Pon! Pon! Pon!
“ Opocot mak kau!”
Liana mengurut perlahan dadanya akibat terkejut mendengar
bunyi hon kereta itu. Tepat berada di belakangnya pula tu. Tambah-tambah dekat tempat awam. Liana
merengus geram. Tiba-tiba dia berasa geram akan manusia yang menekan hon kereta
tadi.
Seraya itu dia menoleh ke belakang dan melihat pemandu
tersebut. Pemandu yang memandu kereta Perodua Myvi itu. Lelaki pula tu. Tapi
kan? Tersedar sesuatu. Lantas dia menoleh semula ke hadapan dan melajukan
langkah masuk ke dalam secret recipe. Hatinya turut berdebar-debar akibat
ternampak lelaki yang berada dalam kereta tadi.
“ Hoi!”
Liana pantas mengambil tempat yang terpencil. Dia berharap
lelaki tadi tidak nampak dia yang sedang bersembunyi ini.
‘ Ya Allah. Tolonglah hamba. Jangan bagi lelaki tu nampak
aku dekat sini. Aku mohon Ya Allah.’ Doanya dalam hati.
“ Maaf cik. Cik ada nampak seorang perempuan yang bertudung
pitch lalu dekat sini tak?”
Tiba-tiba telinganya dapat menangkap perbualan lelaki tadi
dengan perempuan yang berada di kaunter bayaran. Liana menutup matanya erat.
Dia berharap perempuan itu tidak nampak kelibatnya tadi.
“ Maafkan saya encik. Tapi rasanya saya tak nampak.”
“ Fuh!”
Liana menghembus nafas lega. Terima kasih Ya Allah.
Sebaik sahaja lelaki itu keluar daripada situ. Liana pun
keluar daripada tempat persembunyiannya. Kini Allah selamatkannya sekali lagi.
Dia juga mahu berterima kasih pada perempuan tadi.
“ Adik.. Terima kasih ya.” Ucap Liana dengan rasa ikhlas.
“ sama-sama. Saya tengok muka abang tadi pun saya rasa cuak.
Sebab tu saya bohong. Siapa lelaki tu kak?”
Liana tersenyum kecil.
“ Tak ada sesiapa pun dik. Cuma lelaki playboy yang sweet
talker.” Selambanya Liana berkata.
“ Oh. Patutlah.. Dia cari akak sebab dia minat dekat akak
kot. Yalah. Akak ni cantik orangnya.”
Liana tertawa kecil. Minat? Ceh! Blahlah!
“ Mengarutlah adik ni. Oklah. Akak gerak dulu. Terima kasih
kerana selamatkan akak tadi. Nanti bila-bila akak datang sini dan belanja
adik.”
“ Terima kasih kak.”
Sebaik sahaja selesai, Liana kembali ke kereta kesayangan
Viva nya itu. cepat-cepat dia menghidupkan enjin kerana dia ingin cepat-cepat
beredar daripada situ. Dia tak nak terserempak lagi dengan lelaki tu.
Ya! Lelaki tu memang sweet talker sampai aku ni pun dia kenakan. Tapi tak semudah itulah. Aku ni bukan macam perempuan dia luar
sana. Aku berjaya memperkenakan dia kembali. Sebab tu lah hari ni dia berusaha
cari aku. Rasa takut tu adalah juga. Tapi nak kisah apa. Lari je lah.
**
“ Shit!”
Stereng kereta ditumbuknya kuat. Dia berasa sangat geram
dengan perempuan yang bernama Liana. Cukup susah nak dapatkan perempuan tu. Licik
juga ye. Sampai aku pun dia berjaya perkena. Waduh! Apa patut aku buat ni? Nak
cari dia dekat mana lagi?
Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi nyaring. Dengan
malasnya, dia mengangkat panggilan tersebut.
“ Helo.”
“ Helo Amir! Aku ada berita buruk ni.”
“ Apa pula? Soal Yus tu ke?”
“ Bukan! Lebih teruk daripada itu. Aku rasa kau kena balik
ke pejabat sekarang juga!”
Amir meletakkan panggilan dengan rasa sebalnya. Masalah aku
belum selesai datang pula masalah baru. Hampeh betul!
**
Di kala hati ingin
membenci…
Mulut berkata suka…
Di kala hati ingin menyepi..
Mulut mula memanggil kembali namanya..
Mulut berkata suka…
Di kala hati ingin menyepi..
Mulut mula memanggil kembali namanya..
Dan..
Di saat hati ini ingin merindui..
Adakah si bunga itu mahu menerima?
Di saat hati ini ingin mencintai..
Adakah si bunga itu mahu turut mencintai?
Di saat hati ini ingin merindui..
Adakah si bunga itu mahu menerima?
Di saat hati ini ingin mencintai..
Adakah si bunga itu mahu turut mencintai?
( I think I want to
know you. You looked interesting on my eye’s)
‘Izzat Amir Datuk Imran’
‘Izzat Amir Datuk Imran’
Terukir senyuman pada bibirnya saat membaca kad yang
diberikan oleh insan yang bernama Izzat Amir itu. Boleh cair beb hati ni. Perempuan
mana yang tak termakan kata-kata manis yang tercatat dalam kad tu? Beritahu jap. Tak ada.
Kecuali hati perempuan tu memang benar-benar keras.
“ Oh! Kenapa kau buat aku terharu Amir. Kita baru je
berkenalan. Dan sekarang? Kau kata kau nak mencintai aku. Aku? Aku belum dapat
mencintai kau. Tapi rasanya dah nak mula kot.”
Liana tersengih kerang busuk. Kalau Amir dengar ni. Tak ke
aku dapat malu. Huh!
“ Liana! Ada orang nak jumpa kau dekat luar!” Laung Fatin
iaitu rakan serumah Liana.
Liana bergerak ke tingkap. Dia tersentak seketika. Itu
kereta Amir. Ya Allah! Apa dia buat dekat depan rumah aku ni?
“ Liana! Kau dengar tak ni?”
“ Ya! Aku dengar. Kejap!”
Liana kembali menyimpan kad tadi ke dalam laci meja.
Kemudian, dia menyarung tudung dengan kemas sebelum keluar berjumpa dengan
Amir. Hatinya jadi berdebar-debar pula. Control yourself Liana!
Amir yang elok tersandar pada keretanya itu melangkah
mendekati Liana yang manis bertudung itu. Amir pun tak kurang hebatnya. Nampak
sangat bergaya dan macho. Itu yang utamanya. Dahlah muka tu nak seiras dengan Kevin
Fisher. Siapalah yang tak cair bila tengok Amir ni. Tak kenal? Ada aku kesah?
“ Hai..” Tegur Amir dengan senyuman manis.
“ Erk..Hai.. Apa yang awak buat dekat sini?” Soal Liana
malu-malu. Ini kali kedua mereka berjumpa.
“ Saya nak ajak awak jalan-jalan. Nak tak?”
Liana melihat Amir dengan kerutan di dahi. Jalan-jalan?
Petang-petang macam ni?
“ Nak ke mana?” Liana menyoal kembali.
“ Adalah. Saya dah tahu tempat tu dan Cuma nak bawa awak
pergi je. jom. Jangan risau. Sebelum maghrib awak akan kembali ke sini dengan
selamat.”
Liana tersengih. Seperti tahu je Amir ni apa yang sedang
bermain di fikiran Liana. Tanpa berfikir panjang, Liana mengangguk tanda
setuju. Tak lupa juga senyuman lebarnya buat Amir tu.
**
“ Dah sampai.”
Liana memandang sekeliling. Jelas kerutan di dahinya. Taman
tasik? Buat apa dia bawa aku ke sini?
“ Awak nak tengok pemandangan ke?” Liana menyoal terus.
Bukankah tempat ni dia dah selalu datang. Aku pun selalu. Hari-hari juga aku
datang sini.
“ Ada surprise untuk awak. Jom ikut saya.”
Liana hanya mampu menurut. Dia masih leka memandang belakang
Amir. Tersenyum juga dibuatnya. Dia masih ingat pada kali pertama mereka
berkenalan. Masa tu dekat kedai makan. Liana terpandang wajah Amir. Tapi tak
sangka pula lah yang Amir turut memandang ke arahnya.
Pada waktu itulah. Amir pergi jumpa Liana dan minta sendiri
nombor telefon dan cakap terus terang. Siap nak berkenalan lagi. Liana yang
terkejut hanya mampu tersenyum malu. Dia memang malu sebab ini kali pertama
lelaki yang datang berterus-terang dengannya.
Semenjak itulah, Amir sering kali menghantar pesanan ringkas
dan kad-kad kecil ke rumahnya. Hati Liana pun dah rasa berbunga la kan? Tak
sangka jugalah yang Amir ni romantik juga. Sweet talker pun ada. Lelaki kan?
“ Okey!”
Liana terkejut. Suara itu mematikan lamunannya. Dia menoleh
ke kiri dan kanan. Ramainya orang? Semua memandang ke arahnya pula tu.
“ Siapa mereka?”
Amir tersenyum kecil sebelum melutut tepat di depan Liana.
Liana yang melihat terkejut besar. Dia tak jangka perkara sebegini akan
berlaku.
“ Eh? Apa yang awak nak buat ni?” Liana dah mula gelabah.
Dia juga rasa ada yang tak kena. Semuanya seperti dah dirancang.
“ Liana… Kalau saya cakap ni. Saya tahu awak takkan percaya.
Tapi saya perlu luahkan sekarang juga. Saya tak kira.”
Liana terteguk air liurnya. Rasa perit dan tawar. Eh?
Memanglah air liur tawar. Mana ada manis. Apada.. Sempat lagi berfikir tu
Liana.
“ Will you marry me Liana?”
Dan.. Liana pantas menekup mulutnya. Dia langsung tak
percaya apa yang telah terjadi di depan matanya saat ini. Wajah Amir yang
kelihatan jujur dan orang ramai yang berkerumun di sekelilingnya. Ish! Apa
semua ni? Nak melamar pun kena tunjuk depan mereka semua ni ke?
“ Maksud awak?” Liana masih ingin menyoal. Maaf! Itu prinsip
hidupnya. Walaupun dia mula rasa cair terhadap lelaki yang bernama Amir ni. Tapi
dia tak mudah untuk jatuh cinta dan percayakan lelaki ni. Cukuplah sebelum ni dia
diperbodohkan kerana kerja. Dan sekarang? Takkan cinta pula?
“ Saya cintakan awak Liana.”
Jeng..Jeng..Jeng…
Liana terdongak ke hadapan. Dan dia ternampak seorang
perempuan yang sedang tajam merenung ke arahnya. Yang pasti renungan itu tidak
menyenangkan dirinya. Dia rasa tak sedap hati pula.
“ Liana… awak cintakan saya tak?”
Liana kembali tunduk memandang Amir. Ya Allah. Berilah aku kekuatan.
Apa patut aku buat ni? ya.. Aku mengaku yang aku dah mula rasa senang dengan
Amir ni. Tapi kalau rasa cinta tu? Terlalu awal untukku. Tak sampai seminggu
berkenalan kot. Tiba-tiba Amir boleh lamar aku macam ni.
“ Kenapa secepat itu?”
Liana mendongakkan kembali kepalanya dan melihat perempuan
tadi. Dia tersentak besar. Perempuan itu tulis besar-besar di atas satu kertas
dan menunjukkan ke arahnya. Tulisannya berbunyi seperti ini.
‘ Dia penipu! Kau
jangan percaya. Dia seorang sweet talker dan playboy! Tolonglah percaya. Dia
sedang mempermainkan kau. Dia sedang bertaruh dengan kawannya.’
Liana tergigit bibir. Oh! Patutlah. Hurmm.. Pandai ye kau ni
Amir. Memanglah kau ni plaboy. Sweet talker? Wajib ada pada seorang lelaki
playboy kan? Kalau tak ada macam mana dia boleh jadi seorang playboy.
“ Sebab saya tak tahu. Rasa ni datang terlalu cepat. Mungkin
cinta pandang pertama.”
Tiba-tiba Liana tersenyum sinis tanpa pengetahuan sesiapa.
Dia nak teruskan lakonan Amir. Tapi saat-saat akhir nanti. Biar Amir pula yang
terkena.
“ Oh.. So sweet…” Liana buat suara manja. Sedangkan dalam
hati dah rasa nak termuntah. Werk!
“ Thanks. So? Will you marry me?” Amir tak habis-habis dengan senyuman
manisnya. Dah naik lenguh dia asyik senyum je.
“ Ermm…” Liana buat-buat berfikir.
“ Tapi dengan satu syarat.” Idea jahat sudah bermain di kepala
Liana. Rasakan Amir.
“ Apa tu? saya sanggup asalkan awak sudi terima saya.”
“ Jalan itik depan saya. Buat lima kali pusingan. Lepas tu
saya terima.” Suruh Liana dengan selambanya tapi masih kedengaran lembut. Sindir
sebenarnya tu.
Seperti yang Liana jangkakan. Amir dan orang di sekelilingnya
sangat terkejut dengan permintaan gila Liana. Mana mungkin Amir nak jalan itik.
Jatuhlah maruah Amir sebagai hot guy!
“ Tapi awak?” Amir dah rasa geram. Ish! Menyesal juga aku
terima perlawaan Haizul tu. Perempuan ni pun satu. Naik main-main dengan aku
ke? Kalau nak tu cakap je lah. Tak payah aku buang masa tunggu lama-lama dekat
sini. Ish!
“ Kalau tak nak sudah.” Liana ketawa dalam hati. Rasakan!
“ OKey fine! I do it!”
Mulut Liana dan orang sekeliling sedikit ternganga saat
menyaksikan Amir jalan itik sebanyak lima pusingan. Wow! Awesome! Liana sendiri
tak percaya Amir sanggup jatuhkan maruah diri dia demi nak aku terima lamaran
dia. Ceh! Demi duit kan?
“ Okey done! So?”
Termengah-mengah Amir dibuatnya. Penat juga jalan itik ni.
Dahlah malu.
“ Baiklah.. saya…”
Amir menanti dengan debaran kuat. Terima please… Kalau tak
aku kalah.
“ Saya….saya tolak!” Ujar Liana dengan lantang. Dengan
senyuman cukup manis. Haha! Rasa kelakar tengok wajah Amir saat ini.
“ What?!”
Liana pantas menjarakkan dirinya daripada Amir. Amir dah
menyinga tu. apa-apa pun dia mesti larikan diri sebelum terlambat.
“ Awak penipu! Awak playboy! Saya tak nak kahwin dengan
orang seperti awak! werk!”
Pantas Liana melajukan langkah keluar daripada taman tu. Nasib
kau lah Amir. Siapa suruh mempermainkan perasaan aku. Kau belum kenal siapa
sebenarnya Liana Hamid ni. Kalau kau kenal gerenti kau tak berani dekat.
**
“ Liana!”
“ Huh!”
Liana yang leka termenung itu pantas menoleh ke belakang.
Habis terbang melayang peristiwa yang berlaku dua minggu lalu. Peristiwa di
mana hatinya dipermainkan oleh lelaki yang bernama Izzat Amir.
“ Liana!”
“ Kenapa?”
Fatin tertoleh-toleh ke belakang. Hatinya jadi kecut pula.
Kalau tak beritahu Liana. Nanti lelaki tu datang ceroboh masuk pula. Kalau
sebaliknya, Liana pula yang naik angin. Macam mana ni?
“ Kenapa ni? nampak gelisah je..” Soal Liana dengan kerutan
di dahi.
“ A..aku.. Lelaki tu ada dekat luar. Dia tengah tunggu kau.”
Maklum Fatin akhirnya.
“ Siapa? Amir?” Liana pula yang jadi gerun. Masaklah aku!
Tapi kenapa perlu aku takut? Dia yang permainkan hati aku. So adil lah apa yang
aku buat tu. Kan?
“ Kau pergilah sekarang. Takut aku tengok muka dia yang
bengis tu. Macam nak makan orang pun ada. Eiii!”
Terus Fatin keluar daripada bilik Liana dengan gelengan.
Liana pula masih kaku pada kerusi. Hatinya jadi tak tentu arah pula. Bukannya
apa. Takut lelaki tu ugut dia ke apa ke? Naya tu!
“ Liana! Keluarlah!”
Sempat lagi Fatin melaung. Liana pula menggagahkan kakinya
untuk keluar ke rumah. Mujur dia masih bertudung sebaik sahaja balik daripada kerja
tadi. Kalau tak kena pakai semula.
Liana melihat Amir dengan penuh perasaan bercelaru. Amir
pula dengan riak tegang memandang tajam ke arah Liana. Memang serupa nak terkam
orang dah lagaknya. Liana pula dah terteguk air liur. Calm down Liana! Calm down.
Dia manusia bukan binatang yang boleh makan aku. huh!
“ nak apa awak datang sini? Belum puas permainkan hati saya?
Sekarang nak buat apa pula?” Soal Liana bertalu-talu. Sungguh! Dia tak dapat
tahan perasaan geram dekat Amir. Rasa nak cincang je sampai lumat. Huh!
Amir tersenyum sinis. Liana.. Kau orang pertama yang berjaya
buat hidup aku huru-hara.
“ Aku nak kau ikut aku.”
Liana tersentak. Panggilan terus diubah. Daripada bersaya awak. Terus jadi beraku kau.Huh! Dasar lelaki!
“ Buat apa saya nak ikut awak pula? Hey! Ingat ye. Saya
takkan terpedaya lagi dengan pembohongan awak tu. cukuplah sekali. Saya dah
serik!” Bentak Liana tanpa dapat dikawal.
Amir terkedu. Liana.. Kau memang begitu berani. Kau memang
lain daripada yang lain. Hurmm.
“ Aku tak kira. Kau kena ikut aku juga.”
Tiba-tiba Amir menarik lengan Liana yang berlapik itu. Liana
yang memang geram bertambah geram dengan pegangan Amir tu.
“ Lepaslah! Awak nak apa sebenarnya? Cuba bagitau saya terus
terang. Tolonglah! Saya dah penat.” Separuh merayu Liana menyoal. Betul. Dia
memang penat. Dengan kerja lagi, dengan permintaan abah dekat kampung lagi.
Sekarang apa pula? Huh!
Amir terdiam. Patutkah aku beritahu dia yang aku amat perlukan
bantuan dia sekarang ni. Aku rasa hanya dia yang layak bantu aku. Aku dah tak
tahu nak minta tolong sapa dah ni. Haish! Yus tu memang nak cari fasal dengan
akulah.
“ Kau kena balas balik apa yang kau dah buat dekat aku dua
minggu lepas. Aku punyalah sanggup jalan itik depan kawan-kawan aku semata-mata
permintaan bodoh kau tu. So? Sekarang kau kena terima balik apa yang kau dah
buat.” Dengan tegas Amir berkata.
Liana tersenyum tipis. Dia ke aku yang salah?
“ Siapa yang beria-ria melamar saya? Siapa yang beria-ria
nak menang demi dapatkan hati saya? Siapa?” Dengan lembut Liana menyoal tapi
penuh dengan nada sinis.
Amir terdiam lagi. Perempuan ni sorang telah berjaya buat
aku banyak diam hari ni. Kalau tak aku pantas je dapat lawan cakap orang. Tapi
aku tak tahu kenapa dengan perempuan ni aku kalah. Huh! Memang jatuhlah maruah
aku.
“ Sudahlah Amir. Baliklah. Saya dah penat dengan permainan
awak ni. mujur saya belum terpikat lagi dengan awak. walaupun pada mulanya saya
berharap sangat dekat awak.”
Liana kembali memusingkan badannya ke belakang. Dia dah
bersedia untuk masuk ke dalam rumah. Tapi tidak sebaik sahaja dia mendengar
namanya dipanggil lembut.
“ Liana.. Please.. Sekarang ni aku benar-benar perlukan
bantuan kau. Aku dah tak tahu nak buat apa lagi lepas ni.”
Liana menoleh ke belakang. Dia terkedu melihat Amir yang
tengah melutut itu. Amir?
“ A..apa maksud awak?”
Amir tersenyum pahit. Biarlah kali ni dia beralah. Dia
memang dalam kesusahan saat ini.
“ Ada seorang kawan aku ni. dia beria-ria nak kahwin dengan
aku. tapi aku tak nak sebab aku tak cintakan dia. Aku anggap dia tak lebih
daripada seorang kawan. Aku tahu aku macam beri harapan dekat dia sebelum ni
dengan kata-kata manis. Tapi tak sangka dia benar-benar cintakan aku. dan
sekarang? Dia cuba buat bukti untuk fitnah aku agar kami dapat berkahwin. Kalau
tak, papa aku akan keluarkan aku daripada syarikat tu.”
Panjang lebar Amir menjelaskan perkara sebenar pada Liana.
Liana yang mendengar cukup terkejut. Dia terlopong sangat-sangat. Tak sangka
Amir yang dia kenal pada mulanya kelihatan begitu angkuh jadi macam ni. Apa
patut aku buat sekarang?
“ Aku nak kau menyamar jadi teman wanita aku. kali ni saja.
Aku janji selepas ni aku takkan kacau hidup kau lagi.”
Amir yang tunduk tadi mendongak melihat Liana yang terkedu
itu. Amir paksa diri untuk tersenyum. Aku dah tak peduli fasal maruah aku lagi.
Yang penting aku tak kahwin dengan Yus. Perempuan yang aku tak cintai.
“ Biar saya fikir dulu.” Dengan muka blur, Liana memusingkan
badan ke arah rumahnya. Dia tak tahu apa yang patut dia buat sekarang ni. Erk!
“ No! aku perlukan jawapan kau sekarang. Aku nak kau ikut aku
sekarang juga. Please Liana..”
Liana mengetap bibirnya kuat. Ya Allah. Bantulah aku. Adakah
aku patut setuju? Atau biarkan je? tapi rasa tak baik pula kalau abaikan.
Elok-elok sampai dia melutut bagai. Kalau aku tolak nampak sangat aku ni macam
orang tak berperikemanusiaan.
“ Baiklah. Saya akan tolong awak. tapi sekali je tau. Saya
tak nak diserang oleh kawan awak tu. ini kali pertama dan terakhir.” Tegas
Liana.
Amir mula tersenyum lebar. Alhamdulillah.
“ Terima kasih Liana. Jadi sekarang kau perlu ikut aku. aku
dah tak ada banyak masa lagi.”
“ O..Okay!”
Dalam diam, Liana tersenyum. Tak sangka aku yang kau sanggup
melutut macam tu.
“ Kesian juga ye kau ni Amir. Nasib baik aku baik hati nak
tolong. Kalau tak..”
“ Ha? Apa yang kau cakap tadi?”
Liana tersentak. Pantas kepalanya digelengkan. Harap-harap
dia tak dengar. Aku cakap pelan je kot.
“ Aku rasa aku dengar tapi tak jelas. Tak apalah.”
Tanpa memandang ke arah Liana. Amir cepat saja masuk ke
dalam kereta. Dalam diam, dia turut tersenyum. Sebenarnya, aku dengarlah apa
yang kau kata tu Liana. Aku tahu kau terkejut dengan perubahan aku tadi. Tapi
tak kisahlah. Asalkan aku selamat daripada Yus tu. Huh!
**
“ What?!”
Hampir nak terkeluar jantung Liana saat mendengar jeritan
itu. nasib baik aku tak ada sakit jantung. Kalau tak free je roh aku terbang
melayang. Tak padan dengan perempuan. Suara macam puntianak. Erk! Puntianak?
Haha!
“ Liana?”
“ Ha?” Liana tersentak. Amir merenungnya dengan jongketan di
kening. Dia hairan melihat Liana tersenyum kecil tadi. Takkan Yus yang tengah
menyinga tu pun lawak?
“ Kenapa kau senyum tadi?” Amir menyoal dalam nada berbisik.
“ Oh! Suara kawan awak tu macam puntianak. Lebih kurang
lah.” Dengan selambanya Liana berkata. Amir yang mendengar menahan tawa. Sampai
kembung pipi dibuatnya.
“ Hey! Apa yang lawak?”
Yus mencerlung ke arah Amir dan Liana. Mereka berdua terus
berlagak serius. Sedangkan dalam hati gelak bagai nak rak. Haha! Jahat kau
Liana!
“ Yus. Saya rasa sampai sini saja penipuan awak tu. Saya tak
boleh kahwin dengan awak dan takkan. Sebab saya cintakan perempuan ni lebih
daripada diri saya sendiri.”
Liana dan Yus. Masing-masing terkedu akan bicara Amir
sebentar tadi. Amir pula masih berlagak tiada apa-apa yang berlaku. Sedangkan
dalam hati hanya Allah saja yang tahu.
“ Awak tipu Amir! Awak tipu!” Tiba-tiba Yus meluru ke arah
Liana dan menampar pipi Liana. Liana yang tak bersedia itu terundur dua langkah
ke belakang. Amir pula terkejut besar.
“ Yus! Awak dah gila ke?!” Jerkahan Amir berjaya
menghentikan langkah Yus untuk menampar Liana sekali lagi.
“ Liana? Awak okay?”
Liana hanya mampu mengangguk. Pedih masih terasa. Kuat juga
perempuan ni pukul aku. nasib baiklah aku ni jenis yang kebal sikit. Kalau tak
dekat sini juga aku menangis. Dasar perempuan tak tahu malu! Huh!
Amir mencerlung ke arah Yus lalu merentap kasar tangan Yus.
Wajah Amir yang tegang itu buat Yus kecut.
“ Sekarang! Kau tampar aku. Tamparlah! Biar kau lega.”
Amir sememangnya sangat marah ketika itu. tak tahu kenapa
tapi dia rasa bersalah sangat biarkan Liana cedera. Yus! Kau memang tak guna!
“ Amir.. Sa..saya. saya tak tahu. Saya tak dapat kawal
perasaan saya.”
Belum sempat Amir nak menghamburkan marahnya, Yus terlebih
dahulu meluru keluar daripada pejabat Amir. Liana pula masih kaku pada
tempatnya. Tangannya setia mengusap lembut pipi yang terasa pedih itu.
pedihlah! Sampai naik memerah aku rasa.
“ Liana.. Maafkan aku. aku tak sangka Yus boleh bertindak
sebegitu dekat kau.” Dengan rasa bersalah Amir pohon maaf.
Liana tersenyum kecil.
“ tak apa. jangan risau. Saya okay je. sekarang saya nak
balik. rasanya tugas saya dah selesai kan?”
“ Terima kasih sekali lagi. Aku harap selepas ni kita akan
berjumpa lagi.”
Liana tersenyum lagi. Berjumpa lagi? Kalau boleh aku tak nak
jumpa kau lagi Amir. Aku tak nak kalau tetiba hati aku berharap dekat kau.
Maafkan aku. sememangnya sebelum ni aku berharap agar aku boleh mencintai kau.
Tapi mujurlah belum terlambat kan?
“ Saya pergi dulu.”
Amir melihat langkah Liana pergi dengan satu perasaan yang
dia sendiri tak dapat gambarkan. Rasa sedih pun ada. Argh! Perasaan kau je tu
Amir. Jangan nak melalut lah. Huh!
**
“ Bro!”
Amir yang tengah berserabut itu hanya mampu tersenyum saat
melihat rakannya. Dia tengah memikirkan keadaan Liana dan reaksi Yus. Apa akan
berlaku selepas ni pun dia tak tahulah.
“ Bro! Aku rasa lebih baik kau pergi tengok keadaan Liana
tu. Pipi dia tu aku nampak merah. Kenapa?”
Amir merenung jam tangannya. Tak boleh jadi ni. aku mesti
tengok keadaan dia. Semua ni salah aku. kalau aku tak libatkan dia. Mesti dia
takkan ditampar. Yus pun satu.
“ Bro!”
“ Aku keluar kejap.”
Pantas Amir keluar daripada pejabat dan cuba mencari Liana.
Tak silap baru 10 minit berlalu. Dia dah balik ke? Ya Allah. Pertemukan aku
dengan dia. Aku rasa bersalah sangat dengan dia ni.
“ Ala pakcik ni. takkanlah ais batu ni pun kena duit jugak?
Ala pakcik.. Free dah la. Pipi saya rasa pedih ni.”
Tiba-tiba Amir dapat menangkap suara seorang perempuan yang
berada tidak jauh daripadanya. Dan dia pasti tu suara Liana. Dia yakin sangat.
“ Kenapa dengan pipi kamu? Kena tampar ke?”
Liana mencebik geram. Tak guna punya perempuan. Huh! Habis
berbekas pipi aku ni.
“ yalah. Entah perempuan gila mana tiba-tiba datang dekat
saya lalu tampar pipi saya ni. Kalau pipi saya buruk tak apala juga. Ni cantik
dan lembut lagi.” Sempat lagi dia memuji dirinya.
“ Nah.. Hari ni hari kamu.”
Liana tersenyum lebar saat pakcik kedai itu menyerahkan dia
ais batu secara percuma. Terus ceria dibuatnya. Alhamdulillah.
“ Ehem!”
Liana yang elok sedang mengurangkan rasa pedih pipinya itu
tertoleh ke belakang. Amir!
“ Pakcik.. Kenapa dengan dia ni?” Amir buat-buat tanya.
Sedangkan dia jadi risau. Pipi tu masih merah. Tak sakit ke Liana oi?
“ Pipi dia kena tampar. Kamu tanyalah dia. Pakcik nak buat
kerja lain kejap”
Amir berganjak ke depan dan berdiri sebelah Liana yang tekun
cuba menghilangkan kesan merah pipinya tu. Liana berlagak biasa. Seperti tak
kenal dengan Amir. Sedangkan hatinya mendongkol geram melihat jelingan Amir tu.
“ Apa tengok-tengok? Tak pernah tengok orang buat ke?” Soal
Liana apabila Amir masih belum berhenti daripada menjelingnya.
“ Tak sakit ke?” Lain ditanya lain pula dijawab.
“ Tak lah. Macam kena gigit dengan semut je. saja je tuam
ais ni. nak bagi sejuk.” Dengan selamba Liana menjawab. Boleh dia tanya aku
sakit ke tak? Dah tentulah sakit. Itu pun tak boleh fikir ke? Huh!
Amir tersengih kecil. dia tahu Liana sedang geram akan
soalannya sebentar tadi. Ya! Dia memang sengaja bertanya kerana nak tahu reaksi
Liana. Dan dia suka kerana Liana marah-marah. Itu tandanya Liana okay.
Mujurlah..
“ Meh aku tolong.”
“ haip!” Liana tepis perlahan tangan Amir.
“ Kenapa? Aku ikhlas nak tolong ni.”
“ Tak payah! Nanti tangan awak yang kasar tu boleh buat pipi
ni bertambah merah.”
“ Maybe lepas kena kiss baru hilang kot merah tu.” Seloroh
Amir dengan wajah yang serius.
Liana yang mendengar mencerun ke arah Amir. Bibirnya diketap
kuat. Huh! Gatal!
“ Pakcik rasa betul juga kata kamu tu Amir. Kiss je pipi dia
tu. maybe lega terus rasa sakit tu. tapi tulah. Korang kan belum jadi yang
halal.”
Suara pakcik tadi mengejutkan mereka berdua tapi membuatkan
Amir tersenyum lebar. Manakala Liana terkedu. Free je Amir dapat jelingan maut.
“ Kalau berani buat ark! Dahlah.. Pakcik. Saya balik dulu.”
Liana melangkah meninggalkan kedai itu dengan hati yang
geram. Amboi! Nak kiss konon. Kalau berani buat la! Kang aku bagi penumbuk
sekali. Baru padan muka. Cis! Pipi.. Kesian kau kan. tengoklah kalau aku jumpa
lagi dengan perempuan tak guna tu. sesekali dengan dia aku penendang kot. Huh!
**
Matanya memandang sepi ke arah insan yang sedang berdiri di
hadapannya itu. jangan harap nak maniskan muka. Memasamkan lagi adalah. Macam
muka orang merajuk pun ada lagaknya. Yang pasti, hatinya geram dan sakit bila
melihat reaksi insan itu.
“ Kenapa ni? kalau sehari tak muncul depan saya tak boleh
ke?”
Liana sendiri pelik. Dah hampir seminggu peristiwa pipinya
ditampar itu berlalu. Tapi dalam seminggu tu, tak pernah pun si Amir ni tak
muncul di depannya. Tiap hari, mesti Amir ni muncul di depan dia. Liana yang
tengok pun dah naik muak. Ergh!
“ Tak.”
“ Kenapa?”
“ Rasa bersalah sebab pipi kau ditampar.”
“ Pipi saya dah lega okay. Dah seminggu pun berlalu. Saya
rasa apa yang patut awak risaukan sekarang adalah tentang Yus tu. apa jadi
dekat dia?”
Amir tersenyum kecil. Liana… Liana. Walaupun kau dah kena
tampar pun kau still tanya fasal Yus tu.
“ Dia dah balik ke London pun. Dipaksa ayah dia. Jadi
sekarang ni aku dah bebas daripada dia. Aku juga bolehlah mengurat kau balik.”
“ What? Dah kenapa pula awak nak mengurat saya? Pleaselah
Izzat Amir. Tolong jangan permainkan hati perempuan lagi termasuk saya. Saya
dah penatlah dengan kata-kata manis awak tu. pergi dari hidup saya boleh tak?”
“ Tak selagi aku belum dapatkan hati kau balik. aku tahu
dulu aku salah. Aku juga bodoh sebab nilai kau dari segi lain. Sedangkan kau
ada keistimewaannya yang tersendiri. Aku buta selama ini. dan sekarang baru aku
sedar aku tak boleh kehilangan kau. Kau dah bagaikan cahaya dalam hidup aku
selama ini.” Dengan lembut dan senyuman Amir meluahkan perasaannya.
Ya. Kali ni dia tak dapat berbohong lagi. Semenjak Liana
ditampar tempoh hari. Dia rasa bersalah sangat. Dan tak tahu kenapa, saat Liana
ingin pergi hatinya bagai tidak merelakan. Sekarang baru dia sedar yang ada
perasaan dekat Liana. Dia dah tahu apa makna cinta sejati itu.
Liana tersenyum sinis. Tapi dia tak boleh tipu. kata-kata
Amir tadi sedikit sebanyak berjaya membuatkan dia terharu.
“ Ingat saya nak percaya?”
“ terserah. Kau nak percaya atau tak. Itu hak kau. Yang aku
tahu aku akan berusaha untuk dapatkan hati kau. Percayalah suatu hari nanti kau
akan jatuh cinta dekat aku. that’s all.” Senangnya Amir berkata. Tapi nak buat
tu punya susah.
Hati Liana ni bukannya lilin yang cepat cair. Tapi hati
Liana ni bagaikan batu yang keras. Susah nak lembutkan hati dia tu. Kebal
katanya.
Liana menoleh sekilas ke belakang. Waktu kerjanya dah nak
habis. Aku rasa aku kena balik ke rumah sekarang. Aku dah tak boleh tahan. Lagi
lama aku berdepan dengan Amir ni. lagi tu aku akan cepat cair. Aku tak nak
cepat mengalah. Aku nak tengok dia betul-betul buktikan yang dia tidak tipu.
“ Saya nak balik.”
“ Aku hantar!”
“ Ikut suka.”
**
Liana Hamid
Trust me!
Believe me!
I really mean it.
I love you!
Believe me!
I really mean it.
I love you!
Aku tahu hati kau
kebal dan keras macam batu
Tapi aku juga tahu kau dah mula menyayangi aku
Kau boleh tipu aku
Tapi kau tak boleh tipu diri kau sendiri
Mata kau dah menceritakan segala-galanya
Tapi aku juga tahu kau dah mula menyayangi aku
Kau boleh tipu aku
Tapi kau tak boleh tipu diri kau sendiri
Mata kau dah menceritakan segala-galanya
Walaupun kau tak
secantik Aisyah
Walaupun kau tak sempurna
Tapi kelemahan itulah yang buatkan aku jatuh cinta
Aku tahu aku ni bermulut manis
But, I really-really mean it Liana.
Walaupun kau tak sempurna
Tapi kelemahan itulah yang buatkan aku jatuh cinta
Aku tahu aku ni bermulut manis
But, I really-really mean it Liana.
Last, I really love
you.
Izzat Amir
Hatinya berdebar-debar. Mulutnya terkunci sebaik sahaja
membaca surat daripada Amir itu. Hatinya menidakkan tapi tidak untuk selamanya.
Dia tahu dia dah terlanjur mencintai Amir. Tapi, bagaimana kalau hatinya
dipermainkan. Dia takut andai perkara yang sama akan berulang lagi.
‘ Kau kena yakin Liana.’
‘ A..aku.. Aku buntulah’
‘Kau cintakan dia kan?’
‘ Yes! I love him. But,’
‘ Sudah! Kau tak perlu ragu-ragu lagi. Aku tengok dia
benar-benar maksudkan kata-katanya tu. kalau tak dah lama dia pergi dari hidup
kau. Kau pun kena percaya diri kau sendiri. Kalau tak ia tak bermakna apa-apa
pun.’
‘ I know..’
‘ So? Now you must go and find Amir. Tell him about your
feelings. I know you can do it. Go!’
Pantas dia melipat surat tadi dan memasukkannya ke dalam
beg. Dia perlu ke pejabat Amir. Dia perlu kuat dan berani. Andai ini suratan
takdir untuknya. Dia rela menerimanya.
‘ Amir! Wait me!’
**
Lepas ke kanan, dia ke kiri pula. Kemudian, dia duduk pula
dekat sofa. Dah puas duduk, dia bangun pula. Pening Iman tengok keadaan Amir
ketika itu. dah orang macam susah hati pun ada.
“ Bro! boleh tak kau duduk diam-diam dekat sofa tu. pening
aku tengok.” Tegur Iman sambil tergeleng-geleng kepala melihat reaksi Amir.
“ Aku tengah resah ni. aku takut selepas Liana baca surat
aku tu. dia buang and then dia koyakkan. Itu bermakna dia tak terima aku. macam
mana ni? aku dah cuba untuk pikat hati dia. Tapi dalam sebulan ni macam tiada
respon pun.” Luah Amir buntu.
“ Janganlah bersangka buruk. Perasaan kau je tu.
tengok-tengok dia tengah datang ke sini dan cari kau. Kau jangan cepat buat
kesimpulan.”
“ Maybe ini balasan aku kot sebab sebelum ni aku permainkan
hati dia. Hurmm..”
Akhirnya dia melabuhkan punggung pada sofa. Kepalanya diraup
perlahan. Bagi menghilangkan resah di hati. Baru dua jam yang lalu dia suruh
kawannya hantar surat itu pada Liana. Entah Liana baca atau tak. Jangan-jangan
Liana buang tak? Ha! Sudah!
“ Kau jangan banyak berfikir boleh tak? Percayalah yang dia
akan datang.”
Amir hanya tersenyum tawar. Harap-harap begitulah.
Tok! Tok! Tok!
Bunyi ketukan itu mengejutkan mereka berdua. Amir yang
kelihatan berserabut itu hanya mendiamkan diri. Akhirnya Iman yang bangun dan
membuka pintu.
Sebaik saja dia membuka pintu dan melihat kelibat insan
tersebut. Dia tersenyum kecil. tengok! Aku cakap tak mahu nak percaya.
“ Siapa tu Iman?” Soal Amir tanpa memandang ke depan. Dia
masih setia tunduk ke bawah.
“ Semoga berjaya. Dia dah susah hati takut awak tak datang.”
Bisik Iman lalu keluar daripada situ.
Liana melangkah dengan perlahan ke depan Amir. Kini, kakinya
sudah berada tepat di depan Amir. Dengan perlahan-lahan dia duduk di
hadapannya.
“ Amir…”
Huh! Amir terus mendongakkan kepalanya saat mendengar suara
itu. liana!
“ A..apa yang..”
“ terima kasih!” Pintas Liana lalu mengukirkan senyuman buat
Amir.
Amir yang masih terkejut itu hanya mampu berdiam diri. Dia
tak tahu apa yang patut dia cakap sekarang. Dia sememangnya blur.
“ Terima kasih untuk segala-galanya. Maafkan saya andai selama
ini saya tak percayakan awak. tapi kini, saya percaya. Dan saya juga nak awak
tahu yang saya pun cintakan awak.”
Amir terkedu. Ya Allah. Benarkah apa yang aku dengar tadi?
Aku tak bermimpi kan?
“ Amir?” Liana mencuit bahu Amir apabila Amir kelihatan seperti
termenung.
“ Ha? Apa dia?” Liana tertawa kecil. terkejut sangatlah tu.
“ Dahlah. Saya nak balik. buang karan je layan orang yang
seronok termenung ni. maybe kedatangan saya ni tak membawa makna apa-apa.”
Liana buat-buat merajuk lalu bangun daripada situ. Sedangkan dalam hati rasa
nak ketawa.
“ Eh? Janganlah! Penat aku tunggu dekat sini. Dah macam
patung cendana pun ada. Iman pun dah kata aku ni macam apa lagi.” Akhirnya
terkeluar juga suara kau Amir.
Tapi satu je lagi yang buat Liana tak puas hati.
“ Aku? kau? Apa maknanya tu?” Liana buat-buat tanya
sedangkan dalam hati rasa nak sekeh je kepala lelaki di depannya tu.
Amir yang faham maksud Liana hanya menjongketkan bahunya.
Sengaja.
“ Aku.. aku.. aku minta maaf erk? Aku janji selepas ni aku
akan jaga kau seperti mana aku jaga diri aku sendiri. Kan aku sayangkan kau.
Kau pun kan?” Amir menjongketkan keningnya ke arah Liana.
“ Entah. Saya cintakan orang yang bernama Izzat Amir. Bukan
Amir yang kasar macam ni. saya silap orang kot.”
Liana menjongketkan bahunya.
“ Oh.. Izzat Amir ye. Baik wahai cik sayang. Abang sayangkan
sayang. Sayang tahu tak? Abang rasa nak peluk je sayang sekarang ni. Tapi
sayang belum jadi isteri abang. Jadi abang kenyit mata je lah.”
Liana terlopong sebaik sahaja Amir mengenyitkan matanya itu.
Eiii! Gatal!
“ Saya nak balik! Huh!” Terus Liana menonong keluar daripada
situ. Dalam hati dia rasa bahagia. Terima kasih Ya Allah.
“ Awak! Tunggulah! Saya minta maaf! Eh? Aku minta maaf! Eh?
Abang. Ish! Apa-apa je lah.”
Amir terus mengejar langkah Liana. Penat dia fikir nak
gelarkan diri dia apa. yang pasti dia dah berjaya pikat hati Liana dan dapatkan
cintanya. Yahoo! Terima kasih Ya Allah.
~Tamat~