Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Friday 24 May 2013

Cerpen : Dia Kembali




Part 1

“ Ala busuk-busuk anak buah makcik ni. Manjanya dia…”

Ingin sekali aku nak ada anak macam akak aku ni. Tapi masih adakah harapan nak ada anak? Hurmm..

“ Haih dik. Asal muka tu tiba-tiba masam je? Ada apa-apa ke?”

Teguran akak aku itu membuatkan aku terpinga-pinga.

“ Mana ada. Tak adalah. Akak.. petang ni nak tidur sini boleh? Adik nak main dengan Erisya ni.”

Terus aku cubit anak akak pertama aku ni. Comel sangat. Dahlah tembam. Eii! Kalau anak aku mahu saja aku cium-cium dan cubit dia.

“ Habis mama dan papa tahu tak?” Soal akak aku dengan kerutan di dahi.

“ Dah. Mereka yang suruh. Lagipun bahaya kalau adik balik Penang malam-malam.” Jelasku dengan senyuman tipis.

“ Hurmm. Ikut kamu lah. Tapi akak nak tahu sesuatu lah. Boleh tak?”

Aku hanya mengangguk. Kini pandanganku tepat kepada akak aku. Nama dia sedap lagi daripada aku. Aliasya Marshita. Kan?

“ Akak nak tahu sangat-sangat. Kamu ni sebenarnya dah kahwin ke belum?”

Aku tersentak akan soalan akak aku tu. Apa dah tak ada soalan lain ke nak tanya?

“ Ala.. macam akak tak tahu.” Aku memuncung memandang lantai. Tanganku diramas perlahan.

“ Habis? Kenapa kamu berdua tak jumpa dan duduk bersama. Akak pelik dengan kamu berdua ni. Tahulah kahwin tanpa cinta. Tapi cintakan boleh di pupuk.” Suara akak aku mula berlainan nada.

Aku terasa sebak. Bukan sengaja aku buat macam tu.

“ Akak tak faham.” Ujarku perlahan. Sangat perlahan sebenarnya.

“ Kamu yang tak faham.” Aku mendongak melihat akakku dengan perasaan sayu.

“ Sebenarnya akak tak tahu satu perkara. Hal ni adik, dia, mama dan papa dia dan mama dan papa kita je tahu. Orang lain tak tahu.” Aku mula nak beritahu perkara sebenar.

Perkara yang hampir lima bulan aku rahsiakan daripada familyku yang lain. Hal yang sangat penting. Aku jamin selepas aku cerita dekat akak aku ni. Dia pasti terkejut besar dan marah dekat aku dan dia.

“ Apa?”

Aku menarik nafas sebelum cerita kepada akak aku itu. Moga-moga dia faham perasaan aku.

Part 2

Tersengguk-sengguk aku menangis di ribaan mama aku. Papa aku hanya melihat dengan perasaan belas kasihan.

“ Sabar sayang. Dan maafkan kami. Kami tak tahu Wan akan buat macam tu. Maafkan kami. Lagipun kamu kena faham pekerjaan dia.”

Kata-kata mama buat aku bangun dan menyeka air mata. Wajah papa aku lihat dengan senyuman hambar.

“ Ye. Adik tahu siapa adik ni. Tapi kalau ye pun, tak boleh ke tengok dan datang jenguk isteri dia yang baru dikahwini ni. Apa salah adik ma?” aku memandang wajah mama dengan kabur.

“ Maafkan papa. Papa juga bersalah dalam hal ni.” Suara papa buatku kembali menitiskan air mata.

“ Dahlah. Adik tak mahu fikir lagi. Kalau betul dia anggap adik ni sebagai isteri dia. Adik jamin dia akan datang dan jenguk adik. Kalau tidak adik Cuma mampu berserah je kepada Allah.”

Seusai aku berkata demikian, aku terus naik masuk ke bilik. Perasaan aku kini sangat sakit. Apa salah aku diperlakukan sedemikian. Ya Allah…

“ Adik! Adik!”

Laungan itu membuatkan lamunan aku terhenti. Wajah akak aku pandang dengan senyuman. Dia terus memelukku dengan erat.

“ Maafkan akak. Akak salah kerana tuduh kamu bukan-bukan.” Pelukan dileraikan. Aku hanya hadiahkan senyuman.

“ Dah takdir hidup adik macam tu. Jadi apa lagi adik boleh buat.”

Pasti korang tertanya apa jadi dekat aku dan siapa si dia yang aku sebut tu.

Sebenarnya pada lima bulan yang lalu. Aku ni telah diijabkabul dengan seorang lelaki yang bernama Wan Ahmad Ihsan. Tapi kami berkahwin bukan atas dasar cinta. Dan kami masing-masing tidak pernah bertemu.

Waktu di ijab kabul, aku langsung tidak memandang wajah dia. Dia aku tak tahu. Sebab masa tu aku sangat malu. Tapi yang paling memalukan apabila selepas selesai majlis ijab kabul. Dia terus pulang ke rumahnya tanpa menjenguk aku terlebih dahulu. Dia tinggalkan aku terkapai-kapai keseorangan.

Mujur mama dan papa tidak adakan majlis resepsi. Hanyalah majlis ijab kabul. Kalau tidak aku lagilah malu. Dia juga langsung tidak menelefon mahupun datang melawat aku di rumah mama dan papa. Keluarga dia hanya mampu minta maaf dan minta bersabar.

Tapi sampai bila? Ingat aku ni seorang yang kuat sangat ke? Aku ni seorang yang lemah. Nampak je kuat daripada luaran. Tapi dalaman? Hanya Allah yang tahu.

Dah lima bulan aku tunggu dan terus tunggu agar dia datang jemput aku. Tapi? Bila aku ingat perbuatan dia, aku rasa sedih sangat. Dahlah wajah dia langsung aku tak tahu. Nak sangat aku tengok tapi aku tak mahu. Mama aku juga siap beri gambar dia dekat aku.

Tapi aku yang tak nak. Sebab dia kan tak suka aku jadi isteri dia. Ya Allah..

“ Sabar ye dik. Akak tahu adik kuat hadapi semua ni.” Pesanan akak aku terima dengan anggukan.

Part 3

Wow! Cantik gila pelamin kahwin kawan baik aku sorang ni. Dah serupa permaisuri aku tengok. Untungnya dia dapat juga kahwin dalam suasana meriah macam ni.

“ hei! Amboi panjangnya kau mengelamun. Kenapa? Nak kahwin sorang lagi ke?” Teguran Izati aku terima dengan senyuman hambar. Dia langsung tak tahu fasal Wan pergi. Biarlah ia menjadi rahsia.

“ Boleh juga.” Selorohku lalu tertawa kecil bagi menutup rasa sedih.

“ Amboi! Gatal. Habis suami kau tu kau nak letak mana?” aku tersentak.

“ Letak dekat luar.” Ujarku selamba lalu duduk bagi hilangkan lengah. Sekarang baru aku berpeluang duduk. Sejak tadi aku asyik berdiri jadi pengapit Izati ni.

“ Hei.. Tak baik kau ni.” Bahuku ditamparnya perlahan.

Dia ke aku tak baik? Kalaulah kau tahu Izati. Hurmp! Aku pasti kau juga marah dengan lelaki macam tu.

“ Anyway.. bila pengantin lelaki nak naik ni. Aku nak bergambar dengan korang. Lamanya suami kau jumpa kawan.” Ujarku tak puas hati.

“ Kejap lagi naik lah tu. Erm.. aku nak minta maaf dekat kau. Yalah.. Kau sanggup bersusah payah datang sini dan jadi pengapit aku. Tapi aku? Aku pergi pun tak majlis kahwin kau.”

Aku tersenyum hambar. Tak datang pun tak apa sebab ia membawa kesedihan kepadaku.

“ Okey je. Janganlah sedih macam ni. Tak comel dah.” Usikku.

“ Hurmm. Thanks. Anyway! Kau tak datang sekali dengan suami kau ke? Teringin juga aku nak tengok dia.” Aku tersentak.

“ Dia kerja. Kan aku pernah aku beritahu kau sebelum ni pekerjaan dia.” Dalihku.

“ Oh. Betul juga. Dia kan kerja sebagai tentera. Terlupa.” Aku hanya tersenyum.

Maafkan aku kerana menipu kau Izati. Aku tak nak kau sedih tengok aku macam ni. Maafkan aku.

“ Sayang!”

Kami berdua tertoleh ke belakang apabila mendengar suara garau itu. Siapa lagi kalau bukan suara suami Izati ni. Dan aku tersenyum apabila dia membawa kawan dia.

“ Maaf lambat.” Ucap suami Izati ni atau nama sebenarnya Hizzat.

“ Tak apa. Sekarang aku nak bergambar dengan pengantin ni. Jadi bersedia tak?” Soalku lalu bangun berdiri.

“ Sebelum tu. Kenalkan kawan aku dulu. Wan ini kawan aku dan Izati. Aliana namanya.”

Aku tersentak apabila Hizzat menyebut nama kawannya itu Wan. Tapi kan ramai orang yang bernama Wan di dunia ini. Apalah..

Tapi apabila aku bertembung mata dengan dia, dia seperti terkena kejutan elektrik apabila melihat aku. Pe hal? Tahulah aku ni comel tapi janganlah pandang aku macam tu. Perasan kau Lia! Hehe..

“ Okey. Cepatlah! Aku nak balik ni.” Arahku apabila pengantin masih belum bersedia.

“ Okey fine.” Sahut Izati dan kedua-dua mereka naik ke atas pelamin. Aku juga turut serta. Sebelum tu aku menyerahkan kamera kepada Wan.

“ Erk.. minta tolong ambil gambar kami ye?” Pintaku lalu dia menyambut huluran aku. Aku Cuma tersenyum.

“ Okey ready!”

Aku sudah tersedia tersenyum. Hurmp! Kan bagus kalau awak ada sekali Wan. Dan tiba-tiba saja hatiku berdetak hebat apabila bertembung mata dengan kawan Hizzat ni. Kenapa ni? Ingat sikit yang aku ni dah berkahwin.

Tapi aku masih boleh digelar isteri ke apabila dah lima bulan suami tak balik menjenguk dan tidak memberi nafkah. Erm! Setahu aku kalau dah lebih 6 bulan suami aku masih belum datang menjenguk aku, itu bermakna perkahwinan itu akan terlerai begitu saja.

“ Aliana!” Aku tersentak apabila nama aku tiba-tiba dipanggil. Kuat pula tu.

“ Fokus dekat kamera please?” Oh! Okey!

Part 4

Argh! Letihnya! Hari ini adalah hari yang amat memenatkan bagi aku. Mana taknya. Daripada pukul 2 petang dan nak sampai pukul 4 petang, aku dan akak kedua aku meronda-ronda di Pacific ni. Tapi aku tak tahu apa yang dia cari.

“ Angah! Lambat lagi ke?” Soalku lemah. Kaki dah sakit sangat ni.

“ Kejap!” Dia sedang memilih beberapa baju yang ingin dibeli. Harap-harap dia akan beli. Kalau berjalan dengan akak kedua aku ni. Sampai esok pun tak habis. Mujur dia tak berkahwin lagi. Kalau tidak mahu penat lelaki dia nak layan.

“ Okey siap! Jom balik.”

Kata-kata itu buat aku tersenyum lega. Mujurlah!

“ Hurm! Angah pergi dekat kereta dulu. Adik nak beli makanan sikit.” Ujarku apabila mataku tertangkap makanan yang berada di sisiku.. sedap!

“ Okey!”

Tanpa berlengah, aku pantas menuju ke gerai makanan itu. Tapi belum sempat aku nak meminta pesanan, tiba-tiba aku di langgar daripada belakang dan menyebabkan aku jatuh terduduk. Kuat kot!

“ Ya Allah. Sakitnya!” Aku mengerang kesakitan. Aku mendongak sebab nak panggil akak kedua aku tu. Tapi kelibat dia sudah hilang di pandangan mata. Cepat sungguh dia jalan.

“ Awak tak apa-apa?” Muncul seorang lelaki bertanya keadaan aku. Aku dah cukup malu apabila ramai orang menjeling ke  arahku.

“ Okey.” Sahutku perlahan tanpa mendongak ke arahnya.

Aku cuba bangun. Tapi belum sempat kakiku nak menjejak tanah. Aku terduduk semula. Mungkin kaki kiri aku terseliuh waktu aku dilanggar tadi kot.

“ Awak betul ke okey ni?” Suara yang risau itu buatkan aku terus mendongak.

Aku terkedu apabila Wan iaitu kawan Hizzat berada di hadapan mataku sekarang. Apa yang dia buat dekat sini?

“ Okey.” Balasku perlahan. Aku cuba berdiri semula. Tapi tak berjaya. Bencinya!

“ Meh saya tolong.” Dia hulurkan tangan untuk membantu aku berdiri. Tapi aku pantas menggeleng. Bukan muhrim okey.

“ Saya boleh jalan sendiri.” Elakku dan cuba bangun berdiri. Alhamdulillah kerana aku boleh berdiri.

Apabila aku cuba berjalan, aku terjerit kecil. Sakit yang amat!

“ Saya nak tolong tak nak. Meh sini!”

Aku tak sempat buat apa-apa apabila dia mula mencempung aku. Tindakan drastiknya itu sungguh membuatkan aku terkejut. Dahlah ramai orang tengok.

“ Awak ni gila ke apa? Kalau awak tak nak saya buat sesuatu di luar jangkaan awak. Lebih baik awak lepaskan saya.” Arahku geram.

Tapi dia tak peduli malah berjalan sambil mencempungku. Aku mengetap bibir geram.

“ Dah sampai.” Aku tersentak apabila kini aku berada di hadapan kereta akak kedua aku. Dan dia sedang melihatku sambil tersenyum. Kenapa?

“ Maaflah. Tapi dia terseliuh sampai tak boleh jalan.” Jelas Wan lalu meletakkan aku. Aku hanya menahan malu.

“ Terima kasih lah. Adik masuk kereta dulu.” Aku hanya mengangguk. Tak sanggup rasanya duduk lama-lama dekat luar ni. Gara-gara malu yang amat. Dan nak ucapkan terima kasih pun tak terkeluar. Biarlah!

Part 5

Aku tercengang melihat siapa yang berada di hadapan aku sekarang ni. Mahu saja aku lari dari sini. Tapi dah tak sempatlah. Lagipun aku berada di perpustakaan ni. Ish! Apa yang mereka berdua buat dekat sini?

“ Hai…” Aku nak termuntah dengar panggilan manja tu. Tak kuasa aku nak layan dua orang jantan di hadapan aku ni. Buat aku sakit hati. Daripada dulu sampai sekarang tak habis-habis nak kacau aku. Dan mereka tak tahu yang aku ni dah berkahwin pun.

“ Apa yang korang berdua buat dekat sini?” Soalku terus apabila mereka asyik tersenyum ke arahku. Mereka ni nama je orang KL. Tapi duduk Penang. Pe kes?

“ Saja. Nak kacau awak. Tak boleh?” Aku tersentak. Erm! Muka tak hensem ada hati nak kacau aku. Perangai pun tak sememeh mana. Hah! Ambik kau!

“ Dah. Saya nak berlalu. Nak pergi cari buku. Jadi tolong berikan laluan kepada saya.” Pintaku lembut. Aku cuba bersabar kerana aku berada dalam perpustakaan ni.

Tapi mereka berdua menghalangku dengan tangan. Ish! Ada juga nak kena dengan aku nanti.

“ Hei! Aidid! Apa yang awak tak puas hati dengan saya. Dari dulu sampai sekarang kerjanya asyik kacau saya je.” Ujarku tak puas hati tapi masih dalam nada terkawal.

“ Kesiannya dia. Awak ni memang bodoh ke apa?” Aku tersentap. Dia kata aku bodoh! Ergh!

“ Bodoh ke apa ke. Sekarang saya nak pergi.”

Pantas aku berlalu daripada berhadapan dengan mereka berdua tu. Buat sakit hati. Apabila kakiku dah mencecah di luar bangunan perpustakaan, aku menghembus nafas lega. Fuh! Lega!

Nak baca buku kejap pun tak boleh. Apa punya jantan lah!

“ Lia!” Aku terkedu mendengar suara itu. Wan?

Jadi aku menoleh ke belakang. Tekaan aku benar. Dia! Tapi peliklah! Apa yang dia buat dekat sini?

“ Erk..” Aku dah lah masih malu dengan dia gara-gara kejadian dua hari yang lepas. Kaki ni pun bukan pulih sepenuhnya lagi.

“ Aliana!” Aku mengeluh kecil apabila mendengar suara ini. Aku dah penatlah dengan Aidid ni.

“ Awak nak apa lagi?” Soalku geram. Wan yang berada di sisiku langsung aku tidak peduli.

“ Awak masih belum faham ke kenapa saya selalu kacau awak semenjak sekolah menengah lagi. “
Aku pantas menggeleng. Wajahnya tajam ku renung.

“ Dia suka dekat kau.” Ujaran kata-kata Dafi buat aku terkedu. Dia suka aku? Fuh! Berita panas ni!

“ Maaf..” Ucapku perlahan lalu terus beredar daripada situ. Maaflah Aidid. Walaupun kau suka aku tapi aku dah dimiliki.

Tapi belum sempat aku nak membuka pintu kereta, tanganku direntap lembut. Saat aku menoleh, aku terus terdiam. Wan!

“ Kenapa awak lari?” Soalnya lembut dengan senyuman. Aku pula jadi terkaku. Ish! Ingat Lia! Kau tu dah kahwin. Tapi kahwin apa dah lelaki tak balik-balik. Erh!

“ Aliana!” Aidid dan Dafi datang menghampiri aku. Dan dia merenung tajam ke arah lengan aku. Yelah Wan sedang pegang lengan aku kejap.

“ Awak… Tangan tu.” Aku sedarkan Wan yang asyik merenungku. Tapi dia hanya tersenyum malah dia memaut pula bahuku erat.

Eh? Apa hal ni?

“ Dia tak akan terima cinta awak.” Suara Wan kepada Aidid.

“ Pe hal pula dan kau tu siapa. Siap pegang tangan dia lagi. Aku nak kau lepaskan dia.” Tegas Aidid.

Aku mengetap bibir. Kenapa aku tak boleh nak tolak dia ni. Selalunya pantang kalau ada orang lelaki sentuh aku. Tapi Wan ni? Kenapa? Aku jadi lemah!

“ Saya berhak sebab saya suami dia!”

Kata-kata itu berjaya membuatkan kami bertiga tergamam. Aku pantas menoleh ke arahnya dengan terkebil-kebil. Suami?

“ Ma..maksud kau? Dia isteri kau dan dia dah kahwin? Gitu?” Soal Aidid pinta kepastian.

Anggukan Wan buat hatiku berdetak hebat. Apakah ini? Dia hanya nak menyelamatkan aku ke?

“ Dan mulai hari ni janganlah ganggu isteri saya lagi.”

Aku terkelu lidah untuk berkata-kata. Selepas mereka berdua beredar, aku pantas menolak Wan ke tepi dan aku masuk ke dalam kereta. Aku sungguh bingung. Argh! Tengok-tengok itu hanya muslihat dia terhadap Aidid.

“ Awak!” Aku tak sempat nak tutup pintu kereta apabila dia memanggil. Aku mendongak melihatnya dengan seribu kekeliruan.

“ Awak masih sayang akan suami awak ke? Awak masih tunggu dia ke?”

“ Hah?” Sungguh aku tak faham. Macam mana dia dapat tahu ni?

Dia tersenyum ke arahku dan tindakan spontannya yang menarikku ke dalam pelukannya membuatkan aku terkaku. Apakah?

“ Lepaskan sayalah!” Suruhku tegas. Tapi dia menarikku lebih erat. Aku terkedu. Kenapa aku tak boleh menolak dia? Kenapa aku rasa selamat dalam pelukan dia? Kenapa?

“ Aliana… Boleh awak bawa saya ke rumah awak?” Aku tersentak. Pantas aku menolak dia.

Aku merenungnya tajam.

“ Awak ni siapa dan kenapa tiba-tiba awak nak pergi rumah saya pula?” Soalku geram.

“ Awak akan tahu selepas awak bawa saya ke rumah. Tolonglah..”

Aku terdiam. Tajam aku merenungnya yang sedang tersenyum itu. Tapi hati aku seakan-akan suka apabila dia ikut aku balik ke rumah. Kenapa?

Aku mengeluh kecil. Penat nak saling berpandangan ni. Jadi aku beri kata putus dengan anggukan. Biarlah dia kena marah dengan family aku nanti. Ada aku kisah?

~Dengan sedihnya akan bersambung~

Sambungannya di sini > http://syimahkisahku.blogspot.com/2013/05/cerpen-dia-kembali-sambungan.html

2 comments :

  1. Sbb tu suami die . X ad makne nye kene mara . Aliana kot yg akan mara . Cpt la sambung

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. cepat sungguh meneka.. Sabar..esok kita akan tahu

      Delete

Popular Posts

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers