Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Sunday 16 March 2014

Cerpen : Everyday I Love You

Assalamualaikum semua!

Wah! Dah lama aku tak menjenguk ke sini. Sampai naik berhabuk dah blog aku ni hah! :P 
Maafkan aku. Dalam beberapa minggu ni. Aku tension sikit. Heee.. Tension sebab apa tu toksah tahu lah noh. Ngeeeerrr.. Anyway.. Setelah hampir sebulan tiada cerpen baru dalam blog ni. Akhirnya malam ini, ada juga cerpen baru. Thanks to Syazana kawan aku tu. Sebab dia bantu aku sikit2 buat cerpen ni. Kalau tak tk siap lagi. Hehe..

Anyway.. Happy birthday to me. (Amboi sempat lagi tu.) haha.. Walaupun smlm tapi masih tak terlalu lmbt untuk aku wish utk diri aku. Kakakaa,... Dah2.. Dari aku terus mngarut.. Enjoy je la baca cerpen ni. :D




10 March 2011


I don't know, but I believe
That some things are meant to be
And that you'll make a better me
Everyday I love you


I  never thought that dreams came true
But you showed me that they do
You know that i learn something new
Everyday I love you

~Iffah~


Aku tersenyum kecil. Catatan aku itu membuatkan aku tersenyum dan teringat kembali apa yang telah berlaku pada 3 tahun lepas. Tapi itu dulu. Sekarang banyak dah berubah. Mungkin aku dah tak boleh mencintainya setiap hari dah melainkan cinta aku pada Allah.


Sebab apa? Sebab aku yakin cinta itu bukan untukku. Maybe cinta ini untuk orang yang benar-benar layak saja. Siapa? Suami aku. Hurmm… Seksa juga apabila dapat cinta syok sendiri ni. Tapi tak mengapalah. Benda dah lepas.


Aku selak pula ke helaian seterusnya.


11 March 2011


Awak…

I just want you to know
That I love you
Maybe it’s hard to you
But it’s also hard to me

~Iffah~


“ Iffah!”


Saat mendengar namaku dipanggil. Cepat-cepat aku menyimpan kembali diary aku tu. takut ketahuan orang nanti. Walaupun dah lama aku berhenti menulis diary. Tapi aku still simpan sebab ia ada banyak kenangan aku.


“ Apa?”


Kini aku sudah bergelar seorang guru kaunselor. Ha! Kelakar kan bila dengar? Aku yang dulu terjebak dalam cinta syok sendiri tiba-tiba boleh jadi kaunselor. Hehe.. Melalui itulah aku sudah boleh terima hakikat yang cinta itu tak seharusnya memiliki.


“ Kau tunggu apa lagi? Time balik kot. Atau kau nak sambung sampai ke petang?”


Aku tilik jam tanganku. Haahlah! Dah pukul 2 pun. Patutlah lapar je dari tadi.


“ Jom! Aku pun dah lapar ni.”


Dengan cepat aku mengemaskan peralatanku. Diary aku yang masih kemas dan cantik itu aku masukkan ke dalam beg tanganku. Mujur muat. Ala.. diary aku ni pun bukan besar mana. Kecik je.


“ Aku tunggu dekat kereta.”


Sebaik sahaja aku selesai mengunci pintu bilik guru kaunselor, aku pantas menuju ke arah kereta Farhana. Dialah satu-satunya sahabat yang aku miliki sampai sekarang. Semenjak aku form 1 lagi. Sampai sekarang duduk serumah. Hehe.. Cuma dia tak tahu yang aku pernah terjebak dalam cinta syok sendiri ni.


Tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi. Pantas aku mencari telefon bimbitku yang berada dalam beg tanganku yang kecil ini. haih.. Mana pergi telefon ni. orang dah lambat kot.


“ Ouch!”


Aku mengaduh kesakitan apabila kepalaku terhantuk pada badan seseorang. Tulah. Ralit sangat cari barang sampai jalan pun tak tengok depan dah.


“ Maaf!” Cepat-cepat aku mengucapkan maaf tanpa memandang tuannya terlebih dahulu. Aku langgar lelaki kot. Habis ko Iffah!


“ Tak apa. saya pun salah.”


Aik? Macam aku pernah dengar suara ini. Tapi di mana erk?


“ Lain kali jalan tengok depan ye? Saya pergi dulu.”


Baru sahaja aku nak melihat wajahnya, dia sudah pergi terlebih dahulu. Hampeh! Perli nampak. Ish!

Dengan geram aku melangkah ke arah Farhana yang tengah menunggu itu. Dia melihatku dengan aneh.


“ Kenapa? Muka cemberut je aku tengok.”


“ Entah. Lelaki mana entah duk perli-perli aku. aku tahulah aku salah. Tapi tak payahlah sampai nak perli. Haish..”


Aku menyapu perlahan kepalaku yang masih terasa sakit itu. kuat juga badan laki tu. haha.. Nasib badan.


“ Aku rasa kau terlanggar senior kita lah.”


“ Ha? Senior? Siapa?”


Hatiku mula kecut. Senior weh! Jangan buat main-main.


“ Senior masa kita dekat kolej lah. Bukan dekat sekolah ni.”


Aku menghembus nafas lega. Nasib baik…


“ Siapa? aku kenal ke?”


“ Kenal. Kenal sangat!”


“ Siapa?”


**

“ Syazwan!”


Aku tersenyum melihatnya dari jauh. Dia nampak smart hari ni. biasalah. Dah nama pun pemain bola.


“ Hey? Apa yang awak buat dekat sini?”


“ Saya baru balik daripada kelas. Saja datang sini tengok awak.”


“ Oh. Ermm.. Awak ada nampak Riana tak? Lama saya tak nampak dia.”


Senyumanku yang lebar tadi kembali kecil. Aku membuat gelengan kecil. haih.. Hati. Kau sabar je lah. Dah nama pun cinta dalam diam. Sakit hati pun sakit hatilah.


“ Saya rasa saya kena pergi dulu.”


Aku melihatnya yang sedang minum air itu. Ya Allah. Kenapa mesti aku terjatuh hati pada lelaki ini. lelaki yang tak mungkin akan menjadi milikku. Dia senior aku junior. Kami berkenalan sebab kami satu persatuan. Aku jadi pembantu dia. Sebab tu boleh berkenalan. Dan Riana tu pula kawan baik Syazwan.


Hurmm.. Aku rasa aku ni tak ada peluang nak dekat dengan dia lagi kan? nasib badan…


“ Eh? Kejap nyer. Duduk la lagi. Teman saya berehat.” Ajaknya bersungguh-sungguh.


“ Saya ni tak menyusahkan awak ke? Asyik nak jumpa awak je.”


Dengan berat hati aku menyoal juga. Yelah. Mestilah dia muak sebab asyik tengok muka aku je. kalau aku jadi dia. Aku pun jemu juga. Lainlah aku suka dia. Hoho.


“ Tak lah. Awak kan pembantu saya.”


Aku tersentap mendengar kata-katanya. Dia hanya menganggap aku sebagai pembantu? Bukan kawan? Ya Allah. Nampaknya aku tersilap besar kali ni.


“ Oh.. Tak apalah. Saya gerak dulu.”


Dengan wajah cemberut aku berjalan meninggalkan dia. Sampai hati dia anggap aku hanya sebagai pembantu. Sedihnya hati ini.


“ Awak!”


Tiba-tiba dia berhenti tepat di depan aku sambil tersenyum manis. Wahai Syazwan. Jangan senyum depan aku macam tu boleh tak. Tahu tak hati aku ni tengah berdebar-debar.


“ Saya gurau je lah. Takkan itu pun awak nak ambil hati?”


Aku mencebik geram. Of courselah terasa.


“ Saya nak balik!” Tegasku lagi. Sekali sekala memang aku kena merajuk dengan dia. Barulah dia tahu apa itu rasa serba salah. Huh!


“ Alolo… Buruknya wajah dia bila tengah marah.”


Aku menjelingnya sekilas. Dia masih tersengih. Tangannya sebelah kiri setia berada di pinggang. Manakala sebelah lagi mengusap perlahan rambutnya. Haih.. Awak..Awak..


“ Saya tahulah saya ni hanya pembantu awak. Siapalah saya di hati awak tu kan.” Aku masih berpura-pura merajuk. Aku tak boleh merajuk lama-lama. Nanti aku yang rugi. Ceh!


“ Eh! Salah tu. Siapa kata awak tak bermakna dalam hati saya ni? Awak ada je dalam hati saya. Dekat satu tempat yang special punya. Khas untuk awak!”


Hatiku kembali berbunga-bunga selepas mendengar kata-katanya itu. Betul ke ni?


“ Yeke? Sebagai apa?” Aku melihatnya dengan satu perasaan yang tak dapat digambarkan.


Dia mengusap perlahan dagunya itu. sambil berfikirlah katakan. Nampak macam serius je.


“ Sebagai budak yang saya boleh buli setiap hari.”


Terus dia tertawa melihatku yang sudah cemberut teruk. Ish! Memang nak kena mamat ni.


“ Awak! sudah lah! Tak mahu kawan. Huh!”


Pantas aku berlalu daripada situ. Serius aku geram sangat dekat dia. Wuargh! Kenapa susah sangat aku nak kawal perasaan aku ni.


Tiba-tiba telefonku berbunyi. Bila tengok je nama dekat skrin telefon. Aku mengeluh kecil. tapi aku menjawab juga lalu toleh ke belakang. Ala.. Aku baru berjalan dalam sepuluh langkah kot dari dia.


“ Awak bukan budak yang saya suka buli. Awak adalah awak. awak seorang perempuan lain daripada yang lain. Awak memang ada dalam satu sudut di hati saya ni. percayalah.” Ujarnya lembut dalam telefon. Aku dapat lihat dia tersenyum ke arahku dari jauh.


Aku tak tahu nak gambarkan macam mana perasaan ni. yang pasti aku happy. Tak kisahlah dia anggap aku macam mana. Apa yang aku tahu, aku sudah mulai mencintanya setiap hari. Entah sampai bilalah aku akan jadi macam ni.


“ Terima kasih.”


**

“ Weh!”


Suara itu mematikan terus lamunanku terhadap Syazwan semasa di kolej tiga tahun lepas. Ya. Lelaki yang aku cintai hampir setiap hari dalam diam itu adalah Muhamad Syazwan. Macam mana aku boleh teringat dekat dia? Sebab senior yang Farhana kata tu adalah dia. Senior yang aku terlanggar dekat sekolah tadi tu. Argh! Malunya!


“ Mengelamun je kan kerja kau.”


Aku tersengih kerang busuk ke arahnya. Aku tengok makanan dia dan aku silih berganti. Tersentak aku tengok.


“ Kau ni nak makan ke nak melantak. Banyak gila!”


Giliran dia tersengih kerang busuk.


“ Aku lapar kot. Dua hari aku asyik makan roti ja. Hari ni ada peluang makan nasi. So aku makanlah lebih sikit. Hee..”


Aku hanya menggelengkan kepala melihat kerenahnya. Macam-macam kawan aku yang sorang ni.


“ Eh? Kau tahu tak apa yang terjadi kepada Syazwan sebelum dia tamat belajar tu? seingat aku. masa tu heboh kata yang dia nak berkahwin dengan Riana. Tapi Riana tak nak.”


“ Uhuk!”


Aku tersedak selepas mendengar kata-kata Farhana sebentar tadi. Apa? nak kahwin dengan Riana? Seingat aku bukan itu yang terjadi. Bukan dia yang nak kahwin dengan Riana. Tapi Riana sendiri yang mengakui kata Syazwan tu tunang dia. Ish! Pening pula aku rasa.


“ Kau silap kot. Bukan dia yang nak kahwin dengan Riana lah.” Ujarku perlahan.


Argh! Aku teringat pula apa yang terjadi masa tu.


**

“ Terima kasih dan kita jumpa lagi pada tahun depan! Assalamualaikum dan selamat petang!”


Tepukan gemuruh diberikan sebaik sahaja majlis konvokesyen itu selesai. Aku yang berada di luar dewan tadi segera masuk ke dalam untuk mencari Syazwan. Dia kan dah graduan. Wah! Tak sabarnya nak ucapkan tahniah pada dia.


Tapi lain pula jadinya apabila aku melihat dia dengan Riana sedang bersama. Langkahku serta-merta terhenti. Hatiku juga jadi sedih. Sangat sedih. Ya Allah. Kuatkan hati aku ni.


Aku ukirkan senyuman hambar buat diriku lalu keluar daripada dewan dengan seribu kehampaan. Aku rasa dia tak perlukan aku. Aku kan budak yang selalu dia buli. Haih! Ingat lagi gurauan dia masa tu. Aku jadi tersenyum sendiri.


Aku yang baru sahaja nak membelok ke kiri untuk melangkah ke tandas terbantut apabila dengan secara tiba-tibanya tanganku ditarik oleh seseorang.


“ Ikut saya!”


Aku tersentak. Syazwan? Apa yang dia buat ni? Tadi bukan dia bersama dengan Riana ke?


“ Eh? Awak kenapa ni?”


Laju dia membawa aku ke tempat kereta. Mana orang tuanya? Nanti kalau diorang nampak aku dengan Syazwan ni. Mengata pula.


“ Awak teman saya ke satu tempat boleh?”


Soalnya sebaik sahaja sampai dikereta miliknya. Melihatkan wajahnya yang macam gelisah itu, aku jadi tertanya-tanya. Akhirnya aku hanya menganggukkan kepala. Mesti dia ada masalah.


Dia membawa aku ke depan tasik. Berhampiran dengan kolej kami. Dia tidak menegur langsung malah terus keluar daripada kereta sebaik sahaja sampai. Aku jadi makin tertanya-tanya. Kalau tak dia tak jadi macam ni. hari ni kan sepatutnya dia bahagia sebab dia dah jadi graduan.


“ Awak okay ke?” Soalku dengan risau. Aku mengambil tempat di sisinya.


“ Tak! Saya tak okay.”


“ tapi kenapa? Awak ada masalah ke?”


Dia meramas rambutnya kasar. Aku sedih tengok keadaan dia yang sekarang ni.


“ Saya kena berkahwin.”


Jantungku bagaikan berhenti berdegup sebaik sahaja mendengar perkataan itu dari mulut Syazwan sendiri. Aku terus merasa lemah. Ya Allah.


“ De…dengan siapa?” Soalku tanpa memandang ke arahnya.


“ Riana.”


Aku pantas menoleh ke arah lain sambil menekup mulut. Air mataku sudah bertakung pada tubir mata. Tunggu masa nak mengalir saja. Jadi tekaan aku selama ini tepat. Dia dan Riana ada hubungan. Ya Allah. Kuatkan hatiku ini.


“ Tah…tahniah.” Dengan nada yang bergetar aku mengucapkan tahniah di depannya. Aku cuba kawal emosi dan tersenyum di depannya. Aku tak boleh lemah. Kalau dia tahu pasti terbongkar rahsia aku.


“ Tapi kenapa awak tak happy je?” Aku terpaksa menyoalnya apabila dia masih berdiam diri.


“ Saya tak cintakan dia.” Aku terkedu.


“ Saya langsung tak cintakan dia. Saya Cuma anggap dia tak lebih sebagai seorang kawan. Kadang-kadang saya dah anggap dia seperti adik saya. Tapi tak tahulah kenapa dia boleh anggap saya sebagai teman lelaki dia.” Sambungnya lagi.


Aku masih berdiam diri. Terkejut! Aku ingat dia amat mencintai Riana. Ternyata tekaan aku salah.


“ Kenapa awak setuju kahwin dengan dia?”


“ Mama saya yang suruh. Katanya Riana amat baik untuk saya. Sesuai sangat. Masalahnya saya cintakan orang lain!”


Dia mengetuk kuat pintu keretanya itu. aku pula yang terkejut besar. Ini kali pertama aku tengok dia macam ni.


“ Awak cintakan siapa?” Dengan hati yang sakit aku menyoal. Siapa Syazwan?


Dia menoleh ke arahku dengan senyuman hambar.


“ Haffifah.”


Dush! Aku rasa seperti ditumbuk sebentar tadi. Perit sangat aku rasakan sekarang.


“ Dia baik. Kelakar. Kadang-kadang tu saya yang suka cari fasal dengan dia. Tapi bila dia marah, dia comel. Dia selalu ada di sisi saya.”


Aku dah tak mampu mendengar kata-katanya lagi. Aku Cuma menunggu waktu untuk menitiskan air mata. Aku dah tak boleh terus bertahan. Dia patut dapat kebahagiaan itu.


“ Saya yakin awak boleh dapat cintanya. Maaf.. Saya kena pergi dulu.”


Baru sahaja aku nak berjalan, lenganku ditariknya lembut.


“ Awak nak ke mana? Hari ni awak kena teman saya. Saya tengah sedih ni awak.”


Aku mengetap bibir kuat. Tolonglah Ya Allah.


“ Saya ada kerja sikit.” Nafiku lantas tersenyum plastik.


“ Awak nak tengok tak muka Haffifah tu. mari saya tunjukkan.”


Aku pantas menggelengkan kepalaku saat dia ingin menunjukkan gambar perempuan itu. Ya Allah. Syazwan! Kalaulah kau tahu aku sangat cintakan kau dan setiap hari mencintai kau. Mesti kau takkan buat aku macam ni.


“ Tak perlulah. Saya nak balik ni. esok jelah!” tegasku lantas menarik lenganku kembali.


“ Ala..Kejap je. nah..”


Aku menolak telefonnya ke tepi. Aku tak sudi! Dan takkan pernah sudi!


“ Saya kata tak nak..” Aku masih berlembut sebab aku tak nak dia terasa.


“ Tak kira! Awak kena tengok juga.” Bersungguh-sungguh dia ingin aku tengok.


Malangnya aku terus tolak telefonnya ke bawah. Dan kami berdua sama-sama terkejut dengan insiden tersebut. Ya Allah. Apa aku telah buat ni?


“ Awak ni dah kenapa?” Soalnya separuh tegas.


“ Kan saya dah kata yang saya tak nak tengok! Awak tak faham bahasa ke?”


Akhirnya air mataku menitis juga. Syazwan terkejut melihat keadaan aku.


“ Ta..tapi kenapa?”


Aku menutup mataku erat sebelum menyeka air mataku. Dengan berani aku menatap wajahnya.


“ Sebab saya…saya.. saya benci awak!”


Pantas aku melarikan diri daripada situ. Maafkan saya Syazwan. Saya tak mampu nak luahkan perasaan saya. Biarlah saya pendam perasaan ni sorang-sorang. Hanya saya dan Allah saja yang tahu. Maafkan saya sekali lagi Syazwan sebab tipu awak.


“ Maafkan saya.”

**

Kepalaku yang terasa sakit itu dipicit perlahan. Haih! Baru teringat kenangan lalu terus rasa sakit kepala. hebat penangan kau Syazwan. Atau adakah aku masih mencintainya? Hurmm.. Tapi bukan setiap hari seperti sebelum ni. Haffifah! Moga awak bahagia dengan Syazwan.


Hurmm! Lepas aku lari tu kan. aku terus kemas barang-barang aku dan balik kampung. Aku sedaya upaya agar dapat mengelak daripada dia dan aku berjaya. Hampir sebulan jugalah aku ada dekat kampung sebelum aku pulang semula ke kolej.


Sebaik sahaja aku balik ke kolej. Aku dapat tahu yang Syazwan lari daripada majlis perkahwinannya. Perasaan aku masa tu terasa kosong. Aku pun tak tahu apa yang patut aku rasakan. Tapi mulai saat itu aku sedar yang selama ini aku mencintai dia setulus hati. Bahkan setiap hari mesti aku teringat akan dia. Nak buat macam mana. Dah orang dalam angau.


Tok! Tok!


Aku yang tengah mengelamun tadi pantas menoleh ke arah pintu bilik kaunselor. Hal tu dah lepas. So buat apa aku nak kenangkan lagi.


“ Iffah.. Kau tengah busy ke?”


Farhana masuk dan duduk depan aku.


“ taklah sangat. Kenapa?”


“ Kejap lagi kau ikut aku. Jumpa pelajar kelas 5 Arif.”


“ Ermm.. Okay. Bila?”


Farhana melihat jam tangannya sekilas sebelum toleh ke arahku.


“ Kejap lagi aku panggil lain. Kau buatlah dulu kerja kau.”


Aku hanya menganggukkan kepalaku dan dia pun berlalu keluar. Kerja apa? kerja mengelamun je. Hehe. Tiba-tiba aku terasa nak membaca diary kesayangan aku tu. Jadi aku keluarkannya daripada beg tangannku .

Helaian yang tergendala sebelum ni aku sambung baca.


12 March 2011


Ya Allah. Hari ini aku rasa sakit sangat. Sakit hati! Aku nampak dia dengan Riana. Mesra sangat. Jadi perlukah aku terus berharap dan terus mencintainya? Ya Allah.


When you smile
I smile
When you angry
I also smile
When you tease
I happy


Thank you Mr.S
~Iffah~


Masa ni aku terserempak dengan Syazwan dan Riana. Mereka tengah makan bersama dan nampak bahagia sangat. Sebab tu lah aku rasa sakit hati.


17 March 2011


I cried again, again and again.
He looked happy without me.
He so happy when he with her.

I know I not important in your life
 
But, I just you want to know
I really-really love you
Everyday I love


Everyday I love you Muhamad Syazwan
~Iffah~


“ Iffah! Cepat!”


Aku tak sempat nak buka ke helaian seterusnya apabila Farhana sudah memanggil. Akhirnya aku meninggalkannya terlebih dahulu. Diary. Jangan hilang tau. Kalau tak tuan kau malu.


**

“ Argh! Penat siot!”


Aku tersenyum melihatnya yang sangat letih tu. Aku pula biasa-biasa je. mujurlah pelajar 5 Arif tak nakal macam kelas belakang tu. Hurmm..


“ Aku nak jumpa cikgu Kamilah jap. Kau pergilah masuk bilik dulu.”


Lantas aku bergerak sendirian ke bilik kaunselor. Aku rasa nak tidur pulak. Sampai saja di depan bilik kaunselor. Aku melihat ada sepasang kasut lelaki. Ada tetamu ke?


Aku pun melangkah masuk dengan perlahan-lahan ke dalam.


“ Assalamualaikum…”


Aku memberikan salam apabila tetamu lelaki itu berada dekat tempat kerjaku. Dia buat apa tu?


“ Waalaikumussalam..”


Aku terus terkaku pada tempat sebaik sahaja ternampak wajah tetamu lelaki tersebut. Syazwan?


“ Iffah…”


Mataku terpaku pula pada diaryku yang elok terbuka itu. Aku tersentak melihat dia yang berada hampir dengan diary aku tu. Cepat-cepat aku pergi tutup diary dan masukkannya ke dalam laci meja kerjaku. Ya Allah. Harap-harap dia tak baca.


“ A..awak buat apa dekat sini?” Haish! Semenjak bila aku jadi gagap ni?


“ Cikgu Iffah dah lupa ke yang hari ini cikgu ada temu janji dengan seorang pegawai daerah pelajaran.”


“ Ha?” Yaka? Ada ke?


