“ Ikut aku!”
“ Hei! Awak ni siapa? Lepaslah!”
Sedaya upaya aku melepaskan diri daripada pegangan lelaki
bertopeng ni. Tapi pegangannya terlalu kuat. Kudrat aku sebagai seorang wanita
masih tak mampu untuk melawan kudrat orang lelaki ni.
“ Tolong diam boleh tak?”
Aku merengus geram. Nak marah-marah aku tak tentu fasal tu
kenapa. Dia yang salah nak marah aku. Dahlah aku baru balik dari kelas. Penat
tahu tak? Urgh!
“ Masuk!”
Dia menyuruh aku masuk ke dalam sebuah kereta Mercedes. Aku
terteguk air liur saat melihat dia yang merenung tajam ke arahku itu. walaupun
dia memakai topeng. Tapi matanya tu tetap kelihatan. Pakai topeng sampai hidung
je. ala.. macam Encik Mimpi tu.
“ Kalau saya tak nak?” Soalku berani.
“ Kalau kau tak nak. Aku kiss kau kat sini juga. Nak?”
Aku terus menutup mulutku dengan tangan. Haish! Bahaya betul
lelaki ni. Main-main ugut nampak. Aku geram betullah.
“ Masuk sekarang!”
Tanpa rela, aku masuk juga dalam kereta yang mewah itu. Buat
pertama kali dalam hidup, aku naik kereta Mercedes ni. Fuh! Biasalah, aku ni
bukannya dari kalangan orang berada. Ayah pun dah tak ada. Mak pun hanya kerja
mengasuh anak orang. Kini, tinggal aku je lah harapan keluarga. Mujur aku
sorang je anak mak. Kalau aku ada adik-adik lagi aku kena berusaha kuat.
“ Aku bawa kau ni bukan nak culik. Tapi atas arahan tuan
aku. aku harap kau tak marah.”
Aku mencebik. Tak marah dia kata? Of courselah aku marah.
Boleh dia tanya. Tak culik? Ini dah kira macam kes culik.
“ Mestilah saya marah! Tu pun tak pandai nak fikir ke? Huh!
Dahlah orang penat baru balik dari kelas. Sedap-sedap awak je datang dan tarik
saya. Apa? Ingat saya ni patung ke?” Bebelku geram ke arahnya yang sedang
memandu itu.
“ Tak sangka aku. bising juga mulut kau tu kan?”
Aku tersentap. Ish! Kenapa dengan lelaki ni?
“ Okay fine! Saya akan diam! Huh!”
Aku menoleh ke arah tingkap dengan sebalnya. Jelingan
sinisnya langsung aku tak pedulikan. Mujurlah aku ni bukan seorang yang
pengecut. Tak apa. tengoklah selepas kereta ni berhenti. Aku tahulah apa yang
akan aku buat. Jangan harap aku akan ikut kau lelaki bertopeng! Huh!
Hampir 10 minit berlalu, akhirnya dia memberhentikan
keretanya dalam halaman rumah banglo
yang amat besar. Aku yang melihat hanya mampu
terteguk air liur. Besar gedabaknya rumah ni. first time aku dapat
tengok rumah sebesar ni depan mata aku. selalu dalam televisyen je. fuh!
“ Turun! Ikut aku.” Arahnya pula.
Dengan langkah yang terketar-ketar aku mengikutnya. Terus
terpadam niat aku nak melarikan diri. Yalah. Besar sungguh rumah ni. pengawal
berbaju hitam pun banyak dekat sini. Macam mana aku nak lari kalau macam ni?
“ Awak nak bawa saya ke mana ni?” Soalku gugup. Aku tengok
sekeliling. Seram arh!
“ Jumpa tuan aku.”
Sampai saja di sebuah bilik, aku diarah untuk masuk ke
dalam. Lelaki bertopeng tadi terus menghilang sebaik sahaja aku melangkah masuk
ke dalam bilik tersebut. Sekali lagi aku terkedu, bilik ni dah macam ruang tamu
aku kot. Besar gila.
“ Sofea.”
Aku tersentak saat namaku dipanggil seseorang. Saat aku
menoleh, aku jadi tertanya-tanya. Siapa pakcik ni? Eh! Datuk kot.
“ Aisyah Sofea.”
Dia mendekatiku dengan senyuman kecil. aku pula jadi
gelabah. Takut dia akan apa-apakan aku.
“ Ja..jangan dekat!” Halangku dengan bercakap kuat.
“ Maaf. Tapi Sofea kena tahu sesuatu.”
“ Tahu apa Datuk?” Soalku takut-takut.
“ Tak payahlah panggil Datuk. Panggil papa.”
“ ha?”
Papa? Dia bukan ayah aku nak suruh aku panggil papa. Ayah
aku dah meninggallah. Mak aku kata, ayah aku meninggal dalam kemalangan. Masa
tu aku baru lahir ke atas dunia ni. dalam dua hari macam tu lah.
“ Sofea. Sebenarnya tujuan papa bawa Sofea ke sini nak
beritahu sesuatu.”
Dia melihatku dengan pandangan yang berkaca-kaca. Eh? Kenapa
tu? Nampak macam nak nangis je. tolonglah. Aku bukan suka sangat nak
feeling-feeling bagai ni.
“ Sofea.. ini papa. Ayah kandung kamu.”
Aku terkedu. What? Apa yang datuk ni tengah mengarut?
“ Jangan main-main Datuk. Saya tak suka. Ayah saya dah lama
meninggal.” Kataku tegas.
“ Sebenarnya ayah kandung Sofea masih hidup. Papa ni lah
ayah kandung Sofea.”
Aku terdiam seketika. Semuanya berlaku dengan pantas. Balik
dari kelas, aku diculik dan dibawa ke sini. Kemudian orang depan aku ni pula
mengaku aku ni anak dia. What is this? Huh!
“ Ayah saya dah lama pergi!”
Aku pantas keluar daripada bilik tersebut. Tapi malangnya,
langkahku terhenti pada pintu besar rumah tersebut. Dihalang oleh lelaki
bertopeng tadi. Kacau daun je lah lelaki ni.
“ Tepilah!” Jeritku dengan geram.
“ Kau tak boleh lari selagi tuan aku tak beritahu kau
yang..”
“ Yang dia ayah kandung saya? Huh! Mengarut! Ayah saya dah
lama pergi dari dunia ni. sekalipun nak bohong, gunalah akal bagi logik sikit.”
Ujarku lantang.
“ Awak nak tepi atau nak saya tendang?” Soalku lagi tanpa
sempat dia nak membuka mulut.
“ Sofea!”
Malas aku nak berurusan lagi dengan datuk tu, aku pun
tendang kaki lelaki bertopeng itu dengan sekuat hati. Apabila tengok dia
terduduk menahan sakit, aku pun pantas melarikan diri daripada situ. Apa nak
jadi, jadilah.
**
Aku melihat mak dengan tertanya-tanya. Hatiku jadi gelisah.
Aku tak tahu nak tanya atau tak soal Datuk tu. Haish! Pening!
“ Sofea… Makanlah nasi tu. Dari tadi termenung je kerjanya.
Ingatkan siapa?”
Aku tersenyum kecil mendengar soalan mak. Andai mak tahu apa
yang berlaku semalam. Pasti mak tak benarkan aku pergi kelas seorang diri
selepas ni.
“ Mak.. Sofea nak tanya sikit boleh? Tapi mak jangan marah!”
Aku siap bagi tanda peringatan lagi pada mak. Takut mak marah tentang soalan
yang aku akan tanya ni. Aku tahu mak tak suka kalau topik ni dibualkan.
“ Apa? Tanya je. Mak nak marah macam mana kalau Sofea tak
tanya lagi.”
“ Janji dulu yang mak tak marah!”
“ yelah. Apa yang kamu nak tanya?”
Aku sempat terteguk air liur sebelum bertanya kepada mak.
Aku tahu mesti selepas ni mak akan berang dengan aku. Redha ja la.
“ Betul ke ayah kandung Sofea dah meninggal?” Soalku dengan
berdebar-debar.
Dan seperti jangkaan aku. Riak muka mak berubah terus.
Daripada ceria terus kelat. Aku jadi serba salah pula.
“ Sofea bukan apa. sofea nak tahu. Sofea rindu ayah. Sofea
teringin nak tahu macam mana muka ayah. Kalau betul ayah Sofea dah tak ada.
Kenapa mak tak pernah bawa Sofea lawat kubur ayah?”
Mak masih mendiamkan diri. Aku juga bersabar menanti jawapan
daripada mak. Dengan keadaan mak sekarang membuatkan aku curiga. dulu sering
juga aku fikirkan soal ni. tapi aku biarkan sebab mak tak pernah nak beritahu
aku dan tak nak ambil tahu pun. Sekarang aku nak tahu. Aku dah cukup matang
untuk tahu semua ni. aku bukan budak kecil lagi.
“ Kenapa Sofea tiba-tiba nak tahu?” Setelah lama berdiam
diri, akhirnya mak membuka suaranya lalu memandangku dengan penuh kasih.
“ Sebab Sofea nak tahu lah. Mak tahu tak? Sofea rindukan
ayah. Tolong beritahu Sofea. Andai benar ayah Sofea dah tak ada. Kita pergi
ziarah kubur arwah ayah ya?”
Aku menggenggam tangan mak dengan senyuman. Harap sangat mak
faham apa yang sedang aku rasakan sekarang ni. Aku tak nak perkara ni terus
jadi persoalan.
“ Maafkan mak. Tapi mak belum bersedia.”
Belum sempat aku nak menghalang, mak terlebih dahulu masuk
ke dalam biliknya. Nampak sangat mak sedang menyembunyikan sesuatu daripada
aku. Ya Allah. Berilah aku petunjukMu. Aku inginkan kebenaran.
**
Dah dua hari berlalu, dan dua hari tu jugalah Encik
Bertopeng tu sering ikut aku dari jauh. Aku pun dah rimas sangat dengan ekoran
dia tu. bukan aku tak tahu, setiap hari selepas aku habis kelas. Mesti dia akan
ikut dari jauh. Dia ingat aku tak sedarlah tu.
Mesti Datuk tu yang suruh. Nama pun orang suruhan kan? Aku
rasa aku kena berdepan dengan Encik Bertopeng tu secepat mungkin. Aku rimas
kalau perkara ni asyik berterusan. Selagi aku tak tahu kebenarannya. Selagi tu
lah aku akan tertanya-tanya. Nak belajar pun tak senang.
Jadi, hari ni aku dengan selambanya menoleh ke belakang dan
menuju ke arah Encik Bertopeng itu. Dia macam nak melarikan diri. Maybe sebab
aku dah sedar akan kehadirannya. Namun, aku takkan lepaskan dia. Aku terus
kejar dia sampai ke kereta.
“ Tunggu! Janganlah lari!” Jeritku apabila penat mengejar.
Huh! Mujurlah! Elok dah sampai dekat kereta baru nak
berhenti. Lebih baik tak payah. Buang tenaga aku je.
“ Nak apa?”
Aku tengok dia dengan riak tak percaya. Dia tanya aku nak
apa? sepatutnya aku yang kena tanya soalan tu. Aik? Ni dah terbalik!
“ Nak awak!”
Ha! Ambik! Terlopong terus. Tahu pun terkejut.
“ Just kidding! Saya Cuma nak tahu, kenapa awak sering ekori
saya? Tapi bila saya kejar awak, awak pula lari.”
Aku memandangnya tajam. Sah! Serupa macam Encik Mimpi. Cuma
topeng lelaki ni warna hitam.
“ kalau betul pun apa salahnya. Aku sudi je jadi suami kau.”
What?! Ha! Dia dah melalut. Nampaknya aku silap besarlah
kalau nak bergurau dengan lelaki pelik ni.
“ Dah! Merepek! Sekarang bawa saya jumpa tuan awak tu. saya
rimas tahu tak? Setiap hari asyik kena ikut dengan orang ni. saya ni manusia
bukan robot yang tak ada perasaan tu.”
Aku memeluk tubuh dengan perasaan bengang. Dia boleh pandang
aku dengan riak selamba ja. Aku serius la!
“ Jom!”
“ Ke mana?”
“ Ke masjid. Kita bina mahligai dekat sana.”
“ What?!” Hei! Dia masih nak main-main dengan aku ke apa ni?
Terdengar ketawa halus daripada mulut dia. Amboi! Sedap kau
kenakan aku erk?
“ Tadi kata nak aku bawa kau jumpa tuan aku. aku nak bawa la
ni. tu pun mahu tanya lagi.” Dengan sinis dia menjawab.
Okay! Nampak sangat aku tengah blur tadi. Cis!
“ Tapi aku akan bawa juga kau ke masjid suatu hari nanti.”
Katanya lagi sebaik sahaja aku masuk ke dalam kereta. Tapi
aku hanya mendiamkan diri. Malu beb! Tu lah! Gatal mulut lagi. Lelaki macam ni
mana boleh dibawa main-main. Sekarang kau tanggunglah akibatnya Sofea. Huh!
**
Kini, sekali lagi aku berdepan dengan Datuk ni. Nampak
sangat dia gembira apabila dapat berjumpa dengan aku. Tapi aku? Masih curiga dengan
orang yang ada depan aku ni. Aku perlu ketahui kebenarannya hari ni juga. Lagi
lama aku biar, lagi runsing dibuatnya. Dahlah mak pun tak nak mengaku.
“ Sofea apa khabar? Papa dengar tak lama lagi kamu nak ambil
exam.”
Aku masih mendiamkan diri. Dia sangat teruja saat ini.
mestilah teruja dah aku datang jumpa dia.
“ Saya tak nak berputar-belitkan cerita. Saya Cuma nak Datuk
ceritakan pada saya dari A sampai Z. saya nak tahu siapa Datuk dan saya. Apa
kaitan Datuk dengan mak saya. Saya nak tahu semuanya. Tolong jangan tipu saya
sebab saya tak suka apabila ditipu. Boleh kan datuk?” Ujarku panjang lebar.
Gara-gara dah tak tahan nak tahu. Inilah jadinya.
Datuk tu masih tersenyum. Tapi kali ni senyumannya kelihatan
hambar. Aku tahu pasti ada rahsia disebalik semua ini.
“ Betul Sofea nak tahu? Papa pasti selepas Sofea tahu. Sofea
mesti takkan maafkan papa. Papa minta maaf sebab semua ni bukan keinginan papa
tapi kehendak family papa.”
Tiba-tiba dia bangun dan melangkah ke meja kerjanya. Dia
mengambil satu photo album dan serahkannya padaku. Aku hanya menyambut tanpa
banyak soal. Aku juga membuka photo album tersebut.
“ Dalam tu ada gambar papa dan mak kamu. Sebelum kamu
dilahirkan, kami hidup bahagia. Tanpa orang ketiga mahupun halangan daripada
sesiapa pun. Tapi semuanya berubah seminggu sebelum kamu dilahirkan.”
Aku tersentak saat melihat ada gambar mak dan papa sedang
tersenyum ke arah kamera. Mereka kelihatan bahagia sekali. Ya Allah. Adakah ni
mak aku?
“ Betul. Tu mak kamu. Papa tak tipu.”
Aku tahan daripada menitiskan air mata. Jadi betullah orang
yang duduk di depan aku ni adalah ayah kandung aku. Ya Allah.
“ Apa yang terjadi?” Soalku akhirnya.
“ Seminggu sebelum kamu dilahirkan, family papa datang
jenguk kami. Papa ingat ayah dan ibu papa nak doakan keselamatan kamu dalam
perut mak kamu tu. ternyata tekaan kami silap. Ibu papa datang dan salahkan mak
kamu. Tiba-tiba family papa nak papa ceraikan mak kamu.”
Aku tersentak.
“ Tapi papa tak berputus asa sebab papa tak nak lepaskan
orang yang papa cintai. Tambah-tambah keadaan mak kamu tengah sarat saat itu.
Jadi, demi menyelamatkan keadaan. Papa ikut family papa pulang ke rumah. Papa
pesan pada mak kamu yang papa akan pulang. Demi menyambut kamu ke dunia ini.
tapi..”
Aku semakin berdebar menanti kata-kata seterusnya daripada
mulut Datuk itu. Tapi apa? janganlah buat aku saspen.
“ Sehari sebelum kamu dilahirkan, ibu papa paksa mak kamu
lari daripada sini. Papa tak tahu sebenarnya. Papa dapat tahu pun masa papa
sedar yang mak kamu dah pindah. Masa tu lah papa usaha cari kamu berdua. Walau
apa pun yang terjadi, papa takkan sesekali lepaskan mak kamu. Papa cintakan
dia. Sampai sekarang papa belum ceraikan dia. Dan sampai sekarang juga, papa
setia. Datanglah perempuan mana pun, mahupun dipaksa ibu papa. Papa tetap
cintakan mak kamu.”
Gugur setitis air mata Datuk itu didepan aku. Aku turut jadi
sebak. Ya Allah. Jadi selama ni sangkaan mak meleset. Mak mesti ingat yang papa
dah tak sayangkan papa.
“ Mak kamu salah faham. Papa tahu mak kamu bencikan papa
sekarang ni sampai kata papa dah mati. Hakikatnya papa sentiasa cari kamu
berdua. Papa tak pernah berhenti berdoa agar papa dapat bertemu dengan kamu
berdua. Akhirnya, doa papa dikabulkan.”
Datuk itu menghampiri aku dengan senyuman dalam tangisan.
Aku terdiam. Papa? Patutkah aku memanggilnya papa? Dah terbukti yang dia papa
aku. ayah kandung yang selalu aku rindui selama ini. rupanya masih hidup. Ya
Allah.
“ Sofea… Maafkan papa sebab tinggalkan mak kamu tanpa
kembali. Papa kesal. Kesal dengan sikap orang tua papa.”
Tiba-tiba dia menarik aku ke dalam pelukannya. Aku yang
memang blur itu hanya membiarkan. Tanpa sedar, aku dapat rasakan ‘rasa’ itu
dalam hati aku. Rasa di mana seorang ayah yang rindukan anaknya.
“ Sofea.. Maafkan papa? Terima papa sayang?”
Pelukan dileraikan. Mata aku merah menahan sebak. Aku tak
dapat nafikan yang dia ikhlas saat ni. Dia tak tipu. dia nampak derita saat
menceritakan apa yang terjadi sebelum ni.
“ Datuk… Saya..saya..”
“ Shh! Jangan panggil Datuk lagi. Panggil papa ya sayang. Ni
papa.”
Aku menatap wajah dia dengan penuh rasa kasih. Ya Allah.
Terima kasih kerana kembalikan ayah kandung aku.
“ Papa!”
Aku pula memeluknya dengan tangisan. Aku rindu! Sangat
rindu!
“ Maafkan papa. Papa takkan buat kamu menderita lagi. Itu
janji papa.”
Aku hanya mengangguk dalam tangisan. Ya Allah. Moga mak
dapat terima papa semula.
**
Aku menatap wajahku pada cermin kereta. Alahai! Nampak
bengkaklah mata aku. Macam mana nak balik ni. kalau aku balik, confirm kena
soal dengan mak. Mak bukan boleh. Pantang nampak apa-apa perubahan dekat diri
aku. mesti soal macam-macam. Aduhai!
“ Tak baik mengeluh.”
Huh! Aku menoleh ke belakang. Encik Bertopeng ni lagi.
Ingatkan dah lesap selepas hantar aku ke sini tadi. Rupanya ada je. Ala.. nama pun
pegawai peribadi papa. Tapi papa tak hairan ke atau takut. Sebab dia ni pakai
topeng. Mahu pula papa ambil lelaki bertopeng bekerja. Aneh!
“ Kenapa? Teringin nak tengok wajah sebenar aku?”
Aku tersedar lantas menoleh ke cermin kereta semula. Kantoi!
“ Tak puas-puas lagi ke kau tenung cermin kereta tu. aku
rasa cermin kereta tu pun naik muak asyik tengok rupa kau.”
Aku mengetap bibir menahan geram. Kenapa dia ni suka buat
aku geram? Kalau tak kacau aku tak boleh ke?
“ Tak kacau urusan awak pun!”
Aku masih telek mata aku dekat cermin kereta. Masih merah
mata aku ni. macam mana nak buat? Ermm.. Ha! Apa kata aku pinjam cermin mata
gelap daripada papa. Papa mesti ada punya. Dapatlah lindungi diri daripada terkantoi
oleh mak nanti. Yes! Great idea!
Tanpa berlengah, aku pun menoleh ke belakang untuk masuk ke
dalam rumah. Tapi lain yang aku dapat.
“ nah. Pakai ni. Aku tau kau risaukan bengkak dekat mata kau
tu.”
Aku terkaku jadinya. Dia macam dapat teka apa yang berada
dalam kepala fikiranku saat ini. mana taknya, tiba-tiba dia memakaikan aku
cermin mata gelap tanpa sempat aku menghalang. Tindakannya yang cukup pantas
itu membuatkan aku terkaku.
Aku melihat dia sekilas sebelum menoleh ke arah kereta.
“ Thanks.” Hanya itu yang mampu aku ucapkan. Aku jadi kekok
pula jadinya. Baik juga lelaki ni. Heh!
“ Maaf kerana kasih anda tidak diterima.”
What? Apa yang dia cakap tadi? Tak berapa nak dengarlah.
“ Kasih anda akan diterima apabila anda sudah jadi isteri
saya.” Bisiknya pula dan menyebabkan pipi aku bertukar merah.
Erk!
**
Aku menahan getaran di dada. Tengok muka mak yang ketat tu
pun aku dah tahu. Mak tengah tahan marah. Mana taknya, tadi aku balik dengan
papa. Papa pun apa lagi, jelaskan perkara sebenar pada mak. Apa yang terjadi
dan tentang aku.
Aku yang masih bercermin mata gelap ni hanya mampu menahan
debaran. Aku masih tak mampu nak buka cermin mata ni sebab aku tahu. Lagi
banyak aku kena soal lepas ni. ya Allah. Lembutkanlah hati mak aku untuk terima
maaf papa. Papa tak salah.
“ Pergilah naik mandi. Terus solat. Mak nak masak jap.”
Aku ingat mak nak marah. Ternyata tidak. Mak terus masuk ke
dapur tanpa mempedulikan aku. Aku hairan. Kenapa mak tak marah? Adakah mak dah
maafkan papa?
“ Mak.. Sofea minta maaf. Semua ni berlaku dengan pantas.
Sofea pun tak…”
“ Sofea..”
Aku memandang mak yang tengah tersenyum itu.
“ Mak tak salahkan Sofea. Sofea tak salah dalam hal ni.
Sofea jangan risau ye sayang.”
Aku menghembus nafas lega. Alhamdulillah. Tapi?
“ Mak boleh maafkan papa? Papa tak salah mak. Papa mangsa
keadaan.” Ujarku.
Kedengaran mak mengeluh. Adakah mak penat dengan apa yang
terjadi sebelum ni?
“ Sofea.. kalau kamu nak tahu. Mak dah lama maafkan papa
kamu. Cuma.. mak perlukan masa. Masa untuk lupakan perbuatan nenek kamu tu. Mak
tak boleh terima macam mana nenek kamu halau mak dari rumah masa tu. Nenek kamu
tak suka mak sejak dulu lagi. Tapi demi papa, nenek kamu kena terima. Kami
ingat nenek kamu dah restu dengan hubungan kami selepas setahun berkahwin. Tapi
ternyata tekaan kami salah. Mak tahu papa kamu tak salah.”
Aku tersenyum kecil. Aku dah agak. Selama ini mak rindukan
papa. Dan doa mak juga termakbul. Betullah apa kata orang. Kalau dah jodoh, tak
ke mana. Dan jodoh mak dan papa sangat kuat. Terima kasih Ya Allah kerana pertemukan
mereka kembali. Aku bersyukur.
“ Dahlah. Lupakan soal ni. Yang kamu pakai cermin mata ni
kenapa? Berlagak jadi orang kaya?”
Aku tersengih kerang busuk. Bukan berlagak Cuma nak
melindungi diri. Hehehe..
“ Ada orang bagi. Jadi Sofea pakai je la.”
Tiba-tiba aku teringat pemberi cermin mata ni. Siapakah dia
yang sebenarnya? Bagaimana rupa dia? Adakah dia seorang yang baik? Adakah dia
betul-betul maksudkan kata-katanya tu? Argh! Sakit kepala apabila terfikir
semua tu.
“ Mak.. Esok Sofea nak keluar makan dengan papa. Mak ikut
ye? Please!” Aku siap kerdipkan mata. Saja buat comel depan mak. Hehe.. Mesti
mak setuju.
“ Ingat comel dah lah tu. Yelah. Dah pergi naik bilik. Mandi
dan solat.”
“ Okay madam!”
**
Aku memandang diriku pada cermin. Jelas nampak perubahan
pada diriku saat ini. Nampak sangat ketara.
“ Cantiknya anak mak ni.”
Aku tersenyum mendengar pujian mak. Mak menyuruh aku memakai
gaun labuh berwarna putih bersama shawl pink ke majlis makan malam sebentar
lagi. Aku tak percaya yang tengah berdiri ni adalah aku. Aku juga tak pernah
memakai gaun labuh yang cantik ni.
“ Papa dah sampai. Jom kita pergi.” Ajakku apabila mendengar
bunyi kereta dari luar rumah.
“ Makcik? Siapa ni?”
Keluar je daripada rumah, mak aku terus diajukan soalan
daripada Encik Bertopeng ni. La.. Dah tak kenal aku ke? Takkan perubahan aku ni
ketara sangat kot. Huh!
“ La.. anak makcik lah. Sofea. Takkan tak kenal dah kot?” Tu
la. Aku memandang lelaki itu dengan anggukan kecil.
“ Oh.. Silakan masuk makcik.”
Sebaik sahaja mak aku masuk ke dalam kereta, lelaki tu pun
datang dan membisikkan sesuatu pada telingaku.
“ Kau sangat cantik pada malam ni. Awas! Jangan sampai buat
orang lain tertarik selain aku ye?”
Huh! Pujian ke perlian? Whatever!
“ Thanks.”
Terus aku masuk ke dalam kereta. Ada juga yang sudi puji
aku. Hoho.
Hampir 15 minit, kami pun sampai dekat satu restoran mewah.
Papa sudah lama berada di situ menunggu kedatangan kami. Ingatkan papa datang
jemput kami tadi.
“ Makcik dan Sofea boleh masuk. Datuk tunggu dekat dalam.”
Ujar dia.
Aku hanya mampu melihat lelaki itu beredar dengan pandangan
ingin tahu. Argh! Kenapa aku perlu tahu fasal dia pula ni? Dia tak ada kaitan
pun dalam hidup aku. Ceh!
“ Welcome Sofea. Welcome sayang…”
Aku melihat papa dan mak saling bertukar senyuman. Agaknya
ni rancangan papa agar dapat berbaik semula dengan mak. Great idea papa!
“ Kita ada seorang tetamu malam ni.”
Aku memandang makanan yang terhidang dengan penuh berselera.
Mulalah perut aku nak berbunyi. Lapar! Boleh aku makan puas-puas lah malam ni
kan? ekeke..
“ Assalamualaikum.”
“ Waalaikumussalam.”
Aku masih leka melihat makanan yang terhidang ni. Malaslah
nak layan tetamu papa. Aku tak layak untuk bersua kenal dengan tetamu papa.
Cewah! Merendah diri nampak. Haha.
“ Sofea. Perkenalkan. Ini Tengku Arman. Anak didik papa.”
Arman? Kenapa aku macam pernah dengar nama ni.
“ Saya Sofea.”
Weh! Hensem Tengku Arman ni. Kalah pelakon idaman aku tu.
Kekeke.. Tapi nampak macam sombonglah. Amboi kau Sofea. Sempat lagi mengutuk.
Hehe..
“ Jemput makan semua. Jangan malu dan jangan segan.”
Dah papa jemput makan. Aku pun apa lagi. Makanlah
sepuas-puasnya. Rezeki jangan ditolak beb! Haha.
“ Gelojohnya awak makan?”
Uhuk! Tersedak aku dibuatnya. Dah tahu aku tengah makan
janganlah duk tegur sesuka hati je. Tengku ni kan?
“ Tulah. Makan gelojoh lagi. Kan dah tersedak.” Terdengar
ketawa kecil daripada dia. Walaupun hanya berbisik antara kami berdua. Yalah.
Dah nama pun duduk bersebelahan. Papa dan mak tak perasan pun.
“ Tengku! Tolong jangan masuk campur! Makan je lah!” Tegasku
dengan perlahan. Masih berhati-hati agar tidak didengari oleh papa dan mak.
Aku menjelingnya sekilas. Kelihatan dia sedang tersenyum.
Tapi kenapa senyuman dia tu macam pernah nampak sebelum ni? Familiar sangat!
“ Tak apa. saya makan.”
Ceh! Masih tersenyum lagi tu.
“ Papa. Sofea nak ke tandas jap.” Aku minta diri. Nak
lepaskan geram jap. Gara-gara si lelaki ni.
Tanpa mendengar jawapan papa, aku terus berlalu ke tandas.
Kata je nak ke tandas tapi tak masuk pun. Aku berlegar-legar je dekat ruang
tengah restoran hotel ni. Cantik lah. Besar! Untungnya siapa yang selalu makan
dekat sini.
“Kenapa duduk sini? Kenapa tak pergi makan?”
“ Opocot mak kau!”
Ya Allah! Kenapa hari ni aku mudah terkejut gara-gara
disergah orang ni. Haish! Lepas dia datang pula orang lain.
“ Mak kau ada dekat sana. Aku bukan mak kau.”
Aku tengok dia macam nak terkam je. Encik Bertopeng yang
menyakitkan hati. Macam Tengku tadi.
“ Aku tahulah. Kau buat apa dekat sini? Pergilah main
jauh-jauh. Dua-dua orang sama ja. Suka sakitkan hati saya. Huh!”
“ Siapa yang kau maksudkan?”
“ awaklah dan si Tengku tu. perangai korang ni memang sama.
Cuma dia tu nampak sombong sikit. Mentang-mentang kaya. Huh!” Argh! Puas!
Ambik! Kena dengan aku macam tu je. habislah kalau si Tengku tu dengar.
“ Ingat kau tu baik sangat ke?” Eh? Nak cari fasal nampak.
“ Wahai Encik Bertopeng yang Misteri! Kenapa dengan awak ni?
suka sangat cari fasal dengan saya. Benci!”
Terpamer senyuman kecil pada bibirnya. Tengok! Mirip sangat
senyuman mereka. Orang yang sama ke? Takkanlah.
“ Sebab kau ni comel sangat.”
Terus dia berlalu tanpa sempat aku nak balas.
“ Weh! Aku benci!”
Tapi tak boleh benci sangat. Nanti jadi sayang. Naya kau
Sofea!
Dengan lemah longlainya, aku kembali ke meja makan. Tengku
tu masih ada. Ingatkan dah pergi.
“ Datuk. Kalau saya minta sesuatu boleh?”
“ Boleh. Apa tu?”
Aku mula rasa tak sedap hati. Sebab daripada tadi dia asyik
kerling ke arah aku.
“ Saya nak jadikan Sofea isteri saya.”
“ What?!”
**
Bala! Bala!
Hampir satu rumah aku tawaf. Gara-gara terfikir hajat Tengku
Arman semalam. Dia gilakah? Tiba-tiba nak aku jadi isteri dia. Bukannya kenal
pun. Baru sehari jumpa kot. Ada hati nak kahwin dengan aku. Blahlah!
“ Apa yang kau buat tu? aku rasa dah berapa kali kau tawaf
dekat halaman rumah ni. Dah boleh jadi designer rumah kot aku rasa.”
Tanpa berlengah, aku pantas memijak kuat kaki kirinya. Huh!
Padan muka! Puas hati aku. Ada saja idea nak kacau dan buat aku marah kan?
“ Woi! Sakitlah!”
Aku ketawa. Tahu pun sakit. Ingatkan tak tahu dah.
“ baguslah. Tu maknanya kau masih sihat walafiat.
Alhamdulillah!” Aku buat-buat gembira. Sedangkan rasa nak ketawa.
“ Alhamdulillah juga sebab ada orang ambil berat tentang
aku. lega!”
Eh! Masa bila aku ambil berat fasal dia pula ni? buang
tabiat ke apa?
“ Saya tak suka dia dan tak nak kahwin dengan orang yang
saya tak cintai. Berhak ke saya nak tolak masalahnya. Papa dah suka sangat
dekat Tengku Arman tu. Tapi saya?”
Akhirnya, aku meluahkan apa yang terbuku dalam hati pada
Encik Bertopeng yang menyakitkan hati ini. Dia nak dengar sangat kan? So, aku
dengan hati yang terbuka ceritakan pada dia.
“ Aku bukan nak jadi penyibuk ke apa. Cuma aku nak pesan.
Jangan terburu-buru ketika kau buat keputusan. Dan jangan terlalu ikutkan
perasaan. Jangan buat keputusan pada waktu marah atau terlalu gembira. Ikut
kata hati kau tu. Jangan lupa juga berdoa pada Allah.”
Aku terdiam. Wah! Encik Bertopeng bagi ceramah baik dekat
aku hari ni. Selalunya asyik nak usik aku je.
“ Kalau awak dekat tempat saya. Apa yang awak akan buat?
Terima atau cari cinta sejati awak?” Soalku pula.
“ Entah! Maybe saya lari dari rumah.”
“ Erk!” melampau sangat tu. aku tak seberani tu.
“ Tapi aku tau kau anak yang baik. Kau buatlah keputusan
yang membawa kebaikan untuk kau. Aku pergi dulu.”
Aku melihat dia dengan pandangan redup. Awak.. Boleh tak
awak tanggalkan topeng tu sekali saja? Saya nak tahu siapa awak. Tapi tak
mungkinlah kan dia nak buka topeng dia tu.
“ Argh! Pening!!!”
**
Tengku Arman? Encik Bertopeng? Aik? Kenapa dua nama ni
sering muncul dalam fikiran aku kebelakangan ni? Hurmm.. Dah seminggu berlalu.
Dalam seminggu ni jugalah dua manusia ni tak habis-habis kacau aku. menurut
pandangan aku kan? antara mereka berdua ada persamaan dan ada juga perbezaan.
Tengku Arman. Dia seorang yang suka senyum, hensem dan
berkarisma. Encik Bertopeng pula seorang yang tak suka senyum. Kalau senyum pun
kadang-kadang. Hensem? Entahlah! Sebab penghalangnya adalah topeng tu. dan dia
jenis suka berwajah serius.
Tapi mereka berdua ada persamaan. Suka mengusik aku dan suka
buat aku geram! Okay! Tu dah sebati dalam hidup aku saat ini.
“ Sofea… Mak nak hantar papa pergi airport. Kamu nak ikut?”
Mak muncul bersama senyuman. Aku teringin nak hidup bahagia
macam mak dan papa sekarang. Tapi lelaki idaman aku tu masih adakah dalam dunia
ni? seperti yang aku harapkan? Entah!
“ Boleh juga. Erk..mak. lelaki bertopeng tu pun pergi juga
ke? Maksud Sofea, dia pun ke luar negara dengan papa?” Soalku gugup.
Mak hanya tersenyum lantas membuat anggukan kecil. Oh! Ikut
juga. Amanlah aku selepas ni. Kikiki…
**
“ Semua dah siap ke?”
“ Dah. Beres!”
Aku membuat muka poyo pada kedua-dua insan yang berdiri
sebelah aku ni. aku tersepit dekat tengah ye wahai tuan dan puan-puan sekalian.
Sebab apa? Sebab papa berdiri sebelah kanan aku manakala Encik Bertopeng ni
sebelah kiri aku. Dah rancang ke apa ni? mak setia berdiri belakang aku. Huh!
“ Papa… Papa pergi berdua dengan pegawai peribadi papa ni je
ke?” Soalku ingin tahu. Kini kami sudah berdiri depan balai pelepasan. Lagi
sejam sebelum papa dan dia masuk dalam.
“ Ada seorang lagi. Tengku Arman.”
Dia pun ikut juga? Mestilah. Dah nama pun anak didik.
“ Sofea sembanglah dulu dengan pegawai papa ni. Papa nak
ajak mak kamu pergi makan kejap. Apa-apa
nanti call papa.”
See! Dah dua kali papa sengaja tinggalkan kami berdua. Tapi
aku tak kisah. Dah terbiasa.
“ Kau nak aku ke Tengku tu pergi?”
Aku toleh ke arahnya dengan kerutan di dahi. Soalan jenis
apakah itu?
“ Dua-dua pergi pun bagus. Aman sikit dunia saya.” Ujarku
selamba.
“ I’m serious!” Ada nada ketegasan dekat situ. Huh! Kenapa
perlu serius ni?
“ Kenapa? Untuk pengetahuan awak, sekarang ni saya tak tahu
saya suka siapa. sebab awak berdua ni baik orangnya. Tengku tu.. memang ramai
perempuan gilakan dia sebab dia hensem dan baik. Tapi ada juga yang tak suka.
Awak? Kenapa? Awak pun nak jadi macam Tengku tu? Nak kahwin dengan saya? Gitu?”
Soalku bertalu-talu. Yalah. Soalan dia memang mencabar hati aku nak
menjawabnya.
“ Kalau ya? Apa yang kau nak buat?”
Okay! Mata dia tajam merenung aku saat ini. dia sangat
serius.
“ Aku dah lama pendam. Tapi aku nak luahkan sekarang juga.
Aku cintakan kau semenjak aku ekori kau dulu. Ermm… Entahlah. Tapi yang pasti
aku sayang kau. Full stop!”
Erk! Terlopong aku dibuatnya. What?! Oh My God! Langsung aku
tak duga. Encik Bertopeng yang aku tak tahu namanya. Yang tak tahu wajahnya dan
tak tahu siapakah dia.
“ Jom kita gerak!”
Aku tersedar apabila papa datang ke arah kami. Papa! Papa
penyelamat aku.
“ Eh? Papa! Kata pergi sekali dengan Tengku Arman. Tak
tunggu dia ke?”
Papa tersenyum ke arahku kemudian memandang pula ke arah
dia. Kenapa? Salahkah apa yang aku tanya tu?
“ Tak perlu. Sebab dia dah ada dekat sini.”
“ Mana? Sofea tak nampak pun?”
“ Aku. Aku Tengku Arman Bin Tengku Arshad.”
Aku terdiam kemudian aku tertawa kecil. papa dan mak hanya
tersenyum.
“ Kalau nak tipu pun agak-agak arh wahai Encik Bertopeng.
Dahlah. Papa pergilah.”
Selepas salam dengan papa, aku pun mula melangkah. Namun,
tiba-tiba saja lenganku yang berlapik itu ditarik. Dan gerangan itu mestilah
Encik Bertopeng ni. dah kenapa?
“ Eh? Kenapa ni? Lepaslah! Papa dan mak tengah tengok tu.”
Arahku geram.
“ Kenapa? Kau tak percaya kalau aku cakap aku ni Tengku
Arman?”
“ Haah! Tapi saya juga ragu-ragu sebab korang ni sama! Tahu
sama? Aku syak yang korang ni orang yang sama. Tapi sikap korang berbeza
melainkan senyuman korang. Usikan korang. Sama! Atau korang nak buat hati saya
ni keliru? Jawablah!” Akhirnya aku melepaskan tempias pada dia. Aku dah tak
pedulikan sesiapapun saat ini.
“ Dahla Man. Berhentilah. Kesian Sofea.” Tiba-tiba papa
datang dan cakap begitu pada dia. Eh! Apa maksud papa?
“ Sofea.. Papa masuk dulu. Mak kamu tunggu kamu dalam
kereta. Man.. nanti kamu menyusul. Jangan lambat sangat. Sofea. Buat keputusan
dengan betul ye. Jangan bila dia dah hilang dari depan mata baru kamu nak
hargai. Papa masuk dulu.”
Aku terdiam. Aku tak faham apa maksud papa. Erk!
“ Siapa awak? Tell me!” Separuh geram aku mengarahnya. Aku
semakin musykil.
“ Yes! I’m Tengku Arman!”
“ Prove it! Prove that you is Tengku Arman!” eloklah tu.
sama-sama tinggikan suara. Aku dah sampai tahap yang tak boleh bersabar dah.
“ Okay fine!”
Lantas dia membuang topeng itu ke lantai. Aku yang melihat
terkedu. Menggigil terus tangan aku dibuatnya.
“ A..awak? Awak Tengku Arman? What?”
Aku semakin bercelaru. Jadi selama ini aku dipermainkan? Aku
punyalah pening kepala nak buat keputusan. Rupa-rupannya mereka orang yang
sama? Huh!
“ Saya minta maaf. Saya Cuma nak kenal awak dengan lebih
dalam. Kalau saya beritahu pada awak lebih awal. Pasti awak takkan dekat dengan
lelaki bertopeng ni kan?”
Terpamer senyuman sinis pada bibirku. Entah kenapa hati aku
sakit diperlakukan sebegini.
“ puas? Puas awak buat saya macam ni? Tahniah! Awak berjaya
buat saya keliru dengan perasaan saya. Rupanya Tengku Arman dan Encik Bertopeng
adalah orang yang sama. Dua-dua amat menyakitkan hati!”
“ Sofea..”
“ Stop! Pergi! Jangan cari saya lagi!”
Terus aku berlari daripada situ dengan seribu kehampaan.
Kenapa dia buat aku macam ni? kau tahu tak Encik Bertopeng yang aku dah mula
sayangkan kau. Tapi? Argh!!
**
Dua minggu kemudian
“ Lelong! Lelong! Sepasang hanya 5 ringgit Malaysia. Rugi
siapa yang tak beli!”
Alhamdulillah! Tak sangka berniaga baju buatan sendiri amat
laku. Jual dekat pasar malam pula tu. nasib baik mak aku bagi. Papa? Confirm
tak setuju. Tapi dipujuk mak. Terus bagi. Kikiki..
“ Berapa ni?”
“ Lima ringgit je.”
“ Minta kurang tak boleh ke?”
Aku yang sedang leka mengira baju tadi terus mendongak ke
arah suara garau yang menawar harga tadi. Amboi dia! Dah cukup murah ni.
“ Mana bo…”
Tapi mulutku terus terkunci saat melihat wajah suara garau
tadi. Dan aku terus tak hiraukan dia.
“ Ye makcik? Nak berapa pasang?”
Selepas satu pelanggan pergi. Datang pelanggan lain pula.
Hampir pukul 8 malam juga kerja aku baru selesai. Laku! Alhamdulillah. Tapi
satu je yang aku tak suka. Dia masih setia berdiri sebelah kedai aku ni. Tak
reti-reti penat ke?
“ Jomlah balik. Awak tak penat ke?”
Oh! Tahu pun penat. Ingatkan tak.
“ Ada saya suruh awak tunggu? Tak kan? pergilah balik.
datang sini buat semak je.”
Terus aku berlalu ke kereta. Semua barang dah dimasukkan ke
dalam kereta. Tinggal nak balik je. fuh! Penat!
“ Aisyah Sofea! Sampai bila awak nak bersikap dingin dekat
saya ni? awak tak sayang saya ke? Encik Bertopeng awak ni terlalu rindukan awak
lah. Sampai nak tidur pun tak boleh.”
Lembut suaranya pada pendengaranku. Yes! Mula dulu memang
aku kesal dan marah dekat dia. Tapi tak sampai ke hari ni. sememangnya aku dah
maafkan dia. Cuma.. aku nak dia datang sendiri minta maaf. Dia yang salah.
“ Ada saya kesah?”
Aku buat muka poyo. Aku bersandar pada belakang kereta.
Cantik juga pemandangan pada waktu malam ni.
“ Saya tahu awak kisah. Jom kahwin dengan saya?”
“ Crazy!”
“ Yes! Saya memang tengah gilakan awak ni. Awak jelah
pengubatnya.”
“ Tak nak!”
“ Tak boleh sebab hati awak tu ada nama saya.”
“ mana awak tahu? Memandai je!”
“ Tahulah. Sebab dekat skrin telefon awak ada gambar saya.”
Huh! Macam mana dia tahu? Aku terus meraba poket aku untuk
ambil henset. Tapi? Argh! Tak ada. Ke mana menghilangnya?
“ Di sini!” Dia menggoncangkan hensetku dengan senyuman
lebar. Cis! Masa bila dia ambil.
“ Saya tetap tak nak kahwin dengan awak! Awak kejam!” Aku toleh
ke arah lain.
“ Yeke? Maaflah. Tapi awak tetap kena kahwin dengan saya
sebab saya ni Encik Bertopeng awak. taraa!”
Dia memakai topeng itu semula. Ya Allah. Rindunya aku
terhadap Encik Bertopeng ni. Haish! Saja je dia ni kan? tanpa aku sedar, aku
tersenyum ke arahnya.
“ ha! Kan cantik bila senyum macam tu. Kita kahwin erk?”
Aku terus ketuk topeng yang dia pakai tu. sampai dia
menyerigai kesakitan. Aku tertawa kecil. suka tengok dia sakit macam tu.
“ Itu balasan terhadap orang yang menipu.”
Aku ketuk pula kepala dia dan menarik buang topeng tersebut.
Dengan senyuman nakal aku memakai topeng tersebut.
“ Itu balasan apabila buat saya menangis sehari semalam.”
Tok!
“ Ouch!”
“ Itu balasan sebab buat saya rindukan awak setiap hari!”
Ceh! Tak guna. Kena balik.
“ Dahlah nak balik!”
“ Kahwin dengan saya?”
“ Tak nak!”
“ Kena juga!”
“ Blahlah!”
“ Yes! Kita kahwin esok!”
“ What?!” Terus aku rentap topeng tersebut. Tapi dia?
“ Hahaha. Terkejut? Saya gurau je lah. Comel je!”
“ Arman!!!”
“ Hahaha!”
Tapi dalam kenakalan dia dan usikan dia. Aku sendiri mengaku
yang aku bahagia. Thanks for everything Tengku Arman a.k.a Encik Bertopeng.
~Tamat~