Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Monday 31 March 2014

Cerpen : Wahai Sweet Talker

Assalamualaikum. Wah! Dah begitu lama aku tak upload cerpen ke sini. Hehe.. Maaf semua. Sekarang, aku akan persembahkan cerpen buat korang. If tak best dan memuaskan hati. Ceq minta maaf noh. Hee..




Pon! Pon! Pon!

“ Opocot mak kau!”

Liana mengurut perlahan dadanya akibat terkejut mendengar bunyi hon kereta itu. Tepat berada di belakangnya pula tu.  Tambah-tambah dekat tempat awam. Liana merengus geram. Tiba-tiba dia berasa geram akan manusia yang menekan hon kereta tadi.

Seraya itu dia menoleh ke belakang dan melihat pemandu tersebut. Pemandu yang memandu kereta Perodua Myvi itu. Lelaki pula tu. Tapi kan? Tersedar sesuatu. Lantas dia menoleh semula ke hadapan dan melajukan langkah masuk ke dalam secret recipe. Hatinya turut berdebar-debar akibat ternampak lelaki yang berada dalam kereta tadi.

“ Hoi!”

Liana pantas mengambil tempat yang terpencil. Dia berharap lelaki tadi tidak nampak dia yang sedang bersembunyi ini.

‘ Ya Allah. Tolonglah hamba. Jangan bagi lelaki tu nampak aku dekat sini. Aku mohon Ya Allah.’ Doanya dalam hati.

“ Maaf cik. Cik ada nampak seorang perempuan yang bertudung pitch lalu dekat sini tak?”

Tiba-tiba telinganya dapat menangkap perbualan lelaki tadi dengan perempuan yang berada di kaunter bayaran. Liana menutup matanya erat. Dia berharap perempuan itu tidak nampak kelibatnya tadi.

“ Maafkan saya encik. Tapi rasanya saya tak nampak.”

“ Fuh!”

Liana menghembus nafas lega. Terima kasih Ya Allah.

Sebaik sahaja lelaki itu keluar daripada situ. Liana pun keluar daripada tempat persembunyiannya. Kini Allah selamatkannya sekali lagi. Dia juga mahu berterima kasih pada perempuan tadi.

“ Adik.. Terima kasih ya.” Ucap Liana dengan rasa ikhlas.

“ sama-sama. Saya tengok muka abang tadi pun saya rasa cuak. Sebab tu saya bohong. Siapa lelaki tu kak?”

Liana tersenyum kecil.

“ Tak ada sesiapa pun dik. Cuma lelaki playboy yang sweet talker.” Selambanya Liana berkata.

“ Oh. Patutlah.. Dia cari akak sebab dia minat dekat akak kot. Yalah. Akak ni cantik orangnya.”

Liana tertawa kecil. Minat? Ceh! Blahlah!

“ Mengarutlah adik ni. Oklah. Akak gerak dulu. Terima kasih kerana selamatkan akak tadi. Nanti bila-bila akak datang sini dan belanja adik.”

“ Terima kasih kak.”

Sebaik sahaja selesai, Liana kembali ke kereta kesayangan Viva nya itu. cepat-cepat dia menghidupkan enjin kerana dia ingin cepat-cepat beredar daripada situ. Dia tak nak terserempak lagi dengan lelaki tu.

Ya! Lelaki tu memang sweet talker sampai aku ni pun dia kenakan. Tapi tak semudah itulah. Aku ni bukan macam perempuan dia luar sana. Aku berjaya memperkenakan dia kembali. Sebab tu lah hari ni dia berusaha cari aku. Rasa takut tu adalah juga. Tapi nak kisah apa. Lari je lah.

**

“ Shit!”

Stereng kereta ditumbuknya kuat. Dia berasa sangat geram dengan perempuan yang bernama Liana. Cukup susah nak dapatkan perempuan tu. Licik juga ye. Sampai aku pun dia berjaya perkena. Waduh! Apa patut aku buat ni? Nak cari dia dekat mana lagi?

Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi nyaring. Dengan malasnya, dia mengangkat panggilan tersebut.

“ Helo.”

“ Helo Amir! Aku ada berita buruk ni.”

“ Apa pula? Soal Yus tu ke?”

“ Bukan! Lebih teruk daripada itu. Aku rasa kau kena balik ke pejabat sekarang juga!”

Amir meletakkan panggilan dengan rasa sebalnya. Masalah aku belum selesai datang pula masalah baru. Hampeh betul!

**

Di kala hati ingin membenci…
Mulut berkata suka…
Di kala hati ingin menyepi..
Mulut mula memanggil kembali namanya..

Dan.. 
Di saat hati ini ingin merindui..
Adakah si bunga itu mahu menerima?
Di saat hati ini ingin mencintai..
Adakah si bunga itu mahu turut mencintai?

( I think I want to know you. You looked interesting on my eye’s)
                                   ‘Izzat Amir Datuk Imran’

Terukir senyuman pada bibirnya saat membaca kad yang diberikan oleh insan yang bernama Izzat Amir itu. Boleh cair beb hati ni. Perempuan mana yang tak termakan kata-kata manis yang tercatat dalam kad tu? Beritahu jap. Tak ada. Kecuali hati perempuan tu memang benar-benar keras.

“ Oh! Kenapa kau buat aku terharu Amir. Kita baru je berkenalan. Dan sekarang? Kau kata kau nak mencintai aku. Aku? Aku belum dapat mencintai kau. Tapi rasanya dah nak mula kot.”

Liana tersengih kerang busuk. Kalau Amir dengar ni. Tak ke aku dapat malu. Huh!

“ Liana! Ada orang nak jumpa kau dekat luar!” Laung Fatin iaitu rakan serumah Liana.

Liana bergerak ke tingkap. Dia tersentak seketika. Itu kereta Amir. Ya Allah! Apa dia buat dekat depan rumah aku ni?

“ Liana! Kau dengar tak ni?”

“ Ya! Aku dengar. Kejap!”

Liana kembali menyimpan kad tadi ke dalam laci meja. Kemudian, dia menyarung tudung dengan kemas sebelum keluar berjumpa dengan Amir. Hatinya jadi berdebar-debar pula. Control yourself Liana!

Amir yang elok tersandar pada keretanya itu melangkah mendekati Liana yang manis bertudung itu. Amir pun tak kurang hebatnya. Nampak sangat bergaya dan macho. Itu yang utamanya. Dahlah muka tu nak seiras dengan Kevin Fisher. Siapalah yang tak cair bila tengok Amir ni. Tak kenal? Ada aku kesah?

“ Hai..” Tegur Amir dengan senyuman manis.

“ Erk..Hai.. Apa yang awak buat dekat sini?” Soal Liana malu-malu. Ini kali kedua mereka berjumpa.

“ Saya nak ajak awak jalan-jalan. Nak tak?”

Liana melihat Amir dengan kerutan di dahi. Jalan-jalan? Petang-petang macam ni?

“ Nak ke mana?” Liana menyoal kembali.

“ Adalah. Saya dah tahu tempat tu dan Cuma nak bawa awak pergi je. jom. Jangan risau. Sebelum maghrib awak akan kembali ke sini dengan selamat.”

Liana tersengih. Seperti tahu je Amir ni apa yang sedang bermain di fikiran Liana. Tanpa berfikir panjang, Liana mengangguk tanda setuju. Tak lupa juga senyuman lebarnya buat Amir tu.

**

“ Dah sampai.”

Liana memandang sekeliling. Jelas kerutan di dahinya. Taman tasik? Buat apa dia bawa aku ke sini?

“ Awak nak tengok pemandangan ke?” Liana menyoal terus. Bukankah tempat ni dia dah selalu datang. Aku pun selalu. Hari-hari juga aku datang sini.

“ Ada surprise untuk awak. Jom ikut saya.”

Liana hanya mampu menurut. Dia masih leka memandang belakang Amir. Tersenyum juga dibuatnya. Dia masih ingat pada kali pertama mereka berkenalan. Masa tu dekat kedai makan. Liana terpandang wajah Amir. Tapi tak sangka pula lah yang Amir turut memandang ke arahnya.

Pada waktu itulah. Amir pergi jumpa Liana dan minta sendiri nombor telefon dan cakap terus terang. Siap nak berkenalan lagi. Liana yang terkejut hanya mampu tersenyum malu. Dia memang malu sebab ini kali pertama lelaki yang datang berterus-terang dengannya.

Semenjak itulah, Amir sering kali menghantar pesanan ringkas dan kad-kad kecil ke rumahnya. Hati Liana pun dah rasa berbunga la kan? Tak sangka jugalah yang Amir ni romantik juga. Sweet talker pun ada. Lelaki kan?

“ Okey!”

Liana terkejut. Suara itu mematikan lamunannya. Dia menoleh ke kiri dan kanan. Ramainya orang? Semua memandang ke arahnya pula tu.

“ Siapa mereka?”

Amir tersenyum kecil sebelum melutut tepat di depan Liana. Liana yang melihat terkejut besar. Dia tak jangka perkara sebegini akan berlaku.

“ Eh? Apa yang awak nak buat ni?” Liana dah mula gelabah. Dia juga rasa ada yang tak kena. Semuanya seperti dah dirancang.

“ Liana… Kalau saya cakap ni. Saya tahu awak takkan percaya. Tapi saya perlu luahkan sekarang juga. Saya tak kira.”

Liana terteguk air liurnya. Rasa perit dan tawar. Eh? Memanglah air liur tawar. Mana ada manis. Apada.. Sempat lagi berfikir tu Liana.

“ Will you marry me Liana?” 

Dan.. Liana pantas menekup mulutnya. Dia langsung tak percaya apa yang telah terjadi di depan matanya saat ini. Wajah Amir yang kelihatan jujur dan orang ramai yang berkerumun di sekelilingnya. Ish! Apa semua ni? Nak melamar pun kena tunjuk depan mereka semua ni ke?

“ Maksud awak?” Liana masih ingin menyoal. Maaf! Itu prinsip hidupnya. Walaupun dia mula rasa cair terhadap lelaki yang bernama Amir ni. Tapi dia tak mudah untuk jatuh cinta dan percayakan lelaki ni. Cukuplah sebelum ni dia diperbodohkan kerana kerja. Dan sekarang? Takkan cinta pula?

“ Saya cintakan awak Liana.”

Jeng..Jeng..Jeng…

Liana terdongak ke hadapan. Dan dia ternampak seorang perempuan yang sedang tajam merenung ke arahnya. Yang pasti renungan itu tidak menyenangkan dirinya. Dia rasa tak sedap hati pula.

“ Liana… awak cintakan saya tak?”

Liana kembali tunduk memandang Amir. Ya Allah. Berilah aku kekuatan. Apa patut aku buat ni? ya.. Aku mengaku yang aku dah mula rasa senang dengan Amir ni. Tapi kalau rasa cinta tu? Terlalu awal untukku. Tak sampai seminggu berkenalan kot. Tiba-tiba Amir boleh lamar aku macam ni.

“ Kenapa secepat itu?”

Liana mendongakkan kembali kepalanya dan melihat perempuan tadi. Dia tersentak besar. Perempuan itu tulis besar-besar di atas satu kertas dan menunjukkan ke arahnya. Tulisannya berbunyi seperti ini.

‘ Dia penipu! Kau jangan percaya. Dia seorang sweet talker dan playboy! Tolonglah percaya. Dia sedang mempermainkan kau. Dia sedang bertaruh dengan kawannya.’

Liana tergigit bibir. Oh! Patutlah. Hurmm.. Pandai ye kau ni Amir. Memanglah kau ni plaboy. Sweet talker? Wajib ada pada seorang lelaki playboy kan? Kalau tak ada macam mana dia boleh jadi seorang playboy.

“ Sebab saya tak tahu. Rasa ni datang terlalu cepat. Mungkin cinta pandang pertama.”

Tiba-tiba Liana tersenyum sinis tanpa pengetahuan sesiapa. Dia nak teruskan lakonan Amir. Tapi saat-saat akhir nanti. Biar Amir pula yang terkena.

“ Oh.. So sweet…” Liana buat suara manja. Sedangkan dalam hati dah rasa nak termuntah. Werk!

“ Thanks. So? Will you marry me?”  Amir tak habis-habis dengan senyuman manisnya. Dah naik lenguh dia asyik senyum je.

“ Ermm…” Liana buat-buat berfikir.

“ Tapi dengan satu syarat.” Idea jahat sudah bermain di kepala Liana. Rasakan Amir.

“ Apa tu? saya sanggup asalkan awak sudi terima saya.”

“ Jalan itik depan saya. Buat lima kali pusingan. Lepas tu saya terima.” Suruh Liana dengan selambanya tapi masih kedengaran lembut. Sindir sebenarnya tu.

Seperti yang Liana jangkakan. Amir dan orang di sekelilingnya sangat terkejut dengan permintaan gila Liana. Mana mungkin Amir nak jalan itik. Jatuhlah maruah Amir sebagai hot guy!

“ Tapi awak?” Amir dah rasa geram. Ish! Menyesal juga aku terima perlawaan Haizul tu. Perempuan ni pun satu. Naik main-main dengan aku ke? Kalau nak tu cakap je lah. Tak payah aku buang masa tunggu lama-lama dekat sini. Ish!

“ Kalau tak nak sudah.” Liana ketawa dalam hati. Rasakan!

“ OKey fine! I do it!”

Mulut Liana dan orang sekeliling sedikit ternganga saat menyaksikan Amir jalan itik sebanyak lima pusingan. Wow! Awesome! Liana sendiri tak percaya Amir sanggup jatuhkan maruah diri dia demi nak aku terima lamaran dia. Ceh! Demi duit kan?

“ Okey done! So?”

Termengah-mengah Amir dibuatnya. Penat juga jalan itik ni. Dahlah malu.

“ Baiklah.. saya…”

Amir menanti dengan debaran kuat. Terima please… Kalau tak aku kalah.

“ Saya….saya tolak!” Ujar Liana dengan lantang. Dengan senyuman cukup manis. Haha! Rasa kelakar tengok wajah Amir saat ini.

“ What?!”

Liana pantas menjarakkan dirinya daripada Amir. Amir dah menyinga tu. apa-apa pun dia mesti larikan diri sebelum terlambat.

“ Awak penipu! Awak playboy! Saya tak nak kahwin dengan orang seperti awak! werk!”

Pantas Liana melajukan langkah keluar daripada taman tu. Nasib kau lah Amir. Siapa suruh mempermainkan perasaan aku. Kau belum kenal siapa sebenarnya Liana Hamid ni. Kalau kau kenal gerenti kau tak berani dekat.

**

“ Liana!”

“ Huh!”

Liana yang leka termenung itu pantas menoleh ke belakang. Habis terbang melayang peristiwa yang berlaku dua minggu lalu. Peristiwa di mana hatinya dipermainkan oleh lelaki yang bernama Izzat Amir.

“ Liana!”

“ Kenapa?”

Fatin tertoleh-toleh ke belakang. Hatinya jadi kecut pula. Kalau tak beritahu Liana. Nanti lelaki tu datang ceroboh masuk pula. Kalau sebaliknya, Liana pula yang naik angin. Macam mana ni?

“ Kenapa ni? nampak gelisah je..” Soal Liana dengan kerutan di dahi.

“ A..aku.. Lelaki tu ada dekat luar. Dia tengah tunggu kau.” Maklum Fatin akhirnya.

“ Siapa? Amir?” Liana pula yang jadi gerun. Masaklah aku! Tapi kenapa perlu aku takut? Dia yang permainkan hati aku. So adil lah apa yang aku buat tu. Kan?

“ Kau pergilah sekarang. Takut aku tengok muka dia yang bengis tu. Macam nak makan orang pun ada. Eiii!”

Terus Fatin keluar daripada bilik Liana dengan gelengan. Liana pula masih kaku pada kerusi. Hatinya jadi tak tentu arah pula. Bukannya apa. Takut lelaki tu ugut dia ke apa ke? Naya tu!

“ Liana! Keluarlah!”

Sempat lagi Fatin melaung. Liana pula menggagahkan kakinya untuk keluar ke rumah. Mujur dia masih bertudung sebaik sahaja balik daripada kerja tadi. Kalau tak kena pakai semula.

Liana melihat Amir dengan penuh perasaan bercelaru. Amir pula dengan riak tegang memandang tajam ke arah Liana. Memang serupa nak terkam orang dah lagaknya. Liana pula dah terteguk air liur. Calm down Liana! Calm down. Dia manusia bukan binatang yang boleh makan aku. huh!

“ nak apa awak datang sini? Belum puas permainkan hati saya? Sekarang nak buat apa pula?” Soal Liana bertalu-talu. Sungguh! Dia tak dapat tahan perasaan geram dekat Amir. Rasa nak cincang je sampai lumat. Huh!

Amir tersenyum sinis. Liana.. Kau orang pertama yang berjaya buat hidup aku huru-hara.

“ Aku nak kau ikut aku.”

Liana tersentak. Panggilan terus diubah. Daripada bersaya awak. Terus jadi beraku kau.Huh! Dasar lelaki!

“ Buat apa saya nak ikut awak pula? Hey! Ingat ye. Saya takkan terpedaya lagi dengan pembohongan awak tu. cukuplah sekali. Saya dah serik!” Bentak Liana tanpa dapat dikawal.

Amir terkedu. Liana.. Kau memang begitu berani. Kau memang lain daripada yang lain. Hurmm.

“ Aku tak kira. Kau kena ikut aku juga.”

Tiba-tiba Amir menarik lengan Liana yang berlapik itu. Liana yang memang geram bertambah geram dengan pegangan Amir tu.

“ Lepaslah! Awak nak apa sebenarnya? Cuba bagitau saya terus terang. Tolonglah! Saya dah penat.” Separuh merayu Liana menyoal. Betul. Dia memang penat. Dengan kerja lagi, dengan permintaan abah dekat kampung lagi. Sekarang apa pula? Huh!

Amir terdiam. Patutkah aku beritahu dia yang aku amat perlukan bantuan dia sekarang ni. Aku rasa hanya dia yang layak bantu aku. Aku dah tak tahu nak minta tolong sapa dah ni. Haish! Yus tu memang nak cari fasal dengan akulah.

“ Kau kena balas balik apa yang kau dah buat dekat aku dua minggu lepas. Aku punyalah sanggup jalan itik depan kawan-kawan aku semata-mata permintaan bodoh kau tu. So? Sekarang kau kena terima balik apa yang kau dah buat.” Dengan tegas Amir berkata.

Liana tersenyum tipis. Dia ke aku yang salah?

“ Siapa yang beria-ria melamar saya? Siapa yang beria-ria nak menang demi dapatkan hati saya? Siapa?” Dengan lembut Liana menyoal tapi penuh dengan nada sinis.

Amir terdiam lagi. Perempuan ni sorang telah berjaya buat aku banyak diam hari ni. Kalau tak aku pantas je dapat lawan cakap orang. Tapi aku tak tahu kenapa dengan perempuan ni aku kalah. Huh! Memang jatuhlah maruah aku.

“ Sudahlah Amir. Baliklah. Saya dah penat dengan permainan awak ni. mujur saya belum terpikat lagi dengan awak. walaupun pada mulanya saya berharap sangat dekat awak.”

Liana kembali memusingkan badannya ke belakang. Dia dah bersedia untuk masuk ke dalam rumah. Tapi tidak sebaik sahaja dia mendengar namanya dipanggil lembut.

“ Liana.. Please.. Sekarang ni aku benar-benar perlukan bantuan kau. Aku dah tak tahu nak buat apa lagi lepas ni.”

Liana menoleh ke belakang. Dia terkedu melihat Amir yang tengah melutut itu. Amir?

“ A..apa maksud awak?”

Amir tersenyum pahit. Biarlah kali ni dia beralah. Dia memang dalam kesusahan saat ini.

“ Ada seorang kawan aku ni. dia beria-ria nak kahwin dengan aku. tapi aku tak nak sebab aku tak cintakan dia. Aku anggap dia tak lebih daripada seorang kawan. Aku tahu aku macam beri harapan dekat dia sebelum ni dengan kata-kata manis. Tapi tak sangka dia benar-benar cintakan aku. dan sekarang? Dia cuba buat bukti untuk fitnah aku agar kami dapat berkahwin. Kalau tak, papa aku akan keluarkan aku daripada syarikat tu.”

Panjang lebar Amir menjelaskan perkara sebenar pada Liana. Liana yang mendengar cukup terkejut. Dia terlopong sangat-sangat. Tak sangka Amir yang dia kenal pada mulanya kelihatan begitu angkuh jadi macam ni. Apa patut aku buat sekarang?

“ Aku nak kau menyamar jadi teman wanita aku. kali ni saja. Aku janji selepas ni aku takkan kacau hidup kau lagi.”

Amir yang tunduk tadi mendongak melihat Liana yang terkedu itu. Amir paksa diri untuk tersenyum. Aku dah tak peduli fasal maruah aku lagi. Yang penting aku tak kahwin dengan Yus. Perempuan yang aku tak cintai.

“ Biar saya fikir dulu.” Dengan muka blur, Liana memusingkan badan ke arah rumahnya. Dia tak tahu apa yang patut dia buat sekarang ni. Erk!

“ No! aku perlukan jawapan kau sekarang. Aku nak kau ikut aku sekarang juga. Please Liana..”

Liana mengetap bibirnya kuat. Ya Allah. Bantulah aku. Adakah aku patut setuju? Atau biarkan je? tapi rasa tak baik pula kalau abaikan. Elok-elok sampai dia melutut bagai. Kalau aku tolak nampak sangat aku ni macam orang tak berperikemanusiaan.

“ Baiklah. Saya akan tolong awak. tapi sekali je tau. Saya tak nak diserang oleh kawan awak tu. ini kali pertama dan terakhir.” Tegas Liana.

Amir mula tersenyum lebar. Alhamdulillah.

“ Terima kasih Liana. Jadi sekarang kau perlu ikut aku. aku dah tak ada banyak masa lagi.”

“ O..Okay!”

Dalam diam, Liana tersenyum. Tak sangka aku yang kau sanggup melutut macam tu.

“ Kesian juga ye kau ni Amir. Nasib baik aku baik hati nak tolong. Kalau tak..”

“ Ha? Apa yang kau cakap tadi?”

Liana tersentak. Pantas kepalanya digelengkan. Harap-harap dia tak dengar. Aku cakap pelan je kot.

“ Aku rasa aku dengar tapi tak jelas. Tak apalah.”

Tanpa memandang ke arah Liana. Amir cepat saja masuk ke dalam kereta. Dalam diam, dia turut tersenyum. Sebenarnya, aku dengarlah apa yang kau kata tu Liana. Aku tahu kau terkejut dengan perubahan aku tadi. Tapi tak kisahlah. Asalkan aku selamat daripada Yus tu. Huh!

**

“ What?!”

Hampir nak terkeluar jantung Liana saat mendengar jeritan itu. nasib baik aku tak ada sakit jantung. Kalau tak free je roh aku terbang melayang. Tak padan dengan perempuan. Suara macam puntianak. Erk! Puntianak? Haha!

“ Liana?”

“ Ha?” Liana tersentak. Amir merenungnya dengan jongketan di kening. Dia hairan melihat Liana tersenyum kecil tadi. Takkan Yus yang tengah menyinga tu pun lawak?

“ Kenapa kau senyum tadi?” Amir menyoal dalam nada berbisik.

“ Oh! Suara kawan awak tu macam puntianak. Lebih kurang lah.” Dengan selambanya Liana berkata. Amir yang mendengar menahan tawa. Sampai kembung pipi dibuatnya.

“ Hey! Apa yang lawak?”

Yus mencerlung ke arah Amir dan Liana. Mereka berdua terus berlagak serius. Sedangkan dalam hati gelak bagai nak rak. Haha! Jahat kau Liana!

“ Yus. Saya rasa sampai sini saja penipuan awak tu. Saya tak boleh kahwin dengan awak dan takkan. Sebab saya cintakan perempuan ni lebih daripada diri saya sendiri.”

Liana dan Yus. Masing-masing terkedu akan bicara Amir sebentar tadi. Amir pula masih berlagak tiada apa-apa yang berlaku. Sedangkan dalam hati hanya Allah saja yang tahu.

“ Awak tipu Amir! Awak tipu!” Tiba-tiba Yus meluru ke arah Liana dan menampar pipi Liana. Liana yang tak bersedia itu terundur dua langkah ke belakang. Amir pula terkejut besar.

“ Yus! Awak dah gila ke?!” Jerkahan Amir berjaya menghentikan langkah Yus untuk menampar Liana sekali lagi.

“ Liana? Awak okay?”

Liana hanya mampu mengangguk. Pedih masih terasa. Kuat juga perempuan ni pukul aku. nasib baiklah aku ni jenis yang kebal sikit. Kalau tak dekat sini juga aku menangis. Dasar perempuan tak tahu malu! Huh!

Amir mencerlung ke arah Yus lalu merentap kasar tangan Yus. Wajah Amir yang tegang itu buat Yus kecut.

“ Sekarang! Kau tampar aku. Tamparlah! Biar kau lega.”

Amir sememangnya sangat marah ketika itu. tak tahu kenapa tapi dia rasa bersalah sangat biarkan Liana cedera. Yus! Kau memang tak guna!

“ Amir.. Sa..saya. saya tak tahu. Saya tak dapat kawal perasaan saya.”

Belum sempat Amir nak menghamburkan marahnya, Yus terlebih dahulu meluru keluar daripada pejabat Amir. Liana pula masih kaku pada tempatnya. Tangannya setia mengusap lembut pipi yang terasa pedih itu. pedihlah! Sampai naik memerah aku rasa.

“ Liana.. Maafkan aku. aku tak sangka Yus boleh bertindak sebegitu dekat kau.” Dengan rasa bersalah Amir pohon maaf.

Liana tersenyum kecil.

“ tak apa. jangan risau. Saya okay je. sekarang saya nak balik. rasanya tugas saya dah selesai kan?”

“ Terima kasih sekali lagi. Aku harap selepas ni kita akan berjumpa lagi.”

Liana tersenyum lagi. Berjumpa lagi? Kalau boleh aku tak nak jumpa kau lagi Amir. Aku tak nak kalau tetiba hati aku berharap dekat kau. Maafkan aku. sememangnya sebelum ni aku berharap agar aku boleh mencintai kau. Tapi mujurlah belum terlambat kan?

“ Saya pergi dulu.”

Amir melihat langkah Liana pergi dengan satu perasaan yang dia sendiri tak dapat gambarkan. Rasa sedih pun ada. Argh! Perasaan kau je tu Amir. Jangan nak melalut lah. Huh!

**

“ Bro!”

Amir yang tengah berserabut itu hanya mampu tersenyum saat melihat rakannya. Dia tengah memikirkan keadaan Liana dan reaksi Yus. Apa akan berlaku selepas ni pun dia tak tahulah.

“ Bro! Aku rasa lebih baik kau pergi tengok keadaan Liana tu. Pipi dia tu aku nampak merah. Kenapa?”

Amir merenung jam tangannya. Tak boleh jadi ni. aku mesti tengok keadaan dia. Semua ni salah aku. kalau aku tak libatkan dia. Mesti dia takkan ditampar. Yus pun satu.

“ Bro!”

“ Aku keluar kejap.”

Pantas Amir keluar daripada pejabat dan cuba mencari Liana. Tak silap baru 10 minit berlalu. Dia dah balik ke? Ya Allah. Pertemukan aku dengan dia. Aku rasa bersalah sangat dengan dia ni.

“ Ala pakcik ni. takkanlah ais batu ni pun kena duit jugak? Ala pakcik.. Free dah la. Pipi saya rasa pedih ni.”

Tiba-tiba Amir dapat menangkap suara seorang perempuan yang berada tidak jauh daripadanya. Dan dia pasti tu suara Liana. Dia yakin sangat.

“ Kenapa dengan pipi kamu? Kena tampar ke?”

Liana mencebik geram. Tak guna punya perempuan. Huh! Habis berbekas pipi aku ni.

“ yalah. Entah perempuan gila mana tiba-tiba datang dekat saya lalu tampar pipi saya ni. Kalau pipi saya buruk tak apala juga. Ni cantik dan lembut lagi.” Sempat lagi dia memuji dirinya.

“ Nah.. Hari ni hari kamu.”

Liana tersenyum lebar saat pakcik kedai itu menyerahkan dia ais batu secara percuma. Terus ceria dibuatnya. Alhamdulillah.

“ Ehem!”

Liana yang elok sedang mengurangkan rasa pedih pipinya itu tertoleh ke belakang. Amir!

“ Pakcik.. Kenapa dengan dia ni?” Amir buat-buat tanya. Sedangkan dia jadi risau. Pipi tu masih merah. Tak sakit ke Liana oi?

“ Pipi dia kena tampar. Kamu tanyalah dia. Pakcik nak buat kerja lain kejap”

Amir berganjak ke depan dan berdiri sebelah Liana yang tekun cuba menghilangkan kesan merah pipinya tu. Liana berlagak biasa. Seperti tak kenal dengan Amir. Sedangkan hatinya mendongkol geram melihat jelingan Amir tu.

“ Apa tengok-tengok? Tak pernah tengok orang buat ke?” Soal Liana apabila Amir masih belum berhenti daripada menjelingnya.

“ Tak sakit ke?” Lain ditanya lain pula dijawab.

“ Tak lah. Macam kena gigit dengan semut je. saja je tuam ais ni. nak bagi sejuk.” Dengan selamba Liana menjawab. Boleh dia tanya aku sakit ke tak? Dah tentulah sakit. Itu pun tak boleh fikir ke? Huh!

Amir tersengih kecil. dia tahu Liana sedang geram akan soalannya sebentar tadi. Ya! Dia memang sengaja bertanya kerana nak tahu reaksi Liana. Dan dia suka kerana Liana marah-marah. Itu tandanya Liana okay. Mujurlah..

“ Meh aku tolong.”

“ haip!” Liana tepis perlahan tangan Amir.

“ Kenapa? Aku ikhlas nak tolong ni.”

“ Tak payah! Nanti tangan awak yang kasar tu boleh buat pipi ni bertambah merah.”

“ Maybe lepas kena kiss baru hilang kot merah tu.” Seloroh Amir dengan wajah yang serius.

Liana yang mendengar mencerun ke arah Amir. Bibirnya diketap kuat. Huh! Gatal!

“ Pakcik rasa betul juga kata kamu tu Amir. Kiss je pipi dia tu. maybe lega terus rasa sakit tu. tapi tulah. Korang kan belum jadi yang halal.”

Suara pakcik tadi mengejutkan mereka berdua tapi membuatkan Amir tersenyum lebar. Manakala Liana terkedu. Free je Amir dapat jelingan maut.

“ Kalau berani buat ark! Dahlah.. Pakcik. Saya balik dulu.”

Liana melangkah meninggalkan kedai itu dengan hati yang geram. Amboi! Nak kiss konon. Kalau berani buat la! Kang aku bagi penumbuk sekali. Baru padan muka. Cis! Pipi.. Kesian kau kan. tengoklah kalau aku jumpa lagi dengan perempuan tak guna tu. sesekali dengan dia aku penendang kot. Huh!

**

Matanya memandang sepi ke arah insan yang sedang berdiri di hadapannya itu. jangan harap nak maniskan muka. Memasamkan lagi adalah. Macam muka orang merajuk pun ada lagaknya. Yang pasti, hatinya geram dan sakit bila melihat reaksi insan itu.

“ Kenapa ni? kalau sehari tak muncul depan saya tak boleh ke?”

Liana sendiri pelik. Dah hampir seminggu peristiwa pipinya ditampar itu berlalu. Tapi dalam seminggu tu, tak pernah pun si Amir ni tak muncul di depannya. Tiap hari, mesti Amir ni muncul di depan dia. Liana yang tengok pun dah naik muak. Ergh!

“ Tak.”

“ Kenapa?”

“ Rasa bersalah sebab pipi kau ditampar.”

“ Pipi saya dah lega okay. Dah seminggu pun berlalu. Saya rasa apa yang patut awak risaukan sekarang adalah tentang Yus tu. apa jadi dekat dia?”

Amir tersenyum kecil. Liana… Liana. Walaupun kau dah kena tampar pun kau still tanya fasal Yus tu.

“ Dia dah balik ke London pun. Dipaksa ayah dia. Jadi sekarang ni aku dah bebas daripada dia. Aku juga bolehlah mengurat kau balik.”

“ What? Dah kenapa pula awak nak mengurat saya? Pleaselah Izzat Amir. Tolong jangan permainkan hati perempuan lagi termasuk saya. Saya dah penatlah dengan kata-kata manis awak tu. pergi dari hidup saya boleh tak?”

“ Tak selagi aku belum dapatkan hati kau balik. aku tahu dulu aku salah. Aku juga bodoh sebab nilai kau dari segi lain. Sedangkan kau ada keistimewaannya yang tersendiri. Aku buta selama ini. dan sekarang baru aku sedar aku tak boleh kehilangan kau. Kau dah bagaikan cahaya dalam hidup aku selama ini.” Dengan lembut dan senyuman Amir meluahkan perasaannya.

Ya. Kali ni dia tak dapat berbohong lagi. Semenjak Liana ditampar tempoh hari. Dia rasa bersalah sangat. Dan tak tahu kenapa, saat Liana ingin pergi hatinya bagai tidak merelakan. Sekarang baru dia sedar yang ada perasaan dekat Liana. Dia dah tahu apa makna cinta sejati itu.

Liana tersenyum sinis. Tapi dia tak boleh tipu. kata-kata Amir tadi sedikit sebanyak berjaya membuatkan dia terharu.

“ Ingat saya nak percaya?”

“ terserah. Kau nak percaya atau tak. Itu hak kau. Yang aku tahu aku akan berusaha untuk dapatkan hati kau. Percayalah suatu hari nanti kau akan jatuh cinta dekat aku. that’s all.” Senangnya Amir berkata. Tapi nak buat tu punya susah.

Hati Liana ni bukannya lilin yang cepat cair. Tapi hati Liana ni bagaikan batu yang keras. Susah nak lembutkan hati dia tu. Kebal katanya.

Liana menoleh sekilas ke belakang. Waktu kerjanya dah nak habis. Aku rasa aku kena balik ke rumah sekarang. Aku dah tak boleh tahan. Lagi lama aku berdepan dengan Amir ni. lagi tu aku akan cepat cair. Aku tak nak cepat mengalah. Aku nak tengok dia betul-betul buktikan yang dia tidak tipu.

“ Saya nak balik.”

“ Aku hantar!”

“ Ikut suka.”

**

Liana Hamid

Trust me!
Believe me!
I really mean it.
I love you!

Aku tahu hati kau kebal dan keras macam batu
Tapi aku juga tahu kau dah mula menyayangi aku
Kau boleh tipu aku
Tapi kau tak boleh tipu diri kau sendiri
Mata kau dah menceritakan segala-galanya

Walaupun kau tak secantik Aisyah
Walaupun kau tak sempurna
Tapi kelemahan itulah yang buatkan aku jatuh cinta
Aku tahu aku ni bermulut manis
But, I really-really mean it Liana.

Last, I really love you.

Izzat Amir


Hatinya berdebar-debar. Mulutnya terkunci sebaik sahaja membaca surat daripada Amir itu. Hatinya menidakkan tapi tidak untuk selamanya. Dia tahu dia dah terlanjur mencintai Amir. Tapi, bagaimana kalau hatinya dipermainkan. Dia takut andai perkara yang sama akan berulang lagi.

‘ Kau kena yakin Liana.’

‘ A..aku.. Aku buntulah’

‘Kau cintakan dia kan?’

‘ Yes! I love him. But,’

‘ Sudah! Kau tak perlu ragu-ragu lagi. Aku tengok dia benar-benar maksudkan kata-katanya tu. kalau tak dah lama dia pergi dari hidup kau. Kau pun kena percaya diri kau sendiri. Kalau tak ia tak bermakna apa-apa pun.’

‘ I know..’

‘ So? Now you must go and find Amir. Tell him about your feelings. I know you can do it. Go!’

Pantas dia melipat surat tadi dan memasukkannya ke dalam beg. Dia perlu ke pejabat Amir. Dia perlu kuat dan berani. Andai ini suratan takdir untuknya. Dia rela menerimanya.

‘ Amir! Wait me!’

**

Lepas ke kanan, dia ke kiri pula. Kemudian, dia duduk pula dekat sofa. Dah puas duduk, dia bangun pula. Pening Iman tengok keadaan Amir ketika itu. dah orang macam susah hati pun ada.

“ Bro! boleh tak kau duduk diam-diam dekat sofa tu. pening aku tengok.” Tegur Iman sambil tergeleng-geleng kepala melihat reaksi Amir.

“ Aku tengah resah ni. aku takut selepas Liana baca surat aku tu. dia buang and then dia koyakkan. Itu bermakna dia tak terima aku. macam mana ni? aku dah cuba untuk pikat hati dia. Tapi dalam sebulan ni macam tiada respon pun.”  Luah Amir buntu.

“ Janganlah bersangka buruk. Perasaan kau je tu. tengok-tengok dia tengah datang ke sini dan cari kau. Kau jangan cepat buat kesimpulan.”

“ Maybe ini balasan aku kot sebab sebelum ni aku permainkan hati dia. Hurmm..”

Akhirnya dia melabuhkan punggung pada sofa. Kepalanya diraup perlahan. Bagi menghilangkan resah di hati. Baru dua jam yang lalu dia suruh kawannya hantar surat itu pada Liana. Entah Liana baca atau tak. Jangan-jangan Liana buang tak? Ha! Sudah!

“ Kau jangan banyak berfikir boleh tak? Percayalah yang dia akan datang.”

Amir hanya tersenyum tawar. Harap-harap begitulah.

Tok! Tok! Tok!

Bunyi ketukan itu mengejutkan mereka berdua. Amir yang kelihatan berserabut itu hanya mendiamkan diri. Akhirnya Iman yang bangun dan membuka pintu.

Sebaik saja dia membuka pintu dan melihat kelibat insan tersebut. Dia tersenyum kecil. tengok! Aku cakap tak mahu nak percaya.

“ Siapa tu Iman?” Soal Amir tanpa memandang ke depan. Dia masih setia tunduk ke bawah.

“ Semoga berjaya. Dia dah susah hati takut awak tak datang.” Bisik Iman lalu keluar daripada situ.

Liana melangkah dengan perlahan ke depan Amir. Kini, kakinya sudah berada tepat di depan Amir. Dengan perlahan-lahan dia duduk di hadapannya.

“ Amir…”

Huh! Amir terus mendongakkan kepalanya saat mendengar suara itu. liana!

“ A..apa yang..”

“ terima kasih!” Pintas Liana lalu mengukirkan senyuman buat Amir.

Amir yang masih terkejut itu hanya mampu berdiam diri. Dia tak tahu apa yang patut dia cakap sekarang. Dia sememangnya blur.

“ Terima kasih untuk segala-galanya. Maafkan saya andai selama ini saya tak percayakan awak. tapi kini, saya percaya. Dan saya juga nak awak tahu yang saya pun cintakan awak.”

Amir terkedu. Ya Allah. Benarkah apa yang aku dengar tadi? Aku tak bermimpi kan?

“ Amir?” Liana mencuit bahu Amir apabila Amir kelihatan seperti termenung.

“ Ha? Apa dia?” Liana tertawa kecil. terkejut sangatlah tu.

“ Dahlah. Saya nak balik. buang karan je layan orang yang seronok termenung ni. maybe kedatangan saya ni tak membawa makna apa-apa.” Liana buat-buat merajuk lalu bangun daripada situ. Sedangkan dalam hati rasa nak ketawa.

“ Eh? Janganlah! Penat aku tunggu dekat sini. Dah macam patung cendana pun ada. Iman pun dah kata aku ni macam apa lagi.” Akhirnya terkeluar juga suara kau Amir.

Tapi satu je lagi yang buat Liana tak puas hati.

“ Aku? kau? Apa maknanya tu?” Liana buat-buat tanya sedangkan dalam hati rasa nak sekeh je kepala lelaki di depannya tu.

Amir yang faham maksud Liana hanya menjongketkan bahunya. Sengaja.

“ Aku.. aku.. aku minta maaf erk? Aku janji selepas ni aku akan jaga kau seperti mana aku jaga diri aku sendiri. Kan aku sayangkan kau. Kau pun kan?” Amir menjongketkan keningnya ke arah Liana.

“ Entah. Saya cintakan orang yang bernama Izzat Amir. Bukan Amir yang kasar macam ni. saya silap orang kot.”

Liana menjongketkan bahunya.

“ Oh.. Izzat Amir ye. Baik wahai cik sayang. Abang sayangkan sayang. Sayang tahu tak? Abang rasa nak peluk je sayang sekarang ni. Tapi sayang belum jadi isteri abang. Jadi abang kenyit mata je lah.”

Liana terlopong sebaik sahaja Amir mengenyitkan matanya itu. Eiii! Gatal!

“ Saya nak balik! Huh!” Terus Liana menonong keluar daripada situ. Dalam hati dia rasa bahagia. Terima kasih Ya Allah.

“ Awak! Tunggulah! Saya minta maaf! Eh? Aku minta maaf! Eh? Abang. Ish! Apa-apa je lah.”

Amir terus mengejar langkah Liana. Penat dia fikir nak gelarkan diri dia apa. yang pasti dia dah berjaya pikat hati Liana dan dapatkan cintanya. Yahoo! Terima kasih Ya Allah.

~Tamat~

5 comments :

  1. ohhmyyy sweetnyee

    ReplyDelete
  2. Liana itu Ex pakwe Saya AMir namanya.saya x dpt teruskan membaca cerita ini.kerana ia mengingatkan saya tentang waktu HAti saya dilukai..cinta saya dirampas

    ReplyDelete

Popular Posts

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers