“ Aimi!”
Dia yang baru saja
melabuhkan punggung pada kerusi terus menoleh ke arah pintu. Dahinya berkerut
saat melihat wajah ketat Faiz dan Emelda itu. Kedua-dua mereka laju saja
melangkah dan berdiri depan Aimi. Aimi yang melihat jadi tanda tanya.
“ Kenapa dengan korang
ni?” Soal Aimi dengan tanda tanya.
Faiz dan Emelda
masing-masing terdiam. Tapi Faiz terus mengeluh kecil saat melihat wajah Aimi
yang seperti tiada apa-apa yang berlaku itu.
“ Kenapa kau buat dia
macam tu?” Soal Faiz perlahan. Emelda yang mendengar terdiam.
Aimi mengerutkan dahi.
“ Buat apa? Kat siapa?”
Faiz meraup mukanya
perlahan. Wajahnya dikendurkan.
“ Kenapa kau cakap
dekat Razif macam tu?”
Dan kini Aimi pula
terkedu. Baru dia tahu kenapa dua orang rakannya itu terus datang serang dia
pagi ni. Tapi dia cuba berlagak selamba. Senyuman kecil diukirkan.
“ Aku cakap apa?”
“ Aimi. Kau ada masalah
ke?” Giliran Emelda menyoal. Dia risau tengok Aimi.
“ Aku okay je la.
Kenapa?”
“ Habis kenapa kau
suruh dia lupakan kau?”
Aimi tunduk memandang
buku. Senyuman masih setia terukir pada bibirnya. Tapi dalam hati hanya Allah
yang tahu.
“ Itu yang terbaik buat
kami berdua Faiz. Terbaik buat dia terutamanya.”
Aimi terus mendongak
selepas meluahkannya. Faiz dan Emelda terdiam. Mereka berdua tak faham.
“ Kau tahu tak? Dia
terus down lepas kau cakap macam tu. Dia tak percaya. Dan dia dah janji dekat
diri dia yang dia takkan lupakan kau
even kau dah lupakan dia. Dah tak sayang dia.” Terang Faiz.
Aimi mengetap bibir
kuat. Air matanya dah bergenang. Tapi dia masih kuat untuk terus tersenyum.
“ Korang takkan faham.”
Gumam Aimi perlahan.
“ Apa yang kami tak
faham Aimi? Cuba kau berterus terang dekat kami apa masalah kau? Kami kawan kau
tau tak?”
Emelda menyentuh lembut
tangan Aimi seraya memujuk Aimi memberitahu masalah dia. Aimi tersenyum hambar.
Dia memandang kedua-dua wajah yang setia berada di sisinya tak kira susah
mahupun senang.
“ Aku belum bersedia
nak beritahu korang. Nanti lah. Yang pasti aku masih kawan dengan Razif. Kawan
tetap kawan kan?”
Terhambur juga keluhan
kecil daripada mulut Faiz dan Emelda. Aimi memang degil!
“ Bila kau bersedia kau
cakap dekat kami ye? Aku rasa kau patut berbincang elok-elok dengan Razif. Dia
kecewa.”
Aimi hanya
menganggukkan kepalanya. Ya. Dia memang patut buat macam tu. Sebab semalam lepas
dia nyatakan suara hati dia, Razif terus berlalu tanpa kata. Razif tak tahu,
semalam dia menangis semahunya selepas meluahkan rasa hatinya tu. Dia terpaksa.
“ Aku rasa dia nak
jumpa kau.”
Terus Aimi menoleh ke
arah pintu. Razif berdiri dekat situ dengan wajah yang muram. Tapi still
memberikan senyuman. Faiz dan Emelda dah bergerak ke tempat masing-masing. Tak
nak kacau Aimi dengan Razif.
Aimi bangun dan
mendekati Razif. Aimi cuba untuk tersenyum. Even hatinya menangis.
“ Razif.”
Razif menggelengkan kepalanya.
senyuman hambar terukir.
“ Kenapa Aimi? Kenapa
awak cakap macam tu semalam?”
“ Itu yang terbaik buat
kita Razif. Lebih baik awak lupakan saya. Atau awak akan menyesal.” Luah Aimi
dengan tenang.
Razif terdiam. Tapi dia
terus tertawa kecil. Tawa yang dibuat-buat. Aimi yang mendengar terasa sakit.
Razif. Maafkan aku.
“ Kenapa saya nak
menyesal? Aimi. Jujur saya katakan tiada seorang perempuan pun yang berjaya
menggetarkan jantung saya melainkan awak Aimi. Kenapa awak ambil keputusan
macam ni? Cuba beritahu saya.”
Tajam Razif memandang
ke arah Aimi. Aimi terus menoleh ke arah lain. Tak sanggup bertentang mata
dengan Razif atau dia akan kalah dengan perasaan dia sendiri.
“ Saya terpaksa Razif.
Lagipun lepas ni kita akan bawa haluan masing-masing. Ini yang terbaik Razif.
Saya pun kena pindah selepas ni. Tapi jangan risau. Kita still boleh jadi
kawan. Kan?”
Sebak. Ya. Itu yang
Aimi rasakan. Melihatkan Razif yang diam tu. Aimi terus memusingkan badan ke
belakang. Perlahan-lahan air matanya yang cuba ditahan tadi mengalir.
Cepat-cepat dia seka agar tiada sesiapa pun yang perasan.
“ Lupakan saya Razif.
Please.”
Terus Aimi berlalu ke
tempat duduknya. Berpura-pura membaca buku sedangkan hatinya sedang berperang
agar tidak menangis.
“ Saya tak tahu apa
masalah awak. Tapi kalau ini yang awak nak. Saya terima.”
Terus Razif berlalu
dengan lara di hati. Air matanya juga ingin mengalir tapi dia kuatkan hati. Dia
lelaki. Tak boleh lemah. Kuatkan hati Razif!
Berlalu je Razif
daripada kelas Aimi, Aimi terus menangis teresak-esak. Langsung tidak hiraukan
pandangan Emelda dan Faiz yang tengah melihatnya ketika itu. Faiz dah tak
tahan. Terus dia pergi berdepan dengan Aimi. Emelda yang melihat terus
menggeleng saat Faiz ingin bersuara. Biarkan Aimi tenang dulu. Faiz hanya
mengeluh.
Rasanya dalam 10 minit
juga baru Aimi kelihatan tenang. Air matanya terus diseka. Dia terus mendongak
saat menyedari Faiz masih setia berada depannya. Dia memberikan senyuman pahit
kepada mereka berdua.
“ Aimi? Aku tahu kau
ada masalah. Kalau tidak kau takkan menangis macam ni bila dia pergi! Baik kau
cakap Aimi! Aku tak tahan tengok korang menderita!” Faiz dah mula membentak
kerana marah dengan sikap Aimi yang suka berahsia dan memendam itu.
Aimi menggenggam kemas
tangan Emelda. Inginkan kekuatan.
“ Aku terpaksa Faiz.
Aku terpaksa. Semua ni demi kebaikan semua. Terutama dia. Aku tak nak dia
menyesal.”
“ But why?” Emelda pula
bertanya. Dia juga ingin tahu.
Aimi menarik nafas
dalam-dalam lalu menghembuskannya. Senyuman diukir semanis yang mungkin.
Kemudian, wajah Faiz dan Emelda diperhati sebelum dia membuka mulut.
“ Aku sakit Faiz. Aku
sakit.”
Faiz dan Emelda
masing-masing terus terkedu.
“ Sebab tu aku tak
teruskan hubungan ni. Aku tak nak dia tahu aku terseksa. Aku juga tak nak
sesiapa tahu sebenarnya. Tapi sebab korang kawan aku, aku kena beritahu. Just
janji jangan beritahu dia atau sesiapa pun. Janji?”
Faiz dan Emelda saling
berpandangan sebelum tersenyum hambar.
“ Kami janji. Tapi kau
sakit apa?” Faiz ingin tahu even kenyataan itu amat pedih untuk dia terima.
“ Jantung Faiz.”
Aimi terus tunduk bila
hatinya dah mula rasa sebak kembali.
“ Jangan beritahu dia
Faiz. Jangan. Korang buatlah macam tiada apa-apa yang berlaku. Aku percayakan
korang. Korang boleh tolong aku kan?”
“ Ya. Kami janji takkan
kecewakan kau. Kami sayang kau Aimi.”
Terus Emelda tarik Aimi
ke dalam pelukannya. Sekali lagi Aimi mengalirkan air mata. Faiz yang melihat
turut jadi sebak. Aimi. Aku tak sangka kau akan dapat ujian berat sebegini.
Tapi aku yakin kau mampu hadapinya. Kau kena kuat Aimi.
**
“ Imran!”
Imran yang baru saja
selesai menyemak dokumen pesakit itu terus mendongak ke arah pintu saat namanya
di panggil.
“ Aimi?”
Terus Aimi masuk dan
duduk di sofa. Serentak itu air matanya terus mengalir lagi. Imran yang melihat
keadaan Aimi terus duduk di depan Aimi.
“ Kenapa ni? Cuba
cerita dekat saya.”
Aimi menyeka air
matanya perlahan. Dia memandang wajah Imran dengan senyuman hambar.
“ Saya tipu orang yang
saya sayang. Saya terpaksa Imran. Saya terpaksa.”
“ Apa yang awak tipu?”
“ Apa perasaan awak?
kalau awak sakit lepas tu awak dan seorang perempuan saling suka sama suka.
Tapi disebabkan penyakit awak, awak terpaksa tipu dia dan suruh dia lupakan
awak. apa perasaan awak Im?”
Imran terus terkedu.
Tahulah dia yang Aimi ada masalah dengan Razif tu.
“ Saya suruh dia
lupakan saya Im. Dia tak puas hati. Dia tanya saya kenapa tiba-tiba. Saya tipu
kata lepas ni saya nak pindah. Dan saya akan bawa haluan ke lain. Saya tak nak
dia menyesal. Saya terpaksa Im. Tapi hati ni hanya Allah je yang tahu. Kenapa
susah sangat Im? Kenapa sakit sangat?”
Imran bangun dan duduk
di sisi Aimi. Dia tersenyum hambar. Ingin sekali dia menyeka air mata Aimi.
Tapi dia tak berhak.
“ Sebab dia orang yang
awak sayang. Apa yang awak buat pun demi kebaikan awak. InsyaAllah awak akan
dapat lebih baik daripada apa yang ada sekarang. Jangan terus salahkan diri
awak. Saya tahu Allah sedang uji sebab sayang.” Lembut Imran menasihati.
Aimi terdiam. Air
matanya dah kering. Dia tunduk memandang jari.
“ Saya Cuma tak nak dia
tahu saya sakit.” Gumam Aimi perlahan. Imran yang mendengar tersenyum.
“ Tapi nanti dia akan
tahu juga. Dah. jangan sedih.”
Imran baru saja nak bangun
tapi tak jadi bila hujung coat doktornya ditarik. Aimi tersenyum kecil. imran
yang melihat terus duduk kembali.
“ Kenapa Aimi?”
Aimi terus
menggelengkan kepalanya.
“ Terima kasih. Saya ni
memang macam budak-budak kan? Orang datang sini sebab nak dapatkan rawatan.
Tapi saya? Nangis-nangis.”
Aimi tertawa kecil.
Imran hanya tersenyum.
“ Saya kan kawan awak.
Okay la tu. Selain title doktor, dapat juga title kawan or cikgu kaunselor.”
Giliran Imran pula
ketawa bila tengok muncung Aimi. Tapi Cuma sekejap bila Aimi pun join sekali.
“ Aimi dah makan ke?”
Aimi hanya
menggelengkan kepalanya.
“ Kalau macam tu jom
kita pergi makan. Saya belanja.”
Aimi hanya
menganggukkan kepalanya. Tapi dia masih tidak melepaskan hujung baju Imran.
Imran yang melihat tak jadi bangun. Dahinya berkerut bila tengok wajah Aimi
yang tiba-tiba nampak tak bermaya.
“ Im. Boleh saya tidur
sekejap? Saya penat. Penat sangat.”
Belum sempat Imran nak
kata apa-apa, Aimi terus saja sandarkan kepalanya pada sofa. Matanya mula
dipejamkan. Senyuman setia berada pada bibirnya. Imran yang melihat dah mula
rasa lain.
“ Aimi? Awak okay ke?”
“ bagi saya 10 minit
je. nanti awak gerak saya.”
Melihatkan Aimi dah
melelapkan matanya, Imran tersenyum. Aimi. Saya tak sangka dapat kenal awak.
Walaupun jarak umur kita beza 7 tahun. Tapi awak berjaya menceriakan hidup
saya. Awak langsung tak anggap saya ni macam senior awak. Haha. Saya bahagia
Aimi. Mungkinkah awak akan terus berada di sisi saya macam ni?
Imran terus tersedar
bila asyik renung wajah Aimi. Haih! Apalah yang aku menungkan tadi? Dikerling
jam dinding sekilas. Dah setengah jam berlalu. Lamanya aku termenung. Tadi Aimi
kata nak tidur 10 minit ja.
“ Aimi. Bangun. Kita
pergi makan dulu.”
Imran menggoncangkan
sikit bahu Aimi. Tapi Aimi masih tidak berganjak malah tidak memberikan
sebarang tindak balas. Sekali lagi Imran menggoncangkan bahu Aimi ingin
membuatkan Aimi terjaga. Tapi tidak juga. Imran dah mula rasa tidak sedap hati.
“ Aimi? Aimi? Bangun.”
Baru saja Imran nak
gerakkan tubuh Aimi, tangan yang setia memegang hujung baju Imran tadi
terlepas. Imran yang melihat terus terkedu.
“ Aimi!”
Nice...next bab please
ReplyDeleteSy sentiasa menantikan hasil karya akak yang terbaru.
ReplyDelete