Hai. Hai. Hai. Wah. dah begitu lama aku tak datang ke sini. Hehe. Sorry. Bulan final exam kan. Ni pun still tinggal 1 paper lagi. Paper repeat untuk sem 2. 1/12 ni baru habis. Huhu. Sabar je la. Tapi, lepas tu free la kita. Haha. Btw... cerpen ni tiba-tiba bermain dalam fikiran aku. Bila dah dapat idea laju je tangan menaipnya. Hehe. Just want to tell you alls. Idea-idea cerpen ni datang sebaik aku dengar lagu korea Because you are my man. Lagu tu banyak bantu aku tulis cerpen ni. Okay. Tak nak bebel panjang lagi. Happy reading la. Hehe.
“ Mana kau? Keluar sekarang!”
Aku memejamkan mataku dengan erat. Seerat-eratnya. Ya Allah!
Selamat kan aku. Tolong aku Ya Allah. Aku meneguk air liur apabila terdengar
bunyi orang melangkah. Janganlah sampai dia nampak aku. Ya Allah!
“ Bro! Kau buat apa dekat dalam tu?”
Aku menghembus nafas lega. Alhamdulillah. Ada orang datang.
“ Aku cari orang. Aku rasa tadi dia datang sini.”
Aku mengintai di celah-celah kotak dan dapat melihat dua
orang lelaki sedang berdiri depan pintu. Aku kena cepat keluar daripada sini
atau aku akan berada dalam bahaya.
“ Jom. Aku belanja makan.”
“ Boleh juga. Jom.”
Mereka dah pergi. So, baik aku cepat-cepat keluar.
Bismillah! Terkedek-kedek aku melangkah ke arah pintu. Tetapi, pintu dikunci!
Ya Allah! Macam mana ni?
“ Awak siapa?”
Menyirap terus darahku sebaik sahaja mendengar suara garau
itu. Aku menggigil ketakutan. Siapa dia tu? Dengan perlahan-lahan aku menoleh
ke belakang. Terpampang satu wajah lelaki yang boleh tahan handsome sedang
memandang serius ke arahku. Aku terteguk air liur.
“ Sa..saya..saya.”
Aku meneguk air liurku berkali-kali. Mak! Tolong Aimi!
“ Saya tau kawan saya sedang cari awak tadi. Tapi, apa yang awak
buat sampai dia cari awak ke stor ni?”
Aku tunduk memandang lantai. Mataku dah menjadi panas.
Tunggu masa nak turun je.
“ Sa..saya minta maaf. Sebenarnya saya terambil ni. Saya
terpaksa sebab mak saya sakit kat rumah. Dan dia perlukan sangat-sangat benda
ni. Maafkan saya!”
Akhirnya, air mataku mengalir jua ke pipi. Aku langsung tak
mendongak untuk melihat dia. Aku sangat takut. Aku genggam kuat ubat yang aku
genggam itu. Sebenarnya, aku keluar daripada rumah sebab nak cari ubat bagi
melegakan sakit mak aku. Tapi, aku tak ada duit yang cukup. Bila nampak
farmasi, aku masuk dan niat aku nak cakap baik-baik dengan bos kat situ. Tapi
lain pula jadinya bila ada orang tuduh aku mencuri. So, tak fasal-fasal aku
ambil ubat tu dan lari ke sini. Aku pun bodoh! Dah tau tak mencuri pergi lari.
Kan dah kena.
“ Nama awak?”
“ Aimi.”
“ Jangan risau. Jangan takut. Saya tak makan orang.”
Aku terus mendongak melihat dia saat mendengar suaranya yang
begitu lembut pada pendengaran aku. Nadanya begitu tenang. Dan kini aku dapat
lihat dia tersenyum ke arahku. Ya Allah.
“ Jom ikut saya. Dan bagi ubat tu.”
Dengan tangan yang terketar-ketar aku menyerahkan ubat itu
pada dia. Air mataku yang mengalir tadi cepat-cepat diseka. Aku melihatnya
tanpa kata.
“ Jom.”
Akhirnya, aku hanya mengikut langkahnya masuk ke dalam
farmasi itu semula. Dan aku dapat kesan beberapa mata yang tajam merenung aku.
Pantas aku bersembunyi di belakang lelaki tadi.
“ Syirah. Ambil ubat ni. Tolong scan. Saya bayar ubat ni.”
Aku tersentak. Bayar? Dia tolong bayar?
“ Bos?”
Okay. Kali ni aku terkaku terus. Bos? Dia bos kat sini! Ya
Allah!
“ Kenapa? Cepatlah.”
Aku rasa nak nangis lagi. Tapi, cepat-cepat ditahan. Aku tak
mahu orang kata aku lemah.
“ Okay siap. Aimi.”
Aku memandang dia yang sedang tersenyum ke arahku itu. Dia
menghulurkan aku ubat tadi dan aku mengambilnya dengan hati yang sebak.
Senyuman hambar diukir dan aku mengucapkan terima kasih tanpa suara ke arahnya.
Selepas melihat dia mengangguk, aku terus berlari keluar daripada situ.
Kenapa dia terlalu baik dekat aku? Kenapa? Ya Allah. Aku tak
layak! Akhirnya, air mataku mengalir jua. Langkahku yang laju tadi semakin
perlahan dan kini aku betul-betul berada di hadapan sebuah kedai foto. Aku
mendongak memandang langit.
“ Ya Allah. Semoga lelaki tadi sentiasa dirahmatiMu Ya
Allah. Dia sangat baik. Terima kasih ya Allah.”
Aku menyeka air mataku yang semakin laju mengalir itu. Tapi,
air mata terus mengalir. Teresak-esak aku menangis dekat situ. Mak. Kenapa
hidup kita macam ni? Kenapa ayah mesti pergi? Kenapa mak?
“ Kenapa awak nangis?”
Tersentak mendengar suara itu, aku pantas menyeka air mata
dan meninggalkan situ. Bodoh! Kau bodoh Aimi! Kenapa mesti menangis dekat
tempat awam ni! memalukan!
“ Wait!”
Lelaki tadi berdiri tepat di hadapanku dengan kerutan di
dahi.
“ Mata awak merah. Hidung pun. Muka awak nampak comot.
Tudung awak nampak berserabut. Ermm. Meh saya tolong.”
Tiba-tiba dia mengambil sapu tangan yang berada dalam
poketnya dan tanpa menunggu keizinanku, dia terus mengelap lembut wajahku. Aku
hanya mampu berdiri statik di hadapannya dengan hati yang berdebar-debar. Mataku
juga tidak lepas memandang perbuatannya. Ya Allah. Siapa dia?
“ Hmm. Baru nampak cantik. Tudung awak pula.”
Sekali lagi, tangannya membetulkan tudung aku. Dengan
perlahan dia menarik tudungku ke belakang dan menyapu lembut kepalaku dengan
senyuman. Perbuatannya cukup halus dan kemas tanpa terkena sedikit pun kulit
mukaku. Ya Allah.
“ Comel pun. Okay dah. Jangan nangis-nangis lagi. Tak
comellah. Okay?”
Pantas aku mengangguk dengan keprihatinannya itu. Serius,
aku tertarik! Aku mula rasa dihargai dan disayangi. Siapa dia sebenarnya?
“ Siapa awak?” Spontan soalan itu keluar daripada mulut aku.
“ Saya? Saya Imran. Lepas ni kalau nak minta tolong saya,
just cari saya dekat farmasi tu okay. Saya pergi dulu. Jaga diri tau.”
Dengan senyuman, dia berlalu meninggalkan aku. Aku menyentuh
lembut dadaku. Dadaku semakin berdebar-debar. Arh! Jangan terlalu percaya.
Maybe dia simpati je tu. Dah. Balik!
**
“ Mak. Makan ubat dulu lepas tu tidur ye.”
Hati aku hanya mampu menahan sebak melihat keadaan mak. Dah
dua bulan mak aku terlantar atas katil. Aku kalau tidak belajar sebagai pelajar
di UITM terus berhenti sebaik melihat keadaan mak aku makin teruk. Dan sekarang
keadaan kami seperti kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Mujurlah
jiran aku bagi aku kerja. Kalau tidak macam mana aku nak tanggung mak aku.
“ Ya Allah. Berilah aku kekuatan.”
Sebaik memberi mak aku makan ubat dan dia sudah pun kembali
tidur, aku terus bersiap-siap untuk ke tempat kerja. Inilah tugas sebagai anak
tunggal. Aku redha dengan semua ini ya Allah.
“ Aimi! Dah nak kerja ke?”
Teguran itu membuatkan aku tersenyum.
“ Haah. Mak Jah tolong tengok-tengokkan mak saya erk.”
“ Sudah semestinya. Kerja lah elok-elok. Aimi. Nah..”
Tiba-tiba Mak Jah menghulurkan aku sekeping wang kertas
bernilai RM100.
“ Apa ni Mak Jah?”
“ Ambillah. Mak Jah tahu kamu tak cukup duit untuk beli ubat
dekat mak kamu. Gunalah duit ni. Mak Jah ikhlas.”
Aku pantas menggelengkan kepala.
“ Tapi..”
“ mak Jah ikhlas nak. Mak Jah dah anggap kamu macam anak Mak
Jah dah. ambillah.”
Akhirnya, dengan berat hati aku mengambil duit tersebut.
“ terima kasih Mak Jah. Saya pergi kerja dulu.”
“ Yelah. Hati-hati.”
Syukur alhamdulillah. InsyaAllah. Mak. Percayakan Aimi. Aimi
akan rawat mak sampai mak sembuh. Nanti Aimi dah cukup duit Aimi bawa mak ke
hospital.
**
Mataku tidak berkelip melihat papan tanda yang berada depan
mata aku sekarang. Aku jadi teragak-agak nak masuk atau tidak. Tapi, aku takut
kalau terserempak dengan lelaki itu lagi. kalau aku tak masuk macam mana aku
nak beli ubat. Haih. Masuk je lah!
“ Selamat datang.”
Aku tersenyum pada yang mengucapkan selamat datang itu.
lantas aku melangkah ke arah kaunter.
“ Kak. Saya nak beli ubat.” Ujarku.
“ ubat apa tu dik?”
“ Ubat tahan sakit untuk pesakit jantung. Dan sekali dengan
ubat batuk.”
“ Kejap erk.”
Aku memandang sekeliling. Aku tersenyum. Mesti lelaki tu dah
banyak berusaha sampai mampu buka farmasi ni kan. Cemburunya aku. Hurmm.
“ Ini ubatnya. Semuanya
RM50.”
Aku mencapai duit yang berada dalam poket seluarku lalu
menyerahkan pada kak tadi. Tapi, ada orang yang terlebih dahulu menghulurkan
duit pada kak kaunter tersebut. Aku memandang hairan. Tak reti nak tunggu
giliran ke?
“ Saya bayarkan.”
Aku tersentak. Lelaki ni!
“ Erk.. Eh! Tak payahlah. Saya ada duit.” Ujarku lalu
menolak lengan lelaki itu. tetapi, dia lebih pantas bertindak dengan meletakkan
duit itu pada tangan kak tadi. Aku hanya mampu mengeluh.
“ Nah ini ubatnya.”
Aku menyambut dalam keadaan serba salah.
“ Te..terima kasih.”
Terus aku berlalu keluar daripada situ. Kenapa dia beria-ria
nak tolong aku? Aku dan dia bukan sesiapa. Tolonglah! Aku tak nak terhutang
budi dengan dia lagi.
“ Awak! Wait!”
Langkahku serta-merta terhenti. Aku pandang dia dengan tanda
tanya.
“ Jom saya belanja makan. Awak mesti belum sarapan.”
Aku menggeleng dalam senyuman.
“ Tak apa. saya tak lapar. Dan.. please. Jangan buat saya
rasa terhutang budi dengan awak. awak dah banyak tolong saya. Please. Saya tak
nak dianggap orang yang mengambil kesempatan. Saya tak nak! Saya tahu saya
miskin tapi saya tak minta simpati orang.”
Terus aku berlalu meninggalkan dia. Hatiku tak semena-mena
jadi berdebar. Ya Allah. Berilah aku kekuatan. Ini dah dua kali dia tolong aku.
“ Saya tolong awak ikhlas Aimi!”
Terkejut aku bila dia tiba-tiba berdiri tepat di hadapan
aku. Dia sentiasa tersenyum. Tak pernah tak tersenyum bila di depan aku. Dia
boleh buat aku jatuh cinta.
“ Tak kira ikhlas ke tak. Tapi saya tak perlukan pertolongan
awak lagi. Please.”
Aku meninggalkan dia dalam keadaan yang terpinga-pinga. Mak.
Mak ada kata dekat Aimi dulu jangan sesekali biar orang pijak kita. Mak juga
ada pesan , jangan terlalu cepat percayakan orang asing. Tapi dia mak? Kenapa
dia terlalu baik dekat Aimi mak? Kenapa?
Mungkin, Allah ingin menguji aku. Think positif.
**
Hari-hari aku berjalan seperti biasa. Tiada yang istimewa.
Cuma, hari ini aku rasa sangat berbeza. Rasa macam ada orang memerhati. Rasa
macam akan berlaku sesuatu. Dan kini, aku baru saja habis kerja. Nak pulang
tapi kena pergi beli ubat dulu. Dah tentu kena beli dekat farmasi tu. Arh!
Pergi beli dekat farmasi lain
lah.
“ Aimi! Kejap!”
Aku menoleh ke belakang.
“ Ada apa Rahim?”
“ nah. Ada orang suruh aku bagi dekat kau. Aku balik dulu.”
Aku membelek bungkusan yang berada dalam tanganku saat ini.
aku perhati sekeliling. Bukan orang jahat yang bagi kan?
Belum sempat aku nak berjalan, tiba-tiba aku terdengar
bunyi. Bunyi macam daripada telefon. Dan tak semena-mena kotak yang aku pegang
juga bergetar. Aik? Takkan dalam kotak ni ada telefon bimbit? Pantas aku
membuka kotak tersebut.
“ YA Allah!”
Ada handpone dan sepucuk surat. Pantas aku membaca surat
itu.
Terimalah pemberian
saya yang tidak seberapa ini. Dan tolong jangan anggap saya ni sebagai orang
asing. Saya ikhlas. Kalau perlukan bantuan, telefon nombor ni.
Aku terteguk air liur. Telefon bimbit tadi still berbunyi.
Dengan perasaan takut, aku menjawab panggilan tersebut.
“ He..helo.”
“ Assalamualaikum.”
Aku mengetap bibir. Lelaki ni lagi.
“ Waalaikumussalam. Awak nak apa? dan apa tujuan awak bagi
benda ni? macam mana awak tahu saya kerja dekat sini?”
Bertalu-talu soalan aku tanya dekat dia.
“ Sabar. Tarik nafas dulu. Saya akan explain. Tapi, boleh
kita jumpa? Datang ke farmasi saya. Saya tunggu dekat sana. Awak pun kena beli
ubat dekat mak awak kan?”
Aku tersentak. Dia tahu? Dia macam baca jadual harian aku.
“ Saya tunggu awak. datanglah.”
Sebaik sahaja panggilan tamat. Aku terus mengalirkan air
mata. Dan sekali lagi jantung aku berdebar hebat. Aku ketuk dadaku dengan
seribu perasaan. Tolong! Jangan cepat jatuh cinta! Please!
**
“ Saya tunggu awak.”
Kata-kata itu berulang kali bermain dalam fikiran aku sampai
aku dah berdiri di depan dia. dia setia tersenyum depan aku even aku tak senyum
pun dekat dia.
“ Sebelum tu, nah. Ini ubat mak awak. ambillah.”
Aku tengok dia lalu menggeleng laju.
“ Saya akan beli sendiri. Terima kasih.”
“ Jangan lah macam ni. saya ikhlas. ambillah. Kalau awak tak
ambil bermakna awak tolak rezeki Allah.”
Oh! Main ugut-ugut nampak.
“ Yelah.”
Aku sambut pemberiannya dengan geram. Tapi, kalau aku tak
ambil mak takkan sembuh.
“ Boleh kita terus ke point utama? Saya dah tak ada masa
yang banyak.” Jelasku sambil memandang dia.
“ Sure. Jom ikut saya.”
Dia melangkah masuk ke dalam farmasi dia. aku hanya menurut
sampailah aku berdiri tepat di hadapan pejabat persendirian dia. kena masuk ke?
“ Masuklah.”
Dengan rasa yang terlalu kekok, aku masuk dan duduk di depan
dia. aku macam kena soal siasat pula.
“ Aimi. Jangan malu dengan saya.”
“ Cepatlah cakap.”
Aku tak mampu untuk memandang tepat ke matanya. Jadi, aku
pandang ke bawah. Lega!
“ Saya dah kenal awak lama. Lama sangat. Sampai, saya dah
tak mampu untuk lupakan awak.”
Hatiku tersentak. Aku pandang tepat ke wajahnya. Dia dah
kenal aku lama?
“ Maybe awak dah lupa. Bukan awak sengaja lupa tapi memang
awak dah lupa. Sebab awak ada masalah ingatan time tu.”
“ Saya tak faham.”
Aku dapat rasakan jantung aku semakin sakit. Aku menarik
nafas dalam-dalam.
“ Saya doktor awak Aimi.”
Aku terdiam. Doktor?
“ Saya yang rawat awak dulu.”
Aku tergelak.
“ Rawat? Saya sakit apa? Tipulah.”
Kali ni, senyuman dia dah hilang. Dia memandangku dengan
serius. Aku pula jadi gerun.
“ Saya tak tipu dan tak mungkin akan tipu akan benda macam
ni. Mak awak tahu segala-galanya. Cuma mak awak rahsiakan perkara ni daripada
awak.”
Aku masih diam menanti kata-kata dia yang seterusnya.
“ Dua tahun yang lalu. Awak seorang yang ceria, periang,
suka bantu orang, suka buat orang gelak dan paling penting awak seorang yang
sangat penyayang. Awak ada mak dan ayah yang sangat baik. Ayah awak banyak
menceriakan hari awak.”
Ayah?
“ Sampai satu hari tu, awak tiba-tiba mengerang kesakitan.
Awak cakap dekat ayah awak yang dada awak sakit sangat. So, time tu ayah awak
bawa awak ke hospital.”
Tiba-tiba dia bangun dan berdiri tepat di depan aku.
“ Pakai ni.”
Jam tangan? Aku menyambut jam itu lalu memakainya.
Serta-merta nombor yang ada dekat jam itu mendadak naik.
“ Ini jam special. Jam bacaan jantung awak. Dari kecil awak
pakai jam ni sebab ayah awak hadiahkan.”
Aku pandang tepat ke matanya dengan perasaan yang
berkecamuk. Sakit weh! Dada aku tiba-tiba sakit! Jam tadi terus berbunyi
apabila nombor dah mencecah ke 120.
“ Jantung awak tengah berdebar-debar kan? awak tengah rasa
sakit kan?” Aku tersentak. Dia tahu?
“ Masa tu awak polos orangnya dan berjaya buat orang lain
gelak. Tapi, keadaan berubah bila awak dapat tahu ayah awak meninggal selepas
menghantar awak ke hospital.”
Air mataku tiba-tiba mengalir tanpa sempat aku tahan.
“ Time tu juga awak terus pengsan tidak sedarkan diri. Sebab
keadaan jantung awak dah teruk. Tahap yang paling kritikal.”
Dia duduk pula melutut depan aku. aku masih menahan
tangisanku daripada didengari dia.
“ Pada hari kematian ayah awak juga, awak dapat jantung
baru. Saya yang buat pembedahan tu. tapi, saya tak sangka selepas awak sedar.
Awak lupa siapa awak. awak lupa kenapa awak boleh ada dekat hospital dan awak
lupa mana ayah awak pergi. Awak yang nak lupakan semua tu kan?”
Aku tekup mulutku. Aku memejamkan mataku erat. Tiba-tiba
terbayang wajah ayahku yang sedang mencempungku masuk ke dalam hospital.
Terbayang juga wajah doktor yang merawat aku iaitu orang yang berada depan mata
aku sekarang. Terbayang juga keadaan aku sebelum mendapat berita kematian ayah
aku. Ya Allah.
“ Selepas awak sembuh, mak awak bawa awak balik ke rumah.
Mak awak terpaksa tipu awak yang ayah awak meninggal sebab sakit jantung.
Sedangkan dia kemalangan selepas hantar awak. mak awak tak nak awak rasa
bersalah yang amat.”
Aku genggam kuat jariku dengan linangan air mata. Dadaku
semakin sakit. Aku pandang ke mata Imran.
“ Demi tak nak buatkan mak awak risau. Saya yang suruh mak
awak berpindah. Dua tahun Aimi. Dua tahun! Saya hanya mampu memerhati awak dari
jauh. Mak awak juga tak nak saya terlalu ambil berat sebab risau orang akan
kata bukan-bukan. Jadi, sebulan selepas tu saya hanya memerhati dari jauh. Dan
untuk pengetahuan awak, saya sakit tengok keadaan awak macam ni. Saya nak bantu
awak tapi, mak awak larang. Sampai awak datang ke farmasi saya dan ingin beli
ubat.”
Aku melihat wajahnya yang sentiasa menenangkan hati aku itu.
dan aku perasan ada air mata di hujung matanya. Ingin sekali aku menyeka air
matanya itu tapi aku tak mampu.
“ Mulai saat itu, saya dah bertekad ingin terus jaga awak
dan mak awak. saya tak nak bersembunyi lagi. saya dah tak sanggup tengok orang
yang saya sayang menderita.”
Akhirnya, air mata dia jatuh. Aku terkejut tapi aku mula
rasa bahagia. Aku tak tahu kenapa. Tapi, aku bersyukur sebab dia bukan seperti
yang aku sangka.
“ Se…sebab apa awak buat semua ni Imran? Awak hanya doktor
yang pernah rawat saya dulu. Awak bukan sesiapa. Ayah saya pun dah lama
meninggal.” Ujarku dalam nada yang bergetar.
“ Because I love you. I love you very much. Almost 2 months
I waited for this day. I’m hurt you know? I can’t let you be like this. I
can’t.”
Aku memulangkan kembali jam tadi kepada dia. Lantas, aku
bangun dan menyeka air mataku dengan senyuman hambar. Bila dah rasa lega aku
kembali memandang dia. melihatkan dia yang masih melutut itu, aku turut melutut
bersama depan dia.
“ Awak.”
Aku mengambil sapu tangan yang berada dalam poket bajunya
itu lalu mengelap dengan perlahan air matanya. Aku mengelap wajahnya dengan
lembut. Tapi, aku pula yang mengalirkan air mata. Bodoh! Kenapa dengan kau
Aimi!
“ Kenapa awak nangis?”
Dia memegang lenganku yang berlapik itu dengan senyuman
kecil.
“ Te..terima kasih. Tapi, saya… saya..”
“ Syuhh! Don’t speak. Just keep quiet. I don’t want to hear
your voice. I just want to see your face. I really really miss this face. Gelak
tawa dia. usikan dia. semuanya dah hilang. Saya nak dia yang dulu.”
“ Dah berapa lama kita kenal?”
Dia tersenyum dan menunjukkan genggamannya ke arahku.
Perlahan-lahan dia membuka genggaman itu.
“ 5 tahun. Semenjak awak hidapi sakit jantung, saya dah mula
kenal awak. time tu, awak masih sekolah. Still in form 3.”
“ Saya salah. Saya minta maaf. Sepatutnya saya panggil awak
doktor. Awak lebih tua daripada saya. Sorry.”
Dia tergelak. Melihat dia tergelak aku juga terikut sama
tapi tak lama.
“ Dulu, awak yang suruh saya supaya tak formal. So, awak tak
panggil saya dengan panggilan doktor tapi ‘awak’. sebab awak kata panggil
doktor Imran terlalu formal.”
Aku terkejut. Biar betul?
“ Yes. Awak dah makan?”
Aku tengok jam tangan dia. alamak!
“ Saya belum bagi mak makan ubat. Saya dah lewat. Saya balik
dulu!”
Terus aku bangun dan bersiap untuk melangkah. Tetapi,
panggilannya membantutkan aku untuk terus melangkah.
“ Saya hantar. Saya dah lama tak jumpa mak awak. jom.”
Dan dalam diam, aku tersenyum. Ya Allah. Semua ni macam
mengejut.
**
“ Mak. Bangun mak. Ada orang datang ni.”
Aku bantu mak aku duduk dengan senyuman. Aku menjeling
insan di sebelahku dengan senyuman. Dia
nampak smart pula.
“ Makcik. Saya Imran. Doktor Aimi dulu. Makcik ingat tak?”
Aku nampak mak macam baru tersedar. Perlahan-lahan dia
menoleh ke arah Imran. Serentak itu dia mengalirkan air mata. Eh! Mak?
“ Im..Imran.”
“ Ye. Saya ni makcik. Makcik ingat kan? Maaf sebab saya baru
datang.”
Aku meninggalkan mereka berdua lalu melangkah ke ruang tamu.
Biarlah mereka berbual sebentar. Dah lama juga aku tak dengar suara mak. Mak.
Kenapa mak rahsiakan semua ni daripada Aimi? Agaknya Aimi memang sentiasa
bernasib malang kot mak.
“ Ini untuk awak. Simpan baik-baik.”
Aku tersentak sesaat. Kenapa aku teringat something
berkaitan dengan dia? Tanpa berlengah, aku pantas masuk ke dalam bilik dan
membuka almari baju. Aku cari benda yang aku rasa berkaitan dengan kisah lalu
aku. Cari punya cari, tanganku tersentuh satu kotak kecil.
“ kotak apa ni?”
Aku mengambil kotak kecil tersebut lalu dibuka. Sebaik
sahaja aku buka, hampir saja kotak itu terlepas daripada pegangan aku. Cincin?
Aku menekup mulut kuat. Serentak itu air mataku mengalir lagi.
Aku membelek kertas kecil yang berada dalam kotak tersebut.
Because you’re my
person. Because I love you Aimi Aisya.
Terduduk aku selepas membaca kertas itu. Ya Allah. Kenapa
aku perlu lupa benda sebegini? Kenapa? Ya Allah. Aku bersalah sangat buat dia
tunggu aku. buat dia menderita. Allah!
“ Awak! awak dekat mana?”
Aku pantas menyeka air mataku lalu tergesa-gesa menyimpan
kotak itu ke dalam almari semula. Tapi lain pula jadinya bila kotak itu
terjatuh. Aku tunduk untuk mengambil kotak itu lalu pantas menyimpannya
kembali. Tapi, aku terperasankan sesuatu. Aku tunduk semula sampai ke bawah
katil. Buku?
“ Diari aku ke ni?”
Diari yang penuh dengan habuk aku sapu lalu membuka helaian
demi helaian. Dan sampai helaian kelima, terpampang wajah ayah aku dan Imran.
Aku tersenyum hambar. Ayah. Maafkan Aimi. Aimi salah.
“ Aimi!”
Ya Allah. Aku buat dia tertunggu-tunggu. Baik aku simpan
dulu.
“ Kejap!”
Pantas saja aku keluar dan menemui Imran yang sedang
tersenyum itu.
“ Dah habis berbual dengan mak saya?”
“ Dah. InsyaAllah esok saya bawa mak awak ke hospital. Fasal
kos awak jangan risau. Semua ditanggung beres.”
Aku tergelak kecil. aku pandang dia dengan tanda tidak
percaya.
“ Kenapa pandang saya macam tu?”
Aku menggeleng dalam senyuman.
“ Umur awak tahun ni?”
“ 29. Saya tahu saya dah tua.” Dia mencebik.
Aku tergelak.
“ Kenapa nampak muda lagi? haha. Okay enough. Jom saya
hantar ke pintu depan.”
“ Aimi. Can I say something?”
Aku hanya mengangguk lalu keluar daripada rumah. Entah
mengapa, kini aku rasa macam beban dalam kepala aku hilang. Rasa macam segala
rahsia sudah diketahui. Aku macam baru lepaskan satu tumbukan ke arah dinding.
Haha.
“ I will be waiting for you. No matter what happen, I will
always love you. Because you’re my love.”
Dan tidak semena-mena jantungku berdegup kencang. Melihat
dia tersenyum, aku juga turut tersenyum tetapi debaran ini mengatasi
segala-galanya. Aku nampak jam bacaan jantung ada pada lengannya.
“ Boleh saya pinjam jam tu?” Soalku.
“ Bukan pinjam tapi ini memang kepunyaan awak. saya
pulangkan pada awak. nah.”
Aku memakai jam itu lalu tanpa seminit, bacaan pada jam itu
dah mencecah ke 120. Aku tersentak. Aku pantas mendongak melihat dia.
“ Itulah perasaan awak. maybe awak dah lupa semuanya that’s
why awak tak rasa dan tak mengaku pun. But, itulah kenyataannya. Because you
love me.”
Aku tak tahu tapi dia bagaikan penyelamat Allah kepadaku.
Terima kasih Ya Allah.
**
“ Ayah! Sakit ayah! Sakit!”
Aku menyentuh dadaku dengan sekuat hati. Sakit sangat! Ya
Allah! Adakah ajalku semakin menghampiri? Aku reda andai itu takdir aku.
“ ya Allah Aimi. Jom ayah bawa kamu ke hospital. Intan… jaga
rumah. Nanti abang datang ambil kamu.”
“ Hati-hati di jalan tu bang.”
Aku hanya mampu mengerling sekilas ke arah ayah yang sedang
memandu itu. Rasa sakit ini semakin mencengkam dadaku. Aku mula rasa sesak nafas
yang amat. Pandanganku juga menjadi kabur. Ya Allah.
“ Sabar sayang. Dah sampai ni.”
Aku dah tak mampu menahan sakit ini. Aku seperti nyawa-nyawa
ikan saat ini. aku hanya mendiamkan diri saat ayah mencempungku masuk ke dalam
hospital.
“ Doktor Imran! Tolong! Anak saya!”
Aku memejam mataku dengan erat. Tetapi, setiap bait-bait
kata doktor aku mampu dengar dengan jelas. Im! Tolong saya. Saya dah tak tahan.
“ Pakcik tunggu dulu dekat luar. Biar saya rawat dia.”
“ Sayang. Nanti ayah datang balik. ayah nak pergi ambil mak
kamu. Take care sayang.”
“ Arghh! Im! Sakit!”
Aku mencengkam kuat lengan dia. Serentak itu air mataku laju
mengalir ke pipi. Aku sudah tidak dapat menahan sakit ini.
“ Awak. awak mesti tahan. Sabar awak. awak kuat kan?”
Dalam kepayahan, aku membuka mata dan melihat dia yang
kelihatan cemas itu. dalam kepayahan juga aku menghadiahkan senyuman buat dia.
Cengkamanku makin kuat.
“ Awak. Sa..saya nak minta maaf. Sa..saya tahu saya banyak
buat salah dekat awak. A..awak. Maybe ini kali terakhir saya dapat lihat awak.
Sa..saya Cuma nak cakap satu je. Benda yang dah lama saya pendam. Maybe.. maybe
saat ini adalah saat yang paling sesuai.”
Aku cuba menahan sakit ini selagi boleh.
“ I love you….”
Belum sempat aku nak berkata lagi, sakit ini datang lagi.
makin kuat!
“ Argh!!!”
“ Aimi!”
**
“ Ya Allah!”
Aku tersedar daripada tidur yang panjang. Dan… mimpi tu.
mimpi tu? Ya Allah. Air mataku mengalir lagi. Imran. Rupanya, itu yang berlaku
sebelum saya dapat penderma. Kenapa tiada siapa pun nak menceritakan perkara ni
dekat aku? Aku bukan budak kecil lagi.
Mukaku diraup dengan seribu perasaan. Aku tengok jam. Baru
pukul 3 pagi. Aku terpandang pula telefon bimbitku. Entah kenapa, hatiku
terdetik untuk mendail nombor dia. Tanpa berfikir panjang, aku pantas mendail
nombor Imran.
“ He..helo.”
Aku menahan diri daripada mengalirkan air mata.
“ Maaf. Saya dah ganggu awak.”
Aku mengetap bibir sekuat hati. Jangan nangis Aimi! Jangan!
“ Kenapa ni? Any problem?”
Aku tumbuk dadaku dengan sekuat hati. Janganlah nangis!
Bodoh! Aku tak nak dia dengar. Ya Allah. Kenapa kau degil sangat air mata!
“ Aimi? Hey! What’s wrong? Are you crying?”
Akhirnya dia tahu. Aku pun dah tak dapat menahan tangis ini
lalu aku hamburkan semuanya pada dia.
“ Relaks Aimi relaks. Okay. Just crying. Let it go. I’m
hearing. I’m waiting.”
Hampir 5 minit, baru aku berjaya mengawal diri. Aku mula
menarik senyuman even sukar. Aku menarik nafas dalam-dalam lalu
menghembuskannya dengan sekuat hati.
“ Imran.. sorry.” Aku rasa dia mesti penat tunggu aku
nangis. Alahai. Apa yang aku buat ni?
“ It’s okay girl. Why girl? Mimpi buruk? Just tell me okay.”
Terhambur keluhan kecil daripada mulutku.
“ Saya mimpi awak. saya mimpi keadaan saya sebelum
pembedahan tu. And… I’m saying something that I can’t believed. I’m sorry
because make you waiting for me. I’m wrong. Sorry Imran.”
Suasana sepi seketika. Hanya terdengar deruan nafas dia dari
corong telefon.
“ Aimi. Kalau saya kata saya cintakan awak. selamanya saya
akan cintakan awak. kalau saya kata saya akan tunggu, selamanya saya akan
tunggu awak. saya tak kisah berapa lama mana pun. Asalkan awak tak hilang
daripada pandangan mata saya dan tak pergi tinggalkan saya. Saya bersyukur
sangat time tu sebab saya ingat awak akan pergi tinggalkan saya. Rupanya ada
orang yang sudi mendermakan jantungnya buat awak. Dia ada pesan dekat saya,
kalau dah dapat awak kembali jangan sesekali lepaskan dia. dan saya turut apa
yang dia cakap.”
Aku terdiam.
“ And now. I just want you to be my wife. No one else.
Because what? Because I love you. Remember that.”
Aku tersenyum. Mak. Adakah ini kebahagiaan yang mak cakap
tu?
**
Berdebar aku menantikan keputusan doktor yang berada di
depan aku saat ini. Sampai terteguk air liur melihat dia. aku menjeling insan
yang berada di sebelah aku. Dia menggenggam tanganku kuat seraya memberikan aku
kekuatan.
“ Jantung saya ada masalah ke doktor? Sebab sebelum saya
pengsan saya ada sakit dada. Lepas tu, saya terus tidak sedarkan diri.” Jelasku
dengan keadaan takut.
Sesaat kemudian doktor itu tersenyum.
“ Tak. Jantung awak okay. Maybe jantung awak nak beri awak
kejutan kot.”
Aku pandang doktor dengan kerutan di dahi.
“ Awak hamil 2 bulan. Tahniah.”
Aku menekup mulut tanda tidak percaya. Hamil? Aku memandang
dia dengan perasaan tidak percaya.
“ Ye sayang. You’re pregnant. Almost 2 months.”
“ Alhamdulillah. Ya Allah. Terima kasih.”
**
Siapa sangka, selepas mak aku benar-benar sembuh. Aku terus
dilamar. Sebulan lepas tu, aku sah menjadi isteri dia. Dan kini hampir 5 bulan
berlalu. Aku pun dah nak jadi mak orang. Ya Allah. Aku bahagia sangat. Terima
kasih Ya Allah.
“ Sayang?”
Aku menoleh ke arahnya dengan senyuman. Aku menyentuh lembut
perutku yang masih belum menampakkan rupa itu. Sayang. Terima kasih sebab hadir
dalam hidup mama dan papa. Mama janji akan jaga kamu sebaik mungkin.
“ Sayang happy tak?”
Dia datang dan memelukku daripada belakang. Kepalanya
diletakkan di atas bahu kiriku. Aku tersenyum bahagia.
“ alhamdulillah. Saya bahagia. Abang?”
“ Alhamdulillah. Bahagia juga. Sebab abang dah lama tunggu
saat ini. Dulu ayah sayang ada pesan. Kalau dah sayang tu mengaku jangan sampai
sayang dirampas. Abang masa tu hanya mampu gelak sebab time tu umur sayang baru
17 tahun. Gila ke apa abang nak luahkan perasaan abang. Kalau abang cakap pun
memang sayang takkan percaya.”
Aku tergelak kecil.
“ Lepas tu?”
“ Sampailah malam kejadian tu berlaku, abang mati akal sebab
tak nak kehilangan sayang. Tambah-tambah time tu sayang baru lepas dapat
result. I though, sebelum tu sayang maybe terlalu layan perasaan.”
Aku tersenyum. maybe.
“ Masa sayang berada dalam wad ICU tu. abang dah cemas.
Tiba-tiba sayang cakap bukan-bukan. Just, I shocked when you said that you love
me. Time tu memang abang rasa dah tak bermaya.”
Aku menutup muka tanda malu yang amat. Terdengar dia ketawa
kecil.
“ Tak payah nak malu dengan abang. Awak pun dah jadi isteri
kepada doktor Imran ye.”
Aku tergelak kecil.
“ but…. Bila abang bagi cincin tu?” Aku teringat benda tu.
“ Dua minggu sebelum kejadian tu. Tapi, abang tak bagi
sayang buka lagi time tu sebab abang kata tunggu lepas result. Tapi tak sangka
sayang baru terjumpa lepas semuanya dah terjadi.”
“ Saya minta maaf.”
Aku memusingkan badan dan memeluk dia dengan erat.
“ It’s okay la. Sayang tak salah. Dah. Lupakan benda yang
dah berlaku. Sekarang kita fokus dekat
anak kita ni. Hai anak papa.”
Perlahan tangannya mengusap perutku. Aku tersenyum lebar.
“ Sabar ye anak papa. Nanti bila anak papa ni keluar, kita
buli mama erk.”
Aku mengerutkan dahi.
“ Why must me?”
“ Because you’re my love. Because I love you. And because we
love you Puan Aimi Aisya.”
Dahiku dikucupnya perlahan sebelum aku memeluknya dengar
erat. Thanks for everthing Encik Imran. Thanks.
~Tamat~
Best cerpen ni cik writer :-)
ReplyDeleteBiase jee
ReplyDeleteBest tapi kalau boleh improve basic grammar untuk ayat BI . Contohnya , bukan I'm hearing tapi sepatutnya I am listening . Lagi satu perkataaan I'm untuk singkatan bagi message , email . Bagi penulisan atau karangan tak boleh tulis I'm tapi kena tulis penuh I am .Begitu juga You're sepatutnya You are . Sekian, teruskan usaha anda dan semoga terus maju .
ReplyDeleteyou 'are' not you 'is'..truskn brarya,,cerpen awk smua best. chaiyyokk
ReplyDeleteOhh..so cute
ReplyDelete