Tapi sebelum tu aku nak minta maaf. Maybe sambungan cerpen JANGAN CINTAI AKU ni tak begitu memuaskan. Penat tau perah otak. Tapi hanya ini hasil yang mampu aku berikan untuk hampa. Ermm.. Tak guna aku terus berleter. Jadi teruskan baca. >_<
“ Macam mana kita nak buat ni cik? Semua orang rasanya dah
balik.”
Mila memicit perlahan dahinya sambil berfikir. Dia pening.
Bagaimana dia harus lakukan?
“ Macam ni lah. Kamu pergi buat laporan tu semula. Lepas dah
siap kamu letak atas meja saya. Saya nak pergi cari stok barang tu. Nak tengok
kalau masih ada. Harap-harap adalah. Kalau barang tu ada, senanglah kerja kita.
Kita terus je hantar dekat syarikat tu.” Mila memberikan arahan. Hanya itu saja
jalan penyelesaian yang dia dapat cari.
“ Baik cik.”
Mila mencapai telefon bimbit yang berada dalam begnya.
Lantas dia mendail nombor rumah.
“ Helo. Assalamualaikum. “
“ Waalaikumussalam. Nek. Mila ni.”
Mila melangkah ke arah lif untuk menuju ke stor. Dia perlu
cepat. Kalau tidak syarikat tu akan tarik balik pelaburan dia.
“ Kamu ada dekat mana Mila? Dah pukul 8 ni. Banyak lagi ke
kerja kamu tu?”
“ Nenek. Mila lambat sikitlah. Nenek makan dulu. Nenek
jangan tunggu Mila balik tau. Sebab ada masalah sikit yang perlu Mila
selesaikan. Nenek okay kan? Arish ada dekat situ tak?”
Apabila pintu lif terbuka, dia terus masuk dan tekan butang
lif untuk ke tingkat paling bawah.
“ Arish ada. Kenapa?”
“ Bagi telefon dekat Arish kejap. Mila nak cakap sikit
dengan dia.”
Ting!
Pintu lif pun terbuka. Tanpa berlengah, Mila pantas bergegas
ke bilik stor. Di mana kebanyakan stok barang yang nak habis tersimpan dekat
situ. Dia perlu cepat.
“ Helo.”
“ Helo Arish. Akak nak minta tolong sikit daripada kamu ni.
Tolong jaga nenek. Jangan lupa bagi nenek makan ubat sebelum tidur. Kalau boleh
kamu duduk situ sampai akak balik. Boleh kan?”
“ Okay kak. Akak lambat lagi ke? Kalau lambat Arish nak stay
je sampai pagi esok. Esok pagi baru Arish gerak balik KL.”
“ Akak pun tak tahulah. Kalau Arish rasa boleh stay. Akak
sangat-sangat bersyukur.”
“ Jangan risau kak. Nenek tu dah Arish anggap macam nenek
Arish juga. Akak buatlah kerja akak tu. Jangan balik lewat sangat. Arish letak
dulu. Assalamualaikum.”
“ Okay. Terima kasih Arish. Sama-sama.”
Mila menghembus nafas lega. Mujurlah adik angkatnya tu ada.
Kalau tak dia tak tahu nak buat macam mana. Dahlah nenek tinggal seorang dekat
rumah tu. kalau dia tiada nenek keseorangan. Ya Allah. Lindungilah mereka.
Mila membuka pintu stor dan membuka lampu. Terhambur keluhan
kecil daripada mulutnya. Banyaknya barang. Agaknya sampai pagi esok pun belum
tentu aku akan jumpa. Haish! Kau tak boleh macam ni Mila. Mana semangat kau?
You can do it Mila!
Tanpa melengahkan masa, Mila memulakan misi pencariannya.
Dari kiri dia ke kanan. Sampai terpaksa tunduk ke bawah meja. Terlalu banyak
kotak kosong yang perlu dia buka. Sampai satu tahap dia rasa nak nangis je.
Sebab barang yang dia nak belum dijumpai.
“ Astagfirullah!”
Mila mengurut dadanya perlahan apabila tiba-tiba ada seekor
tikus lalu di depan matanya. Ya Allah. Buat aku terkejut je tikus ni.
“ Mana ni? ya Allah. Bantulah aku. Nak cari sekotak ja pun.
Tapi tu pun.. Allah!”
Mila menyeka peluh yang mula menitis. Kotak tu kecil. tapi
dekat sini banyak kotak besar. Tak salah aku rantai tu masih ada. Satu lagi je
yang tinggal. Tapi diorang letak mana?
“ Boleh saya tolong?”
“ Astagfirullah!”
Mila mengurut dadanya perlahan apabila secara tiba-tiba disergah. Dua
kali dah. Mahu aku pengsan juga kot nanti.
“ Maaf.”
Mila menoleh ke belakang. Dia buat muka geram. Rasa nak
tumbuk je muka dia tu. huh!
“ Cari apa?”
“ Cari kotak kecil warna merah. Dalam tu ada rantai.” Ujar
Mila sambil meneruskan pencariannya.
“ Biar saya tolong. Saya tengok dah nak dekat setengah jam
awak cari.”
“ mana awak tahu saya ada dekat sini?”
“ Luqman beritahu. Dia pun sedang gigih siapkan sesuatu.
Kenapa awak tak beritahu saya?”
