Hai. Wah! Baru muncul? Haha. Sorry guys. Masuk tahun baru ni je busy dengan kerja.Sory sangat-sangat. Ada yang sampai bertanya bila nak ada cerpen baru. Sory. Sebab buat masa ni aku tak ada masa nak buat cerpen baru. Ni pun sebab cuti. That's why free sikit. Tapi jangan risau. Aku akan usahakan untuk pembaca setia aku. Okay. Memandangkan dah lama aku tak sambung cerita ni. Aku sambung lah sekarang ye. Mungkin boleh ubat sikit rasa rindu dekat cerpen tu. Haha. >_<
Buku latihan Matematik
itu diselaknya sampai ke muka surat 20. Tapi, fikiran melayang entah ke mana.
Mata ja tengok buku. Sampai orang berdiri depan dia pun, langsung tidak sedar.
“ Woi!”
“ Opocot!”
Sergahan Faiz itu
berjaya membuatkan Emelda terkejut besar. Faiz yang mendengar Emelda melatah
itu pantas gelak besar. Aimi dan Razif yang tengah berbual pun terkejut lantas
menoleh ke arah Emelda. Terhenti terus perbualan mereka.
“ Apa kau ni?!” Emelda
tidak puas hati bila disergah macam tu.
Faiz masih gelak.
Sampai tekan perutnya gara-gara tak tahan. Lawak sangat.
“ Melatah? Semenjak
bila kau melatah?” Soal Faiz dengan sisa tawanya.
Emelda mengetap bibir.
Geram! Terus ditampar lengan Faiz dengan buku latihan Matematik tadi.
“ Ouch! Aduh. Tapi tak
sakit. Hahaha.”
Aimi dan Razif yang
melihat terus tergeleng melihat teletah mereka. Tak habis-habis.
“ Kau tak kacau aku tak
sah kan?” Emelda merengus geram. Terus dia simpan buku di bawah meja.
“ Kau la. Aku sikit
punya besar berdiri depan kau pun, kau tak sedar. Nampak sangat berangan.
Entah-entah dah sampai ke bulan.” Faiz menarik senyuman nakal.
Emelda menarik muncung.
Benci!
“ Elok sangatlah tu
buat macam tu? Aku cubit kang.”
Aimi dan Razif saling
berpandangan lantas ketawa besar. Dan ketawa mereka menarik perhatian Emelda
dan Faiz. Naik hairan mereka melihat Aimi dan Razif yang tiba-tiba ketawa itu.
“ Dah kenapa dengan
korang berdua ni? Gila?” Tebak Faiz dengan kerutan di dahi.
Aimi menghentikan
tawanya. Razif pula terus menutup mulut gara-gara terlebih gelak. Bila dua-dua
dapat kawal barulah pandang muka Faiz dan Emelda silih berganti.
“ Aku rasa memang
korang berdua ni secocok la. Padan sangat. Tak lama lagi dapatlah kad kenduri.
Ye tak Aimi?” Razif tersengih.
“ betul tu betul. Haih.
Tak sabarnya rasa.” Giliran Aimi pula mengusik.
Faiz dan Emelda saling
berpandangan sebelum menjerit.
“ No way!”
Serentak pula tu. Lagi
buatkan Aimi dan Razif ketawa.
“ Eh! Yang kau ajuk
cakap aku kenapa?” Faiz tak puas hati.
“ Aku pula salah. Kau
tu yang ajuk cakap aku.” Emelda pun sama.
“ Dah! dah! kang aku
kahwinkan dua-dua baru tahu.” Aimi menghentikan mereka sebelum dua-dua gaduh
lebih besar.
“ Awak. saya balik
kelas dulu. Tak tahan tengok dua orang tu.”
“ Yela.”
Terus Razif keluar
daripada kelas dengan sisa tawanya. Aimi pula terus ambil tempatnya semula.
Emelda di sebelah dah mencebik. Faiz pula terus duduk di tempatnya. Tiada hati
nak sembang lagi dengan Emelda.
“ Kau kenapa tadi?”
Emelda yang baru nak
sambung buat kerja terus menoleh ke arah Aimi.
“ Kenapa apa?”
“ Termenung. Aku pun
perasan tadi bukan Faiz je. kenapa?”
Aimi tersenyum apabila
melihat Emelda seperti tak tentu arah. Tapi terhambur juga keluhan kecil
daripada mulutnya.
“ Aku tak tahu nak
cerita dekat kau macam mana. Tapi aku dah cuba kawal.”
Emelda tunduk dengan
perasaan kesal. Aimi yang lihat terus memaut bahu Emelda.
“ Story bila kau sedia.
Aku kan kawan kau.”
Emelda menarik senyum.
“ Thanks. By the way….
Kau sembang apa tadi dengan Razif?”
Aimi tersenyum sebelum
menongkat dagu dan memandang ke arah Faiz.
“ Dia dan Faiz dah jadi
bff weh. Aku gembira bila tengok diorang rapat. Dan.. maybe lepas balik sekolah
ni diorang terus gerak ke rumah Dina. Sebab Dina still tak datang ke sekolah.”
Emelda terdiam. Mesti
diorang ada rencanakan sesuatu.
“ Kau tak nak ikut?”
Tanya Emelda ingin tahu.
“ Tak nak la. Tu urusan
mereka. biarlah. Kau nak ikut ke?”
Emelda menggelengkan
kepalanya.
“ Aku seorang je
perempuan. Tak nak arh.”
“ Cuma.. aku risau
kalau Dina tu terus tak datang.”
“ Tak. Aku pasti dia
akan datang juga. Sebab dia tengah usaha untuk dapatkan Razif.”
Aimi tersenyum hambar.
“ Memang susah kawan
dengan orang ramai peminat ni.”
“ Haha. Tu namanya
cabaran.”
“ Banyaklah kau punya
cabaran.”
Lepas tu, masing-masing
terus melayan perasaan. Macam dalam mimpi pun ada. Haih.
**
“ Assalamualaikum.”
Pandangan mereka
memerhati sekeliling. Kelihatan sunyi. Tambahan pula hujung kampung ni hanya
sebuah rumah saja yang tinggal.
“ Tak ada orang ke?”
Faiz menjongket bahu.
“ Assalamualaikum.”
Sekali lagi Razif
memberi salam.
“ Waalaikumussalam.”
Faiz dan Razif mula
mengukirkan senyuman lega. Mujurlah ada orang.
“ Cari siapa?”
Keluar seorang wanita
dalam lingkungan 50-an keluar daripada rumah bersama senyuman kecil.
“ Maaf makcik kalau
mengganggu. Dina ada tak?”
Faiz masih memerhati
sekeliling.
“ Kalau tak silap
makcik. Dina baru je keluar tadi. Lepas sekolah terus dia keluar. Entah ke
mana.”
Terkedu. Razif dan Faiz
masing-masing terkedu. Ke sekolah? Dina tak ke sekolah hari ni. takkan dia tipu
mak dia?
“ Makcik tahu tak dia
pergi mana? Urgent ni makcik.” Razif mula menyoal dengan riak yang serius.
“ Kalau tak silap
makcik dia pergi rumah kawan dia. Makcik tak pasti pula yang mana. Tapi rasanya makcik ada nombor kawan
dia. Kejap makcik pergi ambil.”
Hilang saja kelibat ibu
Dina. Razif meraup rambutnya kasar.
“ Aku tak sangka dia
akan tipu mak dia.” Ujar Faiz kesal.
“ Aku pun tak sangka.
Memang sah dia cuba lari daripada kita.”
Sesaat kemudian, ibu
Dina kembali bersama kertas kecil di tangan.
“ Ini nombor kawan
dia.”
Faiz menyambut dengan
senyuman.
“ Terima kasih makcik.
Kami pergi dululah.”
“ Yela. Hati-hati di
jalan.”
Tanpa berlengah, Faiz
dan Razif kembali ke arah motosikal mereka.
“ Kau ke aku nak call?”
Soal Razif.
“ Biar aku. Jap.”
Belum sempat Faiz nak
mendail nombor itu, tiba-tiba ada sebuah kenderaan masuk ke halaman rumah
tersebut. Masing-masing terus turun daripada motosikal dan berdepan dengan
penumpang kereta tersebut.
“ Dina.”
Keluar saja Dina dan
seorang lelaki daripada kereta, langkah Dina terus kaku di tepi kereta
tersebut. Serentak itu dia memikirkan kemungkinan yang akan dia alami.
“ Ma..macam mana korang
tahu aku duduk sini?” Soal Dina dengan gugup.
Faiz tersenyum sinis.
Razif pula masih mendiamkan diri.
“ Itu kau tak perlu
tahu. Yang aku nak tahu ke mana kau pergi? Sampai hati kau kan tipu mak kau.
Kata pergi sekolah tapi?” Sindir Faiz lantas mengerling lelaki di sebelah Dina.
Dina terkedu lagi.
rahsianya dah terbongkar.
“ Kau nak apa cari
dia?”
Faiz dan Razif masing-masing
saling berpandangan sebelum ketawa kecil tapi cukup sinis.
“Bro! kau tanya kami ?
apa kata kau tanya tuan empunya badan sendiri apa yang dia telah buat sampai
kami cari dia dekat sini.”
Dina masih kaku. Dia
tak mampu bersuara ketika ini.
“ Aku Zill. Dia buat
apa?”
Sekali lagi Razif dan
Faiz terkedu. Zill? That’s mean.
“ Oh. Kau la Zill. No
wonder. Kau nak tahu dia buat apa?”
Faiz mendekati Dina
lalu memberikan senyuman yang cukup sinis. Dina terus tunduk kerana takut.
“ Kau tahu dia buat
apa? Dia tolak kawan aku! Dia tolak buah hati kawan aku sampai masuk hospital!
Ni kawan aku Razif ni. Dia sukakan kawan aku ni. Tapi Razif tak suka dia dan
Razif sukakan kawan aku. Sebab cemburu Dina ni tolak kawan aku tu. Kau sedar
tak apa yang kau buat Dina?”
Tajam Faiz merenung
Dina yang tidak tahu nak buat apa tu. Zill di sebelah dah pun terkedu. Dia tak
sangka Dina akan bertindak sedemikian.
“ No wonderlah dia tipu
mak dia kata pergi sekolah. Sedangkan?” Giliran Razif pula bersuara.
Dina terdongak
memandang Razif. Hati dia jadi sakit bila tengok Razif yang sudah bencikan dia
tu.
“ Dina? Apa yang awak
cuba buat ni? Awak nak dia mati ke?” Zill dah berang.
Dina tunduk memandang
tanah semula. Air matanya dah bergenang.
“ Dina. Aku harap lepas
ni kau takkan ganggu kami lagi. cukuplah sekali Aimi masuk hospital. Kalau
lambat sikit dia mungkin tak dapat diselamatkan. Kau tahu tak? Cukuplah Aimi.
Berhenti ganggu aku, Razif dan Aimi.”
Tanpa berlengah, Razif
dan Faiz terus berlalu bersama motosikal mereka. dalam hati mereka berdoa agar
Dina dapat berubah.
“ Dina.”
Hilang saja kelibat
Faiz dan Razif, Zill pula berdepan dengan Dina. Wajahnya saat ini cukup tegang.
Dina dah mula kecut perut.
“ Tell me Dina! What’s
wrong with you!?” Zill dah mula membentak.
Dina mengetap bibirnya
kuat. Dengan takut-takut dia melawan panahan mata Zill. Air matanya dah lama
mengalir ke pipi.
“ Awak takkan faham
Zill. Awak takkan faham.” Lemah Dina menjawab.
“ Sebab saya tak
fahamlah awak perlu jelaskan! Apa kena dengan awak ni? Awak tahu tak awak
hampir bunuh orang?”
“ Ya! Saya tahu! Kenapa
dia tak mati ja! Menyusahkan orang!”
Pang!
Dina terkedu. Pipinya
yang berpinar-pinar itu disentuh perlahan. Matanya tajam merenung Zill. Dia tak
sangka Zill akan menampar dia.
“ Ini ke Dina yang saya
kenal? Ini ke Dina yang selalu sabar dan tabah tu? Dina yang saya kenal takkan
buat orang macam tu. Mana Dina saya yang lama!”
Kedua-dua bahu Dina
digoncang. Sungguh! Dia kecewa sangat dengan Dina. Dina tahu tak yang dia
terlalu sayangkan Dina.
“ Saya sayangkan dia!” Jerit
Dina lalu menepis tangan Zill.
“ But I love you!”
Dina terus terdiam.
“ what?”
Zill tersenyum kecil.
Kepala Dina diusap perlahan. Walaupun umur mereka berbeza 5 tahun. Tapi itu
tidak menghalang Zill untuk menyayangi Dina lebih daripada seorang kawan.
“ Yes. I love you Dina.
Awak tak sedar ke selama ini? Saya terlalu sayangkan awak sampai saya tak
sanggup kehilangan awak. Tolong lupakan dia Dina. Dia sayangkan orang lain.”
Dina menyeka air
matanya lantas merenung Zill tanda sukar untuk percaya.
“ Saya harap awak
berhenti ganggu mereka. Saya janji akan jaga awak selagi saya masih hidup. Saya
balik dulu.”
Tanpa berlengah, pantas
kakinya melangkah ke arah kereta. Dia tak nak air matanya tumpah di depan Dina.
Dia tak nak Dina kata dia lemah even hatinya menderita saat ini. Ya Allah.
Dina hanya mampu
melihat Zill berlalu tanpa menghalang. Dia tak berdaya.
“ Dina. Kenapa semua ni
harus terjadi? Apa yang kau dah buat!”
Akhirnya, Dina terduduk
dengan linangan air mata.
**
Selepas dia keluar
daripada teksi, dia terus bergegas masuk ke dalam hospital tersebut. Tapi, dia
tak tahu nak cari dekat mana. Akhirnya, kakinya melangkah ke arah kaunter
pertanyaan.
“ Erk. Maaf. Di mana
saya boleh cari Doktor Imran?”
Nurse yang bertugas
ketika itu tersenyum kecil.
“ Ini mesti Aimi kan?”
Aimi tersentak. Eh!
Mana dia tahu nama aku?
“ Erk. Ya.”
“ Tak pe. Adik tunggu
je dekat sofa tu. Nanti Doktor Imran sampai.”
Aimi hanya mengangguk
lantas duduk di sofa yang telah disediakan itu. matanya mula meliar sekeliling.
Cantik dan besar hospital ni. terbit senyuman kecil daripada mulutnya. Penat
melihat sekeliling, matanya tunduk pula memandang kasut. Kenapa aku datang ke
sini? Sebab appointment aku dengan Doktor Imran hari ini. Katanya nak terang
secara lanjut tentang jantung aku. Hurmm.
“ Ehem..Ehem..”
Aimi tersentak lantas
bangun berdiri. Doktor Imran dah berdiri tepat di hadapan dia dengan senyuman
lebar.
“ Dah lama sampai?”
Aimi menggeleng.
“ Baru ja. Maaf lambat.
Baru balik sekolah.”
“ Tak apa. Jom ikut
saya.”
Aimi hanya menurut. Dia
mengikut Imran sampailah ke bilik yang tertera nama doktor itu. Bila Imran
masuk, dia pun masuk.
“ Jemput duduk.”
Aimi hanya menurut
tanpa mengeluarkan kata-kata. Sebab ini kali pertama dia datang seorang. Kalau
tidak mak dan ayah dia nak ikut, tapi dia yang menghalang. Biar kali ni dia
tanggung sakit ni seorang diri.
“ Erk… awak.”
Aimi tunduk memandang
tangan sebelum mendongak semula memandang Imran yang sedang tersenyum ke
arahnya itu.
“ Yes? Kenapa Aimi?”
“ Saya akan sembuh ke?”
Imran tersentak. Tapi
senyuman still kekal pada bibirnya.
“ InsyaAllah. Dengan
keizinan Allah. Awak pasti akan sembuh.”
Aimi tersenyum hambar.
“ Tapi kenapa saya rasa
tak? Erm. Awak boleh tolong saya tak? Walau apa pun yang terjadi, even keadaan
saya teruk sekalipun, awak kena beritahu saya. Please jangan rahsiakan daripada
saya. Saya tak suka.”
Kali ni Imran sendiri
terdiam.
“ Dan… kalau satu hari
nanti saya tak berpeluang untuk sembuh. Tolong sampaikan kepada kawan saya
Razif yang saya tak menyesal kawan dan sayang dia.”
Imran mengalihkan
pandangan ke arah lain saat menyedari ada air mata yang ingin mengalir daripada
tubir mata Aimi. Terhambur keluhan kecil daripada mulutnya.
“ Jangan cakap macam
tu. awak akan sembuh. Percayalah.”
“ If I can.”
Imran terus bangun dan
berdiri di tepi Aimi. Dia menarik bahu Aimi agar memandang ke arahnya. Senyuman
kecil diberikan kepada Aimi.
“ Percaya saya? Saya
janji saya akan sembuhkan awak. Saya akan carikan awak penderma. Percayakan
saya? Saya takkan biarkan awak pergi. Saya tak sanggup.”
Aimi terkedu. Entah
kenapa kata-kata Imran sebentar tadi berjaya membuatkan hatinya berdebar-debar.
Dan debaran ini tidak seteruk debaran di hadapan Razif. Pantas dia tunduk ke
bawah.
“ terima kasih.”
Imran tersenyum.
Pegangannya pada bahu Aimi terus dilepaskan.
“ Sama-sama kasih.”
Belum sempat Aimi nak
menjawab kata-kata yang seterusnya, pintu bilik kerja Imran tiba-tiba dikuak daripada
luar. Serentak mereka berdua menoleh ke arah pintu.
“ Im!”
No comments :
Post a Comment