“ Yes! I’m free!
Yuhuu!”
Keterujaan Faiz sangat
jelas ketika itu selepas keluar daripada dewan peperiksaan. Razif yang melihat
hanya mampu tersenyum.
“ Aku tahu lah kau
teruja. Tapi janganlah jerit sangat. Hormat orang lain yang tak habis lagi
weh.” Tegur Razif.
Faiz tersengih dengan
serba salah.
“ Yela. Free dah kot.
Tak payah sekolah dah lepas ni. Lega! Eh! Mana Aimi dan Mel?”
Faiz tercari-cari
kelibat mereka berdua. Rasanya tadi mereka berdua keluar lebih awal. Dia dan
Razif keluar lambat sebab pergi jumpa pengawas.
“ Amboi. Rindu ke?”
Razif mula mengusik.
Yela. Lepas Faiz dan
Emelda dah tahu perasaan masing-masing. Mereka dah up kan hubungan daripada
kawan menjadi? Fikirlah sendiri. Haha.
“ Mana ada aku rindu.
Aku tanya je la.” Nafi Faiz dengan muka serius. Sedangkan dalam hati hanya
Allah je tahu.
“ Kau ingat kau boleh
tipu aku?”
Razif terus pukul
lembut bahu Faiz. Faiz hanya tersengih.
“ Hai guys!”
Muncul juga Aimi dengan
Emelda. Aimi setia dengan senyuman lebarnya. Manakala Emelda sibuk mencari
sesuatu dalam beg sekolah dia. Faiz yang melihat jadi tertanya-tanya. Apa yang
dia tengah cari?
“ Kau cari apa Mel?”
Gara-gara tak tahan,
Faiz bertanya juga.
Emelda mendongak
sekilas sebelum kembali mencari semula barang yang dia inginkan tu.
“ Handpone aku. Tadi
aku letak dalam ni.” Wajah Emelda dah resah.
Mereka bertiga
tersentak.
“ Kenapa kau bawa?”
Faiz dah mula naik angin.
“ Aku nak call mak aku
kejap lagi. Sebab aku tak datang dengan motosikal hari ni.” Emelda dah rasa nak
nangis bila Faiz dah mula naikkan suara dia tadi.
Aimi dan Razif.
Masing-masing terdiam melihat mereka berdua.
“ Kami tolong kau cari
dekat dalam dewan.” Suara Razif. Aimi hanya mengangguk lantas mengikuti langkah
Razif.
Faiz mengeluh kecil.
“ Aku minta maaf. Meh
aku tolong cari. Bak beg kau tu.”
Dengan rasa yang sebak
dia menghulurkan begnya kepada Faiz. Matanya dah merah. Dia tunggu masa nak
menangis je sekarang ni. Faiz yang melihat keadaan Mel saat itu terus
menggelengkan kepalanya.
“ Dah lah. Janganlah
sedih. Aku pasti handpone kau tak hilang.” Lembut Faiz memujuk.
Emelda mengetap bibir
kuat.
“ Aku takut hilang.”
Faiz terus menyelongkar
beg itu. Dia buang semua isi sampai isi beg tersebut jadi kosong. Tapi tiada.
Emelda dah tak senang duduk.
“ Mel!”
Tiba-tiba Aimi
menjerit. Razif ikut daripada belakang.
“ Macam mana? Jumpa
tak?” Soal Faiz. Isi barang tadi dah dimasukkan semula ke dalam beg.
“ Ni ha. Kau lupa ke
Mel? Kau bagi dekat pengawas tadi? Suruh dia jaga.”
Emelda terus mengambil
telefonnya yang dihulurkan Aimi itu. dia menarik nafas lega. Mujurlah.
“ Dia lupa la tu. kau
bukan tak kenal kawan kau ni.” Faiz bersuara. Tapi dalam hati dia lega
sangat-sangat.
Emelda tersengih. Rasa
bersalah.
“ Sorry. Terlupa.”
Aimi dan Razif tertawa
kecil. Nampak je Faiz ni kasar, tapi dalam hati tu baik. Sayang Mel la katakan.
Tu yang jadi macam tu. Marah bukankah tanda sayang?
“ Kau sengaja buat Faiz
risau kan? Kesian dia.” Usik Razif pula.
Emelda tersengih lagi.
manakala Faiz beriak selamba. Siap bersiul kecil lagi. Aimi dan Razif yang
melihat terus tertawa kecil. Ada-ada je mereka berdua ni.
“ Aku balik dululah.
Ibu aku tunggu dekat luar tu.” Suara Razif lantas mengerling jam tangannya.
“ Okay. Bila-bila kita
jumpa lagi.”
Terus Faiz dan Razif
berbalas pelukan sebelum Razif keluar daripada kawasan sekolah.
“ Aku pun gerak dululah
Faiz. Mel. Bye.”
Giliran Aimi pula
melajukan langkah meninggalkan Faiz dan Emelda. Kini tinggal mereka berdua.
Emelda terus jadi kekok. Aimi! Kau sengaja kan tinggalkan aku berdua dengan
Faiz.
“ Erk. Aku minta maaf
fasal tadi.”
Faiz malu sebenarnya.
Tapi sayang punya fasal kan?
“ Tak apa. yang penting
jumpa. Aku pun salah sebab terlupa.” Balas Emelda dengan tenang. Senyuman manis
diberi. Faiz yang melihat terdiam. Dia turut berbalas senyuman.
“ jom lah balik. by the
way…”
Faiz tergaru-garu kepalanya
yang tidak gatal itu. Dia tak tahu nak cakap macam mana. Emelda yang melihat
dah mengerutkan dahi.
“ Kenapa?”
Faiz menarik nafas
dalam-dalam lalu merenung tepat ke arah Emelda. Dia cuba berlagak serius.
Sedangkan dalam hati dah gelabah semacam.
“ Kau janji jangan cari
orang lain dah selain aku tau? Aku janji aku akan datang meminang kau nanti.
Just wait!”
Okay. Walaupun
kata-kata itu diungkapkan dengan lembut tapi kedengaran tegas. Emelda yang
mendengar terus terdiam. Terkelip-kelip dia memandang reaksi Faiz ketika ini.
Okay! Faiz tak main-main. Serius gila!
“ InsyaAllah. Kalau ada
jodoh.”
Emelda membalas tenang.
Ya. Kalau ada jodoh tak ke mana. Kan?
**
Balik saja dari
sekolah, Aimi bergegas pula ke hospital. Dia begitu teruja nak berjumpa dengan
Imran. Entah kenapa, kalau sehari tak jumpa dan tengok muka Doktor Imran tu.
Dia rasa lain. Something wrong anywhere! Sampai mak dan ayah Aimi pun jadi
pelik. Tapi mereka bahagia bila tengok Aimi bahagia.
Sampai saja depan
hospital. Aimi terus ke kaunter pertanyaan. Kena tanya dulu sama ada Imran busy
atau tidak. Mana tahu Imran ada pesakit. Tidak ke mengganggu namanya tu?
“ Erk. Maaf kak. Nak
tanya. Doktor Imran ada tak?” tanya Aimi dengan senyuman.
“ Aimi nak jumpa dia
ke? Ada dalam bilik kerja dia.”
Aimi hanya tersengih.
Sampai nurse dekat kaunter ni pun dah kenal muka aku. Haha.
“ Terima kasih kak.”
Selepas mengucapkan
terima kasih, kakinya terus melangkah ke arah bilik pejabat Doktor Imran.
Selepas ketuk dua kali, dia terus memulas tombol pintu tersebut.
“ Doktor Imran?”
Aimi melangkah masuk ke
dalam apabila tiada sahutan. Bila dia menoleh saja ke arah sofa. Langkahnya
terus terhenti. Senyumannya terus mati. Dadanya juga tiba-tiba rasa senak dan
sebak. Ya Allah!
Apa yang dia nampak?
Dia nampak Puteri elok saja sedang memicit kepala Imran yang sedang memejamkan
mata tu. Yang lebih teruk bila Imran langsung tidak menghalang. Puteri pula
sengaja merapatkan dirinya dengan Imran. Entah kenapa tapi Aimi sedih sangat
bila tengok keadaan itu.
Imran yang menyedari
kehadiran seseorang itu terus membuka matanya. Bila nampak wajah Aimi. Dia
terus bangun berdiri. Dan dia tersentak saat Puteri berada di belakangnya
dengan senyuman. Apa yang Puteri buat dekat sini? Masa bila dia masuk? Ya
Allah.
“ Aimi?”
Aimi cuba mengukirkan
senyuman. Dia cuba menahan diri daripada menitiskan air mata. Oh! Come on Aimi!
Kenapa dengan kau ni?
“ Maaf ganggu awak.
Nampaknya awak sibuk.”
Imran yang ingin
mendekati Aimi terus terhenti bila melihat gelengan Aimi. Wajah Aimi yang keruh
itu membuatkan dia ingin menjerit.
“ Aimi. Please. Jangan
salah sangka. Ini bukan seperti yang awak sangkakan.” Imran cuba menjelaskan
perkara yang sebenar.
Aimi tersenyum even
dalam hati perit sangat.
“ Kenapa saya nak salah
sangka? Kita bukannya ada apa-apa pun. Kak Puteri. Terima kasih.”
Terus Aimi berlari
keluar daripada situ. Dia dah tak tahan. Lagi lama dia duduk situ, dia takut
dia takkan dapat bertahan. Arh! Kenapa kau mesti sedih macam ni Aimi? Kenapa?
“ Aimi!”
Laungan daripada Imran
langsung tidak dihiraukan. Dia laju berlari sampai ke luar hospital. Bila dia
menyedari Imran yang masih mengejarnya itu, dia terus berlari ke arah satu
kereta dan bersembunyi belakang kereta tersebut.
“ Aimi!”
Imran meraup wajahnya
kasar. Aimi! Please! Awak salah sangka! Saya Cuma sayangkan awak. Please!
“ Im!”
Imran merengus geram
bila melihat Puteri mendekatinya. Dia jadi makin benci dengan Puteri.
“ Puas hati kau
sekarang? Kenapa kau ada dekat sana? Kenapa?! Kau memang suka buat aku
menderita kan?” Bentak Imran dengan penuh perasaan.
“ Im. I tak bermaksud
nak…”
“ Enough!”
Ternyata, jeritan Imran
mengejutkan semua orang yang berada di situ termasuk Aimi yang berada
berdekatan situ.
“ Aku kata cukup
Puteri! Aku dah tak nak tengok muka kau lagi. Baik kau berhambus sebelum aku
panggil polis!”
Puteri tersentak. Kecut
perut dia tengok wajah bengis Imran saat ini. perlahan-lahan dia menapak pergi.
Fine! Tapi I akan datang lagi Im!
“ Aimi!”
Aimi menekup mulutnya
kuat. Air matanya dah mengalir laju. Dia cuba menahan diri daripada menangis.
Tapi dia gagal. Akhirnya, tangisannya pecah di situ. Ya Allah! Benarkah yang
aku dah sayangkan dia? Benarkah yang aku dah mula jatuh cintakan dia? Kenapa aku
rasa sakit sangat bila tengok dia dengan perempuan lain tadi?
“ Aimi. Saya tahu awak
ada dekat dengan saya. Tolong Aimi.”
Aimi memejamkan matanya
erat. Air mata masih tidak mahu berhenti mengalir. Imran! Kenapa hati saya
sakit sangat? Kenapa?
“ Aimi..” Imran dah
mati akal bila kelibat Aimi dah tak ada. Dia meraup rambutnya kasar.
Aimi terus menyeka air
matanya selepas berjaya kawal diri daripada terus menangis. Dadanya yang
tiba-tiba sakit itu langsung tidak dihiraukan. Perlahan-lahan dia bangun dan keluar
daripada tempat persembunyiannya itu.
“ Im..”
Belum sempat Aimi ingin
berjalan mendekati Imran. Dia terus jatuh rebah. Rasa sakit yang ditahan tadi
makin terasa. Matanya juga tiba-tiba berpinar dan terus jadi gelap. Imran…
“ Doktor! Aimi!”
Imran yang baru saja
nak masuk ke hospital semula terhenti bila ada orang menyebut nama Aimi. Dia
terus menoleh semula ke belakang.
“ Ya Allah! Aimi!”
Laju kakinya menuju ke
arah Aimi yang sudah tidak sedarkan diri itu.
“ Aimi! Jangan
tinggalkan saya.”
Terus dicempung tubuh
itu dan dibawa masuk ke dalam hospital. Saya mesti selamatkan awak. Awak tak
boleh pergi Aimi! Tidak!
**
“ Doktor.”
Air matanya yang ingin
mengalir tadi terus diseka. Bila nurse Izati berdiri di sisinya, dia terus
memberikan senyuman kecil.
“ Dah seharian doktor
duduk sini. Saya rasa baik doktor balik dulu. Tak apa. saya tolong jagakan
Aimi.”
Imran terus
menggelengkan kepalanya.
“ Tak apa. Biar saya
jaga dia. Sebab semua ni berpunca daripada saya. Awak dah call orang tua dia?”
“ Dah. Nanti mereka
sampai la tu.”
Nurse Izati hanya mampu
mengeluh kecil saat melihat kedegilan doktor Imran tu. Aimi. Beruntung awak.
Harap jodoh awak dengan Doktor Imran panjang.
“ Saya pergi dulu
doktor.”
“ yela.”
Imran masih setia
memandang ke arah Aimi yang masih tidak sedarkan diri itu. Sudah sehari suntuk
dia duduk sini menjaga Aimi. Dia takut sangat akan kehilangan Aimi. Mujurlah
dia cepat. Ya Allah. Semua ni salah aku. Sepatutnya aku tidak biarkan Puteri
masuk! Bodohnya aku! Aku hampir kehilangan orang yang aku sayang.
“ Aimi. Tolong jangan
pergi tinggalkan saya. Saya tak sanggup nak kehilangan awak.”
Imran terus
menyembamkan mukanya ke arah tangan. Air matanya yang ditahan tadi terus
mengalir. Dia tak dapat bayangkan kalau Aimi betul-betul akan pergi dari hidup
dia.
Tanpa Imran sedar, Aimi
dah lama sedar. Dan Aimi dah dengar kata-kata Imran sebentar. Aimi terus
membuka matanya dengan perlahan-lahan. Dia menoleh ke kiri. Dia dapat lihat
Imran yang tengah menangis itu. Terbit senyuman hambar pada bibirnya.
“ Im..” Panggil Aimi
dengan perlahan.
Imran yang terdengar
suara Aimi terus mengelap air matanya dan mendongak ke arah Aimi.
“ Alhamdulillah. Awak
dah sedar. Maafkan saya Aimi.”
Aimi menggeleng dengan
senyuman hambar. Dia tidak menyalahkan Imran atas apa yang terjadi. Semua ni
pun salah dia sebab terlalu ikutkan perasaan.
“ Awak tak salah.
Jangan risau. Saya dah okay kan?”
“ Sebab saya awak
pengsan. Tapi sumpah! Saya tak tahu masa bila Puteri ada dalam bilik saya. Dan
betul saya tak ada buat apa-apa dengan dia. Saya langsung tak sedar sebab saya
sakit kepala time tu.” Jelas Imran dengan bersungguh-sungguh.
Aimi hanya mengangguk.
Sesaat kemudian dia tertawa kecil.
“ Ya. Saya tak salahkan
awak. Rilekslah. Awak cakap macam awak suami saya je.” Aimi cuba buat lawak.
Tapi sayang, Imran makin serius adala. Takut pula Aimi tengok.
“ Kalau ya?”
Aimi terdiam.
“ Saya benar-benar
sayangkan awak Aimi.”
Imran memandang tepat
ke arah mata Aimi yang terkedu itu.
“ Ini kali pertama saya
rasa saya tak sanggup kehilangan seseorang yang bermakna dalam hidup saya.”
Aimi terus memandang ke
arah lain bila sedar air matanya ingin mengalir lagi.
“ Dah lah Im. Berhenti
lah mengusik saya. Saya dah sembuh lah.”
Aimi buat-buat ketawa.
Tapi Imran terus menggelengkan kepalanya. Kenapa Aimi susah sangat nak percaya?
“ Aimi..”
Belum sempat Imran nak
menyambung kata-katanya, pintu tiba-tiba dikuak dari luar. Aimi yang menyedari
hal itu terus menghembus nafas lega. Mujur mak ayah dah sampai.
“ Aimi!”
Imran terus bangun dan
memberi ruang kepada orang tua Aimi pula.
“ Mak.”
Maznah terus memeluk
anaknya itu. Lega dia saat melihat Aimi dah sedar. Azmir pula hanya mendiamkan
diri. Dia terus mengerling ke arah Imran yang kelihatan runsing itu. Dia
pandang Imran dan Aimi silih berganti. Tahulah dia yang mereka berdua ada
masalah.
“ Doktor. Boleh ikut
pakcik keluar kejap?” Panggil Azmir dengan senyuman.
Imran tersentak tapi
dia terus mengangguk. Perlahan-lahan kakinya melangkah keluar mengikut Azmir.
“ Kenapa pakcik?”
Tempat kosong di luar
bilik rawatan tersebut di ambil Azmir dan Imran.
“ Kamu sayangkan Aimi
kan?”
Imran yang elok tunduk
memandang lantai tadi terus mendongak melihat Azmir. Ternyata dia sangat
terkejut dengan telahan ayah Aimi itu.
“ Erk. Mestilah sayang.
Dah nama pun pesakit kan?” Imran cuba berlagak biasa dengan tertawa kecil
sedangkan hati dia dah lain macam.
Azmir langsung tak
percayakan Imran. Dia tahu Imran tengah sembunyikan rasa hatinya itu. Bahu
Imran ditepuknya perlahan. Senyuman kecil diberi.
“ Kalau betul kamu
sayangkan dia jangan berlengah. Beritahu dia terus terang. Pakcik okay je kalau
betul kamu akan jadi menantu pakcik.” Ujar Azmir dengan lembut.
Imran yang mendengar
terus terdiam.
“ Kamu mungkin boleh
tipu pakcik tapi kamu tak boleh tipu hati kamu tu. Mata kamu dah menjelaskan
segala-galanya.”
Azmir terus bangun. Dia
ingin melihat keadaan Aimi. Tapi sebelum tu sempat lagi dia menoleh ke arah
Imran dan berkata sesuatu.
“ Pakcik juga rasakan
dia sayang kan kamu. Cuma dia ego. Fikirkanlah Imran. Pakcik Cuma nak yang
terbaik untuk kamu berdua.”
Hilang saja kelibat
Azmir. Imran terus tersenyum. Kemudian dia tertawa pula tapi Cuma sekejap.
Pakcik. Kalau lah anak pakcik tu percaya. Maybe aku pun kena usaha lebih.
“ Aimi. Saya memang dah
cintakan awak ni. Apa perlu saya buat?”
No comments :
Post a Comment