“ Saya ingat awak dah balik.”
Akhirnya, mata Mila tertancap pada satu kotak merah yang
berada jauh bawah meja komputer. Dia tunduk dan mencapai kotak tersebut.
Apabila dibuka, dia mengucap syukur.
“ Alhamdulillah. Akhirnya jumpa juga. Terima kasih ya
Allah.”
Tanpa disedari, air matanya mengalir. Tanda dia amat
bersyukur.
“ Kenapa nangis?” Soal Iman pelik.
“ Awak duk diam sudah. Jom kita keluar. Saya nak balik cepat
ni.”
Baru sahaja Mila nak melangkah keluar, dia terpijak sesuatu.
“ Eh?”
Mila tunduk lalu mengambil benda yang dipijaknya sebentar
tadi.
“ Eh? Datang dari mana getah rambut berbunga tu. Cutenya.”
Mila tersenyum hambar.
Tiba-tiba dia teringat seseorang yang ada kaitan dengan
getah rambut ni.
**
“ Awak? apa yang awak beli tu?”
Mila menegur apabila daripada tadi Haris asyik leka
memandang plastik hitam tersebut. Dah serupa orang angau.
“ Nak ke?” Duga Haris dengan sengihan.
“ Kenapa? Nak bagi ke? Saya okay je.”
Haris tersenyum lantas memberikan bungkusan kecil itu pada
Mila.
“ Memang untuk awak pun. Nah. Jangan bagi hilang tau. Jaga
baik-baik.”
Mila menjongket kening. Apa benda la.
“ Ha? Getah rambut? Berbunga pula tu.” Mila menyoal dengan
kerutan di dahi.
“ Hehe. Awak mesti comel kalau ikat rambut guna getah rambut
tu. jadi macam budak-budaklah sikit. Hihi.”
Mila terus tampar bahu Haris yang sedang ketawa itu.
“ Cis! Awak ni…”
“ Ingat tau. Pakai dan jaga baik-baik. Ikhlas tu.”
“ Okay fine!”
**
“ Mila? Hey! Kenapa ni?”
Mila tersedar sebaik saja disergah Iman. Dia pantas menyeka
air mata yang ingin mengalir itu. ya Allah. Kenapa aku teringatkan dia lagi.
Dia dah bahagia. Mungkin sudah melupakan aku. jadi buat apa aku ingatkan dia
lagi?
“ Jom balik.” Ajak Mila lantas menuju ke arah lif.
“ Awak okay ke tak?”
“ Okay je. jangan risau.”
Sememangnya dia amat merindui lelaki itu. sepanjang tiga
tahun ini, dia gagal untuk melupakan lelaki itu. Tapi dia bersyukur kerana dia
dapat buat hidup lelaki itu bahagia. Dia tahu itu yang terbaik buat diri Haris.
Walaupun dia tak tahu apa yang terjadi pada Haris. Dia sentiasa doakan yang
terbaik untuk Haris.
“ Awak. saya nak cakap sikit boleh?”
“ Cakap jelah. Semenjak bila nak minta izin ni?”
Mila tunduk memandang lantai. lambat pula lif ni nak naik.
Aku dah rasa lain macam je ni.
“ Awak masih tak dapat lupakan dia kan?”
Mila tersentak besar. Tapi tak pula dia mendongak memandang
Iman.
“ Siapa?” Mila buat-buat tanya.
“ Jangan nak berdalih Mila. Saya tahu awak masih sayangkan
Haris kan?”
Mila mengetap bibir. Ya Allah. Sememangnya dia seorang kawan
yang sangat faham perasaan aku. Iman. Semenjak aku masih kerja di sini, dialah
yang banyak membantu aku dan sedia mendengar segala luahan hati aku. tapi maaf…
Aku masih belum dapat buka hati untuk dia even aku tahu dia ada perasaan dekat
aku.
“ Kenapa saya perlu ingat dia lagi? Dia dah tak ada
apa-apalah dalam hidup saya Iman. Dia kisah silam saya.” Mila masih menafikan
perasaan dia.
Iman tersenyum sinis.
“ Awak boleh tipu saya. Tapi awak tak boleh tipu hati awak.
sejauh mana pun awak mengelak, awak tak dapat tipu yang awak masih sayangkan
Haris. Saya tahu.”
“ Ya. Memang saya sedang rindukan dia tapi tak bermakna saya
masih cintakan dia.” akui Mila.
Iman tersenyum hambar. Akhirnya dia mengaku juga.
“ Kenapa awak tak cari dia?”
“ Berhak ke saya untuk cari dia? jangan-jangan dia dah
bahagia sekarang.”
“ Mana awak tahu dia bahagia? Jangan-jangan dia sedang cari
awak sekarang. Awak mana tahu? Kalau dah jodoh, lari lah ke hujung dunia pun.
Tetap akan bersama. Cuma awak ego Mila. Awak ego. Hanya kerana ayah dia tak
suka awak. awak terus lari daripada dia. sepatutnya awak kena lawan dan harungi
bersama dia. bukan lari macam pengecut ni. awak perlu berjuang Mila.”
Mila terbungkam. Air matanya mengalir lagi tanpa dipinta.
“ Awak tak tahu apa yang saya rasa! Awak tak pernah dihina
sedemikian. Jadi mudahlah awak cakap macam tu!” Bentak Mila.
Apabila pintu lif terbuka, dia pantas melarikan diri
daripada situ.
Iman yang melihat hanya mampu menggeleng. Sebab saya faham
saya cakap macam tu Mila. Sebab saya sayang awaklah saya tegur awak. saya tak
nak awak terseksa.
**
Matanya tak lepas memandang perilaku Mak Siah yang sedang
sibuk di dapur ketika. Mata ja tengok tapi fikiran melayang entah ke mana.
Kejap-kejap senyum. Kejap-kejap muram. Sampai naik hairan Mak Siah dibuatnya.
“ Dah kenapa dengan cucu nenek yang sorang ni.” Suara Mak
Siah setelah lama berdiam diri.
“ Tak ada apa-apa. Arash dah balik sana ke?” Mila mencapai
roti lalu memasukkannya ke dalam mulut.
“ Ada lagi. Entah bangun lagi ke tak nenek pun tak tahu.
Kamu bila nak pergi kerja? dah lewat ni. selalunya masa la kamu dah gerak.”
“ Cuti. Mila ambil cuti sehari. Penat asyik hadap
kotak-kotak ja.”
Mila ambil cuti bukan sebab itu. Tapi sebab Iman. Dia rasa
bengang dan malu dengan Iman. Gara-gara hal semalam.
“ Assalamualaikum nek. Akak.” Arash pun muncul bersama
senyuman.
“ Bangun pun kau. Akak ingat tak bangun lagi. Pukul berapa
nak bertolak balik ke KL?” Soal Mila lantas menghabiskan sarapannya.
“ Kejap lagi nak balik la ni. Papa dan mama jemput akak dan
nenek ke sana. Katanya rindu.”
Mila tersenyum kecil.
“ Nenek okay je Arash. Akak kamu ni je yang tak nak. Kejap
busylah. Kejap penatlah. Macam-macam alasan dia.”
Mila tersengih. Tahu yang neneknya tengah menyindirnya. Ada
sebab mengapa dia tak mahu menjejakkan kaki ke KL. Sebab siapa lagi kalau bukan
Haris. Dia takut terserempak dengan Haris. Dia tak nak.
“ Ala kak. Jomlah. Papa dan mama rindu akak ni. katanya dah
lama tak jumpa. Ni pun nasib baik Arash datang. Tu pun sebab ada hal. Kalau tak
bila lagilah nak jumpa. Ya tak nek?”
“ Betul tu Arash. Entahlah. Akak kamu ni degil sangat. Nenek
pun tak tau nak kata apa dah.”
Mila tunduk memandang jari. Haih.. Rasa serba salahlah pula.
“ Tapi kita pergi sehari je. tak nak tidur sana. Esok akak
kerja. boleh?” Akhirnya Mila mengalah. Dia tak nak terlalu ikutkan ego dan rasa
takut. Sampai bila dia harus lari? Kalau dah takdir Allah dia akan dipertemukan
dengan Haris. Dia tak dapat mengelak.
“ Yeay! Akhirnya. Dah..nenek dan akak cepat pergi siap.
Arash tunggu dekat luar.”
Badan Mila ditolak Arash dengan senyuman. Mila pula hanya
menggeleng melihat telatah adik angkatnya itu.
“ Akak tahulah. Ingat akak ni patung ke?”
“ hehe…”
**
Dua jam telah pun berlalu semenjak dia sampai ke rumah orang
tua angkatnya itu. sebenarnya dia tak sangka dia akan ada keluarga angkat.
Semua ni berlaku terlalu cepat. Semuanya kerana Arash.
Setahun yang lalu, Mila telah berjaya selamatkan Arash
dengan mendermakan darah pada Arash. Kerana masa tu Arash kemalangan dan
kehilangan banyak darah. Tak tahu kenapa dia tergerak hati untuk mendermakan
darahnya pada Arash. Dan mulai pada hari tu, keluarga Arash terus ambil dia
sebagai anak angkat. Arashlah orang paling bahagia masa tu. dia sendiri pun tak
sangka. Alhamdulillah.
“ Termenung apa tu Mila?” Muncul Puan Hayati bersama
senyuman.
“ Eh mama. Tak adalah. Cuma teringat sesuatu.” Mila membalas
senyuman ibu angkatnya itu.
“ Teringatkan siapa? buah hati erk?”
Mila tersenyum pahit. Buah hati?
“ Mana ada buah hati mama. Mila still single. Lagipun tak
ada siapa pun yang nakkan Mila ni.”
Mila tersenyum dalam kepahitan. Tiba-tiba muncul satu wajah
difikirannya. Haris!
“ Mila je yang terlalu merendah diri ni. Ada je yang nak.
Kan?” bahu anaknya itu dirangkul erat.
“ Mama. Terima kasih. Mila beruntung kerana mama sudi ambil
Mila sebagai anak angkat. Dapat juga Mila merasa kasih sayang seorang ibu
setelah lama tidak merasa. Terima kasih mama.” Ujar Mila dengan nada sayu. Dia
sedih dan terharu.
“ Mama yang sepatutnya ucap terima kasih. Kalau Mila tak ada
masa tu. Maybe Arash dah tiada dalam dunia ni. terima kasih sayang.”
Akhirnya Mila memeluk erat ibunya dengan linangan air mata.
Sememangnya dia seorang wanita yang murah dengan air mata. Tapi dengan air mata
jugalah dia berjaya bangun dan kuatkan dirinya semula.
“ Mama. Akak. Arash nak bawa akak pergi ronda KL. Boleh
tak?”
Mila meleraikan pelukan dan menyeka air mata yang mengalir
tadi. Dia tersenyum pada Arash.
“ Nak pergi mana? Jangan bawa jauh-jauh. Nanti lewat pula
balik.” pesan Puan Hayati.
“ Baik boss! Jom akak.”
Mila hanya mengangguk lantas menyalami Puan Hayati.
Tudungnya yang senget itu diperbetulkan sebelum masuk ke dalam kereta. Ya
Allah. Tolong bawa pergi kesedihan ini. aku tak nak percutian hari ni berlalu
dengan rasa kecewa.
**
Senyum, senyum selalu
Senyum, senyum denganku
Tiada seindah senyuman
Senyum, senyum denganku
Tiada seindah senyuman
One, two, three, four.
Mila tertarik apabila mendengar lagu itu. Lantas dia
menguatkan volume suara. Arash di sebelah sudah turut serta menyanyi. Mila
tersenyum.
Pagiku mula dengan
cinta
Cintaku dengan gitar lama
Hari-hariku hanya denganmu
Nyanyi sama o-o-o-o-oh...
Terus bergerak jumpa teman
Singgah sebentar supermarket
Terlihat gadis muka yang manis
Nyanyi sama o-o-o-o-oh...
Denganku, denganmu
Ku berdiri di sini
Dan kau kau kau berdiri di sana
Tak perlu kau katakan apa lagi
Jika kau teru-u-us
Senyum, senyum selalu
Senyum, senyum denganku
Tiada seindah senyumanmu, wo-o-oh
Senyum, tak perlu ragu
Senyum, usah dibimbang
Tiada seindah senyumanmu
Bukan maksud tuk memikat
Tapi kalau kau terpikat
Ku tak kisah, apa salahnya
Kalau dah pandang jangan malu
Tidak salah tuk mengenali
Siapa kata kamu tak cantik kalau senyum? (tiada masalah)
Siapa kata aku mengata kalau senyum? (tiada masalah)
Ok, tiada masalah
Tiada masalah
Ku berdiri di sini
Dan kau kau kau berdiri di sana
Tak perlu kau katakan apa lagi
Jika kau teru-u-us
Senyum, senyum selalu
Senyum, senyum denganku
Tiada seindah senyumanmu, wo-o-oh
Senyum, tak perlu ragu
Senyum, usah dibimbang
Tiada seindah senyumanmu
Bukan maksud tuk memikat
Tapi kalau kau terpikat
Ku tak kisah, apa salahnya
Bukan maksud tuk memikat
Tapi kalau kau terpikat
Ku tak kisah, apa salahnya
Aku senyum, kau senyum
Dunia turut senyum
Senyumlah bersama
Senyumlah semua
Dunia turut senyum
Senyum bersama semua
Senyum, senyum
Tiada seindah senyumanmu
Senyum, senyum selalu
Senyum, senyum denganku
Tarapapapa
Senyum
Tarapapapa
Bukan maksud tuk memikat
Tapi kalau kau terpikat
Ku tak kisah, apa salahnya
Bukan maksud tuk memikat
Tapi kalau kau terpikat
Ku tak kisah, apa salahnya
Cintaku dengan gitar lama
Hari-hariku hanya denganmu
Nyanyi sama o-o-o-o-oh...
Terus bergerak jumpa teman
Singgah sebentar supermarket
Terlihat gadis muka yang manis
Nyanyi sama o-o-o-o-oh...
Denganku, denganmu
Ku berdiri di sini
Dan kau kau kau berdiri di sana
Tak perlu kau katakan apa lagi
Jika kau teru-u-us
Senyum, senyum selalu
Senyum, senyum denganku
Tiada seindah senyumanmu, wo-o-oh
Senyum, tak perlu ragu
Senyum, usah dibimbang
Tiada seindah senyumanmu
Bukan maksud tuk memikat
Tapi kalau kau terpikat
Ku tak kisah, apa salahnya
Kalau dah pandang jangan malu
Tidak salah tuk mengenali
Siapa kata kamu tak cantik kalau senyum? (tiada masalah)
Siapa kata aku mengata kalau senyum? (tiada masalah)
Ok, tiada masalah
Tiada masalah
Ku berdiri di sini
Dan kau kau kau berdiri di sana
Tak perlu kau katakan apa lagi
Jika kau teru-u-us
Senyum, senyum selalu
Senyum, senyum denganku
Tiada seindah senyumanmu, wo-o-oh
Senyum, tak perlu ragu
Senyum, usah dibimbang
Tiada seindah senyumanmu
Bukan maksud tuk memikat
Tapi kalau kau terpikat
Ku tak kisah, apa salahnya
Bukan maksud tuk memikat
Tapi kalau kau terpikat
Ku tak kisah, apa salahnya
Aku senyum, kau senyum
Dunia turut senyum
Senyumlah bersama
Senyumlah semua
Dunia turut senyum
Senyum bersama semua
Senyum, senyum
Tiada seindah senyumanmu
Senyum, senyum selalu
Senyum, senyum denganku
Tarapapapa
Senyum
Tarapapapa
Bukan maksud tuk memikat
Tapi kalau kau terpikat
Ku tak kisah, apa salahnya
Bukan maksud tuk memikat
Tapi kalau kau terpikat
Ku tak kisah, apa salahnya
Mila mengerling ke kiri. Arash sudah tersenyum puas selepas
menyanyikan lagu tadi. Aku pun jadi nak
senyum selepas dengar lagu tadi. Comel je.
“ Jadi.. akak senyumlah macam penyanyi tadi kata ye? Kerana senyumamu
yang manis dan indah.”
Mila tertawa kecil.
“ amboi. Pandai dah dia.”
Arash tersengih sambil menggaru keningnya.
“ Kita nak ke mana?”
Mila tengok sekeliling. Dah masuk kawasan taman ni. besar
dan ramai orang. Macam best je.
“ Dah sampai pun. Jom.”
Mila keluar daripada kereta dan mengikut langkah Arash. Wah!
Rasa tenang je bila ada dekat sini. Bebas tanpa masalah.
“ Kita ambil tempat strategik sikit okay?” Mila hanya
mengangguk. Apa-apa jelah Arash oii.
Akhirnya, Arash ambil tempat tepat di hadapan tasik yang
nyaman bila dipandang.
“ Okay. Akak duduk sini. Arash duduk sini.”
Kami duduk saling bertatapan. Mila sendiri tak tahu apa yang
ingin dilakukan Arash tapi dia hanya menurut.
“ Okay… Jadi?” Mila menyoal dengan kerutan di dahi.
“ Arash nak kenalkan akak dengan seseorang. Akak tunggu
kejap.” Mila terdiam. Patutlah ceria je tadi. Adoi Arash ni.
“ Assalamualaikum.”
“ Waalaikumussalam.”
Muncul seorang perempuan bertudung ke arah mereka dengan
senyuman manisnya itu. Mila memandang mereka berdua silih berganti lantas
tersenyum. Pandai Arash pilih.
“ Buah hati Arash erk?” Usik Mila.
“ hehe. Nampak gayanya macam tu lah.” Mila tertawa kecil.
“ Dah. Duduk. Jadi tujuan Arash bawa akak ke sini?”
“ Nak minta restu akak dan nak tunjuk dekat akak siapa orang
yang berjaya menambat hati Arash.”
Mila tersenyum lagi.
“ Kenapa mesti akak? Papa dan mama?”
“ Mereka dah tahu lebih awal. Sekarang giliran akak. Maaf
beritahu lambat.”
Mila merenung perempuan di sebelah Arash dengan senyuman.
Dalam hati dia rasa bersyukur kerana Arash pandai pilih. Pada masa yang sama
dia teringat seseorang. Argh! Dia lagi!
“ Mereka okay ke?”
“ Alhamdulillah okay.”
“ Kalau mereka okay akak pun okay. Tapi ingat! Jaga batas
pergaulan kamu berdua. Selagi belum halal selagi tu ada batas-batasnya. Faham?”
“ baik maam!”
Akhirnya kami sama-sama ketawa. Ya Allah. Semoga jodoh
mereka berkekalan. Jangan lah mereka jadi macam aku. Aku tak nak mereka derita.
“ Akak tiba-tiba rasa nak makan ais krim. Ermm.. siapa nama
buah hati Arash ni? lupa pula tanya.”
“ Syafika.” Alahai. Lembutnya suara. Patutlah Arash
terpikat.
“ Ha Fika. Jom teman akak beli ais krim. Arash duduk sini.
Jangan ke mana-mana.”
“ Okay!”
Aku melihat Syafika dengan senyuman kecil.
“ Akak harap Syafika mampu jadi yang terbaik untuk Arash.
Kalau bergaduh tu perkara biasalah. Tanda sayang kan?” Sempat lagi Mila berikan
pesanan untuk mereka berdua.
“ Terima kasih kak.” Syafika mengucapkan terima kasih pada
Mila kerana sudi berikan nasihat.
“ Okay. Dah Syafika pilih nak yang mana. Akak belanja.”
“ Ermm.. vanillah kak. Arash tu coklat.”
“ Okay. Pakcik. Vanila dua. Coklat satu.” Pesan Mila lantas
bergerak ke tepi bagi memberikan laluan pada orang di belakangnya untuk membuat
pesanan.
“ Pakcik. Vanila satu.”
Mila yang sedang elok tersenyum tadi terus mati senyumannya.
Dia terkejut mendengar suara itu. suara yang telah lama dia tidak dengari.
Dengan rasa takut dia menoleh ke belakang.
“ Mila!”
Mila tersentak. Ya Allah. Haris!
“ Mila? Mila kan?”
Tanpa berlengah, Mila menarik tangan Syafika untuk berlalu
daripada situ. Ya Allah. Inilah yang aku paling takutkan.
“ Mila!”
Mila pantas menyeka air matanya yang mengalir tadi. Dia tak
nak bertembung dengan Haris lagi. Dia tak nak!
“ Akak?”
Arash terkejut melihat wajah Mila yang basah dengan air mata
itu. dia melihat Syafika tapi Syafika hanya menjongketkan bahu tanda tidak
tahu.
“ Arash. Hantar akak balik. akak rasa tak sihat. Syafika
ikut sekali.”
Tanpa menunggu jawapan Arash, Mila berlalu ke kereta. Dia
tak nak Haris jumpa dia dan halang dia pergi.
Tapi semuanya dah terlambat. Baru saja Mila nak melangkah
pergi, tangannya terlebih dahulu diraih oleh seseorang. Langkah Mila terus
terhenti. Ya Allah! Mila memejamkan matanya erat. Dia tahu siapa yang menarik
tangannya itu.
“ Abang Haris!”
Mila tersentak. Arash kenal?
“ Arash. Tinggalkan kami berdua. Nanti abang hantar akak
balik.”
Mila mengetap bibir kuat. Ya Allah. Betapa kecilnya dunia
ini. tak sangka mereka saling mengenali.
“ Mila. Please…”
Haris melepaskan pegangannya dan lantas berdiri tepat di depan
Mila. Ternyata Mila dah banyak berubah.
“ Apa.. apa awak buat dekat sini?” Mila masih tak mampu
untuk bertentang mata dengan Haris. Dia takut Haris perasan akan perasaannya
saat ini.
“ Awak apa khabar? Sihat?” Tajam Haris merenung dirinya saat
itu. Sememangnya Haris sangat merindui Mila. Hanya Allah yang tahu betapa dia
berusaha mencari Mila selama ini.
“ Erk.. saya sihat je. awak?” Mila masih tunduk memandang
tanah. Perasaannya saat ini jangan cakaplah.
“ Tak. Luaran memang nampak sihat. Tapi dalaman tak. Hati
saya tak sihat awak. saya rindukan awak. terlalu rindu. Dah lama saya cari
awak. saya langsung tak pernah berputus asa untuk mencari awak. dan
alhamdulillah. Allah pertemukan kita hari ini. dan tak sangka Arash kenal
awak.”
Mila terdiam.
“ Untuk apa awak cari saya lagi? Kan saya dah kata jangan
cari saya lagi. Saya tak bermakna apa-apa pun untuk awak Haris. tolonglah!
Tolong jangan muncul depan mata saya lagi.”
Mila ingin melarikan diri daripada situ tetapi dia gagal.
Haris sedaya upaya menghalang agar Mila tak berjaya melarikan diri.
“ Ya. Betul. Awak yang suruh saya jangan cari awak. tapi itu
awak. bukan saya. Kalau saya dah kata sayang dan cintakan awak. itu bermakna
selama-lamanya saya akan tetap cinta awak. that’s why saya tak penat cari awak
Mila. Saya tahu awak pergi sebab kata-kata ayah saya kan?”
Mila terdiam lagi.
“ Saya minta maaf bagi pihak ayah saya. Dia dah menyesal
awak. Dia dah terima balasan daripada Allah. Selepas awak pergi hampir seminggu.
Dia tiba-tiba diserang strok. Dan sekarang dia hanya mampu duduk melihat dan
mendengar. Dia dah lumpuh dan tak mampu untuk bercakap.”
Mila terbungkam. Ya Allah.
“ Dia juga yang suruh saya cari awak. dia nak minta maaf.
Dia rasa sangat berdosa sebab buat awak macam tu. dia tahu dia salah.”
Mila sudah tak mampu untuk menahan air matanya daripada
mengalir. Ya Allah. Adakah ini salah satu petunjukMu? Adakah benar dia jodohku
ya Allah?
“ Mila. Percayalah… Sejauh mana pun awak lari. Saya tetap
takkan lepaskan awak. saya cintakan awak. Dan sebab Allah suruh saya jangan
berputus asa untuk cari awak, saya jumpa juga.” Haris tersenyum kecil. dia rasa
bahagia sungguh saat ini. ternyata usahanya selama ini tidak sia-sia.
“ Mila..”
“ Maaf. Saya nak balik.”
Belum sempat Haris nak menghalang, Mila terlebih dahulu
melarikan diri daripada situ. Berlari dengan linangan air mata.
Haris hanya mampu melihat daripada jauh. Dia tahu hati Mila
sakit selama ini. Mata Mila tak dapat menipu.
‘ Ya Allah. Terima kasih kerana pertemukan kami kembali. Aku
tahu dia jodoh yang kau sampaikan buatku. Ya Allah. Tolong lembutkan hati dia
agar terima aku. Aku terlalu sayangkan dia.’
**
“ Mila. Percayalah… Sejauh mana pun awak lari. Saya tetap
takkan lepaskan awak. saya cintakan awak. Dan sebab Allah suruh saya jangan
berputus asa untuk cari awak, saya jumpa juga.”
Kata-kata itu terus bermain dalam fikirannya. Dah seminggu
berlalu semenjak peristiwa itu. Tapi dia masih tak dapat lupakan wajah dan
kata-kata Haris tempoh hari. Ya Allah. Terubat rindu aku pada dia.
“ Awak.”
Mila yang ralit termenung tadi tersedar apabila ditegur
seseorang.
“ Eh? Iman. Bila masa awak masuk?”
Mila buat-buat membelek dokumen. Sedangkan dia langsung tak
dapat tumpu pada kerja saat ini. fikirannya bercelaru semenjak pertemuannya
dengan Haris tempoh hari.
“ Dah lama saya ketuk pintu tadi. Tapi tak menyahut. Jadi
saya masuk je lah. Awak ni okay ke tak?”
Iman duduk di depan Mila dengan kerutan di dahi. Dia tahu
Mila ada masalah. Sebab daripada semalam lagi apa saja yang Mila buat ada ja
yang tak kena.
“ Saya okay. Maybe penat sikit. Sebab kerja banyak kan?
Kenapa awak tak balik lagi?”
Mila merenung ke luar tingkap. Hatinya tiba-tiba rasa rindu
pada seseorang. Ya Allah. Adakah dia turut merindui diriku?
“ Mila.. Awak masih cintakan dia?” Mila tersentak apabila
tiba-tiba Iman tanya soalan sebegitu.
“ Kenapa awak tanya?”
“ Sebab saya nak tahu.”
“ Perlu ke awak tahu? Saya masih cintakan dia ke tak ke. Dah
tak ada maknanya Iman. Saya tak layak untuk digandingkan dengan dia. itu kisah
lalu. Saya tak nak ungkit lagi.” Mila tunduk memandang kaki.
“ Tapi saya ada. Saya cintakan awak Mila.” Akhirnya, Iman
berjaya meluahkan apa yang dia rasa selama ini. Yang dia pendam selama ini.
Mila tersentak lantas terbangun daripada kerusi. What?
“ Benar. Saya tak tipu. saya cintakan awak Mila. Sudi tak
awak jadi suri hati saya?”
Mila terdiam. Ya Allah. Kenapa semua ini harus terjadi?
Kenapa Kau benarkan dia cintakan aku. aku tak nak Ya Allah. Sememangnya saat
ini hati aku tak dapat terima orang lain lagi selain dia.
“ Tapi saya…” Kata-kata Mila terhenti apabila matanya
menangkap satu kelibat. Kelibat yang dia baru terfikir tadi. Dan kelibat itu
masuk ke dalam bilik kerjanya.
“ Mila..”
Iman dan Mila. Masing-masing terkedu melihat kehadiran insan
itu. Macam mana Haris tahu keberadaan Mila?
“ Mila? Siapa ni?” Soal Iman dengan tanda tanya.
“ Aku Haris. Bakal suami Mila.” Haris memperkenalkan
dirinya. Iman yang mendengar terkedu seketika.
“ Maafkan aku. Tapi dia cintakan aku bukan kau. Walaupun dia
boleh tipu orang lain tapi tidak aku. Aku dah kenal dia lama. Dan mulai saat
ini aku takkan lepaskan dia lagi.”
Haris tersenyum kecil dengan riak yang tenang. Matanya
langsung tak berkalih daripada melihat Mila. Mila sangat terkejut saat ini.
“ Aku Iman. Dan tahniah kerana kau berjaya jumpa dia. aku
doakan kebahagian korang berdua. Aku pun tahu dia masih cintakan kau. Aku harap
lepas ni tiada lagi halangan daripada korang berdua.” Ujar Iman sebelum berlalu
daripada situ.
Mulai saat ini dia hanya mampu berdoa yang terbaik untuk
Mila. Walaupun dia sakit menahan rasa cinta itu tapi dia sanggup berkorban. Itu
semua demi kebahagiaan Mila. Mila.. Saya harap awak bahagia dengan Haris. Saya
yakin dia jodoh yang Allah sampaikan untuk awak.
Kini hanya tinggal mereka berdua. Keadaan kembali sunyi
sepi. Tiada seorang pun yang ingin membuka mulut dahulu. Masing-masing lebih
memilih untuk mendiamkan diri.
“ Macam mana awak tahu saya kerja dekat sini?” Akhirnya Mila
mengalah dan bertanya. Dia tak sanggup asyik direnung oleh Haris.
“ Arash beritahu. Awak.. saya datang nak jemput awak balik
KL.”
Mila tersenyum sinis.
“ Untuk apa? untuk sakitkan hati saya lagi? Dahlah awak.”
“ Untuk jadikan awak isteri saya yang sah.” Mila terdiam.
“ Saya minta maaf atas kesilapan saya yang lalu. Tapi ayah
saya benar-benar menyesal. Dia yang suruh saya bawa awak ke KL. Dia nak jumpa
awak sangat. Please Mila. Saya tahu awak masih sayang saya. Kalau tak kenapa
hadiah pemberian saya masih ada dekat awak?”
Mila terkedu. Dia memandang beg tangannya. Cepat-cepat dia
menyembunyikan getah rambut itu ke bawah meja. Haris yang melihat tersenyum
kecil. Mila..Mila.. Awak memang tak pandai tipu saya.
“ Se…sebab saya sayang nak buang.” Mila rasa gugup.
“ Cakap je lah awak tak sanggup nak buang sebab awak
rindukan saya.”
“ Apa kena mengena rindu dengan barang ni pulak?”
“ Yala. Kan barang tu daripada saya. Jadi awak mesti jaga
baik-baik.”
“ tak ada maknanya.”
“ Sebab awak cintakan saya.”
“ Tak.”
“ Sebab awak bencikan saya.”
“ Tak.”
Haris diam. Mila juga diam. Tetapi sesaat sebentar dia
tersedar. Ya Allah. Apa aku cakap tadi?
“ Mila.. awak tak dapat tipu saya. Baik awak jujur. Kalau
tak saya tefon tanya nenek. Tak pun Arash. Nak?” Haris mula mengugut.
Mila memuncung. Ish! Main ugut-ugut pula. Tak sukanya.
“ Haha. Ingat elok sangat buat muncung macam tu?”
“ Werk! Ada saya kisah?”
Haris tertawa kecil. Inilah sikap Mila yang sangat dia
rindui.
“ Awak… sekali lagi saya tanya. Sudikah awak jadi suri hati
saya buat selama-lamanya?”
Mila tunduk memandang lantai. akhirnya dia tersenyum kecil
lantas mengangguk perlahan. Ya. Dia setuju. Rasanya dia dah tak sanggup untuk
terus menahan rasa ini seorang diri. Allah dah pertemukan kembali mereka
berdua. Jadi untuk apa lagi Mila menolak? Sekarang dia yakin, Haris benar-benar
untuknya.
**
“ Sayang! Masuk dulu kita makan. Semua orang dah tunggu tu.”
Mila yang elok sedang beri ikan makan pantas masuk ke dalam
rumah agam itu. dia tersenyum sebaik sahaja melihat semua orang sudah berkumpul
dekat meja makan. Dia je yang terakhir.
“ Duduk sini sayang.” Mila hanya menurut.
“ Macam mana dengan kamu Mila? Dah sihat?” Soal Puan Intan
iaitu ibu haris.
“ Alhamdulillah sihat mak. Ayah mana mak? Kenapa dia tak
turut serta?”
“ Dia tengah tidur. Dia baru lepas makan tadi. Kamu jangan
risaulah. Dah makan semua.”
Alhamdulillah. Kini semuanya kembali seperti sedia kala.
Mila dan ayah Haris pun dah berbaik. Malah ayah Haris sangat menyenangi
kehadiran Mila dalam keluarga itu. dan kini Mila telah pun sah jadi isteri
kepada Haris. Jodoh mereka sungguh kuat.
“ Lepas ni nak pergi rumah Arash ke?” Soal Puan Intan.
“ InsyaAllah mak. Lepas tu balik Kelantan jumpa nenek.”
Balas Haris.
“ Eloklah begitu. Kesian nenek kamu duduk rumah sesorang.”
Mereka berdua hanya tersenyum. Hampir setengah jam, barulah
Haris dan Mila bertolak keluar daripada rumah.
“ Sayang… abang bahagia sangat sekarang ni. semua ni
gara-gara sayang tau.” Ujar Haris yang sedang memandu itu. tapi tangannya setia
menggenggam tangan Mila. Bagai tak mahu melepaskannya lagi.
“ Kenapa?”
“ Sebab sayang sudi terima abang semula. Ternyata usaha
abang selama ini tidak sia-sia. Alhamdulillah.”
Mila tersenyum dalam kegembiraan. Alhamdulillah.
“ Tapi sayang merajuk lama sangat. Buat abang terindu
hari-hari. Dahlah lari tanpa pengetahuan abang.”
Mila tertawa kecil. Merajuk? Yeke?
“ Masa bilanya Mila merajuk. Mila tak nak abang jadi anak
derhaka je. tak ada masa nak merajuk cik abang oii.”
“ yela tu.” Giliran Haris pula ketawa.
“ Tapi thanks. Abang bahagia. Mila pun bahagia kan? abang
percaya apa yang terjadi ni ada hikmahnya.”
“ Ya. Dan semenjak peristiwa itu Mila tak pernah berputus
asa untuk memajukan diri dan keluarga. Mila usaha sampai berjaya pegang jawatan
penasihat dekat syarikat tu. alhamdulillah.”
“ Abang terkejut tau tak. Tak sangka Mila berubah seratus
peratus. Abang macam terjumpa bidadari masa tu.”
Tanpa berlengah Mila pantas menampar lengan Haris sampai
buat Haris ketawa.
“ Memandai je abang ni. mila juga tak sangka mila boleh
berubah. Tapi mila bersyukur sebab neneklah yang sentiasa ada di sisi Mila saat
Mila benar-benar dalam kesusahan.”
“ Baguslah. Dah lupakan kejap soal tu. anak dalam perut tu
macam mana? Okay?”
Walaupun perkahwinan mereka baru berusia 4 bulan. Tapi
rezeki mereka bertambah. Mereka akan dikurniakan cahaya mata. Dan orang paling
bahagia tentulah Haris dan Mila.
“ Okay je. papa tu yang risau sangat.”
“ Mestilah. Papa kan sayang mama. Ye tak baby?”
“ yela tu.” Mila tersenyum.
Tiba-tiba lagu yang pernah dia dengari diputarkan oleh
radio. Mila dan Haris saling berpandangan sebelum masing-masin tersenyum
sendirian.
Senyum, senyum selalu
Senyum, senyum denganku
Tiada seindah senyuman
Senyum, senyum denganku
Tiada seindah senyuman
Ya Allah. Moga jodoh kami berkekalan hingga ke Jannah.
Terima kasih juga kerana kuatkan hati kami agar dapat menempuhi dugaan yang
Engaku berikan ini. TanpaMu pasti kami tak kuat. Terima kasih ya Allah.
Sesungguhnya apa yang terjadi ada hikmahnya. Dan.. terima kasih cinta. Tanpamu
pasti kami takkan bersama.
~Tamat~
Best,,
ReplyDeleteSimple but best
ReplyDelete