Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Monday 24 November 2014

Welcome back!

Assalamualaikum... 

Apa khabar semua? Sihat? Wah. Baru hari ni aku berpeluang menjejakkan kaki ke sini. Dan alhamdulillah juga sebab aku tengah cuti sem. So banyak masalah nak luangkan dekat sini. 






Ermm.. Agak-agak korang rindukan aku tak? Ahaha. Confrimlah tak kan? Hihi.. Anyway.. Untuk pengetahuan korang, aku tengah berusaha untuk siapkan satu cerpen. Cerpen ni sambungan kepada cerpen Jangan Cintai Aku. Di atas permintaan ramai , aku akan sambung cerita tu. 

Baru sikit je siap. Belum siap sepenuhnya lagi. Doakanlah agar aku ada banyak idea untuk menyambung kisah tu. Okay. Aku akan anggap tu satu cabaran untuk aku. Hihi. 

So.. Dah masuk musim cuti kan? Korang ke mana? Ke mana destinasi korang musim cuti ni? Atau belum rancang apa-apa? Hihi. Aku pula yang excited nak pergi bercuti jumaat ni. 

Sekali sekala nak la juga pi bercuti rehatkan minda bersama family tersayang. Ke mana? Ehem..ehem.. Rahsia babe! Hehe. Mana boleh gtau korang. Okaylah. bagitau satu tempat je. Selangor! Hihi. Ada lagi dua tempat tapi biarlah rahsia. 

Biasalah dah lama tak pergi bercuti. So jadi excited terlebih. Tambah-tambah final exam untuk sem 1 baru je lepas minggu lepas. Alhamdulillah. Aku berjaya harunginya walaupun ada soalan yang agak mencabar. Takut kena repeat. Huhu.. Apa-apa pun aku kena berdoa dan tawakal. Sebab aku dah berusaha. Hanya Allah yang tahu apa akan jadi seterusnya. 


Btw.. Nak bca tak? Sedikit dialog cerpen sambungan tu? Nak tak? Ceh! Aku tak perlu tanya pun korang memang nak. *perasan kau syimah* Hihi. Takpa. Aku bagila skit untuk korang. InsyaAllah esok lusa aku akan upload ke sini. 


****



“ Awak masih tak dapat lupakan dia kan?”

Mila tersentak besar. Tapi tak pula dia mendongak memandang Iman.

“ Siapa?” Mila buat-buat tanya.

“ Jangan nak berdalih Mila. Saya tahu awak masih sayangkan Haris kan?”

Mila mengetap bibir. Ya Allah. Sememangnya dia seorang kawan yang sangat faham perasaan aku. Iman. Semenjak aku masih kerja di sini, dialah yang banyak membantu aku dan sedia mendengar segala luahan hati aku. tapi maaf… Aku masih belum dapat buka hati untuk dia even aku tahu dia ada perasaan dekat aku.

“ Kenapa saya perlu ingat dia lagi? Dia dah tak ada apa-apalah dalam hidup saya Iman. Dia kisah silam saya.” Mila masih menafikan perasaan dia.

Iman tersenyum sinis.

“ Awak boleh tipu saya. Tapi awak tak boleh tipu hati awak. sejauh mana pun awak mengelak, awak tak dapat tipu yang awak masih sayangkan Haris. Saya tahu.”

“ Ya. Memang saya sedang rindukan dia tapi tak bermakna saya masih cintakan dia.” akui Mila.

Iman tersenyum hambar. Akhirnya dia mengaku juga.

“ Kenapa awak tak cari dia?”

“ Berhak ke saya untuk cari dia? jangan-jangan dia dah bahagia sekarang.”

“ Mana awak tahu dia bahagia? Jangan-jangan dia sedang cari awak sekarang. Awak mana tahu? Kalau dah jodoh, lari lah ke hujung dunia pun. Tetap akan bersama. Cuma awak ego Mila. Awak ego. Hanya kerana ayah dia tak suka awak. awak terus lari daripada dia. sepatutnya awak kena lawan dan harungi bersama dia. bukan lari macam pengecut ni. awak perlu berjuang Mila.”

Mila terbungkam. Air matanya mengalir lagi tanpa dipinta.

“ Awak tak tahu apa yang saya rasa! Awak tak pernah dihina sedemikian. Jadi mudahlah awak cakap macam tu!” Bentak Mila.

Apabila pintu lif terbuka, dia pantas melarikan diri daripada situ.

Iman yang melihat hanya mampu menggeleng. Sebab saya faham saya cakap macam tu Mila. Sebab saya sayang awaklah saya tegur awak. saya tak nak awak terseksa.

**

Okay. Puas? Mestilah tak puas. Haha. Siapa Iman tu? Dan adakah Iman akan bersama dengan Mila? Mila masih mencintai Haris? Haris dah berkahwin ke? Dah bahagia? 

Ops! Semua itu akan terjawab nanti. Just perlu bersabar dan menunggu ye. Hihi. 

So.. sampai di sini saja. Jangan lupa dan miss ye blog ni. Kalau tak terlepaslah anda untuk membaca sambungan kisah ni. hehe. Ok. Papai! >_<

No comments :

Post a Comment

Popular Posts

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers