Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Friday 24 February 2012

Cerpen : Jangan Tinggalkan Aku




Hujan yang makin lebat itu di biarkan membasahi tubuhnya. Habis baju dan rambutnya  basah. Orang yang melihat juga tidak di pedulikan. Biarlah apa yang orang nak fikirkan. Kini Mazira kian menderita dengan kehidupannya.

“adik…adik tak apa-apa ke?” tegur seorang kakak.
Mazira menoleh.

“kakak. Tolong jangan pedulikan saya. Saya tidak layak diambil peduli.” Kata Mazira dalam sendunya.

“jangan macam ni dik. Mungkin orang yang dikeliling adik tidak pedulikan adik. Tapi Allah masih ada adik. Ingat Allah. Hanya itu saja tempat adik patut memohon dan meminta pertolongan.” Kata kakak itu sangat beerti buat Mazira.

Tiba-tiba dia teringat arwah ibunya yang selalu membimbing dan mendorongnya dulu.

“adik. Jom ikut akak.” Ajak kakak itu.

“tapi saya tidak kenal akak dan akak tidak kenal saya. Mana tahu saya ni orang yang tidak sesuai ditolong oleh orang yang baik seperti akak.”

“memang akak tidak kenal tapi kita semua makhluk Allah. Jadi kita sesama manusia di suruh saling bantu-membantu. Mari ikut akak.” Mazira menurut.

Kakak itu membawa Mazira masuk ke kedai butik baju kurung.

“Ana  tolong ambilkan tuala.” Ana yang merupakan pembantu akak itu menurut.

“adik duduk dulu. Akak nak ambil baju salin untuk adik.” Ujarnya.
Mazira menggeleng. 

“tak usahlah kak. Dan panggil saja saya Mazira.”

“ tak susahkan akak pun. Akak, Zira boleh panggil dengan akak Fira. Akak pergi dulu ya.” Akak Fira lantas masuk ke dalam meninggalkan Mazira seorang diri.

Muncul Ana lalu memberikan tuala kepada Mazira.

“awak ni siapa?” tanya Ana.

“saya Mazira.”

“saya Ariana. Zira boleh panggil Ana. Tapi tak apa kan saya panggil awak Zira.”

“tak apa. Lagipun saya lebih suka orang panggil saya dengan nama Zira saja. Boleh saya tanya sikit.”

“boleh.” Mazira tidak mahu tanya tapi terpaksa.

“di sini ada tak sedikit roti. Saya nak makan tapi duit tak bawa.” Kata Mazira sedikit malu. Ana tersenyum.

“ada. Tunggu kejap. Tapi janganlah malu-malu dengan kami di sini. Awak pun bagaikan kawan kami.”

“saya yang patut ucapkan terima kasih. Kalau bukan akak Fira yang bawa saya ke sini, mungkin saya sudah pengsan di luar tadi.” Jelas Mazira.

“kalau Zira nak tahu. Akak Fira ni memang suka tolong orang. Akak Fira memang baik orangnya. Sebab itu kami semua di sini senang bekerja dengannya. Saya juga sudah anggapnya seperti akak kandung sendiri.” luah Ana.

“haih… rancak berbual.” Muncul akak Fira sambil membawa baju kurung.

“tak adalah akak. Ana minta diri dulu. Ada kerja yang perlu diselesaikan. Roti yang Zira minta tu nanti Ana ambilkan.” Ana minta diri lalu berlalu dari situ.

“Zira janganlah segan-segan dengan akak. Kalau boleh akak nak tahu. Apa masalah Zira sebenarnya. Tapi tidak mengapa kalau Zira masih perlukan masa untuk luahkan.” Kata akak Fira.

Mazira tidak mampu berkata apa-apa. Dia hanya tersenyum tawar.

****
Tatkala Zira membuka mata, keadaan di sekeliling amat berlainan. Baru Zira teringat yang semalam dia tumpang tidur di rumah akak Fira.

“agaknya mereka akan cari aku tak…?” tanpa sedar Mazira mengeluh. Dia melihat sekeliling bilik itu. Kemas dan cantik.

Akak Fira mempunyai seorang suami yang baik hati dan beriman orangnya. Penyabar pula tu. Tapi hampir dua tahun berkahwin akak Fira belum dikurniakan seorang anak. Bertuah siapa yang dapat suami macam akak Fira.

“Mazira sudah bangun.” Tegur akak Fira di pintu bilik sambil tersenyum.
Lamunan Mazira terhenti apabila akak Fira menegurnya.

“ya.” Mazira bangun dan menuju ke luar bilik. Dia membuntuti akak Fira sampai di ruang tamu.

“jom sarapan. Nanti akak hantar balik rumah.” Langkah Zira terhenti dan dadanya terasa sesak.

Akak Fira yang perasan keadaan Mazira menjadi pelik.

“Zira. Kenapa ni? Ada masalah ke?” tanya akak Fira sambil mengusap belakang Mazira.
Mazira menuju ke sofa dan duduk di situ.

“saya tak nak balik ke rumah itu. Hati saya rasa sakit dan sedih setiap kali berada di dalam rumah itu. Apa yang saya buat semuanya salah.” Beritahu Mazira dengan linangan air mata.
Akak fira yang faham perasaan Mazira mengangguk tanda faham lalu memeluknya.

“akak tak tahu apa masalah Zira. Tapi apa-apa pun, Zira kena balik juga. Beritahu keluarga supaya mereka tidak risau.” Kata akak Fira sambil mengusap belakang Mazira.

Mazira meleraikan pelukan.

“akak. Zira akan beritahu segala-galanya kepada akak. Tapi akak janji dengan saya yang akak tidak akan beritahu sesiapa walaupun dalam keadaan terdesak.” Pinta Mazira.

“ya. Akak janji.” Janji akak Fira.

Mazira menarik nafas dalam-dalam dan menghembuskan nya.

“semuanya bermula di sini…

“ayah. Zira tak nak kahwin lagi. Zira masih belajar. Tolonglah ayah.” Pohon Mazira.                            
“tidak. Keputusan mak dan ayah muktamad. Kau tak boleh halang rancangan kami. Kau mesti berkahwin dengan anak dato’ Salim tu.” Balas ibu tiri Mazira sedikit kasar. Ayahnya masih berdiam diri.

“ayah. Zira baru berusia 20 tahun. Zira masih belajar lagi ayah. Ayah tak nak tengok Zira berjaya ke. Arwah ibu teringin sangat melihat Zira berjaya. Tapi apakan daya tidak berkesempatan.” Suara Zira kembali sendu.

“balik-balik arwah mak kau. Tak ada nama orang lain ke kau nak sebut. Orang tu sudah lama mati la.”

“Asiah!!!” tempik ayahnya.

“apa? Sekarang baru nak tempik, nak jerkah. Sudahlah abang. Sekarang aku tak kira kau kena juga kahwin dengan Kamal.” Putus ibu tirinya.

“mak…kenapa tak saja mak yang kahwin dengan Kamal tu. Nanti boleh lah hidup lebih senang.”

Pang!!!

Terasa merah pipinya. Sakit dan amat perit. Mazira meraba pipinya.

“jaga mulut Zira tu sikit.” Kata ayahnya.

“kenapa. Salahkah apa yang Zira cakap ni. Betullah ayah. Bini ayah ni kahwin dengan ayah cuma inginkan harta saja. Sekarang harta ayah tidak sama dengan harta si dato’ Salim tu. Jadi dia suruhlah Zira kahwin dengan Kamal tu. Semua sebab harta ayah..” suara Mazira kian meninggi.

Pang!!!

Sekali lagi pipi Mazira menjadi habuannya. Ayahnya seperti tiada belas kasihan kepada Zira.

“cukup!!!” jerkah ayah.

“puas ayah tampar Zira. Puas? Tampar la lagi. Biar Zira mati saja daripada berkahwin dengan Kamal tu.” Jerit Zira.

“kenapa tak tampar? Tak sanggup?” kini hati Zira bertambah sakit. Ayahnya sekarang lebih percayakan ibu tirinya daripada anak kandungnya sendiri.  Tidak sanggup lagi dia untuk melawan ayahnya. Walau apa pun yang terjadi ayah itu tetap ayah kandungnya.

Pantas Mazira berlari keluar dari rumah itu bersama linangan air mata. Laungan ayahnya tidak dihiraukan.

*****
Tersedu-sedu Mazira menangis di dalam bilik di rumah akak Fira. Setiap kali dia teringat arwah ibunya dan perbuatan ayahnya mesti dia akan menangis.

Tanpa Mazira sedari ada seorang lelaki terdengar suaranya menangis.

“siapa menangis?” tanya lelaki itu.

Baru saja dia ingin membuka pintu akak Fira sampai di situ.

“Faizul… kenapa?” tanya akak Fira.

“Faizul dengar suara orang menangis di dalam bilik ini. Siapa kak?” tanya Faizul yang merupakan adik kandung akak Fira.

“betul ke? Dia Mazira. Nanti akak ceritakan.” Lalu akak Fira mengetuk pintu bilik itu.

“zira!!! Mazira. Buka pintu ni.” Laung akak Fira dari luar sambil mengetuk pintu.
Mazira yang terdengar suara akak Fira bergegas turun dari katil dan menyeka air matanya. Lalu dia membuka pintu.

Setelah dia membuka pintu, dia berasa terkejut sekali. Pantas amarahnya naik.

“ kenapa kau berada di sini. Pergi!!!” jerit Mazira dan kembali mengalirkan air mata.
Alangkah terkejutnya akak Fira dan Faizul dengan reaksi Mazira.

“Zira. Kenapa ni. Ini adik akak. Faizul.” Akak Fira cuba menenangkan Mazira.

“bohong. Itu semua bohong. Dia ni Fiman.” Tegas Mazira.

“betul apa yang akak Fira katakan itu. Saya Faizul.” Jelas faizul.
Tanpa sempat Mazira membalas, dia merasa pening  lalu jatuh pengsan.

“Ya Allah Zira. Faizul panggil ambulan. Cepat.” Arah akak Fira sambil memangku zira.
 Faizul yang macam baru  tersedar itu segera menelefon ambulan.

“AKAK. Mazira ini sebenarnya siapa?” tanya Faizul. Ketika itu mereka berada di luar bilik rawatan di mana Mazira dirawat.

“akak Cuma tolong dia daripada jatuh pengsan semalam. Kesian akak tengok dia.” Terang akak Fira.

“apa masalah dia. Dari perbuatan dia tadi, Faizul dapat rasakan yang dia amat bencikan lelaki yang bernama Fiman.”

“entahlah. Akak tidak tahu. Dia tidak menceritakan kepada akak.”
Faizul berfikir sejenak. Entah mengapa tiba-tiba dia terasa ingin sekali menjaga Mazira.

“Faizul. Bila kamu nak balik Selangor.” Pertanyaan akaknya mematikan lamunan Faizul.

“ dua minggu lagi.” Balas faizul.

“akak. Mazira tu pelajar universiti sama macam Faizul kan? Sebab umurnya lebih kurang dalam 20 tahun.” Tanya Faizul lagi.

“ya. Dia sama macam kamu. Tapi akak tidak tahu dia masih boleh belajar atau tidak.” Luah akak Fira lemah.

“kenapa?” ingin tahu Faizul membuak-buak.

“akak tidak boleh beritahu kamu. Ini satu amanat dari Zira. Akak kena jaga baik-baik rahsia ini. Kalau kamu nak tahu, kamu kena tanya dia.” Faizul kembali tertunduk.
Hancur harapannya ingin tahu selanjutnya.
………………..
Sudah dua hari Mazira tidak sedarkan diri. Ini bermakna sudah tiga hari Mazira tidak pulang ke rumah.

“kesian akak tengok dia.” Luah akak Fira ketika melawat Mazira bersama Faizul.

“akak tahu di mana rumahnya?”tanya Faizul.

“tak.” Hanya itu saja mampu akak fira luahkan.  Faizul semakin tertarik ingin mengetahui dengan lebih lanjut. 

Dia ingin menceriakan kembali Mazira.

“ibu… janganlah tinggalkan Zira. Ibu…” mazira memanggil-manggil ibunya.

“Faizul. Panggil doktor.” Arah akak Fira apabila melihat keadaan Mazira.
Selepas itu, Faizul dan doktor pun masuk.

“encik dan puan tolong keluar dulu. Kami ingin membuat rawatan lanjut.” Arah doktor. Mereka berdua menurut.

“ibu dia di mana akak?” tanya Faizul ketika berada di luar.

“ibunya sudah meninggal.” ucap akak Fira lemah. Faizul berasa kasihan dengan Mazira.

“bagaimana dengan keadaannya doktor?” tanya akak Fira setelah doktor keluar.

“alhamdulillah. Keadaan dia bertambah stabil. Sekarang dia sudah sedar. Tadi dia Cuma bermimpi. Mungkin dia ingin sekali berjumpa dengan ibunya. Kalau boleh bawalah ibunya datang.”

Mereka terkedu. Bagaimana ingin membawa ibunya berjumpa dengan Mazira sedangkan ibunya sudah meninggal.

“baiklah doktor. Terima kasih atas pesanan itu. Boleh kami masuk?” tanya akak Fira. Doktor hanya mengangguk.

“Mazira…” seru akak fira. Mazira yang baru sedar itu menoleh ke arah akak Fira dengan Faizul. Sejurus selepas dia nampak Faizul amarahnya naik kembali.

“akak. Kenapa orang tu berada di sini.” Kata Zira.

“ya Allah Zira. Sabar. Jangan nanti kamu pengsan semula.” 
Akak Fira cuba menenangkannya.

“saya Faizul. Saya bukan orang yang awak sebut tu.” Terang Faizul lalu menapak ke katil Mazira.

“berhenti. Jangan datang dekat. Kalau tidak saya telefon polis.” Ugut Zira.

“telefonlah. Lagipun saya tak salah.” Balas Faizul.

“Faizul.” Tegur akak Fira.

“akak. Kita kena sedarkan dia. Dia salah orang. Mana boleh dia sesedap hati saja menuduh orang yang tidak bersalah.” Kata Faizul dalam nada tegas.

“Zira. Dia ni Faizul. Adik kandung akak. Percayalah.” Akak Fira melihat Mazira yang berdiam diri itu lantas memeluknya.

“akak… maafkan Zira. Zira terlalu benci akan lelaki itu.” Luah Zira dalam tangisan.

“Fiman?” tanya Faizul. Mazira mengangguk. Dia meleraikan pelukan lalu menyeka air matanya.

“sebenarnya dia dulu adalah teman lelaki saya. Tapi sekarang tidak lagi. Dia memang tidak boleh dipercayai. Dia hanya gunakan saya semata-mata demi duit. Saya terlalu percayakan ayat-ayat manis dan perasaan pura-puranya itu. Betapa bodohnya saya.” Jelas Zira.

“semua akan melakukan kesilapan Zira. Tiada manusia yang sempurna.” Akak Fira membalas.

“ saya tahu. Saya sekarang sudah menyesal. Maafkan saya Faizul kerana menyangka awak Fiman. Muka awak iras sekali dengan Fiman. Tapi awak jauh berbeza dengannya.” Sambung Zira sambil menatap muka Faizul.

“tak apa. Saya tidak kisah.” Balas Faizul sambil tersenyum.

Tiba-tiba Mazira berasa senang dengan Faizul. Perasaan yang datang itu tidak dapat digambarkan.

Bagaikan pengubat hatinya yang lara itu.

*****
Hampir seminggu Mazira berada di rumah akak Fira. Mujur juga akak Fira dan suaminya benarkan. Pengajiannya juga tidak tertangguh buat masa ini kerana cuti semester.

Setelah berfikir dengan dalam, Mazira membuat keputusan untuk pulang ke rumah. Dia ingin melawat ayahnya. Walau apa pun ayah itu tetap ayah kandungnya.

“akak Fira balik lah. Tak usah temankan Zira sampai dalam rumah lah.” Pinta Mazira setelah berdiri  di luar rumahnya.

“tak mengapa ke ni. Akak risau la. Biarlah Faizul temankan ya.” Ujar akak Fira.

“tapi…”

“tak apa. Biar saya temankan.” Kata Faizul lalu keluar dari kereta.

Mazira tidak mampu menghalang lagi. Bukan apa, dia takut dia akan betul-betul jatuh cinta akan Faizul. Dia takut kalau perasaannya dipermainkan lagi.

Tatkala mereka sampai di depan pintu rumah, Zira mengetuk pintu.
Tetapi tiada sahutan. Zira memulas tombol pintu. Ternyata tidak berkunci.

“ke mana semua orang pergi…” ujar Faizul. Mazira menggeleng tanda tidak tahu.
Masuk saja ke dalam rumah, keadaannya bersepah sekali. Entah apa yang telah berlaku.

“ayah!!!” laung Mazira sambil melihat keadaan sekeliling.

“ayah!!” laung Zira sekali lagi. Masih tiada sahutan.

“kita naik atas?” Faizul berikan cadangan. Mazira mengangguk tanda setuju. Mereka pun naik perlahan-lahan ke tingkat atas.

“ayah!! Di mana ayah berada.” Panggil Zira lagi. Tiba-tiba mereka terdengar bunyi kaca pecah.

“arah sana.” Tunjuk Faizul. Pantas mereka bergerak ke situ.

“Ya Allah. Ayah.” Mazira terkejut sekali dengan keadaan ayahnya itu.

“Zira…” panggil ayahnya. Sugul saja wajah ayahnya.

“ayah kenapa boleh jadi macam ni. Mana mak?” tanya Mazira sambil cuba memimpin ayahnya ke katil. Faizul yang melihat Zira susah untuk memimpin itu pantas menolong.

“dia telah pergi tinggalkan ayah keseorangan di sini. Semenjak lima hari yang lalu. Selepas Zira pergi dan tak balik-balik ke rumah. Mak mula geram dan bencikan ayah kerana rancangannya tidak menjadi. Jadi dia telah tinggalkan ayah.” Jelas ayahnya.

“Ya Allah. Sampai hati mak buat ayah macam tu. Zira minta maaf kerana sekarang baru balik.”

“tak. Ayah yang patut minta maaf kerana tampar kamu. Ayah sangat menyesal dengan perbuatan ayah kepada kamu.” Mazira mula menitiskan air mata. Pantas dia memeluk ayahnya.

“Zira janji yang Zira tidak akan tinggalkan ayah lagi seperti arwah ibu?” Mazira mengangguk.

“ya. Zira janji.” Faizul yang semenjak tadi melihat dan mendengar segala-galanya itu turut tersentuh. Walau bagaimanapun pergaduhan sesebuah keluarga itu pasti akan berbaik  semula.                                                

*****
“Zira !! ada orang mahu jumpa.” Laung ayah Zira dari bawah. Mazira yang sedang belajar sedikit terganggu. “siapala yang nak jumpa ni.” Rungutnya lalu menyarungkan tudung.

Kini dia telah bertudung. Allah telah bukakan pintu hidayahnya  untuk bertudung dan menjadi wanita solehah.

“siapa ayah?” tanya Zira .

“Faizul. Dia tunggu di luar.” Ujar ayahnya. Mazira tersentak.

Baru saja ingin melupakan faizul tapi dia telah muncul kembali. Mazira  masih tidak meluahkan perasaannya kepada Faizul. Dia tahu dia langsung tidak layak untuk orang sebaik faizul.

Daun-daun berguguran itu dilihat sepi oleh Faizul.

“awak nak jumpa saya?” tegur Zira.

Faizul menoleh ke belakang dan melihat Mazira. Tapi sekarang Mazira nampak lain.

“kenapa? Terkejut? Saya masih belajar lagi untuk bertudung. Allah telah bukakan pintu hidayah untuk saya.” Jelas Mazira. Faizul tersenyum.

“saya terkejut dan saya gembira awak sudah lebih menuju ke jalan Allah.” Luah Faizul.
Mazira mengambil tempat di kerusi batu sebelah Faizul.

“awak nak jumpa saya untuk apa?” tanya Mazira lagi.

“saya nak beritahu awak sesuatu.” kata Faizul.
 
“apa?”

“saya sudah jatuh hati dekat  awak.” Mazira terkedu.

“betul. Saya sudah jatuh cinta. Saya tahu awak tidak akan terima saya kerana muka saya seiras dengan Fiman. Tapi saya janji saya tidak akan lakukan perkara bodoh seperti Fiman itu yang tidak tahu menghargai awak dengan baik.”

“ tapi… mungkin awak jatuh hati kepada saya kerana simpati. Yala selama ini awak sudah tahu penderitaan saya bagaimana.” Mazira cuba menafikan perasaan itu.

Faizul menggeleng. “tidak. Tidak sesekali kerana simpati. Saya cintakan awak setulus hati saya.” Mazira terdiam.

“saya masih ingin belajar. Saya juga masih perlu menyara ayah saya.” Kata Mazira selepas diam seketika.

“itu saya tahu. Saya pun masih belajar juga. Tapi saya tidak halang awak. Lagipun saya akan tunggu awak sampailah awak terima cinta saya. Saya tahu awak juga ada perasaan sama seperti saya.” Ujar Faizul sambil menatap wajah Mazira.

Mazira tertunduk. Dia tidak dapat nafikan lagi perasaan yang terbuku di dalam hatinya itu.

“Mazira. Saya akan pulang ke Selangor tidak lama lagi. Jadi saya ingin sekali tahu jawapan awak sebelum saya pulang ke sana. Saya akan tunggu. Saya minta diri dulu.”
 Mazira terkedu di situ. tidak tahu apa yang patut dia lakukan.

“FAIZUL… bagaimana?” tanya akak Fira apabila Faizul pulang.

“entahlah. Dia belum beritahu apa keputusannya.” Balas Faizul lemah.

“sabarlah. Inilah cubaan untuk orang yang ingin menemui pasangannya.” pesan akak Fira.

“susah juga nak pikat hati perempuan ni.” Kata Faizul. Akak Fira tergelak dengan telatah adiknya.

“tahu pun.” Balas akak Fira lalu berlalu ke dapur.

Sambil-sambil Faizul menonton tv, tiba-tiba dia terdengar bunyi gelas pecah. Pantas FaIzul ke dapur.

“ya Allah. Akak kenapa ni?” Faizul mengutip kaca-kaca yang pecah tadi.

“akak tiba-tiba rasa pening.” Beritahu akak Fira.

“kita pergi klinik. Jom” ujar Faizul. Akak Fira menggeleng.

“tak usahlah.” Keras akak Fira. “tidak kira. Akak kena pergi hospital juga. Jom.” Belum sempat akak Fira membalas dia sudah diheret ke kereta.

Sampai saja di klinik dan membuat pendaftaran, mereka pun masuk.
Faizul menunggu akaknya  yang sedang membuat pemeriksaan di luar. Selepas 10 minit menunggu, akak Fira pun keluar.

“macam mana akak?” tanya Faizul. Akak Fira kelihatan gembira sekali.

“akak sudah mengandung.” Luah akak Fira ceria.

“alhamdulillah. tahniah kak.” Ucap Faizul.

Akak fira mengangguk. Sekarang dia berasa bersyukur sekali dengan anugerah Tuhan ini. Pasti tidak akan disia-siakan nya.
*****
Suasana di kedai butik akak Fira waktu itu amat sunyi. Lagipun masa bekerja belum bermula. Mazira mengambil keputusan untuk berjumpa dengan akak Fira bagi meluahkan perasaan.

“assalamualaikum akak Fira. Zira mengganggu ke?” tanya Zira.

“waalaikumussalam. Tak lah. Bagus juga Zira datang. Boleh temankan akak.” Balas akak Fira sambil tersenyum.

“saya nak tahu pendapat akak. Jika ada seorang insan lelaki ini suka dekat seorang perempuan. Tapi perempuan ni masih belum mahu luahkan perasaannya dan ingin belajar terlebih dahulu. Dia juga ingin menyara keluarganya. Jadi apa yang perlu dilakukan oleh perempuan itu?”

Akak Fira tersenyum. “itu kamu kan?”

Mazira tersentak. Akhirnya dia mengangguk.

“akak tidak pandai dalam bab beri pendapat ni. Tapi Cuma satu akak pesan. Belajarlah rajin-rajin dahulu. Jika kamu ingin menerimanya , boleh tiada masalah. cuma kamu harus pandai membahagikan soal peribadi dan pelajaran. Cuba kamu tanya dia adakah dia sanggup tunggu kamu selama dua tahun? Akak tidak tahu nak kata apa tapi ikut la kata hati kamu. Ingat jangan menyesal di kemudian hari.”

“terima kasih akak. Sekarang Zira tahu apa yang patut Zira buat.” Luah Zira dengan yakin akan keputusannya.

“kamu ingin jumpa Faizul untuk meluahkan perasaan?” tanya akak Fira. Mazira mengangguk.

“Faizul yang beritahu akak kan?”

“hahaha… ye. Lebih baik kamu cepat. Dia dalam perjalanan pergi ke stesen bas. Katanya sudah ingin pulang ke Selangor.” Beritahu akak Fira.

“tapi dia kata beberapa hari lagi.”

“akak tak tahu pula yang itu. Sekarang kamu pergilah ke sana.”

“tapi Zira malu.” Akak Fira menggeleng.

“kamu tak usah malu. Kuatkan semangat kamu. Jika tidak kamu yang akan menyesal.”

“baiklah akak. Doakan Zira berjaya ye kak.” Akak Fira mengangguk lalu tersenyum.

*****
Mazira mencari-cari kelibat Faizul di stesen bas itu. Hampir lima minit dia berada di situ untuk  mencari Faizul. Tapi hampa kerana masih tidak jumpa.

“Faizul!!!” laung Mazira dengan kuat sekali. Dia tidak hiraukan orang yang berada di sekelilingnya. 

Sekarangnya  adalah dia perlu mencari Faizul dalam ramai-ramai orang di stesen bas itu.
Faizul yang seperti dengar namanya di panggil menoleh ke belakang. Tiba-tiba dia ternampak Mazira seperti mencari orang. Pantas Faizul melangkah ke arah Mazira.

“Mazira…” panggil Faizul lembut. Mazira yang duduk keletihan itu berdiri apabila Faizul berada di depan matanya.

“apa awak buat di sini?” tanya Faizul.

 “awak. Maafkan saya?” pohon Mazira.

“maaf? Tapi kenapa?” Faizul menjadi pelik.

“kerana sebelum ni saya tidak dapat berikan jawapan saya yang pasti. Tapi sekarang mungkin sebaliknya kerana awak meyakinkan saya.”

“maksud awak?”

“sebenarnya sebelum ini saya sudah jatuh hati dekat awak. Tapi saya nafikan semua itu kerana saya tidak layak bersama orang sebaik awak. Saya juga cuba lupakan awak tapi tak boleh. Sehinggalah awak sendiri meluahkan perasaan kepada saya. Jadi saya terkejut.” Jelas Zira.

Faizul terdiam sejenak.

“jadi selama ini saya tidak bertepuk sebelah tangan. Mazira, awak memang suka buat suspen la.” Ujar Faizul sambil tersenyum.

“jadi?”

“ jadi…. Saya terima.” Putus Faizul.

“ tapi awak terpaksa tunggu lebih kurang 3 tahun.”

“tidak apa. Saya sanggup tunggu. Lagipun saya juga mesti habiskan pengajian saya dulu. Jadi kita akan sama-sama ke menara gading.” Mazira sekarang boleh senyum bahagia.

“bila awak nak bertolak ke Selangor?” tanya Mazira.

“balik? Apa yang awak merepek ni. Kan saya dah beritahu awak yang saya akan balik beberapa hari lagi tapi bukan hari ini..”

“tapi akak Fira kata awak sudah nak bertolak hari ini.” Mazira menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu.

Faizul tertawa. “tak sangka awak telah ditipu oleh akak Fira.”

Mazira tertunduk malu. “tapi kenapa awak berada di sini?”

“saya ingin cari kawan. Tapi bagus juga akak tipu awak. Kalau tidak mungkin saya masih belum dapat tahu apa jawapan awak.” Faizul tersengih.

“awak jangan suka-suka kata dekat saya. Saya ikhlas taw. Kalau tidak saya tidak la kelam-kabut lari ke sini semata-mata nak cari awak. Mati-mati saya percaya awak sudah ingin pergi tinggalkan saya tanpa jawapan.” 

Mazira memasamkan muka. Faizul berasa bersalah pula kata begitu kepada Mazira yang bersusah payah mencarinya.

“ok. Saya minta maaf. Saya tidak bermaksud kata begitu. Saya minta maaf ye?” pinta Faizul.

Mazira tersenyum lalu ketawa mengekek. Faizul bertambah pelik. Tadi merajuk sekarang ketawa pula.

“awak ni kenapa?”

“saya tak sangka awak percaya bulat-bulat. Tapi comel  la muka awak macam tu.” Balas Mazira lalu tersenyum ke arah Faizul. Faizul tersengih. Tak sangka dia dikenakan balik.

“nanti jangan buat macam tu lagi. Kalau tidak saya yang merajuk.”

“ala-ala… saya balik dulu la. Dadada…” pantas Mazira lari daripada Faizul sambil tertawa.

“awak!!!” Faizul yang tertinggal itu terus mengejar Mazira.

Akhirnya Mazira dapat mencapai kebahagiaan yang diingini selama ini. Bersama orang yang sangat dia sayang dan cintai. Kini Mazira baru faham apa itu sebenarnya kasih sayang dan apa itu cinta sejati. Dia berharap agar hidupnya sentiasa diberkati Allah dan bahagia di samping ayah dan Faizul. Keluarga  bahagia adalah keluarga yang sentiasa bersama apabila pada waktu susah atau senang.

p/s: janganlah kita berputus asa sebelum berusaha. Janganlah kita sentiasa menyalahkan orang lain atas dasar tertentu. Belajarlah menjadi orang yang sabar. Pasti kita akan sentiasa mendapat kebahagiaan dan di redhai -Nya.

TAMAT

No comments :

Post a Comment

Popular Posts

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers