Maaf dan maaf kerana sudah lama tidak datang menjenguk ke sini. Maaf sangat-sangat. Sampai dah berhabuk pun blog ceq ni kan? Hehehe... Dan minta maaf juga kerana baru hari ni ada cerpen baru untuk korang. Biasalah bila otak dah beku. Satu idea pun tak terkeluar dah. Harap2 korang berpuas hati akan cerpen ni. Sorry if tak best. Dah cuba sedaya upaya. Huhu.. Enjoy!
Aku ketawa terbahak-bahak mendengar kisah lucu abang aku. Serius! Memang lawak! Hahaha! Sampai kecut perut dibuatnya.
“ Hei! Sampai hati adik kan? Mentang-mentanglah abang ni tak
laku kan?” Abang sudah memonyokkan mukanya. Eiii! Buruk!
“ Ya Allah. Buruknye muka dia bila merajuk. Haha.. Ala..
Janganlah macam ni. Masalahnya cerita abang tu lawak sangat. Adik gelaklah.”
Aku tersengih melihat jelingannya.
“ Manalah abang tau yang tu pondan. Kalau abang tau abang
tak lah nak pergi ngorat dia. Tak kuasa aku. Siapa suruh dia tu nampak lawa
sangat.”
Mulutku kembung. Sedaya upaya aku menahan agar tidak
terlepas ketawa. Namun, aku tewas saat melihat wajah cemberut abang aku tu. Ya
Allah.
“ Abang pergi mengorat pondan! Haha! Mak!”
Mulutku pantas ditekup. Eleh! Tak mahu mak tahu la tu.
Pantas aku menolak tangannya. Ketawa masih belum dapat dihentikan. Abang aku ni
teruklah. Takkan lah dia tak dapat bezakan antara perempuan dan pondan? Serius
teruk!
“ Apa yang bising-bising ni?” Muncul mak dengan kelam
kabutnya. Marah pun ada sebab kami bising-bising.
“ Tak ada apa-apalah mak.” Abang cuba mengelak. Tapi tidak
semudah itulah. Adik abang ni ada untuk ceritakan segala-galanya.
“ Mak… Sebenarnya kan?” Aku menjongket kening melihat abang.
Dia menahan geram melihat aku ingin bongkarkan rahsia. So what? Haha!
“ Apanya?” Mak seperti tak berpuas hati apabila aku cerita
dengan tersangkut-sangkut.
“ Sebenarnya abang pergi… mengorat PONDAN!” Sengaja aku
menekan perkataan pondan untuk menyakitkan hati dia. Sumpah lawak! Haha!
“ Ha! Ya Allah..”
Aku tengok mak sedang menahan tawa daripada meletus. Aku
tengok abang pula sedang menahan malu dan geram terhadap aku.
“ orang mana tahu tu pondan mak. Serius! Kalau orang tau
orang tak pi mengurat dia lah.” Abang membela dirinya. Tahu dirinya tak salah.
Aku dan mak saling memandang antara satu sama lain. Sesaat.
Dua saat dan tiga saat. Ketawa kami berdua meletus. Ya Allah. Mak gelak lagi
dahsyat dari aku.
“ Mak! Adik!” Abang menjerit tanda dia amat sakit hati
melihat kami berdua gelak dekat dia. Yelah. Family sendiri gelak bukannya nak
tolong.
Mak mengesat mata akibat terlebih ketawa. Kepalanya
terangguk-angguk mendengar penjelasan abang. Mak bangun dan mendekati abang.
Perlahan bahu abang diusap.
“ Mak tahu perasaan abang. Maafkan mak. Tapi takkan abang
langsung tak dapat membezakan siapa perempuan sejati dan siapa pondan? Takkan
kot?”
Mak pantas menyentuh dahi abang. Mana tahu abang demam ke
apa ke. Yang aku pula tengah tahan ketawa. Mak ni… Mak ingat abang aku ada masalah
lah tu.
“ Mak… Orang sihatlah.” Perlahan abang tolak tangan mak.
Dengan wajah cemberutnya tu.
Dia berbaring di sisi aku. Sempat juga dia
mencubit paha aku yang gebu ni. Erk? Haha!
“ Dah. Tengok! Kerja mak pun tak jadi bila dengar cerita
korang berdua ni.”
Mak yang baru ingin bangun terbantut apabila mendengar orang
memberi salam. Serentak kami bertiga memandang ke arah pintu yang sedikit
terbuka itu.
“ Mak. Siapa yang datang tu? Ayah dah balik ke?” Soalku lalu
bangun berdiri. Abang pun sudah bangun
duduk.
“ Ayah kan pergi outstation. Dua hari lagi baru ayah kamu
balik. Mak rasa orang lain yang datang. Kamu berdua pergi kemaskan diri. Adik!
Pakai tudung dulu sebelum tengok tetamu dekat luar. Mak nak kemaskan diri
kejap.”
Arahan mak kami terima dengan akur. Aku yang memang menjaga
auratku terhadap bukan muhrim menyarungkan tudung yang berada di atas tangga.
Manakala abang tengah mengemaskan rambutnya. Eleh! Nak jadi macho lah tu. Tapi
aku tak dapat nak tipu semua orang. Bukan nak kata sombong ke berlagak ke.
Hakikatnya abang aku memang hensem.
Cuma kadang-kadang sikap dia yang tidak matang tu yang
menyebabkan kehensemannya belum terserlah sepenuhnya.
“ Assalamualaikum! Ada orang tak?”
Kami bertiga yang sudah bersiap sedia menghadap tetamu
membuka pintu dengan luas. Dan sememangnya pelik. Sebab ramai orang perempuan
yang datang ke rumah kami dengan membawa dulang hantaran. Ha! Mereka datang ni
nak meminang siapa pula?
***
Ketawa abang membuatkan aku hilang mood. Asyik ketawa je
kerjanya. Ini bukan perkara main-main okey?
“ Abang… Sudahlah tu. Tak baik kamu gelakkan adik kamu tu.
Dia dah cukup kasihan tau tak.” Teguran mak akhirnya berjaya mematikan tawanya.
Aku menjelir lidah kepadanya akibat geram yang amat. Ada abang saja tapi tak
boleh diharap.
“ Habis macam mana? Takkan nak menangis pulak?”
Aku cubit juga lengannya. Mulut tu kan? Tak pernah makan
cili ke dia ni.
“ Cuba fikir. boleh?” Saranku meluat. Dia boleh pula
tersengih lebar.
“ Tak sangka abang akan dapat adik ipar. Walhal abang ni pun
belum ada calon. Tup-tup adik pula yang kahwin dulu.”
Aku mengeluh perlahan. Itulah yang terjadi tengah hari tadi.
Keluarga tadi tu sebenarnya datang meminang aku. Kata mereka, anak sulung
mereka yang suruh mereka datang. Tapi nama tidak pula disebut. Kalau macam tu
lebih baik tak payah datang. Agak-agak kan? siapa lelaki tu?
“ Hoih! Berangan!” Sergahan abang membuatkan aku hampir
menjerit. Kang orang tua ni aku penampar juga kot!
“ Mak.. Orang ni baru je habis belajar. Kerja pun tak dapat
lagi. Macam mana nak kahwin. Orang belum bersedia lagi lah.” Ujarku. Aku nak
tolak pinangan tu. Tapi mak kata kena tunggu jawapan ayah dulu. Kalau ayah kata
ikut aku. Aku memang akan tolak.
“ Kalau itu jodoh kamu, kamu tak patut tolaknya. Jodoh ni
tak kira umur sayang..”
Jawapan mak tu meyakinkan aku yang mak nak sangat aku
berkahwin. Ala! Kenapa tak abang je yang kahwin. Abang je lah yang ganti aku.
Masalahnya bukan perempuan tapi lelaki! Ish!
“ Ala adik… Apa kata adik buat solat isthikarah. Minta
pertolongan Allah. Mana tahu adik dapat jawapannya nanti.”
Aku terdiam. Ada betul juga kata abang aku tu. Insya-Allah.
**
Yeay! Aku dah dapat kerja! Baru semalam aku dalam mood
sedih. Hari ni kembali ke mood ceria. Siapa yang tak gembira bila dapat kerja
oiii… Mestilah ya kan?
“ Mak! Abang! Adik dapat kerja!” Jeritku sambil masuk ke
dalam rumah. Surat yang berada dalam tangan aku kibaskan dan meletakkan di atas
meja. Senyuman aku makin lebar nampaknya.
“ Apa? Dapat kerja? Di mana?”
Abang muncul dan mengambil surat itu. Sesaat kemudian.
Kelihatan senyuman lebar pada bibirnya. Alhamdulillah!
“ Mak! Meh lah sini. Anak mak dapat kerja ni.” Sekali lagi
abang melaung.
“ Ye! Mak datang. Mana?”
Abang menyerahkan surat itu kepada mak. Aku tersenyum saja
melihat kegembiraan mereka berdua.
“ Tahniah adik. Mak akan sentiasa doakan kejayaan anak-anak
mak.”
Aku mengangguk mendengar doa mak. Amin mak…
***
Walaweyh! Tak sangka aku sudah bekerja. Sebagai setiausaha
bos pula. Bagai bulan jatuh ke riba la keadaan aku ni. Bos pun baik orangnya.
Tak salah aku bekerja dekat sini. Hari ni cukup seminggu aku bekerja. Bos pun
berpuas hati akan kerja aku. Aku sukala.
“ Amboi! Senyum sorang-sorang nampak.”
Teguran itu aku terima dengan senyuman. Ini dia kawan kerja
baru aku. Intan namanya. Baik.
“ Tak ada apa-apala.”
“ Jangan-jangan kau teringatkan bos tak? Haaa…”
Aku tersentak. Kenapa tiba-tiba kaitkan bos pula dalam hal
ni.
“ Apasal plak?” Soalku pelik.
“ Yelah. Bos tu kan hensem. Muda pula tu. Yang penting belum
kahwin. Kau beruntung tau sebab dapat jadi setiausaha dia.”
Intan mula berangan. Maybe berangan kalau dapat jadi
setiausaha bos.
“ Tak adalah. Bos tu dah macam kawan dan abang pun ada.”
Tiba-tiba bahuku ditampar. Apasal?
“ Kau gila? Takkan kau langsung tak terpikat dekat bos?”
Aku tergelak melihat rupa Intan yang terkejut tu. Tak
percaya?
“ Betullah. Biasa je. Abang aku lagi hensem kot. Haha.” Aku cuba meriahkan suasana. Tapi tak sesuai
pula bila bos masuk ke dalam biliknya.
“ Weh. Bos. Pergi buat kerja.” Arahku. Dia pun kelam kabut
ke tempatnya. Tula gosip lagi. Hehe..
Tut! Tut!
Tiba-tiba interkom aku berbunyi. Maybe bos.
“ Ada apa ye tuan?”
“ Masuk bilik saya kejap.”
Aku akur akan arahannya. Dengan debaran aku masuk ke dalam
biliknya. Selepas aku mengetuk pintu. Aku pun masuk.
“ Ye?”
Aku terteguk air liur saat melihatnya. Wajahnya tegang
menghadap meja. Ya Allah. Takkan dia dengar perbualan kami tadi. Takkan kot.
Kenapa pula ni.
“ Apa tujuan awak datang ke sini?” bos menyoal lalu
mendongak melihatku.
Aku dah kecut perut ni. Macam mana nak jawab kalau dah takut
macam ni. Relaks.. bos tak makan oranglah.
“ Saya datang untuk kerjala bos. Untuk apa lagi?”
“ Habis ni apa?”
Dia menyerahkan sepucuk surat buatku. Dengan tangan yang
terketar-ketar aku menyambut hulurannya. Surat apa ni?
“ Saya pantang kalau pekerja saya datang bekerja hanya untuk
bercinta. Kalau macam tu lebih baik tak payah kerja.”
Suara bos sudah berubah nada. Nampak macam marah sangat
dekat aku. Tapi kenapa? Bercinta? Masa bila aku bercintanya. Haish!
“ Saya tak fahamlah. Masa bila saya bercinta? Boyfriend pun
tak ada.” Ujarku berterus terang.
“ Dekat tangan awak tu apa? Tadi ada seorang lelaki suruh
saya berikan surat tu untuk awak. siap kata buah hati lagi. Apa maknanya tu?”
Ha! Ya Allah. Jantan mana pula yang mengaku aku buah hatinya
ni. Parah!
“ Maafkan saya kalau ada menyusahkan tuan. Tapi betul! Saya
tak kenal pun orang yang tuan sebut tu.”
Aku tengok wajah dia seperti tidak percaya cakap aku. Alahai
bos! Orang tak tipu lah.
“ Nama dia Amar. Takkan tak kenal?”
Aku pantas menggeleng. Nama pun tak pernah dengar. Dalam
banyak-banyak kenalan aku. Semuanya perempuan. Lelaki ada lah dua orang macam
tu. Aku memang jenis tak rapat nak kawan dengan lelaki. Dua orang tu pun sebab
sepupu aku.
“ Jadi awak masih belum berpunya?”
Aku mengangguk pula. Seperti robot pun ada. Nak keluarkan
suara pun takut kena tengking pula dengan bos aku ni. Bukan boleh percaya
sangat.
“ Jadi saya ada peluang?”
“ Ha?!”
**
“ Abang! Tolonglah! Adik tak tahu nak buat apa dah ni.”
Tangan abang aku tarik-tarik agar dapat tolong aku. Tapi dia
hanya buat selamba. Lagi baik bagi dia tengok tv. Teruk betul!
“ Tak nak. Sebab adik langsung tak tolong abang masa abang
cerita dulu tu. Jadi adik buat sendirilah.”
Haish! Merajuk lagi ke soal pondan tu. Tak habis-habis lagi.
Hampeh!
“ Yelah. Tapi jangan salahkan adik kalau sampai adik tolak
pinangan tu ye?”
Aku tersenyum jahat. Walaupun dah seminggu berlalu. Aku
masih belum berikan jawapan terhadap pinangan tu. Ayah kata ikut keputusan aku.
Dan aku minta diberi masa selama sebulan untuk memikirkan jawapan. Adil bukan?
“ Adik!”
Aku pantas menekup telinga. Haish! Jerit je kerjanya.
“ Kenapa? Adik suka dekat bos adik ke? Apa ni adik!”
Aku mencebik. Tahu pun bengang. Bila aku minta tolong tak
pula nak bengang.
“ Mengarut! Kalau adik boleh pilih, adik lebih memilih
pinangan ni daripada bos tu walaupun adik tak tahu rupanya. Sebab adik langsung
tak boleh anggap bos sebagai seorang teman lelaki. No! never!”
Amboi! Never segala. Haha. Kalau bos aku dengar pasti dah
kecewa sangat ni.
“ Fuh! Lega! Okeylah. Abang tolong. Tapi apa yang boleh
abang buat?”
Aku tersenyum nakal. Ada idea jahat yang berada dalam kepala
otak aku sekarang. Wait and see!
**
Wajahnya yang masam aku pandang dengan sayu. Berpura-pura
sayu sebenarnya. Tapi dah itu hakikatnya
ye bos. Saya tak boleh terima awak sebab saya tunggu suami saya. Maksud saya,
saya tak yakin yang awak adalah bakal suami saya.
“ Jadi… Saya tak berpeluang lah ni untuk jadi suami awak?”
Dia menyoal perlahan.
Aku hanya mengangguk. Abang aku di sebelah dah mengetap
bibir. Maybe tak sangka akan idea aku.
“ Saya yakin akan ada seorang perempuan yang lebih baik dari
saya untuk tuan. Saya minta maaf sangat-sangat.” Pohonku. Rasa bersalah sangat
sebab tolak permintaan dia tu.
Aku ingat lagi kata-kata dia tempoh hari.
“ Jadi saya ada peluanglah?”
“ Ha? Peluang apa?”
“ Peluang untuk menjadi suami awak?”
Serius! Masa tu hanya Allah yang tahu apa perasaan aku. Tapi
aku memang tak boleh dan tak dapat rasakan perasaan yang aneh terhadap bos aku
ni. Walaupun bos aku ni hensem dan baik orangnya. Ni kalau Intan tau. Pasti dia
cakap aku gila sebab sanggup tolak bos. Haha..
“ Kalau begitu saya harap kita boleh jadi kawan.” Suaranya
dengan senyuman kecil.
“ Of course! Tuan boleh jadi kawan saya bila-bila masa
saja.” Ujarku senang.
“ Jangan panggil saya tuan tapi Azri. Panggil je saya Azri.”
“ Dalam pejabat kena tuan ye?”
Akhirnya tawa kami meletus. Abang aku jadi terpinga-pinga.
Yalah sebab tiba-tiba kami boleh jadi rapat dan macam dah selesai masalah yang
sebelum ni. Macam tiada apa-apa yang berlaku di antara kami.
“ Sebelum saya terlupa. Awak dah baca surat daripada peminat
misteri awak tu?”
Aku tersentak. Abang aku di sebelah terus menoleh ke arah
aku. Ingin mendapatkan penjelasan.
“ Erk.. belum. Saya terlupa.” Jawabku jujur. Entah di mana
aku letak surat tu.
“ Saya rasa awak perlu baca dan beritahu dia perkara yang
sebenar. Takut dia lebih kecewa. Beritahu dia yang awak dah ada yang punya.”
Aku tersengih kecil sebelum menoleh ke arah abang. Ya! Aku
meminta abang menyamar sebagai boyfriend aku. Hehe..
“ InsyaAllah.”
“ Tapi.. Ini ada lagi surat untuk awak. dari dia juga. Awak
memang perlu baca.”
Azri tersenyum sebelum melangkah pergi daripada restoran
itu. Maafkan saya bos. Dan peminat misteri ni… Apa aku nak buat?
“ Ehem.. Amboi..”
Aku tersengih lalu mengambil surat itu. Agak-agak apa yang
dia tulis erk? Berdebar pula nak tahu.
“ Adik kena belanja abang makan. I don’t care anymore.”
Tegasnya.
“ Okeylah!”
**
To you from me
‘ Saya tahu awak
tertanya-tanya siapa yang beri surat ni. Tapi boleh ke kalau saya kata saya
belum bersedia nak jumpa awak. saya malu. Hanya surat cinta nilah jadi
penghubung kita.’
Aku mengangkat kening. Hampir saja tawaku telus tapi tak
jadi bila melihat bos masuk ke dalam bilik pejabatnya. Itu surat pertama. Aku
buka pula surat kedua.
To you from me
‘ Baiklah. Saya nak
jumpa awak. I don’t care anymore! Datang ke restoran bawah pejabat awak ni
tepat pukul 5:30 petang nanti. I wait.’
Ya Allah! Aku dah bagaikan cacing kepanasan. Dia nak jumpa
aku lah! What I want to do? Haih! Apasal tiba-tiba kau gelabah semacam je ni.
Kalau tidak tak pula jadi macam ni. Depan bos pun aku tak jadi macam ni
sekalipun bos luahkan perasaan dia.
But! Why now? With that guy. Lelaki yang aku langsung tak
kenal pula tu. Ish! Apa aku nak buat ni? Patutkah aku pergi jumpa dia atau lari
je. Tapi kan? mana tahu dengan jumpa lelaki ni aku boleh tolak pinangan tu. Ha!
Good idea! Hehe..
“ Rania? Are you okey?”
Erk! Aku mendongak melihat bos. Aku hadiahkan dia sengihan
kerang busuk. Bos ternampak pula.
“ No! nothing. Hehe..”
Bos hanya menggeleng melihat aku. Maybe dah tahu sikap aku.
Yalah. Dah nak dekat dua minggu aku kerja dekat sini.
“ Ada apa?” Soalku apabila dia masih belum ingin berganjak
daripada berdiri depan meja aku ni. Dahlah muka tu serius semacam je.
“ Puas saya berfikir. Dan saya akan kekalkan keputusan saya.
I will not give up to get your heart. After all, you're still not married yet
right? So! I never give up Adni Rania.”
Aku tergamam selepas mendengar kata-katanya. Mataku meliar
melihat dia kembali masuk ke dalam pejabatnya. Hatiku tiba-tiba jadi tak tentu
arah. Bukan terharu mendengar apa yang dia kata. Tapi resah sebab dia masih
tidak berputus asa walaupun aku sudah bawa abang untuk menyamar sebagai teman
lelaki aku.
Apa ni? Kenapa tiba-tiba dia berubah fikiran pula. Aku
ingatkan masalah ni dah selesai. Aduh!! Nampaknya, I don’t have any choice. I
must go find him. Must! Huhu!
**
Tanganku terketar-ketar. Peluh sudah merintik pada dahi. Aku
pantas mengelap peluh dengan sapu tangan. Kemudian aku toleh pula ke kiri dan
ke kanan. Ya Allah. Seksanya menunggu insan yang kita tak tahu siapa.
Aku mula rasa lain. Tiba-tiba juga hati aku berdebar
semacam. Lebih hebat daripada mendengar keputusan muktamad Azri or bos. Ya
Allah. Aku dapat rasakan ada orang berdiri tepat di belakang aku ni. Apa kata
awak datang je depan saya ni. Hish!
“ Adni Rania?” Aku tersentak saat namaku disebut. Dengan
berat hati, aku menoleh juga ke belakang.
“ Ya Allah. Betul. Maaf sebab buat awak tunggu lama.”
Dan! Hatiku jadi makin tak tentu arah. Wajah dia! Wajah dia
sangat aku kenali.
“ Bos! Eh? Azri?”
Mataku membulat melihatnya sedang duduk di hadapan aku ni.
Takkan dia yang beri surat
cinta tu dekat aku kot. Mengarut!
cinta tu dekat aku kot. Mengarut!
“ Azri? Siapa tu? Awak dah ada yang punya ke?”
Dahiku berkerut mendengar jawapannya. Jadi dia bukan Azri?
Kenapa nak mirip sangat. Yang bezanya Cuma dia ni rendah sikit daripada Azri
tu. Siapa dia?
“ Eh? Tak! Saya ingat awak ni bos saya. Sebab wajah awak
mirip dengan dia.” Ujarku terus terang.
Aku tilik wajah dia. Apasal bila aku dengan dia, aku rasa
asyik sangat nak pandang wajah dia. Wajah dia macam boleh tenangkan fikiran
aku. Astaghfirullah Rania. Dia bukan muhrim kau okey!
“ Oh. Pelanduk dua serupa kot. Hurmm.. Awak dah baca kan
surat cinta saya tu?”
Aku tergelak kecil. surat cinta? Hei! Tolong jangan sebut
surat cinta boleh tak. Tapi Cuma surat.
“ Tak sangka saya. Zaman moden ni pun masih ada orang pakai
surat cinta.”
“ So what? Baru best! Baru romantik. Baru suspen. Kan?” Dia
kelihatan teruja nampaknya.
Aku akhirnya tersenyum. Mak! Abang! Siapa lelaki ni? Sempoi
gila!
“ Anyway. Saya ada something nak cakap dengan awak.” Nadanya
berubah serius. Aku hanya mendiamkan diri untuk memberinya peluang bercakap.
“ Sebenarnya boleh ke kalau saya cakap saya nak kahwin dengan
awak?”
Aku tersentak.
“ Hahaha. Saya ni memang straight to the point betul lah.
Sorry!”
Kata-katanya buat aku tersenyum. Apasal dia nampak comel je.
“ Macam ni lah. Boleh tak awak beri masa untuk kita saling
kenal. Secara jujurnya, saya suka dekat awak Rania. Tapi saya harap kita boleh
jadi kawan dulu.”
Ya Allah. Lelaki ni memanglah. Dah tak berbasa basi. Terus
ke point. Aku sukalah. Haha.
“ InsyaAllah jika Allah izinkan.”
**
Hari ini aku akan berangkat ke Kuala Lumpur bersama teman
sekerja. Itu bermakna bos pun akan ikut. Dah nama pun mesyuarat penting kan?
but! Kenapa daripada tadi hati aku ni jadi tak tentu arah. Asyik berdebar-debar
je. Akan berlaku sesuatu ke?
“ Rania?”
Aku tersentak. Aku menoleh ke kiri di mana bos sedang
memerhatikan aku.
“ ye saya. Erk.. saya nak ke toilet jap.”
Aku meminta diri. Aku jadi makin tak selesa bila bos perhati
macam tu. Ya Allah. Tolonglah aku. Tolong jauhkan perasaan suka bos tu terhadap
aku. Sememangnya aku tak boleh menyimpan perasaan terhadap dia. Hati aku ni
untuk orang lain. Not him!
“ Rania! Cepat sikit! Nanti kita lewat nak bertolak!”
Laungan bos membuatkan aku melambai tangan. Tapi, langkahku terbantut saat melihat dia
mara ke arahku. Dia? Siapa? Maksud aku lelaki yang beri aku surat cinta tu.
Baru dua hari kami tak jumpa dan dia still menghantar surat cinta untuk aku.
Tapi aku je tak balas.
“ Apa yang awak buat dekat sini?” Soalku. Sempat lagi aku
menoleh ke belakang. Mana tahu bos nampak. Kalau bos nampak kantoilah. Yelah..
dia kan tahu siapa ‘boyfriend’ aku.
“ Saya nak ucapkan selamat jalan. Boleh?” Dia tersenyum
manis ke arah ku. Macam mana dia tahu aku nak ke KL?
“ Awak tak perlu jawab apa-apa. Saya kan suka dekat awak.
jadi pasti saya tahu semuanya tentang awak termasuk….”
Mataku membulat ke arahnya. Termasuk bos sukakan aku?
“ Awak jangan cakap yang awak tahu soal itu?”
Tiba-tiba dia ketawa. Ketawa besar pula tu.
“ Sudahlah! Nanti orang dengar!” Arahku geram.
“ Okey. Ye.. Saya tahu soal itu. Tapi jangan risau. Saya
takkan kalah demi orang yang saya cintai ni.”
Hurmm.. Yelah! Aik? Aku ni dah kenapa? Macam suka je bila
dia cakap macam tu. Parah! Benarkah aku dah suka dekat dia? Takkan kot. Baru
pertama kali jumpa dan ini kali kedua. Mengarutlah!
“ Saya tak jadi pergi toilet gara-gara awak. Okeylah. Saya
dah lambat. Maafkan saya sebab kerana saya awak datang. Sedangkan saya?”
Belum sempat dia nak membuka mulut. Bos datang ke arah kami.
Ops! Apa nak jadi?
“ Rania? And.. Amar?”
Aku dan dia saling berpandangan. Kenapa? Bos macam tak
percaya kami akan berjumpa je pun. Atau bos cemburu?
“ Erk bos..”
“ Azri! Call me Azri!” Tegasnya. Aku dah mula gerun. Aku
lihat Amar dan Azri macam ada panahan mata. Haha.. Teruk betul.
“ Tapi kita still dalam pekerjaan ye bos. Amar.. Ikut saya.”
Aku terus berlalu dan Amar mengekoriku agar jauh daripada
Azri. Kenapa dengan bos aku tu. Kan bos dah tahu aku ni dah ada peminat
misteri. Tahulah bos takkan berputus asa untuk mendapatkan aku. Tapi, aku pun
perlukan privacy. Aku ni berhak untuk menyayangi orang lain okey?
“ Awak okey ke?” Soalku kepada Amar. Amar kelihatan tenang
je.
“ Okey.”
Aku melihatnya dengan renungan tak percaya.
“ Maaflah. Bos saya tu kadang-kadang terlalu ikutkan
perasaan. Awak tak marah kan? lagipun saya yakin awak terima semua ni. Mahu tak
mahu memang awak kena terima sebab awak sukakan saya.”
Dia tertawa kecil. apa yang kelakar?
“ Yelah. Itu balasan saya sebab suka dekat awak. kan Rania?”
Aku turut tertawa. Tapi masih tidak mampu menghilangkan
debaran di dada ni. Haish! Parah!
**
Haih! Surat lagi. Surat cinta. Eii.. Janganlah sebut surat
cinta Rania! Geli lah aku bila dengar. Just surat. Surat ini still setia berada
di atas meja kerjaku setiap kali aku datang kerja. Tak pernah pun walaupun
sehari surat ini tiada. Kiranya Amar ni jenis tak berputus asa menghantar surat
untuk aku sampai aku terima dia? Entah!
“ Surat cinta lagi?” aku tersentak. Aku menoleh ke kiri.
Ternyata Intan. Ingatkan siapalah tadi.
“ Hurmm..”
Aku duduk malas. Kalau boleh aku tak mahu Intan tahu apa
konflik yang sedang berlaku di antara aku, Amar dan bos.
“ Untunglah kau. Bestnya aku kalau dapat jadi kau. Ada
peminat misteri pula tu.”
“ Best apanya. Hari-hari kena hadap surat ni. Naik jemu
aku.” Bohongku. Sedangkan aku gembira. Ceh! Alasan tak boleh pakai.
“ Eleh… Weh! Bukalah. Aku nak tengok juga apa isi di
dalamnya.” Suruhnya.
Amboi! Aku yang dapat tapi dia pula yang terlebih teruja.
Hampeh betul!
Dengan lemah gemalainya aku membuka surat itu.
To you from me
‘ Saya rasa saya tak
boleh tunggu lagi. Saya juga tak sanggup untuk menahan rasa ini. Yang pasti
saya akan pergi meminang awak. harap awak sudi.’
Aku bangun dengan terkejut. Apa? Dia nak datang meminang
aku? Ya Allah. Apa patut aku buat ni? Esok genap sebulan. Ini bermakna esok aku
harus berikan jawapan di atas peminangan sebelum ni. Dan Amar? Ya! Aku masih
menjadi kawan dia. Tapi tak pula aku beritahu dia perasaan aku.
“ Ya Allah. Bestnya!!!” Suara Intan yang sedikit kuat itu
membuatkan aku tersedar.
Baru saja aku nak duduk. Interkom aku berbunyi. Nampaknya
bos sudah memanggil aku. Agaknya untuk apa ye?
“ Aku masuk bilik bos dulu. Bos panggil.” Ujarku kepada
Intan.
Agak-agak kan? kalau aku beritahu bos soal Amar. Apa
perasaan dia?
Last-last. Aku hanya menjongketkan bahu. Malas nak fikir.
aku mendekati pintu dan masuk ke dalamnya dengan rasa gemuruh. Entah mengapa
aku mesti rasakan begini.
“ Ada apa bos?” Soalku.
“ Saya ada hal nak cakap dengan awak. duduk dulu.”
Jemputnya. Aku akur lalu duduk di hadapannya. Aku setia tunduk ke lantai. Aku
langsung tak berani nak bertentang mata dengannya. Aku takut kalau aku yang
terseksa menahan rasa sukanya itu.
“ Sebenarnya saya nak awak tahu yang…”
Dia berjeda seketika. Aku pun kenalah sabar.
“ Saya yang meminang awak sebulan yang lepas.”
Dan kata-kata itu membuatkan aku terus mendongak melihat ke
arahnya. Lidahku terus jadi kelu. Dah tak tahu apa yang patut aku katakan.
“ Maafkan saya sebab tak beritahu awak lebih awal.”
Dia hanya memberikan senyuman. Tapi senyuman itu amat
hambar. Ya Allah. Ini bermakna dia tahu abang aku siapa dan bukan ‘boyfriend’
aku. Oh! Patutlah dia tak berputus asa untuk mendapatkan aku.
“ Maaf… Tapi saya tak boleh. Saya langsung tak boleh terima
pinangan bos. Puas saya fikir dan cari jawapan dalam masa sebulan ni. Dan esok
saya mesti maklumkan kepada bos.”
Aku berjeda seketika. Aku cuba mencari kekuatan untuk
menjelaskan segala-galanya kepada dia.
“ Tapi, alang-alang bos dah beritahu saya perkara yang
sebenar. Saya mesti rungkaikan segala-galanya hari ini juga. Maaf jika nanti
saya akan buat hati bos sakit.”
Aku bangun dan membelakanginya. Aku tahu dia tak sanggup
ingin mendengar jawapan aku.
“ Saya terpaksa tolak pinangan bos. Sebab saya..”
“ Sebab awak sukakan Amar kan?”
Aku tergamam. nampaknya dia dah sedar perasaan aku terhadap
Amar. Betul! Selama sebulan kami kenal. Dia berjaya membuat aku jatuh cinta
terhadap dia. Tapi bukan bos.
Walaupun bos berusaha keras demi mendapatkan aku. Namun, ia jauh berbeza. Tidak seperti Amar. Maybe Allah dah tetapkan yang Amar bakal suami aku.
Walaupun bos berusaha keras demi mendapatkan aku. Namun, ia jauh berbeza. Tidak seperti Amar. Maybe Allah dah tetapkan yang Amar bakal suami aku.
“ Tak apa. Saya faham. Tapi awak perlu maklumkan kepada
family awak terlebih dahulu. Saya tak sampai hati nak beritahu mereka jawapan
awak. lagipun family saya amat mengharapkan awak jadi isteri saya.”
Aku mengetap bibir. Kenapa? Susah sangat ke nak sampaikan
kepada mereka. Hei Rania! Kau sedar tak jawapan kau akan membuatkan semua orang
kecewa. Huhu!
“ Tapi! Saya akan tetap mengahwini awak jika family awak
tolak jawapan awak.”
Hati aku terus dipagut kerisauan. Ya Allah. Permudahkanlah
urusan aku.
**
“ Rania! Saya happy bila awak dapat terima saya sebagai
kawan dan kalau boleh lebih daripada itu. Tapi saya yakin dalam hati awak tu
ada saya.”
Aku tersenyum hambar. Ya Allah. Begitu sukar aku nak senyum
depan dia. Amar. Maafkan aku. Tapi aku takut kalau kita tak dapat bersama. Dan
aku harap ini bukan kali terakhir kita keluar bersama.
“ Jom ikut saya..”
Aku mengekorinya dari belakang. Sebenarnya aku langsung tak
ada mood untuk bergembira hari ni. Kerana apa? Kerana semalam aku dapat tahu
siapa sebenarnya yang datang melamar aku. Dan aku belum beritahu family aku
lagi keputusan muktamad aku.
Pagi ni pun aku keluar dengan tergesa-gesa. Maybe petang
nanti baru aku balik dan beritahu perkara yang sebenar. Amar! Kalaulah dia tahu
aku sebenarnya dah dilamar. Pasti hati dia kecewa. Aku juga kecewa sebab aku
dah jatuh hati dekat Amar.
“ Kenapa ni? Muram je..”
Teguran itu membuatkan aku tersenyum kecil. Aku perlu
sembunyikan kesedihan ni.
“ Tak adalah. Jom lah. Saya tiba-tiba teringin nak makan
tomyam lah awak.” Luahku.
“ Boleh saja. Tapi awak kena tunggu sini kejap. Dan ini ada
surat untuk awak.”
Suratnya aku ambil. Aku melihat dia berlari ke satu kedai.
Haih Amar! Takkan surat cinta kot? Tanpa berlengah aku membuka surat itu.
To you from me
‘ Saya nak awak tahu saya sangat cintakan awak. Saya harap
sayalah bakal Imam awak nanti.’
Aku tahan diri agar tidak menitiskan air mata. Haish! Kenapa
perlu aku nak menangis pula. Aku perlu berfikiran positif okey walaupun aku tak
tahu apa yang akan terjadi esok.
“ Akak!” Aku menoleh ke kiri. Ada seorang budak perempuan
sedang mendongak ke arahku.
“ Ada seorang abang suruh saya panggil akak. Jom ikut saya.”
Tanganku terus ditariknya. Apalah yang Amar nak buat ni.
“ Saya pergi dulu..”
Aku terpegun melihat apa yang berada di hadapan mataku kini.
Amar dan sekumpulan pemuzik sedang melihatku dengan senyuman. Tiba-tiba Amar
melutut didepan aku.
“ Sudikah awak makan dengan saya?”
Aku tergelak kecil. apa ni Amar? Malulah saya. Akhirnya aku
mengangguk. Aku mengekorinya ke sebuah meja. Kumpulan pemuzik tadi setia
memainkan muzik buat tatapan kami.
“ Apa yang awak buat ni? Awak dah rancang dulu?” Soalku
inginkan penjelasan. Tapi dia hanya tersengih. Memang dia dah rancang dari
awal.
“ Makanlah. Saya tahu awak suka sangat akan tomyam. Jadi
saya sediakan semuanya untuk awak. awak kena habiskan.”
Aku melihat pelbagai makanan yang berada di atas meja ni.
Larat ke aku nak habiskan semua ni. Ini dah cukup untuk 5 orang makan lah.
Boleh gemuk aku macam ni.
“ A..awak. awak yakin ke nak saya habiskan semua ni?”
Aku mendongak melihatnya dengan riak tak percaya. Dia ingat
perut aku ni tong ke?
“ Kenapa? Tak mampu ke?” Aku tersengih. Memang tak lah!
“ Ermm… Boleh tu boleh. Tapi awak jangan salahkan saya kalau
saya jadi gemuk nanti. Nanti awak yang menyesal kot.” Ugutku dengan sengihan.
Aku mula menyuap nasi ke dalam mulut. Hurmm. Sedap sangat!
Pandai Amar pilih restoran.
“ Awak. tengok sini.” Aku melihat ke arahnya.
“ Buka mulut.” Dahiku berkerut. Buka mulut untuk apa pula?
Tak nak arh! Jadi aku hanya menggeleng.
“ Cepat…. Kalau tidak..”
“ kalau tidak apa? Nak pergi tinggalkan saya sorang-sorang
kat sini? Cubalah kalau awak berani!”
Ya Allah. Aku tak sengaja tinggikan suara dekat dia. Aku
meraup muka dengan serba salahnya. Perasaan aku jadi makin runsing sekarang.
“ Awak.. Awak okey ke ni? Maafkan saya kalau saya buat awak
sakit hati.”
Aku tersenyum hambar. Tanpa membalas pertanyaannya aku
membuka mulut. Dia yang terpinga-pinga itu menyuapkan sesudu nasi ke dalam
mulutku. Aku yang memang tak bersedia itu terkejut. Habis comot mulut aku. Dia?
Ketawa je!
“ Comotnya!” Aku gagah menelan makanan yang banyak tu. Hish!
Kureng betul kau ni Amar.
“ Dahlah! Tak mahu kawan dengan awak.” Aku buat-buat rajuk.
Aik? Tetiba je! Haha!
“ Alolo.. Buruknya rupa dia. Okey. Meh sini abang tolong
lapkan.”
Abang? Hei! Gatal sungguh! Akhirnya aku hanya ketawa
melihatnya. Ya Allah. Jika benar dia jodohku. Satukanlah kami dalam restuMu.
Dan jikalau dia bukan untukku. Jauhkanlah dia dariku dan perasaanku ini. Hanya
padaMu aku berhak meminta pertolongan.
**
To you from me
‘ Awak… Apa perasaan
awak sekarang? Awak mesti gembirakan bila dapat berkahwin dengan Azri? Saya
doakan awak sentiasa. Walaupun awak akan berkahwin dengan dia. Saya tetap akan
mencintai awak. percayalah!’
Air mata aku gugur akhirnya. Pagi ni, aku mendapat surat
daripadanya melalui posmen. Dan dia tahu hari ni aku bakal berkahwin dengan
Azri.
Ya Allah. Mengapa semuanya begitu sukar buatku? Mengapa
semua ini harus terjadi kepadaku? Dan mengapa bukan Amar yang menjadi suamiku?
Aku tak sanggup Ya Allah.
Aku teringat kembali jawapan muktamad yang dibuat ayah dua
hari yang lalu.
“ Apa jawapan adik?”
Aku melihat ayah, mak dan adik silih berganti. Mereka
inginkan jawapan aku sebelum bersemuka dengan family Azri. Mereka tidak tahu
siapa yang meminang aku. Abang juga tak tahu yang Azrilah orangnya.
“ Maaf. Tapi adik terpaksa tolak pinangan ni. Adik tak
boleh.” Jawabku dengan tenang. Aku yakin akan jawapan aku. Puas aku minta
jawapan darinya. Dan apa yang aku dapat. Hatiku lebih terarah pada Amar.
“ Kamu tolak Syahid?” Ayah soal dengan riak tak percaya.
Syahid? Siapa pula ni? Maybe tu nama penuh bos. Aku tunduk
memandang jari.
“ Ya. Maaf kerana buatkan semua orang kecewa.” Aku memohon
maaf. Aku tahu mak dan ayah kecewa akan jawapan aku. Tapi nak buat macam mana
lagi. Azri bukan jodoh aku.
“ Tak! Adik kena terima pinangan ni. Mereka dah terlalu baik
untuk kita adik. Kalau kamu nak tahu. Sepanjang kamu bekerja, bakal suami kamu
tu selalu datang ke sini. Selalu melawat kami. Dan ayah yakin dia dapat
membahagiakan kamu.”
Aku terkedu akan jawapan ayah. Ayah tak setuju! Dan masa
bilanya bos datang ke sini. Kenapa aku tak pernah tahu pun?
“ Tapi ayah?”
“ Tak! Keputusan ayah muktamad. Ayah lakukan ini demi
kebaikan kamu Rania. Ayah tahu dia boleh jadi Imam buat kamu.”
Air mataku gugur lagi saat mengingati semula soal itu.
Hatiku jadi sakit kerana ayah menolak jawapan aku. Kini! Aku terpaksa melupakan
Amar. Ya Allah. Mengapa begitu perit aku rasakan?
Tiba-tiba bahuku diusap. Aku menoleh ke kiri. Abang! Aku
terus memeluknya.
“ Sabar sayang… abang yakin apa yang terjadi ni ada
hikmahnya.” Pesannya sambil mengusap bahuku. Aku dah teresak-esak menangis
dalam dakapannya.
“ tapi abang. Adik memilih orang lain. Orang yang adik rasa
lebih berhak menjadi suami adik.” Luahku dalam tangisan.
Abang menolak perlahan daguku. Aku menatap wajah abang
dengan hati yang sayu.
“ Maksud adik? Adik dah jumpa orang yang adik sayang?”
Aku mengangguk perlahan. Tapi apa lagi aku boleh buat. Azri
bakal jadi suami aku juga hari ni.
“ Siapa adik?” Abang menyoal dengan muka yang serius.
“ Amar nama dia. Abang.. pinjam telefon. Adik nak minta maaf
dekat dia sebab terpaksa hampakan hati dia. Adik tahu dia tengah bersedih
sekarang ni. Please…” Pintaku.
Telefon aku telah dirampas ayah. Ayah risau aku akan buat
keputusan yang nekad seperti telefon family Azri dan beritahu perkara yang
sebenar. Kenapa? Sebab dulu aku pernah lakukan hal yang bodoh.
“ Ambillah.” Abang menyerahkan telefonnya kepadaku.
“ Sabar ye. Abang keluar dulu.” Aku hanya mengangguk. Terima
kasih abang.
Aku pantas mendail nombor Amar. Mujur aku ingat. Walaupun
dia ada telefon. Tapi dia lebih suka menghantar surat cinta untuk aku. Ini kali
kedua aku telefon dia.
Selepas panggilan bersambut. Aku terpaksa menekup mulut. Aku
tak mahu dia dengar tangisan aku.
“ Helo? Siapa di sana?”
Aku mengetap bibir kuat. Hati! Please kuat!
“ He…helo. Amar?” aku pandang atas. Mataku semakin kabur
akibat menangis.
“ Rania?”
“ Ye saya. Awak.. Saya nak beritahu awak sesuatu ni. Dengar
baik-baik.”
Aku menarik nafas dalam-dalam. Dalam kekuatan yang masih
bersisa. Aku meluahkan apa yang terbuku dalam hati aku selama sebulan ni.
“ Saya cintakan awak.”
Cukup! Cukup dengan tiga perkataan itu kami berdua berdiam
diri. Dan cukup dengan tiga perkataan itu untuk mengesahkan perasaan kami
masing-masing.
“ Awak tak beritahu pun saya tahu Rania. Tapi semuanya dah
terlambat.” Suaranya kembali hampa.
Aku berdiri dan melangkah ke tingkap. Aku memerhati keadaan
di luar. Nampaknya rombongan pihak lelaki dah sampai. Aku tak sanggup nak
tengok jadi aku tutup tingkap dengan perlahan. Amar!
“ Belum! Awak masih belum terlambat! Datang sini! Saya masih
perlukan awak!”
Tiba-tiba aku menjerit kepadanya. Hatiku jadi tekad pula. Ya
Allah. Kenapa dengan aku ni?
“ Rania!” Aku tersentak mendengar tengkingannya dari corong
telefon.
“ Sedar Rania! Awak tak mungkin akan bersama dengan saya
lagi. Restu ibu bapa lagi penting Rania. Sekalipun awak akan berkahwin dengan
saya tapi tanpa restu diorang. Kita takkan bahagia Rania.”
Aku terkedu. Sekali lagi air mataku mengalir. Amar! Sebab
itulah aku jatuh cinta dekat kau. Hati kau terlalu baik Amar.
“ Tak mengapa Rania. Azri pun baik untuk awak. Saya yakin dia
untuk awak. saya yakin dia mampu membahagiakan awak. percayalah…”
Aku memejamkan mata erat. Aku akan ingat suara ini sampai
bila-bila.
“ Adik! Jom turun!” Muncul abang dengan senyuman. Aku
membuka mata dengan mata yang berair.
“ Awak.. Doakan saya ya…”
“ InsyaAllah. Saya doakan kita berdua akan bahagia.”
Aku tersenyum kecil. kita? Hurmm.. Selamat tinggal Amar. Aku
akan berusaha melupakan kau.
“ Jom..”
Aku menyambut tangan abang dengan seribu perasaan. Perasaan
yang tak mampu digambarkan.
**
“ Dekat mana ni? Kata nak bawa saya pergi makan.”
Aku toleh ke arahnya. Dia hanya tersenyum. Sakitnya hati aku
ni bila tengok dia hanya selamba. Kadang-kadang tu ikutkan hati dia je. Hish!
“ Abang nak bawa sayang pergi makan lah ni. Tapi tempat yang
speciallah sikit. Kan hari ni ulang tahun kelahiran sayang.”
Aku tersentak. Tak sangka dia ingat. Walaupun baru dua bulan
berkahwin. Tapi dia ingat semuanya tentang aku. Alhamdulillah.
“ Terima kasih. Tapi kenapa abang buat saya macam tu dulu.
Abang tahu tak hati saya sakit dan perit bila terpaksa kahwin dengan orang yang kita tak cintai. Kenapa?” Aku
menyoal ingin tahu.
Walaupun aku dah tahu jawapan dia. Tapi aku still tak puas hati.
“ Sebab abang cintakan Ranialah. Kalau tidak abang tak
berani nak rancang semua tu. Nasib baiklah Rania tak jauh cinta dekat abang
ipar Rania tu. Kalau tidak parah juga abang ni.”
Aku mencebik. Yelah tu. Kalau takut buat apa rancang macam
tu.
Sebenarnya, Azri adalah abang Amar Syahid. Kenapa selama ni
aku tak sedari yang mereka berdua adik-beradik? Hish! Dan selepas aku sah
menjadi suami Amar. Aku dapat tahu semua ni adalah rancangan mereka semua
termasuk family aku. Mereka hanya berlakon. Terutama Azri. Lakonan yang sangat
mantapnya itu. Sakit hati bila terfikir balik.
Macam mana Amar boleh berkahwin dengan aku? Mestilah dia dah
bersiap sedia lebih awal. Masa aku tengah bercakap dengan dia melalui telefon
tu. Sebenarnya dia dah duduk depan tok kadi. Ya Allah. Malunya bila dapat tahu
yang semua orang dengar apa aku cakap. Amar sengaja buka loadspeaker.
Dan manalah tak terkejut bila aku turun je untuk berkahwin.
Tup-tup Amar duduk depan tok kadi. Gila! Memang gila! Tapi perasaan tu tak usah
cakaplah. Happy pun ada sedih pun ada.
“ Sayang mengelamun!”
Aku tersedar.
“ Gara-gara abang juga.”
Tapi! Aku happy. Amar adalah jodoh aku. Siapa sangka dia
yang datang meminang aku pada awalnya itu sampai aku nak tolak tu akhirnya
dapat jadi suami aku. Kalau dia tak buat rancangan macam tu. Maybe aku dah
tolak awal-awal lagi.
“ terima kasih abang. I love you.” Ujarku perlahan. Cukuplah
buat diriku untuk mendengarnya.
“ I love you to.” Erk? Tak sangka telinga dia ni lintah juga
ye. Haha..
~Tamat~
P/s: Maaflah kalau tajuk tak sesuai. Dah tak tahu nak bubuh tajuk apa. ^_^
P/s: Maaflah kalau tajuk tak sesuai. Dah tak tahu nak bubuh tajuk apa. ^_^