Alahai. Lamanya aku tk muncul. Haha. Sorry guys. Sorry. Dan sorry juga sebab masih tiada cerpen baru untuk tahun 2016. Aku hanya boleh berikan korang sambungan enovel ini. Sorry erk. Hehe.
Wajah Puteri yang
terjengul di sebalik pintu itu membuatkan Imran terus merengus geram. Aimi pula
hanya berdiam diri. Dia sendiri tidak tahu apa yang berlaku antara mereka
berdua.
“ Kau nak apa? Aku busy
sekarang ni. Aku ada patient.”
Puteri masuk dan
menutup pintu. Senyuman kecil diukir. Dia menapak mendekati Aimi yang tengah
duduk itu.
“ ni ke patient you?
Dia sakit apa?”
Aimi terdiam. Imran
pula yang menyedari perubahan pada riak wajah Aimi terus merengus kasar.
“ Itu bukan urusan
kau.”
Puteri mengerling Aimi
di sebelah.
“ You sakit apa?”
Aimi cuba mengukirkan
senyuman yang paling ikhlas. Dia cuba sabarkan hati.
“ Jantung.”
Tiba-tiba Puteri
tertawa kecil. Aimi yang mendengar tersentap.
“ Oh. Patutlah. Ermm.
Tak lama lagi tamatlah riwayat hidup you.”
“ Puteri!”
Jeritan Imran
mengejutkan Aimi dan Puteri. Aimi pantas bangun untuk pergi. Tapi tangannya
terlebih dahulu dicapai Imran. Aimi yang menyedari hal itu pantas mendongak
melihat Imran. Imran sudah berwajah tegang.
“ Kau tak berhak cakap
dia macam tu! kau tak tahu apa-apa diam! Kau patut pergi! Dan aku tegaskan
sekali lagi dia akan sembuh dan..”
Imran menoleh seketika
ke arah Aimi. Aimi membalas renungan itu dengan senyuman hambar.
“ Dan aku akan kahwin
dengan dia satu hari nanti.”
Puteri dan Aimi.
Masing-masing terkedu.
“ What? You nak kahwin
dengan perempuan macam ni? How dare you!?”
“ Hey! Kau ingat sikit
Puteri! Kau langsung tak berhak masuk campur dalam urusan peribadi aku. Dan aku
beri peringatan dekat kau. Kalau kau cuba-cuba ganggu kami berdua. Kau akan
menyesal. Aku takkan teragak-agak bawa kau masuk lokap.”
Wajah Puteri terus
berubah. Aimi yang melihat langsung tidak faham apa yang berlaku. Tapi lebih
baik dia berdiam.
“ Im..”
“ Go! Just go! Kalau
kau tak nak aku panggil pengawal, baik kau pergi!”
Tahap kesabaran Imran
dah nak habis. Dia dah tak sanggup untuk bersabar lagi dengan Puteri. Kali ini
Puteri dah melampau!
“ Okay! Fine! Tapi I
akan tetap cari you lagi lepas ni.”
Hilang saja kelibat
Puteri. Barulah Imran melepaskan pegangannya. Aimi masih diam tidak berkutik
semenjak tadi. Itu membuatkan Imran menjadi risau.
“ Aimi. Serius. Saya
nak minta maaf. Saya tak sangka dia akan cakap macam tu. I’m sorry.”
Aimi tersenyum hambar
lantas menganggukkan kepalanya. Tanpa memandang Imran, dia terus duduk dan
menoleh ke arah lain.
“ Saya faham. Betul apa
dia cakap.”
“ no!” Bentak Imran
lantas meraup rambutnya kasar.
“ No Aimi! No!”
Aimi mengetap bibirnya
kuat. Entah kenapa hatinya saat ini benar-benar lemah bila di depan Imran. Dia
rasa sakit sangat tengok Puteri tadi. Dia rasa dia insan yang tak berguna.
“ Aimi.”
Imran merenung Aimi
dengan dalam. Aimi terus tunduk kerana dia malu dengan diri dia.
“ Looks! Saya takkan
biarkan benda macam ni berlaku lagi. Saya akan pastikan awak sembuh. Itu janji
saya.” Tegas Imran.
“ Saya terima apa saja
ujian Allah Imran. Terima kasih sebab sudi rawat saya. Saya rasa saya tak boleh
teruskan appointment dengan awak hari ni. saya balik dulu.”
Terus Aimi bangun dan
menuju ke arah pintu. Tapi baru saja beberapa langkah, Imran terus merentap
lengan Aimi. Langkah Aimi juga terus terhenti.
“ Biar saya hantar.”
“ No. Awak mesti ada
banyak kerja.”
“ No. biar saya
hantar.” Sekali lagi Imran bertegas.
Tanpa berlengah, Imran
terus menanggalkan coat doktornya itu dan diletakkan di atas sofa. Kunci kereta
di capai dan ditarik lengan AImi agar mengikutinya.
Aimi yang mendiamkan
diri itu menangis dalam hati. Ya Allah. Kenapa Engkau hadirkan orang seperti
dia dalam hidup aku? Sekarang aku rasa dia terlalu berharga buat aku.
**
Sudah 10 minit berlalu.
Sepanjang 10 minit itu jugala masing-masing lebih memilih untuk mendiamkan
diri. Tapi, masing-masing teragak-agak nak mengeluarkan suara. Akhirnya, jadi
sunyi sepi keadaan dalam kereta time ini.
Aimi mengerling sekilas
ke arah Imran. Dia takut Imran masih dalam mood yang tidak baik. Terhambur
keluhan kecil daripada mulutnya. Entah kenapa, hatinya tadi berdebar-debar
hebat saat Imran membela dirinya daripada perempuan tu.
“ Awak fikir apa?”
Aimi tersentak. Pantas
dia memandang ke hadapan.
“ Nothing.”
Aimi terus berlagak
seperti tiada apa-apa yang berlaku. Sedangkan dalam hati hanya Allah saja yang
tahu apa yang dia rasa. Imran di sebelah sudah mengukirkan senyuman kecil. Geli
hati tengok reaksi Aimi sebentar tadi.
“ Saya nak minta maaf.”
Ucap Imran dengan kesal. Bila ingat balik apa yang Puteri katakan tadi dia rasa
kesal sangat.
“ It’s okay.”
Aimi hanya mampu
tersenyum hambar.
“ No. I know you not
okay. Awak kena percayakan saya. Awak pasti akan sembuh.”
“ Sudahlah Imran. Saya
tak nak cakap fasal ni dah. Lupakan okay?”
Aimi menoleh ke arah
Imran dan memberikan senyuman. Imran yang menyedari hal itu hanya mampu
menganggukkan kepalanya. Aimi. Maafkan saya.
“ Boleh saya tanya
sikit?”
Aimi menarik nafasnya
dalam-dalam ingin mengumpul kekuatan.
“ Yap. Apa tu?”
“ Boleh tak beritahu
saya lepas ni keadaan saya macam mana. I mean teruknya macam mana.”
Kali ni Imran terdiam.
Dia terkelu lidah untuk menjawab. Sebab dia tak tahu nak berikan jawapan macam
mana dekat Aimi. Aimi yang menanti mengeluh hampa.
“ Tak apalah. Saya dah
tahu jawapannya. Thanks.”
Aimi terus menoleh ke
arah tingkap. Terus air matanya mengalir tanpa dipinta. Dia tak tahu kenapa
tapi kebisuan Imran tadi membuatkan dadanya senak. Dia tahu Imran hanya ingin
menjaga hatinya.
“ Saya akan pastikan
awak sembuh.” Ujar Imran tapi dengan perlahan. Dia tak nak buatkan hati Aimi
resah. Dia tak nak.
**
Berkali-kali tangannya
menekan loceng rumah tersebut. Tapi masih tiada seorang pun yang keluar. Dia
mula merengus geram. Dia mencapai telefon bimbit dan mendail nombor orang rumah
tersebut. Hampir 2 minit menunggu akhirnya panggilan bersambut.
“ Kau kat mana
sekarang?” Dingin Imran menyoal.
“ I dekat luar. Kenapa
Im? You nak jumpa I erk?”
Imran terus melangkah
ke arah kereta semula.
“ Yes. Aku nak jumpa
kau. Kau dekat mana?”
“ Serius? Okay. You
boleh datang ke rumah papa I.”
Tanpa berlengah, dia
pantas mematikan talian dan bergerak ke rumah pakcik saudaranya itu. hampir 15
minit barulah dia sampai. Belum sempat tekan loceng pun Puteri dah keluar
daripada rumah dengan senyuman manisnya itu. Imran yang melihat dah rasa nak
termuntah.
“ Papa kau mana?”
Imran mula menapak
masuk ke dalam rumah. Bibik yang tolong bukakan pintu pagar tadi dah menghilang
ke dapur.
“ Papa I kerja la. You
datang sini kenapa? Rindu I erk?”
Puteri dah senyum
menggoda. Imran yang melihat terus tersenyum sinis.
“ Aku? Nak rindu kau?
Please!”
Imran memerhati
sekeliling. Entah kenapa dia dapat rasakan ada orang lain selain dia dalam
rumah ni. Dia mendongak melihat ke tingkat atas. Dan dia macam perasan sesuatu.
Terus dia menoleh ke arah Puteri.
“ Siapa lagi yang ada
dalam rumah ni?” Soal Imran dengan wajah ketat.
Puteri tersentak. Tapi
dia masih beriak selamba.
“ Ada siapa? Tak ada
la. I seorang je.”
Imran tak percaya
kata-kata Puteri tu. Tapi dia tidak ambil peduli. Dia terus duduk di sofa. Dia
perlu selesaikan segala-galanya hari ini.
“ Apa sebenarnya yang
kau nak dari aku Puteri?”
Puteri terdiam.
“ Kalau sekali kau tak
kacau hidup aku tak boleh ke?” Imran dah mula berlembut dengan Puteri. Dia dah
penat.
“ Imran. Please. I Cuma
nakkan you.”
“ But, I don’t love
you! Cukuplah sekali Put. Kau patut bahagia dengan orang lain. Not me. Aku tahu
lelaki yang datang jumpa aku tempoh hari tu sangat sayangkan kau. I know that.”
Imran renung tajam ke
arah Puteri. Melihatkan Puteri yang cuba beriak selamba itu membuatkan dia mula
mengukirkan senyuman sinis.
“ Aku tahu. Dan aku
yakin sangat lelaki tu ada dalam rumah ni. kan?”
Terus Imran menoleh ke
arah tangga bila dia menyedari seseorang berdiri di situ. Dan telahannya tepat
bila lelaki yang warningnya tempoh hari duduk di situ. Bila kehadiran lelaki
itu dah mula disedari, kakinya laju saja melangkah dan duduk di sisi Puteri.
Puteri masih terkedu.
“ Aku tak sangka. Dekat
rumah papa kau sendiri pun kau masih buat macam ni? Bila kau nak berubah Put?”
Ujar Imran kesal.
“ I bukannya buat
apa-apa pun dengan dia.” Nafi Puteri.
Imran memandang lelaki
di sebelah Puteri. Mereka saling berbalas pandangan.
“ Aku tak tahu apa
hubungan korang berdua. Tapi kau boleh tolong aku tak?” Tanya Imran pada lelaki
itu.
“ Apa?”
“ Tolong jaga buah hati
kau ni baik-baik. Kalau boleh kahwin teruslah senang. Kau tahu tak sebab buah
hati kau ni patient aku terus rasa down! Tolong lah. Cakap dekat dia yang aku
tak perlukan dia lagi dalam hidup aku.”
Imran terus bangun
selepas selesai berkata. Tapi buat kali terakhir dia menoleh memandang Puteri
yang berdiam daripada tadi.
“ Puteri. Aku sayangkan
kau tapi sebagai sepupu aku. Dan tolong terima orang yang bersungguh mencintai
kau. Bukan aku tapi dia. Sedarlah Put. Jangan buatkan papa kau kecewa lagi. Dia
percayakan kau. Fikir-fikirkanlah dan tolong jangan cari aku lagi selepas ni.”
Usai berkata, Imran
terus berlalu keluar daripada situ. Dia rasa lega selepas berkata demikian
depan dua orang itu. Berharap mereka tidak akan mengganggunya lagi.
Puteri terdiam. Tapi
dia sudah mengalirkan air mata. Tiba-tiba tangannya disentuh perlahan. Terus
Puteri menoleh ke arah lelaki itu.
“ Puteri. Betul kata
dia. You tak nak berubah ke? I sayangkan you Put. Please. Kahwin dengan I?”
Terus Puteri menangis
teresak-esak selepas mendengar permintaan itu.
**
Wajah yang kelihatan
mendung itu diperhati dengan perasaan aneh. Masing-masing tertanya-tanya. Tapi
tak berani pula nak keluarkan suara untuk bertanya. Sudahnya, masing-masing
berdiam diri. Akhirnya, tuan empunya diri juga yang bersuara.
“ korang nak apa?”
Faiz dan Razif masih
mendiamkan diri. Serius. Aimi kelihatan tidak bermaya saat ini. Tujuan mereka
datang sebab nak beritahu masalah dengan Dina dah selesai. Tapi, kalau cakap
sekarang macam tak berapa okay je.
“ Kau okay ke Aimi?”
Faiz yang beranikan diri menyoal.
Aimi tersenyum hambar.
Selepas balik daripada hospital tadi. Dia terus tak ada mood. Teringat fasal
penyakitnya itu membuatkan dia jadi lebih down.
“ Aku okay je. Korang
nak apa-apa tak? Kalau nak aku pergi buatkan.”
“ Tak payah. Kau duduk
je sini diam-diam.” Arah Faiz.
Aimi hanya menurut. Dia
tunduk memandang jari.
“ Awak tak okay kan
Aimi? Kenapa ni? Cuba cakap dekat kami.” Razif pula menyoal.
“ Saya okay. Betul. Tak
sihat sikit je ni.”
“ Betul ni?”
Aimi mengangguk bagi
meyakinkan mereka.
“ Okay. Aku just nak
cakap dekat kau. Fasal Dina tu dah okay. Selesai. Jangan kau fikir lagi.”
Maklum Faiz dengan senyuman kecil.
“ Baguslah kalau macam
tu. Lega aku dengar.”
Faiz dan Razif terus
bangun. Rasanya mereka perlu beredar segera. Hari dah nak malam.
“ Kami balik dulu.”
Aimi membuntuti mereka
sampai ke pintu. Faiz berlalu dahulu ke arah motosikalnya. Dia ingin memberi
ruang kepada Razif dan Aimi.
Razif berhenti seketika
daripada melangkah. Dia menoleh memandang Aimi. Aimi hanya mendiamkan diri.
“ Aimi? Apa apa-apa
yang awak nak beritahu saya ke?”
Aimi tersentak. Tapi
tak pula dia menoleh memandang Razif.
“ Tak ada.”
Razif still setia
pandang Aimi. Entah kenapa dia rasa Aimi ada rahsiakan sesuatu daripada dia dan
kawan-kawan dia.
“ Razif.”
Aimi menarik nafas
dalam-dalam lalu menghembuskannya. Rasanya ini keputusan yang paling berat bagi
dia. Tapi dia perlu lakukan agar tiada sesiapa kecewa. Dia tak nak sebab dia
orang lain susah.
“ Ya?”
Aimi mendongak melihat
Razif yang sedikit tinggi daripada dia itu. senyuman hambar terukir.
“ Boleh saya minta awak
buat sesuatu?”
“ Apa?”
“ Lupakan saya.”
Dan Razif terus
terkedu.
No comments :
Post a Comment