Ya Allah guys! Sorry! Sorry! Serius! Aku betul-betul terlupa nak luangkan masa dekat sini. Terlupa yang aku ada bab nak disambung. Hehe. Cuti sangt dengan novel. Ambik! Lupa habis. Kahkah. Okay2! Sebagai balasan aku sambungkan dua bab sekaligus dekat korang. Macam mana? Tahu ada yang tak sabar. So, aku hadiahkan dua bab. Enjoy reading! >_<
Bergegas Azmir dan
Maznah ke hospital selepas dapat tahu Aimi ada di hospital sekarang. Tak
ketinggalan juga Faiz dan Emelda kerana mereka sudah tahu apa penyakit Aimi.
Jadi tak mungkin mereka berpura-pura tidak tahu saat ini. Tapi mereka still
pegang pada janji Aimi yang mereka perlu merahsiakan daripada Razif.
“ Makcik.”
Emelda dan Faiz yang
baru sampai itu terus menemui orang tua Aimi.
“ Macam mana keadaan
Aimi makcik?” Soal Emelda ingin tahu.
“ Doktor masih merawat
dia.”
Faiz terdiam. Dia hanya
melihat orang tua Aimi yang resah menanti keputusan doktor itu. Dia pun tidak
ketinggalan juga. Aimi. Macam mana awak boleh pengsan ni? Pagi tadi okay je.
Hampir 15 minit
menunggu, akhirnya Imran keluar daripada bilik rawatan Aimi. Dia tersenyum
melihat orang tua dan kawan-kawan Aimi yang sedang menunggu itu. Laju kakinya
melangkah ke arah ayah Aimi.
“ Pakcik.” Tegur Imran
bila melihat mereka macam berada dalam dunia sendiri.
Azmir tersentak lantas
bangun untuk berdepan dengan Imran.
“ Macam mana dengan
anak saya doktor?” Soal Azmir ingin tahu.
“ Alhamdulillah. Dia
dah stabil. Mungkin dia terlalu penat dan stress. Tu yang boleh pengsan. Dan
sebab emosi dia yang tidak stabil juga boleh membawa kesan pada jantung dia.
Saya harap sangat semua orang mampu memberi dia sokongan. Kalau boleh jangan
biarkan dia terlalu layan perasaan sangat.” Terang Imran dengan lebih lanjut.
Dia cukup risau tadi bila Aimi tidak
sedarkan diri. Mujur dia cepat bawa Aimi ke bilik rawatan.
“ terima kasih doktor.”
Imran hanya mengangguk.
Dia menapak pula ke arah Faiz dan Emelda. Mereka berdua tersenyum melihat
Imran.
“ Boleh saya jumpa kamu
berdua kejap?” Pinta Imran.
Faiz dan Emelda yang
tidak tahu apa-apa terus mengangguk. Kaki mereka terus saja mengekori langkah
Imran sampai ke bilik kerja Imran. Mereka berdua terus duduk di sofa yang
disediakan. Imran pula mengambil tempat di hadapan mereka berdua.
“ Kamu berdua dah tahu
penyakit Aimi bila?”
“ Pagi tadi doktor.”
Jawab Faiz.
“ Dan kamu tahu kenapa
Aimi sedih?”
“ Tahu. Sebab dia
terpaksa tipu orang yang dia sayang.” Jawab Emelda pula.
Terhambur keluhan kecil
daripada mulut Imran.
“ Kalau boleh selepas
ini tolong jangan biarkan dia layan perasaan sangat. Saya takut sangat benda
tadi boleh berulang. Mujur tadi dia ada dekat sini. Kalau tidak saya tak tahu
apa yang akan jadi.” Kesal Imran.
“ Maafkan kami doktor.
Kami pun salah sebab terus desak dia.” Faiz tunduk dengan perasaan hampa. Hampa
sebab tidak kisah keadaan Aimi selama ini.
“ Tak mengapa. Yang
penting Aimi dah stabil.”
“ terima kasih doktor.
Kalau doktor tak ada mungkin Aimi..”
Imran terus menggeleng
saat mendengar kata-kata Emelda.
“ Tanggungjawab saya
sebagai doktor. Lagipun saya tak nak pesakit saya asyik jatuh sakit.”
Emelda dan Faiz hanya
terdiam.
“ Rasanya itu je yang
saya nak tahu. Kalau ada apa-apa masalah cepat-cepat call saya.” Ujar Imran
dengan senyuman.
“ InsyaAllah doktor.
Terima kasih sekali lagi. kami gerak dulu.”
“ Yela.”
Hilang saja kelibat
Faiz dan Emelda. Imran terus sandarkan kepalanya pada sofa. Bila teringat hal
tadi terus dia rasa tak sedap hati. Ya Allah. Aimi. Kenapa awak selalu buat
saya risau? Awak selalu buat saya serba tak kena. Hurm.
**
Terkebil-kebil Aimi melihat
Imran yang sedang berdiri tepat di hadapannya saat itu. Tiada secalit senyuman
pun pada wajah itu. Wajah beku je. Aimi yang tengok jadi pelik. Tapi tidak pula
dia buka mulut untuk bertanya.
“ Aimi.” Panggil Imran
perlahan.
Aimi hanya memandang
Imran.
“ Kenapa awak selalu
buat saya risau? Saya rasa macam nak terkeluar jantung saya ni bila tengok awak
pengsan tadi.”
Suara Imran yang macam
marah itu membuatkan Aimi tersenyum kecil.
“ Kenapa senyum? Saya
serius tau tak!”
Aimi tersengih pula.
Lucu tengok reaksi Imran saat ini.
“ Ye. Saya tahu awak
serius. Tapi kan saya masih ada depan doktor ni. siap sengih lagi.”
Imran terus ketuk
kepala Aimi gara-gara geram yang amat. Aimi yang terima ketukan itu terus
ketawa.
“ Boleh pula dia
main-main. Takut tau tak saya time tu.”
Imran terus duduk di
sisi Aimi. Aimi yang melihat riak Imran yang tidak puas hati terus tersengih.
Dia mengerling buah epal di sebelahnya. Dicapai epal itu lalu disuakan kepada
Imran. Imran melihat dengan kerutan di dahi.
“ Untuk Doktor Imran
yang sudah bermasam muka sebab pesakitnya yang degil ni. Ambillah.” Ujar Aimi
dengan riak selamba. Tapi still senyum dengan rasa geli hati.
Imran tak jadi marah
bila tengok Aimi yang mula nak buat lawak tu. Terus diambil epal yang dihulur
Aimi itu.
“ Nakal erk.”
Aimi terus ketawa bila
Imran berkata demikian.
“ Saya memang nakal.
Sebab tu Doktor Imran boleh marah.”
Aimi ketawa bila Imran
ingin terkamnya dengan tangan.
“ Jangan risau. Saya
okay.” Ujar Aimi dengan sisa tawanya. Imran yang mendengar tersenyum.
“ Janji jangan buat
lagi?”
Aimi mengangguk dengan
sengihan.
“ Janji!”
Imran terus bangun bila
melihat Aimi dah ceria. Dia menapak ke arah tingkap. Senyuman kecil terukir.
Mungkinkah aku akan rasa perasaan macam ni kalau Aimi tiba-tiba hilang nanti? Aku
tak dapat bayangkan.
“ Imran.” Panggil Aimi
dengan senyuman. Imran terus menoleh.
“ Ye. Kenapa?”
“ Janji jangan beritahu
mak ayah saya macam mana saya boleh pengsan. Saya tak nak mereka risau.” Pohon
Aimi.
Imran tersenyum.
“ Pasti. Awak tu pun.
Tak mak ayah awak risau. Saya ni yang risau. Rasa macam nak mati je tengok awak
tadi. Nasib awak okay dah.”
Imran mengurut dadanya
bila teringat hal itu. Aimi yang melihat tersengih. Tak sengaja. Mana nak tahu
dia tertidur sampai boleh pengsan.
“ Yela. Tak buat lagi.”
“ Kalau buat lagi
tahulah apa saya nak buat.”
“ Haha. Baik Doktor
Imran.”
**
Disebabkan peristiwa
semalam, pagi itu Razif langsung tidak bertegur sapa dengan Faiz dan Emelda.
Aimi apatah lagi tapi dia tak tahu Aimi tidak hadir ke sekolah. Faiz yang baru
nak menyapa pun tak jadi sebab tengok Razif macam tiada mood.
Faiz terus pergi ke
arah Emelda yang tengah buat kerja itu. Perlahan dia mengetuk meja Emelda tapi
mata tu still memerhati gerak laku Razif yang berada di luar kelasnya. Tengah
berjalan menuju ke kelas.
“ Kenapa?”
Emelda mendongak bila
mejanya diketuk. Dia turut menoleh ke luar kelas bila tengok Faiz turut tengok
ke luar kelas. Emelda terdiam. Kelibat Razif baru je berlalu.
“ Aku risaulah weh.”
Luah Faiz lantas ambil kerusi dan duduk depan Emelda.
“ Habis tu? kita boleh
buat apa? Kita dah janji dengan Aimi kan? Tak bolehlah nak terus terang. Nanti
makan diri. Kau pujuklah dia baik-baik. Mesti dia nak kawan dengan kita balik.
Maybe dia tengah cuba kawal perasaan dia tu. Yala. Mengejut kot.”
Faiz terdiam. Dia
kembali menoleh ke arah Emelda yang tengah buat kerja sekolah itu.
“ Kau? Baru nak buat?”
Sindir Faiz dengan senyuman sinis.
“ Yela. Aku tahu lah
aku tak rajin macam kau!”
Faiz tergelak.
Melihatkan Emelda yang fokus dengan kerjanya itu membuatkan Faiz tersenyum. Dia
sendiri hairan. Kenapa makin hari rapat dengan Emelda makin dia suka. Makin dia
suka cari gaduh. Entah lah. Tapi kalau sehari tak usik Emelda, hati dia rasa something
gone!
“ Kau dah siap ke
kerja?” Soal Emelda tanpa mendongak melihat Faiz.
Faiz bagaikan tersedar
selepas mendengar suara Emelda. Pantas dia meraup wajahnya lalu bangun berdiri.
Ya Allah. Amende aku buat tadi? Ish!
“ Erk. Dah.” tak
fasal-fasal dia jadi gugup. Emelda yang menyedari hal itu terus mendongak
memandang Faiz.
“ Kau dah kenapa? Okay
ke tak?” Pelik Emelda.
Faiz tersengih lantas
kembali pada tempatnya.
“ Aku okay. Jangan
risau.”
Yela tu okay. Sedangkan
dalam hati ni hanya Allah saja yang tahu. Ish! Bahaya! Hampir terkantoi!
“ Pelik la kau ni.”
Akhirnya, Emelda buat
tidak tahu. Banyak benda lagi yang perlu dia siapkan. Wuargh! Sadis! Tu la.
Semalam gatal pergi tengok drama korea. Kan dah jadi macam ni. Baru padan muka
kau Emelda!
Tok! Tok!
Tiba-tiba pintu kelas
diketuk. Emelda dan Faiz. Kedua-dua mereka pantas menoleh ke arah pintu.
Rupanya Razif. Tapi wajah Razif yang beku itu membuatkan mereka berdua rasa
gerun.
“ Maaf ganggu. Aku just
nak cakap sikit. Boleh aku masuk tak?”
Faiz terus menganggukkan
kepalanya. Razif terus masuk dan duduk di sebelah Faiz. Faiz hanya mendiamkan
diri daripada tadi. Razif terus memandang jauh ke hadapan. Tiba-tiba dia
tersenyum hambar. Faiz yang melihat rasa sayu. Mesti dia teringatkan Aimi.
“ Aku tak tahu apa patut
aku buat sekarang ni.”
Terdengar keluhan kecil
daripada mulut Razif.
“ Kau jangan macam ni.
SPM dah nak dekat. Come on bro! Takkan hal ni kau dah mengalah.” Faiz cuba
memberikan semangat.
“ Kau ingat senang ke?
Aku dah sayang dekat Aimi tu. Tapi kenapa dia ambil keputusan macam ni? Boleh
je contact even dia dah pindah.”
Razif meraup rambutnya
kasar. Faiz dapat lihat keadaan Razif yang tidak menentu daripada semalam lagi.
Faiz menepuk perlahan bahu Razif.
“ Mungkin dia ada sebab
tersendiri. Kau tak boleh macam ni bro. kalau dia tengok mesti dia akan sedih.
Dia sayang kau. Even dia suruh kau lupakan dia tapi dia still sayang kau
sebagai sahabat. Kau kena ingat tu. Lagipun aku yakin mesti kau akan dapat
seorang perempuan yang mungkin jodoh kau di luar sana.”
Razif tersenyum hambar.
Kata-kata Faiz sedikit sebanyak membuatkan dia terbuka hati untuk menerima
semua apa yang terjadi ini.
“ Betul apa kata Faiz
tu.”
Emelda pula muncul dan
berdiri depan meja Faiz. Emelda tersenyum melihat Razif.
“ Kau kena kuat bro.
Kata ketua pengawas. Jangan lah lemah macam ni.” Usik Emelda.
Razif yang mendengar
terus tertawa kecil. kepalanya dianggukkan.
“ Betul apa kata kau tu
Mel. Aku pun satu. Terlalu ikutkan sangat perasaan. Maybe betul kata korang
berdua. Aku tahu dia buat ni bersebab. Aku tak marah jauh sekali benci dia.
Cuma aku kecewa. Tapi aku faham.”
“ Bagus. Tu la kawan
aku.” Sahut Emelda lantas tersengih.
Faiz yang tiba-tiba
diam dari tadi membuatkan Razif pelik. Aik? Tadi bukan main bagi semangat dekat
aku. Lepas Mel datang jadi diam pula? Aik?
“ Tak pe la. Aku ada
kerja lagi tak siap ni. korang berboraklah ye.”
Terus Emelda berlalu ke
tempatnya tanpa menghiraukan Faiz dan Razif. Razif yang melihat Emelda berlalu
kembali menoleh ke arah Faiz. Dia tengok Faiz dengan jongketan di kening. Faiz
yang menyedari hal itu tersenyum hambar.
“ Asal kau tengok aku
macam tu?”
Razif tengok Emelda dan
Faiz silih berganti. Kemudian dia tepuk bahu Faiz dengan sengihan.
“ Aku tahu. Mesti ada
something yang berlaku tadi. Aku tengok tadi kau bukan main resah lagi bila dia
ada.”
Faiz tersentak. Terus
dia memandang ke arah lain. Tangannya terus mencapai buku latihan matematik. Buat-buat
seperti tiada apa yang berlaku. Razif yang melihat perilaku Faiz yang serba tak
kena itu terus tergelak. Tapi kecil je la. Kalau besar mahu Emelda tu dengar.
Lain pula jadinya nanti.
“ Faiz..” Meleret suara
Razif. Faiz yang mendengar terus menutup telinga.
“ Aku tak dengar. Aku
tak dengar.”
Lagi lah buat kan Razif
gelak besar. Sebelum apa-apa baik dia blah.
“ Aku tak kira. Kau
kena cerita. Aku balik kelas dulu.”
Terus dia memusingkan
badan ke belakang. Dia nak keluar ikut pintu belakang. Sekilas dia menoleh ke
arah Emelda. Dia tersenyum sendirian.
“ Mel. Aku balik kelas
dulu.”
Emelda yang masih
khusyuk itu terus menganggukkan kepalanya.
“ Yela.”
Faiz yang sengaja
memekakkan telinga tadi terus menongkat dagu. Dia menyentuh dadanya perlahan.
Dah kenapa dengan aku ni? Malu? Erk! Arhh! Apa yang aku mengarut ni!
“ Faiz! Pinjam pensel
kayu!”
Dia terus membelai
kasar rambutnya itu. dah jadi tak kemas. Dengar suara Emelda tadi terus dia
buat-buat tidur. Emelda yang tidak mendengar sebarang sahutan terus mendongak.
“ Laa. Tidur ke. Ish.”
Faiz menarik nafas
lega. Kenapa aku jadi macam ni? Arghh!
Bab 16
Sebulan telah pun
berlalu. Ini juga bermakna, sebulan juga persahabatan di antara Aimi, Faiz,
Emelda dan Razif semakin erat. Razif pun dah tak kisah fasal kata-kata Aimi
sebelum ni. Dia tahu Allah lebih tahu jalan cerita dia. Aimi pun nampak semakin
sihat walaupun selalu pergi hospital.
Imran pula makin rapat
dengan Aimi. Yala. Dah selalu pergi hospital. Faiz dan Emelda. Dua orang tu
entah apa yang jadi. Tapi still berkawan. Macam dulu. Sehari tak gaduh tak sah. Cuma Faiz makin hari makin pelik
dengan perasaannya.
Memandangkan esok
pelajar tingkatan 5 dah nak mula exam besar iaitu SPM. Hari ini, Razif dan Faiz
bawa Aimi dan Emelda pergi ke taman. Bagi release tension seketika. Tenangkan
fikiran supaya tidak gelabah jawab exam esok.
“ Tak sangka kan? esok
kita dah nak SPM.” Ujar Emelda tanda sukar nak percaya.
“ Haah. Aku pun.” Balas
Aimi lalu menoleh ke arah Faiz dan Razif.
“ Cepat sungguh masa
berlalu. Aku takkan lupakan persahabatan kita.” Giliran Faiz pula bersuara.
“ Aku pun.” Itu suara
Razif.
Aimi tersenyum senang.
Tak sangka, banyak benda yang telah mereka tempuhi. Tapi persahabatan mereka
masih kekal sampai ke saat ini. Alhamdulillah.
“ Kami nak ke sana
kejap. Korang duduk lah sini dulu.”
Hilang saja kelibat
Faiz dan Razif, Aimi terus berhadapan dengan Emelda.
“ Mel. Terima kasih tau
sudi jadi kawan sampai saat ini even aku sakit.”
Emelda terus
menggelengkan kepala saat mendengar perkataan sakit.
“ Tak kisahlah kau
sakit ke sihat ke. Kau tetap akan jadi kawan baik aku.”
Aimi tersenyum dalam
rasa sebak.
“ Tu yang buatkan aku
sayangkan kau.”
“ Siapa tak sayang
kawan oii.”
Terletus tawa daripada
mulut mereka berdua.
“ By the way. Boleh aku
tanya something?” Soal Aimi ingin tahu.
“ Apa?”
“ Aku rasa kau ada
sorokkan something dekat aku.” Duga Aimi.
Emelda tersentak. Dia
mengerutkan dahi bagi mengelakkan daripada rahsianya terbongkar.
“ Benda apa yang aku
sorokkan ni?”
Aimi tersengih. Pantas
dia memaut bahu Emelda mesra.
“ Aku masih ingat. Time
tu kau termenung panjang sampai Faiz muncul pun kau tak sedar. Lepas tu korang
mula gaduh. Lepas tu bila aku tanya kau belum bersedia nak cakap. So, aku rasa
time ni la masa yang paling sesuai untuk kau cakap.”
Emelda mula memandang
Aimi dengan riak tak percaya. Aimi tersengih lantas menganggukkan kepalanya.
“ Aku dah lama sedar.
Semenjak hari tu lagi. Aku tahu mesti kau ada sorokkan something. Baik kau
cakap.”
Emelda tersenyum dan
memandang jauh ke hadapan.
“ Entahlah Aimi. Aku
rasa aku salah lah. Aku tak patut rasa macam ni. Dia kawan aku je kot.”
Aimi masih diam. Ingin
memberikan peluang kepada Emelda.
“ Aku dah cuba kawal
perasaan ni. Tapi susah. Hari-hari aku cuba kontrol daripada terus suka dia.
but, It’s hard. That’s why aku selalu cari gaduh dengan dia.”
Aimi mula tersenyum.
Aku rasa aku tahu siapa yang Mel katakan.
“ Nampaknya, aku memang
dah betul-betul sukakan dia la Aimi.”
Emelda tunduk. Dia jadi
malu.
“ Boleh aku teka siapa
dia?”
“ Kalau aku tak cakap
pun kau tahu.”
Aimi tersenyum lebar.
Jadi betullah tekaan aku. Terus dia tampar kuat bahu Emelda.
“ Aduh! Sakitlah Aimi!”
Ngaduh Emelda geram.
“ Sebab aku tak
percaya. Aku dah agak dah.”
Aimi menoleh ke
belakang. Nampaknya Faiz dan Razif dah melangkah ke arah sini. Aku perlu
buatkan Faiz dengar.
“ Apa yang kau agak?”
Emelda masih berteka teki. Matanya jauh memandang ke arah tasik.
Aimi tersenyum.
“ Sebab orang yang kau
suka tu kawan kita kan?”
Emelda terdiam. Tapi
hatinya dah berdebar.
“ Baik kau cakap Mel.”
Gesa Aimi.
Emelda tersenyum malu.
Kepalanya dianggukkan.
“ Ya. Dia.”
Aimi menjeling ke
belakang. Dia memberikan arahan supaya Faiz dan Razif berdiri tegak saja tanpa
mengeluarkan suara. Faiz dan Razif yang melihat jadi pelik. Tapi mereka tetap
ikut arahan Aimi. Aimi kembali menoleh ke arah Emelda.
“ Dia tu siapa Mel? Aku
nak dengar daripada mulut kau sendiri.”
Emelda bermain dengan
jarinya. Senyuman setia terukir pada bibirnya.
“ Susahlah.”
“ Apa yang susahnya?
Kau sebut je nama dia. Habis cerita.”
“ Sebab dia kawan kita.
Sebab dia pernah sukakan kau. Dan sebab dia, aku tersuka dia. Wuargh! Apa patut
aku buat?”
Aimi menahan senyum.
Faiz dan Razif yang mendengar terkedu. Tapi sekejap saja bagi Razif sebab dia
tahu siapa gerangan yang dimaksudkan Emelda. Razif tersenyum panjang. Terus dia
memaut bahu Faiz. Faiz masih terkedu. Tapi dia nak dengar nama yang Emelda suka
tu.
“ Siapa Mel? Aku nak
tahu juga.”
Aimi berbalas pandangan
dengan Emelda. Emelda tersenyum kecil.
“ Faiz.”
Dan Faiz terus terkedu.
Aimi dan Razif yang mendengar dah tersenyum panjang. Sempat Aimi menjeling ke
arah Razif. Razif tersengih kerana faham maksud Aimi. Terus dia tarik Faiz agar
dekat dengan Emelda.
“ Aku tahu. Aku tak
patut sukakan dia. Tapi aku dah cuba control Aimi.”
Emelda terus mendongak
memandang Aimi. Tapi lain pula yang berada depan matanya saat ini. Faiz!
“ Dia berhak tahu Mel.
Sebab korang sebenarnya saling sama suka.”
Aimi berdiri sebelah
Emelda. Razif pula berdiri sebelah Faiz.
“ Rasanya kita patut
biarkan mereka berdua. Razif. Jom kita duduk tepi dulu.”
“ Ya. Jom.”
Selepas Aimi dan Razif
berlalu. Tinggallah Emelda dan Faiz. Masing-masing masih berdiam diri. Tak tahu
nak cakap apa. Masing-masing terkedu. Emelda setia tunduk kerana malu yang
amat. Faiz pula masih merenung Emelda. Dia sendiri tak percaya. Sesaat kemudian
dia tersenyum kecil.
“ Kau betul ke suka aku
Mel?” Akhirnya Faiz keluarkan suara.
Emelda tersentak. Terus
dia mendongak melihat Faiz. Melihatkan Faiz yang tersenyum itu membuatkan
jantungnya berdegup kencang. Wuargh! Benci keadaan ni!
“ Erk…”
Emelda dah resah. Dia
jadi kekok.
“ Mel. Terima kasih.”
Emelda memandang tepat
ke arah Faiz. Faiz menganggukkan kepalanya.
“ Kenapa perlu
berterima kasih?”
“ Sebab aku pun sukakan
kau.”
Gulp! Terus Emelda rasa
nak pengsan. What?!
**
Pejam celik pejam
celik. Dah 2 jam berlalu. Namun, Imran masih tidak berganjak daripada meja
kerjanya. Matanya jauh merenung ke depan. Entah apa yang dia fikirkan pun tak
tahu lah. Tapi yang pasti, kejap-kejap dia tersenyum. kejap-kejap dia berkerut.
Ada saja reaksi yang dia buat sepanjang 2 jam tu. Sampaikan ada orang berdiri
depannya pun tak sedar.
Insan yang berdiri
depannya itu terus mengerutkan dahi. Siapa? Aimi Aisya la. Dia tergaru
keningnya yang tidak gatal tu. Dahlah masa masuk tadi ketuk dekat 3 kali. Tapi
tak menyahut. Lepas tu, menonong ja dia masuk. Ingatkan Si Imran ni akan sedar
la. Tapi hampeh! Sampai naik pelik Aimi.
“ Ehem..Ehem.” Sengaja
Aimi buat-buat batuk bagi menarik perhatian Imran.
Tapi, tak jalan. Imran
still macam tadi. Tak perasan langsung. Memang jauh sungguh Si Imran ni
termenung.
“ Doktor Imran!” Kali
ni Aimi menjerit pula. Kalau tak dengar juga tu tak tahu lah.
“ Opocot!”
Terdengar Imran yang
melatah tadi terus membuatkan Aimi ketawa. Sampai keluar air matanya gara-gara
lawak. Imran yang langsung tidak sedar dengan kehadiran Aimi melihat pelik.
Sampai berkerut dahinya.
“ Aimi? Buat apa awak
dekat sini?”
Aimi terus duduk di
depan Imran. Sisa tawanya masih ada. Agak dalam 2 minit barulah dia berjaya
tepis semua rasa nak tergelaknya itu. Kini dia memandang Imran dengan senyuman
panjang.
“ Ya Allah. Awak
termenung sampai ke mana dah? Agak-agak dah sampai ke bulan belum?” Usik Aimi
dengan sengihan panjang.
Imran blur. Ya. Dia
tayang muka blur. Aimi yang melihat terus menarik nafas dalam.
“ Saya dah ketuk tiga
kali tadi. Tapi awak tak menyahut pun. Nurse pun suruh saya masuk je. Bila saya
masuk, saya tengok awak termenung panjang. Fikirkan siapa tu wahai Doktor
Imran?”
Kali ni, Aimi sindir
dengan senyuman sinis. Imran yang mendengar terus tersengih. Alamak! Kantoi dia
tengah termenung tadi.
“ Erk… tak terfikirkan
sesiapa pun.”
Terus Imran tunduk
memandang kertas kosong di atas mejanya itu. Takkan dia nak cakap yang sedang
terfikirkan Aimi? Memang tak lah!
“ Eleh. Ye la tu.
jangan-jangan terfikirkan saya tak? Haha.” Duga Aimi dengan tawa kecil.
Imran tersenyum. Suka
dia tengok Aimi yang ceria itu.
“ Betul la tu. Saya
tengah terfikirkan awak.” Gumam Imran perlahan.
“ Ha? Apa awak cakap
tadi?” Soal Aimi dengan kerutan di dahi. Dia rasa dia macam ada dengar Imran
kata something tadi. Tapi tak jelas.
“ Ha? Apa? Nothing!”
Terus Imran beriak selamba. Hampir kantoi!
“ Apa-apa je la. Saya
datang ni release tension kejap. Esok kan dah nak exam.”
Aimi memerhati
sekeliling bilik kerja Imran. Dulu dia tahu masuk tanpa perhati. Bila dah ada
peluang ni perhati. Kemas.
“ Orang kalau nak exam
esok, sekarang duduk rumah study. Kalau tension pergi ambil wuduk solat. Ada
pula datang sini.”
Aimi tersengih.
“ Saja. Suka datang
sini usik awak. Haha.”
Imran menggeleng dengan
sikap Aimi yang nakal itu.
“ mengada. Jom saya
bawa awak pergi makan.”
“ Okay boss!”
Imran hanya tersenyum
melihat keterujaan Aimi itu. Macam manalah aku tak rindu dia. Tak jatuh sayang
dekat dia? Alahai. Jatuh cinta lagi nampaknya aku ni.
“ Erk. Boss!”
Panggilan Aimi
menghentikan langkah Imran untuk ke pintu. Dia menoleh ke arah Aimi dengan
kerutan di dahi.
“ Kenapa?”
“ Telefon ni tak nak
bawa ke?” Aimi mencapai telefon bimbit Imran lalu menghulurkan pada Imran.
“ Hampir terlupa. Okay
jom kita gerak.”
Sampai saja di luar
pintu bilik Imran. Mereka berdua terus bergerak keluar daripada hospital. Imran
menuju ke arah keretanya tapi terus terhenti bila dia menyedari kelibat Aimi
tidak bersamanya. Dia terus menoleh ke belakang.
“ Adik kenapa nangis?”
Dari jauh Imran dapat
lihat Aimi tengah pujuk seorang kanak-kanak yang sedang menangis. Tercetus juga
senyuman kecil pada bibir Imran. Perlahan-lahan dia mendekati Aimi.
“ Takut. Mama kena
bedah. Takut mama tinggalkan Iwan.”
Aimi tersenyum. Kepala
Iwan dibelai lembut.
“ Iwan. Iwan nak mama
Iwan sembuh kan?”
Iwan hanya mengangguk.
“ Kalau Iwan nak mama
Iwan sembuh. Iwan tak boleh nangis. Iwan kena doakan mama Iwan sembuh. Kalau
Iwan nangis, mama Iwan tak suka.” Aimi cuba memujuk dengan lembut.
Imran yang melihat daripada
tadi jadi terharu. Serius! Dia jatuh cinta pada sikap Aimi itu.
“ Betul ke ni kak?”
Iwan dah mula berhenti nangis.
“ ye sayang. Sekarang
Iwan pergi masuk dalam. Teman mama Iwan. Sambil tu Iwan berdoa.”
Aimi berdiri tegak lalu
membelai perlahan rambut Iwan.
“ Okay kak. Terima
kasih. Iwan pergi dulu.”
Terus Iwan berlari
masuk ke dalam. Aimi yang melihat terus tersenyum kecil. Comelnya dia. Moga
mama Iwan cepat sembuh.
“ Itu anak pesakit
saya.”
Terkejut Aimi bila
melihat Imran berada tepat di belakangnya.
“ Mama dia ada masalah
usus. Sekarang mama dia ada dalam wad ICU. Kawan saya ambil alih sebab saya tak
mampu. Yala. Saya kan pegang bahagian jantung. Tambah-tambah awak pesakit setia
saya.”
Imran terus menoleh ke
arah Aimi yang sedang terdiam itu.
“ Kesian dia kan? Harap
mama dia cepat sembuh.” Ujar Aimi dengan rasa sebak. Tapi sekejap je bila dia
terus tersenyum. tak nak layan emosi.
“ InsyaAllah.”
Imran masih memerhati
Aimi yang tengah tersenyum itu. Bagaimana kalau kau tiba-tiba hilang nanti? Aku
pasti tak sanggup kehilangan kau Aimi.
“ Im?”
Aimi jadi pelik. Tengok
aku sampai orang lambai tangan pun tak sedar. Sah berangan lagi!
“ Doktor!” Aimi terus
menjerit dekat dengan telinga Imran.
“ Ouch!”
Imran tersentak. Terus
dia gosok telinga kirinya itu. Sakit! Hampeh punya Aimi.
“ Haha. Padan muka.
Boleh dia berangan lagi. Jom lah cepat. Orang lapar ni.”
Terus Aimi berlalu ke
kereta Imran. Meninggalkan Imran terpinga-pinga. Imran yang sedari hal itu
terus tersenyum sambil menggelengkan kepalanya. apa la aku ni. berangan lagi.
“ Doktor Imran! Cepat!”
“ Ye! I’m coming!”
Tanpa mereka berdua
sedar, ada seseorang yang memerhati mereka daripada jauh dengan penuh perasaan
dendam.
“ I takkan lepaskan you
Im. Tak akan!”
No comments :
Post a Comment