“ nampaknya awak dah lupa. Awak masih tak berubah-berubah kan?”


Dia memberikan senyuman manis ke arahku. Ya Allah. Aku merindui senyuman itu. Aku juga rindu nak tatap dia macam ni. Haih… Cintaku kembali kuat balik. baru sahaja aku nak kurangkan rasa cinta tu. tapi bila bertemu balik. hampeh!


“ Duduklah. Kita bincang.”


Aku berpura-pura serius dan mengambil tempat di sofa. Dia turut melakukan hal yang sama. Tapi pandangannya masih tak lari daripada memandangku. Kenapa? Aku silap pakai tudung ke? Atau ada sesuatu pada muka aku ni?


“ Boleh kita mulakan Encik Syazwan?” Soalku apabila dia masih berdiam diri. Aku rasa sangat kekok sekarang ni. Dia memang dah banyak berubah. Nampak lebih smart. Haish! Apala yang aku mengarut pada masa ni.


“ Everyday you love me? Until now you still love me?”


Terus aku terduduk tegak dan menatap wajahnya. Terus aku terkelu lidah untuk membalas kata-katanya. Adakah dia membaca isi diary aku sebentar tadi? Ya Allah.


“ Apa yang awak merepek ni?” Aku buat-buat senyum. Berpura-pura tak tahu apa yang dia maksudkan.


“ Awak masih nak sembunyikan hal ni? Saya dah baca isi diary tu. Pada 17 March 2011. I cried again, again and again. He looked happy without me. He so happy when he with her. I know I not important in your life. But, I just you want to know. I really-really love you. Everyday I love. Everyday I love you Muhamad Syazwan.”


Aku terkedu. Terkebil-kebil aku melihat dia yang berwajah tenang itu. ya Allah. Dia ingat semua isi diary aku pada tarikh tersebut.


“ No! Semua tu sebelum saya dapat tahu yang awak nak kahwin. But after that, I hate you! Kan saya dah kata saya bencikan awak. benci sangat!” Nafiku sekeras-kerasnya.


Aku tak nak dia tahu. Masih belum tiba waktunya lagi untuk dia tahu hal ni. aku masih belum bersedia.


“ You still hate me? Or love me?” Tajam dia merenung wajahku.


“ Hate! I hate you!”


Pantas aku bangun dan ingin keluar daripada situ. Aku dah tak tahan nak berdepan dengan dia. Aku nak pergi dari sini. Aku masih belum bersedia berdepan dengan dia dalam keadaan begini.


“ Pada 28 Oktober 2011. Lelaki yang bernama Syazwan ingin memberitahu perempuan itu yang dia tak mahu berkahwin dengan Riana. Lelaki itu juga beritahu perempuan itu yang lelaki itu cintakan perempuan lain. Perempuan yang bernama Haffifah. Lelaki itu ingin menunjukkan gambar Haffifah pada perempuan itu. tapi perempuan itu menolak. Dan lelaki itu tak sangka perempuan itu benci pada dia. Sedangkan perempuan yang lelaki itu maksudkan adalah Iffah Damia.”


Kaki aku serta-merta terasa lemah. Aku yang baru nak keluar terus terbantut. Aku terkaku depan pintu dengan linangan air mata. Ya Allah. Apa benar apa yang aku dengar tadi? Ya Allah.


“ Iffah Damia!”


Aku menoleh ke arahnya dengan perasaan bercampur baur. Dia tersenyum ke arahku.


“ Saya nak tunjuk dekat awak siapa Haffifah yang sebenarnya. Tapi awak degil. Tak mahu tengok.”


“ yalah! Hati siapa yang tak sakit kalau lelaki yang dicintainya dalam diam suka dekat perempuan lain. Mestilah saya tak nak!” Balasku geram. Pantas air mataku seka.


Dia tertawa kecil melihatku. Aku pula dah rasa malu. Malu sebab rahsia aku terbongkar.


“ Habis kenapa awak kata awak bencikan saya masa tu? awak tahu tak masa tu saya rasa saya dah gagal tambat hati awak. saya ingat selama ini awak cintakan saya.”


Aku mencebik. Buat-buat tak tahu pula.


“ Mestilah! Saya terpaksa tahu tak. Kalau tak saya nak cakap perkara sebenar. Tapi saya tak nak disebabkan saya awak rasa bersalah. Manalah saya tahu Haffifah tu saya. Siapa suruh guna nama orang lain.”


Aku menarik muka cemberut lalu bergerak ke meja kerja. aku mengemaskan peralatan aku yang berselerak tadi. Diary tadi aku kembali masukkan ke dalam beg tangan.


“ Alolo. Muka dia masih sama macam dulu lah. Tetap comel waktu marah.” Usikannya berjaya membuatkan aku tersenyum.


“ Dahlah! Saya nak balik!”


Haih.. Nampaknya doa aku sebelum ni tak sia-sia. Terima kasih ya Allah. Aku tak sangka Haffifah tu adalah aku.


**

28 Oktober 2011


I hate him!
I hate him!
I just hate him…


But, I can’t lie myself.
I can’t hate him
I just can love him

Muhamad Syazwan! I love you.
Everyday…

~Iffah~


Mataku tidak berkelip semenjak tadi saat membaca isi diary pada hari aku lafazkan benci padanya. Alahai.. Terlalu banyak perkara yang aku buat dulu. Sampai hati ni tersakiti. Tapi pada masa yang sama aku turut bahagia melihat dia bahagia.


“ Assalamualaikum buah hatiku yang nampak blur ni.”


Aku tersentak daripada berfikir. Melihatnya membuatkan aku tersenyum kembali. Aku menutup diaryku lalu menyimpannya ke tempat yang selamat. Lepas ni dia dah tak boleh baca. Bahaya!


“ Waalaikumussalam wahai encik abang yang suka datang mengejut. Tanpa jemputan pula tu. Orang tengah kerjalah wahai encik abang yang aku meluat.” Ujarku dengan nada selamba.


Mujurlah Farhana pergi beli makanan. Aku sebenarnya ada dalam perpustakaan. Nak tenangkan fikiran jap. Nanti aku akan menyusul Farhana ke kantin. Tapi nampaknya aku kena pergi berdua dengan dia ni. Baru aku terfikir terus dia datang. Hebat!


“ Kenapa yang awak boleh datang sini? Apa pula kata cikgu nanti?”


Aku keluar daripada perpustakaan dengan perasaan yang lebih tenang. Siapa sangka pertemuan aku dengan dia yang singkat sebelum ni berjaya merungkaikan segala-galanya. Dan kini, dah dekat sebulan aku jadi tunang dia. Hehehe. Terkejut tak?


“ Saya datang nak jenguk bakal isteri saya ni. tak boleh ke?” dia tersengih ke arahku.


“ Jom kita keluar makan. Waktu kerja awak pun dah habis kan? jomlah!”


Dia dah mula dah. Buat suara kanak-kanak Ribena pulak!


“ Tunggu sini. Saya pergi jumpa Farhana dulu. Kesian dia.” Aku tersenyum apabila melihat dia turut tersenyum.


Kini, cintaku berbalas. Walaupun dulu cinta syok sendiri. Kini bukan lagi. Alhamdulillah. Dan.. Setiap hari aku akan mencintaimu. Syazwan!


**

~If you dare leave me.. I promised that I will find you.~


Tersenyum aku membaca ayat-ayat tersebut. Syazwan.. Syazwan. Hari ni dia telah hantar sekuntum bunga bersama kad ucapan buat aku. Bukan hantar berdepan. Tapi dia bagi dekat aku sembunyi-sembunyi. Maksud aku, saat aku datang ke sekolah dan masuk ke dalam bilik kaunselor. Aku lihat ada sekuntum bunga dah ada di atas meja.


Pandai dia kan? Ya Allah. Terima kasih kerana hadirkan dia untuk diriku ini. aku bersyukur sangat padaMu.


“ Amboi dia.. Termenung jauh nampak.” 


Farhana tersengih melihatku. Aku pula dah tersenyum panjang. Happy kot.


“ Dapat surprise daripada bakal suami. Manalah tak happy kan?”


“ Aku sampai hari ni tak percaya yang korang akan berkahwin. Tak sangka dalam diam kau suka dekat dia. Sampai hati kau tak cerita kan?”


Farhana sudah memasamkan mukanya ke arahku. Aku tersenyum kecil lalu memaut mesra bahunya.


“ Sorry. Kalau aku cerita dan kalau kau tahu. Lagi teruk. Nanti tak ke Syazwan tu tahu. Kalau boleh aku tak nak sesiapa pun tahu. Sorry tau.”


“ Yelah. Aku faham.” Hidungku pula dipicitnya. Aku terjerit kecil akibat terkejut.


“ itu hukumannya sebab kau lambat beritahu aku.”


Perlahan aku tenyeh hidungku yang dipicit Farhana tadi. Ketam juga tangan minah ni. Haduii..


“ Assalamualaikum..”


“ Waalaikumussalam…”


Serentak kami berdua menoleh ke arah pintu. Terkejut kami melihat tetamu itu. alahai… Siapa lagi kalau bukan mamat tu.


“ Amboi haih… Tak cukup dengan bunga. Datang pula putera dia.” Usik Farhana dengan sengihan.


Aku tersenyum kecil lalu bergerak ke arah Syazwan. Kenapa yang dia tiba-tiba datang pula ni. tak kerja ke?


“ Nak apa datang pagi-pagi ni?”


“ Kejap. Farhana! Tolong jangan salah faham ye. Saya bukan nak bawa kawan awak ni pergi date. Saya datang ni atas urusan kerja. ye…”


Aku menahan tawa melihat wajah Farhana yang cemberut tu. Mesti dia ingat Syazwan nak bawa aku ke mana-mana.


“ Hari ni awak kena ikut saya ke pejabat pelajaran. Awak dan Farhana kena semak data pelajar yang berhak mendapat bantuan.” Ujarnya serius.


Aku pula terangguk-angguk kepala mendengar kata-katanya. Farhana pula meninggalkan kerjanya tadi dan bergerak ke arah Syazwan. Tugas kami sebagai kaunselor kan? so kenalah buat betul-betul.


“ Awak berdua kena ikut saya sekarang. Maybe sehari awak tak ada dekat sekolah. Saya dah maklumkan pada pengetua soal ini. So, awak berdua jangan risaulah.”


Akhirnya dia tersenyum apabila selesai beritahu apa yang sepatutnya kepada kami.


“ Baik bos! Sekarang juga kami pergi.” Dengan semangatnya Farhana berkata. Aku pula yang tertawa kecil.


Melihatkan Farhana sudah pun berlalu. Aku bergegas tutup pintu bilik dan menguncinya. Syazwan setia ikut di belakang aku.


“ Tengah hari nanti lunch dengan saya erk?” Tiba-tiba dia bersuara.


“ Kalau kerja dah selesai bolehlah.”


“ Ala.. kejap je.”


Aku menjeling sekilas ke arahnya.


“ Tengoklah…”


“ Nop! Awak mesti kena boleh juga.”


Terlopong aku dengan sikap kebudak-budakan dia ni. Tapi akhirnya aku tersenyum juga.

Sebaik sahaja sampai di kereta Farhana. Aku yang baru nak masuk tiba-tiba dihalang.


“ Farhana… Bagilah bakal isteri saya ni naik dengan saya. Please…”


Aku terkebil-kebil melihat ke arah mereka berdua. Aik? Bakal suami aku ni? Ish..


“ Amboi! Ambiklah!”


Aku masih terkaku pada tempat aku berdiri. Amboi Farhana. Green light nampak.


“ Awak! tunggu apa lagi. Cepatlah!”


Sambil tersengih aku masuk ke dalam keretanya. Sabar je lah dengan awak ni Syazwan.

**


“ Terima kasih Syazwan sebab belanja saya. Tapi saya minta maaf sebab tak dapat join korang lebih lama. Ada hal sikit.”


“ It’s okay.”


Aku melihat Farhana yang terkocoh-kocoh keluar daripada restoran. Mujur kerja dah habis. Kalau tak kena pergi pula pejabat Syazwan.


“ Dapat juga kita makan berdua.”


Aku tersedak mendengar kata-katanya.


“ Oh.. Kiranya tadi jemput Farhana tu tak ikhlaslah?” Aku buat-buat merajuk. Amboi dia.


“ Eh? Tak! Janganlah salah faham. Saya ikhlas. I’m sorry.”


Wajahnya jadi gelisah melihat aku. Tahu pun takut. Haha.


“ Alahai.. Cepat-cepatlah sikit kita kahwin. Saya tak boleh tahanlah dengan sikap awak yang gatal ni.” Aku kipas mukaku kerana rasa panas tiba-tiba.


“ Ha! Yeke? Alhamdulilah. Esok juga saya panggil tok kadi datang.”


Terlopong aku mendengar jawapannya yang sangat teruja itu. Ceh. Pantang bagi green light.


“ Awak!”


Baru sahaja aku nak luku lengannya. Tiba-tiba datang seorang perempuan dan berdiri tepat depan meja makan kami. Kami berdua serentak mendongak untuk melihat perempuan tersebut.


“ Riana?”


Aku pandang mereka berdua silih berganti. Jadi depan aku ni Riana?


“ Hai you. Happy nampak?”


“ You nak apa? please jangan kacau hidup I lagi.” Serentak itu wajah Syazwan bertukar tegang. Aku pula yang gerun melihatnya.


Riana tersenyum kecil. dia ambil tempat di depan kami.


“ You mesti Iffah right?”


Perlahan-lahan aku menganggukkan kepalaku.


“ Riana. Buat apa awak datang sini?” Soalku akhirnya apabila mereka berdua asyik berdiam diri sejak tadi. Kalau macam ni. sampai bila pun tak habis daa..


“ Sebenarnya I terserempak dengan korang tadi. I baru habis makan dengan seseorang. Alang-alang I nampak you berdua. I rasa I kena beritahu sesuatu pada korang. Especially you Wan.”


Kini pandangan kami berdua tertumpu pada Riana. Ingin dengar apa yang akan diperkatakan Riana sebentar lagi.


“ Riana.. Kalau you datang setakat nak menyakitkan hati I lebih baik tak payah. You dah cukup buat hidup I sengsara dulu. Sampai I kehilangan Iffah.”


“ Please Wan. Please dengar dulu apa yang I cakap ni.”


Tiba-tiba tanganku diraih Riana. Aku hanya membiarkan. Aku faham apa perasaan Riana kini.


“ Sebenarnya I datang nak minta maaf pada korang berdua. Terutama you Wan. I tahu I banyak salah dan buat you menderita dulu. Tapi I dah sedar yang cinta tak seharusnya memiliki. Jadi I harap you akan bahagia dengan Iffah. Walaupun perit untuk diri I tapi I tetap kena terimanya dengan hati yang terbuka. Susah sebenarnya nak lupakan you. But I must try.”


Tersenyum Riana ke arahku. Perlahan tanganku ditepuknya.


“ Wan.. I sebenarnya..”


“ Sayang.”


Aku dan Syazwan tertoleh ke kanan di mana ada seorang lelaki berpakaian smart menegur Riana.


“ Wan.. ini bakal suami I. dialah yang akan tolong I lupakan you. Sekarang I percaya yang dia jodoh I.”


Aku melihat Syazwan yang masih berdiam diri itu. aku pula tergeleng-geleng melihat dia.


“ Awak.. mereka dah minta maaf kan? mereka pun dah bahagia. Awak jangan macam ni. manusia tak sempurna awak.” Pesanku apabila mendapati Syazwan teragak-agak nak memaafkan Riana.


“ Hurmm. Ok fine. I maafkan you Riana and congratulations to both of you. And for your information Riana, Iffah is my future wife.”


Senyuman lebar dia membuatkan hati aku lega. Alhamdulillah.


“ Tahniah Iffah. Okaylah. Kami harus gerak dulu. I hope we can meet again one day. I pergi dulu. Jom sayang.”


“ Kita pun jomlah balik. dah lewat ni.” Ajakku lalu mencapai beg tangan.


Aku menunggu dia membayar bil dahulu sebelum kami kedua-duanya menuju ke arah kereta.


“ Alaa...kacau line la diorang tu. Saya baru nak makan berdua-duaan dengan bakal isteri saya ni.”


Dia menarik muncung panjang. Ya Allah. Dah serupa budak-budaklah Syazwan ni.


“ Awak ni. Kira bagus la Riana dah jumpa pengganti awak. Kalau tidak susah saya nak kahwin dengan awak.” Ujarku pula.


“ Ceh. Yelah.. Kalau tak mesti sampai sekarang saya tak jumpa budak comel ni balik.”


Tiba-tiba hidungku dicuitnya. Aku pula yang terkejut besar.


“ Awak! tangan tu jaga sikit. Selagi belum kahwin jangan harap nak picit hidung saya ni erk. Kalau tak..saya lempang awak.”


Dia tersengih kerang busuk.


“ Berani ke?” Dengar suara macam nak mencabar je.


“ Ingat tak berani ke? Nak? Kalau nak sekarang juga saya buat.” Aku pula menjongketkan kening ke arahnya.


Dia menggigit jari dan buat muka takut.


“ Eii.. Takutnya saya… Argh! Tolong….”


Perbuatan dia macam budak-budak tu buat aku terus ketawa terbahak-bahak. Sampai kecut perut jadinya. Ya Allah mamat ni. tak kering gusi aku dibuatnya.


“ Sudah! Jom balik. nanti free je saya kena lempang.”


“ Hahaha..”


**

15 March 2013


Alhamdulilah. Hari ni kami telah selamat dinikahkan. Tapi kenapa tahun tu jarak sangat? Huh! Dia lah punya fasal. Kena pergi outstation selama lima bulan la apala. Sabar je lah.


Tapi it’s okaylah. Benda dah lepas. Aku pun dah bahagia sekarang. Dah nak dapat anak pun. Kikikiki..


Muhamad Syazwan
I just want you to know
That I very very happy with you
Thanks because make me happy

I also want you to know
That everyday I love you
Muhamad Syazwan
~Iffah~


“ Sayang! Turun kejap!”


Aku yang baru selesai membaca helaian terakhir diary yang ditulis itu pantas menutupnya kembali. Dengar suara sang suami tu macam ada masalah. Jadi dengan berhati-hati aku turun ke bawah. Yalah. Dah nama pun tengah mengandung. Alhamdulilah dah masuk 6 bulan kandungan ni.


“ Ada apa abang?”


“ Mana surat khabar yang ada dekat sini? Semalam abang letak dekat sini. Mana menghilangnya? Kan abang dah kata jangan memandai ubah.”


Aku tersentak kecil mendengar suaranya yang tegas itu.  Terasa jugala. Aku tak tahu kenapa. Daripada balik kerja tadi sampai dah nak dekat Isyak ni.. Perangai dia lain. Lain sangat. Suka marah-marah. Hilang sikap penyayang tu. Eh silap. Bukan dari pagi tadi tapi dari semalam.


“ Maafkan Iffah bang. Iffah tak sengaja. Iffah ingat abang tak mahu baca dah.”


Aku mencapai semula surat khabar tadi dan meletakkan depan Syazwan. Lantas aku hadiahkan senyuman buat dia. Walaupun aku terasa aku kena juga bersabar. Dia kan suami aku.


“ Dah.. pergi buatkan abang minuman. Abang dahaga.” Suaranya kembali biasa. Aku pula dah tersenyum lebar.


Anak mama… Kita happykan papa ya. Maybe papa ada masalah. Ujarku sambil mengusap perlahan bahuku.


“ Abang! Nah..”


Hampir lima minit, baru aku siap membancuh air untuk suami yang tersayang. Tapi muka tu tak pernah nak manis. Haih..


“ Prtttff! Apa ni?”


Astaghfirullah! Aku mengusap perlahan dadaku akibat jeritan dia yang tiba-tiba tu. ya Allah. Ada apa lagi? Aku bancuh tak sedap ke?


“ Ni nak bagi abang kencing manis ke apa?” Tajam dia merenung aku.


“ maaf bang. Meh saya tukar.” Walaupun air mataku dah bertakung, aku tetap gagahkan diri untuk tersenyum.


Baru sahaja aku nak mencapai gelas yang dipegang dia. Tiba-tiba aku dipeluknya erat. Terkejut aku dibuatnya. Sampai aku terkaku berdiri dalam pelukannya.


“ terima kasih. Terima kasih sayang sebab sanggup bersabar untuk abang. Abang minta maaf. Tapi abang Cuma nak uji sayang. Maafkan abang.”


Terus aku pukul dadanya kuat. Biarlah dia nak sakit pun. Yang pasti aku amat geram dengan sikap dia yang suka marah-marah tu.


“ Ouch! Sakitlah sayang.” Aku mendongak melihatnya yang sedang tersengih itu.


“ Tahu pun sakit. Hati isteri abang ni? tak sakit pula. Kesian anak dalam perut ni. huhu..”


Aku pantas keluar daripada pelukannya. Tapi aku ditarik kembali. Kepalaku diusapnya perlahan.


“ Janganlah marah. Abang tahu abang salah. Abang terpaksa uji sayang sebab abang takut kalau abang tiba-tiba jadi macam tu. Apa yang sayang akan buat? Adakah sayang akan bersabar atau tinggalkan abang? Ternyata abang tak salah pilih isteri. Terima kasih sayang.”


Akhirnya air mataku menitis perlahan. Terharu dengan apa yang dia cakapkan.


“ Iffah janji. Iffah akan terus bersabar demi kebahagiaan rumah tangga kita.”


Dahiku pula dikucupnya perlahan.


“ Ini baru isteri abang. I love you darling.”


Aku menahan senyum apabila dia luahkan perasaannya.


“ Tapi Iffah tak sayang abang pun.” Giliran aku pula perkena dia.


“ What? Iffah! Jangan buat abang macam ni. abang tahu Iffah sayangkan abang. Iffah sengaja je kan?”


Aku masih berdiam diri dengan wajah yang dingin.


“ Dah abang marah-marah tadi. Jadi Iffah rasa Iffah makin sukar nak sayang abang. Lagipun abang kan suka tengok Iffah macam ni.”


Aku menekup mulut apabila wajahnya berubah 100%. Daripada ceria terus mendung. Hahaha.. Tahu pun. Bila tang aku tak tahu pula macam mana. Hahaha..


“ Sayang…”


“ Ye?”


“ I love you. Everyday I love you. Love you very much! Much! Much! Much! And much!”


Terus pipiku diciumnya tanpa sempat aku nak mengelak. Amboi.. Pandai memujuk nampak.


“ Meh sini..” Dia dekatkan telinganya pada mulutku.


“ Same to abang. I love you. Everyday I love you. Very much,much, much, much and sooooooo much! Ha! Lagi banyak!”


Akhirnya kami berdua tertawa dengan kerenah kami sendiri.


“ Pandai sayang kan. but thanks for everything.”


“ Welcome. Thanks to you too.”


I don't know, but I believe
That some things are meant to be
And that you'll make a better me
Everyday I love you


I  never thought that dreams came true
But you showed me that they do
You know that i learn something new
Everyday I love you


~Syazwan & Iffah~


TAMAT

4 comments :

Popular Posts

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers