Ya Allah. Maaf semua. Dah berhenti lama sangat untuk post cerpen. Bukan tak nak post or update tapi kekeringan idea. Maafkan saya. Huhuhu. Aku tahu jalan cerita maybe agak hambar sikit. Sorry. Tapi aku akan cuba lebih baik lagi selepas ni. Hope enjoy baca. Bye. :)
“ Andai waktu dapat kembalikan masa dulu. Jujur saya katakan
yang saya tidak akan sia-siakan awak Qilah. Sebab saya terlalu sayangkan awak.”
Air mataku mengalir juga akhirnya. Kata-kata terakhir dia membuatkan
aku tidak dapat menahan diri daripada menangis. Tapi senyuman masih setia
meniti di bibir. Even pahit tapi aku tetap akan tersenyum.
“ Tolong Qilah. Saya Cuma minta satu permintaan je. Tolong
senyum untuk saya. Saya tak nak tengok awak nangis saat ketiadaan saya nanti.
Tolong kuatkan hati awak untuk saya. Please sayang.”
Aku menyeka air mata yang mengalir dengan perlahan. Tanah
yang merah itu disentuhku perlahan lantas toleh memandang ke arah batu nisan. Zam.
Maafkan saya.
“ Zam. Saya minta maaf. Tapi saya tak boleh. Saya tak kuat.
Saya dah menangis.”
Sekali lagi air mata yang cuba ditahan kembali mengalir.
Senyuman pun telah lama hilang daripada bibirku.
“ Saya pun sayangkan awak. Dan saya tak salahkan awak Zam.
Saya faham yang awak terlalu sibuk. Kan awak kata nak kahwin dengan saya.”
Aku menggigit bibir dengan kuat. Tu saja caranya agar air
mata tidak terus mengalir keluar. Tapi degil. Air mata tetap nak keluar. Argh!
“ Qilah.”
Aku mendongak ke arah kanan. Wajah yang sedang tersenyum
hambar itu membuatkan aku bangun perlahan-lahan daripada duduk.
“ Umi. Maafkan Qilah sebab tak mampu jaga anak umi dengan
baik. Kenapa dia tak cakap dari awal yang dia sakit?”
Tubuhku terus ditarik ke dalam pelukan Umi. Sungguh! Aku
terasa sangat lemah saat ini.
“ Kamu tak salah sayang. Maafkan umi. Umi yang salah sebab
tak cakap dekat kamu tentang penyakit Zam. Dia yang minta rahsiakan sampailah
dia dah betul-betul nazak. Barulah dia nak cakap. Anak umi tak patut buat macam
tu kan?”
Aku terus menggelengkan kepala lantas meleraikan pelukan.
“ Umi tak salah. Dan Zam pun tak salah. Qilah faham.”
Aku menoleh semula ke arah kubur Zam yang masih merah itu.
Baru sejam yang lepas dia dah selamat dikebumikan. Sebelah kubur arwah ayah
dia. Zam. Terima kasih dan saya harap awak benarkan saya untuk terus sayangkan
awak.
**
Sekejap aku toleh ke kiri. Sekejap aku toleh ke kanan. Tapi
aku masih belum membuat sebarang pilihan. Haish! Cepatlah Qilah! Nak pilih baju
je pun. Tapi tu pun lambat. Bukannya kau nak ke mana pun. Sekadar nak pergi
jamuan makan aja pun. Aduh! Kenapalah dengan aku ni?
“ Qilah! Kau dah siap ke belum?”
Aku menepuk dahi perlahan. Sedar tak sedar dah setengah jam
berlalu. Tapi satu apa pun aku tak siap lagi. Habislah kena dengan makcik tu
nanti.
“ Bagi aku setengah jam!”
Semua ni makcik tu punya fasal. Tak fasal-fasal aku kena
teman dia ke jamuan makan di syarikat dia tu. Kalau tak ikut nanti merajuk
pula. Siapa yang susah nanti? Aku juga.
“ Lambat aku tinggal!” Laungnya lagi dari bawah.
Aku tersengih jahat. Kena tinggal? Lagi bagus!
“ okay! Tinggallah! Aku tak kisah!”
“ No way! Cepat!”
Terus aku tertawa kecil. ceh! Cara tu nak tinggalkan aku?
Jangan percaya. Okay Qilah. Sekarang kau perlu pilih baju kurung yang sesuai.
Jangan melengahkan masa. Times up!
**
Aku merangkul tangan Rina sekuat hati. Tanda yang Rina tak
boleh pergi mana-mana tanpa aku. Aku tengok sekeliling. Tiada seorang pun yang
aku kenal. Semuanya muka asing bagi aku. Aduh! Rasa menyesal pula aku ikut Rina
malam ni. Aduh!
“ Yang kau genggam tangan aku macam tak nak lepas apa hal?”
tegur Rina dengan jelingan geram.
Aku tersengih. Tapi tetap tak melepaskan pegangan.
“ Aku takut kau tinggalkan aku. dahlah aku tak kenal sesiapa
dekat sini. Kau tu bukan boleh percaya. Kalau dah jumpa kawan, semua benda kau
lupa.” Sempat lagi aku perli dia sambil tengok sekeliling.
Rina kata malam ni majlis jamuan untuk ketua tertinggi
syarikat dia yang akan bersara esok. So, majlis ni khas untuk ketua tu. Dan aku
dengar lagi, malam ini juga akan berlakunya pelantikan ketua tertinggi baharu.
Kira CEO la senang.
“ Ish! Kau ni. Macam lah kau tu budak kecil kan?”
Dengan hati yang tidak rela, aku terpaksa lepaskan pegangan
bila RIna asyik menolak tangan aku. Ish! Benci!
“ aku nak baliklah kalau macam ni!” Bentakku geram.
Belum sempat aku nak memusingkan badan. Aku macam terdengar
nama aku diseru. Terus aku kerling ke kiri dan kanan. Rina di sebelah sudah
tersenyum melihat ke satu arah. Tanpa berlengah aku turut memandang ke hadapan.
And aku terkaku di situ. Terdiam seribu bahasa.
“ Han! Datang juga kau. Aku ingat kau tak datang.”
Aku pandang Rina dan Han silih berganti. Tapi tak pula aku
membuka mulut untuk bersuara. Aku hanya diam seribu bahasa. Aku sedar, dia
asyik kerling ke arah aku.
“ And thanks for this.” Ucapnya sambil melirik ke arah aku
dengan senyuman kecil.
Rina sudah tersengih dan menarik lenganku agar rapat sedikit
dengan dia. bahuku pula dirangkulnya mesra sambil melihat ke arah Han.
“ Aku tolong setakat mana yang termampu. Selepas ni aku
serahkan saja pada kau.”
Terus Rina lepaskan rangkulannya dan menolak sedikit badanku
ke hadapan. Nasib baik Han tu jauh sikit dari aku. Kalau tak rapat sangat
kedudukan kami.
“ Beb. Aku pergi cari makanan dulu erk. Dan aku tolong
jagakan tempat untuk korang berdua. Korang berdua berbuallah dulu.”
Belum sempat aku nak menghalang, dia terus berlalu macam tu
je. Ish! Bencinya minah ni! Sengaja! Or yes, memang ini rancangan mereka berdua
pada awalnya. Patutlah beria-ria ajak aku malam ni. Hampeh punya kawan! Nasib
sayang.
“ You changes a lot.”
Aku terdiam. Aku hanya tengok dengan perasaan kosong.
“ And I really happy to see you tonight.” Dia sambung lagi
dengan senyuman.
Aku terus toleh ke arah lain saat menyedari renungan
lembutnya itu.
“ Aku tak tahu apa rancangan korang. Tapi aku rasa aku nak
balik lah. Tak sedap hati pula bila duduk lama-lama dekat sini.”
Terus aku memusingkan badan ke belakang.
“ But, Aqilah. Please hold on! Please! I really really miss
you.”
Aku tersenyum sinis. Tapi tak pula aku membalas kata-katanya
itu. Aku membuat anggukan kecil walaupun aku tak tahu sama ada dia nampak atau
tidak.
“ Jangan ucap benda yang kau sendiri tidak yakin. Hanya
ungkap tanpa bukti. Tak bawa makna apa-apa dekat aku lah Han. Lagipun dah 5
tahun berlalu. Aku pun dah lupakan segala-galanya. So please. Jangan cari aku
lagi. Antara kita nothing change! Nothing!”
Terus aku mengangkat kaki daripada situ. Rina pun aku tidak
pedulikan. Yang penting aku nak balik! muktamad!
**
Aku pandang diri aku depan cermin. Serentak itu juga wajah
yang aku cuba maniskan daripada perjalanan balik sampailah ke rumah bertukar
muram. Dan akhirnya setitik demi setitik air mata aku jatuh ke pipi. Tanpa aku
pinta pun.
Farhan atau lebih dikenali dengan panggilan Han. Dia bekas
senior aku di UITM. Dia juga lelaki pertama yang membuatkan aku jatuh cinta. 5
tahun lalu, kami berkawan. Rapat sangat. Sampai aku rasa aku dah betul-betul
cintakan dia. Dan satu hari tu dia ajak ke arah lebih serius.
Katanya nak bertunang. Aku masa tu memang gembira dan dengan
rasa syukur menyambut kata-kata dia tu dengan senang hati. Sebulan lepas itu,
ikutkan tarikh dan hari kami akan ditunangkan selepas seminggu habis final
exam.
Tapi semuanya bagaikan sia-sia. Keluarga dia tak datang pun.
Bahkan call apa pun tak. Sedangkan semua family aku dah berkumpul. Aku lah
orang yang paling sedih dan malu time tu. Orang tua aku sangat kecewa dengan
Han. Mujur mereka tidak salahkan aku.
Selepas peristiwa itu aku terus buang semua barang-barang
dia. Nombor dia aku delete. Aku dah tak ambil peduli tentang dia. hampir
setahun juga barulah aku berjaya lupakan dia. sampailah aku jumpa dengan arwah
Zam. Masa tu aku baru menceburi bidang pekerjaan. Zam la banyak tolong aku.
Zam jugalah orang yang membuat aku jatuh cinta kembali. Tapi
sayang, kami tiada jodoh. Zam pergi dahulu meninggalkan aku kerana sakit
kansernya. Dan aku dah lama redha
tentang itu.
Tok! Tok!
Air mata yang mengalir laju ke pipi aku terus seka. Wajah
cuba dimaniskan walaupun nampak sangat sedih. Tapi, arh! Pedulikan.
“ Qilah!”
Perlahan-lahan aku membuka pintu bilik. Terpampang lah wajah
Rina yang sangat mencemaskan itu. Aku pandang dia dengan renungan kosong.
“ Maaflah balik tak cakap.” Ujarku perlahan.
Rina tiba-tiba memeluk aku. Lepas tu aku dapat dengar
tangisan kecil dia. Aku tak pula bertanya kenapa. Sebab hati aku pun tak tentu
arah sekarang ni. Aku biarkan je dia sampailah dia meleraikan kembali pelukan.
“ Dia ada dekat bawah.”
Terus aku menolak Rina jauh dari aku. Aku pandang Rina
dengan pandangan tajam.
“ Kau tak faham bahasa ke? Kau suka ke tengok aku derita
macam ni?”
“ Tapi kau perlu tahu hal yang sebenar! Kau tak boleh
salahkan dia sepenuhnya tanpa tahu hal sebenar! Kau tak tahu!” Bentakkan Rina
mengejutkan aku.
Tapi tak pula aku membalas kata-katanya.
“ Ada sebab kenapa dulu dia tak hadir Qilah. Kau perlu
dengar penjelasan dia. Aku tak nak kau tuduh tanpa bukti.”
Tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi. Rina memandangku dengan
senyuman.
“ Dia call. Dia ada dekat luar. Lepas kau tenangkan diri
kau. Kau turunlah jumpa dia. Aku masuk bilik dulu. Nak bersihkan diri.”
Rina berlalu dengan senyuman. Aku saja yang masih
termangu-mangu depan pintu bilik. Tak tahu nak buat apa. Telefon bimbit still
berbunyi. Aku pandang skrin telefon dengan hati yang berat. Aku takut. Ya
Allah. Apa patut aku buat ni?
Akhirnya, dengan rasa yang bercampur aduk aku menyambut
panggilannya.
“ Helo. Qilah.”
Aku mendiamkan diri. Tak ada niat nak menjawab.
“ I know you hear me. Please. I want to see you. Kejap je.
Please.”
Terus aku meletakkan panggilan. Aku meraup wajahku perlahan.
Bila rasa dah okay sikit, aku terus turun daripada tangga. Tudung yang senget
benget aku perbetulkan. Sampai bila aku nak lari daripada dia? Cepat atau
lambat aku tetap akan berjumpa dengan dia juga. Dan maybe ini saatnya.
Aku membuka pintu utama dengan perlahan lahan. Saat aku
membuka pintu, aku dapat tangkap kelibat dia yang sedang elok menyandar di
pintu kereta Hondanya itu. Dengan langkah perlahan aku keluar daripada rumah
dan mendekati dia. Tapi dekat sangat tak lah. Adala dalam 5 langkah lagi.
“ Thanks Qilah.”
Aku hanya mendiamkan diri.
“ Kau boleh cakap sekarang. Tolong cepat sikit. Aku ada hal
lain pula lepas ni.” Dingin aku berkata. Tanpa sikit pun aku tengok ke arah
dia.
“ Qilah. Why you?”
“ Huh?” Terus aku menoleh ke arahnya. Tak faham.
Han tersenyum.
“ Why you? Kenapa awak yang saya masih cintai sampai
sekarang? Kenapa awak yang saya masih rindui sampai sekarang? Why you Qilah?”
Aku tersentak. Tapi tak ada hati nak menjawab.
“ Sebab awak sudah ditakdirkan untuk saya. Kan?”
Aku terus tersenyum sinis. Aku tengok dia dengan riak wajah
yang tak percaya.
“ Are you kidding me?” Sindirku pedas. Tapi dia tetap
tersenyum.
“ Awak boleh cakap apa saja dekat saya. Sindir ke perli ke
marah ke, saya tak kisah. Sebab itu pun dah cukup buatkan hati saya lega. Dapat
tahu keadaan awak hari ni pun dah cukup buatkan saya happy. Thanks Qilah.”
Aku tergamam.
“ One more thing Qilah. Saya tak pernah lupakan awak
sekalipun even dah 5 tahun berlalu. Hanya Allah saja tahu apa perasaan saya
ketika itu. I won’t forget Qilah. Never. And of course I won’t give up on you.
This is my promise.”
Aku terbungkam. Sekali lagi. Air mataku mengalir ke pipi.
Han. Kenapa kau yang Allah pertemukan kembali? Astagfirullah. Tak baik
pertikaikan kerja Allah.
“ Up to you.”
Kakiku terus melangkah untuk masuk ke dalam rumah. Tapi
sekali lagi aku terhenti saat dengar kata-kata dia sebelum akhirnya aku terus
masuk ke dalam tanpa pedulikan dia.
“ I love you and because of that I won’t give up.”
**
Tanah kubur yang sudah ditumbuhi rumput itu aku lihat dengan
perasaan sayu. Zam. Dah setahun awak pergi. Awak pernah pesan jangan pernah
mengalah dan teruskan berusaha walau susah macam mana sekalipun sesuatu benda
tu. Ya. Saya faham.
Tapi Han. Awak tahu kan kisah saya dulu. Han tengah usaha
dapatkan hati saya kembali. Saya takut Zam. Takut dikecewakan sekali lagi.
Terhambur keluhan kecil daripada mulutku. Agak lama juga aku
berjeda depan kubur Zam. Bila agak puas barulah aku beransur daripada situ.
Hati rasa sedikit tenang selepas meluahkan segala-galanya even dalam hati.
Bila keluar je daripada pintu pagar masjid, aku ternampak
kelibat seseorang yang sangat aku kenal sedang menuju ke arahku. Yang pasti
wajahnya itu sentiasa dengan senyuman even aku tak balas langsung senyumannya
selama ini. siapa lagi kalau bukan Han.
“ Apa yang kau buat dekat sini?” Soalku dingin.
Ya. Dah seminggu si Han ni asyik mendekati aku. tapi aku
masih bersikap dingin dengan dia. entahlah. Kejap suka. Kejap benci. Aku pun
tak faham la.
“ Lawat kubur sepupu saya. Awak?”
Aku terdiam.
“ Lawat kubur arwah tunang saya.” Tenang aku ketika berkata.
Sangkaan aku dia sangat terkejut. Tapi aku tengok dia masih
tenang seperti tadi. Siap dengan senyuman kecil. Weh! Aku tak faham dengan
manusia depan aku ni.
“ Zam. Zamarul. Tunang awak semenjak 2 tahun lalu.”
Kali ni giliran aku pula tersentak. Macam mana dia tahu? Dia
ni siapa? psiko ke apa?
“ A…apa yang?”
“ Dia lah sepupu saya Qilah.”
Terus aku memandangnya dengan renungan berkaca-kaca. Ya
Allah! Kebetulan apakah ini?
“ Dan dia jugalah paksa saya balik demi mencari semula cinta
sejati saya ni. Dia tahu siapa yang awak ceritakan tu. Cuma dia nak berahsia sebab
tak nak awak jauh daripada dia sebab saya. Dia tak nak sebab saya awak dan dia
berpisah. That’s why dia rahsiakan sampai ke saat ini.”
Aku tergamam. betul-betul tergamam. apakah? Ya Allah.
“ Qilah?”
“ Are you kidding me? Ya Allah. Apakah sedang berlaku ni?”
Aku memicit perlahan dahiku. Melihatkan dia makin mendekat.
Pantas aku mengangkat tangan.
“ Aku nak balik.”
Aku melangkah sehingga melepasi dia. Tapi aku sempat lagi
dengar kata-kata dia sebelum aku berlalu ke arah kereta.
“ Trust me. We love you so much Nurul Aqilah.”
**
Hari demi hari berlalu. Dan Han tidak pernah berputus asa
mengambil hati aku. Sampai family aku pun terlibat. Yang hairannya, family aku
terima dia baik. Tak ada marah-marah pun. Macam masa pertunangan aku gagal tu.
langsung tiada. Okay. Itu membuatkan aku rasa aneh.
“ Dah duduk sana berapa lama kat Australia tu?”
Aku pandang dia dan orang tuaku silih berganti. Memang
nampak kamceng sangat ni.
“ Dalam 4 tahun jugalah.”
Aku kerling pula ke arah Han. Dia macam selalu. Selalu tampak
tenang. Aku sendiri jadi cemburu bila tengok dia macam tu. dari mana dia
dapatkan ketenangan itu.
“ Baguslah. At least ada pengalaman.” Giliran mak aku pula
bersuara.
“ Saya balik sini bersebab makcik dan pakcik.”
Aku terus toleh ke arah dia.
“ Apa tu nak?”
“ Saya nak melamar Qilah.”
Tanpa berlengah, meja kecil di hadapan aku menjadi mangsa
tamparan aku.
Pang!
Semua di situ terkejut melihat dengan tindakan aku kecuali
dia. dia still tenang macam tadi. Aku dah bara dekat sini gara-gara dia.
“ Kau nak apa lagi? belum puas apa yang kau dah buat dekat
aku sebelum ni? Tak serik lagi ke? Aku dah serik la Han. Sudah-sudahlah tu!”
Gara-gara marah aku tak tersengaja meninggikan suara dekat dia.
“ Qilah!” Ayah sudah memberi amaran. Tapi aku still pandang
dia tajam.
“ Tak apa pakcik. Saya faham saya yang salah dalam hal ni.
Saya minta maaf bagi pihak saya sendiri.” Dia memohon maaf. Aku sudah tersenyum
sinis.
“ Tapi kamu bukannya sengaja. Kamu ada sebab. Kan…”
Belum sempat ayah aku nak sambung kata-katanya, Han terlebih
dahulu memintas dengan menggelengkan kepalanya dengan perlahan. Aku yang
melihat sudah mengerutkan dahi.
“ Salah saya pakcik. Biar lah Qilah tenang dulu. tapi niat
saya ikhlas. saya betul-betul nak jadikan dia isteri saya. Harap pakcik dan
makcik sudi. Saya tak kisah yang lain. Yang penting restu pakcik dan makcik.”
Bersungguh-sungguh sekali ketika dia meminta restu itu. aku
yang tengok jadi terdiam. Hati aku yang bara tadi terus rasa tenang. Arh! Dah
kenapa dengan aku ni?
“ Pakcik dan makcik setuju. Cuma..”
Mak dan ayah toleh ke arah aku. dia pun sama. Cuma aku masih
diam tanpa kata. Hanya jantung memainkan rentak saat ini. aku kehabisan idea nak
berkata. Ish!
“ Saya sanggup tunggu awak Qilah.”
Dan aku terus toleh ke arah mak. Kenapa dia mak?
**
Buat pertama kalinya semenjak 5 tahun lepas, aku kembali
menjejakkan kaki ke rumah Han. Aku setia berdiri di luar rumahnya. Tanpa
berbuat apa-apa. aku hanya melihat rumah yang kelihatan sunyi sepi itu dengan
hati yang berdebar. Dan hairan pun ada.
Rumah ni macam tak berpenghuni. Takkan Han duduk dekat lain?
Aku toleh sekeliling. Ya Allah. Rasa cuak tiba-tiba. Meremang bulu roma habis.
Macam ada orang sedang perhatikan aku. Tapi belum cuba belum tahu siapa ada
dekat dalam. Jadi aku gagahkan diri menekan loceng.
Ting tong!
Sepi! Sangat sepi! Aku terus memusingkan badan ke belakang.
Takut. Tapi lain pula aku lihat sekarang.
“ Argh!”
Aku terjerit kecil gara-gara terkejut. Selepas dengar tawa
dia barulah aku mengurut dadaku perlahan. Terkejut tak habis lagi.
“ Awak buat apa dekat depan rumah saya ni?” Soal Han dengan
senyuman kecil.
Aku terdiam. Takkan aku nak mengaku yang aku nak jumpa
dengan dia?
“ Erk.”
“ Rumah ni dah tak ada sesiapa duduk Qilah. Mujur saya ikut
awak selepas awak keluar dari rumah tadi. Tu pun mak awak yang cakap. Kalau
tidak saya tak tahu yang awak nak datang sini.”
Aku tersentak. Alahai! Malunya.
“ Jom la ikut saya.”
“ Nak ke mana?” Soalku dengan blur.
“ Rumah saya la.”
“ Tapi ni..” Aku toleh semula ke belakang. Memang nampak
macam tak berpenghuni langsung.
“ Itu bukan rumah saya lagi. It’s okay. Nanti saya cerita.
Jom ikut saya. Awak ikut belakang saya tau.”
Akhirnya aku hanya mengangguk dengan perasaan ingin tahu
yang kuat. Kenapa pula rumah ni tak ada orang? Besar kot.
**
“ Qilah. Saya tak tahu apa akan jadi selepas ini. Tapi saya
nak awak tahu ada seseorang yang sangat sayangkan awak di luar sana. Dia sedang
tunggu awak. Saya harap awak dapat terima dia.”
Tiba-tiba kata-kata Zam suatu ketika dahulu kembali bermain
dalam fikiran aku. Aku tersentak. Kata-kata itu hadir saat Han berdiri
betul-betul depan aku. Zam. Adakah Han yang awak maksudkan?
“ Maaflah. Adik saya ni suka sepahkan barang sikit.”
Aku terdiam. Aku hanya melihat dia mengangkat baju-baju
kotor serta kemaskan sikit ruang tamu itu. Aku melihat sekeliling. Simple saja.
Rumah orang bujang seperti dia dan adik dia tu. Rasanya tak perlulah nak
bermewah sangat. Kan?
“ Kak Qilah!”
Serentak kami berdua menoleh ke arah tangga. Ya! Itu dia
Muhammad Firas. Adik kepada Muhammad Farhan. Senyuman tipis aku hadiahkan
kepada dia. Dah besar panjang pun dia.
“ Along. Kenapa tak cakap yang kak Qilah nak datang?”
“ Along pun tak tahu dia nak datang. Firas duduklah berbual
kejap dengan kak Qilah. Along nak ke dapur kejap.”
Selepas dia berlalu, aku terus melabuhkan punggung di sofa
dan diikuti oleh Firas. Tersenyum saja aku tengok Firas sekarang ni. Dah jauh
beza sangat dari 5 tahun lalu. Agaknya apa khabar mak dan ayah dia ya.
“ Firas. Mak ayah mana?” Soalku ingin tahu.
Tapi, apa yang aku lihat sekarang. Riak wajah dia bertukar
terkejut dan muram. Mulutnya terkunci. Tak kata apa-apa. Diam. Aku pelik.
Kenapa pula ni?
“ Firas?”
“ Akak tak tahu ke?” Dia tersenyum hambar ke arah aku.
Aku menggelengkan kepalaku perlahan.
“ Tahu apa ni Firas? Ada sesuatu yang akak tak tahu ke?”
“ Akak datang sini sebab dah maafkan along ke?”
Aku tersenyum hambar. Maaf? Maybe. Kalau tidak aku tak
jejakkan kaki ke rumah dia. Maybe aku nak cari jawapan kenapa dia tak hadir
dulu.
“ Akak nak tahu kebenaran Firas. Akak nak tahu kenapa dia
tak hadir masa pertunangan kami dulu. Akak rasa akak yang terburu-buru dulu
sebab terus buang dan lupakan along kamu tu. Akak rasa akak perlu dengar
penjelasan dia juga. Akak tak nak jadi selfish.” Terangku dengan senyuman
kecil.
Firas tersenyum kecil. Tiba-tiba dia bangun dan melangkah ke
arah satu almari di ruang tamu tersebut. Aku perasan dia keluarkan sepucuk
surat. Tak tahu surat apa. selepas itu dia kembali duduk di tempatnya.
“ Nah. Untuk akak.”
Aku menyambut hulurannya itu dengan kerutan di dahi. Surat
apa ni?
“ Dari abang Zam untuk akak. Dia minta Firas berikan pada
akak bila akak benar-benar dah maafkan along. Akak bacalah. Firas ke dapur dulu
nak tolong along.”
Dengan tangan yang terketar-ketar, aku buka kertas itu dan
baca.
Ke hadapan tunang saya
yang disayangi.
Maaf sebab time awak
baca surat ni saya dah tiada. Saya juga harap awak betul-betul dah maafkan Han
atas kesilapan dia dulu. Tapi dia tak sengaja sayang. Saya tak tipu yang dia
betul-betul sayangkan awak. 4 tahun dia menjauh dari awak. Dan saya tahu sebab
dia tak hadir time pertunangan korang tu.
Sebenarnya, dalam
perjalanan, kereta orang tua Han terlibat dalam kemalangan. Dan kemalangan
tersebut boleh dikatakan kemalangan yang sangat teruk pada tahun tu. Kereta
mereka dilanggar sebuah treler. Tak cukup dengan tu, kereta-kereta yang turut
ikut untuk ke rumah awak terus rempuh kereta orang tua Han tanpa sempat tekan
brek. Semuanya berlaku mengejut.
Han dan saya selamat
sebab kami keluar lambat time tu. Bila kami baru keluar, kami dapat panggilan.
Terus kami menuju ke hospital. Memang time tu saya suruh Han telefon awak cakap
kenapa tak dapat hadir. Tapi emosi Han time tu sangat tak stabil. Dia sangat
sedih. Dia Cuma kata biarlah. Dia tak nak awak risau keadaan dia. dia tak nak
awak tahu perasaan dia time tu. saya cuba bantah. Tak patut biarkan bakal
tunang macam tu. Tapi dia hanya senyum. Lepas tu dia turut pengsan.
Aqilah. Semua orang
dah tahu mengenai berita ni sehari selepas dia tak hadir. Kecuali awak. kerana
awak terlalu sedih, marah dan kecewa. Semua bertindak untuk mendiamkan diri.
Han pun tak nak kacau awak dan nak biarkan awak hidup bahagia. Tapi dia tak pernah
lupakan awak sayang. Saya rasa itu saja yang saya mampu cakap. Saya pun dah
letih sangat ni. Haha.
But just one thing I
want you to know. I love you. Han also love you. Tapi hanya seorang saja dapat
miliki hati awak. Orangnya adalah dia. Tolong Qilah. Bukakan pintu hati awak
semula untuk dia. saya Cuma nak tengok awak bahagia dengan sepupu saya. Saya
pergi nanti tak lah rasa sedih sangat. Okay Qilah. Masa saya dah tak banyak.
Saya harap awak bahagia dengan Han.
Sincerely Zamarul.
Kertas itu terlepas daripada genggaman aku. Air mata turut
mengalir laju ke pipi. Bila terasa ada yang mendekati, aku terus mendongakkan
kepala. Firas. Dia dengan senyuman hambar melihat ke arah aku. Dia mengangguk
perlahan.
“ Itulah cerita sebenarnya akak. Rahsia terbesar yang along
simpan sampai sekarang.”
Aku menekup wajahku perlahan. Ya Allah! Kejamnya aku! Kenapa
aku tak tahu? Kenapa?
“ Firas! Qilah! Jemput minum!”
Han hadir bersama dulang minuman di tangan. Dia mendekati
kami dan meletakkan dulang dengan perlahan-lahan di atas meja. And then dia
terus melihat aku. dahinya jelas berkerut selepas tengok aku. Aku tahu dia
hairan kenapa wajah aku penuh dengan air mata.
“ Firas. Kau buat apa dekat akak?” Serius Han menyoal.
“ Bukan Firas.” Halangku sebelum dia menyalahkan Firas
sepenuhnya. Firas yang mendengar kata-kata aku itu tersenyum kecil. terus dia
berlalu naik ke atas. maybe nak beri ruang untuk kami.
“ habis? Awak okay ke tak ni?”
Aku tunduk dan mengambil semula surat tadi. Aku serahkan
pada dia. bila tengok dia baca, aku tahu dia tahu isi surat tu. perlahan-lahan
dia meletakkan surat itu di atas meja. Tajam dia merenung aku. tapi bibirnya
mula mengukirkan senyuman.
“ Jadi awak dah tahu? Aduhai. Kenapalah semua orang beritahu
awak?”
Han meraup wajahnya perlahan lantas melihat ke arahku.
“ Kenapa Han? Kenapa awak rahsiakan dari saya selama ini?
Saya berhak tahu Han!”
“ Sebab saya tak nak awak terlalu risaukan saya. Saya tak
nak awak bersimpati dengan keadaan saya. Saya tak nak itu semua. Dan kalau saya
beritahu pun, time tu awak dah bencikan saya. Mesti awak tak percaya.”
Luluh hati aku ketika mendengar dia kata begitu. Betul. Aku
mengaku. Dan rasanya aku tak patut salahkan dia.
“ Maafkan saya Han. Saya memang seorang yang kejam sebab tak
tahu semua ni. yang saya tahu, saya asyik nak salahkan takdir je. kenapa itu
kenapa ini. jahatkan saya?”
Air mataku kembali mengalir ke pipi. Kini, barulah aku rasa
lebih tenang saat tatap wajahnya. Aku rasa segala beban terlepas begitu saja.
Rasa lebih ringan. Rasa lapang dada ni. Ya Allah. Terima kasih.
“ Awak baik. Awak tak jahat. Saya yang jahat sebab pergi
macam tu je tanpa khabar berita.”
Han still mampu tersenyum. Aku pula asyik nak menangis je.
Malu la weh Qilah.
“ Qilah.”
Aku diam.
“ Awak dah boleh terima saya?”
Aku terpegun.
“ Awak dah tak marahkan saya kan?”
Aku tunduk.
“ Boleh awak terima cinta saya kembali?”
Aku tersenyum.
“ Saya nak balik.”
Adakah aku dah jatuh cinta balik dekat dia?
**
Kejap aku bangun. Kejap aku duduk. Kejap aku jalan. Kejap
aku diam. Macam-macam aku buat. Semuanya jadi serba tak kena. Risau pun ada.
Takut pun ada. Cuak pun sama. Lebih kuranglah semua tu.
“ Ya Allah! Boleh tak kau duduk diam-diam? Pening aku tengok
kau tau tak?”
Aku merengus geram. Dengan rasa tak rela hati. Aku duduk
diam-diam tepi katil tu.
“ Ha. Dah kenapa muka masam macam tu? kau ingat cantik?”
“ Rina!”
Terus dia ketawa selepas berjaya membuatkan aku geram. Huh!
Sengaja!
“ Rilekslah. Kali ni dia tentu akan datang. Jangan risau.
Benda yang sama takkan berulang sayang.”
Aku tersenyum hambar.
“ Aku ni terlalu kejam ke dekat dia Rina?”
Rina tersenyum dan duduk di sisi aku.
“ Tak sayang. Dia sayang kau. Kau pun sayang dia. So apa
masalahnya?”
“ Aku selalu buat dia macam-macam. Tapi dia tetap tenang
beb. Dia tak pernah merungut. Dia terima saja apa adanya. Kadang-kadang aku
rasa macam aku ni tak layak untuk dia.”
Tiba-tiba lenganku ditamparnya kuat.
“ Rina! Sakit!”
“ Tahu pun sakit. Kalau sakit jangan cakap macam tu lagi.
kang penampar pula aku bagi. Kau nak?”
Aku tersengih. Tahu salah sendiri.
“ Jangan lah kau nak cakap benda mengarut lagi ye. Jangan
fikir apa-apa dah melainkan doa agar majlis hari ini berjalan dengan lancar.
Ya? Kalau kau tak mahu pass kat aku.”
Rina pula yang ketawa bila tengok muka cemberut aku.
sengajalah tu.
“ Han sayang kau. Dia takkan sayang orang lain la weh. Dah.
duduk diam-diam. Buruk lah bila orang tengok. Nanti tak fasal-fasal suami kau
keluar balik.”
Giliran lengan dia menjadi mangsa aku. Puas! Tapi dia tak
sampai lagi ke? Ya Allah!
“ Dia dah sampai la. Dah habis akad pun. Sekarang aku nak
cakap yang dia sedang menuju ke sini. Sengaja aku lengah-lengahkan masa kau.
Jahat tak aku? Hahahaha.”
“ What?!”
Belum sempat aku nak tampar lengan Rina. Terjengul pula
kepala Han. Terdiam terus aku. Rina pula dah tersengih panjang. Tak guna punya
kawan!
“ Okay beb. Suami kau dah datang.”
Aku terdiam. Serta-merta jantung aku memainkan lagu.
“ Saya ingat saya akan kehilangan awak sekali lagi.”
Aku tunduk.
“ Alhamdulillah. Kita dah jadi suami isteri.”
Jari kananku dicapainya lantas menyarungkan cincin pada jari
manisku itu. bila tiba giliran aku, aku turut berbuat benda yang sama.
Sampailah aku tunduk salam tangan dia.
“ I will never let you again. I’m promise. Thanks Qilah and
thanks Zam.”
Dan serentak itu aku rasa sebak. Zam. Terima kasih.
**
“ Abang! Penat! Stop lah kejap!”
Weh! Mengah weh mengah! Gilalah suami aku ni. Joging ke
lari? Tahulah stamina dia lebih kuat dari aku. Tapi takkanlah jalan pun dah
macam joging. Laju kemain. Penat tau tak?!
“ Laaa. Baru satu round sayang.”
Dia kembali berpatah balik dan duduk di sisi aku. Letih! Aku
kerling dia geram. Dan sebab geram aku terus cubit lengan dia.
“ Ouch!”
“ Padan muka! Pergilah sana. Pergi. Biar je saya
sorang-sorang dekat sini. Pergilah!” Protesku lantas duduk jauh daripada dia.
Tiba-tiba aku terdengar tawa halus. Of course dari dia. Dan
tiba-tiba juga bahuku dirangkul kuat oleh dia. But, do I care? Merajuk ni
merajuk.
“ Ala isteri abang ni. comel sangat bila merajuk ye?”
Aku hanya mendiamkan diri. Tak mahu layan. Huh!
“ Nak abang bagi hadiah? Barulah tak merajuk dah.”
Belum sempat aku nak tanya, pipiku terlebih dahulu menjadi
kucupannya. Hampeh betul.
“ Eiii! Apa ni?! Pergi lah sana.”
Terus aku bangun dan berjalan meninggalkan dia. Aduhai.
Sabar je la dengan dia ni. Tapi bibir ni tetap nak tersenyum selepas apa yang
dia buat tadi. Terharu la juga.
“ I will never let you go right? So, just stay with me
dear.”
Terlalu dekat kata-kata itu ditelinga aku. aku tahu dia
sangat rapat ketika ini. sebab tangan dia pun dah menggenggam erat tangan aku.
so, aku biarkan je la.
“ Nak main game tak?” Soalku dengan sengihan jahat.
“ Apa?”
“ Kita lari sampai hujung sana. Siapa lambat kena belanja.
Deal?”
“ Okay. Deal. Jom.”
“ Okay. One… two…”
Belum sempat aku habiskan sampai nombor tiga. Aku terus lari
meninggalkan dia.
“ Sayang! Tak aci!”
“ Hahaha.”
Ya Allah. Aku bahagia sangat. Ternyata saat dia kembali
hadir dalam diri aku. Dia penyeri semula hidupku yang kelam selepas perginya
Zam dulu. Terima kasih Ya Allah. Terima kasih.
“ I got you!”
Pinggangku sudah dirangkul. Tapi aku tetap tersenyum.
“ Abang.”
“ Hmmm.”
“ Kenapa abang still tunggu saya?”
“ Sebab abang sayang isteri abang ni la. Even 4 tahun, abang
tak dapat lupakan sayang. Abang sentiasa doa yang sayang adalah jodoh abang.
Tapi bila abang dapat tahu sayang dah tunang dengan sepupu abang. Abang redha.
Abang undur diri. Tapi dalam diam Zam tu asyik pujuk abang balik sini dan pujuk
sayang balik.”
Aku terdiam. Tapi dia tersenyum ke arahku.
“ Rupanya dia dah tak lama. That’s why dia bersungguh sangat
ajak abang balik sini dan kahwin dengan sayang. And now I really thank to him.
Kalau tidak sampai sekarang kita dua takkan bersama. Kan?”
Aku tersengih. Aku terus merangkul lengannya.
“ Alhamdulillah. Dah jodoh kita. And thanks sebab tak pernah
give up untuk dapatkan hati Qilah balik.”
“ Of course. Cinta sejati abang kan?”
Aku tertawa kecil. Yela tu.
“ Abang.”
“ Yap.”
“ Busuklah! Haha.”.
“ Sayang!”
Dan kami berdua terus ketawa.
~Tamat~
best,sedih, sweet
ReplyDeleteUnpredictable... nice... loving it..
ReplyDeleteSalam. Sweet :) Salam
ReplyDelete