Assalamualaikum..
Syuhhh! Korang boleh simpan rahsia tak? ehehe..
SPM tak hbs lagi kot tapi sempat lagi jenguk dekat sini.
Siap upload cerita baru lagi. Hehe..
Nak release tension jap. Lagipun kertas SJ baru habis.
Esok cuma kertas SJ 3 je. Bolehlah tarik nafas skit.
Hehe... Okey! Enjoy your reading.
Mataku tak berganjak lagi. Asyik sangat memandang ke arah si dia. Walaupun si dia tak pernah perasan. Tapi aku tak kisah pun. Sebab aku ni hanyalah peminat misteri dia. Lagi bagus kalau dia tak tahu. Nanti tak lah aku malu. Siapa pun tak tahu aku suka dekat si dia.
Namun, aku tak fahamlah. Kata suka dekat si dia tu. Tapi
hati aku ni tak berdebar teruk macam aku berhadapan dengan Fairuz pun. Fairuz
tu boleh dikatakan musuh aku la. Kenapa? Itu lain hari aku cerita. Malas nak
sebut fasal dia.
“ Hai!”
Aku tersentak dan terus menoleh ke belakang. Ternyata
Fairuz. Ish! Baru sebut fasal dia tadi. Dia terus datang. Pantang betul.
“ Nak apa?” Soalku dingin.
Aku kembali menoleh ke arah si dia. Tapi hampa.. Dia dah tak
ada dekat situ lah. Ala.. Fairuz punya fasal lah ni.
“ Amboi…”
Aku menjelingnya sekilas sebelum bangun daripada situ. Aku
nak berganjak dari sini sebelum aku kena berhadap dengan Fairuz ni. Tengok!
Sekarang hati aku tiba-tiba berdebar. Tak faham betul..
“ Awak nak ke mana? Duduklah kejap…” Suruhnya.
“ Maaf. Saya nak balik hostel. Kalau awak nak makan. Awak
makan je sorang-sorang. Tak pun ajaklah awek yang ada belakang awak tu. Ye…
saya balik dulu.”
Aku terus melangkah meninggalkan dia. Dia selalu spoil kan
mood aku. Ke mana saja aku berada pasti dia ada. Itu adalah salah satu punca
mengapa aku anggap dia musuh aku. Hairan betul. Takkan dia skodeng aku kot?
Ish!
“ Amrina!”
Nak apa lagi mamat ni? Tak boleh tengok orang senang sikit ke?
Payah betul!
“ Saya nak tanya awak ni? Tunggu lah kejap!”
Lenganku direntapnya kasar. Amboi! Berkasar nampak. Dengan
geramnya, aku merentap lenganku daripada pegangannya. Sakit hati aku tengok
muka dia sekarang.
“ Suka hati awak je nak pegang saya! Awak nak apa lagi?
Kalau sehari awak tak kacau saya tak boleh ke?” Soalku dengan perasaan marah.
“ Maaf. Tapi saya Cuma nak tahu. Awak sukakan Izwan kan?”
Aku terkedu. Alamak! Dia tahu dari mana ni? Tak boleh jadi.
“ Mana ada! Mengarut!” Nafiku sekeras-kerasnya. Kenapa dia
boleh tahu pula ni?
“ Jangan nak bohonglah!”
Tiba-tiba je dia tinggikan suara dekat aku. Apa ni? Sungguh
aku terasa akan diri dia.
“ Awak ni kenapa? Kalau saya kata tak tu bermaknanya tak
lah! Yang awak nak paksa tu sampai nak tengking saya kenapa? Awak ingat saya ni
apa? memang patutlah saya bencikan awak!”
Belum sempat aku nak memusingkan badan, dia menahan aku
dengan kata-kata yang aku kurang fahami.
“ Maafkan saya. Tapi saya hanya nak tahu perkara sebenar.
Saya tak nak saya yang terseksa.”
Yap! Aku langsung tak faham! Jadi aku terus berlalu
meninggalkan dia. Buang masa aku je terus bertelingkah dengan dia. Huh!
**
“ Awak kena kahwin dengan saya.”
“ What??”
Apa yang dia telah fikirkan ni? Nak cari nahas dengan aku
ke? Idea bodoh apa yang dia luahkan dekat aku ni? Atau dia memang dah gila nak
cari fasal dengan aku?
“ Saya tak kira. Awak tetap kena kahwin dengan saya!”
Tegasnya sambil memandangku tajam.
“ Tak! Kenapa saya perlu kahwin dengan awak pula? Sedap hati
awak je nak paksa saya. Lagipun saya langsung tak mencintai awak. Awak tu musuh
saya ye! Sedarlah diri tu sikit. Saya ni tak suka dekat awak. Tapi mengapa awak
asyik sangat cari fasal dengan saya? And I don’t want marry you! Never and
never!”
“ Amrina!!!”
Bahuku terangkat selepas mendengar tengkingan seseorang. Aku
dan Fairuz pantas menoleh ke kiri. Dan aku terkedu melihat insan itu. Papa?
“ Fairuz.. biar pakcik yang lakukan. Kamu pergilah dulu.”
Aku melihat wajah papa yang tegang itu dengan seribu
persoalan. Apa ni? Apa yang sedang berlaku ni?
“ Amrina!”
“ Stop papa! Apa ni? Rin langsung tak faham dan macam mana papa
boleh kenal dengan Fairuz? Apa perancangan kalian sebenarnya? Tapi satu je yang
Rin tak boleh nak terima. Rin takkan kahwin dengan Fairuz. Sebab Rin tak
mencintai dia. Rin mencintai orang lain.” Bantahku sekeras-kerasnya.
Gila ke apa? Tiba-tiba nak aku kahwin dengan dia. Baru
semalam aku cakap aku bencikan dia. Tapi dia tak dengar ke atau buat-buat tak
nak dengar? Menyesal aku tak mengaku apa yang dia tanya semalam. Ish!
“ Stop Rin! Papa tak kira. Kamu kena kahwin juga dengan
Fairuz tu. Sebab kamu dah..”
“ Pakcik!”
Kata-kata papa terhenti selepas Fairuz memanggil. Ingatkan
dah pergi mamat ni.
“ Sebab apa papa?” Soalku berdebar-debar. Macam ada sesuatu
yang mereka sembunyikan daripada aku. Aku rasa ia sangat penting. Aku lihat
Fairuz dan papa saling berpandangan dengan kerutan di dahi.
“ Please explain!” Tegasku berang. Tiba-tiba diam je
daripada tadi.
“ Tak ada apa-apalah. Saya nak kahwin dengan awak sebab saya
mencintai awak.”
Aku tersenyum sinis. Cinta? Masih wujuhkah cinta di hatinya
tu? Dulu dia yang pernah kata dekat aku yang dia tak percayakan cinta.
“ Don’t be stupid Fairuz! Dulu awak yang kata awak tak
pernah percayakan kewujudan cinta. Mengapa tiba-tiba cakap macam tu pula? Awak
jangan nak berdolak dalih lagi. Sekarang beritahu perkara yang sebenarnya mengapa
awak nak kahwin dengan saya.”
Tanganku ditarik papa agar menjauhi Fairuz. Tapi sempat aku
lihat ke dalam mata Fairuz. Memang betul! Ada satu rahsia yang sedang dia
sembunyikan daripada aku. But what?
“ Amrina… Papa minta tolong sangat. Tolong tunaikan
permintaan papa kali ni je. Kahwin dengan Fairuz ye? Papa buat semua ni demi
kebahagiaan kamu. Tolong ye..”
Apabila aku melihat papa merayu macam ni. Hati aku jadi
tersentuh. Kenapa sampai macam ni papa perlu merayu? Apa sebenarnya yang telah
berlaku sebelum ni? Apa yang Fairuz sembunyikan daripada aku?
“ Papa…”
“ Baiklah. Papa janji. Selepas Amrina kahwin dengan Fairuz.
Papa akan turutkan apa saja permintaan kamu. Lepaskan kamu ke Paris pun papa
sanggup. Kan kamu nak ke sana suatu hari nanti?”
Air mataku bergenang. Papa benar-benar nak aku kahwin dengan
Fairuz.
“ Tapi kenapa? Rin masih muda papa. Belajar pun tak habis
lagi.” Aku memberikan alasan.
Mana mungkin aku sanggup kahwin dengan dia sedangkan hati
aku ada pada orang lain. Betul ke? Yelah! Aku sukakan si dia tu.
“ Papa masih belum boleh beritahu kamu sebabnya. Tapi
insya-Allah papa akan beritahu kamu selepas kamu kahwin.”
Ingin sahaja aku tolak. Tapi wajah papa yang penuh mengharap
itu membuatkan impian ku musnah. Impian untuk berkahwin dengan orang yang
dicintai dan mencintai. Ya Allah. Adakah ini salah satu ujian untukku?
“ Kalau itu yang papa mahu. Rina turutkan je.” Putusku
lemah.
Apabila aku buat je keputusan begini, aku dah tak boleh nak
intip si dia lagi. Aku juga tak boleh keluar dengan kawan-kawan pada waktu
malam lagi. Dan aku juga dah tak boleh bersikap selamba aku yang tak berapa
betul ni. Aku mungkin tidak akan seceria dulu.
Tapi aku tak boleh jadi macam tu. Aku kena kuatkan diri aku.
Aku juga perlu cari sebab yang papa kata tu.
“ Jom. Kita cakap dekat Fairuz.”
Aku hanya mengekori langkah papa mendekati Fairuz. Sungguh!
Aku bagaikan patung apabila berdiri di hadapannya. Tapi mengapa hati aku ni je
yang tak jadi patung? Asyik berdebar-debar je apabila berdepan dengan Fairuz
ni. Aku tak faham!
Kau jatuh cinta tanpa sedar kot? Eh? Tolong sikit! Tak mahu!
Tak mahu jatuh cinta dengan orang yang suka mengacau hidup aku ni. Ergh!
“ dia terima. Pakcik harap Fairuz mampu membuatkan hidup dia
bahagia.”
“ InsyAllah pakcik. Doakan saya agar hidup bahagia dengan
anak pakcik.”
Aku rasa nak termuntah je bila dengar dia cakap macam tu.
Kalau tak kerana papa, aku takkan terima kau lah mamat!
**
Senyuman aku lebar apabila si dia mendekatiku yang tengah
makan ni. Mujur aku makan keseorangan. Tapi betul ke dia datang ke arah aku?
Tengok-tengok dia saja datang ke sini tapi nak ke awek belakang aku ni. Jangan
berangan Amrina! Lagipun kau dah nak kahwin dengan mamat tu.
Baru saja aku nak suapkan makanan ke dalam mulut. Namaku
dipanggil lembut. Tentunya suara si dia.
“ Amrina..”
Aku mendongak. Dia sedang melihatku dengan senyumannya.
Wahh! Hensemnya!!
“ Erk.. ye saya.” Jangan jadi gugup Amrina!
“ Boleh saya duduk depan awak ni?”
Aku hanya mengangguk. Dah macam burung belatuk pun ada.
Terpana tengok dia lah ni.
“ Saya nak cakap sikit dengan awak. Tapi awak kena bersikap
jujur sebab saya tak suka orang yang bohong.”
Apa yang dia nak lakukan ni? Nak cakap apa ni? Haish!
Berdebar-debar pulak!
“ Awak suka dekat saya atau Fairuz?”
Aku tersentak. Mengapa dia tanya soalan macam tu? Dah tak
ada soalan lain ke?
“ Kenapa awak tanya macam tu? Kalau awak nak tahu Fairuz tu
musuh saya. Tapi dia je tak habis-habis nak kacau diri saya ni.” Jelasku agar
dia tak salah faham. Tapi dah terlambat lah Rin. Aku dah nak kahwin pun.
“ Jadi awak suka dekat saya?” Soalnya sambil menjungkitkan
kening.
Terhambur keluhan kecil dari mulutku. Kalau aku mengaku apa
akan jadi? Dan kalau tak pula? Ya Allah..
“ Amrina. Saya perlukan jawapan awak.”
“ Ya! Saya suka dekat awak. puas?”
Pipiku membahang selepas meluahkan perasaan aku terhadap
dia. Malu weh!!
“ Haha..”
Tiba-tiba dia ketawa. Kenapa ni? Aku terpinga-pinga melihat
dia.
“ Pandai juga awak berlakon ye. Suka konon. Sedangkan dalam
hati awak ada orang lain. Sampai maruah tercalar. Saya ingat awak ni perempuan
yang baik-baik. Rupa-rupanya… mujur Fairuz beritahu saya perkara yang sebenar
sebelum saya betul-betul jatuh cinta dekat awak. yalah.. Awak asyik sangat
intip saya. Tapi.. nasib baik lah. Tolonglah jangan berlakon lagi Amrina.
Bertaubatlah.”
Aku mengerutkan dahi. Apa yang dia cakap ni? Aku langsung
tak faham. Berlakon? Masa bila aku berlakon pula.
“ Apa Fairuz cakap dekat awak? Saya tak berlakon pun. Saya
cakap betul-betul tadi. Saya memang benar-benar suka dekat awak. kenapa perlu
saya bohong pula?” Soalku bertalu-talu.
Namun dia tersenyum sinis. Itu membuatkan hati aku sedikit
tercalar. Kenapa?
“ Jangan teruskan permainan ni Amrina. Tolonglah tengok diri
awak tu. Awak langsung tak sesuai untuk saya. Saya malulah kalau awak jadi
isteri saya. Saya nak isteri yang suci dan tak penipu macam awak ni. Walaupun saya
tahu awak ni tak salah. Tapi mesti ada juga salah awak sampai dia buat macam
tu. Awak pun.. Ish! Tak tahulah nak cakap macam mana lagi.”
Air mataku bergenang. Apa ni?
“ Dah lah. Berhentilah Amrina. Berhenti daripada
bersandiwara. Hal ni bukan main-main. Saya rasa awak memang patut kahwin dengan
dia. Dia juga patut bertanggungjawab dengan apa yang dia telah buat dekat awak.
Saya pergi dululah. Tapi niat saya baik. Saya nak awak bertaubat. Maaf…”
Terus dia berlalu meninggalkan aku dengan air mata. Hati aku
sakit mendengar kata-kata dia. Aku jelas sekali tak faham.
Fairuz patut bertanggungjawab? Dia mana ada buat-buat apa
dekat aku pun. Dan tadi dia ada cakap yang dia nak isteri yang suci. Aku ni
still suci okey. Masa bilanya aku jadi penipu?
Ya Allah. Apa lagi yang akan berlaku selepas ini? cintaku
dah ditolak mentah-mentah. Sampai dia hina diri aku ni. Buruk sangatkah diri
aku ni depan dia. Sekalipun tak suka janganlah menghina. Tahu tak hati aku
sakit sangat.
Mungkin aku perlu berdepan dengan Fairuz dan tanya dia apa
yang sedang berlaku. Mesti Fairuz ada cakap sesuatu dekat si dia ni. Sampai si
dia kata dekat aku macam-macam.
Argh!! Aku tak kira! Aku nakkan jawapan sebelum aku
berkahwin dengan dia. Titik!!
**
Hari ini bagaikan mimpi ngeri buatku. Mimpi akan jadi ngeri
bila aku dikahwinkan dengan orang yang aku langsung tak cintai. Air mataku
bergenang lagi. Sungguh murah air mata ni mengalir kebelakangan ni.
Gagal! Ya! Aku gagal mencari jawapan daripada Fairuz. Sebab
dia langsung tak mahu berjumpa dengan aku sebelum ni. Sedangkan aku nak tahu apa
yang telah berlaku di antara Fairuz dan si dia tu. Tapi malangnya, ia sudah
terlambat Rin. Aku dah sah menjadi isteri dia.
“ Tahniah Amrina! Aku happy untuk kau.” Ucap Fina.
Satu-satunya kawan yang aku ada.
“ Hurmm..” Aku tersenyum kelat.
“ Kenapa kau macam tak happy je? oh.. sebab dia musuh kau
ke? Ala.. lupakanlah pasal tu. Aku yakin dia mampu membahagiakan kau.”
Yeke? Aku sendiri tak yakin Fina. Aku mencintai si dia. Tapi
aku terpaksa kahwin dengan Fairuz. Maybe aku tak ada jodoh dengan si dia.
“ Aku nak kau tahu satu perkara.”
Aku memandang Fina dengan senyuman hambar. Apa lagi ni?
“ Kau tu sebenarnya dah jatuh hati dekat Fairuz dalam diam.
Tapi kau je yang tak sedar-sedar lagi. Sebab hati kau kebal mencintai Izwan.”
Aku pantas menggelengkan kepala.
“ no! kau jangan nak mengarut. Hati aku jadi aku tahulah.
Sudahlah! Aku tahu kau cakap semua ni nak buat aku berhenti membenci Fairuz
yang asyik ganggu aku tu. Tapi tak semudah itulah.”
Aku bangun dan melangkah ke pintu bilik. Kelihatan dia
sedang berbual dengan papa. Mesra je aku tengok diorang tu. Mama pula
sepertinya sangat gembira terima menantu. Aku? Langsung tak!
“ Kau kena juga mencintai dia Rin. Dia suami kau. Kau dah
tak boleh membenci dia.”
Aku terdiam. Ada benar juga kata-kata Fina tu. Tapi tak
semudah itu lah! Argh! Makin hari makin kusut fikiran aku ni.
“ Amrina! Mari sini nak!” mama sudah memanggil.
Dengan berat hati, aku melangkah ke arah mereka. Fairuz
setia memandang ke arahku dengan senyumannya itu. Bila aku tengok dia asyik
tersenyum macam tu. Naik meluat juga aku ni.
“ Mama bahagia kerana anak mama dah berkahwin walaupun masih
muda. Mama nak selepas ni kamu ikut cakap suami kamu ye sayang. Jangan nakal
dan degil ye.”
Ingin sahaja aku mencebik. Tapi aku juga tak mahu kecewakan
hati mama. Jadi aku hanya mengangguk dengan perlahan.
“ Selepas ni ikut Fairuz balik ke rumah dia. Kamu dah di
bawa jagaan Fairuz.”
Aku nak tolak. Tapi renungan tajam Fairuz itu membuatkan aku
mengangguk sekali lagi. Kenapa ni? Kenapa dia asyik memaksa aku?
“ Kalau macam tu, saya minta diri dulu papa dan mama. Takut
sampai malam pula.”
Aku mula memeluk mama dengan erat. Bagai tak mahu
melepaskannya lagi. Seperti tahu perasaan aku, mama mencium dahiku dengan penuh
kasih sayang.
“ Mama sayang kamu. Jaga diri ye..”
Aku mengetap bibir dengan kuat. Akhirnya aku mengangguk lalu
mengikuti langkah Fairuz. Selamat tinggal rumah. Selamat tinggal semua. Huhu!
**
“ Kring! Kring! Kring!”
Bunyi itu mengejutkan aku daripada tidur. Tapi tak pula aku
membuka mata dan menoleh ke arahnya. Malas!
“ Dah. Dah selesai pun. Terima kasih. Hurmm.. Okey!”
Apa yang dah selesainya? Lantaklah! Kalau aku tanya nanti
tak fasal-fasal kata aku ni suka masuk campur plak. Jadi lebih aku biarkan
saja.
“ Amrina… Maafkan saya sebab awak terpaksa kahwin dengan
saya. Tapi saya tak tipu. Saya mencintai awak. kalaulah awak tahu perasaan saya
ni. Buat apa saya nak bohong. Tak apa. saya tahu kita perlukan masa kan?
hurmm..”
Aku tergamam. Apa? Dia mencintaiku? Ya Allah! Betul ke ni?
Ingin saja aku membuka mata dan menyoalnya. Tapi aku kena
bertahan. Aku kena tengok selama mana dia boleh bertahan. Kalau lama bermakna
dia benar-benar mencintaiku. Kalau tak? Apa tujuan dia kahwin dengan aku?
Semuanya bakal terjawab nanti.
**
“ Amrina… bangun sayang. Kita dah sampai ni.”
Aku tergeliat kecil. Aku juga terkejut melihat kediaman
rumah didepan mata aku ni. Wow! Cantik gila! Terus aku menoleh ke arahnya
dengan riak tak percaya.
“ Rumah awak ke ni?” Soalku inginkan jawapan.
“ Ya. Ayah saya yang hadiahkan sempena perkahwinan kita.”
Aku keluar daripada kereta dan memerhati keadaan sekeliling.
Ish! Ini dah macam bukan rumah tapi macam istana pun ada. Besar sangat! Rumah
aku pun tak besar macam ni. Sedangkan nak duduk dua orang je. Ayah bagi rumah
macam ada ramai yang nak duduk dekat sini.
“ Jom masuk!”
Apabila masuk je dalam rumah, aku terpegun. Ya Allah!
Cantiknya!!! Teruja aku saat ini.
“ Mesti mahal kan rumah ni?” Terpacul soalan itu daripada
mulutku. Namun dia menjawab juga.
“ Tak tahulah. Ayah yang beri. Ayah tak nak beritahu saya
pun berapa harga rumah ni. Nama pun hadiah kan?”
Aku mengikutinya ke arah bilik. Boleh dikatakan semua ruang
dalam rumah ni amat besar. Macam aku sedang berada dalam kelas kot. Bilik pun
dah macam ruang tamu.
“ Okey. Kita duduk dekat sini.”
Dahiku berkerut.
“ Kita? Saya nak bilik asing.” Ujarku tegas.
Amboi dia! Banyak cantik! Aku nak bilik aku sendiri. Inilah
akibatnya kalau kahwin dengan orang yang kita tak suka.
“ Kenapa pula? Kita dah kahwin pun kan? lagipun tak baik tau
awak ingkar arahan suami awak ni.”
Ujarnya lembut tapi kata-kata itu amat mendalam maksudnya
ye. Argh!
“ Mentang-mentang dah jadi suami. Bolehlah awak nak kuasa
veto awak tu ha? Huh!”
Dengan geramnya, aku berjalan lalu sengaja terlanggar
bahunya. Marah! Aku duduk di birai katil dengan perasaan bengang. Lantaklah dia
nak kata apa pun.
“ Ingat ye sayang… mama pesan apa dekat rumah tadi?”
Dia menjungkitkan kening nakal. Argh!!! Mama!! Suami Rin ni
gunakan kuasa dia lah. Macam mana ni???
“ Whatever!! Huh!”
**
“ Assalamualaikum papa..”
“ Waalaikumussalam. Macam mana di sana? Okey ke sayang?”
“ Alhamdulilah okey papa. Papa dan mama tengah buat apa tu?”
“ Terfikirkan kamu. Haha.. Tak buat apa-apa pun.”
Aku tersenyum hambar. Aku tahu mereka sangat merindui aku
saat ini. Biasalah aku ni kan anak tunggal. Jadi pasti mereka terasa akan
kehilangan aku.
“ Papa.. Rin nak tahu sesuatu. Kenapa papa suruh Rin kahwin
dengan Fairuz? Rin nak tahu sangat ni.” Aku seperti mendesak papa agar
memberitahu aku perkara yang sebenar.
Sekarang aman sebab Fairuz keluar beli makanan. Jadi aku ada
peluang untuk bertanyakan soal ini kepada papa melalui telefon.
“ Erk… betul ke kamu nak tahu? Tapi kamu jangan salahkan
Fairuz ye sayang. Dan papa tahu kamu sembunyikan hal ini daripada kami sebab
tak nak kami sedih. Kami juga tahu kamu tak salah dalam hal ni. Tapi maafkan
lah dia ye sayang..”
Kepalaku yang tidak gatal itu ku garu perlahan. Aku langsung
tak faham apa yang papa sedang cakapkan ni.
“ Explain please..” Pintaku perlahan.
“ Papa dah tahu yang kamu ni dah terlanjur dengan Fairuz.
Fairuz juga beritahu kamu dah mengandung tapi kamu sembunyikan soal itu
daripada pengetahuan kami dan suami kamu. Sebab itulah kami tak beritahu
kenapa. Dan sebab itu jugalah kamu bencikan Fairuz kan?”
Bagai batu yang terhempap mendengar luahan papa sebentar
tadi. Air mataku juga mengalir laju selepas mendengar cerita yang sememangnya
tak betul buat diri aku ni.
“ Fairuz yang kata macam tu?” Soalku dalam nada yang
tertahan untuk menangis.
“ Ye. Dia dah beritahu segala-galanya kepada kami. Kami tak
marah dekat kamu sayang. Kami marah dekat Fairuz tapi dia dah janji nak
bertanggungjawab. Jadi kami dah boleh maafkan dia.”
Aku menekup mulutku kuat. Ya Allah. Permainan apakah yang
sedang dia lakukan ni?
“ Papa.. sebenarnya..”
Baru sahaja aku nak beritahu perkara yang sebenar, kereta
dia masuk ke dalam kediaman rumah. Cepat-cepat aku melangkah naik ke bilik.
Kalau boleh aku tak nak dia tahu yang aku dah tahu perkara sebenar. Aku nak
tengok sampai bila dia nak teruskan permainan ni.
“ Tak apa sayang. Kami faham perasaan kamu. Jangan risau,
kami akan sentiasa menyokong kamu.”
Aku pantas menggeleng dan duduk di birai katil. Bukan papa!
Bukan itu yang Rin maksudkan. Rin Cuma nak papa tahu yang menantu papa dah
menipu!
“ Pa… nanti Rin telefon papa lain.” Akhirnya aku berputus
asa untuk menyoal lebih lanjut. Aku juga dah tak berdaya nak beritahu perkara
yang sebenar.
“ Yelah. Ambil masa kamu ye sayang. Assalamualaikum..”
“ Waalaikumussalam..”
Aku terus matikan talian dan rebahkan diri sebelum dia masuk
ke dalam bilik. Aku jadi benci tengok wajah dia. Aku semakin tawar hati selepas
mendengar cerita ni. Ternyata selama ni, dia menipu aku dan kami semua. Tak aku
sangka ini diri dia yang sebenar. Jangan-jangan dia juga tipu Izwan fasal aku.
Air mataku mengalir dengan laju. Hati aku sakit sangat.
Lebih sakit daripada kata-kata hinaan Izwan. Ya Allah. Mengapa dia buat aku
macam ni?
“ Amrina.. saya belikan makanan untuk awak. jom kita turun.”
Dia datang dengan senyuman. Bagiku itu senyuman kemenangan
dia. Aku bangun dan mengikuti langkahnya sehingga ke dapur. Aku kena lakukan
sesuatu. Aku nak dia rasa apa akibatnya menipu diri ku ni.
“ Awak beli apa?” Soalku dengan senyuman. Jangan risau..
Kejap lagi aku akan cucuk jarum ye cik abang. Huh!
“ Nasi ayam. Ini kan nasi kegemaran awak. jom makan.”
“ Tapi..”
Aku memandangnya dengan senyuman kecil. Dia turut memandang
aku dengan senyuman.
“ Saya mengidam nasi daging lah awak. Tolong belikan untuk
saya erk?” Sengaja! Sengaja aku memperli dirinya dengan kata-kata yang lembut.
“ Mengidam? Awak mengandung ke?”
Ha! Sudah! Dia buat-buat tak tahu ke ni? Permainan apa lagi
yang sedang dia cipta ni?
“ Haah. Saya mengandung. Mengandungkan anak luar nikah
awak.”
Terus aku menjarakkan diri darinya dengan perasaan marah.
Dia juga seperti dah sedar apa yang aku sedang cakapkan ni.
“ A..awak dah tahu?”
Aku bertepuk tangan dengan senyuman sinis.
“ Tahniah! Tahniah kerana lakonan awak berjaya. Tak sangka
saya kan? Awak macam ni orangnya. Hiprokit!!!!” Pekikku dengan berang.
“ A..awak! awak salah faham. Biar saya jelaskan.”
Aku tepis tangannya daripada memegang bahuku.
“ Salah faham? Salah faham apa lagi? Papa dah beritahu saya
kenapa awak nak sangat kahwin dengan saya. Apa ni? Permainan apa lagi yang cuba
awak rancangkan? Sampai Izwan pun awak perbodohkan? Manusia apa awak ni ha??”
Tanpa sedar, aku terus menampar pipinya dengan perasaan
marah. Tindakan itu sangat cepat. Tapi aku tak menyesal sebab ini memang salah
dia.
“ Itu balasan untuk orang yang tak berhati perut macam awak.
Sanggup buat hidup saya menderita.”
Aku terus melangkah meninggalkan dapur. Tapi tanganku
direntapnya kuat.
“ Lepaskan saya!!”
“ Awak! tolong jangan pergi..”
Aku tersenyum sinis. Tanganku rentap.
“ Oh! Tahu pun takut bila saya pergi. Jangan risau. Saya
takkan pergi selagi final exam saya belum habis. Tapi selepas itu saya akan
pergi dari rumah ni buat selama-lamanya. Saya tak mahu hidup dengan seorang
yang hiprokit macam awak!”
Aku terus berlari naik ke bilik dan mengunci pintu. Aku
tersandar belakang pintu dengan linangan air mata. Dadaku yang berdebar hebat
disentuh perlahan.
Hati! Mengapa? Mengapa kau rasa sakit sangat? Mengapa kau
rasa bersalah bila menampar dia tadi? Mengapa? Dia memang patut dapat tu semua.
“ Kau tu sebenarnya dah jatuh hati dekat Fairuz dalam diam.
Tapi kau je yang tak sedar-sedar lagi. Sebab hati kau kebal mencintai Izwan.”
Kata-kata Fina kembali menerjah dalam fikiran aku. Huh! Aku
takkan terima lagi cinta daripada sesiapa pun apatah lagi dari dia. Dia berjaya
merobek hati aku ni. Dia dah hancurkan kepercayaan aku terhadap dia. Puas kan
bila kenakan aku macam ni? Puas?
Arghhh!!!!
**
Seminggu telah pun berlalu. Sepanjang itu jugalah aku langsung
tak mempedulikan diri dia. Dia je yang selalu ambil peduli hal aku. Dia juga
tak berputus asa dalam memujuk ku kembali. Dia selalu minta maaf atas kesalahan
dia. Tapi tak pula dia beritahu kenapa dia lakukan sebegitu.
Maybe dia memang bersalah dan tanpa sebab dia buat semua tu.
Sekarang aku dah tak seceria dulu. Semuanya gara-gara dia. Fina ada kata dekat
aku. Aku tak patut biarkan dia macam tu. Lagipun dia suami aku.
Tapi aku still tak boleh terima la apa yang telah dia
lakukan. Ingat hal ni begitu mudah ke untuk aku lupakan? Kalau otak aku ni
komputer tak apalah juga. Tapi aku ni manusia biasa yang punya perasaan juga.
“ Amrina… Jom makan. Saya dah sediakan sarapan.”
Dia juga tak pernah berputus asa memanggilku untuk
bersarapan. Setiap pagi dia akan lakukan perkara yang sama. Cuma aku je
kadang-kadang makan. Tak berselera.
“ Saya juga dah bersedia nak beritahu awak sesuatu.”
Tapi hari ni? Kata-kata dia tadi berjaya menarik perhatiaku
untuk makan sarapan. Adakah dia nak beritahu perkara yang sebenar? Atau dia dah
sedia untuk lepaskan aku? Kalau ya kenapa hati aku ni macam tak relakan je.
“ Jomlah turun. Saya tunggu dekat bawah.”
Dia terus keluar daripada bilik tanpa membelai rambutku
terlebih dahulu. Apa dah kena dengan dia? Betul ke dia akan pergi? Ya Allah.
Dengan perasaan yang berdebar-debar aku turun ke bawah. Aku
melihat dia yang sedang menekur ke arah makanan. Seperti fikirkan sesuatu.
“ Awak nak cakap apa?” Soalku dingin. Seperti biasa aku akan
sentiasa bersikap dingin dengannya. Kalau di luar aku hanya bersikap selamba.
Mujur orang tua kami tak tahu masalah kami.
“ Awak nak tahu kan kenapa saya buat macam tu?”
Aku hanya berdiam diri sambil memandang ke arahnya. Mulutku
ketap. Biar dia terangkan segala-galanya.
“ Sebenarnya saya buat semua ni demi kebaikan kita berdua.
Saya sangat mencintai awak dan saya tahu awak pun mencintai saya. Cuma awak tak
sedar sebab hati awak asyik teringatkan Izwan. Tapi bukan itu je sebabnya.
Punca utama adalah saya tak mahu awak jatuh ke tangan Izwan.”
But why?
“ Sebab dia bukan seorang lelaki yang baik Rin.. dia hanya
nak permainkan awak. Selepas awak balik daripada intip dia masa tu. Dia
memanggil saya. Saya ingat nak bincang fasal assignment. Ternyata fasal awak.
Dia ada tanya kenapa saya asyik ganggu awak. jadi saya jujurlah.”
“ Apa yang dia cakap?” Soalku dengan cepat.
“ Dia kata awak tak berhak untuk digandingkan bersama saya.
Dia juga kata dia tahu awak asyik intip dia. Tapi dia hanya biarkan. Dia kata
juga yang dia akan jadi kan awak sebagai perempuan simpanan dia. Kalau dia ada
kata dia jatuh hati dekat awak tu. Itu bermakna dia tipu. Dia seorang playboy
Rin. Saya Cuma tak nak awak jatuh ke tangan orang seperti dia. Jadi saya reka
cerita. Saya kata saya dah terlanjur dengan awak.”
Aku terkedu. Ya Allah. Betul ke apa yang dia cakap tu?
“ Maafkan saya. Saya dah tak boleh fikir masa tu. Hanya itu
je yang saya mampu fikir demi menyelamatkan awak. Tapi saya tahu awak takkan
boleh terima alasan saya ni. Tak mengapa. Saya tahu salah saya ni dah melampau.
Jadi saya ingin lepaskan awak. saya rela jika ini yang awak mahukan. Saya
sanggup.”
Dush! Keputusan yang dia buat itu membuatkan jantungku
seakan-akan berhenti seketika. Di…dia nak lepaskan aku? Ya Allah.
“ A…wak? Betul ke ni?”
Dia tersenyum kelat di depan aku. Dia mencapai tanganku lalu
menepuknya perlahan.
“ Saya rela. Saya tak nak awak hidup menderita apabila hidup
dengan saya. Sedangkan awak langsung tak mencintai saya. Jadi pergilah.. jangan
risau fasal papa dan mama. Saya akan uruskan segala-galanya.”
Ingin saja aku membantah. Tapi lidahku kelu untuk meluahkan
rasa. Mengapa aku terasa sukar nak ungkapkan kata-kata ni. Hatiku juga bagai
tak merelakan dia buat begitu. Bukankah ini yang aku mahukan?
“ A..awak serius?”
Dan anggukan dia membuatkan aku rasa tak berdaya.
“ Kejap lagi saya akan balik ke rumah ayah. Mungkin saya
akan dikahwinkan dengan pilihan mereka. Mereka dah tahu perkara ni. Dan mereka
mahu saya meminta maaf dekat papa dan mama. Amrina.. maafkan saya sebab buat awak
macam ni. Maybe bukan takdir kita untuk terus bersama. Mungkin jodoh awak bukan
dengan saya.”
Dia bangun sambil tersenyum hambar didepan aku.
“ Minggu depan saya akan balik untuk uruskan penceraian
kita. Jadi buat masa ni awak boleh tenangkan fikiran awak. maafkan saya..”
Ujarnya ikhlas sambil membelai rambutku dengan lembut. Air
mataku tiba-tiba bergenang. Tanpa disedari, air mataku telah pun mengalir. Dan
dia menyeka air mata ni buat pertama kalinya.
“ Saya janji saya takkan buat awak menangis lagi selepas ni.
Jangan risau. Saya takkan muncul lagi di hadapan awak. tapi awak kena janji
yang awak kena jaga kesihatan. Kalau boleh awak kena makan sarapan. Nanti
gastrik teruk pula.”
Dia mula melangkah ke arah pintu tanpa menoleh lagi. Jadi
keputusan yang dia ambil itu benar-benar serius. Dia dah bernekad.
“ Awak!” Jeritku. Dia menoleh.
“ Tu… Terima kasih!”
Argh! Apa yang aku cakapkan ni. Aku nak cakap tunggu tapi
lain pula yang keluar. Kenapa dengan hati aku ni??
“ Sama-sama. Saya pergi dulu.”
Aku benci dengan diri aku sekarang!!! Arghh!!!!
**
“ Hei! Kau okey ke ni?”
Aku hanya mampu tersenyum kelat di hadapan Fina. Aku jadi
semakin tak berdaya kebelakangan ni. Semenjak dia pergi tiga hari yang lalu.
Aku bagai rasa kehilangan.
Kehilangan sesuatu yang amat bermakna dalam diri aku. Dan dah tiada layanan dia untukku. Mengapa aku mesti rasa begini?
Kehilangan sesuatu yang amat bermakna dalam diri aku. Dan dah tiada layanan dia untukku. Mengapa aku mesti rasa begini?
“ Fina.. Dia dah lepaskan aku.” Luahku perlahan. Mataku
terpaku memandang ke luar tingkap restoran.
“ Siapa yang kau maksudkan ni? Fairuz?”
Aku tersenyum lagi. Tapi senyuman aku dah tak semanis dulu
lagi.
“ Jawab Amrina!”
Bahuku digoncanganya kuat. Aku menepis tangannya perlahan.
“ Ya! Puas?” Aku tak sengaja meninggikan suaraku kepada dia.
Aku sangat buntu saat ni.
“ Tapi kenapa? Bukankah dia sangat sayangkan kau? Aku tak
percaya.”
“ Betul! Sebab dia bersalah. Dia tipu semua orang termasuk
aku. Jadi dia rasa dia patut lepaskan aku sebab tak mahu tengok aku menderita
lagi.”
Aku menekup mukaku dengan tangisan.
“ Habis kenapa kau nak bersedih pula? Bukankah ini yang kau
mahukan? Kau nak sangat kan?”
Aku tersentap. Wajah Fina yang berang tu aku pandang.
“ Ya! Dulu memang. Tapi aku tak tahu kenapa sekarang aku
jadi macam ni. Aku tak tahu!! Fina.. tolonglah aku..”
Aku menangis lagi. Bahuku terus dipautnya perlahan.
“ Sabar. Aku tahu kenapa kau jadi macam ni. Sebab kau memang
mencintai dia Amrina. Kau je yang tak sedar dan asyik menafikan perasaan tu.
Aku rasa sekarang adalah masa yang sesuai untuk luahkan segala-galanya kepada
dia.”
Aku terdiam. Ya! Sekarang aku mengaku yang aku benar-benar
telah mencintai dia. Dulu mata aku ni buta sebab Izwan. Sekarang baru aku
sedari siapa yang baik dan siapa yang tak baik.
“ Maafkan aku. Tapi aku tak mampu..”
Aku menyeka air mataku dengan senyuman dibuat-buat.
“ Why?”
“ Sebab dia nak kahwin lain.”
“ Kau masih belum terlambat Amrina.”
“ Aku dah terlambat Fina! Lagi tiga hari dia akan datang
jumpa aku untuk uruskan penceraian.”
Aku terkejut melihat Fina yang sedang berjalan ke arah
Fairuz. Ha? Macam mana dia boleh ada dekat sini?
“ Rin!”
Aku terpinga-pinga melihat Fina dan Fairuz sedang berdiri di
hadapan aku masa ini.
“ Maafkan aku. Tapi aku Cuma nak bantu kau. Aku nak kau
hidup bahagia. Dan aku rasa Fairuzlah orang yang paling sesuai untuk kau.”
Bahuku ditepuk sebelum dia beredar daripada sini. Aku
pandang pula ke arah Fairuz. Wajahnya kelihatan cengkung.
“ Awak tak sihat ke?” Soalku risau.
“ Sihat. Cuma hati ni je yang tak sihat. Awak tahu kan apa
yang berlaku kepada saya sebelum ni? Hati saya terseksa apabila terpaksa
berkahwin dengan orang yang langsung saya tak cintai. Maybe hati saya masih ada
dekat awak kot.”
Aku terkedu mendengar penjelasannya. Walaupun mukanya
berlagak biasa. Tapi aku tahu hatinya sedang menangis.
“ Macam mana awak boleh berada di sini?”
“ Fina yang telefon. Katanya nak jumpa. Tapi tak sangka dia
akan mempertemukan kita berdua. Lagipun kita kan dah nak bercerai.”
“ Awak nekad?” Tiba-tiba terpacul soalan itu dari mulutku.
Dan dia merenungku tajam. Aku salah cakap ke tadi?
“ Kenapa? Awak nak saya berubah fikiran?”
Aku terkelu lidah untuk berkata-kata. Adakah aku ni seperti
perigi mencari timba. Tapi tak salah sebab aku nak betulkan kembali apa yang
salah tu.
“ A..awak. Awak percaya tak kalau saya kata jangan teruskan
penceraian ni?”
Aku menyoal tanpa memandang ke arahnya. Aku jadi malu. Macam
mana kalau dia tolak? Aku tahu dulu aku selalu melawan dan bersikap dingin
dengan dia gara-gara dia menipu aku. Tapi kini? Argh! Aku tak tahu nak jelaskan
macam mana.
“ Maksud awak? Awak nak teruskan perhubungan ini?”
Akhirnya aku hanya menganggukkan kepala.
“ Awak ni biar betul? Dah fikir masak-masak ke? Bukankah
awak benci sangat dekat saya?”
Aku tersentap. Dia sedang sindir aku ke apa ni? Hey!
Sepatutnya aku yang patut sindir kau lah!!!
“ Tak mengapa.”
Baru saja aku nak bangun, dia menarik lengan ku supaya aku
terus duduk.
“ Tapi saya akan berkahwin minggu depan. Semuanya dah
tersedia.”
Aku tersenyum kelat.
“ Kalau itu yang terbaik saya terima. Saya sanggup bermadu.”
Tajam dia merenung diriku. Tiba-tiba pipiku disentuhnya
perlahan.
“ Apa perasaan awak sekarang ni? Awak dah menyedari soal
perasaan tu?”
Pipiku ditelusnya lembut. Aku mengangguk perlahan. Malu nak
mengaku sebenarnya sebab aku dah banyak buat salah dekat dia.
“ Boleh tak saya nak minta sesuatu? Saya nak dengar dengan
jujur apa perasaan awak sekarang.”
Aku tersentak. Tangannya ditolak ke tepi. Aku menilik
wajahnya yang sedang tersenyum kecil itu.
“ Maaf. Tapi saya memang tak boleh. Maybe saya ni..”
“ Awak mencintai saya?”
Once again! Hatiku berdebar hebat. Wajahnya yang cengkung
itu diperhati dengan penuh debaran.
“ Amrina… please…”
Aku menggeleng pula. Lantas aku bangun dan berlari daripada
situ. Maafkan saya awak! saya tak mampu nak ungkapkan perkataan ni. Memang tak
boleh. Sebab saya rasa saya dah tak layak setelah apa yang saya buat dekat awak
sebelum ni. I’m sorry!
**
“ Ya! Saya mencintai awak! Terlambatkah saya sebab baru
luahkan perasaan ni? Awak masih mahu menerima saya ke?”
Aku memandang wajahnya yang terpinga-pinga itu. Tapi
senyuman aku mati saat melihat ada seorang perempuan datang dan mendekati
Fairuz. Nampak mesra.
“ Maaf. Saya Cuma nak jawab soalan awak dua hari yang lalu.
Maaf kerana kacau awak. jangan risau.. saya takkan ganggu awak.”
Aku berlalu dengan hati yang lara. Betul! Aku memang dah
terlambat. Terlambat!! Kau ni memang bodoh Amrina! Bodoh!!! Sudah terhantuk
baru nak terngadah. Kau memang lembap Amrina! Argh!!!
“ Amrina!!”
Aku teruskan langkah dengan laju. Aku tak mahu hiraukan dia
lagi. Aku juga tak patut kacau dia lagi. Dia kan akan berkahwin. Aku pasti dia
akan bahagia jika melepaskan aku. Aku redha. Maybe aku ni tak patut hidup
dengan lelaki kan?
“ Rin! Stop!”
Tanganku direntapnya kuat. Aku cuba nak melepaskan
peganganku tapi hampa. Pegangannya terlalu kuat.
“ Lepaslah! Saya dah cakap apa yang awak nak dengar sebelum
ni. Jadi tolong benarkan saya pergi.”
Air mataku bergenang lagi. Dia mula merenungku tajam. Dan
tak semena-mena dia terus memelukku dengan erat. Aku hanya mampu membatukan
diri tanpa berkata apa-apa.
“ Terima kasih. Itulah yang saya nak dengar selama ni.
Terima kasih!”
Betul ke itu yang awak mahu dengar Fairuz? Betul ke?
Bukankah awak dah nak ceraikan saya? Ya Allah.
Tapi! Saat aku ternampak perempuan tadi, aku terus menolak
tubuhnya jauh dariku. Aku terus memusingkan badan untuk beredar.
“ Awak..”
“ Tolong pergi… awak nak kebahagiaan kan? jadi tolong
lepaskan saya.” Perit sekali bila aku berkata begitu. Perit sangat!
“ Amrina!”
Kenapa dia panggil aku? Aku menoleh ke arah perempuan itu.
Dia tersenyum kecil di depan ku.
“ Tolong kembali semula pada Fairuz. Saya kesian tengok dia.
Hari-hari mesti dia kelihatan tak bermaya. Awak jangan risau. Saya takkan
kahwin dengan dia. Lagipun saya mencintai orang lain. Sama macam awak. saya
takkan merosakkan kebahagiaan korang berdua.”
Aku tersentak. Biar betul dia ni? Takkanlah.
“ Saya tak percaya. Tak mengapa. Saya takkan rosakkan
perkahwinan korang. Lagipun saya ni bukan isteri yang baik buat Fairuz.
Sepatutnya saya ni tak jadi isteri dia. Tapi kerana papa saya, saya kena
berkahwin dan sekarang saya dah jatuh cinta pada dia. Saya rasa menyesal tapi
pada masa yang sama saya bahagia.”
Air mataku laju mengalir ke pipi. Melihatkan wajah Fairuz
yang lirih itu membuatkan hati aku tersentuh. Aku terus memusingkan badan untuk
beredar. Aku tak sanggup nak berada lama-lama dekat sini. Aku takut hati aku
akan lebih tersakiti.
“ I love you Amrina! I don’t love this girl. Please!”
Sempat lagi dia meluahkan perasaannya. Ingin saja aku
memeluknya pada masa ini. tapi? Aku rasa sikap aku tak senonoh kot. Apatah lagi
di hadapan perempuan ni. Walaupun dia tak bertudung, dia kelihatan sangat
cantik.
“ Go Fairuz. Go! Don’t worry. I always pray for you both.
Assalamualaikum..”
“ Wait!!”
**
“ Tak nak! Abang!!! Ya Allah!!”
Aku dah penat untuk ketawa. Tolonglah! Jangan ganggu aku
masa tengah masak ni boleh tak?
“ Abang tak kira. Abang tetap nak geletek Rin. Siapa suruh
Rin tak jawab soalan abang tadi.”
“ Okey fine!”
Aku menarik nafas panjang-panjang akibat penat ketawa. Dia
lah ni. Tak geletek aku tak sah.
“ I love you Fairuz! Puas?”
Itu je pun dia nak dengar. Sampai nak geletek bagai. Benci
aku!
“ I love you to Amrina!”
Senyuman ku terukir buat dia. Siapa sangka kami masih
menjadi suami isteri. Perempuan tu sebenarnya dah bertunang dengan orang lain
tanpa pengetahuan sesiapa pun. Cuma dia dan bakal suami dia je yang tahu. Tapi
alhamdulillah, semuanya dah selesai sekarang. Aku pun dah bahagia bersama
dengan dia. Aku rasa aku patut berterima kasih dengan perempuan tu. Kalau dia
dan Fairuz tak buat rancangan nak kahwin. Pasti sampai sekarang aku masih tak
sedar kan?
“ Mengelamun je kan sayang ni?”
Pipiku dicium tiba-tiba. Aku pula terus mencubitnya geram.
“ Ada saya kesah? Dahlah. Saya nak masak.”
Aku terus berganjak jauh daripada dirinya. Tapi dia terus
memelukku dari belakang. Ish mamat ni!
“ terima kasih. Saya janji saya takkan sia-siakan awak. love
you..”
“ Okey cik abang. Jadi tolong lepaskan saya. Nak masak cik
abang oii..”
Tapi dalam hati aku tersenyum. Love you to.
~TamaT~