Saya minta maaf sangat2 kerana dah lama tak upload sambungan cerita ni. Ni pun terpaksa curi masa sedikit. Yelah. SPM dah dekat. Satu apa2 pun belum bersedia lagi. Hoho.. Hope korang enjoy. Jangan lupa tinggalkan komen anda. ;)
“ Tunggu!”
Suara itu membuatkan Zahra, Izz dan Farah menoleh ke arah
Syazwan.
“ Sebelum tu aku nak cakap sesuatu. Aku juga nak beritahu
kau sesuatu Zahra dan aku nak kau ingat baik-baik soal ni. Lepas ni jangan nak
cari aku dah.”
Zahra pantas menyeka air matanya. Muka Syazwan yang
memandangnya sinis itu dipandang dengan seribu pertanyaan.
“ Apa tu Encik Syazwan?” Izz pula menyoal. Macam ada yang
tak kena je ni? Aku pula tiba-tiba rasa tak sedap hati pula!
“ zahra! Kau dengar baik-baik. Mulai hari ni dan detik ni.
Aku tak nak tengok lagi wajah kau yang kesian tu. Yang menjengkelkan tu. Aku
tak nak lagi. Kau faham kan? Aku juga tak nak kau datang merayu dekat aku
tentang anak kau tu. Aku tak ada hak dekat dia. Entah-entah anak siapalah yang
kau kandungkan tu. Yelah.. Dulu kan kau layan ramai lelaki di luar sana.
Manalah tahu kan?”
Zahra terpempan. Air matanya yang baru ingin kering itu
kembali mencurah ke pipi. Hatinya bagai ditusuk benda yang sangat tajam.
Sungguh! Dia rasa sangat sakit. Sakit sekali! Ya Allah.
Manakala Izz dan Farah tergamam. Tidak menyangka Syazwan
akan berkata demikian.
“ Abang Syazwan! Jaga mulut tu sikit. Ini anak abang wan
tahu tak? Untuk pengetahuan semua yang berada di sini. Akak Zahra ni tak pernah
melayan lelaki lain kecuali suaminya yang sah. Akak Zahra juga dah tak lakukan
perbuatan yang terkutuk tu. Dan akak Zahra juga tidak menyentuh mana-mana
lelaki sebelum dia kahwin. Akak masih suci. Jadi tolonglah abang Wan. Tolong!
Sekalipun abang tak suka dekat anak dalam perut ni. Janganlah abang hina kak
Zahra. Dia manusia biasa juga.”
Farah menyuarakan rasa tidak puas hatinya terhadap Syazwan.
Mahu juga aku pelempang mulut dia kejap lagi kot. Mulut kau memang tak guna
Syazwan.
Zahra berpaling daripada terus memandang ke arah Syazwan.
Entah macam mana, dia boleh pula bertembung mata dengan Izz yang kelihatan
terkejut itu. Akhirnya Zahra hanya tersenyum kelat.
“ maafkan saya Encik Izz. Saya rasa semua dah selesai.
Lagipun dah terbukti saya dah tak diperlukan oleh suami saya tu. Saya harap
Encik tolong uruskan secepat mungkin hal kami. Walaupun saya terpaksa menunggu
selama 9 bulan 10 hari.” Ujar Zahra dengan tenang.
Izz dan Farah saling berpandangan.
“ Erk… baiklah. Saya harap Puan Zahra dan suami dapat datang
ke sini semula selepas 9 bulan 10 hari. Masa tu automatik Puan dan suami akan
sah bercerai.”
Izz mengeling sekilas ke arah Syazwan. Ya Allah. Kenapa
masih ada lelaki macam ni dalam dunia ni. Tak ada rasa kasihan ke dekat isteri
dia yang sedang mengandung ni. Syazwan! Kau memang jantan tak gunalah! Aku
harap suatu hari nanti Allah akan turunkan balasan yang setimpal buat kau. Aku
harap sangat!
“ Okey! Dah selesai kan? jom balik sayang…”
Dengan lagak yang angkuh, Syazwan dan Eslina pun keluar
daripada pejabat Izz. Eslina yang sempat memandang ke arah Zahra hanya
tersenyum sinis. Bagi dia, dia puas memperlakukan Zahra macam ni. Puas sangat!
Tanpa Izz dan Farah sedari, muka Zahra ketika itu menjadi
pucat. Sangat pucat. Sampai Zahra dah tak mampu untuk membuka matanya.
Kepalanya yang tiba-tiba pening itu dipicit.
“ Akak… Jom lah kita balik.” Ajak Farah lalu menoleh ke arah
Zahra.
“ Ya Allah kak!”
Farah pantas memegang bahu Zahra apabila Zahra seperti nak
tumbang. Muka akak pucat! Ya Allah.
“ Kak.. Kita ke hospital ye?” Farah kelihatan sangat cemas.
Zahra menggeleng perlahan. Rasanya tak perlulah sampai ke
hospital segala. Lagipun aku hanya ingin berehat buat masa ni.
“ Biar abang bawa akak kamu ke hospital. Memandangkan kerja
abang dah habis.” Izz bersuara. Dia turut risau melihat wajah Zahra yang pucat
itu.
“ Tak. Tak payah. Akak okey ni. Jomlah kita balik.”
Zahra bangun. Sebelum dia bergerak, dia menoleh ke arah Izz
yang sedang merenungnya itu.
“ Terima kasih atas segala-galanya.” Ucap Zahra ikhlas.
Senyuman kecil dihadiahkan kepada Izz.
“ sama-sama. Lagipun ini tugas saya.” Balas Izz juga dengan
senyuman. Serentak itu juga dadanya berdebar saat melihat senyuman Zahra. Apa
dah jadi ni?
Zahra hanya mengangguk perlahan. Kemudian dia melangkah ke
luar pejabat Izz dengan perasaan tenang. Walaupun sedih di atas perkara tadi.
Tapi dia yakin dia mampu bertahan.
“ Abang Izz. Kami dah nak balik kampung kejap lagi. Abang
Izz nak turut serta tak. Suami Farah ada di luar.”
Izz tersentak. Kemudian dia tersenyum kecil.
“ Nanti abang akan menyusul.” Ujar Izz ringkas. Farah pula
hanya mengangguk lantas keluar daripada situ.
**
“ Dah selesai?”
Alif menyoal sebaik sahaja Zahra dan isterinya keluar daripada
mahkamah.
“ Dah. Alhamdulillah.. Jomlah kita balik. Lepas ni kita nak
terus ke kampung abang ke?” Soal Farah terus terang.
“ Boleh juga. Erk.. akak tak kisah kan?”
Zahra tersentak. Kemudian dia mengangguk. Niat mereka baik
tu Zahra. Aku patut ikut cakap mereka. Demi kebaikan diriku ni.
“ Sebelum tu bang. Abang Izz nak menyusul kita kejap lagi.”
Maklum Farah sebelum sempat Alif ingin masuk ke dalam kereta. Zahra dah
terlebih dahulu masuk ke dalam kereta.
“ Abang Izz? Abang Izz kerja dekat sini ke sayang? Abang tak
tahu pula.” Kelihatan Alif teruja mendengar tentang sepupunya itu.
“ Ye. Dia yang uruskan prosedur penceraian akak Zahra.”
Farah menjenguk ke dalam kereta. Akak Zahra nampak sangat
penat. Ya Allah. Berilah akak aku kekuatan dalam menempuhi semua cobaan dariMu.
“ Alif!”
Muncul Izz dengan senyuman lebarnya. Gembira apabila dapat
jumpa sepupu yang paling nakal dengan dia.
“ Ya Allah. Akhirnya kita dapat juga berjumpa.”
Mereka berdua berpelukan melepaskan rindu. Dah lama tak
jumpalah katakan. Farah yang melihat terlopong. Selalunya orang perempuan je
yang berpelukan ni. Ni yang depan mata aku. Lelaki? Hah!
“ Abang berdua. Boleh tak kalau nak melepaskan rindu dekat
kampung saja. Kita dah lewat ni.” Suara Farah apabila kelihatan mereka berdua
masih berpelukan melepaskan rindu. Dah kalah orang perempuan aku tengok.
Izz tersengih selepas leraikan pelukan. Alif pula menepuk
perlahan bahu isterinya.
“ Isteri kau cemburulah Alif. Sebab kau tak peluk dia.” Usik
Izz dengan sengihan nakal.
“ Mana ada? Tak ada masa Farah nak cemburulah. Dah! Orang
nak balik. Cepat!” Farah pantas masuk ke dalam kereta. Pipinya dah merah akibat
malu. Abang pupu Alif aku ni memang seorang yang suka mengusik sampai malu
dibuatnya. Tengoklah bila akak Zahra kenal dengan abang Izz. Pasti tak lekang
dengan senyuman kan?
Alif tertawa kecil manakala Izz tersengih lebar melihat
reaksi Farah. Tak cemburu konon. Ceh!
“ Jomlah. Nanti isteri aku marah pula. Kau ikut belakang.”
Izz sempat menghalang Alif yang baru saja nak masuk ke
tempat pemandu. Dahinya dikerutkan sedikit.
“ kau tak kisahkan nak cerita dekat aku apa masalah akak
ipar kau. Aku nak tahu sangat-sangat ni.” Izz menyuarakan permintaannya.
“ InsyaAllah bro.. Jom. Dah lewat ni.”
Akhirnya Izz mengangguk. Zahra.. Aku tak tahu kenapa tapi
aku nak tahu lebih lanjut tentang kau. Aku tak peduli kerana kau nampak lain
daripada perempuan di luar sana.
***
‘ Tiada lagi kata-kata manis dari mulutnya. Tiada juga
kata-kata pujian dari mulutnya. Apatah lagi ucapan cinta. Semuanya itu sudah
tiada lagi mulai saat ini. Apakah ini permainan hidup buat diriku? Apakah aku
hanya patung untuk dirinya? Dan! Adakah semua kata-katanya selama ini hanyalah
dusta semata-mata?’
Air matanya yang ingin tumpah pantas diseka. Sehabis baik
dia cuba mengawal riak mukanya daripada menjadi masam. Semua ini untuk
mengelakkan dirinya agar dikhuatiri oleh Farah dan Alif. Sedaya upaya dia cuba
ukirkan senyuman walaupun pahit.
Tiba-tiba lagu Kasih Jangan Pergi nyanyian Pria Band berkumandang
di radio.
Bila ku hanya sesaat bagimu
Jangan biarkan ku terlanjur menyayangmu
Jangan biarkan ku terlanjur menyayangmu
Aku tak sanggup jauh darimu
Kerna kau yang membuat aku menyayangmu
Cinta yang ku punya bukan sekadar kata
Cintaku ini abadi untuk mu
Kerna kau yang membuat aku menyayangmu
Cinta yang ku punya bukan sekadar kata
Cintaku ini abadi untuk mu
Air matanya tumpah jua akhirnya.
Kasih jangan jangan jangan jangan kau pergi
Jangan pernah meninggalkan aku sendiri
Aku tak bisa aku tak sanggup bila sendiri
Jangan pernah meninggalkan aku sendiri
Aku tak bisa aku tak sanggup bila sendiri
Kasih jangan jangan jangan jangan kau pergi
Jangan pernah meninggalkan aku sendiri
Aku tak bisa bila kau pergi
Jangan pernah meninggalkan aku sendiri
Aku tak bisa bila kau pergi
Zahra menekup mulutnya kuat. Sungguh! Lirik lagu itu sangat
mengena pada dirinya. Lelaki yang dia cintai dulu kini dah beralih arah.
Suaminya dah lain dan tidak mencintainya lagi. Tapi dia? Ya Allah.
Aku tak sanggup jauh darimu
Kerana kau yang membuat aku menyayangmu
Cinta yang ku punya bukan sekadar kata
Cintaku ini abadi untukmu
Kerana kau yang membuat aku menyayangmu
Cinta yang ku punya bukan sekadar kata
Cintaku ini abadi untukmu
Kasih jangan jangan jangan jangan kau pergi
Jangan pernah meningggalkan aku sendiri
Aku tak bisa aku tak sanggup bila sendiri
Jangan pernah meningggalkan aku sendiri
Aku tak bisa aku tak sanggup bila sendiri
Kasih jangan jangan jangan jangan kau pergi
Jangan pernah meninggalkan aku sendiri
Aku tak bisa bila kau pergi
Jangan pernah meninggalkan aku sendiri
Aku tak bisa bila kau pergi
Kasih jangan jangan jangan jangan kau pergi
Jangan pernah meninggalkan aku sendiri Aku tak bisa bila kau pergi
Aku tak bisa bila kau pergi
Aku tak bisa bila kau pergi
Jangan pernah meninggalkan aku sendiri Aku tak bisa bila kau pergi
Aku tak bisa bila kau pergi
Aku tak bisa bila kau pergi
“ Akak? Mahu singgah ke mana-mana dulu tak?” Farah menyoal
setelah selesai dia menikmati lagu dari kumpulan Pria Band itu. Namun tiada
sahutan daripada Zahra. Itu membuatkan Farah pelik.
“ Akak?”
Farah pantas menoleh ke belakang. Dan dia terkejut besar
melihat keadaan Zahra pada saat itu. Pantas dia menyuruh Alif menghentikan
keretanya.
“ Kenapa ni sayang?” Alif menyoal cemas. Dia melihat cermin
sisi kereta. Kereta Izz turut berhenti di belakangnya.
“ Abang… Akak Zahra. Ya Allah.”
Farah tergesa-gesa keluar daripada tempat sebelah pemandu
dan beralih ke belakang. Kemudian dia meribakan Zahra dengan lembut.
“ ya Allah Farah! Darah keluar dari hidung akak lah!” Alif
pula makin cemas. Ya Allah kenapa dengan akak Zahra.
“ Cepat bang! Kita bawa akak ke hospital. Muka akak pucat sangat ni.” Suruh Farah turut dalam keadaan cemas.
Tanpa berlengah, Alif teruskan perjalanan. Kereta Izz pun turut bergerak. Maafkan aku Izz. Akak Zahra pengsan.
~Bersambung~