terkejut tapi akhirnya tersenyum.

“kita berjumpa lagi ye cik  Zafifah… sedap nama.” Kata Zafri.
Alamak. Menyesal aku datang sini. Nama aku pun dia sudah tahu.

“ya. Kebetulan pula. Saya terus ke point penting saja la ya. Sejak akhir2 ni saya rasa tak sedap badan. Jadi apa masalahnya.” Kataku bersahaja dan menutup tanda kejutan aku itu.

“hurm… salah satu punca adalah cik zafifah tidak cukup rehat…” tanpa sempat dia menyambung percakapannya aku menghalang.

“tak usah la bercik2 ni. Panggil je la ifah.” kataku. “tapi kalau saya panggil zafifah boleh?” pintanya. Malas nak bercakap tentang hal itu aku hanya mengangguk. Selepas itu dia pun menyambung percakapannya itu.

Selepas semuanya selesai aku pun keluar.

Akhirnya keluar juga. Kantoi juga dengan mamat ni. Tak sangka pula dia jadi doktor.

“ Zafifah  Abdul Aziz.” Aku pergi ke kaunter untuk mengambil ubat.

“nak balik dulu ke atau makan ye.” Monolog ku sambil memegang kunci kereta.

“ala balik sajalah.” Baru saja aku ingin membuka pintu kereta tiba-tiba  namaku di panggil. Aku menoleh dan ternyata Zafri.

“kenapa?  Awak bukan ke kena bekerja.”

“sekarang waktu saya berehat. Dan itu juga bermakna syif saya sudah habis. Jadi awak mahu tak saya belanja makan.” Ajaknya.

“maaflah. Saya terpaksa balik dulu. Nanti ibu risau. Sorry la ya. Saya tak bermaksud ingin menolak pelawaan awak, cuma keadaan tidak mengizinkan .” Jelas ku. Tipu je la sikit-sikit. Orang lelaki ni bukan boleh percaya sangat.

“oh tak apa la kalau begitu. Saya pergi dulu.” Balasnya kecewa lalu berlalu pergi.

Macam merajuk je. Ahh… lantaklah bukan aku yang kecewa. Balik la ifah …
…..

Tatkala aku sampai di depan rumah, terdapat banyak kasut. Ada tetamu ke ni? Tanpa berlengah aku masuk ke dalam.

“assalamualaikum.” Seru ku.

“waalaikummussalam.” Balas semua orang yang berada di situ. Aku terus pergi salam tetamu yang berada di situ.

“inilah anak saya yang kedua zafifah.” Kata ibuku. Aku hanya tersenyum.

“saya minta diri dulu.” pintaku lalu berlalu ke bilik.

Siapa pula la mereka tu. Siap nama aku yang di sebutnya pula.

“jadi macam mana?” tanya tetamu kepada ibu. “saya kena tanya dulu la dengan dia. Saya takut nanti dia tidak setuju. Insyallah lagi seminggu saya khabarkan berita itu.” Balas ibu.

Ini apa pula ni. Apa yang jadi pula ni. Aku tak jadi nak mandi la ni. Kena dengar dulu la nampaknya.

“baiklah kalau begitu. Minggu depan kami datang lagi dan bawa sekali bahan merisik nya.”

“baiklah.” “kami minta diri dulu.”

Hati aku sudah menjadi tidak tenang. Apa pula yang ibu buat tu. Lebih baik aku tanya. Mandi dulu la.

Petang itu aku sudah bersedia ingin bertanya soal pagi tadi. Memandangkan zafar sudah tidur, senanglah aku nak tanya.

“ibu, ifah nak tanya sikit boleh?” kataku lalu duduk di sisi ibu.

“boleh. Tanyalah?”

“siapa tetamu pagi tadi tu. Macam penting saja hal yang di bincangkan tu.”

“hal itu boleh tak ibu beritahu  malam nanti. Boleh ayah dengar sekali.”

Hancur harapan aku untuk mengetahuinya. Aku hanya mengangguk  lemah tanda setuju. Selepas itu aku pun naik ke atas.

Baru aku teringat hal pagi tadi. Aku berpatah balik ke ruang tamu.

“ibu. Pagi tadi abang telefon . Dia kata hujung bulan ni dia balik.” Beritahu aku kepada ibu.

“kenapa dia tak telefon rumah saja?”

“dia kata tak cukup kredit. Lagipun nombor rumah mahal sikit.” Ibu hanya mengangguk tanda faham.

 Aku pun naik ke atas semula.

“apa aku nak buat ni. Boring la. Ha… on9 FB la.” Aku terus ke arah laptop dan membukanya.

“eh… ada request friends la. Tapi macam kenal saja ni.” Aku jadi terkedu sebentar.

“ini… alif?” aku menjadi kelu. 

Sudah 5 tahun aku tidak berjumpa dengannya. Kalau  korang nak tahu. Dulu alif ni orang yang aku minat secara diam. Tapi bila nak habis saja sekolah dia dapat tahu aku minat kat dia melalui kawan aku. Selepas itu aku langsung tidak bersemuka dengannya. Malu siott…

“nak confirm ke tak?... hurm..” aku fikir sejenak. “ala confirm je lah.” Putus aku akhirnya.

Telefonku tiba-tiba berbunyi. Siapa pula la yang call ni. Kacau je. Punat hijau terus ditekan tanpa melihat nombor di skrin.

“helo. Assalamualaikum.” Kataku sambil menghadap laptop.

“waalaikummussalam. Zafifah ke?” suara lelaki lagi. Siapa pula ni.

“ya saya. Ini siapa ya.” Tanya aku.

“saya zafri. Masih ingat?” alamak. Macam mana pula dia boleh tahu nombor aku ni. Kalau letak nanti kata sombong pula.

“ mesti ingat sebab jiran je. Kenapa awak telefon saya dan dari mana dapat nombor ni” aku sengaja meninggikan suara tanda protes. He3…

“ relax. Jangan marah. Saya dapat tahu dari ibu saya. Maaf kalau mengganggu. Saya Cuma ingin berkenalan dengan awak. Boleh kan?” aduhai. Dia ni pun. Aku nak jawab apa ni.

“ entahlah.” Bantai je la. Diam seketika. Aik. Diam pula.

Hampir saja aku nak letak tapi terdengar suara muzik. Selepas beberapa minit zafri menyambung percakapan.

“awak dengar kan lagu tu.”

“ya. Saya dengar. Kenapa?” tiba-tiba saja mamat ni. Lagu jiwang pula tu.

“saya tujukan lagu ni khas untuk awak. Harap awak suka.”

“tapi untuk apa? Saya bukannya kawan special awak ataupun girlfriend pun. Jadi untuk apa?”

“nanti awak akan tahu apabila sampai masanya.” Ala berahsia pula.

“baiklah. Saya akan tunggu. Ok la saya letak dulu.” Terus punat merah ditekan. Malas nak bercakap lama2. 

Nanti lain pula yang ditanya olehnya.
……

Hujung minggu itu aku sekadar berehat di rumah. Lagipun badan ni belum sihat sepenuhnya. Bila diingatkan balik kenangan manis yang lalu, hampir tergelak dibuatnya. Memang tidak dapat aku lupakan la zaman-zaman  dulu.

Sekarang fikiran aku tengah bercelaru. Terkejut sangat-sangat  dengan perkhabaran semalam oleh ibuku. Tetamu yang datang hari Jumaat itu  adalah rombongan merisik. Cuma anak teruna saja yang tidak datang. Tetapi sekarang aku masih belum mahu atau tidak langsung tentang anak teruna itu. Nama pun aku tidak mahu tahu.

Bayangkanlah. Sekarang umur aku baru nak masuk 23 tahun. Muda lagi tu. Takla muda sangat. He3.. tapi aku tak nak. Masih belum bersedia untuk jadi isteri orang ni. Agak-agak  la , betul tak? Sedih bila teringat hal semalam. Sekarang semua keputusan terletak di tanganku.

Boleh pengsan aku kalau macam ni. Kalau tanya abang, dia belum balik lagi. Kenapalah seminggu saja masa yang diberi. Huhuhu…

“ifah, nah.” Hulur ibuku satu kotak.

“apa ni?” pelik.

“ini hadiah daripada anak teruna pihak rombongan tu. Semalam ibunya suruh bagi dekat ifah.” Jelas ibuku.

Tudia… siap ada hadiah lagi. Ni salah satu cara mengambil hati ke apa ni.

“bukala tengok. Nanti mereka kecil hati pula. Ibu masuk dapur dulu.”
Aku hanya memandang kosong hadiah itu. Buka atau tidak? Ragu-ragu aku membuat keputusan.

“buka je lah.” Laung ibuku dari dapur. Haih. Ibu ni macam tahu-tahu  je aku tak nak buka.

Buka je la. Perlahan-lahan aku membuka pembalut itu.

Terdapat kotak dan di dalamnya masih menjadi tanda tanya buatku. Tanpa berlengah aku pun membuka kotak itu.

Dup!!!

Kotak yang dipegang aku terjatuh ke lantai. Mujur ibu tidak dengar. Alangkah terkejutnya apa yang berada di dalam kotak itu.

Sekeping gambar aku, sepucuk surat dan sekeping gambar kawan-kawan aku semasa di sekolah. Apa semuanya ni. Siapa sebenarnya dia ni. Ya Allah tolonglah hamba.

Tergagap-gagap aku mengambil semula kotak itu. Aku masih belum berani untuk membuka dan membaca surat itu. Lalu aku naik ke bilik dan menyimpan semula ke dalam laci.

Adakah itu petunjuk. Dan kenapa gambar aku sedang ketawa di ambil dan diberi kepadaku. Dan gambar kawan sekelas itu. Apa semua ni. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, lebih baik aku membaca surat itu.

Pantas aku ke laci dan mengambil surat itu. Perlahan-lahan aku membuka dan membaca. Isi nya tertulis begini.

Salam zafifah…

Maaf kalau buat awak terkejut dengan semua gambar itu. Mesti awak tertanya-tanya apa maksud di sebalik gambar itu. Cuba awak lihat dengan  teliti gambar kita semua dengan kawan sekelas itu. Ada seorang lelaki yang tidak melihat kamera tapi melihat awak…

Aku pun lihat dengan teliti. Ya Allah. Itu Alif.

Ya memang betul itu saya. Alif. Dan rombongan merisik ini juga saya yang ketuanya.

Mulut aku ternganga sebentar dengan kenyataan itu.

Sebenarnya saya nak beritahu awak sesuatu. Hampir lima tahun saya tidak berjumpa dengan awak. Rindu saya kepada awak juga kian bertambah. Mesti awak tertanya-tanya lagi kenapa saya rindukan awak. Memang betul saya rindukan awak. Ini kerana saya suka dekat awak sejak di tingkatan 3 lagi. Cuma awak yang tidak tahu. Tapi saya tidak sangka yang awak juga suka saya masa itu. Kalau kawan awak tidak beritahu saya, saya mungkin tidak akan tahu sampai bila-bila. Semenjak itu awak sering mengelak daripada  berjumpa dengan saya. Saya ingin beritahu awak perasaan saya tapi awak lari apabila nampak saya. Jadi saya pendam perasaan ini sehingga hari ini. Saya harap sangat awak  dapat terima lamaran saya. Kalau tidak mungkin bukan jodoh saya dengan awak. Sekian dari saya

alif.

Hampir menangis aku dibuatnya. Memang aku tidak jangka semua ini akan berlaku. Tapi aku sudah tidak punya perasaan pada dia. Hanya sebagai kawan. Ini yang buat aku runsing ni.
…..

Aku termenung di hadapan taman permainan itu. Habis saja waktu kerja aku terus datang ke sini. Rasa tenang seketika setelah melihat anak-anak kecil bermain. Tinggal dua hari lagi. Aku masih belum berbuat keputusan.

Adakah alif jodohku. Aku tak percaya.

“assalamualaikum cik adik. Termenung apa tu.”

Errkk… zafri. Macam mana pula dia boleh berada di sini.

“waalaikumussalam. Mana awak tahu saya berada di sini.” Setahu aku tempat ni jauh dari tempat perumahan ku.

“tadi hati saya tergerak untuk lalu di sini dan saya jumpa kereta awak. Jadi saya datang la.” Ujarnya.

Aku hanya tersenyum. Aku pandang ke hadapan semula.

“kenapa ni? Macam ada masalah saja.” Tanya zafri lalu mengambil ruang di sebelah aku. Pantas aku memberi jarak kepadanya.

“memang ada masalah pun. Antara hidup dan mati.” Cheh… macam penting sangat. Tapi memang penting pun.

“ye ke. Beritahulah. Mana tahu saya boleh tolong.”

“tapi awak tak akan dapat menyelesaikan masalah saya ni. Hanya saya sorang je.”

“beritahu sajalah . Saya tak kisah.” Mamat ni la. Beritahu je lah.

“beberapa hari yang lalu saya dilamar. Esok lusa saya kena berikan jawapan. Tapi saya tak tahu sama ada saya akan terima atau tidak.” Selepas aku beritahu itu, kelihatan air mukanya berubah sejenak. Tetapi kembali tersenyum.

“ awak pernah jumpa dengannya?” “masa sekolah dulu je lah. Lepas SPM tu semua kawan-kawan  saya tidak jumpa.” Beritahu aku sambil menatap mukanya. 

Tiba2 jantungku berdegup kencang.

Kenapa pula ni. Cepat2 aku singkirkan perasaan yang lain itu.

“ saya tidak tahu nak kata apa. Tapi awak buat lah solat istikharah. Mana tahu Allah akan beri petunjuk melalui itu. Saya yakin Allah akan bantu awak dan semua umatnya.” Balasnya tenang.

Aku mengangguk tanda setuju dengan cadangan itu.

“boleh saya tahu, awak suka kat dia ke?” tnya zafri tiba-tiba . Aku tersentak. Tak sangka dia akan bertanya  soalan itu.

“semasa sekolah menengah dulu ada la minat-minat  tu. Tapi setelah 5 tahun saya sudah tidak ada perasaan apa-apa  kepadanya. Tidak lebih daripada seorang kawan.”  
Aku berkata dengan berhati2. Takut dia terasa.

Tapi buat apa dia nak terasa. Ini hal aku. Apa ni ifah…

“awak percaya tak cinta pandang pertama.” Ni soalan cepumas ke.

“ entahlah. No komen la.”

“saya percaya. Saya juga masih cuba menambat hati sorang perempuan ni. Tapi sedih sebab dia telah dirisik seseorang.”

Aik. Sama macam aku je ni. Atau nak perli. Arrghh… peningnya…

“saya minta diri dulu la.” Putus aku lalu bangun dan menuju ke arah kereta.  Di tengah-tengah perjalanan, namaku di laung.

“zafifah!!! Awak la cinta pertama saya itu.” Katanya sedikit terjerit.

Gurlp!!!

Apa ni. Sandiwara apa lagi ni. Perlahan-lahan  zafri menapak ke arahku.
Aku mula resah. Tanpa apa-apa , pantas aku lari ke kereta dan memandu pergi dari situ.

Mujurlah aku sempat lari. Tapi kenapa selepas dia berkata demikian aku rasa gembira dan jantungku berdegup kencang. Adakah aku sudah jatuh cinta?
……….

Hari ini hari yang aku sangat takut. Berpeluh-peluh dibuatnya. Ibu dan ayahku pandang pun pelik. Ye la. Kalau sapa-sapa di risik atau di lamar pun akan macam ni. Jawapan yang aku akan berikan ni pasti mengejutkan semua orang. Apa pun jawapan aku, muktamad.

“ ifah. Kamu sudah bersedia untuk berikan jawapan?” tanya ibuku. Aku mengangguk. Ibu dan ayah aku masih belum tahu akan keputusan ku itu. Sengaja aku tidak beritahu. Takut kena marah.

Perlahan-lahan aku menapak ke ruang tamu. Apabila sampai saja di ruang tamu, muka yang pertama aku ingin lihat ialah alif. Tapi hampa kerana alif tidak ada.

“anak teruna tidak datang kerana ada hal.” Bisik ibuku. Ini membuatkan jawapan aku bertambah pasti.

“baiklah. Ifah boleh berikan jawapan.” Arah ayahku. Aku melihat muka tetamu  yang datang.

Kecut perut aku kalau mereka tidak setuju. Hujung tudungku di ramas-ramas.  

“baiklah. Jawapan saya…” aku berhenti sebentar untuk menarik nafas.

“tidak. Ya tidak.” Lantang suaraku ketika itu. Ya semua orang terkejut dengan jawapan aku. Tetapi tidak bagi ibu dan ayah.

“maafkan saya kerana tidak dapat menerima risikan ini. Saya sudah ada orang lain.” Kataku lancar. Betul ke apa yang aku kata ni. Bantai sajalah.

“baiklah kalau begitu. Kami juga ingin meminta maaf kalau kedatangan kami ni menyusahkan pihak anak dara.” Kata seorang makcik yang tekaanku ibu alif.

“tak. Sama sekali tidak.” Balas ibuku sambil tersenyum. Aku minta diri bagi hilangkan kegugupan yang masih ada.

Aku keluar menuju ke kolam ikan di belakang rumah. Rehatkan minda di situ.

“ehem…ehem…” terdengar suara lelaki yang berdehem. Aku tahu siapa. Zafrilah ni. Pantang aku duduk sorang-sorang  dia pun muncul la.

“ya cik zafri. Tak usahla berdehem tu.” Balasku lalu menoleh ke belakang.
Ternganga sebentar mulutku. Rupanya tekaan aku silap.

“alif..” seruku perlahan.

“ya saya. Maaf tiba-tiba muncul. Mesti awak ingat saya tidak ada. Tetapi saya sengaja menyembunyikan diri dan saya yang beritahu ibu supaya bohong tentang saya ada hal itu. Saya tahu awak tidak akan menerima saya. Dan saya juga berasa lega kerana perasaan saya selama ini terluah akhirnya.”

Aku masih terkedu di situ.

“dan… zafri tu teman lelaki awak ye.” Ala kenapa tanya soalan ni pula.

“ya. Dia teman wanita saya.” Muncul secara tiba-tiba   zafri ni.

“oh inilah  zafri. Hai saya alif.” “saya zafri. Dengar khabar awak yang datang meminang tu.”

“ya. Tapi selepas ini saya tidak akan berjumpa dengannya lagi. Ini kerana dia telah tolak lamaran saya. Saya harap awak mampu jaga dia dan jangan buat dia menangis.” Macam ugut je si alif ni. Yang zafri ni pun pandai-pandai saja kata aku ni teman wanita dia.

Aku tahulah yang kau suka kat aku tapi jangan la buat keputusan melulu.

“pasti. Terima kasih atas rombongan meminang itu. Kalau tidak mungkin sampai sekarang saya tidak dapat luahkan perasaan saya kepadanya.” Luah zafri lalu memandangku. Aku tertunduk. Malu la kalau macam ni.

“saya harap korang berbahagia hingga ke akhir hayat. Saya minta diri dulu.” Selepas itu alif pun menghilang.

Aku masih tercegat dengan si zafri ni. Yang dia tu tak tahu nak pergi ke.

“erk…saya masuk dulu.” Aku berlalu masuk ke dalam rumah tapi dihalang zafri.

“ terima kasih.” Ujarnya. Aku mengangkat kening kerana tidak tahu apa maksud di sebalik itu.

“kerana awak menolak lamaran itu. Saya harap sangat yang saya berada di dalam hati awak.” Sambungnya lagi.

“ini kerana saya yakin dengan jawapan saya. Saya juga tidak tahu kenapa selepas saya buat solat istikharah itu saya teringatkan awak.” Kataku lalu tertunduk.

Zafri tersenyum. “tunggu rombongan meminang saya esok.” Katanya lalu menghilang ke rumah.

Betul ke ni. Ini bukan mimpi kan. Aku mencubit pipiku.
Ouch… maknanya bukan mimpi. Rasa gembira pula.

Alamak aku betul-betul sudah jatuh cinta nampaknya dekat zafri ni. Terima kasih Ya Allah. Aku pun masuk ke dalam rumah dengan senyuman.
…..

setahun  berlalu…

Bermakna hampir setahun jugalah genap aku berkahwin. Dengan siapa lagi kalau bukan dengan zafri ni. Sekarang aku berasa bahagia di sisinya dan ditemani anak yang aku kandungkan ini. Hampir 7 bulan aku mengandung anak yang pertama ini. Perasaan itu tidak dapat aku gambarkan.

Aku macam tak percaya yang aku akan kahwin dengan jiran sendiri. Yang lebih mengejutkan adalah zafri ni sebenarnya sudah lama suka kat aku. Semenjak pergi ke luar negara katanya.

Sekarang aku lebih yakin dan keputusan yang aku buat tidak sama sekali salah. Tanpa bantuan- Mu aku tidak akan mencapai kebahagiaan ini.

Abangku zabidi sekarang sedang berbulan madu bersama isteri kesayangannya itu. Selepas sebulan aku berkahwin abangku pun turut berkahwin dengan pilihan hatinya.

Ibu dan ayah baru beberapa hari yang lepas telah pergi menunaikan haji bersama adikku yang berumur 5 tahun itu. Segala-galanya memang tidak dapat ku duga. Bermacam-macam perkara yang berlaku dalam setahun ini.

“ zafifah…”

Lamunanku terhenti. “ya saya.” Perlahan-lahan  aku melangkah ke arahnya dengan perut aku yang memboyot ini.

“la… kenapa bangun. Duduk saja la.” Ujarnya lembut. Dia pimpin ku ke ruang tamu semula dan duduk di sofa.

“saja nak senaman sikit.” Kataku sambil tersengih.

“ada-ada  saja la sayang ni.” Ujarnya sambil tersenyum.

“abang… terima kasih ya.” Ucapku.

“terima kasih? Untuk apa.”

“kerana sudi menerima ifah yang tidak sempurna ini.” Aku mengusap perutku.

“kenapa cakap cam tu. Sepatutnya abang yang harus ucapkan terima kasih kepada sayang kerana sudi menerima abang serta mengandungkan anak kita ni.” Ujarnya sambil mengusap perutku.

Aku tersenyum bahagia.

Aku sangat bersyukur kerana dikurniakan suami yang sangat aku cintai ini. Walaupun tidak sampai sebulan aku kenal dengan zafri tapi aku sangat bahagia. Terima kasih Ya Allah dan terima kasih zafri.

Apa-apa  pun akan berlaku jika Dia menginginkannya. Kita cuma mampu merancang tapi Dia yang menetapkan.

~Tamat~ 

No comments :

Popular Posts

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers