Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Sunday 20 March 2016

Cerpen : Dia Imamku

Assalamualaikum..

Halo! Halo! Semua! Okay. Kali ni aku tak nak tulis panjang-panjang sebab tak ada orang nak baca pun. Haha. But, for sure. This cerpen is form the real story. From the reality life. Trust me! Aku yang membaca kisah akak ni pun dah rasa terkejut sebab serius macam dalam novel. Tapi inilah realiti. So, kalau nak tahu best ke tak dan nak tahu bagaimana kisah akak ni? Bacalah. Okay? >_<



Kertas kerja di hadapannya dibelek berkali-kali berselang seli dengan melayan customer. Selesai seorang, datang pula seorang lagi sehinggalah waktu kerja habis. Itulah rutin harian Amni sebagai pegawai bank. Tugasnya menguruskan pelbagai dokumen mahupun borang duit demi kepuasan pelanggan.

“ 2426.”

Amni membelek jam tangannya sebelum menanti kehadiran customer seterusnya. Lagi sejam waktu kerja dia habis. Jadi dia boleh menarik nafas lega sedikit. Tapi, saat Amni mendongak melihat wajah pelanggannya itu, dia terkejut besar. Terdetik satu nama di hatinya. Syed Iqbal Al Hakim. Lelaki yang pernah bersama-sama dengan dia dulu saat suka dan duka. Mana mungkin dia dapat lupakan lelaki itu. Mengapa dia mesti muncul lagi?

“ Beb. Kau tengah termenung apa? Customer tengah tunggu tu.” Tegur Nina yang merupakan teman sekerjanya bila nampak Amni ralit memandang wajah customer itu.

Amni tersedar sesaat. Dia terus buat-buat sibuk dengan mengambil borang dan cop. Selepas itu barulah dia mengambil borang daripada tangan Iqbal. Perasaannya cuba ditolak ke tepi walaupun dah berdebar semacam. Sampailah selesai, dia menghulurkan semula duit kepada Iqbal. Tapi dia tersentak saat Iqbal meninggalkan nombor telefonnya sebelum meninggalkan situ. Amni terima dengan senyuman hambar. Dia dah banyak berubah.

“ Kau kenal customer tadi ke Amni?” Soal Nina sebaik sahaja customer tadi berlalu. Sempat juga Nina melemparkan senyuman kecil saat customer itu memandangnya sekilas.

Amni terus menggelengkan kepalanya. Biarlah tiada sesiapa pun yang tahu. Dan yang paling terbaik adalah jika kami saling tidak kenal.

“ Habis kenapa kau terkejut bila nampak dia tadi?” Soal Nina lagi. Dia tidak puas hati selagi tidak mendapatkan jawapan.

“ Muka dia mirip kawan aku. tu yang terkejut.” Nafi Amni lantas memanggil customer yang seterusnya. Tapi sambil-sambil itu dia teringat semula kenangan di mana kali pertama dia bertemu dengan Iqbal.

Kira-kira 3 tahun yang lalu, sewaktu dia dan kembarnya Amani mendaftar masuk ke UITM Shah Alam. Ada seorang lelaki ni tidak sengaja memijak kakinya. Dan of course time tu Amni sangat marah dengan kelakuan lelaki itu. Lelaki itu tentulah Iqbal. Belum habis lagi setakat itu, sambung pula dekat kelas. Paling tak sangka mereka sama kelas.

Pada mulanya susah juga Iqbal nak cuba pikat hati dia agar mahu berkenalan dengan Iqbal. Sebab dia ni boleh tahan garangnya juga. Haha. Tapi, hari demi hari sampailah satu hari tu Iqbal sendiri datang pada dia dan nyatakan sendiri hasrat untuk berkenalan. Dan mulai hari itu mereka terus menjadi rapat.

Amni tersenyum saja setiap kali teringat kelakuan nakal Iqbal satu ketika dulu. Tapi itu dulu. Di saat teringat punca dia sudah tidak boleh rapat dan berkawan dengan Iqbal itu membuatkan Amni kembali menjadi muram. Semuanya bersebab.

“ Andai kau tahu Iqbal yang aku sukar untuk melepaskan kau pergi.”

“ Excuse me?”

Amni tersentak. Dia mendongak melihat customernya itu dengan sengihan kecil.

“ Nothing. Sorry.”

Ah! Forget him Amni! Forget him!

**
“ Beb. Aku keluar lunch dulu!”

Amni terkocoh-kocoh keluar daripada bank tersebut. Perutnya dah berbunyi. Dia tak boleh lambat. Nanti perutnya meragam lebih teruk. Tapi langkahnya terbantut saat terdengar namanya dipanggil seseorang saat dia keluar daripada situ.

“ Amni Nur Aleesya.”

Amni terus menoleh saat namanya dipanggil. Dan dia terkedu seketika saat melihat Iqbal berada di depan matanya saat ini.

“ Awak nak ke mana?”

“ Erk. Nak pergi lunch” Gugup Amni menjawab. Apa yang dia buat dekat sini?

“ Jom ikut saya.”

“ Tapi..”

“ Please.”

Amni terus mengangguk lemah saat melihat wajah mengharap Iqbal itu. Dia tahu mesti Iqbal ingin menanyakan sesuatu tentang hal 3 tahun lalu. Amni ikut saja langkah Iqbal sampailah ke sebuah restoran. Mereka masuk dan mengambil tempat masing-masing. Dan masing-masing masih diam. Keadaan menjadi sangat kekok.

Iqbal mengeluh kecil.

“ Ke mana awak menghilang selama ini? Saya cari awak. Saya cuba contact awak. Tapi tak dapat. Awak pergi mana Amni?” Pertanyaan Iqbal itu sememangnya membawa kesedihan buat Amni.

Amni mendongak melihat Iqbal. Patut ke dia beritahu Iqbal semuanya?

“ Saya terpaksa Iqbal. Demi kebahagiaan awak.” Jawab Amni dengan senyuman hambar.

“ But why? Saya tak bahagia tanpa awak Amni. You know that I love you so much right?”

Amni terus toleh ke arah lain saat mata itu menikam tajam ke arahnya. Dia juga tak sanggup untuk berdepan dengan Iqbal saat mendengar jawapannya. Ye. Saya tahu Iqbal sebab saya juga masih cintakan awak.

“ I’m sorry Iqbal.” Pinta Amni lantas kembali menoleh ke arah Iqbal. Dia cuba mengukirkan senyuman yang ikhlas tapi sukar.

“ Tell me Amni! Tell me everything!” Arah Iqbal dengan tegas. Amni yang mendengar dah terdiam.

“ Saya tak layak untuk awak dan awak juga tak layak untuk saya. Jujur saya cakap saya sedih tapi sekarang saya dah redha.”

“ Semua orang tak sempurna Amni. Saya pun.” Tepis Iqbal dengan pantas.

““ Tapi ibu awak tak suka saya Iqbal. Dia tak nak orang bukan keturunan dia kahwin dengan awak. Betul juga kata dia. Maafkan saya Iqbal. Saya memang bukan untuk awak.”

Amni tersenyum pahit saat melihat reaksi Iqbal yang terkejut itu. Mesti dia tak sangka kan?

“ Saya minta maaf. Saya tak sangka ibu saya akan buat macam tu.” Kesal Iqbal.

“ Tak apa. Saya dah lama maafkan ibu awak.”

“ Kalau macam tu. Jom ikut saya. Saya nak bawa awak pergi jumpa ibu saya sendiri. Kali ni saya yakin dia akan terima awak.”

Amni terdiam. Masih mampukah dia untuk jejak kaki ke situ lagi? Hatinya belum sekuat itu.

“ Tapi…”

“ Please Amni.”

Melihat kesungguhan Iqbal mengajaknya itu membuatkan dia akhirnya mengangguk.

“ Okay.”

**
Seperti yang disangka Amni, ibu Iqbal memang bencikan dia. Sampai nak tengok muka dia pun tak nak. Amni tunduk dengan perasaan hiba. Teruk sangat ke aku ni? Apa yang dia boleh dapat dengan semua darjat tu?

“ Ibu. Kenapa ibu sanggup tipu Iqbal? Kenapa ibu cakap Amni dah kahwin sedangkan ibu yang halau Amni dari hidup Iqbal.”

Datin Sharifah Alia memandang tajam ke arah Amni. Semua ni dia punya fasal. Kenapa dia mesti muncul kembali dalam hidup anak aku?

“ Iqbal tahu kan peraturan pertama jika ada orang nak masuk ke dalam family kita? Orang itu mesti keturunan kita! Keturunan Syed dan Sharifah! Dan dia bukan orangnya.” Dengan bongkahnya dia berkata sambil merenung tajam ke arah Amni.

Amni menggigit bibir. Hatinya menangis pilu. Sememangnya aku bukan yang sempurna untuk diterima dalam family ini. Aku pun tak kuasa tapi hati aku dah cintakan Iqbal. Apa yang boleh aku buat?

“ Ibu! Dia juga manusia biasa. Kita pun sama ibu.”

“ Ibu tak peduli. Lebih baik Iqbal bawa dia pergi sebelum ibu yang halau dia dari rumah ni!”

Terus dia angkat kaki ke atas selepas berkata demikian. Iqbal meraup wajahnya dengan rasa kesal yang amat. Tak sangka ibunya boleh bertindak sebegini. Dia langsung tidak boleh terima.

“ Iqbal. Hantar saya balik. saya penat.” Pinta Amni lantas keluar daripada situ. Sesungguhnya hatinya tidak kuat untuk hadapi semua ini. Ya Allah.

Daripada rumah Iqbal sampailah ke dalam kereta. Amni hanya mendiamkan diri. Lebih selesa mendiamkan diri di saat hati sedang menangis kepiluan. Iqbal yang sedar Amni mendiamkan diri itu mengeluh kecil.

“ Amni.” Iqbal mengerling sekilas ke arah Amni walaupun Amni tidak menoleh ke arahnya.

“ Walau apa pun yang terjadi, kita tetap akan kahwin. Saya tetap akan kahwin dengan awak. Saya akan pujuk ibu saya sampai dia boleh terima awak.”

Amni terus menoleh ke luar tingkap. Serentak itu air matanya mengalir laju ke pipi. Iqbal. Andai ia semudah yang disangka. Tentu dari dulu kita dah disatukan. Tapi sukar Iqbal. Sukar!

**
Kakinya perlahan-lahan melangkah ke arah bilik Amni di saat mendengar tangisan Amni. Tanpa berlengah dia terus melangkah masuk ke dalam bilik Amni. Dan dia terkejut melihat Amni sedang menangis. Pantas dia mendekati Amni.

“ Amni? Hey. What’s wrong?”

Amni mendongak ke arah Amani. Serentak itu dia terus memeluk Amani. Dia tidak kuat. Dia perlukan kekuatan.

“ Amani… apa pentingnya darjat tu sampaikan ibu dia tergila-gilakan darjat? Aku tak faham! Hanya kerana darjat kami tidak boleh disatukan. Puas aku dimaki dihina oleh ibu dia. teruk sangat ke aku ni?”

Amani terkedu. Kini tahulah dia siapa yang Amni maksudkan. Iqbal!

“ Kau cakap dengan aku. Apa yang ibu dia buat dekat kau?”

Amani mula meleraikan pelukan dan merenung ke arah Amni.

“ Tadi.. Iqbal bawa aku pergi rumah dia untuk jumpa ibu dia. Tapi ya.. seperti yang aku jangkakan aku kena halau hanya sebab aku bukan keturunan mereka. Aku malu Amani. Aku malu!”

Amani merengus geram. Dia jadi bara bila kembarnya dilakukan sebegitu. Walaupun kami bukan keturunan yang sama taraf dengan mereka, mereka tak tahu ke yang kami pun dari kalangan orang berada? Memang manusia yang penting harta dunia semata-mata!

“ Kalau macam tu caranya kau kena lupakan dia Amni. Orang macam tu kau nak dijadikan suami? Tolonglah Amni. Sedarlah!”

Amni memejamkan matanya erat disaat teringat kata-kata hinaan ibu Iqbal. Perit!

“ Apa kamu kata tadi Amni?”

Amni dan Amani. Masing-masing terus terkedu saat kelibat itu muncul. Papa!

**
“ Papa tak kira. Hujung bulan ni juga kamu akan disatukan dengan Anas.”

“ Tapi pa..”

“ Keputusan papa muktamad!”

Air matanya makin galak menurun setiap kali teringat kata-kata papanya semalam. Begitu sukar untuk menerima orang lain dalam hidupnya sedangkan dalam hatinya saat ini masih tertulis nama Iqbal. Ya Allah. Apa patut aku buat?”

“ Amni.”

Amani mengambil tempat di sisi Amni. Bahu kembarnya itu dipaut erat. Senyuman kecil diberi. Dia tahu Amni perlukan kekuatan saat ini.

“ Aku tahu papa Cuma nakkan yang terbaik buat kita. Aku juga tahu Anas boleh jaga kau dengan baik sekali. Percayalah.”

“ Tapi aku anggap dia tak lebih daripada seorang abang Amani.”

Amni menyeka air matanya lantas menoleh melihat Amani.

“ Dan tak mustahil dia boleh jadi cinta sejati kau nanti. Aku yakin dia yang terbaik untuk kau.”

Amni terdiam. Seketika dia merenung ke arah langit. Mampukah aku? Kuatkah aku?

**
Setiap pasangan pengantin yang ingin berkahwin pasti akan menjadi hari yang paling indah buat mereka. Tapi tidak bagi gadis yang bernama Amni itu. Mana mungkin dia mampu menerima semua itu sedangkan dalam hatinya masih ada orang lain. Tapi dia tahu dia tidak boleh halang kehendak hati orang tuanya. Bagaimana aku nak terima Anas dalam hidup aku?

“ Aku terima nikahnya Amni Nur Aleesya dengan mas kahwinnya 100 ringgit tunai.”

Air matanya terus menitis saat sudah sah menjadi isteri kepada Khairul Anas Azim. Amani yang berada di sebelahnya terus tarik Amni ke dalam pelukannya.

“ Aku tahu dia boleh bahagiakan kau Amni. Percayalah. Lupakan Iqbal.”

Amni terdiam tapi air matanya masih mengalir ke pipi. Mampukah aku lupakan Iqbal?

**
Amni memandang sepi ke arah familinya. Perasaannya kosong saat ini. wajahnya yang sugul itu sudah cukup membuatkan Anas dan Amani faham. Mereka berdua tahu sememangnya Amni tidak boleh menerima perkahwinan ini dengan mudahnya. Hatinya bukan lah permainan. Bukan juga batu. Tapi dia cuba keraskan hati even sukar.

Malam itu, majlis resepsi diadakan di sebuah hotel Grand Alora. Ramai yang datang bagi meraikan pasangan pengantin tersebut. Tapi Amni tidak tahu bagaimana untuk menujukkan reaksinya. Senyum pun salah. Tak senyum pun salah. Kadang-kadang sempat juga dia kerling Anas di sebelahnya. Lelaki itu kelihatan tenang saja. Senyuman setia ada pada bibirnya. Amni jadi cemburu.

“ Amni.”

Amni yang ralit termenung itu tersentak. Dia menoleh sekilas ke arah Anas sebelum memandang semula ke hadapan. Melihat wajah-wajah tetamu yang sudi hadir ke  majlis resepsi mereka. Tapi hatinya tersentak saat ternampak kelibat Iqbal. Iqbal? Dia datang? But why? Ya Allah.

“ Jom turun.”

Amni yang rasa berdebar-debar itu hanya menurut. Kakinya turun daripada pelamin itu dengan perlahan-lahan. Tiba-tiba tangannya digenggam erat oleh Anas. Amni tunduk memandang tangannya yang digenggam itu. Bagai tidak mahu melepaskannya lagi.

Dan sekali lagi hati Amni diduga bila Anas membawanya ke arah Iqbal. Dia mengetap bibir. Cuba kuatkan hati daripada menitiskan air mata depan orang ramai.

“ Tahniah.” Iqbal mengucapkan tahniah sambil tersenyum. Tapi Amni tahu senyuman itu senyuman yang dipaksa.

“ Terima kasih.” Balas Anas.

“ By the way. Ini untuk awak Amni.”

Dengan hati yang berat, Amni menyambut pemberian Iqbal. Bibirnya seakan kelu untuk memberikan senyuman. Akhirnya dia hanya mendiamkan diri.

“ Saya pergi dulu. tahniah sekali lagi.”

Usai saja Iqbal berlalu. Amni terus meminta izin untuk ke tandas. Sampai saja di dalam tandas, dia pantas melihat pemberian Iqbal. Dia sangkakan Iqbal memberikan dia frame gambar kosong. Tapi sangkaannya meleset bila dalam frame gambar tu ada gambar dia dengan Iqbal. Belum cukup dengan itu, ada juga Iqbal selitkan surat di situ. Dengan tangan yang terketar-ketar, Amni membuka lipatan surat itu untuk membacanya.

Sayang. Saya akan tunggu awak. Awak hanya milik saya dan tetap menjadi milik saya. Saya tahu ini bukan keputusan awak. Ingat, saya sentiasa ada untuk awak. Love you Amni. ~Bie-Iqbal~

Dan air matanya terus menitis. Iqbal!

**
Tok! Tok!

Sebaik sahaja pintu bilik dia ketuk, dia terus masuk ke dalam. Sebaik sahaja dia masuk, dia dapat lihat kelibat Amni yang sedang berdiri seorang diri di balkoni. Dengan perlahan-lahan dia melangkah mendekati Amni.

Amni yang sedar kehadiran Anas itu hanya membiarkan sahaja. Dia tiada mood untuk berkata-kata apa-apa. Hatinya cukup terluka dengan semua ini. dia perlukan masa untuk terima apa yang sedang berlaku ini. bukan senang nak lupakan orang yang kita sayang.

“ Sayang.”

Amni tergamam. Sayang? Ya Allah.

“ Sayang. Abang tahu sayang susah nak terima perkahwinan ini dan terima abang. Abang tahu.”

Amni terkedu. Dia terus menoleh memandang Anas yang tengah tersenyum itu. Perlahan-lahan tangannya ditarik Anas. Anas merenung lembut ke wajah Amni. Sesungguhnya, dia sudah lama mencintai gadis ini. Dan dia tahu tidak mungkin Amni akan menerimanya.

“ Tapi sayang jangan risau. Bila abang dah ada dalam hati sayang, sayang beritahu ye. Abang takkan sentuh sayang selagi abang tiada dalam hati sayang. Abang akan tunggu saat itu Amni. Sebab abang cintakan 
Amni.”

Tanpa dipinta, air matanya terus mengalir ke pipi. Anas telah membuatkan dia terharu. Ya Allah. Mulianya hati suami aku. Adakah aku yang kejam buat dia seperti ini? Ah! Aku memang seorang yang kejam.

“ Jom tidur. Dah lewat sangat ni.” Ajak Anas lantas menarik lengan Amni sehingga ke arah katil.

Perlahan-lahan juga tubuh Amni dibaringkan. Selepas itu, dia mengucup perlahan dahi Amni lantas membaca doa tidur sebelum dia baring sekali sebelah Amni.

“ Selamat malam sayang.”

Amni memejamkan matanya erat. Dalam hati dia mula tersenyum. Anas.

**
Hari demi hari berlalu. Walaupun Amni dah menjadi isteri Anas, tapi hubungan dia dengan Iqbal masih berjalan. Berat nak mengaku tapi dia rasa bersalah sangat buat Anas macam ni. kadang-kadang dia terfikir juga, sampai bila dia perlu terus berhubungan dengan Iqbal sedangkan dia isteri Anas. Isteri yang sah. Sampai bila dia perlu tipu Anas? Kenapa dia perlu tipu orang yang mencintai dia?

“ Iqbal.”

Amni memanggil lalu meletakkan sudu di tempatnya kembali. Jika dibilang, dah seminggu mereka keluar makan bersama.

“ Yes.”

Amni melihat Iqbal dengan seribu perasaan. Dia tidak menafikan yang Iqbal memang kacak. Tapi jika dibandingkan dengan Anas. Yes. Anas jauh lebih kacak. Cuma… hatinya masih belum dapat menerima cinta hati Anas. Arh! Kau belum cuba dah kata tak boleh.

“ Sampai bila kita harus macam ni Iqbal?”

“ Maksud awak?”

“ Saya rasa sampai di sini saja hubungan kita. Saya dah kahwin Iqbal. Dan saya rasa bersalah sangat buat dia macam tu.”

Iqbal terdiam. Adakah Amni mula menyayangi Anas?

“ Lebih baik kita tak contact dah lepas ni. Itu yang terbaik.”

“ Tapi Amni..”

Amni terus menggelengkan kepalanya. Cukuplah. Dia dah penat. Dia dah tak sanggup untuk lakukan semua ini.

**
“ Sayang. Tolong abang.”

Amni bangun daripada baring dan menuju ke arah Anas. Perlahan-lahan dia tolong simpulkan tali leher Anas biar nampak kemas. Selepas itu dia tersenyum dan menepuk perlahan dada Anas tanda puas hati dengan hasil kerjanya.

Anas yang perasan dengan senyuman manis Amni juga tersenyum. Lama dia merenung wajah Amni yang leka itu. Begitu dia merindui wajah tersenyum ini. Dah sebulan usia perkahwinan mereka. dan inilah kali pertama dia dapat lihat senyuman Amni setelah sekian lama tidak kelihatan.

“ Okay. Dah siap. Terima kasih sayang.”

Amni tersedar. Boleh pula aku mengelamun. Akhirnya dia hanya menganggukkan kepalanya dan kembali duduk dibirai katil. Kepalanya yang kembali sakit itu dipicit. Daripada semalam lagi sakit. Cuma pagi ni nampak lebih teruk. Tapi dia masih dapat kawal.

Anas yang sedar akan kerutan di dahi Amni mula mendekati Amni. Dahi Amni disentuhnya perlahan. Panas!

“ Sayang okay ke tak ni?”

Amni tersenyum. Dia hanya menganggukkan kepalanya. Tapi belum sempat dia ingin menjawab pertanyaan Anas, dia terlebih dahulu rebah. Sakit sangat!

“ Ya Allah! Sayang!”

**
Amni tersedar apabila terasa sejuk di dahinya. Sebaik sahaja dia membuka matanya dia dapat melihat Anas yang sedang tersenyum ke arahnya. Tangannya menyentuh lembut dahinya yang sejuk itu. rupanya Anas meletakkan tuala basah di atas kepalanya. rasa sedikit lega daripada tadi.

“ Sayang dah rasa okay sikit kan?”

Amni hanya mengangguk. Itulah dia. kalau migrain datang menyerang, demam sekali datang menyibuk. Haha.

“ Nak abang bawa ke klinik?”

“ Tak payahlah. Amni ada ubat. Abang tak pergi kerja ke?”

Amni bangun duduk dengan bantuan Anas. Dia terasa sedikit lemah. Perutnya yang kosong itu diminta isi. Daripada semalam lagi dia tidak menjamah apa-apa.

“ Dengan keadaan sayang macam ni? No way la.”

Amni tertawa kecil melihat reaksi Anas yang sedikit cemas itu.

“ Kenapa gelak?” Anas pelik.

“ Abang nampak gelabah sangat.”

“ Of course lah! Isteri abang kot.”

Terdiam. Amni terus terdiam. Ya. Aku isteri dia. Mestilah dia risau. Dan dia suamiku. Imamku. Allahu! Terasa berdosa buat sambil lewa dekat dia sebelum ini. isteri apa aku ni? Ampunkan aku Ya Allah.

“ Eh! Sayang sakit lagi ke ni?” Anas menyoal saat melihat wajah Amni kembali muram. Dia dah jadi cemas.

“ Tak. Saya okay.”

“ Betul?”

“ Yes.”

“ Good girl.”

Dalam diam, Amni berdoa agar dia dapat mencintai Anas dengan setulus hatinya.

**
Seminggu telah pun berlalu. Sepanjang seminggu itu jugalah hubungan Amni dengan Anas semakin pulih. Means, semakin baik daripada sebelumnya. Percaya atau tidak, Amni sedar yang dia tak tahu apa akan dia buat andai Anas tiada di sisinya. Tengoklah macam minggu lepas. Amni sakit, Anas jaga dengan sepenuh hatinya.

Sedangkan sebelum ini, Amni layan acuh tak acuh saja terhadap layanan Anas. Tapi makin hari dia makin sedar, Anas begitu penting dalam dirinya. Berat nak mengaku tapi dia mula merasai sesuatu saat berdekatan dengan Anas. Cuma, dia masih tak nak cakap. Ego sama buatkan dia lebih suka memendam perasaan.

“ Sayang. Nak turun sekali tak?”

Amni menoleh sekeliling.

“ Abang lama tak dekat dalam?”

“ Dalam setengah jam. Abang kena jumpa kawan abang kejap. Lepas tu ambil dokumen penting untuk uruskan kes. Sayang tak nak turun? Pergilah mall sebelah tu ke?”

Amni menimbang-nimbang cadangan yang diberikan Anas. Akhirnya, dia mengangguk kecil.

“ Boleh juga. Kalau dah siap abang call.”

Sebaik sahaja turun daripada kereta, Anas masuk ke dalam mahkamah. Manakala Amni terus ke mall. Dalam diam Amni bangga melihat kejayaan Anas sebagai peguam di sini.

“ Aku nak beli apa?”

Amni masih berdiri depan mall tanpa berbuat apa-apa. Dia tak tahu sama ada dia nak masuk atau tidak. Seketika dia menoleh ke belakang. Wajahnya menjadi teruja. Ada kedai buku di persimpangan jalan.

Tanpa berlengah, dia pantas melajukan langkah ke arah persimpangan jalan. Wajahnya asyik tersenyum gara-gara teruja. Tapi entah di mana silapnya, dia hampir saja terjatuh gara-gara tersilap langkah.

“ Mujur tak jatuh. Kalau tak buat malu.”

Belum sempat dia nak berlalu, tiba-tiba saja ada sebuah kereta laju menuju ke arahnya. Amni yang melihat dah kaku pada tempat. Dia langsung tidak tahu nak buat apa-apa. Kereta itu datang terlalu pantas.

“ Ya Allah!”

Kebetulan, Anas keluar daripada mahkamah dan menuju ke keretanya. Dan pada masa yang sama dia perasan kelibat Amni yang berada di tengah jalan tanpa bergerak. Anas jadi pelik. Perlahan-lahan dia mula mendekati Amni. Tapi tidak sempat bila ada sebuah kereta laju saja melanggar Amni sehingga Amni terdampar di pinggir jalan.

“ Ya Allah! Sayang!”

**
Suasana di luar bilik kecemasan itu menjadi suram apabila masing-masing bersedih dengan apa yang telah berlaku kepada Amni. Anas sebagai suaminya yang paling terasa saat melihat isterinya dilanggar betul-betul di depan matanya. Dia rasa dia suami yang tak guna bila tidak dapat selamatkan isteri sendiri. Ya Allah. Kenapa aku tak sempat halang time tu?

“ Anas.”

Bahu Anas disentuh lembut. Anas mendongak dan melihat ayah mertuanya itu dengan senyuman hambar.

“ Tabahlah nak. Papa yakin dia akan selamat. Kita doa banyak-banyak.” Pesan Datuk Rahim dengan senyuman. Dia tahu Anas terlalu mencintai Amni. Sebab itu dia percaya dengan Anas untuk menjaga anaknya.

“ Papa. Anas.”

Amani datang menghampiri. Dia teragak-agak sama ada nak cakap atau tidak. Dia pun tidak senang duduk. Hatinya tidak tenang mengenangkan nasib kembarnya. Yang pasti bila kembarnya sakit, dia turut rasa sakit.

“ Kenapa ni?” Tegur Datuk Rahim bila tengok Amani berdiam diri. Tapi wajah tu macam menyembunyikan sesuatu.

“ Iqbal dan ibu dia datang.” Maklum Amani akhirnya.

Anas dan Datuk Rahim tersentak.

“ Buat apa diorang datang?”

“ Assalamualaikum.”

Muncul Iqbal dan Datin Sharifah Alia di hadapan mereka bertiga. Tapi yang pasti Datuk Rahim tidak suka dengan kedatangan mereka.

“ Buat apa datang sini?”

Iqbal mengerling ibunya yang bersedih itu. lantas dia kembali menoleh ke arah Anas dan Datuk Rahim. Dia tersenyum hambar. Tapi Cuma seketika bila dia teringat punca Amni kemalangan hari ini.

“ Semua salah kami pakcik.”

Anas tersentak.

“ Maksud kau Iqbal?” Soal Anas ingin tahu.

“ Ayah aku yang langgar dia Anas. Aku minta maaf.”

Anas yang boleh tenang seketika tadi bila mempunyai dorongan kembali terduduk bila mendengar kata-kata Iqbal. Air mata jantannya terus menitis ke pipi. Dia tak boleh terima berita ini. Isterinya yang tidak bersalah itu dilanggar. Apa yang mereka mahu?

“ Astagfirullah!”

“ Maafkan makcik nak. Makcik tak tahu kenapa dengan suami makcik. Tiba-tiba hilang kawalan dan mahu melanggar Amni. Dia kata selagi Amni hidup, Iqbal tak dapat fokus dengan kerja. maafkan suami makcik Anas.”

Teresak-esak Datin Sharifah Alia menerangkan perkara yang sebenar. Dia turut rasa bersalah sebab Amni dilanggar kerana suaminya. Sedangkan Amni dah tak ganggu hidup mereka. Amni patuh akan janjinya dulu.

“ Makcik. Dia isteri saya makcik. Saya cintakan dia. dia tak bersalah pun. Kenapa mesti babitkan dia sekali?” Anas dah mula rasa kesal. Dia rasa dia gagal menjadi suami yang baik buat Amni.

Belum sempat Iqbal ingin membalas kata-kata Anas. Doktor terlebih dahulu keluar daripada wad kecemasan. Pantas Anas meluru ke arah doktor kerana ingin tahu keadaan Amni.

“ Doktor! Macam mana?” Soal Anas.

“ Alhamdulillah. Dia selamat. Dia dah stabil. Cuma..”

Dada Anas dah mula berdebar. Dia takut ada sesuatu yang buruk berlaku pada Amni.

“ Cuma kakinya retak. Dan kemungkinan isteri encik sukar untuk berjalan.”

Semua yang berada di situ terus terdiam saat mendengar berita itu. Terutama Anas. Dia yakin mesti Amni susah nak terima semua ini.

“ Tapi dia boleh sembuh kan?” Soal Amani pula.

“ InsyaAllah dengan melakukan rawatan fisioterapi. Dia boleh sembuh dan jalan seperti biasa.”

Barulah Anas dan yang lain menghembus nafas lega.

“ Saya pergi dulu. kalau ada apa-apa cari ja saya.”

Usai doktor berlalu, Anas kembali bangun dan menoleh ke arah Iqbal dan ibunya. Senyuman kecil diberi.

“ Saya tak tahu nak cakap apa. Tapi kemaafan bukan dari saya tapi dari Amni. Dia yang berhak menentukan sama ada kau akan dimaafkan atau tidak.”

Dan Anas terus berlalu masuk ke dalam bilik rawatan Amni. Dia terlalu merindui Amni.

**
“ Sayang. Sayang. Bangun sayang. Abang datang ni.”

Seperti diseru, Amni gagahkan diri membuka matanya. Saat dia membuka mata, ada cahaya yang datang menusuk ke dalam matanya. Tapi dia cuba lawan dan akhirnya dia menoleh ke sekeliling. Dan wajah pertama yang dia nampak adalah wajah Anas yang sedang tersenyum itu. tangannya juga digenggam erat oleh Anas.

“ A..abang? Saya kat mana ni?”

Dengan semangat yang masih berbisa dia menyoal. Dia menoleh pula ke arah kiri dan depan dia. Ada wajah-wajah yang dia kenali. Dia dapat lihat wajah Amani yang tengah tersenyum. wajah Iqbal dan Datin Sharifah Alia? Yang sedang menangis? Kerana apa? Aku ka?  Dan akhirnya dia kembali menoleh ke arah Anas.

“ Hospital sayang. Sayang accident. Sayang tak ingat?”

Amni tersentak. Ya. Dia telah dilanggar seseorang. Dan dia yakin dia kenal siapa yang langgar dia. Terus dia menoleh ke arah Iqbal dan ibunya.

“ Abang. Amni tahu siapa yang langgar Amni.” Ujar Amni sambil memandang Iqbal yang tengah menitiskan air mata itu.

“ Abang pun tahu.”

Dan kenyataan itu mengejutkan Amni.

“ Iqbal dah mengaku kesalahan ayah dia. jangan risau. Sayang selamat. Ayah dia dalam tahanan polis sekarang ni.”

Sekali lagi kenyataan itu mengejutkan Amni.  Dia memandang wajah Iqbal inginkan jawapan yang sebenar.

“ Maafkan saya Amni.”

“ Maafkan suami makcik Amni. Makcik tahu kami salah. Maafkan dia. Suami makcik tiba-tiba hilang kawalan. Dia tak nak Iqbal terlalu mengharapkan kamu jadi dia nak kamu mati. Maafkan kami.”

Dan kembali kedengaran esak tangis Datin Sharifah Alia. Amni yang dengar mula mendiamkan diri. Tapi dia tak nafikan ibu Iqbal nampak sangat menyesal.

“ Minta maaf kat Allah. Bukan saya.” Simple dan tenang Amni menuturkan kata-katanya.

“ Abang. Saya nak rehat.”

Saat Amni memejamkan matanya, hatinya menangis pilu. Dia tak sanggup nak berdepan dengan orang yang membuatkan dia kecewa. Dan dia juga tak nak dia jadi lebih marah. Jadi baik dia berdiam.
**
Hari demi hari berlalu. Tup tup dah sebulan berlalu. Sepanjang sebulan itu jugalah, Anas tidak pernah lelah menjaganya siang dan malam. Sampai Anas sanggup ambil cuti demi kesihatan Amni. Amni yang melihat dah tak tahu nak kata apa. Dia terharu dan pada masa yang sama dia rasa berdosa sangat pernah layan acuh tak acuh terhadap suaminya dulu.

“ Sayang? Nak apa-apa lagi tak?”

Amni terus menggelengkan kepalanya. Sekarang aku dah ada dekat rumah. Dan dialah setia menjaga aku. Dia begitu sabar melayan kerenah aku. Apa yang dia buat? Dia sanggup ambil cuti sebulan demi menjaga aku sampai aku boleh berjalan semula. Dia dukung aku. Suapkan aku makan. Teman aku pergi buat fisioterapi. Sungguh! Aku memang betul-betul terharu dengan sikap dia.

Sekarang Amni pun dah boleh berjalan. Cuma parut je tak hilang lagi dekat kaki. Tapi, itu tidak membuatkan Anas jemu dan terus berikan semangat agar Amni kuatkan semangat. Cuba cakap. Siapa yang tidak terharu?

“ Sayang. Esok abang dah kerja. Tapi abang tengok Amni belum okay lagi. Sayangnya nak tinggalkan Amni.” Wajah Anas bertukar muram.

Amni yang melihat terus menggelengkan kepalanya. tangan Anas digenggam erat. Senyuman kecil diberi.

“ Abang. Serius. Amni dah sembuh. Dah boleh jalan. Walaupun perlahan-lahan tapi dah okay kan?” Amni cuba memujuk Anas agar tersenyum kembali.

“ Tapi abang tetap risau kalau ada apa-apa jadi dekat sayang.”

Amni terus terkedu. Dia terus mengetap bibir. Ya Allah. Sesungguhnya dia suami yang terbaik buat aku. kenapa selama ini aku tak hargai dia?

“ Abang.” Amni tunduk memandang jarinya. Dalam hati tengah tahan pilu. Berusaha untuk tidak menitiskan air mata. Tapi Anas lebih faham isi hatinya sampai menarik dia ke dalam pelukan.

“ Kenapa ni?”

“ Amni rasa ini pembalasan Amni daripada Allah. Sebab Amni tak setia dekat abang. Amni selalu layan abang acuh tak acuh. Amni juga isteri yang tidak bertanggungjawab. Yang Amni tahu layan perasaan. Fikirkan orang lain. Sedangkan suami Amni begitu setia mencintai Amni. Amni nak minta maaf. Amni berdosa pada abang.”

Serentak itu air mata Amni mengalir ke pipi. Anas yang mendengar terus mengeratkan pelukan. Dia turut berasa sedih dengan kata-kata Amni. Tapi dia tak salahkan Amni. Semua ini terlalu cepat dan Amni perlukan masa.

“ Sebab abang cintakan Amni.”

“ Sebab itu lah Amni dah mula sayangkan abang.”

Anas tersentak. Pantas dia meleraikan pelukan selepas mendengar kata-kata Amni. Amni melihat Anas dengan anggukan kecil berserta senyuman kecil.

“ Amni nak buat satu pengakuan. Amni dah mula sayangkan abang semenjak abang jaga Amni time Amni demam tempoh hari. Masa tu hati Amni ego tak nak mengaku. Sedangkan Amni sangat-sangat perlukan abang. Dan untuk itu, Amni nak ucap terima kasih banyak-banyak dekat abang.”

Terus Amni kembali memeluk Anas dengan rasa kasih sayang. Kali ni dia ikhlas. Dia amat perlukan Anas di dalam hidupnya.

“ Jadi… ini bermakna sayang dah terima abang sebagai suami sayang?”

Amni terus mengangguk. Anas yang melihat anggukan Amni terus mengucup dahi Amni. Lama.

“ ya Allah. Terima kasih. Aku bersyukur padamu.”

Amni yang mendengar kata-kata itu hanya tersenyum.

“ Jadi… sudi tak sayang bersama dengan abang untuk selama-lamanya?”

Dengan tersipu-sipu Amni mengangguk.

“ Sudi.”

**
3 bulan kemudian…

“ Sayang! Tolong abang.”

Amni yang tengah bersiap-siap untuk ke tempat kerja pantas bergerak ke arah Anas. Tangannya lincah sekali melilit tali leher Anas sampai menjadi kemas. Dia tersenyum puas. Selepas itu dia diberi kucupan pada dahi.

“ Pandai isteri abang.”

Amni tersengih lantas bergerak semula ke arah meja solek. Tapi dia tiba-tiba terasa pening. Sempat juga dia berpaut pada dinding. Bila dia nak mula bergerak, ada tangan yang memapahnya ke birai katil.

“ Eh! Sayang kenapa ni? pucat je muka.” Anas dah mula cemas. Pucat sungguh muka Amni.

“ sayang…sayang…”

Buk!

Amni terus jatuh dalam pelukan Anas. Anas yang melihat Amni sudah tidak sedarkan diri itu pantas mencempung tubuh tersebut lalu dibawa ke klinik. Ya Allah. Selamatkanlah isteri aku.

Hampir setengah jam Anas tunggu di sisi Amni bagi mendapatkan keputusan. Hatinya dah tak tentu arah selagi tidak tahu apa masalah Amni. Dia takut Amni sakit.

“ Doktor?”

Doktor tersenyum melihat wajah gelisah Anas itu. perlahan-lahan dia mendekati Anas dan memberikan senyuman manis.

“ Tahniah encik. Encik bakal menjadi ayah tak lama lagi. Isteri encik dah hamil 3 bulan.”

Dengar saja berita itu, Anas terus mengucapkan syukur. Bibirnya terus mengukirkan senyuman lebar. Tanda dia amat gembira dengan berita ini. Ya Allah. Terima kasih.

“ Abang?”

Amni mula tersedar saat terasa ada suara bercakap di telinganya. Dia melihat sekeliling. Dan dia ternampak ada seorang doktor berdiri di sisi Anas.

Anas tersenyum. Tangan Amni digenggam erat. Dahi Amni dikucupnya dengan penuh kasih sayang.

“ Sayang. Tak lama kita akan jadi papa dan mama. Kita akan dapat baby sayang.”

Amni tersentak. Terus dia rasa peningnya hilang sebaik sahaja mendengar berita itu. Ya Allah. Alhamdulillah.

“ Alhamdulillah.”

“ So, lepas ni kalau boleh puan janganlah buat kerja berat-berat. Encik.. make sure encik jaga dia sebab pada awal kandungan ni banyak risikonya.”

Kata-kata itu terus tersemat dalam hati Anas.

“ Baik doktor. Saya akan pastikan isteri saya selamat bila disamping saya.”

Amni tersenyum bahagia. Kalau abang gembira. Amni pun gembira. Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah.

**
“ Pukul 5 tepat abang datang. Sayang jangan lambat tau.”

Amni tersengih lantas tunduk salam tangan Anas. Anas pula memberikan kucupan pada dahi Amni lalu pada pipi Amni. Amni terus keluar selepas mendapat keizinan Anas.

“ Hati-hati.”

“ Okay sayang. Take care both of you.”

“ Yes boss!”

“ Assalamualaikum.”

“ Waalaikumussalam.”

Sebaik sahaja kereta Anas berlalu, Amni kembali masuk ke dalam tempat kerjanya. Senyuman setia pada bibirnya. Seronok tidak terkata. Perutnya yang masih kempis itu diusapnya perlahan.

“ Mama tak sabar nak tunggu kamu keluar sayang.”

“ Amni!”

Langkah Amni terus terhenti saat terdengar namanya dipanggil. Perlahan-lahan dia menoleh ke belakang. Dan berdiri Syed Iqbal Al Hakim di situ dengan senyuman kecil. Amni yang melihat terus terdiam. Dalam hati tertanya-tanya. Apa lagi yang Iqbal nak?

“ Amni.”

Amni hanya diam. Dia hanya ingin dengar kata-kata Iqbal yang seterusnya.

“ You know what? Ibu saya dah restu hubungan kita. Dia dah boleh terima awak Amni.”

Begitu gembiranya Iqbal pada saat itu. Tapi lain pula pada Amni. Amni tersenyum hambar. Terus dia menggelengkan kepalanya dengan perlahan. Iqbal yang melihat gelengan Amni dah terdiam. Senyumannya terus mati.

“ Iqbal. Maafkan saya. Tapi saya dah bersuami dan takkan tinggalkan dia demi orang yang tak pernah hargai kehadiran saya satu ketika dulu.” Luah Amni dengan senyuman kecilnya.

Iqbal terdiam. Tapi dalam hatinya dah kecewa mendengar jawapan Amni.

“ Carilah orang lain Iqbal. Orang yang boleh bahagiakan awak. Orang yang boleh diterima orang tua awak. Dan orang yang boleh mencintai awak sebagaimana awak mencintai dia. Lupakan saya Iqbal. Saya dah ada kehidupan saya sendiri.” Sambung Amni lagi bila Iqbal tiada tanda-tanda untuk berkata.

Amni mengeluh kecil saat melihat Iqbal still mendiamkan diri.

“ maafkan saya Iqbal. Saya harap awak dapat jumpa jodoh awak yang sebenarnya. Saya masuk dulu.”

Dengan perasaan bersalah, Amni terus melangkah masuk ke dalam tempat kerjanya. Jauh di sudut hatinya dia berdoa agar Iqbal dapat jumpa wanita yang betul-betul dapat membahagiakan dia. yang pasti bukan dia orangnya.

**
Tiga tahun kemudian…

“ Abang! Cepat!”

Anas mengelap peluh yang merintik pada dahinya itu. lepas itu dia kembali fokus apa yang ada depan matanya saat ini. tajam dia merenung ke arah objek itu sampailah dia dah ready untuk melakukannya.

Satu.. Dua.. Tiga..

“ Gol!”

Jeritan dua orang manusia itu membuatkan Anas tertawa kecil.

“ Yuhuu! Papa menang! Pakcik kalah! Werk!”

Amni dan Anas. Masing-masin terus ketawa melihat gelagat anak sulungnya itu. Tak padan dengan kecik tapi dah berani lawan pak saudara dia. Alahai.

“ Sokay. Kali ni Damia menang. Tapi jangan harap lain kali pakcik bagi Damia menang.”

Fitri iaitu suami kepada kembar Amni sudah penat selepas lawan bola dengan Anas. Tapi last-last dia juga kalah. But, sokay. Tengok anak buah bahagia pun dah cukup bagi dia.

“ Damia. Tak baik buli pakcik macam tu tau. Mama tak ajar pun. Adik mana?”

Amni melihat sekeliling. Dia tak nampak anak kembarnya seorang lagi tu. mereka berdua ni nama saja baru 2 tahun lebih. Tapi dah tahu semua benda dah. Penat dibuatnya.

“ Ada dekat tokwan. Papa. Damia masuk dulu. Daa.”

Sebaik sahaja Damia masuk ke dalam rumah, Fitri pun masuk dengan letihnya. Anas dan Amni masing-masing hanya mampu tersenyum melihat telatah anak-anak mereka.

“ Abang. Sayang bahagia. Thanks.”

Tiba-tiba Amni berkata demikian sambil memandang langit. Anas di sebelah sudah mengerutkan dahi.

“ sayang tahu sayang lambat dan jarang cakap macam ni. Tapi kali ni ayang ikhlas nak cakap yang sayang cintakan abang. Sangat-sangat.”

Terus Amni menoleh ke arah Anas yang kelihatan terlopong itu. Amni tertawa kecil. Pipi Anas jadi mangsa cubitannya. Anas terus tersedar selepas pipinya dicubit.

“ what you said?”

Amni ketawa lagi.

“ Tak nak ulang dah.”

Anas tersengih nakal. Pipi isterinya pula jadi mangsa.

“ yes. I know it.”

Amni mengerutkan dahi.

“ Know what?”

Belum sempat Amni nak menoleh melihat Anas. Anas terlebih dahulu mengucup pipi Amni dan meluahkan tiga ayat itu.

“ I love you to Amni Nur Aleesya.”

Dan kali ni barulah mereka berdua saling berpandangan sesama sendiri. Ya. Alhamdulillah. Pelbagai onak dan duri Amni lalui. Akhirnya dia mencapai juga kebahagiaan itu. Dan dia sedar apa yang berlaku ada hikmahnya yang tersendiri. Terima kasih abang. Terima kasih Ya Allah. Aku hargai sangat-sangat.

~Tamat~

1 comment :

Popular Posts

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers