“ Hati-hati jalan tu. Nanti jatuh bangun sendiri ye? Dah
tak ada sesiapa nak tolong!”
“ Ish! Tahulah! Sibuk hal along sudahlah!”
Izz tertawa kecil melihat adiknya daripada jauh. Walaupun
dah berumur 23 tahun. Namun sikap kebudak-budakan adiknya itu tetap ada. Izz
pula jenis suka mengusik.
“ Izz! Apa yang kamu buat tu? Mari tolong umi jap!”
Izz pantas masuk ke dalam rumah apabila uminya memanggil.
Mujurlah adiknya dah pergi ke kolej.
“ Umi… Ya Allah. Kan Izz dah kata jangan bangun kalau dah
penat macam ni.”
Izz pantas memimpin uminya kembali ke birai katil. Sikap
degil uminya itu tak pernah nak berubah. Mujur juga Izz ni penyabar orangnya.
“ Umi bosan lah asyik duduk dalam bilik ni je. Umi nak juga
berjalan keluar.”
Izz tersenyum. Tempat di sisi uminya diambil.
Perlahan-lahan tangan uminya diusap.
“ InsyaAllah umi. Selepas umi betul-betul sembuh.” Ujar Izz
lembut.
Umi Izz. Tidak kira sesiapapun akan memanggilnya dengan
panggilan Umi. Umi tersenyum kecil melihat anak sulungnya itu. Dah besar pun
anak aku ni. Dah nak capai 29 tahun pun. Tapi perangai nakal tu tak boleh nak
tinggal langsung.
“ Izz.. Boleh umi tanya kamu sesuatu?” Soal Mami.
“ Apa tu? Umi tanya je..”
“ Bila agaknya umi boleh dapat calon menantu?”
Izz tersentak. Wajah tenang uminya direnung. Kemudian dia
berikan senyuman yang sedikit hambar kepada uminya.
“ InsyaAllah umi. Suatu hari nanti.” Jawab Izz tenang.
Bukan aku tak mahu kahwin. Cuma hati aku masih belum dapat
cari yang betul-betul berkenan. Kalau boleh aku nak cari seorang wanita sejati.
Wanita yang mampu menjadi isteri yang baik. Biarpun wanita itu tidak cantik.
Aku tak kisah. Asalkan dia mampu menjadi seorang isteri dan ibu yang baik buat
aku.
“ Umi doakan kamu semoga cepat jumpa jodoh sebenar kamu.”
“ Amin…”
Akhirnya Izz hanya tersengih mendengar kata-kata uminya.
Selepas arwah ayahnya pergi setahun yang lepas, hanya umilah tempat dia dan
adiknya bergantung. Tapi kini, umi adalah tanggungjawab mereka berdua. Tambahan
pula umi masih belum sembuh daripada penyakit darah tingginya.
***
Izz mengerutkan dahi apabila mendapat panggilan daripada
kawan sekerjanya.
“ Kenapa? Aku kan tengah cuti ni.”
Izz mengambil tempat di pangkin depan rumahnya. Sengaja
arwah ayah mereka meletakkan pangkin tersebut di hadapan rumah. Boleh
rehat-rehat.
“ Kau busy ke? Aku bukan apa. Ada sepasang suami isteri ni
nak buat prosedur bercerai. Kau kan pakar hal ni. Tapi mereka kata, penceraian
itu akan jatuh apabila isterinya ni melahirkan anak.”
Izz tergaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Kenapa sekarang
ni makin ramai orang yang inginkan penceraian? Tak faham betullah! Bukankah
Allah dah kata perbuatan itu dilaknatNya. Ish!
“ Bila?”
“ Esok? Mereka akan datang lagi esok. Tapi aku kesian tengok
wajah wanita tu. Sedih je. Macam tak rela nak bercerai.” Sempat lagi kawannya
itu bercerita.
Izz terdiam. Kalau dah tak redha kenapa bercerai? Atau suami
dia yang beria-ria nak bercerai. Yelah lelaki ni kan boleh jatuhkan talak kepada
si isteri ni bila-nila masa je yang dia nak.
“ Amacam? Kau okey kan?”
“ Okeylah. Tapi kejap je tau?”
“ yelah.”
Selepas meletakkan panggilan, Izz kembali terfikir fasal
pasangan yang ingin bercerai itu. Apa masalah mereka sebenarnya? Kenapa sampai
perlu ambil jalan ni? Apa dah tak ada jalan lain ke nak selesaikan?
Ya Allah. Aku ni pun satu. Sibuk satu hal.
“ Along!”
Izz yang tengah berfikir itu terkejut apabila disergah
adiknya Izzati. Izzati yang melihat alongnya terkejut ketawa terkekek-kekek.
Berjaya juga rancangannya nak perkenakan Izz.
“ Adik!”
Pantas dikejar Izzati yang semakin nakal itu. Kalau tak
kacau orang walaupun sehari tak sahlah. Nak kena budak ni dengan aku.
“ Along! Stop!”
Izzati berhenti berlari apabila penat. Izz juga
turut berhenti. Nafasnya turun naik melihat adiknya yang tercungap-cungap itu.
Dia turut penat.
“ Lain kali kacau lagi along berfikir.”
Izz kembali duduk di pangkin. Wajahnya ditoleh ke arah
jalan raya. Macam-macam kerenah yang dia dapat lihat di situ. Tak kurang juga ada
makcik dan pakcik yang sedang bergaduh semata-mata nak pergi restoran Mak Liah
atau warung Pak Mad.
Izz tergeleng-geleng saat teringat soal itu. Mujurlah dah
tua. Kalau muda? Pasti perkataan sweet-sweet gitu digunakan. Eii.. Pleaselah.
Geli bila aku dengar.
“ Along… Mengelamun lagi!”
Izzati mengambil tempt di hadapan Izz. Izz duduk tegak
melihat Izzati macam bosan. Bosan? Semenjak bila adik aku ni reti bosan?
“ Nak apa? Tak keluar ke?”
Izzati tersengih. Kemudian kepalanya digelengkan perlahan.
Masalah lain yang sedang menimpa dirinya saat itu.
“ Adik tak tahu nak cakap macam mana. Tapi ada sorang laki
kata nak lamar adik jadi isteri dia. Sedangkan adik tak kenal dia langsung.”
Izz jelas sekali terlopong. Wow! Adik aku di lamar? Aku? Nak
kata aku melamar sendiri memang tak lah kan? Tapi dilamar? Eh! Tu bohong
sangatlah kan tiba-tiba ada perempuan nak melamar lelaki macam aku ni. Ceh!
“ Adik? Betul ke ni adik along?” Soal Izz tak percaya. Boleh
lagi dia bergurau saat itu. Izzati dah bagai cacing kepanasan dah tapi Izz?
Boleh memarakkan rasa marah Izzati.
“ Along! Jangan sampai adik ketuk kepala along kot?”
Izz akhirnya ketawa melihat wajah gelisah Izzati.
“ Kenapa? Takut? Gelisah? Atau malu?” Soal Izz bertalu-talu.
“ Bukan! Tapi adik Cuma risau.”
“ Risau kenapa pula?” Jelas timbul kerutan di dahi Izz.
“ Sebab dia muda setahun daripada adik ni. Jadi adik rasa
ragu-ragu kalau benar dia datang melamar adik. Macam ne tu?”
Izz tersenyum.
“ Adik tahu kan kisah Nabi kita dengan isterinya yang
pertama?”
Izzati hanya mengangguk. Mestilah tahu! Nabi kesayangan aku
tu.
“ Jadi cuba adik bandingkan keadaan adik dengan nabi. Nabi
kita tu, isteri dia tu jauh lebih tua daripada dia. Adik? Hanya muda setahun.
Sedangkan nabi? Adik boleh fikir kan? Cinta ni tak mengenal usia. Dan jodoh
yang Allah tetapkan tu dah cukup cantik sayang. Kalau dia dah jodoh adik,
walaupun umur dia muda setahun. Dia tetap akan bersama dengan adik.” Jelas Izz
panjang lebar.
Izzati yang mendengar akhirnya tersenyum lega.
“ terima kasih along! Sayang along!” terus dipeluk alongnya
itu.
Izz menepuk perlahan bahu Izzati. Nampaknya kau semakin
matang adik. Kalah along kau ni. Sampai saat ni belum jumpa wanita yang
berkenan di hati.
“ Adik juga berdoa agar along cepat dapat jodoh. Amin…”
“ Amin.. terima kasih adikku yang tersayang. Sekarang pergi
masuk. Bantu umi ke bilik air. Rasanya umi nak solat zuhur kot.” Suruh Izz
apabila teringatkan uminya yang masih sukar untuk berjalan.
“ yelah. Along pun sama. Jangan asyik mengelamun je. Ingat
sikit along tu dah jadi ketua imam dekat sini. Jadi janganlah nak termenung
lebih-lebih ye.”
Izz yang baru nak mencubit lengan Izzati melepas. Izzati dah
berlari masuk ke dalam rumah. Kureng kau Izzati. Huh!
“ tapi kan? best oo kalau dapat isteri perangai yang
sekepala dengan aku ni. Haha..”
Izz tergeleng-geleng apabila mengemukakan cadangan itu.
Mengarut! Apalah aku ni.
“ Izz! Apa yang gelak sorang-sorang tu?” Tiba-tiba pakcik
jiran sebelah menegur.
Izz tersengih sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal
itu. Seraya itu dia mengangguk perlahan membalas kata-kata pakcik itu.
“ Pakcik balik dulu. Jangan asyik layan perasaan. Kalau nak
sangat isteri cari ikhtiar. jangan duk
berangan je.”
Dush! Izz tersentap. Yelah! Dia selalu berangan kebelakangan
ni. Nak dapat isteri yang baik dan solehah. Hehe..
“ Okey pakcik! Terima kasih!”
Izz! Ubah sikap! Please… Huh!