Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Monday 8 December 2014

Cerpen : Kahwini Saya?

Assalamualaikum. Helo semua!

Wah. Akhirnya aku muncul balik. Haha. Dengan cerpen baru pula tu. Kekeke. 
Biasalah. Mood holiday tak habis lagi. Walaupun dah beberapa hari lepas. Okay2!
Tak mau bebel lagi. Enjoy reading kayh. >_<








Kring! Kring!

Bunyi loceng itu mengejutkan aku daripada lena yang panjang. Tapi aku masih bermalas- malasan di atas katil. Jam.. lima minit lagi erk? Please!

“ Akak! Bangun! Dah pukul berapa ni? tak pergi kerja ke?”

Terpisat-pisat aku cuba bangun daripada tidur. Sebaik sahaja aku pandang jam loceng. Aku terkejut besar. Dengan kelam kabutnya aku masuk ke dalam bilik air.

“ Kenapa mak tak gerak lagi awal?”

Soalku dengan kelam kabut apabila turun daripada bilik.

“ Mak ingatkan kamu dah bangun. Kan kamu dah kunci jam. Ni mesti kes malas nak bangun ni.”

Aku hanya tersengih kerang busuk. Selepas salam dan cium pipi mak. Aku terus keluar dan memakai kasut.

“ Hati-hati. Jangan tergopoh-gopoh sangat.” Sempat lagi mak melaung sebelum aku benar-benar keluar daripada perkarangan rumah.

Sebenarnya aku kena berjalan menuju ke perhentian bas sepanjang 1 kilometer. Lepas tu baru aku naik bas nak menuju ke tempat kerja. Ambil masa dalam 20 minit jugala. Tu pun kalau jalan tak jammed. Tapi sekarang ni aku benar-benar dah lewat. Tinggal lagi 10 minit waktu mula kerja. habislah aku. Kali pertama dalam hidup aku pergi lambat ke kerja. argh!

“ Pakcik! Berhenti!”

Dugaan lagi apabila bas yang aku nak naiki tu dah mula bergerak. Aku mengeluh berat. Ya Allah. Aku tahu ini sebahagian daripada ujian dariMu. Tapi aku tak tahu apa yang harus aku lakukan lagi. Patut tak aku balik ke rumah dan santai-santai? Ish! Cari nahas namanya tu.

Call papa? Tapi aku confirm papa mesti sibuk dengan meeting. Along? Huh! Dia lagilah. Sibuk 24 jam. Tak dengan kerja dengan makwe dia. Arh! Nak minta tolong siapa ni? kalau nak tunggu bas seterusnya mahu pukui 10 baru aku sampai kot. Ish!

“ Tertinggal bas ke?”

“ Astagfirullah!”

Aku mengurut perlahan dadaku apabila tiba-tiba disergah sebegitu. Orang duk syok-syok fikir, dia boleh datang dan tegur cam tu je. Tak pun bagilah salam. Haish!

“ Ni mesti bangun lewat kan?”

Aku mengetap bibir. Haish. Buat malu je. Dia ni pun selamba je cakap dekat aku macam tu.

“ Awak  kerja dekat mana?” Soalnya lagi tanpa berikan secebis senyuman pun.

“ Dekat… erk… ala dalam 20 minit sampailah.”

Aku sebenarnya bukan sengaja tak nak bagitau tempat kerja aku. Cuma…aku belum arif benar lagi dengan tempat ni. so aku terlupa nama tempat tu. hihihi. Biasalah orang baru pindah ke negeri oranglah katakan.

“ Jap..”                                                               

Tiba-tiba dia menahan sebuah teksi dan memanggilku. Erk! Takkan dia nak suruh aku naik teksi?

“ sekarang awak masuk. Saya dah bayar tambang untuk awak. jadi awak Cuma perlu bagitau pakcik tu ke mana awak nak pergi. Awak pernah kan naik teksi?” Tajam dia merenungku dan itu membuatkan aku kecut.

“ Erk.. be..belum. first time. Erk.. Okay. Terima kasih banyak-banyak.” Dengan gugupnya aku masuk ke dalam teksi. Dengan senyuman aku bagitau pakcik tu ke mana destinasiku.

“ Jangan risau. Pakcik ni baik. Jaga diri.”

Aku tak toleh lagi ke arahnya apabila pakcik itu mula memandu keretanya. Entah kenapa lelaki itu baik pula. Susah nak jumpa lelaki macam tu sekarang ni. alhamdulillah. Ya Allah. Terima kasih kerana kau hadirkan aku lelaki itu sebagai penyelamat. Sesungguhnya Kau Maha Berkuasa.

**
“ Kau lewat 5 minit beb!”

Aku tersengih ke arahnya dengan muka kesian.

“ Sorry beb. Aku benar-benar minta maaf. Aku terbangun lewat lepas tu tertinggal bas. Sorry erk? Bos tak masuk lagi kan?”

Aku ambil tempat dengan keluhan penat. Serius penat. Nasib baik pakcik teksi tu bawa laju. Kalau tak aku takkan sampai lagi. Teringat pula dekat lelaki yang tolong aku tadi. Terima kasih awak walaupun nampak sombong. Eh!

“ Belum. Nasib baik lah. Kalau tak mesti kau dipanggil masuk walaupun baru first time kau lewat.”

“ Walaupun first time tapi aku ni baru bekerja dekat sini. So tak bolehlah aku nak lewat. Dah sambung kerja.”

Iriana. Kawan baik aku daripada kecil lagi. Dan paling tak sangka, kami dipertemukan semula setelah berpisah hampir 5 tahun. Akhirnya kami dipertemukan dekat tempat kerja ni. cantik sungguh aturan Allah.

“ Beb. Aku dengar ada pekerja baru hari ni. Ganti Encik Mirsyad.”

“ Encik Mirsyad kenapa?”

Biasalah, baru sebulan masuk. Mesti banyak lagi benda yang aku tak tahu.

“ Penolong setiausaha dekat sini. Dia ditukarkan ke tempat lain atas sebab yang tak dapat dia elakkan. Aku pun tak berapa tau sangat.”

Aku terangguk-angguk mendengar penjelasannya. Sambil buat kerja sambil dengar dia cakap apa. taklah buang masa. Eheh!

“Perhatian!”

Itu suara CEO kami. Siapa lagi kalau bukan Encik Uzair yang muda lagi kacak. Tapi seribu kali sayang sebab CEO kami tu dah pun berkahwin. Haha. Kenapa aku cakap macam tu? sebab ramai perempuan yang masih bujang berminat dekat dia. Ahak!

“ Semua diminta berhenti sekejap. Kita ada pekerja baru dekat sini.”

Aku dan Iriana berdiri dan berjalan menuju ke beberapa orang staf yang lain sedang berkumpul di hadapan CEO kami.

“ Kenalkan. Ini Encik Iman yang akan menggantikan Encik Mirsyad kita.”

Aku terlopong besar. Kalau lalat masuk serius aku tak perasan punya.

“ Hai. Saya Iman Azair. Boleh panggil saya Iman. Saya akan menggantikan Encik Mirsyad selaku penolong setiausaha dekat pejabat ni. apa-apa saja tunjuk ajar daripada korang amat saya perlukan. Terima kasih.”

Aku pantas berdiri di belakang Iriana. Bagi melindungi diri daripada ternampak oleh Iman. Ya Allah. Kecilnya duniaMu. Macam mana kami boleh terserempak dekat sini? Dahlah aku sangat malu dengan dia gara-gara tadi. Allahu!

“ Okay. Itu saja. Semua boleh bersurai.”

Aku menghembus nafas lega lalu cepat-cepat menuju ke tempat dudukku. Iriana yang melihat hanya menjongketkan bahu. Pelik sebab tengok aku yang sedikit kelam kabut ni. Ala Min. Relakslah. Macam kau pula yang bersalah.

“ Yasmin.” Aku tersentak. Alamak! Kenapa CEO panggil nama aku pula. Jangan cakap sebelah dia ada lelaki tu sudah.

“ I..ye?” Perlahan-lahan aku mendongakkan kepala ke arahnya.

“ Tolong saya sikit boleh?” Aku tersenyum. Nasib baik CEO ni seorang saja.

“ Tolong apa ye?”

“ Kamu tahu kan apa tugas-tugas yang sering Encik Mirsyad suruh kamu buat kalau dia tiada dekat sini?” Aku terteguk air liur.

“ Erk.. bolehlah sikit-sikit. Kenapa tuan?”

“ Baguslah. Sekurang-kurangnya kemahiran kamu selepas ni akan bertambah. Ya tak? Saya nak kamu berikan tunjuk ajar pada Encik Iman. Saya nak dia cuba belajar tugas daripada kamu. Saya nak tengok kebolehan kamu. Jika korang berdua betul-betul tak faham baru jumpa saya. Lagipun ketua setiausaha kita kan sedang bercuti.”

“ Erk.. InsyaAllah tuan. Saya cuba.”

“ bagus. Saya pergi dulu. Teruskan kerja kamu.”

Aku tertunduk lemah. Ya Allah. Kenapa mesti aku yang baru bekerja dekat sini dia pilih? Kenapa tak Iriana yang sudah hampir 3 tahun kerja dekat sini? Argh! Aku Cuma nak elakkan diri daripada terserempak dengan lelaki tu. malu!

“ Kau dah kenapa Min?”

Aku tersenyum hambar lalu menyembamkan muka di atas meja. Dengan kecewa gila. Along! Apa akak nak buat ni? Adrian! Mana awak?

“ Nak kerja ke nak tidur?”

Aku tersentak. Lantas aku menegakkan kembali badan dan mendongak ke arah suara tersebut. Alamak!

“ Oh. Ingatkan betul-betul tidur tadi.”

Aku mengetap bibir. Nampak sangat dia sedang memerli aku. kali ni dia senyum pula. Haish!

“ Ada apa ye?” Kau kena berlagak biasa Min.

“ Tolong fotokopi dokumen ni kejap. Kejap lagi saya datang balik.”

Aku terus toleh ke arah Iriana sebaik sahaja dia beredar dengan senyuman mengejeknya tu.

“ Weh! Kau tolong aku? tolong ketukkan kepala aku dekat meja sekarang!”

Aku menggoncangkan bahunya dengan kuat.

“ Weh! Kau ni dah kenapa?” tanganku ditepis dengan kasar. Ouch! Sakit! Huhu!

“ Aku malulah beb. Dan sekarang aku bengang. Wuargh! Kenapa lelaki tu mesti kerja dekat sini?”

Aku menongkat dagu dengan semangat yang masih berbisa.

“ La.. dah kenapa? Kau nak malu dan bengang tu kenapa? Cuba cerita dekat aku.”

“ Dia yang tolong aku pagi tadi. Dia tolong aku panggilkan teksi dan bayar sekali semasa aku ketinggalan bas. Aku malu lah weh. Dahlah aku kena perli. Haish.”

“ So what? Kenapa kau nak malu? Kau dah cakap terima kasih kan. so settle. Sekarang ni kenapa kau rasa bengang pula?”

Aku terdiam. Sebab dia perli aku tadi? Aih! Tu alasan yang tak munasabah wahai Cik Yasmin!

“ Se..sebab… se..sebab…” Aku teragak-agak nak bagitau sebab aku rasa alasan aku tak munasabah kot.

“ Kenapa awak gagap?”

“ Hantu!!!”

Aku terjerit akibat terlalu terkejut.

“ What? Hantu? Saya manusialah.”

“ Erk…”

**
“ Hahaha.. Ya Allah. Kecut perut aku tadi. Hahaha…”

Aku buat muka bengang melihat Iriana yang sakan gelak daripada tadi. Sampai keluar air mata dibuatnya. Apa yang lawak sangat tak tau minah ni.

“ Woi! Dahlah tu. orang tengok tu. ni kat luar bukan kat dalam pejabat!” Aku pukul bahunya dengan kuat.

“ Ouch! Sakit! Tapi.. haha. Serius lawak.”

Kenapa Iriana gelak? Sebab lelaki tu tadi mengejutkan aku. Bayangkan, aku tengah ralit fikirkan alasan kepada soalan Iriana. Tiba-tiba dia datang tegur. Yang tu ok lagi. Tapi yang tak okaynya bila dia tegur bersama dengan topeng hantunya tu.

“ ya Allah. Macam manalah Encik Iman tu boleh kejutkan kawan aku sampai macam tu sekali. Aku tak sedar pula bila dia ada dekat depan mata kau masa tu dengan topeng hantunya lagi. Haha.”

Sekali lagi bahu dia jadi habuan. Yang lagi membuatkan aku sakit hati, Iman tu boleh selamba pergi selepas berjaya buat aku terjerit sampai semua orang dalam tu dengar. Nasib baiklah tak sampai ke dalam bilik bos. Kalau tak , aku kena marahla jawabnya.

“ Sudahlah. Aku tengah malu dan bengang ni. aku masuk dululah. Lambat tengok kau makan.”

Tanpa berlengah aku pantas meninggalkan Iriana dengan sisa tawanya tu. gelak lah kau. Nanti aku gelakkan kau balik. baru ada akal.

Ermm.. Agaknya mana Adrian pergi erk? Dah seminggu aku telefon dia tak angkat. Dia ni dah macam chipsmore plak. Benci aku.

“ Min. tunggu!”

Langkahku terhenti dan terus menoleh ke arah Iriana yang terkocoh-kocoh itu.

“ Kau ni. janganlah gopoh sangat. Bukannya aku nak lari pun.” Tegurku dengan bengang.

“ Erk.. tak. A..aku nak ke tandas.”

“ Dalam kan ada tandas? Yang kau keluar ni kenapa? Kau makanlah habis dulu.”

Aik? Kenapa muka dia kelihatan gelisah semacam je ni?

“ A..aku.. aku.. aku nampak Adrian.”

Serentak itu, aku nampak kelibat Adrian di belakang Iriana dengan seorang perempuan yang sangat cantik dan seksi orangnya. Mereka juga kelihatan sangat mesra. Ya Allah. Apakah yang aku sedang lihat sekarang ni?

“ Jom kita balik.” Iriana mengajak dengan riak yang bersalah. Tapi aku still tak berganjak dan asyik melihat Adrian yang manja dengan perempuan tu.

“ Jap.”

Aku mendail nombor Adrian buat ke-berapa kali pun aku tak ingat. Dan aku terkedu apabila dia menolak panggilan aku. serta-merta air mataku mengalir laju.

“ Min.. kau okay ke?”

Aku kuatkan semangat lantas menarik Iriana dan menuju ke arah Adrian. Aku nak selesaikan semuanya hari ni juga. Aku tak kira.

“ Adrian!”

Dan betul sekali tekaan aku. dia terkejut melihat aku dekat sini. Aku tak tahulah sama ada dia benar-benar terkejut atau lakonannya semata-mata.

“ Min…”

“ Tak sangka kita berjumpa dekat sini. Dan siapa perempuan ni?” Aku tersenyum plastik.

“ Erk.. dia… dia..”

“ I ni girlfriend dia. You ni siapa pula?”

Wow! Hebat sekali lakonan kau Adrian. Sampai sakit aku mendengar pengakuan dia. Great!

“ Adrian..Adrian… Tak sangka saya. Rupanya awak macam ni. kenapa awak perlu teruskan lakonan ni kalau awak dah tak cintakan saya?!!” Jeritku dengan hati yang sangat sakit.

“ Awak.. awak salah faham.”

Aku menepis kuat tangannya yang ingin memegang bahuku itu. aku dah rasa jijik dengan dia.

“ Mulai hari ni kita putus! Saya tak sanggup lagi bersama dengan orang yang curang macam awak! awak memang tak guna Adrian!”

Terus aku melarikan diri daripada mereka. Ya Allah. Terima kasih kerana tunjukkan aku kebenaran. Benar kata papa dulu. Adrian bukan seorang yang baik. Maafkan Min papa.

“ Ouch!”

“ Maaf! Maaf!”

Aku kelam kabut meminta maaf apabila terlanggar orang. Aku memang tak boleh fikir apa dah sekarang ni. aku nak balik!

“ Kenapa ni?”

Aku terdongak melihat insan yang aku terlanggar itu. aku terdiam dan terus meninggalkan dia. Siapa? Iman.

“ Min! tunggu aku!”

**
Keropok twisty dan air 100 plus aku capai dan bawanya ke ruang tamu. Sudah tiba masanya untuk panggung wayang selama sejam. Drama favourite aku tu. So tak boleh lepas. Tambah-tambah pelakon yang aku sangat suka. Siapa lagi kalau bukan Zul Ariffin yang handsome tu. Wah!

“ Tepi sikit!” Arahku pada along yang enak bersandar pada sofa itu. apabila ruang banyak aku pantas duduk dan mataku terarah pada skrin televisyen. Mujur dia pun suka tengok gambar ni.

“ Akak… akak okay?”

“ Okay je. kenapa?”

Aku tahu, along masih tak puas hati akan jawapan aku tu. macam tak tahu renungan tajam dia tu.

“ Jangan nak bohong along lah. Along sakit kan?”

Kunyahanku terhenti. Nasib baik drama tak mula lagi. Kenapalah masa ni jugalah along nak bincang fasal tu.

“ Sakit? Along tengok akak ni sakit ke? Sihat je kan?” Jawabku acuh tak acuh. Malas nak layan.

“ Tak perlu tipu along lagi. Along dah tahu apa yang terjadi tengah hari tadi. Iriana dah ceritakan segala-galanya pada along. Kamu jumpa Adrian kan?”

Terus aku bangun dan menuju ke dapur. Tiada hati langsung nak cakap fasal tu. kalau cakap gerenti aku menangis punya. Yang buat aku sakit hati lagi bila dia datang sini tanpa pengetahuan aku pun. Adakah dia datang ke Penang ni hanya kerana perempuan tu? bukan sebab aku? jadi dia tak tahu aku dah berpindah ke sini? Eh! Aku kan dah bagitau dia sebelum ni. argh!! Kenapa kau bodoh sangat Min!

“ Yasmin.”

Along muncul di sisiku bersama dengan renungan tajamnya. Terhambur keluhan kecil daripada mulutku.

“ Nak apa? akak okaylah. Jangan risau. Kalau tak okay dah lama akak pergi ke tanjung Rambutan tu tau tak?” Aku cuba berlawak tapi nampaknya tak terkesan pun dekat hati along ni.

“ Jangan berdolak dalih lagi dengan along. Ceritakan semuanya pada along. Luahkan apa yang terbuku dekat hati akak tu. along sentiasa ada di sisi akak.” Kata-kata lembut berbaur nasihat itu membuatkan hati aku menjadi sebak.

Aku mengetap bibir kuat. Kenapa perlu along ingatkan aku dekat lelaki tak guna tu lagi?!

“ Akak nak naik bilik.”

Tapi belum sempat aku nak melangkah, badanku terlebih dahulu diraih ke dalam pelukan along.

“ Menangislah akak. Jangan risau. Along ada.”

Akhirnya, tangisanku pecah juga.

“ A..along! akak sayang dia. Tapi kenapa dia buat akak macam ni? A..akak ni belum sempurna untuk dia ke?”

Aku mengogoi dalam pelukan along. Aku memang amat manja berbanding dengan along. Sebab aku perempuan kot.

“ Semua orang tak sempurna akak. Mungkin korang tak ada jodoh. Akak kena terima dengan hati yang terbuka. Sabar ye sayang. Allah ada.”

Ya. Allah ada. Terima kasih along.

**
“ Tunggu! Bas!”

Terkocoh-kocoh aku mengejar bas yang baru sampai itu. Apabila kaki aku jejak je atas bas, aku menghembus nafas lega. Nasib baik sempat.

“ Ke Bukit Mertajam pakcik.” Ujarku sambil mengeluarkan duit syiling dari poket bajuku.

Tapi.. Aku mula kecut perut. Mana pergi seringgit tadi? Aik? Kenapa hanya ada 50 sen? Ya Allah. Jangan buat aku gelabah macam ni. Dahlah dompet aku tertinggal.

“ Erk.. pakcik. Saya nak pinjam seringgit dulu boleh?” Dengan malunya aku meminta pada pakcik itu. Ya Allah. Mana pergi seringgit tadi? Aku dah masukkan kot.

“ Tak apa. saya tolong bayar. Pakcik. Saya sekali.”

Aku terkedu. Suara itu kan…

“ Jumpa je dengan awak mesti saya kena tolong kan? apalah nasib.” Ujarnya selamba lalu mengambil tempat dalam bas itu.

“ Maafkan saya pakcik.”

Aku pun mula ambil tempat di belakang lelaki itu. ya Allah. Ini kali kedua dia bantu aku. adakah dia penyelamat aku? penyelamat yang akan kau sentiasa sampaikan?

“ Erk.. terima kasih. Saya tak tahu mana duit saya hilang.” Dengan malu dan serba salahnya aku minta maaf dari belakang dia. Aku tau dia akan dengar.

“ Tak apa. maybe nasib saya kena tolong awak.”

Ouch! Haih! Nampaknya selepas ni aku kena elakkan diri daripada dia kot. Yalah setiap kali berjumpa, dia mesti akan tolong aku. Buat malu je lah!

“ Saya tak suruh awak tolong pun. Siapa suruh awak pergi tolong.” Balasku setelah berdiam diri buat seketika.

“ Habis nak biarkan orang belakang awak tunggu punya lama? Nak tunggu bas ni berjalan? Alamatnya sejam lagi apa.”

“ Hey! Kejam sangat ayat awak tu.” Bentakku geram.

“ Tak kejam Cuma peringatan.”

Ceh! Aku hanya menahan geram dengan hati yang membara. Tengok! Cakap dengan aku pun tak toleh belakang dah. Apalah nasib.

**
Satu saat. Dua saat dan tiga saat. Aku terus menyorok bawah meja dengan debaran yang hebat. Puas aku berdoa agar tetamu itu tidak nampak aku yang sedang menyorok bawah meja ni. dan aku juga berdoa agar Iriana tidak nampak aku tadi. Ya Allah. Tolong lindungi aku daripada lelaki itu. jauhkan dia dari diriku.

“ Eh? Mana pergi Yasmin ni?”

Tu suara Encik Iman. Haih. Tak payahlah nak berencik-encik segala. Meluat aku.

“ Kenapa Encik Iman? Ada masalah ke?”

Debaran aku semakin kuat apabila mendengar suara kedua itu. erat sekali aku memejamkan mata.

“ Tak..pembantu saya hilang entah ke mana. Tak apalah. Kita masuk ke pejabat saya dulu.”

Apabila aku yakin mereka dah bergerak, dengan perlahan-lahan aku keluar daripada tempat menyorok aku. dan aku nampak Iriana yang baru keluar daripada pejabat Iman.

“ Fuh! Nasib baik.”

“ Beb! Kau pergi mana tadi?”

Aku tersengih kerang busuk melihat Iriana yang tertanya-tanya itu.

“ Ada. Bawah meja ni. Hehe..”

“ Ya Allah. Sejak bila kau ada bawah meja ni? dan asal kau menyorok bawah meja ni pulak? Macam tak ada tempat lain nak menyorok?”

“ Kau tahu kan siapa tetamu Iman tadi tu? tolonglah weh! Kalau boleh selama-lamanya aku nak elak daripada bertembung mata dengan dia. Aku benci dia weh!”

Iriana tersenyum tipis lantas memaut bahuku dengan kelembutan.

“ Maafkan aku. aku tahu kau sakit hati dengan dia. Tapi dah seminggu berlalu. Kau lupakan je la lelaki tak guna tu. banyak lagi kumbang dekat luar sana. Contoh terdekat Encik Iman tu ha.”

Terus aku cubit pinggang dia. Amboi-amboi. Sempat lagi kau nak samakan aku dengan Encik Iman tu. Ergh!

“ Aku seriuslah. Kau ni.” iriana tersengih lebar.

“ Tak ada maknanya. Dah pergi buat kerja.”

Baru sahaja aku nak labuhkan duduk pada kerusi. Namaku terlebih dahulu diseru seseorang yang sangat aku kenal. Ya Allah. Bantu aku.

“ Nurul Yasmin. Finally I found you.”

Jelik sekali aku tengok riak mukanya sekarang. Eleh! Sempat lagi kau nak berlakon depan aku? blahlah!

“ Ada apa yang saya boleh bantu ke?” Aku berlagak formal dan tak kenal dengan dia. Aku nak dia rasakan bagaimana perasaan diabaikan oleh seseorang.

“ Min.. Ini sayalah Adrian. Awak dah tak ingat dekat saya ke?”

Dia cuba meraih tanganku tapi tak berjaya apabila aku undurkan langkah.

“ maaf. Saya tak kenal akan orang yang bernama Adrian dekat sini. Rasanya saya tak perlu ingat kot lelaki yang curang depan mata saya. Anyway.. kalau tak ada apa-apa lagi sila pergi. Terima kasih.”

Dengan wajah yang tenang aku kembali melabuhkan duduk. Tapi dalam hati ni hanya Allah saja yang tahu.

“ Min.. Please!” tanganku ditariknya kasar.

“ hey! Lepaslah! Kau nak apa ha? Belum puas ke aku bagitau kau tadi!?” Bentakku kasar. Nak sangatkan berkasar dengan aku. sekarang ambik!

“ Min.. sabar Min.” Iriana cuba memujukku agar bertenang. Tapi tak semudah tu Iriana. Aku terlalu sakit melihat muka lelaki ni.

“ Saya sayangkan awak Min. tolong jangan buat saya macam ni.”

Aku mula sedar orang sekeliling mula melihat ke arah kami. Demi tak mahu jadi perbualan, aku terus turun ke bawah. Aku nak selesaikan semuanya sekarang juga.

“ nak apa? sekarang awak cakap apa yang awak nak. Saya bagi awak masa hanya lima minit.” Dinginku melihat kearahnya.

“ Saya nak awak sayang. Please!” sekali lagi tanganku jadi perhatiannya. Namun, kali ni aku tak berdaya lagi nak menolak kerana pegangannya terlalu kuat.

“ Tolong lepaskan saya! Tolonglah Adrian. Kita dah tak ada-apa lagi. Awak sedar tak yang awak dah curang belakang saya? Awak sedar tak awak khianati cinta kita. Apa yang awak nak lagi ha? Belum puas lagi ke awak sakitkan hati saya? Tolonglah Adrian.” Kini, aku merayu dekat dia agar lepaskan aku. aku dah penatlah nak lalui semua ni.

“ awak salah faham sayang. Semua tu tak seperti yang awak sangka.”

“ habis apa? cuba bagitau saya apa?! Awak ingat saya ni dah buta ke? Saya belum butalah nak nilai yang mana baik dan yang mana buruk!” Terus aku rentap tanganku kembali. Habis merah pergelangan tanganku. Dasar tak guna!

“ Sayang…”

“ Woi! Lepaskan dia!”

Nampak ja Iman melangkah ke arah kami, aku pantas menuju dan berdiri di belakang dia. Ya Allah. Dia datang lagi bagi menyelamatkan aku. terima kasih Ya Allah.

“ Kau siapa nak masuk campur? Aku ni boyfriend dia lah!”

“ Tipu! Aku ni hanya ex kau je lah!” Jeritku pula.

“ Kau dengar kan apa yang dia kata? So baik kau lepaskan dia dan pergi daripada sini. Jangan buat kacaulah. Aku hormati kau sebab kau salah satu pemegang saham dekat syarikat ni. tapi kalau kau terus bersikap begini. Aku takkan teragak-agak ambil tindakan tegas.”

Aku lihat Adrian mula mengalah dan merengus geram ke arah Iman.

“ Okay baik. Hari ni hari kau.”

Sebaik sahaja Adrian beredar, aku pula terduduk dengan nafas yang lega. Tapi air mataku pula yang mengalir. Sedih, kecewa dan lega pada masa yang sama. Ya Allah. Terima kasih kerana kau hadirkan Iman sebagai penyelamatku. Sekali lagi. Ini dah kali ketiga.

“ Awak okay?” Aku lihat dia dengan anggukan.

“ Te..terima kasih lagi. A..awak dah banyak tolong saya. Sa..saya tak tahu nak cakap apa.” Tangisanku makin kuat. Aku tak tahu kenapa aku rasa sangat terhutang budi pada Iman. Ya Allah.

“ Eh? Awak. awak okay ke ni? nak saya bawa awak ke hospital?”

“ Tak. Tak payah. Saya okay.” Aku pantas menyeka air mata dan bangun berdiri. Tanganku yang sakit itu langsung tidak dipedulikan.

“ Saya harap selepas ni awak tak muncul lagi depan saya sebagai penyelamat. Walaupun awak dah banyak bantu saya. Saya tak nak terhutang budi lagi dengan awak. terima kasih sekali lagi.” Aku tersenyum ke arahnya lantas mula memusingkan badan untuk melangkah.

“ Tapi kenapa?”

“ Sebab saya tak nak terhutang budi dekat awak. maafkan saya.”

Mak! I need you!

**
Aku tersedar daripada tidur apabila terasa ada usapan pada kepalaku. Entah dah berapa jam aku tertidur dekat ruang tamu ni semenjak balik kerja tadi.

“ Dah bangun sayang?”

Aku tersenyum melihat mak. Aku membuat anggukan kecil lantas menggeliat kecil.

“ Dah pukul berapa ni mak?” Soalku dengan mata yang kabur. Ngantuk masih terasa.

“ Dah pukul 8 sayang. Sekarang bangun dan pergi bersihkan diri. Lepas tu solat. Cepat. Papa dan along tunggu kamu dekat dapur. Nak makan bersama-sama.”

Aku hanya menurut perintah. Aku naik ke bilik dengan senyuman. Ya Allah. Perkara tadi seakan-akan mimpi. Aku harap lepas ni dia tak muncul lagi sebagai penyelamat aku. mungkin sebagai suami? Oh please! Lelaki yang sengal tu nak jadi suami aku. mahu ke? Uhuk! Dah kenapa dengan aku ni.

Tut Tut

Bunyi telefon mengejutkan aku daripada lamunan. Iriana ke yang hantar message.

‘ saya tak boleh janji. Tapi saya akan sentiasa hadir untuk awak. walaupun bukan sebagai penyelamat.’

Dan aku terkedu.

**
Mak! Ya Allah. Apa aku nak buat ni? Tertinggal bas buat kali kedua. Inilah akibatnya bila ada kereta tapi tak nak naik. Kalau begitu rugi papa belikan kau kereta Yasmin oii. Aku malas lah nak drive kereta pagi-pagi ni. jalan jammed. Habis aku nak buat apa ni? panggilkan teksi? Erk..aku tak berani. Kecuali ada peneman.

Aku tersedar. Haish! Dah kenapa tiba-tiba teringat dekat lelaki tu. Baru dua hari langsung tak bersua muka. Takkan kau rindu kot Min? Haish! Mengarut! Tak ada maknanya. Tapi dia tunaikan janji dia tak muncul depan aku.

“ Akak?”

Aku tersenyum ke arah seorang budak lelaki comel yang memanggil aku tadi.

“ Ada apa sayang? Nak apa?”

“ Ni.. ada orang suruh saya bagi dekat akak.”

Aku sambut sampul surat putih daripada budak lelaki tadi. Aku mengerutkan dahi. Surat apa ni? jangan buat aku takut boleh tak?

“ Siapa bagi ni dik?”

“ tak tau. Abang tu kata penyelamat akak yang bagi.”

Aku terkedu. Penyelamat? Alahai. Jangan kau cakap lelaki tu.

“ terima kasih dik.”

Aku memusingkan badan ke arah jalan. Teksi pun teksi lah Min. Nak lari lagi ni. tak nak terserempak dengan Iman.

“ yasmin… saya masih sayangkan awak. tolong jangan tinggalkan saya. Please…”

Badanku terus menggigil apabila mendengar suara itu yang berada dekat sangat dengan belakang aku. aku tunduk memandang lantai. dan aku terkejut melihat sepasang kasut yang aku sangat kenal. Baru saja aku nak toleh ke belakang. Tanganku tiba-tiba ditarik laju daripada hadapan. Aku tak sempat nak berbuat apa-apa. semuanya berlaku dengan pantas.

“ Kau nak apa lagi Adrian! Kau tak dapat dia kau nak cuba bunuh dia? Gitu?”

Aku tersentak. Baru aku sedar dekat tangan dia ada sebilah pisau. Ya Allah.

“ Haah. Aku nakkan dia. Nak segala-galanya tentang dia. Aku tahu disebalik tudung dan baju kurung dia tu ada sesuatu yang aku inginkan. Hey! Kau apa tau? Lebih baik kau blah! Dia hak aku!”

Tanpa disedari, air mataku laju mengalir dan tanganku setia menggenggam lengan dia. Ya Allah. Iman jadi penyelamat aku lagi. Adakah dia spy aku ni?

“ Dia bukan hak kau atau sesiapa. Dia hak Allah! Kau ingat sikit kau tu siapa?”

“ Aku yang sepatutnya tanya kau! Kau ni siapa nak masuk campur? Ni urusan aku dengan dialah bodoh!”

“ Memang aku tak ada sesiapa pun dalam hidup korang. Tapi aku nak kahwin dengan dia! Aku sayang dia.”

Aku terpegun. Aku melihat latar belakang dia dengan satu perasaan yang aku tak dapat gambarkan. Gembirakah aku? Sakitkah aku?

“ Sayang? Aku lagi sayanglah! Aku je yang boleh kahwin dengan dialah!”

“ Ye? Kalau betul kenapa tak dari dulu lagi kau kahwin dengan dia? Ermm?”

Aku tersentap. Ya. Benar kata Iman. Kalau dia betul sayangkan aku, kenapa sepanjang tiga tahun ni dia tak pernah suarakan pendapat itu. suarakan keinginan nak kahwin dengan aku? lansung tak pernah! Nampaknya aku baru sedar sesuatu. Mungkin dia nak dekat dengan aku sebab harta papa aku. Ya Allah.

“ Kau diam!”

“ Polis! Tolong! Tolong!” Automatik aku menjerit apabila ternampak dua orang polis sedang meronda dekat kawasan ni. mujurlah. Aku tak nak berlaku apa-apa yang buruk.

“ Sayang! Apa yang awak nak buat ni? kenapa awak panggil polis?” Adrian cuba merayu dengan aku.

“ Encik. Tolong kami encik. Lelaki ni cuba nak bunuh suami saya. Tolong tangkap dia.” Tuduhku bersama dengan linangan air mata.

“ Maaf encik. Sila ikut kami ke balai. Anda didakwa membunuh suami kepada puan ni.”

“ tak! Aku tak salah! Lepaskan aku!”

Sebak aku tengok lelaki itu daripada jauh. Ya Allah. Lembutkan hati dia dan bukakanlah hati dia agar bertaubat ke jalanMu Ya Allah. Aku tak sanggup tengok dia begitu.

“ terima kasih sebab mengaku saya sebagai suami awak. terharu lah.”

Aku membulatkan mata dan terus melepaskan lengannya. Ya Allah. Malu!

“ Saya Cuma nak menyelamatkan kita berdua. Tak payah nak terharu sangatlah.” Aku pantas melangkah meninggalkan dia. Nampaknya aku dah tak boleh ke kerja. dah lewat sangat.

“ Awak.. kalau apa yang saya cakap tadi tu betul?”

“ Saya tahu awak hanya nak selamatkan keadaan. Terima kasih sekali lagi.”

“ Yasmin!”

Tanganku terus direntap dan menyebabkan langkahku terus terhenti. Seketika mata kami bertembung.

“ Saya benar-benar maksudkan kata-kata saya tadi. Saya sayang awak dan nak kahwin dengan awak. sudi tak awak kahwin dengan saya?”

Aku terus menjarakkan diri daripada dia. Bibirku ketap kuat. Ya Allah. Apa yang aku sedang alami ni?

“ Kahwini saya? Saya tak tahu semenjak bila cinta ni hadir. Tapi saya dah terlanjur mencintai awak Nurul Yasmin.”

Aku terdiam. Hanya air mata peneman aku masa ni.

“ semenjak awak cakap jangan muncul depan awak. saya rasa sedih. Saya rasa saya lebih rela menjadi penyelamat awak daripada jadi pemerhati dari jauh. Saya rasa sakit.”

Aku tertunduk memandang lantai. tanganku genggam dengan sekuat hati. Ya Allah. Adakah ini yang kau maksudkan? Penyelamat dalam erti kata yang sebenar adalah jodohku? Benarkah ya Allah?

“ Yasmin.”

“ Saya tak tahu!”

Aku terus melarikan diri daripada situ. Kahwini awak? boleh ke saya? Saya tak tahu!

**
Bas! Jangan kau pergi lagi! Kelam kabut aku berlari ke arah bas tersebut. Sampai saja dalam bas. Aku menghembus nafas lega.

“ Lambat lagi ke?” Pakcik itu menegurku dengan senyuman.

“ Maaf pakcik. Saya terlewat. Terbangun lambat tadi. Rm1.50 kan pakcik?” Soalku lantas cuba mengeluarkan duit dari poket bajuku. Tapi malangnya, hanya ada 50 sen. Again!?

“ Kejap pakcik.”

Aku buka pula beg tanganku. Dompet! Mana kau! Jangan buat aku ulang benda yang sama macam sebulan yang lepas. Buat malu je lah!

Ting! Ting!

Pencarianku berakhir apabila ada seseorang memasukkan duit terlebih dahulu sebelum sempat aku memasukkannya. Nak masukkan apa dompet pun aku tak jumpa. Tertinggal atas meja la ni. haish!

“ Saya bayar pakcik.”

Tanpa mengendahkan lelaki itu, aku pantas mengambil tempat kosong. Mujur banyak lagi tempat kosong.

“ Tertinggal dompet lagi? Nah.”

Dengan muka yang dingin, aku menyambut hulurannya. Dia pula ambil tempat di sisi aku. Ya Allah. Malu!

“ tak payahlah nak malu dengan abang. Memang tanggungjawab abang beri nafkah pada isteri kan?”

Aku menjelirkan lidah pada dia lantas menoleh ke arah tingkap. Haih! Nasib dapat suami macam dia ni.

“ Eh? Kenapa ni? takkan sebab tadi nak merajuk?”

Bahuku pula diraihnya. Aku menepisnya perlahan. Merajuk ni! Merajuk!

“ Alahai sayang. Jangan buat abang peninglah. Kenapa ni?”

Kini, dia menarik aku agar berdepan dengan dia. Aku menarik muncung tanpa memandang sikit pun ke arah dia.

“ Maafkan abang okay..”

“ Elok sangatlah buat macam tu tadi? Baik pergi terus je dekat dia. Buat apa kejar orang lagi.” Ujarku tanda tak puas hati.

Dia tersengih lantas mencuit hidungku.

“ Ala sayang ni. sepupu abang tu memang macam tu. manja terlebih. Janganlah macam ni. tak fasal-fasal rajuk sayang ni, kita terpaksa naik bas. Kan dah lewat.”

Aku picit pula pinggang dia. Meluat!

“ Sakitlah sayang. Nasib baik abang sempat kejar tadi. Kalau tak mesti sayang buat malu macam dulu kan?”
Kali ni aku tampar bahu dia pula. Sedap hati je kata dekat isteri sendiri kan?

“ haha. Comel je bini abang bila marah.”

Aku mula tersenyum. Mesti korang hairan kan. macam mana aku dan Encik Iman Azair ni boleh bersatu. Kan sebelum ni aku kata tak tahu.

Semua ni kuasa Allah. Dia jadi penyelamat aku lagi waktu aku amat perlukan bantuan seseorang. Masa tu waktu kerja dah tamat. Dan aku orang terakhir balik daripada kerja. Yang dijadikan cerita, aku hampir saja dirogol oleh samseng-samseng jalanan ketika itu.

Mujurlah, dia muncul saat aku sangat perlukan bantuan dia. Dan pada masa itu dia melamar aku sekali lagi. Begini..

“ Min..Please. saya tak nak awak terseksa macam ni lagi. Benarkan saya jadi penyelamat awak selama-lamanya? Kahwini saya?”

Yes! Masa tu aku terus setuju sebab hampir seminggu kami tak bersua muka. Aku sedar yang aku mula merindui dia. Eheh! Malu tapi mahu. Ahak!

“ Teringat pula bila kita dua naik bas dulu.” Suara dia mematikan lamunanku.

“ Saya ingat lagi. Abang bukan main sedap kata dekat saya. Buat malu je tau tak? Tahulah orang ni salah tapi bukannya nak tegur baik-baik. Apada..” Perliku dengan senyuman senget.

“ Ehehe.. Abang geram sangat masa tu. abang sengaja buat macam tu sebab nak tengok sayang ni macam mana. Tak sangka pula sayang akan lawan. Ehehe.. Apa-apa pun terima kasih sebab sudi terima abang. Jangan lupa tau abang ni penyelamat sejati Yasmin. ek?”

“ ye abangku.”

Aku bersyukur dan bahagia. Terima kasih atas takdirMu ini Ya Allah.

“ Jom turun. Dah sampai. Nasiblah hari ni naik bas dengan isteri. Buat malu je. Uhuk!”

“ Abang!”

“ Haha! Jom!”

Akhirnya aku mencapai tangannya dan masuk ke dalam pejabat. Terima kasih Iman Azair.

~tamat~

2 comments :

Popular Posts

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers