Helo guys. Ya Allah. Lama gila aku menghilang. Sorry guys. Okay. Kali ni aku hadiahkan satu cerpen. Tapi sorry. Maybe agak cliche cerpen ni. Haha. Sorry again. Akan dicuba lain kali. Enjoy reading kayh. :)
“ Abang…”
Hafiz merenung jauh ke luar tingkap. Terlepas juga keluhan
dari mulutnya. Perlahan-lahan dia menapak semula ke arah Yana yang tengah
merenungnya itu.
“ Kenapa Yana?”
“ Abang tanya Yana kenapa? Sepatutnya abang tanya diri abang
tu. Yana rasa biar Yana saja yang pergi. Lagipun semua orang tak suka pada
hubungan kita. So buat apa lagi Yana stay? Especially ibu abang.”
Yana tertunduk ke bawah. Dia rasa dia patut mengundur diri.
Lagipun dia dah dapat warning dari ibu mertuanya. Kalau dia tak keluar dari
rumah hari ini. Ibu mertuanya akan melibatkan orang tuanya. Nak buatkan
syarikat ayahnya muflis. Dia kalau boleh tak nak kaitkan hal familinya. So dia
rasa ini jalan yang terbaik.
“ Tapi abang sayangkan Yana! Yana isteri abang! Yana perlu
dengar kata abang bukan ibu abang!”
Dada Hafiz dah berombak naik menahan marah. Dia tak sanggup
nak lepaskan Yana pergi. Ya Allah. Tak sampai sebulan mereka berkahwin dah jadi
macam ni. ibu! Kenapa ibu benci sangat isteri Hafiz? Apa salah Hafiz?
“ Abang pun kena kahwin dengan Sofia kan?”
“ Yana!”
Yana tersenyum sinis.
“ Ingat Yana tak tahu abang selalu keluar dengan dia. Mesra
sangat. Ingat Yana buta? Yana tahan je. Yana sabar sebab Yana tahu dia pilihan
ibu. So Yana tak berhak nak menghalang.”
Tajam Hafiz merenung wajah Yana. Dia tahu dia salah dalam
hal itu. Tak boleh nak lawan pihak ibunya. Nanti semuanya jadi lain.
“ Yana. Tak ada jalan lain ke?”
“ Tak ada. Tu je. Abang kena lepaskan Yana.”
Hafiz mendekati Yana dan duduk sebelah Yana dibirai katil.
Selepas itu tubuh itu ditarik ke dalam pelukannya.
“ Abang minta maaf. Abang tahu abang banyak buat salah.
Abang selalu abaikan Yana walaupun abang dah janji akan lindungi Yana dengan
sepenuh hati abang. Tapi abang gagal.”
Yana mula rasa sebak. Dia sendiri pun tak sanggup nak
berpisah dengan Hafiz. Tapi apakan daya, ini saja jalan yang ada. Maybe jodoh
mereka setakat ini sahaja.
“ Yana minta maaf.”
Yana mula teresak kecil. Hafiz yang mendengar esakan kecil
itu meleraikan pelukan. Bibirnya menarik senyuman tawar. Air mata isterinya itu
diseka perlahan. Dia menggelengkan kepalanya.
“ Jangan menangis sayang. Yana tak salah. Abang yang salah.
Please jangan menangis. Abang benci tengok tangisan ni.”
Yana mengetap bibir. Cuba tahan diri daripada terus
menitiskan air mata. Tapi dia gagal. Dia terlalu sedih akan berpisah dengan
suaminya ini. Orang yang dia sangat cintai. Dia tak tahu apa dia akan buat
selepas ini.
“ Abang cintakan Yana.”
Dia merenung Yana sedalam-dalamnya. Dia akan merindui wajah
ini. Dia janji dia akan perbetulkan semuanya tapi untuk melepaskan Yana tak
mungkin. Dia tak mungkin akan berbuat begitu. Dia takkan sesekali lepaskan
Yana.
Yana turut memandang dalam wajah Hafiz. Dia pun akan
merindui wajah ini. Yana pun cintakan abang. Sangat.
“ Izinkan abang?”
Yana menggelengkan kepalanya saat wajah Hafiz makin
mendekat. Dia tolak tubuh Hafiz dan bangun duduk. Dia tak nak sebab dia tahu
dia akan makin sukar untuk pergi nanti.
“ Yana..”
“ Lepaskan Yana bang. Please. Jangan rumitkan keadaan. Yana
kena pergi dari rumah ni sekarang juga.”
Hafiz turut bangun dan memeluk Yana dari belakang. Even
berapa kali pun Yana menolak. Dia tetap eratkan pelukan.
“ Abang tak boleh.”
“ You must!”
“ No. Abang izinkan Yana pergi tapi tidak melepaskan Yana.
Abang takkan ceraikan Yana.”
Terus Hafiz memusingkan badan Yana ke arahnya dan bibir itu
disentuh lembut. Yana terkejut dan pantas menolak tubuh Hafiz walaupun Hafiz
berkeras tak nak. Tapi dia cuba berkali-kali sampai dia berjaya.
Yana mengetap bibir geram. Wajah Hafiz yang merah itu
direnungnya dalam.
“ Abang kena..”
“ No! Abang takkan ceraikan Yana! Yana pergilah. Pergi
sejauh mana yang Yana nak. Tapi abang janji abang akan cari Yana kembali.”
Usai dia berkata demikian, laju saja dia membawa langkah ke
luar bilik. Hatinya pedih tapi itu saja caranya untuk tidak lepaskan Yana. Yana
pun sudah terduduk di birai katil dengan esakan kecil.
“ Ya Allah. Kenapa berat sangat dugaan kami ni? Kenapa susah
sangat ibu dia nak terima aku? Berikan aku kekuatan Ya Allah.”
**
Terpamer wajahnya yang tegang saat berdepan dengan ibunya
itu. Dia cuba menahan kesabaran. Walaupun semuanya angkara ibunya. Pagi tadi
dia sedar-sedar je isterinya dah tak ada. Means isterinya dah keluar daripada
sini dan pergi jauh dari diri dia. Dia kesal sebab tak mampu nak halang
isterinya daripada pergi. Sepatutnya dia berjuang bukan biarkan isterinya pergi.
“ Ye sayang?”
Hafiz tersenyum sinis. Dia memang tak puas hati dengan ibunya
dari dulu lagi. Dari abang, kakak dan sampai ke dia semuanya kena patuh pada
arahan ibunya. Sampaikan kebahagiaan rumah tangga pun kena turutkan arahan
ibunya itu. Sedangkan sepatutnya hal kahwin menjadi pilihan sendiri. Ini tak.
“ Puas hati ibu sekarang?”
Datin Zara menjongketkan kening. Buat-buat tak faham.
“ Maksud Hafiz?”
“ Puas hati ibu buat hidup Hafiz macam ni?! Buat Hafiz
merana bila terpaksa lepaskan isteri Hafiz pergi?! Puas la hati ibu sekarang
kan?”
Tiba-tiba Datin Zara tertawa kecil. Seronok sangat nampak?
“ Baguslah dia dah pergi. Sepatutnya dari dulu lagi dia tak
patut kahwin dengan anak kesayangan ibu ni. Dia tak berapa setaraf walaupun
ayahnya ada syarikat sendiri. Eh memang tak setaraf lah.”
Hafiz menggenggam tangannya sekuat hati. Menahan kesabaran
yang makin tipis itu.
“ Manusia jenis apa ibu ni?”
Datin Zara tersentak mendengar soalan Hafiz itu.
“ Ibu memang tak berhati perut kan? Ibu ingat dengan harta
dan pangkat ni boleh dibawa mati? Boleh menjadi amal ibadat dekat akhirat
nanti? Ibu ingat ibu boleh bahagia dengan harta ni sampai ke mati ke?”
Setempek kena dekat Datin Zara. Memang dari dulu lagi Hafiz
ingin katakan hal ni pada ibunya tapi dia masih bersabar. Lagipun itu ibu
kandungnya. Walau apa pun yang terjadi Datin Zara tetap ibu kandungnya.
Alangkah bagusnya kalau ayahnya masih ada.
“ Hafiz!”
“ OH. Tahu pula nak marah. Nak deep. Hafiz tak kira. Walau
apa pun yang terjadi Hafiz takkan lepaskan isteri Hafiz. Hafiz takkan ceraikan
dia. Hafiz sayangkan dia! Dia segala-galanya bagi Hafiz! Dia juga ibu kepada
anak-anak Hafiz nanti!”
Tak berlengah lagi, dia terus mengangkat kaki keluar
daripada bilik kerja Datin Zara itu. Apa nak jadi lepas ni jadilah. Yang pasti
dia perlu kejar semula Yana. Dia tak nak kehilangan Yana. Buat masa ini biarlah
Yana bersendirian dan tenangkan diri dulu. Tapi tidak untuk selepas ini. Dia
akan pastikan Yana berada di sisinya
buat selamanya.
“ Tengku Hafiz!”
Panggilan Datin Zara sia-sia bila Hafiz dah keluar daripada
situ. Dia merengus geram. Sakit hati. Anak sendiri pun dah tak percaya akan
dirinya.
“ Tak guna kau Yana. Aku akan pastikan kau takkan muncul
lagi depan kami semua terutama anak aku. Kau tunggu!”
**
“ Angah. Along.”’
Hazim dan Hani masing-masing melihat wajah Hafiz yang
kelihatan penat itu. Mereka pun baru selesai attend mesyuarat tadi. Ni pun
Hafiz ajak jumpa.
“ Kenapa yang nampak penat sangat ni?”
Hafiz mengeluh kecil. Dahinya dipicit perlahan. Dia penat.
Penat sangat. Puas dia cari Yana tapi tak jumpa. Dekat rumah orang tuanya pun
tak ada. Dekat syarikat ayah mertuanya pun tak ada. Mana dia pergi? Orang
tuanya pun tak nak beritahu. Katanya biar Yana tenangkan fikiran dulu.
“ Yana. Dah seminggu angah. Along. Adik masih tak jumpa dia.
Adik nak cari dekat mana lagi?”
Hazim dan Hani terdiam. Dia tahu masalah yang sedang
dihadapi Hafiz saat ini. Sebab sikap pentingkan diri ibu merekalah rumah tangga
Hafiz jadi macam ni. Mereka pun tak tahu kenapa ibunya benci sangat dekat adik
ipar mereka tu. Kalau nak kata tak kaya okay je. Ada syarikat sendiri lagi even
kecil je.
“ Dah cari dekat tempat yang selalu korang pergi?”
Hafiz mengangguk. Semua dah.
“ Angah tahu mesti dia ada di mana-mana. Biarkan dia dulu.
Dia tengah tenangkan fikiran tu.” Ujar Hani dengan lembut.
“ Angah. Hafiz tak boleh kalau dia tak ada.”
Hazim terdiam. Dia tahu kali ni ibu mereka dah betul-betul
melampau.
“ Apa yang ibu buat kali ni?” Soal Hazim serius.
“ Adik tak tahu. Yang adik tahu Yana suruh adik ceraikan dia
sebab ibu tak suka. Ibu nak dia pergi. Dan sebab ibu kata dia tak setaraf
dengan kita. Adik tak faham betullah dengan ibu tu.”
Wajahnya diraup kasar. Stress!
“ Adik.”
Hani memandang ke arah pintu restoran. Kelihatan ibu dengan
seorang perempuan sedang menuju ke arah mereka dengan senyuman lebar. Hafiz
yang melihat dah mula rasa tak sedap hati. Hazim pun sama. Masing-masing beriak
tegang.
“ Hafiz. Kenalkan. Ini anak kenalan kawan ibu. Farahin
namanya.”
Hafiz tidak memandang langsung wajah perempuan itu. Dia
lebih fokus pada pemandangan luar restoran. Bibirnya dicebik. Gedik. Tak tahu
ke aku ni masih suami orang?
“ Hai Farahin. Selamat berkenalan. Akak ni akak Hafiz. Ini
abang Hafiz.” Hani cuba beramah mesra walaupun dia tak suka.
Farahin hanya tersenyum walaupun dalam hati dah sumpah
seranah dengan reaksi Hafiz. Tak guna kau lelaki. Kau abaikan aku ye?
“ Hafiz…” Datin Zara memanggil lagi.
Hafiz merengus kasar. Tajam wajah ibunya direnung. Tak
ketinggalan juga jelingan maut diberikan buat perempuan yang bernama Farahin
itu.
“ Benda apa? Eh perempuan. Kalau kau datang nak makan tu
pergi je la. Tak perlu la nak gedik dengan aku. Aku ni suami orang okay? Ni
cincin ni. nampak?”
Hafiz menunjukkan jari manisnya itu ke arah Farahin dan
ibunya. Biar dua orang di depannya saat ini sakit hati. Suami orang kot. Tak
sedar diri ke apa perempuan ni?
Farahin dan Datin Zara dah berubah reaksi. Hazim dan Hani
yang melihat menahan senyum. Baru tahu korang.
“ Tengku Hafiz!”
“ What?! Ibu tak serik lagi ke nak hancurkan kebahagiaan
Hafiz? Ibu nak Hafiz mati dulu ke baru ibu puas hati?!”
Bukan niat nak tinggikan suara tapi dia dah tak boleh
bersabar. Ibunya dah betul-betul melampau kali ini.
“ Hey! Hafiz!” Sekali lagi Datin Zara menengking nama Hafiz.
Tak suka bila Hafiz cakap fasal mati. Farahin di sebelah sudah menikus. Tak
berani nak masuk campur.
“ Apa? Betul kan apa yang Hafiz cakap? Hey perempuan! Kalau
kau ada niat nak tackle aku tu. Baik kau lupakan je la. Aku takkan jatuh hati
la dengan perempuan gedik macam kau ni. Aku dah berkahwin dan ada isteri. So
baik kau lupakan niat kau. Ibu pun sama. Kalau ibu nak tengok Hafiz mati ibu
buatlah.”
Tak tunggu lagi, dia terus berlalu daripada situ. Lagi lama
dia berdepan dengan dua orang tu lagi panas hatinya. Nanti tak fasal-fasal
perempuan tadi tu ditamparnya. Serius sakit hati.
Hazim dan Hani yang melihat adik bongsu mereka berlalu
menarik senyuman sinis dan memandang semula ke arah Datin Zara dan Farahin.
“ Angah tak tahu la apa yang dah merasuk fikiran ibu ni.
Dulu ibu atur hidup angah dan along. Sekarang adik pun ibu nak atur. Tak boleh
ke biar dia cari kebahagiaan diri dia sendiri? Dia dah cukup merana ibu.
Cukuplah 24 tahun dia patuh semua arahan ibu sampai cita-cita dia pun dia
terpaksa lupakan. Angah kecewa dengan ibu. Cukuplah tu ibu. Tak cukup lagi ke
ibu atur hidup kami berdua?”
Angah sudah mula merasa sebak. Tak sanggup nak teruskan
kata-kata lagi. Mujur abangnya ini ada.
Paut bahunya tanda memujuk.
“ Along pun tak faham la dengan ibu ni.”
Tak nak keruhkan keadaan, mereka berdua berlalu keluar
daripada situ meninggalkan mereka berdua. Cukuplah. Walau apa pun yang terjadi
itu tetap ibu kandung mereka. Mereka sayangkan Datin Zara.
**
Angin sepoi-sepoi bahasa menyapa lembut wajahnya ketika itu.
Bibirnya menarik senyuman manis saat melihat pemandangan yang sangat cantik di
depannya. Rasa tenang dan aman berada di sini. Jauh daripada kesibukan bandar
dan hal kerja. Malah soal sikap manusia. Cuma dia tak boleh lari daripada merindui
suami yang tercinta.
Dia tunduk tengok jari manisnya. Cincin perkahwinan mereka
masih setia berada di jari manisnya. Dia takkan sesekali tanggalkan. Dia
sayangkan Hafiz.
“ Maafkan Yana bang terpaksa lari macam ni. Yana sayangkan
abang dan Yana pun sayangkan ibu. Yana tak nak sebab Yana abang jadi anak
derhaka.”
Dia bangun daripada duduk. Kakinya perlahan-lahan menuju ke
arah pinggir pantai. Saat ini dia berada di Pulau Perhentian. Tempat di mana
pertama kali dia dan suaminya bertemu. Bila teringat hal itu dia mesti akan
tersenyum sendiri.
“ Abang. Yana rindu abang.”
“ I miss you to.”
Yana tersentak. Dia terus toleh ke belakang. Tapi tak ada
sesiapa. Dadanya ditumbuk kuat. Please Yana. Keluar daripada imaginasi dan
berdiri di bumi yang nyata. Dia takkan cari kau. Dia mesti dah bahagia dengan
wanita pilihan ibu. Kuatkan hati kau Yana.
“ Assalamualaikum.”
Yana menoleh semula ke hadapan. Ada seorang wanita dalam
lingkungan 30 tahun menegurnya.
“ Waalaikumussalam.”
“ Adik okay?”
“ Erk. Ya okay. Kenapa kak?”
“ Muka adik nampak pucat.”
Yana tersentak. Wajahnya dibelek. Yeke?
“ Kalau adik tak keberatan, datanglah restoran situ. Akak
belanja.”
Yana tersengih malu. Rasa tak patut je.
“ InsyaAllah kak.”
“ Akak pergi dulu ye.”
Usai saja kak itu berlalu, Yana tersengih. Rasanya tak kot.
Buat malu je. Dah la baru jumpa. Haha. Dia kembali melangkah dan menikmati
sebaiknya suasana aman di pulau ini. Walaupun keseorangan. Tapi dia berharap
sangat Hafiz akan datang dan peluk dia.
“ Yana akan tunggu sampai abang datang.”
**
“ Argh!”
Telefonnya dicampak ke atas katil. Wajahnya diraup kasar.
Puas call. Tapi tak dapat. Nombor isterinya itu sudah tiada dalam perkhidmatan.
Dia mengeluh kecil.
“ Mana abang nak cari Yana. Dekat mana Yana berada sekarang
sayang?”
Dia baring atas kail sambil scroll gambar mereka berdua.
Bibirnya menarik senyuman hambar. Tiap gambar ada ceritanya. Dari mereka first
kenal sampai dah berkahwin.
Tiba-tiba dia tersedar sesuatu. First kenal? Dia scroll
semula gambar di mana mereka pertama kali bertemu. Gambar yang berlatarkan
suasana pantai. Dia mula menarik senyuman lebar.
“ Pulau Perhentian!”
Dan serentak itu dia teringat sesuatu.
“ Kalau boleh nanti Yana nak ke tempat di mana first kita
kenal. Kita honeymoon dekat sana. Yana rindu situ.”
Hafiz mula bangun dan bersiap. Ya. Sekarang dia yakin di
situ Yana berada. Tunggu abang Yana. Yana akan pergi cari Yana dan akan
pastikan kali ini tiada sesiapa akan halang hubungan kita walaupun ibu.
Cepat-cepat dia bersiap dan kemas beg. Dia bawa apa saja
yang perlu. Usai berkemas, dia keluar daripada bilik. Pada masa yang sama dia
terserempak pula dengan Hazim. Hazim yang melihat Hafiz membawa beg besar
mengerutkan dahi.
“ Nak pergi mana ni?”
Hafiz tersenyum.
“ Cari cinta hati Hafiz. Hafiz dah tahu dia ada dekat mana.”
Hazim turut tersenyum. Lega bila mendengarnya.
“ Pergila. Jangan balik selagi tak berjaya pujuk dia.”
“ Beres!”
Mereka sama-sama turun dan menuju ke arah ruang tamu.
Nampaknya Datin Zara ada bersama dengan Hani. Tapi Hafiz buat dono je sampai
Datin Zara yang menegur.
“ nak pergi mana pula tu?”
Langkah Hafiz terhenti depan pintu. Tapi tidak sikit pun dia
menoleh ke belakang. Dia tak nak cari fasal dan jadi anak derhaka. Cukuplah
sebelum ni dia membentak.
“ Hafiz nak jumpa isteri Hafiz.”
Datin Zara terus bangun dari duduk.
“ No! you can’t!”
Hafiz tersenyum sinis. Dia memusingkan badannya ke belakang.
“ Why? She is my wife! Why can’t?”’
Datin Zara merengus kasar. Hani dan Hazim yang melihat hanya
mampu berdiam diri. Biar kali ni mereka selesaikan masalah mereka sesama
sendiri.
“ No! Dia tak layak jadi menantu ibu. Ibu benci dia.”
“ But why?! Please tell me mom!”
Datin Zara menoleh ke arah lain dengan perasaan dendam.
Benci dan geram.
“ Sebab dia ayah kamu pergi! Sebab dia ayah kamu dah tak
layan ibu. Sampai ayah kamu tegur ibu. Suruh ibu berubah sikap. Semua sebab
perempuan tu!”
Hafiz terpempan. Hazim dan Hani turut terpaku. Mereka tak
sangka sebab arwah ayah Datin Zara sanggup tuduh Yana yang berhati mulia itu.
“ Ayah pergi sebab sakit ibu.” Hafiz masih berlembut. Tak
nak berkasar.
“ Ye. Ibu tahu tapi sebab isteri kamu, dia tak layan ibu.”
Hafiz rasa nak ketawa tapi tahan. Tak nak sakitkan hati
ibunya. Dia tahu ibunya sunyi. Selepas arwah ayah pergi ibu sibukkan diri
dengan kerja.
“ Memang patut pun ayah tegur ibu. Dah lama ayah tahan
dengan sikap ibu sebab ayah sayangkan ibu. Ayah tegur ibu sebab ayah sayang
ibu. Ibu tahu tak, ibu asyik terlalu
sibuk dengan kerja sampai keperluan ayah pun ibu abaikan. Dan ibu terlalu mewah
dengan harta. Pentingkan diri. Tiada rasa belas kasihan. Yana yang berhati
mulia pun ibu pandang hina.”
Datin Zara merengus kasar.
“ Yang nak bela perempuan tu kenapa?! Salah dia!
Jangan-jangan belakang kamu dia bermain kayu tiga.”
“ Ibu!”
Kali ni mereka bertiga bersuara kuat. Tak sanggup biarkan
diri Yana difitnah sebegitu.
“ Ibu memang betul-betul dah melampau.”
Hafiz memicit dahinya perlahan. Dia terlalu kecewa dengan
ibunya itu. Sampai hati ibu sanggup tuduh isterinya dan arwah ayah macam tu
sekali.
“ Ibu tahu tak arwah ayah dah tak ada? Ibu sedar tak ibu
sedang salahkan arwah dan Yana?! Fitnah ibu! Fitnah! Ibu dah termakan hasutan
syaitan. Please ibu. Sedarlah. Hati ibu dah dibutakan dengan harta. Kembalilah
pada jalan Allah ibu.” Tegur Hafiz lembut.
Datin Zara terdiam.
“ Arwah ayah la hero kami semua anak-beranak saat ibu sibuk
dengan kerja. Ibu langsung tak sedar yang kami kehilangan kasih sayang seorang
ibu. Bagi kami semua , ayah lah ayah. Ayah jugalah ibu. Ayah sabar dengan sikap
ibu selama ini. Ayah telan je kata-kata yang dilemparkan ibu. Sampai ayah hanya
mampu berdoa agar ibu berubah satu hari nanti.”
Hafiz tersenyum dalam rasa kesal.
“ Ibu tak tahu satu perkara lagi. Perkara ni kalau boleh Hafiz
tak nak beritahu sebab Hafiz dah janji dengan Yana. But, sebab sikap ibu macam
ni. Hafiz kena juga beritahu. Biar ibu sedar.”
Tajam Hafiz merenung ibunya. Ibunya masih tunduk ke bawah.
“ Ibu tahu tak siapa yang banyak tolong ibu selama ini? Yang
tolong majukan syarikat ibu tu? Ibu tahu tak siapa? Saat syarikat dah jatuh,
ibu tahu tak siapa yang tolong sampai syarikat dah maju dan terkenal di seluruh
Malaysia. Ibu tahu tak siapa?!”
Hani dan Hazim tersenyum hambar. Kali ni ibu mereka
betul-betul kena sedar silap sendiri.
“ Yana bu! Yana! Dia yang berjaya buatkan syarikat kita maju
semula. Atas ihsan dia dan syarikat keluarga dia la syarikat kita terkenal
sekarang. Tu pun ibu masih nak perlekehkan syarikat kecil. Hafiz langsung tak
faham dengan ibu ni.”
Datin Zara tersentak. Perlahan-lahan dia merenung wajah
Hafiz yang sudah berubah tegang itu.
“ Dia sebenarnya dah banyak tolong kita ibu. Ayah pun tahu
hal ni. Cuma ibu je tak tahu sebab ibu sibuk salahkan dia. Sibuk bencikan dia
dan sibuk fitnah dia. Kan?”
Hafiz tersenyum sinis. Dia menarik nafas dalam. Cukuplah.
Dia berharap sangat lepas ni ibunya akan sedar.
“ Dah lah ibu. Hafiz harap kali ni ibu tak menghalang. Hafiz
tetap nak bawa balik isteri Hafiz. Kalau tak Hafiz yang akan keluar daripada
rumah ni. Assalamualaikum.”
Terus Hafiz melangkah keluar dan berlalu ke arah keretanya.
Hani dan Hazim sudah mendekati ibunya yang sudah terduduk dengan reaksi kesal
itu.
“ Semuanya dah jelas. Sekarang ikut suka ibu nak buat apa.
Yang pasti kami akan lindungi Hafiz dan Yana.”
Giliran mereka berdua pula berlalu keluar daripada situ.
Mereka nak beri masa buat Datin Zara berfikir dalam-dalam. Sedar kesilapan
sendiri. Mereka berharap ibunya akan sedar.
**
Buku yang berada di tangannya dibelek seketika sebelum dia
membuka muka surat pertama. Dah lama beli tapi baru nak baca. Teruk betul kau
ni Yana. Tapi baru dia nak fokus pada pembacaannya, dia terdengar bunyi riuh
rendah dari belakang.
So, dia pun menoleh. Ada orang berkerumun dekat situ. Tapi
dia malas nak ambil peduli. So dia teruskan pembacaan. Fokus sangat. Cuma
fokusnya terganggu lagi bila bunyi riuh tadi semakin kuat.
“ Haish! Kalau nak main tu jangan la nak riuh sangat.”
Nak baca pun dia dah tak ada mood. Dia bangun dari terus duduk
bawah rimbunan pokok tepi pantai ni. Kakinya mula melangkah ke arah pinggir
pantai. Tudung yang berterbangan dibetulkan. Buku tadi dipegang erat. Matanya
meliar sekeliling pantai. Bibirnya tersenyum.
Dah masuk dua minggu lebih dia berada di sini tapi tiada
sesiapa pun yang datang mencari. Hatinya merundum sedih. But, tak apa. Dia tahu
lambat laun Hafiz akan datang. She hope!
Laju dia melangkah sampai dia terjumpa satu gazebo
bersebelahan dengan satu restoran mee udang. Dia menoleh ke belakang. Jauh juga
dari tempat tadi. Maybe dekat sini dia boleh fokus membaca.
Dia duduk sambil melunjurkan kaki. Tubuhnya disandarkan pada
tiang gazebo. Dia tunduk untuk memulakan bacaan. Dia baca sampai muka surat 20.
Then dia tersentak bila ada gambar dia dengan Hafiz dekat situ.
Bibirnya diketap kuat. Abang. Yana rindu abang. Bila abang
nak datang. Tak mahu terus layan perasaan, buku itu ditutup. Dia menoleh
melihat pantai.
“ Abang. Abang tak ingat ke dekat mana tempat first kita
kenal. Dulu Yana kan ada cakap Yana nak ke sini lagi. Kita honeymoon dekat
sini. Abang mesti dah lupa kan?”
Dia mengeluh kecil. Sudahlah. Balik bilik la. Baru je dia
nak melangkah, tiba-tiba tubuhnya dipeluk daripada belakang. Dia dah gelabah.
Dia mula meronta untuk melepaskan diri.
“ Syuhh! It’s okay dear. It’s okay. Don’t be scared.”
Terhenti terus rontaan Yana saat mendengar suara garau halus
itu. Cepat-cepat dia menoleh ke belakang. Dia tersentak lagi bila melihat insan
yang dia sangat rindui berada depan matanya sekarang sambil tersenyum.
“ Hai sayang. Sorry because late.”
Hafiz tersengih sambil menjongketkan kening. Yana yang
melihat terus memeluk Hafiz. Mujur tiada orang di sekeliling mereka.
“ I miss you.”
Hafiz tersenyum. Dia turut mengeratkan pelukan.
“ I miss you to. Badly.”
Yana tersenyum lebar. Tapi saat teringat akan ibu mertuanya
itu cepat-cepat dia tolak semula tubuh Hafiz dan berlalu dari situ. Tak! Tak!
Aku kena pegang pada prinsip. Ibu dia tak suka aku. Aku tak boleh rapat dengan
dia. Arh! Pedihnya aku rasakan sekarang.
“ Yana! Wait!”
Tangan Yana direntap kuat. Hafiz melihat wajah Yana dengan
kerutan di dahi. Yana setia tunduk dari tadi dengan hati sebak.
“ kenapa lari sayang?”
“ Yana tak patut peluk abang tadi. Maafkan Yana. Yana tak
patut rapat dengan abang. I’m sorry.”
Hafiz tersenyum. Mesti dia fikirkan perasaan ibu. Haih.
“ I don’t care. Walau apa pun yang terjadi abang akan bawa
isteri abang balik. Tapi buat masa ni kita honeymoon dulu la. Ini kan impian
Yana.”
Yana terkedu. Hafiz tahu?
“ of course abang ingat. Abang tahu. Cuma abang lambat pick
up la sayang.”
Hidung Yana dicuit perlahan. Yana Cuma tersenyum.
“ Thanks. Yana ingat Yana akan sentiasa keseorangan dekat
sini.”
“ No. You won’t.”
Tubuh itu ditarik semula ke dalam pelukannya. Rindu sangat
dengan isterinya ni.
“ I miss you so much dear.”
“ Yana pun.”
“ Jom?”
Yana mengerutkan dahi.
“ where?”
Hafiz tersenyum nakal. Tanpa menjawab persoalan Yana, dia
menarik lengan Yana menuju ke arah homestay. Ibu. Kali ini ibu tak boleh halang
Hafiz lagi.
**
Yana tersedar bila mendengar bunyi telefon. Cepat-cepat dia
mencapai telefon bimbitnya dan matikan. Tak nak mengganggu lena Hafiz. Dia
mengiring semula ke arah Hafiz yang nyenyak tidur itu. Dia tersenyum kecil.
Wajah itu disentuhnya lembut. Macam tak percaya je sekarang Hafiz
dah berada di sisinya. Sedang tidur dalam dakapannya. Alhamdulillah. Terima
kasih Ya Allah. Aku hargai pemberianMu ini. Panjangkanlah jodoh kami.
Tak nak mengganggu lena suaminya itu, dia tarik selimut dan
membaluti tubuhnya yang kelihatan seksi itu. Cepat-cepat dia bangun dan ingin
berlalu ke bilik air. Mujur dekat. Kalau tidak jenuh nak heret selimut yang
berat ini. Tapi bila dia nak sampai ke bilik air, tubuhnya tiba-tiba dipeluk
daripada belakang. Tersentak dia seketika.
“ Nak ke mana?”
“ Nak bersihkan diri. Lepas tu nak cari makanan. Lapar la
abang.”
Yana cuba melepaskan diri daripada pelukan Hafiz. Tapi tak
semudah itu. Dan tak fasal-fasal dia menarik selimut aku dan membaluti tubuh
kami berdua.
“ Sejuklah sayang. Eh sayang. Tadi siapa call?”
Yana hanya menjongketkan bahu. Tak sempat nak tengok siapa.
Terus dia off. Gara-gara takut Hafiz terbangun. But, hampeh. Pura-pura tidur
rupanya.
“ Dah lah. Tepi. Orang nak mandi la.”
Hafiz tersenyum nakal. Hidung Yana dicuit.
“ Kejap. Ada benda abang nak beritahu.”
Yana tersentak saat tubuhnya ditarik semula ke arah katil.
Dan tak fasal-fasal dia terpaksa berbaring semula dalam dakapan suaminya itu.
Huh! Bencinya! Asyik nak ambil kesempatan je.
“ Benda apa?”
Hafiz mula beriak serius. Dia memandang wajah Yana lembut.
“ Maafkan abang. Abang terpaksa beritahu ibu fasal hal
syarikat tu.”
Yana terdiam. Tapi dia menarik senyuman.
“ it’s okay abang. Yana tahu abang nak ibu abang sedar. It’s
okay. Dah?”
“ one more thing.”
“ What?”
“ I love you.”
Yana terpaku. Tapi tak lama bila dia sedar dia kena
cepat-cepat keluar daripada sini. Kang terbabas lagi nanti. Haish.
“ Enough.”
Cepat-cepat dia bangun sambil mengheret selimutnya menuju ke
bilik air. Hafiz yang melihat tertawa kecil. Comel sangat isterinya ni.
“ Ibu. Hafiz dah bahagia. Please jangan hancurkan
kebahagiaan Hafiz.”
**
Kelihatan pasangan yang sweet tengah berpegangan tangan
sambil menuju ke arah restoran untuk makan malam. Masing-masing tersenyum saat
sudah berada di tempat duduk.
“ Sayang sebut je nak makan apa. Abang akan tunaikan.”
Yana tertawa.
“ Betul ni? jangan menyesal tau?”
“ Abang tak pernah menyesal. Biar isteri abang gemuk supaya
tak ada orang nak dekat. You mine girl.”
Yana mencebik. Tapi sedikit sebanyak dia terharu. Thanks
abang.
“ By the way, ibu tahu ke abang datang sini?”
Senyuman Hafiz mati. Tapi dia tetap beriak selamba.
Buat-buat tak dengar dan terus memesan makanan. Yana yang melihat hanya
mendiamkan diri. Dah tak berani bersuara. Dia tahu suaminya itu sensitif sikit
fasal ibu mertuanya itu.
“ Abang dah tak kisah apa nak jadi lepas ni even abang
terpaksa keluar daripada rumah tu asalkan sayang ada di sisi abang.”
Jawapan Hafiz secara tiba-tiba itu membuatkan Yana
tersentak.
“ Abang..”
“ Ibu perlu sedar sayang. Dia dah betul-betul melampau kali
ni.”
Yana termangu. Tak mampu nak berkata apa-apa lagi. Dia tahu
hati Hafiz sangat kecewa saat ini. Biar dia tenang dulu Yana. Jangan bangkitkan
lagi kemarahan dia. Dia sambung makan bila melihat Hafiz fokus akan makanannya.
Dan dia pun dah tak bersuara.
“ Abang Hafiz!”
Mereka berdua tertoleh ke belakang saat mendengar orang
memanggil Hafiz. Jelas berkerut dahi mereka berdua melihat insan yang sedang
menapak ke arah mereka.
“ Kau apa hal?” Hafiz dah rasa tak sedap hati.
Tiba-tiba je si Farahin ni muncul depan mata dia. Takkan
ibunya beritahu. Ya Allah. Apa lagi ni?
“ Abang jahat! Sampai hati abang buat kat Farahin macam ni.”
Hafiz tertawa sinis. Yana di sebelah sudah pelik. Siapa pula
perempuan ni?
“ Kau tu yang jahat. Aku dah ada isteri tapi kau masih nak
kacau. Apa hal?!” Hafiz membentak.
Farahin tersenyum sinis. Gayanya yang terhuyung –hayang itu
membuatkan Hafiz merengus geram. Sah tengah mabuk. Tengok la pakaian. Seksi
bukan main. Sebelum ni nampak sopan je even free hair. Tapi hari ni? huh!
“ Hahahaha. Aku benci korang berdua!”
“ Farahin!”
Muncul pula seorang lelaki ke arah Farahin. Bila Farahin
memandang lelaki itu, Farahin terus menolak lelaki itu jauh daripadanya.
“ Apa kena dengan kau ni Farahin?!”
Lelaki tadi tiba-tiba bentak Farahin.
“ Kau diam! Tak perlu kacau aku la bodoh!”
Hafiz dan Yana masing-masing terdiam. Mereka tak faham apa
yang sedang berlaku.
Pang!
Hafiz dan Yana tersentak saat pipi Farahin ditampar. Sampai
Farahin terdiam dan memandang tajam ke arah lelaki tadi.
“ Kau memang dah melampau Farahin! Jom! Balik!”
“ Lepaslah! Hey!”
Mereka berdua berlalu dari situ sampai hilang daripada
pandangan Hafiz dan Yana. Yana kembali memandang ke arah Hafiz. Meminta
penjelasan.
“ Abang tak kenal langsung dia. Dia anak kawan ibu. Tu je.”
Jelas Hafiz pantas. Takut isterinya salah faham. Yala mereka baru je berbaik.
Tak nak keruhkan keadaan semula.
Yana tersenyum dan sambung makan. Saja je nak uji. Bukannya
serius pun. Dalam hati rasa nak tergelak. Hafiz yang melihat dah pelik. Risau.
Diam tu tanda marah ke apa?
“ Sayang?”
“ Hmm?”
“ Sayang marah ke?”
Yana tersenyum lagi. Dia menggelengkan kepalanya.
“ Sambung makan. Yana lapar.”
Hafiz melihat isterinya itu makan dengan berselera. Akhirnya
dia hanya membiarkan. Sudah cukup baik isteri kau tak marah Hafiz. Jangan
lanjutkan hal yang kecil. Kang jadi lebih besar. Sambung makan.
**
Yana menghembus nafasnya perlahan. Tangan di sebelah
digenggam erat. Meminjam kekuatan. Dia takut tak kuat. Dan risau akan menangis.
“ I always be with you. Don’t worry dear.” Janji Hafiz
lantas menarik tangan Yana masuk ke dalam rumahnya.
Saat kaki mereka melangkah masuk ke dalam rumah, kelibat
Hazim dan Hani sudah kelihatan. Mereka menyambut kedatangan suami isteri itu
dengan mesra. Gembira bila adik ipar mereka pulang semula ke rumah.
“ So, how’s honeymoon?” Soal Hazim dengan senyuman nakal.
Hafiz mendabik dada. Tunjuk yang hebat sangat la tu. Yana di
sebelah sudah menunduk malu. Hampeh punya suami.
“ Ish. Tak baik la usik isteri kamu ni. Meh Yana. Kita ke dapur.”
Ajak Hani.
Belum sempat mereka nak berlalu, muncul Datin Zara dari
tingkat atas. Masing-masing sudah mendiamkan diri. Yana pun turut tunduk ke
bawah. Tak berani nak bertentang mata dengan ibu mertuanya itu. Takut.
“ Jom sayang. Kita pergi makan.” Ajak Hafiz tanpa
menghiraukan ibunya. Tiada hati nak cari gaduh.
“ Kejap!”
Tapi suara Datin Zara menyebabkan semua orang tertoleh
semula ke arahnya. Perlahan-lahan Datin Zara turun daripada tangga dan menuju
ke arah ruang tamu. Wajahnya beriak selamba. Yana pula takut-takut berdiri
belakang Hafiz. Hafiz yang faham perasaan Yana tidak lepaskan langsung
genggamannya dari tangan Yana.
“ Ada benda sikit ibu nak cakap.”
Hafiz menggelengkan kepalanya.
“ Hafiz takkan lepaskan isteri Hafiz. Suka hati la ibu nak
kata apa-apa pun.”
Datin Zara mengeluh kecil.
“ Adik. Dengar dulu apa yang ibu nak cakap.” Tegur Hazim.
Hafiz terdiam. Fine!
“ Hafiz. Ibu nak Hafiz duduk sini dengan isteri kamu. Jangan
biar dia pergi lagi.”
Sepi. Masing-masing terkebil-kebil dan cuba mencerna apa
yang dikatakan Datin Zara sebentar tadi. Datin Zara yang melihat wajah blur
anak-anaknya itu tersenyum kecil. Mestilah mereka terkejut dengan keputusan
mengejut dia tadi.
“ Ibu minta maaf. Salah ibu. Ibu takkan halang lagi
kebahagiaan Hafiz.”
Kali ni mereka semua terus meluru ke arah Datin Zara. Hani
sudah memeluk ibunya dengan erat. Hazim pula sudah menarik senyuman kecil.
Alhamdulillah. Cuma Hafiz masih terkebil-kebil. Tak percaya. Yana pula sudah
mengucapkan syukur. Akhirnya ibu mertuanya mendapat kesedaran.
“ Hafiz.” Datin Zara memanggil.
Hafiz tersenyum sinis. Wajahnya diraup perlahan. Tapi masih
tak bersuara.
“ Ibu minta maaf. Ibu banyak buat salah terutama pada Yana.
Maafkan ibu Yana.”
Yana mendekati ibu mertuanya lantas memeluknya selepas Hani
melepaskan pelukannya. Yana tersenyum dan mengusap perlahan belakang ibu
mertuanya itu.
“ Yana dah lama maafkan ibu. Yana tahu satu hari nanti ibu
mesti sedar. Alhamdulillah. Allah makbulkan doa Yana dan abang Hafiz.”
Datin Zara tersenyum dalam sebak. Pelukan dileraikan. Wajah
lembut Yana diusap. Dia menyesal sebab layan Yana teruk dulu. Menyesal sangat.
“ Hafiz. Ibu minta maaf.”
Hafiz termangu. Melihatkan semua mata tertumpu ke arahnya.
Dia terus berlalu naik ke atas. Dia masih tak dapat percaya dan menerima apa
yang dikatakan ibunya tadi. Dia perlukan masa. Yana yang melihat suaminya itu
berlalu ke atas tersenyum hambar. Mesti ibu kecewa.
“ Yana yakin dia dah lama maafkan ibu. Biar Yana pujuk dia.”
Datin Zara tersenyum hambar. Kenapalah aku selalu bersangka
buruk dulu. Ya Allah.
**
“ Abang?”
Hafiz yang berada di balkoni bilik menoleh sesaat sebelum
menoleh semula ke depan. Yana menghampiri dan berdiri di sisi Hafiz. Bibirnya
menarik senyuman kecil.
“ Abang. Kenapa abang lari?”
Hafiz terdiam. Tak tahu nak kata apa.
“ Ibu ikhlas abang. Dia betul-betul dah menyesal. Yana tahu
abang sayangkan dia Cuma abang tak dapat terima kenyataan kan? Dia dah
betul-betul berubah abang.”
“ Abang tak tahu. Macam cepat sangat.”
Yana menggenggam erat kedua-dua tangan suaminya itu.
Menyalurkan kekuatan.
“ Semua berkat doa kita abang. Percayalah. Jom turun. Ibu
tunggu dekat bawah. Dia rasa bersalah sangat.”
Hafiz menahan Yana berlalu. Yana melihat dengan kerutan di
dahi.
“ Izinkan abang peluk Yana kejap. Nak kekuatan.”
Yana tersenyum nipis. Dia mengangguk dan memeluk suaminya
dengan lembut. Ya Allah. Berikan suami aku kekuatan. Aku tahu dia kuat. Cuma
tak berani nak berdepan dengan masalah.
“ Terima kasih sayang.”
“ Anything for you.”
Saat pelukan terlerai, cepat-cepat Yana tarik tangan
suaminya turun ke bawah. Semua orang sudah menunggu di bawah. Datin Zara yang
menanti daripada tadi menarik senyuman saat Hafiz turun ke bawah.
“ Hafiz.”
Hafiz terkaku. Setia berdiri sebelah Yana. Yana pula
tergeleng melihat tingkah Hafiz. Haih suami aku ni. tak mahu melengahkan masa,
dia terus tolak tubuh Hafiz sampai berdepan dengan Datin Zara.
“ Ibu minta maaf sayang.”
Tak semena-mena air mata Datin Zara mengalir ke pipi. Dia
rasa berdosa sangat buat anaknya macam ni. Hancurkan kebahagiaan Hafiz.
“ Ibu tahu ibu salah. Ibu kejam. Ibu tak sedar. Betul cakap
kamu nak. Ibu dibutakan dengan harta. Hilang sifat kemanusiaan ibu dekat semua
orang. Sampai sanggup memfitnah.”
Datin Zara sudah teresak kecil. Hazim, Hani dan Yana
masing-masing terdiam. Tapi Yana sudah mengalirkan air mata. Sedih dan terharu
pada masa yang sama. Ibu betul-betul menyesal.
“ Ibu.”
Tiba-tiba Hafiz melutut. Air matanya yang bergenang sudah
mengalir ke pipi. Datin Zara yang melihat terkejut.
“ Hafiz pun minta maaf. Hafiz banyak dosa dengan ibu. Sampai
sanggup tinggikan suara pada ibu. I’m so sorry ibu.”
Datin Zara terus menarik Hafiz ke dalam pelukan. Sama-sama
menitiskan air mata.
“ ibu dah lama maafkan kamu nak.”
Hampir lima minit mereka berkeadaan begitu sampai akhirnya
Hazim bersuara. Tak nak terus diselubungi suasana sedih.
“ Kita mulakan hidup yang baru dan buang yang keruh. Okay
guys?”
Yana tersengih. Air mata terus diseka.
“ Yeah!”
Alhamdulillah.
**
Yana menggelengkan kepalanya laju. Cepat-cepat dia lari daripada
terus berada di sisi Hafiz. Tapi Hafiz lebih cepat mengejar.
“ Jangan lari sayang. Sayang kena naik juga. Dah janji nak
teman abang kan?”
Yana menggelengkan kepalanya dengan wajah yang kesian.
“ But not for this game!”
Hafiz tertawa kecil.
“ No. Mesti ikut.”
Puas ditolak dan merayu tetap tak berjalan. Akhirnya Yana
terpaksa turutkan jua permintaan Hafiz untuk naik roller coaster. Kau rasa?
Huargh!
Hampir 10 minit, akhirnya mereka berdua berjaya naik dan
turun ke bawah. Yana dah mula terhuyung hayang. Pening punya fasal. Mujur Hafiz
setia memaut bahu Yana agar Yana tidak jatuh. Tiba-tiba jatuh rasa kasihan.
“ Sayang? Are you okay?”
Tiba-tiba Yana menolak tubuh Hafiz dan meluru ke arah
longkang. Di situ dia membuang semua isi yang baru dia makan tadi.
“ Werk!”
Hafiz tergaru kepalanya yang tidak gatal. Alamak! Menyesal
pula aku ajak dia tadi. Tu la kau Hafiz. Puas dia merayu tapi kau paksa juga.
“ Sayang.”
Belakang tubuh Yana diusap perlahan. Yana mengesat mulut
dengan hujung baju. Dia terasa letih tiba-tiba. Bukannya dia tak tahu dirinya
tu sedang hamil. Cuma suaminya tu tak tahu. Sebab tu suka hati je ajak naik
roller coaster. Kalau tahu memang tak la nak bagi naik kan? Rasa menyesal tak
beritahu lagi even dah seminggu tahu. Hadiah anniversary la katakan.
“ Okay. Yana okay.”
Yana melangkah ke arah kerusi kosong. Duduk di situ sambil
memicit dahinya perlahan. Hafiz yang melihat turut membantu dengan mengurut
perlahan bahu Yana agar rasa pening dan muntah itu hilang.
“ Sorry. Abang tak sengaja.” Pohon Hafiz lembut.
Yana tersenyum lantas menggelengkan kepalanya.
“ I’m okay. Serius. Jom. Lapar ais krim.”
Lepas muntah kan? So mestila rasa lapar. Dengan pembawakan
budak lagi. Haha. Chill Yana. Malam ni baru kau beritahu Hafiz yang kau
mengandung. Mujur hari ni hari anniversary mereka. So, tunggu kejutan itu
Hafiz.
“ Sayang tunggu sini. Biar abang pergi beli.”
Yana hanya menurut. Lagipun dia sendiri pun terasa penat.
Perutnya yang tidak menampakkan rupa lagi itu diusapnya perlahan bersama
senyuman lebar.
“ Sayang. Hari ni kita buat kejutan dekat papa okay? Biar
papa terkejut.”
Yana kerling jam tangannya. Dah 10 minit berlalu tapi
suaminya masih tak muncul. Lamanya. Pergi buat ais krim ke beli ais krim? Haih.
Mengidam teruk dah ni. Yana melihat sekeliling. Tiada apa yang menarik
perhatiannya melainkan secara tiba-tiba telinganya mendengar satu petikan gitar
daripada belakangnya. Cepat-cepat dia menoleh ke belakang. Dan dia terlopong
seketika saat melihat suaminya sedang memetik gitar sambil menuju perlahan ke
arahnya. Orang ramai pula sudah mula berkerumun sekeliling kami.
“ Liyana Affan. Dengarkanlah.”
Beribu bintang di
langit kini menghilang
Meraba aku dalam kelam
Rambulan mengambang kini makin suram
Pudar ilham ku tanpa arah
Meraba aku dalam kelam
Rambulan mengambang kini makin suram
Pudar ilham ku tanpa arah
Sedikit wajahmu
muncul dalam diam
Ada kerdipan, ada sinar
Itukah bintang atau pun rambulan
Ada kerdipan, ada sinar
Itukah bintang atau pun rambulan
Terima kasih ku ucapkan
Izinkan ku
mencuri bayangan wajah mu
Izinkan ku mencuri khayalan dengan mu
Izinkan ku mencuri khayalan dengan mu
Maafkan
lah...Oohh...
Andai lagu ini mengganggu ruangan hidup mu
Andai lagu ini mengganggu ruangan hidup mu
Kau senyumlah ...
Oohh...
Sekadar memori kita di arena ini
Kau ilham ku
Kau ilham ku
Kau ilham ku
Hafiz akhiri nyanyiannya dengan senyuman manis ke arah Yana.
Gitar diletakkan di tepi. Dia berdiri tepat di hadapan Yana lantas duduk
melutut. Kedua-dua tangan isterinya itu digenggam erat. Dia perasan ada air
mata yang ingin mengalir dari tubir mata Yana tapi cepat-cepat dia menyekanya
sebelum ia mengalir.
“ Abang tahu abang banyak buat salah. Abang tak jaga hati
sayang. Abang cuai dan tak lindungi sayang dengan baik. Maafkan abang. Abang
harap abang akan jadi suami yang lebih baik buat sayang selepas ini. Happy
anniversary dear. I love you.”
Dahi Yana dikucupnya lembut. Yana yang menerima kucupan itu
memejamkan matanya lantas air matanya mengalir ke pipi. Bila dahinya dilepaskan,
dia tersenyum. Tak sangka suaminya boleh buat kejutan sebegini.
Tepukan gemuruh kedengaran di sekeliling mereka. Ternyata
ramai yang menyaksikan drama tidak berbayar mereka tadi. Yana tersenyum malu.
Terasa malu kot. Tapi Hafiz Cuma buat selamba sebab dia tak kisah. Asalkan
isterinya suka.
“ Abang. Yana pun ada benda nak beritahu. Hadiah anniversary
kita.” Ujar Yana dengan senyuman manis.
“ Apa sayang?”
Kedua-dua tangan Hafiz dibawa ke arah perutnya bersama
dengan senyuman kecil. Hafiz yang kelihatan blur itu cuba mencerna maksud Yana.
Yana tertawa kecil. Diusap-usap pula tangan Hafiz sambil menjongketkan
keningnya.
“ Maksud sa..sayang?”
Hafiz memandang ke arah perut Yana lama sampai akhirnya dia
benar-benar terkejut plus gembira. Yana melihat dengan tawa kecil. Akhirnya
Hafiz dapat tangkap maksudnya.
“ Yes. I’m pregnant.” Jujur Yana.
Hafiz yang mendengar pengakuan itu pantas memeluk Yana.
Perasaan yang dia rasakan sekarang memang susah untuk digambarkan. Ya Allah.
Terima kasih!
“ Thank you sayang. Thanks!”
“ Most welcome abang.”
Hafiz meleraikan pelukan dan melihat sekeliling.
“ Guys! Saya akan jadi ayah tak lama lagi! Yihaa!”
Yana menekup muka. Ya Allah suami aku ni. buat malu
betullah. Tapi bila dengar tepukan sekeliling dia turut rasa bahagia.
“ Congrats!”
Ucapan bertalu-talu dihadiahkan pada mereka berdua. Yana
yang menerima ucapan itu tersenyum manis. Dia menoleh memandang ke arah Hafiz
yang ceria itu. Dia terasa sebak. Tapi dia bahagia. Abang. Terima kasih. Yana
bersyukur dapat jadi isteri abang walaupun banyak benda yang sukar kita lalui.
Thanks for everything Tengku Hafiz Haffan. I love you. Forever.
~Tamat~